8.teori tret dan faktor

15
Teori terawal yang cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berdasarkan teori perbezaan peribadi individu Teori ini diasaskan oleh Frank Parson. Beliau dikenali sebagai Bapa Bimbingan Vokasional TEORI TRET DAN FAKTOR

Upload: nfaf82

Post on 12-Apr-2016

567 views

Category:

Documents


60 download

DESCRIPTION

Teori perkembangan kerjaya

TRANSCRIPT

Page 1: 8.Teori Tret Dan Faktor

Teori terawal yang cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berdasarkan teori perbezaan peribadi individu

• Teori ini diasaskan oleh Frank Parson. Beliau dikenali sebagai Bapa Bimbingan Vokasional

TEORI TRET DAN FAKTOR

Page 2: 8.Teori Tret Dan Faktor
Page 3: 8.Teori Tret Dan Faktor

• Berdasarkan teori ini, setiap individu memiliki tret-tret psikologikal tertentu yang terbentuk hasil daripada interaksi antara individu dengan persekitaran dan untuk memastikan pencapaian yang memuaskan dalam sesuatu bidang kerjaya individu memerlukan satu atau lebih tret-tret

• Tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan

• Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil

Page 4: 8.Teori Tret Dan Faktor

• Pemilihan kerja yang baik perlu melibatkan 3 perkara:

1.Kefahaman yang jelas tentang diri sendiri2.Pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan3.Taakulan tepat tentang hubungan antara

kedua-dua kumpulan fakta tersebut• Manusia sebahagian besarnya merupakan

individu yang rasional dan berkebolehan membuat pilihan yang terbaik berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Page 5: 8.Teori Tret Dan Faktor

MEMAHAMI DIRI SENDIRI

Page 6: 8.Teori Tret Dan Faktor

MENGETAHUI MAKLUMAT PEKERJAAN

Page 7: 8.Teori Tret Dan Faktor

• Individu mempunyai kebolehan dan keupayaan (tret-tret) yang unik. Tret-tret ini pula berkaitan dengan keperluan-keperluan dalam berbagai pekerjaan.

• Ujian ialah pengukuran tret yang objektif - kaedah yang terbaik untuk meramalkan kejayaan pekerjaan pada masa hadapan. Setiap individu berusaha untuk hidup dan bekerja yang membolehkannya menggunakan segala kebolehan yang dimilikinya secara berkesan (Zaccaria (dlm. Weinrach 1979:63).

Page 8: 8.Teori Tret Dan Faktor

• Beberapa tokoh psikologi telah mengkaji semula Teori Tret dan Faktor semula dan menghasilkan beberapa kesimpulan.4 kesimpulan yang dibuat oleh Klein dan Wiener adalah seperti berikut:

1.Setiap individu mempunyai set tret yang boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai

2.Setiap pekerjaan memerlukan pekerja memiliki tret-tret tertentu untuk berjaya

Page 9: 8.Teori Tret Dan Faktor

3. Pemilihan pekerjaan ialah satu proses yang agak mudah difahami dan pemadanan antara individu dengan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dilakukan dan dilaksanakan

4. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam pekerjaan tersebut iaitu produktiviti dan kepuasan tinggi.

Page 10: 8.Teori Tret Dan Faktor

APLIKASI TEORI TRAIT DAN FAKTOR

• Matlamat pendekatan teori ini adalah utk memastikan ciri personal atau peribadi individu selaras dengan keperluan dlm sst bidang pekerjaan.

• Aspek ini penting krn keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh menyumbang kpd peningkatan motivasi, kepuasan kerja, pencapaian dan produktiviti.

Page 11: 8.Teori Tret Dan Faktor

Ai Vee seorang pelajar lepasan STPM dari salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Ai Vee merupakan anak kedua kepada pengurus besar di salah sebuah syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Seperti pelajar lain, Ai Vee juga mempunyai impian untuk mencapai citacita. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Justeru minat yang semakin mendalam terhadap kerjaya pilihannya itu menjadikannya semakin tidak sabar untuk memegang status dalam bidang pekerjaan pula. Walaubagaimanapun, cita-cita Ai Vee tidaklah disokong oleh ibu dan bapanya sehinggalah urusan untuk pemilihan kursus di universiti turut ditentukan oleh ibu bapanya. Ini bermakna mereka akan membuat keputusan peimilihan kursus untuk Ai Vee. Ai Vee tidak meminati kursus pilihan yang diinginkan oleh ibu bapanya iaitu dalam bidang Perniagaan dan Perakaunan. Akhirnya ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk menghantarnya berjumpa dengan kaunselor kerjaya.

Page 12: 8.Teori Tret Dan Faktor

SITUASI LANGKAH PERTAMA

AI VEE: Saya tidak pasti dengan pilihan saya ini. Saya keliru sama ada saya perluuntuk meneruskan cita-cita saya atau hanya mengikut kehendak pilihan

ibu bapa saya KS: Saya berminat hendak tahu penerangan dari anda (kaunselor cuba

mengumpul maklumat untuk penilaian pengalaman Ai Vee mengenai ciri-ciri yang ada pada klien dan faktor yang mempengaruhi situasinya sekarang)

AI VEE: Saya kurang mahir berbahasa Inggeris dan kurang mahir untuk berdebat. Sedangkan saya tahu kerjaya seorang peguam perlu mempunyai

kemahiran kemahiran yang baik dalam penggunaan bahasa Inggeris dan mahir berhujah.

KS: Memiliki kemahiran tersebut adalah sukar bagi anda (Kaunselor menyemak maklumat mengenai potensi diri Ai Vee yang diminta

untuk disusuli dalam maklumat yang ingin diterokai bersama). AI VEE: Saya sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa di sesi

persekolahan dan semasa melibatkan diri dalam persatuan belia di luar sekolah. Sebenarnya saya memegang jawatan sebagai pengarah bagi mewakili remaja di bawah umur 21 tahun. Banyak pertandingan dan juga persembahan yang saya libatkan diri sepanjang saya menjadi ahli persatuan tersebut.

Page 13: 8.Teori Tret Dan Faktor

KS: Nampaknya anda banyak terlibat dengan aktiviti sosial persatuan. Ini mengingatkan saya mengenai Ujian kerjaya Holland yang anda buat hari

itu. (Kaunselor mengaitkan perkaitan perbincangan skor Ujian kerjaya Hollamd yang dibuat oleh Ai Vee pada sesi yang lepas yang mana memberi skor

tertinggi adalah S iaitu Sosial). AI VEE: Ya betul sangat tu. Saya akan merebut peluang untuk melibatkan aktiviti

dalam semua acara. KS: Anda betul-betul suka untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara yang

dianjurkan oleh persatuan AI VEE: Ya. Saya suka sangat bersosial dan saya fikir kita semua akan melakukan

terbaik dan mendapat nombor satu dalam setiap perkara. KS : Anda seperti mahu menggembirakan hati anda dengan kemenangan

yang anda perolehi. (Kaunselor merujuk kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh jenis Sosial.)

AI VEE: Ya. Tapi saya tak tahu untuk memilih pilihan yang terbaik. Saya memerlukan sokongan daripada ibu dan bapa saya.

KS : Adalah menjadi sukar bagi anda untuk membuat pilihan. (Kaunselor peka minat Ai Vee dan kecenderungannya dalam bersosial. Kaunselor juga peka 11 akan kelemahan Ai Vee yang mendatangkan masalah kepadanya untuk membuat keputusan)

Page 14: 8.Teori Tret Dan Faktor

• Langkah kedua dlm strategi pemilihan kerjaya yang baik memerlukan individu mengumpul sebanyak mungkin mengenai pekerjaan @ bidang pengajian – Ai Vee diminta utk mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin mengenai pekerjaan yg diminatinya. Antaranya termasuklah penerangan ttg pekerjaan, keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang berkaitan . Sumber maklumat yg dicari melalui media eletronik, media cetak, pengalaman orang dan sebagainya.

Page 15: 8.Teori Tret Dan Faktor

Langkah ketiga, kaunselor membincangkan maklumat yg dikumpulkan utk tujuan menjelaskan dan memberikan celik akal kpd Ai Vee mengenai bakat dan potensi yg dimiliki yg bersesuaian @ sepadan dengan pemilihan kerjaya yg diinginkan. Pada peringkat ini memerlukan Ai Vee membuat keputusan dalam memilih kerjaya. Langkah ini penting krn ia menentukan masa depannya.

Ai Vee diminta utk menentukan dgn tepat maklumat kerjayanya dgn memadankan maklumat berkaitan potensi diri dgn maklumat kerjaya yang dipilih – PROSES PEMADANAN, UNSUR KOMPROMI MEMAINKAN PERANAN YG SANGAT PENTING