87592498 teks pidato gagasan 1 malaysia menjana transformasi edit1

Upload: ngetngoliew

Post on 08-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teks syarahan

TRANSCRIPT

Gagasan 1 Malaysia Menjana TransformasiSalam 1 Malaysia diberi pembuka bicara,Kepada hakim yang arif bijaksana,Tak lupa juga penonton dan pengacara,Di majlis ini kita bersua.

Yang di hormati barisan panel hakim yang sentiasa berteraskan panji-panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan detik-detiknya, barisan Guru Besar,guru-guru, rakan-rakan dan sidang hadirin yang dikasihi.Berdirinya saya pada hari yang indah iniadalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Gagasan Satu Malaysia Menjana Transformasi.Sidang hadirin yang dimuliakan,

Sebelum saya mengupas topik ini dengan lebih lanjut, izinkan saya menerangkan apakah itu gagasan satu malaysia.

Era pemerintahan Yang Amat Berhormat, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 telah melihat usaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk. Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat Malaysia satu gagasan iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA.Ungkapan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN adalah slogan kepada gagasan tersebut. Gagasan ini akan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia yang semakin pudar. Sidang dewan sekalian,

Mari kita selusuri transformasi yang telah dijana daripada gagasan satu malaysia.Transformasi pertama adalah transformasi dalam pendidikanKementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran di sekolah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.Dalam konteks transformasi pendidikan, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum. Contoh transformasi yang dilakukan ialah dengan meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 dan 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah. Oleh itu pendidikan pada hari ini telah melihat banyak transformasi pendidikan berjaya dicapai. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.Sidang dewan bervisi sekalian,Transformasi ekonomi merupakan transformasi kedua bagi menjayakan transformasi satu malaysiaTransformasi dalam ekonomi merupakan seluruh lapisan dan golongan rakyat bertindak segera secara bersama untuk melakukan perubahan bagi meningkatkan kehidupan yang berkualiti tinggi. Selari dengan gagasan 1Malaysia, model ekonomi baru membuka ruang kepada semua etnik dan komuniti untuk terlibat dalam pembangunan ekonomi negara supaya kekayaan negara dapat dinikmati bersama. Antara Program Transformasi Ekonomi ialah Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Ke-10 dan ke-11. Menurut Perdana Menteri, dari segi kedudukan digital ekonomi, Malaysia berada pada tangga ke-36 daripada 70 buah negara dan menyasarkan kedudukan 20 teratas menjelang 2020.Hadirin dan hadirat sekalian yang dirahmati Allah

Hujah saya seterusnya dibawah kata kunci gagasan satu malaysia menjana Transformasi sosial

Gagasan 1 Malaysia akan memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Kita tidak mahu negara gagah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Contoh transformasi sosial yang telah berjaya dilaksanakan ialah Klinik 1 Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Kebajikan dan kesihatan rakyat dijamin dan kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian DiutamakanSidang hadirin yang dimuliakan,

Intihanya dapatlah disimpulkan , Gagasan 1 Malaysia menjana Transformasi berjaya dilaksanakan melalui gabungan antara Transformasi pendidikan, ekonomi dan juga sosial.Ini kerana kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Lantaran itu, sama-samalah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu menuju kearah matlamat wawasan 2020.

Akhirkata sebelum saya mengundur diri, izinkan saya sudahi syarahan saya ini dengan serangkap pantun untuk renungan bersama

Toleransi asas membina perpaduan, perpaduan teras kepada kemajuan, gagasan satu Malaysia jadikan panduan, agar matlamat wawasan jadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.