821008016129001_hbef3603_saiful-t1a4

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBEF3603 AKTIVITI 1 – T1A4 JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUM NAMA : SAIFUL AZRA BIN MD NOH NOMBOR MATRIK : 821008016129001 NO. KAD PENGENALAN : 821008-01-6129 NO. TELEFON : 0107064439 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT

Upload: adang30

Post on 03-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

epic

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER SEPTEMBER 2014

HBEF3603

AKTIVITI 1 T1A4JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKUMNAMA

:SAIFUL AZRA BIN MD NOHNOMBOR MATRIK

: 821008016129001NO. KAD PENGENALAN: 821008-01-6129NO. TELEFON

: 0107064439E-MAIL

: [email protected] PEMBELAJARAN: OUM BATU PAHATPenulisan Jurnal Reflektif adalah amat penting untuk guru menilai dan membantu mereka memperbaiki kelemahan dan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Menurut Woolfolk (1995), refleksi adalah satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian.

Sebagai seorang guru penyelaras dalam apa jua kegiatan kokurikulum, guru perlulah sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalaman yang telah dilalui. Guru juga perlu boleh menghubung kaitkan apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian agar pemahaman yang lebih dapat disampaikan kepada para murid.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan semasa menjalani praktikum sebanyak 2 kali iaitu pada 28 Januari 2015 dan 4 Februari 2015, melalui pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Pada praktikum fasa pertama yang saya jalankan, mendapati murid kurang pengetahuan sedia ada tentang asas muzik, apatah lagi teori muzik. Hal ini menyebabkan ketidaklancaran dalam proses pengajaran saya. Ini adalah kerana saya mendapat respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran. Dalam kajian yang saya jalankan, salah satu punca murid kurang / lambat untuk menguasai pelajaran yang diajar adalah disebabkan mereka sebelum ini diajar oleh guru yang bukan opsyen muzik. Di dalam kelas muzik yang mereka jalani sebelum ini hanyalah menumpukan kepada asas / aktiviti nyanyian semata-mata. Oleh yang demikian, proses PdP tidak dapat berjalan dengan lancar kerana saya terpaksamemberi lebih tumpuan Di dalam praktikum fasa pertama yang dijalankan juga mendapati terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Berkemungkinan besar masalah ini disebabkan murid dari kelas yang terakhir dan agak sukar untuk mengawal tingkah laku mereka. Tambahan lagi, aktiviti yang dijalankan menggunakan alatan ( Rekoder ) dan murid teralu ghairah untuk cuba meniup kerana rata-rata murid, tidak pernah menggunakan alat tersebut (rekoder ). Walaupun keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya.Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman).

Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu bekerja , mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar.

Berdasarkan kepada praktikum dan pemerhatian saya dalam praktikum fasa 1 dan 2 yang telah saya jalani, beberapa langkah perlu diambil bagi mempastikan murid dapat mencapai tahap penguasaan yang diingini. Oleh itu saya telah menggunakan pendekatan dengan mengajar mereka dari asas rekoder dan meningkatkan lagi mutu kawalan kelas agar ianya lebih kondusif dan ketenteraman dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai..Menurut Howard Gardner (1943), setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991), potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu : muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik, interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ?

Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ?

Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?

Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ?

Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ?

Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ?

Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan : Murid-murid dalam kategori lemah dan lambat untuk menguasai pelajaran yang diajar.

Murid-murid tidak diajar dengan konsep asas muzik dan teori asas muzik.

Walaupun murid dari kelas yang lemah, namun didapati beberapa orang murid mempunyai bakat dalam permainan alat (rekoder ).

Murid amat berminat untuk mempelajari matapelajaran pendidikan muzik

Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.CADANGAN PENAMBAHBAIKKANUntuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar saya perlu:-- Mengajar kembali konsep asas muzik dan teori pendidikan muzik

- Memberi peneguhan kepada murid yang dapat menjawab dengan baik / bermain alat muzik dengan baik.-Sentiasa memuji dan menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati.

- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid

( bahan multimedia ).- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :

Meningkatkan pengetahuan dan teknik mengajar yang pelbagai agar murid tidak bosan untuk meneruskan pembelajaran.

Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai.

Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar.

Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran

Mempunyai kesabaran yang tinggi untuk melatih murid terutamanya dalam aktiviti yang melibatkan permainan alat.

Berdasarkan semua masalah yang telah saya utarakan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya memerlukan bimbingan dan juga tunjuk ajar yang sepenuhnya daripada saya dalam bidang Pendidikan Muzik. Murid-murid memerlukan seorang guru yang mempunyai pengetahuan dan dapat menyampaikan ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada mereka. Mereka akan berasa lebih gembira dan lebih bermotivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak sekaligus melibatkan diri secara aktif dalam mempelajari Pendidikan Muzik ini.KESIMPULANKesimpulannya, berdasarkan kepada huraian permasalahan dan langkah mengatasi kelemahan yang ada, amatlah diharapkan agar murid dapat menguasai asas dalam konsep muzik dan mengaplikasikannya dalam permainan alat dan juga kehidupan sehariannya. Di dalam Teori Kecerdasan, Gardner ( 1983 ) berpendapat bahawa setiap insan mewarisi tujuh jenis kecerdasan yang berlainan. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk memperkembangkan potensi murid dengan pelbagai kaedah yang boleh menarik perhatian murid untuk meningkatkan daya kreativitinya.Guru juga perlu mempunyai rekod perkembangan dan senarai semak murid untuk mengukur sejauh mana keberkesanan kaedah yang dilaksanakan kepada murid-muridnya. Semoga segala yang langkah yang diambil mampu untuk mengatasi segala kelemahan yang ada dan modal insan yang akan dihasilkan kelak mempunyai pengetahuan yang luas dan berkembang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

_1484561420.bin