810930086475001

23
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012 HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN TUTOR : EN. RAMAN BIN NUSI NAMA : FADZIL BIN MD YUNUS NO. MATRIKULASI : 810930086475001 NO. KAD PENGENALAN : 810930086475 NO. TELEFON : 0123168453 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PPP OUM IPOH

Upload: fadzil-md-yunus

Post on 19-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

4

TRANSCRIPT

Page 1: 810930086475001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2012

HBEF1503

SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN

TUTOR : EN. RAMAN BIN NUSI

NAMA : FADZIL BIN MD YUNUS

NO. MATRIKULASI : 810930086475001

NO. KAD PENGENALAN : 810930086475

NO. TELEFON : 0123168453

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PPP OUM IPOH

Page 2: 810930086475001

HBEF1503

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 2

2. SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 4

3. CADANGAN MEMPERKASAKAN HUBUNGAN 6

KAUM DAN ETNIK

4. KESIMPULAN 9

5. BIBLIOGRAFI 12

1

Page 3: 810930086475001

HBEF15031. PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan

yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah

negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain.

Namun begitu, kesan gelombang globalisasi telah mencabar keamanan dan kehormonian

negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Nilai individualistik, materialistic

dan pelbagai nilai dalam kalangan masyarakat sedikit sebanyak mulai terhakis sehingga

merosakkan individu dan masyarakat. Keadaan ini memerlukan strategi yang mantap

bagi melindungi generasi pelajar yang bakal memimpin dan membawa negara ke arah

Wawasan 2020. Salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi

baru yang berwawasan, berdisiplin, berkeyakinan terhadap diri, maka dasar-dasar

kerajaan berfokaskan kepada mewujudkan perpaduan antara kaum melalui pendidikan di

sekolah. Oleh itu, pelbagai dasar seperti memantapkan lagi Pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan, menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan, Pendemokrasian Pendidikan,

Pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep Sekolah Penyayang, Pelaksanaan Sekolah satu

aliran, Sukan untuk Perpaduan, Sistem persekolahan yang sama bagi semua , Bahasa

Kebangsaan, Kurikulum yang sama dan sukatan peperiksaan seragam telah

dilaksanankan. Berteraskan dasar tersebut diyakini dapat membantu dalam memupuk

serta meningkatkan semangat patriotisme, integrasi nasional demi kestabilan,

kesejahteraan rakyat yang berterusan dan sekali gus bersedia menghadapi sebarang

cabaran yang mendatang.

Tugasan saya pada kali ini adalah berkenaan membincangkan secara kritis

kelemahan dan kebaikan sistem pendidikan negara dalam memupuk kesepaduan kaum

dan etnik yang berbilang di negara Malaysia ini. Saya juga diminta untuk mencadangkan

bagaimana pelaksanaan sistem pendidikan sekarang dapat dipertingkatkan demi

mencapai kesefahaman, toleransi dan perpaduan antara golongan etnik. Selain itu

perbincangan secara mendalam dan huraian yang terperinci tentang kekuatan dan

kelemahan dasar dan falsafah pendidikan negara dengan merujuk kepada dokumen yang

relevan seperti Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pendidikan

1961, dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan lain-lain lagi serta memberikan tiga

2

Page 4: 810930086475001

HBEF1503atau lebih cadangan yang bernas dan jitu dalam memperbaiki dan mempertingkatkan

pelaksanaan dasar pendidikan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti

Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan

pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi

juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina

negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua

franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi

menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara

“glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut

acuan local atau tempatan.

Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan

manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat

perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 yang mengemukakakan dua

elemen penting dalam dasar pendidikan dan dianggap dapat menyuburkan semangat

perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan

penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Cabaran paling utama dalam usaha

negara mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah seperti berikut:

‘Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-

mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan

sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan

sosial, kestabilan politik, sisitem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan

kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Selain daripada itu, sistem pendidikan juga boleh menjadi salah satu cara

memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita

tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang kebanyakannya semua

kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau

etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan seterusnya menghayati proses

sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan

sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.

3

Page 5: 810930086475001

HBEF1503Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi

mewujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam

hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi

memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul,

menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemas kini dan

dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai

objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran

tetapi isinya. Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi

antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walau bagaimana pun, masih

banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di

sekolah. Oleh itu, pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi

menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.

2. SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Mengikut Ramlah Adam (2003) Sistem persekolahan yang wujud di negara ini,

pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British

mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal

tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.

Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Sekolah Cina dan Tamil bukan hanya menggunakah bahasa Cina dan Tamil

sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China dan India, buku teks

diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Kerajaan sebelum merdeka

menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan

sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris

dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran

juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang

berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka

memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di

samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran

vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak

Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada

4

Page 6: 810930086475001

HBEF1503satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi

mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan

sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak merdeka hingga ke

hari ini bagi mewujudkan perpaduan antara kaum dan memperkasakan sekolah. Di

Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah.

Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran,

buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang

sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan

yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial,

agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-

pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan

kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara

kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik

dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain.

Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan

berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-

kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara

satu sama lain dan lebih saling memahami. Walaubagaimana pun pada waktu ini cabaran

terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala menghadapi

kesukaran kerana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang membenarkan sekolah dua aliran

namun, hasrat murni kita untuk memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di

semua peringkat sebagai alat integrasi dapat dicapai.

Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua, Ketiga hingga

Kesembilan, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk

perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama

dalam proses integrasi ialah dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa

penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara

dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui

sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an.

5

Page 7: 810930086475001

HBEF1503Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala

ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan

kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-

ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan

pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara

Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita

negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping

menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata

Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi

mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah, Sivik, Pendidikan Moral

memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran tersebut

diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati

terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), tumpuan memperkasakan

Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan

penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari

peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan

berkualiti, Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai

3M, Beraspirasi nasional, Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil, Pencapaian

akademik cemerlang, Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi, Iklim dan budaya

sekolah yang sihat, Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan,

Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan, Pencapaian sahsiah pelajar

cemerlang.

3. CADANGAN MEMPERKASAKAN HUBUNGAN KAUM DAN ETNIK

Oleh itu, pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk

menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada

dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu

disegerakan. Hal demikian kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem

persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai dengan kehendak semasa

6

Page 8: 810930086475001

HBEF1503haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan

dengan baik.

Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa

penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranan yang berkesan

untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Usaha-usaha yang

gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang

sengaja diadakan. Satu sistem persekolahan yang sama patut diperkenalkan dengan

penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi

baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan

kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-

masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya.

Sekolah juga harus berperanan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh

berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu

didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat

menghormati, saling membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan

kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-

pelajar daripada semua kumpulan etnik hendaklah digalakkan bercampur dan

memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah

akan dapat melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai semangat

kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.

Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina

dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu

ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu

kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini

mewujudkan integrasi etnik dengan cepat. Pelaksanaan Sekolah Wawasan merupakan

antara cadangan bagi memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan

adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan

yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga sekolah

rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama

lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi

antara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi,

7

Page 9: 810930086475001

HBEF1503persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua

pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah

Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap

sekolah mempunyai nama yang tersendiri di samping urusan pentadbiran dan pengurusan

kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan

membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan

secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan

padang. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari

pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan. Konsep Sekolah Wawasan yang

kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat

cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain,

kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat

negara.

Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk

integrasi antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang

menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia,

bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga

aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa

Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah

yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi antara pelbagai etnik yang menggunakan

pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah

berjalan agak perlahan dan lambat.

Menerusi sistem sekolah satu aliran, penggunaan bahasa oleh kawan-kawan lain

tidak akan menyebabkan berlakunya penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.

Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar

berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja daripada lain-lain

etnik yang berminat. Di samping mereka boleh bergaul secara meluas , mereka juga

boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Jika ini dapat dipraktikkan masalah

hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan

antara pelajar dan saling memahami antara satu sama lain. Kita dapat melihat dengan

jelas bahawa dengan terasingannya sekolah rendah ini, telah menanam semangat

8

Page 10: 810930086475001

HBEF1503perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular

pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi sistem

sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan dari

peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan

membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika

timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberikan perhatian segera demi mewujudkan

proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur

dan harmoni.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di

Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa

perhubungan iaitu Bahasa Malaysia dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang

lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi

perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini. Pada asasnya Laporan Razak

mencadangkan penubuhan Sekolah-Sekolah Umum yang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantarnya dan Sekolah-Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa

pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk

perpaduan jelas dinyatakan. Walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah

diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem

persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah

Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki

sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa

mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

4. KESIMPULAN

Masa depan negara kita ditentukan oleh perpaduan rakyat berbilang kaum dan

bukannya ditentukan oleh kuasa-kuasa besar asing, termasuk pemodal asing dan pakar

runding ekonomi yang mewakili syarikat multinasional. Menurut Ding Choo Ming,

(2010), Harapan kita ialah segala perubahan dan perkembangan yang ada sekarang adalah

tapak kecil dalam langkah besar kita menuju ke sebuah negara maju yang bersatu padu

menjauhkan diri dan negara daripada kekacauan, konflik agama, politik dan etnik seperti

kata pujangga “ The value of man should be seen in what he gives and not what he is able

9

Page 11: 810930086475001

HBEF1503to receive,” Usaha ini tidaklah mudah, jalannya tidak pula lurus, dan tentunya tidak dapat

dicapai dalam masa yang singkat. Perpaduan negara yang berbilang kaum semestinya

perpaduan jitu yang terzahir tanpa mengira latar belakang mereka. Peningkatan

persefahaman dan pengurangan perbezaan selama ini telah membina pelbagai jambatan

kerjasama antara orang Melayu, Cina dan India.

Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi

menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang

melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk

Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada

sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun

1970. Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang

menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah

perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang

besifat majmuk ini. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika

pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini.

Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan

yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat

bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

Dasar yang dimainkan dalam bidang pendidikan amatlah penting dalam proses

integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat

menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita

harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang

pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik.

Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai

rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam

pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya

oleh setiap rakyat Malaysia. Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah

diwujud sejak daripada kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi

memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara

etnik di sekolah dengan berkesan.

10

Page 12: 810930086475001

HBEF1503Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi

mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di

peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah

dan seterusnya di universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia

bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di

sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau

Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah

adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah

juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat

perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali

hilang upayanya. Hal ini bertujuan supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau

kaum dapat hidup bersatu padu, harmonis dan berjiwa Malaysia.

( 2920 patah perkataan )

11

Page 13: 810930086475001

HBEF15035. BIBLIOGRAFI

Abd Rahim Abd Rashid, (1993), Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Dewan Bahasa

Pustaka, Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan 1961, (1984), International Law Book Service, Kuala Lumpur.

Akta Pendidikan 1996, (1998), International Law Book Service, Kuala Lumpur.

Amir Hasan Dawi, (1999), Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books,

Tanjung Malim.

Hamedi Mohd Adnab, (1994), Bahasa Melayu STPM, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.

Hussein Hj. Ahmad, (1993), Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, (1988),

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd Salleh Lebar, (1998), Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan,

Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor.

Mohd Salleh Lebar, (1996), Perkembangan dan Haluan Pendidikan Malaysia, Berita

Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Mohd Yazid Yusoff, Mohd Noor Mohd Zain, Idris Omar, (2007), Persamaan dan

Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996, Universiti Utara

Malaysia, Kedah.

Sanusi Osman, (1989), Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Selangor.

Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau Wing, Dr. Saedah Hj. Siraj, (1993),

Pendidikan di Malaysia, Utasan Publication, Kuala Lumpur.

Sufean Hussin, (1996), Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Abd Rahim Rashid, (1999), Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah, Utusan

Publications and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Ding Choo Ming, Pemikir: Perpaduan Kaum dan Toleransi Agama di Malaysia Jilid 41,

Julai-Sept 2005, (m.s 15-35)

Kamarudin Hj Husin , Kamarul Azhar, (1994), Asas Pendidikan II,Perkembangan dan

Pelaksanaan Kurikulum, Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya

12

Page 14: 810930086475001

HBEF1503 Mok Soon Sang, (1995), Asas Pendidikan 3, Kurikulum dan Praktikum, Kumpulan

Budiman Sdn Bhd Kuala Lumpur .

Robiah Sidin, (1994), Pendidikan Di Malaysia : Cabaran Untuk Masa Depan, Fajar Bakti

Sdn Bhd.

Yahya Don, (2005), Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia, PTS Professional Publishing

Sdn Bhd.

13