8 ideologi politik

15
BAB 8 IDEOLOGI-IDEOLOGI POLITIK DISEDIAKAN OLEH: SAG 2010

Upload: nur-az

Post on 23-Jun-2015

5.536 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8  ideologi politik

BAB 8IDEOLOGI-

IDEOLOGI POLITIK

DISEDIAKAN OLEH:

SAG 2010

Page 2: 8  ideologi politik

PENDAHULUAN Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi? Apakah pula yang dimaksudkan dengan

ideologi politik? Secara majoriti manusia mempunyai

pegangan ideologi politik masing2, cuma ianya tidak disedari oleh pemegang tersebut.

Bahkan mungkin tingkahlaku dan pendirian harian seseorang manusia itu boleh dipengaruhi oleh sesuatu ideologi politik ataupun gabungan beberapa ideologi yang berlainan.

Page 3: 8  ideologi politik

Definisi Ideologi Terdapat pelbagai definisi ideologi dan

antaranya ialah

1. `Ideology is a collection of ideas’,

2. ‘Ideology is a set of beliefs, especially the political beliefs on which people, parties, or countries base their actions’

3. ‘Perbicaraan nilai-nilai asas politik, ekonomi dan sosial sebagai sebuah kumpulan idea yang berfungsi sebagai asas sistem sosial atau cara hidup yang ideal’.(K. Ramanathan)

Page 4: 8  ideologi politik

Antoine Destutt de Tracy menyimpulkan ‘bahawa ideologi adalah suatu bidang pengajian yang mengkaji sesuatu idea’

Secara asasnya ideologi ialah bolehlah disimpulkan sebagai suatu gugusan idea dan pendapat yang menjadi pegangan kepada manusia.

Idea atau pendapat ini akan mempengaruhi kehidupan dan tatacara manusia dalam membuat atau melaksanakan sesuatu kerja.

Page 5: 8  ideologi politik

Ideologi Politik

Ditakrifkan sebagai satu set pegangan atau idea politik yang dipegang oleh seseorang individu atau sekumpulan manusia, sesuatu kumpulan parti politik mahupun sesuatu kerajaan yang memerintah sesebuah negara.

Ia juga adalah konsep asas dalam kajian sains sosial. Antaranya ialah etika, prinsip, simbol, doktrin, dogma, gerakan sosial dan pelbagai lagi

Page 6: 8  ideologi politik

Ciri-Ciri Ideologi Politik Destutt de Tracy telah menyatakan terdapat

lima ciri utama bagaimana untuk kita mengenali sesuatu ideologi iaitu;

1. Ia merencanakan sesuatu program sosial atau pertubuhan politik samada secara umum ataupun secara abstrak.

2. Ia mengandungi teori penerangan yang luas tentang pengalaman manusia dan dunia luar.

3. Ia menerima realisasi program ini sebagai hasil dari suatu perjuangan

Page 7: 8  ideologi politik

4. Ia bukan sahaja ingin cuba mempengaruhi/ memujuk rayu masyarakat tetapi sehingga memerlukan penglibatan dan kesetiaan yang kadangkala dipanggil sebagai komitmen

5. Ia biasanya kelihatan seperti ditujukan kepada orang ramai atau pada keseluruhan masyarakat tetapi sebenarnya memerlukan kepimpinan dari golongan intelektual atau cerdik pandai

Page 8: 8  ideologi politik

FUNGSI SESUATU IDEOLOGI

Ideologi adalah sesuatu yang menjadi pedoman dan panduan dalam sesuatu gerakan dan suatu matlamat kepada sesuatu perjuangan.

Rodee, Anderson dan rakan-rakannya (1983) telah meletakkan beberapa fungsi ideologi sebagai;

1. Ideologi digunakan untuk menjustifikasi keadaan status-quo dan untuk menentang status-quo.

2. Ideologi juga boleh digunakan sebagai asas simbolik dalam sesuatu perjuangan

3. Ideologi juga boleh digunakan sebagai panduan dalam membuat sesuatu polisi

Page 9: 8  ideologi politik

LIBERALISME Muncul pada akhir abad ke-18 pada era yang

dipanggil Revolusi Perancis Ianya telah dijuarai oleh golongan pertengahan

(middle class) seperti peniaga atau bourgeosie yang inginkan kebebasan bersuara dan berniaga dari kongkongan kerajaan Perancis

Liberalisme juga dikatakan sebagai pengasas kepada kewujudan golongan kelas menengah (middle class) dan pemangkin kepada pengembangan kapitalisme (Eccleshall,1994).

Page 10: 8  ideologi politik

Liberalisme juga memegang teguh kepada falsafah seperti persamaan atau sama rata (equality), kebebasan (liberty), perseorangan (individuality) dan pemikiran yang rasional (rationality).

para liberalis menganggap bahawa manusia tidak boleh dikongkong oleh manusia lain (subordinate to others) dan bebas untuk mengembangkan potensi diri (Bellamy, 2004).

Page 11: 8  ideologi politik

Dari aspek politik pula, liberalisme percaya bahawa kuasa memerintah hendaklah dibebaskan dari elemen politik warisan atau monarki

Manusia perlulah diberikan peluang untuk merebut peranan memimpin dan kepimpinan

Dalam aspek ekonomi, kegiatan Ekonomi hendaklah bebas dari cengkaman peraturan dan campur tangan dari pihak kerajaan walaupun mereka masih mengakui peri pentingnya kewujudan undang-undang dan peraturan.

Antara sarjana utama dalam ideologi ini adalah John Stuart Mill (1806- 1873). Mill antara lainnya mengatakan bahawa manusia perlu ada dua asas keperluan iaitu kebebasan dan keadaan yang pelbagai (freedom and variety of situation).

Page 12: 8  ideologi politik

KOMUNISME Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dengan

bukunya Komunis Manifesto dan Das Capital Marx pula sebenarnya banyak dipengaruhi oleh

pemikiran Hegel Ada pendapat ia adalah serpihan dari ideologi

Anarchism yang mengatakan bahawa kebebasan mutlak adalah yang terbaik dan ianya dicapai melalui peperangan dan pertumpahan darah.

Tetapi Komunisme tidak berpendapat ,cara untuk mendapatkan kuasa adalah melalui revolusi kerana hanya dengan cara itu sesuatu kerajaan dapat ditumbangkan.

Page 13: 8  ideologi politik

Terma ‘communism’ sebenarnya berasal dari nama yang diberikan kepada gerakan-gerakan revolusi bawah tanah di Paris, Perancis sekitar tahun 1830-an.

Komunisme berpendapat bahawa manusia ini semuanya adalah sama dan menentang konsep pemilik kekayaan oleh individu (private ownership).

Komunisme berpendapat kerajaan atau state perlulah memegang kuasa keempunyaan (ownership) dalam perniagaan dan kaedah pengeluaran (means of production) agar setelah mendapat keuntungan, kerajaan akan bertindak adil menyebarkan kekayaan kepada keseluruhan rakyat

Page 14: 8  ideologi politik

SOSISALISME Sosialisme diperkatakan seawal zaman Plato

lagi di dalam bukunya Republic atau dari tulisan Thomas More bertajuk Utopia (1516) .

Plato secara asasnya mencadangkan agar suatu

undang-undang digubal untuk memastikan agar berlaku pemilikan bersama di dalam perniagaan dan sebagainya

Sosialisme adalah meletakkan kepentingan kebajikan individu ke belakang dari kebajikan masyarakat.

Page 15: 8  ideologi politik

SEKIAN