8 dsp p kesihatan tahun 2

Upload: syazalina83

Post on 06-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    1/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    PENDIDIKAN KESIHATAN

    TAHUN 2

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    2/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    3/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    3

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan

    pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana

    murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap

    pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru

    tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal

    insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    4/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    4

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagitujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagimemberi gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standarddan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalamstandard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betulmenggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

    boleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan bolehbuat berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatutugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian

    bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    5/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    5

    KERANGKASTANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 Tahu

    2 Tahu dan Faham

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    6/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    6

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberirespons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATMurid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiranpada suatu situasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikutprosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB TERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikutprosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUATDENGAN BERADAB MITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkandan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secarabertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    7/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    7

    MATLAMAT KURIKULUM

    Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusipengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayatpanjang yang berkualiti.

    OBJEKTIF KURIKULUM

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

    OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

    Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :1 Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat2 Menjauhkahkan diri daripada situasi dan sentuhan tidak selamat3 Memilih jenis makanan berkhasiat4 Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok, dadah dan alkohol5 Memahami dan mengurus perasaan mengikut situasi6 Mengenali perbezaan fizikal dan perawakan antara lelaki dan perempuan7 Menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan8 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit9 Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek pencegahan kemalangan dan kecederaan

    10 Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    8/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    8

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

    2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

    3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta

    kesihatan dan keselamatan diri

    4 Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluargadan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran

    5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalammengurus hidup secara positif dan sihat

    6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupanseharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    9/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    9

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1Mempunyai pengetahuan tentangasas kesihatan fizikal, mental,emosi, sosial dan persekitaran

    B1D1Mengenal jenis bahan ketagihan

    B1D2Mempamerkan perasaan yangdialami

    B1D1E1Mengenal jenis bahan ketagihaniaitu rokok, dadah dan alkohol

    B1D2E1Mempamerkan perasaan sepertibimbang, cemas dan tidak selamat

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    10/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    10

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahu danFaham

    B2Memahami aspek kesihatanfizikal, mental, emosi, sosial danpersekitaran

    B2D1Memahami aspek pertumbuhan danperkembangan fizikal yang sihat

    B2D2Memahami jenis pemakanan yangsihat dan selamat

    B2D3Memahami jenis penyakit tidakberjangkit

    B2D1E1Menyenaraikan aktiviti fizikal yangmenyumbang kepada pertumbuhandan perkembangan yang sihat

    B2D2E1Memilih makanan dan minuman yangberkhasiat pada setiap kali waktu makan

    B2D3E1Mengenali penyakit tidak berjangkit sepertiketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah,ekzema dan alahan

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    11/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    11

    BAND PERNYATAANSTANDARD

    DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, Faham danBoleh Buat

    B3Memahami kepentingan danboleh mengurus penjagaandiri, pengurusan mental,emosi dan sosial sertakesihatan dan keselamatandiri

    B3D1Melakukan perkara-perkara yang bolehmenyumbang ke arah pertumbuhan danperkembangan fizikal yang sihat

    B3D2Menangani pengaruh dalaman danluaran berkaitan kesihatan diri danreproduktif

    B3D1E1Mengamalkan aktiviti fizikal untukmencapai pertumbuhan danperkembangan fizikal yang sihat

    B3D1E2Mengamalkan pemakanan yang seimbanguntuk pertumbuhan dan perkembanganfizikal yang sihat

    B3D1E3Mengamalkan postur yang betul untukpertumbuhan dan perkembangan fizikal

    B3D2E1Menyatakan maksud dan situasi sentuhantidak selamat

    B3D2E2Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika

    berlaku sentuhan tidak selamat

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    12/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    12

    B3D3Melakukan perkara-perkara yangmembantu ke arah pemakanan yangsihat dan selamat

    B3D4Menangani situasi berisiko terhadap diri,keluarga, dan masyarakat

    B3D5Mengawal emosi untuk meningkatkankesihatan mental

    B3D6Membezakan perawakan jantina danmenghormati antara satu sama lain

    B3D3E1Mengenal pasti jenis makanan dan minumanyang boleh menyebabkan berat badan yangberlebihan dan obesiti

    B3D3E2Mengamalkan tabiat makan dan minum yangsihat

    B3D3E3Menyatakan pengaruh rakan dan mediadalam pengambilan makanan dan minuman

    B3D4E1Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidakmenyalahguna bahan

    B3D5E1Mengenal pasti perasaan yang wujud akibatperubahan yang berlaku dalam keluarga danpersekitaran seperti pertambahan dankehilangan ahli dalam keluarga

    B3D6E1Menyatakan perbezaan fizikal danperawakan perempuan dan lelaki

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    13/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    13

    B3D7Mengenal pasti penyakit konjunktivitis

    B3D8Melakukan perkara-perkara untukmenjaga keselamatan diri

    B3D9Mengambil tindakan semasa kecemasan

    B3D6E2Mengamalkan sikap menghormati antarasatu sama lain tanpa mengira jantina

    B3D7E1Mengenal pasti tanda-tanda dan caramengelak daripada jangkitan konjunktivitis

    B3D8E1Mengenal pasti peralatan dan bahan yangberbahaya di rumah, sekolah, tamanpermainan dan tempat awam sertamenyenaraikan cara penyimpanan yang

    selamat

    B3D8E2Mengenal pasti situasi tidak selamat dirumah, sekolah, taman permainan dantempat awam

    B3D8E3Menyatakan kesan kemalangan dankecederaan seperti kecacatan kekal tubuhbadan

    B3D9E1Mengetahui situasi kecemasan dan memintabantuan apabila berlaku kecemasan

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    14/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    14

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradab

    B4

    Boleh memperkembangan aspekpenjagaan diri serta pengurusanmental, emosi dan sosialterhadap keluarga danmasyarakat serta memainkanperanan mengawal aspekkesihatan dan keselamatanpersekitaran

    B4D1Menguruskan perkara-perkaraberkaitan aspek pertumbuhan danperkembangan fizikal yang sihat

    B4D2Menguruskan pemakanan yang sihatdan selamat

    B4D3Menguruskan emosi untukmeningkatkan kesihatan mental

    B4D4Menunjukkan kemahiran

    interpersonal dan komunikasiberkesan

    B4D1E1Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yangmencukupi untuk pertumbuhan sertaperkembangan fizikal yang sihat

    B4D2E1Mengamalkan pengambilan makanan danminuman mengikut keperluan

    B4D2E2Menceritakan tabiat pengambilan makanan danminuman dalam kalangan ahli keluarga

    B4D3E1Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkanperasaan kepada orang yang boleh dipercayai

    B4D4E1Mematuhi ajaran agama

    B4D4E2Menunjukkan rasa kasih sayang tanpamembezakan individu atau kumpulan sepertitidak membuli dan menyakiti orang lain

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    15/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    15

    B4D5Mengurus keselamatan diri danmelakukan kemahiran kecekapanpsikososial

    B4D5E1Mengamalkan langkah-langkah keselamatanuntuk mengelak kemalangan, kecederaan dansituasi tidak selamat di rumah, sekolah, tamanpermainan dan tempat awam pada setiap masa

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    16/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    16

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabTerpuji

    B5Mempunyai kemahiranberkomunikasi, empati denganorang lain dan berupayamengendalikan emosi dalammengurus hidup secara positifdan sihat

    B5D1Menerangkan aspek pemakananyang sihat dan selamat

    B5D2Menerangkan kesan penyalahgunaanbahan

    B5D3Mengamalkan sikap positif untukmeningkatkan kesihatan mental

    B5D4Menerangkan tentang penyakitkonjunktivitis dan penyakit tidakberjangkit

    B5D1E1Menyatakan kepentingan pengambilan makanandan minuman yang berkhasiat

    B5D2E1Menceritakan kesan negatif merokok, mengambildadah dan alkohol terhadap kesihatan diri sertaorang lain

    B5D3E1Mengamalkan sikap positif untukmengurus perasaan diri seperti rasa bersalah,bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat

    B5D4E1Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambilatau diawasi jika mengalami konjunktivitis

    B5D4E2

    Mengenal pasti tanda-tanda dan menyatakanlangkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi

    jika mengalami penyakit tidak berjangkit (ketumbitmata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema danalahan).

  • 8/3/2019 8 DSP P Kesihatan Tahun 2

    17/17

    DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 2

    5 Januari 2012

    17

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabMithali

    B6Mempunyai keupayaan membuat

    keputusan untuk mengadaptasipermintaan serta cabarankehidupan seharian,meningkatkan literasi kesihatandan mengamalkan gaya hidupsihat

    B6D1

    Menangani penyalahgunaan bahan

    B6D2Menghargai peranan diri sendiridalam aspek kesihatan keluarga

    B6D3Mengaplikasi kemahiran

    interpersonal dan komunikasiberkesan

    B6D1E1

    Melapor kepada orang dewasa berkaitanpenyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan

    B6D2E1Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagailelaki atau perempuan

    B6D3E1Menzahirkan kasih sayang yang berbeza

    kepada Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahlikeluarga, guru dan rakan

    B6D3E2Mengamalkan rasa syukur kepadaTuhan dan terima kasih sesamamanusia