8 ahad 6 februari 2011 watan selebriti kini ‘cikgu’ bm pg 8.pdf · “saya harap contoh baik...

1
8 AHAD 6 Februari 2011 WATAN SERONOK DAN ADA KEPUASAN Seronok dengan reaksi murid-murid apabila saya masuk ke kelas dan mengajar mereka. Gembira dan terkejut juga apabila mereka secara spontan memanggil saya cikgu. Tetapi yang paling memberi kepuasan ialah apabila kita mampu memberi mereka inspirasi untuk maju dan menjadi pelajar lebih bermutu. – Hyrul Anuar J ANGAN terkejut jika anda berte- mu penyanyi Hyrul Anuar di luar, ada kanak-kanak memanggilnya dengan gelaran ‘cikgu.’ Bukan setakat Cikgu Hyrul, ki- ta kini mempunyai beberapa lagi guru seleb- riti – Cikgu Hatta Mohd Said, Cikgu Fadly Awaludin, Cikgu Raimy Liandy dan Cikgu Rilla Melati. Seorang lagi ialah peserta Anugerah Skrin 2010, Mariah Mahfar. Mereka kesemuanya berkongsi misi yang sama – menggunakan pengaruh status ‘bintang’ yang ada, sebagai senjata pendidi- kan untuk para pelajar sekolah peringkat rendah memperbaiki penguasaan bahasa Me- layu mereka. ‘MINI MONSTERS’ Dengan menggunakan program pendidi- kan Mini Monsters yang diasaskan oleh Na- jip Ali dan Rilla Melati sejak 2008, artis-artis tersebut kini hampir setiap hari menghabis- kan masa di sekolah-sekolah, menggalakkan para pelajar mempraktikkan bahasa Melayu dengan selesa menerusi nyanyian, drama dan sesi bercerita. Cakap mudahnya, pada siang hari, para artis itu bertugas sebagai guru, pada lain masa, mereka kekal dengan status sebagai penghibur! Dalam wawancara eksklusif dengan Berita Minggu, Rilla berkata pengumuman Ke- menterian Pendidikan yang menggalakkan pendekatan pembela- jaran Bahasa Ibun- da secara lebih kre- atif dan ‘hidup’, membuat beliau dan pasukan- nya begitu teru- ja kerana me- mang cara itu- lah yang telah mereka perju- angkan sejak tiga tahun lalu. Sebelum itu, beliau dan se- orang rakan kongsi mengen- dalikan sekolah peningkatan ba- hasa, ACTpha- bets, yang dianggapnya sebagai ‘makmal’ un- tuk menguji teknik-teknik drama bagi tujuan peningkatan bahasa, tetapi menggunakan ba- hasa Inggeris. “Dari ACTphabets, saya menyedari baha- wa kita sebenarnya perlu memberi per- hatian kepada bahasa Melayu. KEKOK CAKAP MELAYU “Para pelajar kita sebelum ini hanya mempelajari bahasa Melayu tetapi tidak mempraktikkannya. Sebab itu kita lihat budak-budak sekarang begitu kekok meng- gunakan bahasa Melayu atau tidak yakin menggunakan bahasa ibunda dengan orang ramai. “Program kami menarik minat para pela- jar mengenali bahasa dan menggunakannya dengan menghidupkan bahasa itu menerusi lagu, drama dan sesi bercerita. Persembahan- nya memang seperti rancangan hiburan, teta- pi hala tujunya ialah pendidikan bahasa. PENGHIBUR JADI IDOLA “Tugas kami menjadi lebih mudah apabi- la pelajar melihat para penghibur dan idola mereka sebagai guru mereka. Dan mereka yakin dengan kebolehan cikgu-cikgu artis ini kerana di televisyen pun, Hyrul, Hatta, Fad- ly dan Raimy semua menggunakan bahasa Melayu yang baik,” kata Rilla sambil me- nambah, bapanya, guru pesara, Cikgu Baha- ri Rajib, juga memainkan peranan melatih artis-artis tersebut tentang bagaimana men- jalankan tugas sebagai guru. Beliau mengambil keputusan untuk me- manfaatkan pengaruh artis-artis popular yang dianggapnya sesuai menjalani misi tersebut kerana percaya “golongan artis mampu memainkan peranan lebih daripada setakat menghibur.” “Contohnya Hyrul. Saya pilih beliau kera- na mahu orang ramai melihat Hyrul lebih daripada setakat seorang penyanyi. Golon- gan penghibur mempunyai pengaruh yang kuat dan selalu diminta menjadi duta untuk pelbagai acara,” tambahnya. Beliau mengakui menggunakan prototaip kejayaan personaliti rancangan kanak-kanak popular 80-an, Aksi Mat Yoyo seperti Zakir Hamid yang menjadi juruterbang dan Deena Abdul Aziz yang menjadi Timbalan Pendak- wa Raya (DPP) dalam pendekatan terkini- nya. Program tersebut, tambah Rilla, menda- pat sokongan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) kerana mempunyai unsur pemba- ngunan seni estetik. BAHAN RUJUKAN Apa yang lebih menarik, bukan setakat melancarkan persembahan secara live, pro- gram itu juga disokong dengan bahan-bahan rujukan seperti cakera padat koleksi 40 lagu kanak-kanak dan lagu rakyat dari rancangan Rentak Cilik serta siri buku Aksi Adil yang ditulis oleh Rilla sendiri. Setiap bulan, artis-artis mengunjungi pura- ta 10 buah sekolah, dengan setiap sekolah mendapatkan dua atau tiga sesi sebagai salah satu program peningkatan pelajaran di luar kurikulum mereka. “Saya harap contoh baik yang ditunjuk- kan akan menghilangkan stereotaip me- ngenai kerjaya penghibur yang selama ini dil- etakkan di tahap terlalu bawah. “Golongan penghibur selalu dicari-cari, tetapi pada masa yang sama, ramai yang diperlekehkan. “Bertahun-tahun selama berkecimpung dalam bidang ini, saya bertungkus-lumus melakukan sesuatu untuk mengubah stere- otaip itu tetapi setelah berjaya, ia kembali seperti asal sampaikan saya naik penat. “Dengan menggandingkan kerjaya peng- hibur dengan bidang pendidikan, kita akan dapat melahirkan generasi artis yang dilihat lebih mantap dan dihormati,’’ kata Rilla, penuh emosi. Terkejut juga bila SELEBRITI KINI ‘CIKGU’ HANIMMOHDSALEH SERONOK JADI CIKGU: Lima selebriti ini sekarang perlu membahagikan masa antara mengajar dengan lain-lain tugasan di bidang seni. Mereka ialah (dari kiri) Hyrul, Raimy, Fadly, Rilla dan Hatta. – Foto-foto TAUFIK A.KADER [email protected] BELAJAR SAMBIL BERHIBUR: Guru selebriti, Raimy Liandy (kiri dalam gambar atas dan gambar kiri) begitu asyik menjayakan program drama dan penuturan berdasarkan teks ‘Gajah Untuk Aidil’ yang ditulis oleh Rilla Melati Bahari, bersama murid-murid Sekolah Rendah Tanjong Katong. Gunakan status ‘bintang’ untuk bantu pelajar baiki penguasaan bahasa ibunda oleh

Upload: doanlien

Post on 24-Aug-2019

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8 AHAD 6 Februari 2011 WATAN SELEBRITI KINI ‘CIKGU’ BM Pg 8.pdf · “Saya harap contoh baik yang ditunjuk-kan akan menghilangkan stereotaip me-ngenaikerjayapenghibur yangselamainidil-etakkan

8 AHAD 6 Februari 2011 WATAN

SERONOK DAN ADA KEPUASAN“Seronok dengan reaksi murid-murid apabila saya

masuk ke kelas dan mengajar mereka. Gembira danterkejut juga apabila mereka secara spontan memanggilsaya cikgu. Tetapi yang paling memberi kepuasan ialah

apabila kita mampu memberi mereka inspirasi untukmaju dan menjadi pelajar lebih bermutu.’’

– Hyrul Anuar

JANGAN terkejut jika anda berte-mu penyanyi Hyrul Anuar di luar,ada kanak-kanak memanggilnyadengan gelaran ‘cikgu.’

Bukan setakat Cikgu Hyrul, ki-ta kini mempunyai beberapa lagi guru seleb-riti – Cikgu Hatta Mohd Said, Cikgu FadlyAwaludin, Cikgu Raimy Liandy dan CikguRilla Melati. Seorang lagi ialah pesertaAnugerah Skrin 2010, Mariah Mahfar.

Mereka kesemuanya berkongsi misi yangsama – menggunakan pengaruh status‘bintang’ yang ada, sebagai senjata pendidi-kan untuk para pelajar sekolah peringkatrendah memperbaiki penguasaan bahasa Me-layu mereka.

‘MINI MONSTERS’

Dengan menggunakan program pendidi-kan Mini Monsters yang diasaskan oleh Na-jip Ali dan Rilla Melati sejak 2008, artis-artistersebut kini hampir setiap hari menghabis-kan masa di sekolah-sekolah, menggalakkanpara pelajar mempraktikkan bahasa Melayudengan selesa menerusi nyanyian, dramadan sesi bercerita.

Cakap mudahnya, pada siang hari, paraartis itu bertugas sebagai guru, pada lainmasa, mereka kekal dengan status sebagai

penghibur!Dalam wawancara eksklusif

dengan Berita Minggu, Rillaberkata pengumuman Ke-menterian Pendidikanyang menggalakkanpendekatan pembela-jaran Bahasa Ibun-da secara lebih kre-atif dan ‘hidup’,membuat beliaudan pasukan-nya begitu teru-ja kerana me-mang cara itu-lah yang telahmereka perju-angkan sejaktiga tahun lalu.

Sebelum itu,beliau dan se-orang rakankongsi mengen-dalikan sekolahpeningkatan ba-hasa, ACTpha-bets, yang dianggapnya sebagai ‘makmal’ un-tuk menguji teknik-teknik drama bagi tujuanpeningkatan bahasa, tetapi menggunakan ba-hasa Inggeris.

“Dari ACTphabets, saya menyedari baha-wa kita sebenarnya perlu memberi per-hatian kepada bahasa Melayu.

KEKOK CAKAP MELAYU

“Para pelajar kita sebelum ini hanyamempelajari bahasa Melayu tetapi tidakmempraktikkannya. Sebab itu kita lihatbudak-budak sekarang begitu kekok meng-gunakan bahasa Melayu atau tidak yakinmenggunakan bahasa ibunda dengan orangramai.

“Program kami menarik minat para pela-jar mengenali bahasa dan menggunakannya

dengan menghidupkan bahasa itu menerusilagu, drama dan sesi bercerita. Persembahan-nya memang seperti rancangan hiburan, teta-pi hala tujunya ialah pendidikan bahasa.

PENGHIBUR JADI IDOLA

“Tugas kami menjadi lebih mudah apabi-la pelajar melihat para penghibur dan idolamereka sebagai guru mereka. Dan merekayakin dengan kebolehan cikgu-cikgu artis inikerana di televisyen pun, Hyrul, Hatta, Fad-ly dan Raimy semua menggunakan bahasaMelayu yang baik,” kata Rilla sambil me-nambah, bapanya, guru pesara, Cikgu Baha-

ri Rajib, juga memainkan peranan melatihartis-artis tersebut tentang bagaimana men-jalankan tugas sebagai guru.

Beliau mengambil keputusan untuk me-manfaatkan pengaruh artis-artis popularyang dianggapnya sesuai menjalani misitersebut kerana percaya “golongan artismampu memainkan peranan lebih daripadasetakat menghibur.”

“Contohnya Hyrul. Saya pilih beliau kera-na mahu orang ramai melihat Hyrul lebihdaripada setakat seorang penyanyi. Golon-gan penghibur mempunyai pengaruh yangkuat dan selalu diminta menjadi duta untukpelbagai acara,” tambahnya.

Beliau mengakui menggunakan prototaipkejayaan personaliti rancangan kanak-kanakpopular 80-an, Aksi Mat Yoyo seperti ZakirHamid yang menjadi juruterbang dan DeenaAbdul Aziz yang menjadi Timbalan Pendak-wa Raya (DPP) dalam pendekatan terkini-nya.

Program tersebut, tambah Rilla, menda-pat sokongan Majlis Seni Kebangsaan(NAC) kerana mempunyai unsur pemba-ngunan seni estetik.

BAHAN RUJUKAN

Apa yang lebih menarik, bukan setakatmelancarkan persembahan secara live, pro-gram itu juga disokong dengan bahan-bahanrujukan seperti cakera padat koleksi 40 lagukanak-kanak dan lagu rakyat dari rancanganRentak Cilik serta siri buku Aksi Adil yangditulis oleh Rilla sendiri.

Setiap bulan, artis-artis mengunjungi pura-ta 10 buah sekolah, dengan setiap sekolahmendapatkan dua atau tiga sesi sebagai salahsatu program peningkatan pelajaran di luarkurikulum mereka.

“Saya harap contoh baik yang ditunjuk-kan akan menghilangkan stereotaip me-ngenai kerjaya penghibur yang selama ini dil-etakkan di tahap terlalu bawah.

“Golongan penghibur selalu dicari-cari,tetapi pada masa yang sama, ramai yangdiperlekehkan.

“Bertahun-tahun selama berkecimpungdalam bidang ini, saya bertungkus-lumusmelakukan sesuatu untuk mengubah stere-otaip itu tetapi setelah berjaya, ia kembaliseperti asal sampaikan saya naik penat.

“Dengan menggandingkan kerjaya peng-hibur dengan bidang pendidikan, kita akandapat melahirkan generasi artis yang dilihatlebih mantap dan dihormati,’’ kata Rilla,penuh emosi.

JUARA Anugerah 2005, Hyrul Anu-ar, mengaku sebagai artis sepenuhmasa, beliau sukar memperolehi penda-patan yang mencukupi jika hanya ber-gantung kepada undangan menyanyiatau penjualan album di Singapura.

Sebab itulah, beliau mengambil kepu-tusan untuk meneruskan pengajianmendapatkan ijazah Sarjana Mudadalam Perhubungan Media di UniversitiInstitut Pengurusan Singapura (Un-iSIM).

“Apabila Rilla menawarkan saya un-tuk menyertai program ini sebagai pen-didik, saya gembira kerana dari dulu la-gi, saya memang cintakan bahasa Mel-ayu dan ia kerjaya yang sesuai dengankedudukan saya sekarang.

“Seronok dengan reaksi murid-mu-rid apabila saya masuk ke kelas danmengajar mereka. Gembira dan ter-kejut juga apabila mereka secara spon-tan memanggil saya ‘cikgu’. Tetapi yangpaling memberi kepuasan ialah apabilakita mampu memberi mereka inspirasiuntuk maju dan menjadi pelajar lebihbermutu,” kata Hyrul, 24 tahun, yangturut menjayakan rancangankanak-kanak, Rentak Cilik, di Suria.

Dengan kedudukan sekarang, tam-bahnya, ia membuka matanya tentangperanan yang lebih luas dan lebih ber-makna yang boleh dimainkan golonganpenghibur.

Hos rancangan Krayon dan pelakonHatta Mohd Said, 35 tahun, menjadikandunia seni persembahan sebagai ker-jaya sepenuh masa sejak lebih 10 tahunlalu, biarpun beliau mempunyai Dip-loma Kejuruteraan dari sebuah politek-

nik, selepas meninggalkan kerjaya se-bagai pramugara SIA.

Selain menjadi hos rancangan televi-syen dan korporat, beliau juga menjaya-kan pelbagai program pendidikan senidan teater Inggeris.

Peranan sebagai pendidik menerusipersembahan seni, kata Hatta, telah la-ma dimainkan tetapi dalam bahasa Ingg-eris.

“Bagusnya, setelah saya menyertaiprogram ini, penguasaan bahasa Me-layu saya sendiri bertambah baik. Con-tohnya, bahasa yang terdapat dalamlagu Lanang Si Paku Lanang... banyakyang saya tak tahu sebelum ini,” kataHatta, yang baru-baru ini muncul dalamsiri drama Kopi Bujang.

Raimy, 23 tahun, yang juga merupa-kan pelakon drama Kopi Bujang, pulamerupakan mahasiswa tahun akhir Uni-versiti Nasional Singapura (NUS) dalambidang Sejarah.

Mengakui mendapat gred A1 bagisubjek Bahasa Ibundanya dari pe-ringkat menengah hingga maktabrendah, Raimy berkata penguasaan ba-hasa Melayunya baik kerana mempu-nyai guru yang cukup baik dan berse-mangat ketika mengajar.

“Saya yakin, jika pelajar sukakan gu-ru, mereka juga akan bersemangat un-tuk belajar. Jadi kami harap dapat me-mainkan peranan memberi semangat ke-pada pelajar menerusi persembah-an-persembahan pendidikan dan hibu-ran kami,” kata Raimy.

Menjadi tenaga pengajar bukan as-ing bagi pelakon Fadly AwaludiN, 31tahun, yang mempunyai DiplomaFilem, Bunyian dan Video dari Po-

liteknikNgeeAnn.

Beliau per-nah menjadi pen-syarah di Institut Pen-didikan Teknikal(ITE) selama duatahun dalam pro-gram elektif Ke-mahiran Hidupdan Persem-bahan selepasmeninggalkantugas sebagaipramugaraSIA.

“Apayang kamiajarkanadalahkemahi-ran ber-cakapdenganpenuhyakin,sesuatuyangtidak ter-dapatdalamkurikulumsekolah,” ujarFadly.

Terkejut juga bilatiba-tiba dipanggil cikgu...

SELEBRITIKINI‘CIKGU’

HANIM MOHD SALEH

SERONOK JADI CIKGU:Lima selebriti ini sekarang perlu membahagikan masa antara mengajar dengan lain-lain tugasan di bidang seni. Mereka ialah (dari kiri) Hyrul, Raimy, Fadly, Rilla danHatta. – Foto-foto TAUFIK A.KADER

[email protected]

BELAJAR SAMBIL BERHIBUR:Guru selebriti, Raimy Liandy (kiri dalam gambar atas dan gambar kiri) begitu asyik menjayakanprogram drama dan penuturan berdasarkan teks ‘Gajah Untuk Aidil’ yang ditulis oleh Rilla MelatiBahari, bersama murid-murid Sekolah Rendah Tanjong Katong.

Gunakan status ‘bintang’untuk bantu pelajar baiki

penguasaanbahasa ibunda

oleh

HYRULANUAR:Hyrul gembiradiberi tugassebagai guru.

– Foto failGUMBIRA

chongchj
Rectangle