7pekeliling_peperiksaan_2012

9
SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH PEKELILING PEPERIKSAAN DALAMAN 1.0 Pengawasan Peperiksaan Dalaman 1.1 Semua meja disusun dengan laci menghadap ke depan pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula. Pastikan jarak di antara meja cukup jauh untuk mengelakkan kes peniruan berlaku. Tempat duduk pelajar hendaklah disusun mengikut abjad atau angka giliran. 1.2 Pada hari peperiksaan, semua beg mesti disusun di belakang kelas. 1.3 Semua kertas soalan mestilah diambil di Bilik Urus Setia Peperiksaan pada jam 7.25 pagi (sesi pagi) dan 12.50 tengah hari (sesi petang) 1.4 Kertas soalan hendaklah disemak bersama- sama pelajar sebelum suatu ujian / peperiksaan dimulakan terutamanya mata pelajaran, kertas dan bilangan halaman yang bercetak. 1.5 Kertas jawapan hendaklah dikutip mengikut abjad dan diserahkan bersama-sama dengan label kertas soalan ke Bilik Urus Setia Peperiksaan. 1.6 Guru yang memulakan kertas dan guru yang menamatkan kertas hendaklah mengisi Borang ISO : Pengesahan Penerimaan Kertas Soalan Dan Penyerahan Kertas Jawapan. Guru pemeriksa kertas jawapan hendaklah mengisi Borang ISO : Borang Pengesahan Penerimaan Kertas Jawapan 1.7 Sekiranya masa peperiksaan mengambil masa waktu rehat, guru mata pelajaran waktu ke-5 dikehendaki masuk mengawas.

Upload: roiamah-basri

Post on 09-Mar-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 7Pekeliling_peperiksaan_2012

SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH

PEKELILING PEPERIKSAAN DALAMAN

1.0 Pengawasan Peperiksaan Dalaman

1.1 Semua meja disusun dengan laci menghadap ke depan pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula. Pastikan jarak di antara meja cukup jauh untuk mengelakkan kes peniruan berlaku. Tempat duduk pelajar hendaklah disusun mengikut abjad atau angka giliran.

1.2 Pada hari peperiksaan, semua beg mesti disusun di belakang kelas.

1.3 Semua kertas soalan mestilah diambil di Bilik Urus Setia Peperiksaan pada jam 7.25 pagi (sesi pagi) dan 12.50 tengah hari (sesi petang)

1.4 Kertas soalan hendaklah disemak bersama-sama pelajar sebelum suatu ujian / peperiksaan dimulakan terutamanya mata pelajaran, kertas dan bilangan halaman yang bercetak.

1.5 Kertas jawapan hendaklah dikutip mengikut abjad dan diserahkan bersama-sama

dengan label kertas soalan ke Bilik Urus Setia Peperiksaan.

1.6 Guru yang memulakan kertas dan guru yang menamatkan kertas hendaklah mengisi Borang ISO : Pengesahan Penerimaan Kertas Soalan Dan Penyerahan Kertas Jawapan. Guru pemeriksa kertas jawapan hendaklah mengisi Borang ISO : Borang Pengesahan Penerimaan Kertas Jawapan

1.7 Sekiranya masa peperiksaan mengambil masa waktu rehat, guru mata pelajaran waktu ke-5 dikehendaki masuk mengawas.

1.8 Guru-guru tidak boleh meninggalkan kelas sebelum guru waktu berikutnya sampai.

1.9 Bahan/alat tulis seperti kertas objektif dan kertas soalan yang berlebihan hendaklah dikumpul semula selepas setiap ujian / peperiksaan dan diserahkan ke Bilik Urus Setia Peperiksaan. Benang yang berlebihan dikumpul selepas tamat seluruh peperiksaan.

1.10 Guru-guru pengawas tidak dibenarkan menyemak kertas jawapan peperiksaan semasa mengawas.

1.11 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat ulang kaji mata pelajaran lain yang belum diuji semasa peperiksaan dijalankan walaupun telah selesai menjawab kertas soalan.

1.12 Hanya alat tulis dan kertas jawapan RPS (helaian yang mencukupi) sahaja dibenarkan berada di atas meja.

Page 2: 7Pekeliling_peperiksaan_2012

1.13 Kalkulator saintifik dibenarkan untuk semua mata pelajaran kecuali Matematik Kertas 2 Tingkatan 1, 2, dan 3.

1.14 Pelajar tidak dibenarkan balik sekiranya kertas peperiksaan tamat sebelum jam 1.00 tengah hari.

2.0 Koleksi Soalan

2.1 Guru penggubal soalan perlu menyediakan soalan-soalan berdasarkan JSU.

2.2 Guru penggubal soalan juga perlu menyediakan skema pemarkahan dan ‘Content Skills’. Soalan, skema permarkhan, ‘Content Skills’ dan JSU hendaklah disemak dan disahkan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia sebelum kertas soalan dihantar untuk cetakan. Borang Maklumat Percetakan diisi dan difailkan. Guru-guru yang memfotostatkan kertas soalan juga perlu mengisi Borang Maklumat Percetakan yang diluluskan oleh Ketua Bidang dan menyerahkan borang ini kepada S/U Peperiksaan sebelum membuat tuntutan bayaran.

2.3 Guru penggubal soalan perlu mengepilkan 3 set kertas soalan tambahan (untuk koleksi soalan) bersama-sama dengan set-set soalan untuk kelas untuk diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.

3.0 Murid Yang Tidak Hadir

3.1 Pelajar wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Pelajar yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas objektif atau kertas subjektif akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau sijil kematian. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk pengesahan supaya dapat peluang untuk menduduki semula peperiksaan.

3.2 Pelajar yang mewakili sekolah semasa peperiksaan diberi peluang untuk menduduki semula peperiksaan dengan syarat jurulatih atau guru pengiring megemukakan permohonan secara formal sebelum peperiksaan. Kertas soalan tertutup untuk mata pelajaran yang terlibat. 4.0 Kes Meniru

4.1 Pelajar yang ditangkap meniru dengan bukti jelas diberi markah 0 untuk semua kertas.

5.0 Format Kertas Soalan Ujian / Peperiksaan Dalam

5.1 Untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan , format peperiksaan awam mesti diikuti.

Page 3: 7Pekeliling_peperiksaan_2012

5.2 Muka depan kertas soalan peperiksaan mesti mengikut format seperti Lampiran 1 dan 2.

5.3 Soalan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains mesti digubal dalam Bahasa Inggeris .

6.0 Slip Keputusan Peperiksaan

6.1 Semua pelajar Tingkatan 1 dan Pra-U1 serta pelajar baru diwajib membeli Fail Laporan Kemajuan Pelajar.

6.2 Kesemua slip keputusan perlu disimpan dalam Fail Laporan Kemajuan Pelajar menyimpan. Bayaran RM 5.00 dikenakan untuk cetakan kedua bagi pelajar yang menghilangkan slip keputusan asal.

6.3 Slip keputusan mesti ditandatangani oleh ibu bapa pelajar dan dipulangkan kepada guru tingkatan.

6.4 Jumlah kehadiran dicatat dalam slip keputusan secara :

Jumlah hari persekolahan dikira hingga ke hari terakhir bulan peperiksaan berkenaan.

7.0 Keselamatan Kertas Soalan Ujian / Peperiksaan

7.1 Bilik Urus Setia Peperiksaan hendaklah sentiasa dikunci jika tiada guru di dalam bilik tersebut.

7.2 Guru-guru penggubal soalan diminta menyusun kertas soalan mengikut kelas, melengkapkan borang Label Kertas Ujian/Peperiksaan, dan menyerahkan kertas soalan berserta 3 set kertas soalan untuk koleksi soalan, kepada S/U peperiksaan.

7.3 Pelajar dilarang masuk ke Bilik Urus Setia Peperiksaan pada bila-bila masa dan dilarang masuk ke Bilik Guru sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan.

8.0 Penyerahan Markah

8.1 Penyemakan kertas mesti dijalankan dalam tempoh masa 7 hari selepas kertas soalan dikutip. 8.2 Markah dimasukkan pada hari ke-8 selepas kertas soalan dikutip.

Page 4: 7Pekeliling_peperiksaan_2012

9.0 Hal-hal lain9.1 Buku-Buku Panduan Peperiksaan PMR, SPM dan STPM

Satu set buku-buku ini disimpan di Bilik Gerakan untuk rujukan semua guru. Buku-buku ini disimpan dalam fail kotak.

9.2 Pengambilan Subjek Tambahan Di luar Pakej Pelajar yang mengambil subjek tambahan di luar pakej diwajibkan :

9.2.1 menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun ,Peperiksaan Akhir Tahun atau Peperiksaan Percubaan.

9.2.2 mencapai gred sekurang-kurangnya B bagi subjek-subjek tersebut.

9.2.3 jika subjek tersebut tidak ditawarkan di sekolah dan tiada tenaga pengajar di peringkat sekolah, pelajar hendaklah mengambil tuisyen di luar dan menunjukkan bukti telah menduduki peperiksaan yang diberi oleh guru tuisyen.Markah akan dimasukkan dalam slip Keputusan Peperiksaan Dalaman.

9.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

9.3.1 Semua pelajar diwajibkan menyiapkan kerja kursus peringkat PMR dan SPM selewat-lewatnya bulan Julai.

9.3.2 Ketua Pentaksir mata pelajaran dikehendaki menyerah markah kepada Setiausaha PMR dan SPM pada minggu pertama bulan Ogos untuk kemasukan markah.

9.3.3 Markah kerja kursus akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui sekolah.

9.3.4 Pelajar baru dikehendaki membawa semua maklumat markah PBS dari sekolah asal.

9.3.5 Penyelia tingkatan dikehendaki menguruskan fail PBS pelajar baru dan serah markah kepada guru mata pelajaran yang berkenaan.

Page 5: 7Pekeliling_peperiksaan_2012

Lampiran 1

NAMA : __________________________________ KELAS : ________________ MASA : 1 JAM ___________________________________________________________________________ Instructions to candidates :

There are fifty questions in……………………………………………………………………………

1. Which of the following is a scalar quantity ?A gravitationalforce B work done C torque D angular momentum

2.

1. Saiz font : 12 2. Jenis font : Times New Roman 3. Saiz kertas : A 4 4. Bil. minimum kertas soalan diRISO : 100 salinan. Borang RISO perlu di t.t. Guru Kanan masing-masing (termasuk untuk kertas soalan yang difotostat. Bil bayaran fotostat di t.t. S.U. Peperiksaan dan dituntut terus daripada Pn. Haida) 5. Gambar rajah yang ada kawasan hitam yang besar, perlu dilukis ‘outline’ sahaja.___________________________________________________________________________

{ Di bawah muka surat pertama: }This question paper consists of 18 printed pages.

__________________________________________________________________________

{ Di akhir kertas soalan }Prepared by : Checked by : Verified by :

…………… ……………. ………………( ) ( ) ( ) Ketua Panitia Fizik Guru Kanan Sains

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOH

UJIAN SELARAS BERFOKUS __ / 2012F1ZIK – KERTAS 1

PRA-U2

Page 6: 7Pekeliling_peperiksaan_2012

Lampiran 2

SEJARAHKertas 1Mei/Jun 1 jam 1249/1

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan2. Jawab semua soalan.3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap soalan.5. Sekiranya anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

(Di bawah muka surat pertama)

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak__________________________________________________________________________

(Di akhir kertas soalan)Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

………………… ……………….. ………………...( ) ( ) ( )

Ketua Panitia Sejarah Guru Kanan Kemanusiaan

1. Saiz font : 12 2. Jenis font : Times New Roman 3. Saiz kertas : A 4 4. Bil. minimum kertas soalan diRISO : 100 salinan. Borang RISO perlu di t.t. Guru Kanan masing-masing (termasuk untuk kertas soalan yang difotostat. Bil bayaran fotostat di t.t. S.U. Peperiksaan dan dituntut terus daripada Pn. Haida ) 5. Gambar rajah yang ada kawasan hitam yang besar, perlu dilukis ‘outline’ sahaja.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN,IPOH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012T5