771222086803001_hbis2203_akidah

Upload: shahfulrizal-bin-abd-hamid

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    1/16

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    2/16

    HBIS 2203

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 PENGENALAN 2

    2.0 DALIL NAQLI TENTANG KHURAFAT 4

    3.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM 8

    i Membangkitkan Kesedaran Tentang 8

    Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan

    Pendidikan

    ii Guru Sebagai Pembentuk Akhlak 9

    iii Guru Sebagai Memperkembangkan 11

    ilmu agama

    iv Menjauhi sifat-sifat Mazmumah 11

    v Membangunkan ummah 12

    4.0 KESIMPULAN 13

    5.0 RUJUKAN 14

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    3/16

    HBIS 2203

    1.0 PENGENALAN

    Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan

    khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (Allah) kepada makhluk (yang

    dicipta). Perkataan khurafat berasal dari bahasa Arab : Kharafa-yakhrifu-kharfan-

    khurafatan. Dari sudut bahasa Inggerisnya pula merujuk kepada "superstition".

    Dari segi bahasa, khurafat di definasikan sebagai sebaris kata yang membawa

    erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya, kata-kata itu banyak

    bidaah dan khurafat. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam

    masyarakat jahiliah pada masa lalu.

    Menurut istilah syarak pula, perkara ini sebagai semua kepercayaan yang

    diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam

    walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang

    dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan

    oleh Allah s.w.t.

    Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menyeru supaya bergantung

    kepada Allah taala dan menolak kepercayaan terhadap selainnya bagi mendapatkan

    kebaikan dan menolak keburukan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

    Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon

    kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehendaki

    ke atas ku sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari

    kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu

    dianugerahkan kepadaku apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu.

    Katakanlah, adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-

    Nya bertawakkal semua orang yangbertawakkal. ( Surah Al-Zumar, Ayat 38 )

    Lebih jelas lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah,

    benda seperti batu, kayu atau tanah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip

    atau aliran fahaman yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh

    mendatangkan kebahagiaan atau manfaat ataupun penderitaan atau mudarat kepada

    seseorang, sedangkan semuanya itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat

    dalam sumber dan suruhan agama Islam yang maha suci, serta pada waktu yang sama

    bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti, keranaia merupakan sesuatu yang batil, yang langsung tidak mengandungi sebarang unsur

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    4/16

    HBIS 2203

    kebenaran. Amalan khurafat telah berlaku sejak zaman jahiliah lagi sehinggalah kini.

    Masyarakat jahiliah adalah sebuah masyarakat yang banyak menghayati budaya khurafat.

    Di antara khurafat mereka ialah mempercayai kepada arah burung yang berterbangan

    yang memberi kesan kepada nasib mereka. Orang-orang Arab jahiliah apabila hendak

    mengerjakan sesuatu kerja atau sedang di perjalanan menuju sesuatu maksud tiba-tiba

    terdapat burung yang melintasi mereka, maka dikaitkan dengan suatu kepercayaan-

    kepercayaan tertentu. Malah mereka meletak nama khusus pada keadaan burung yang

    melintasi mereka. Pada zaman Jahiliah juga, mereka yang hendak bermusafir akan cuba

    melepaskan seekor burung. Apabila burung terbang ke atas atau ke kanan, maka ia

    dipercayai akan membawa alamat baik, manakala jika ke kiri atau ke bawah, maka

    mereka akan menangguhkan pemergian kerana di takuti perjalanan mereka akan

    membawa kecelakaan.

    Masyarakat jahiliah juga percaya bahawa jika burung hantu (al-Bumah)

    menghinggapi dan berbunyi di atas sesuatu rumah maka ertinya salah seorang dari

    penghuni rumah itu akan meninggal dunia. Kepercayaan sebegini mengakibatkan

    penghuni rumah akan bermurung durja, dukacita yang tidak terkira kerana kematian yang

    akan menimpa mereka. Kepercayaan sedemikian terdapat juga di dalam masyarakat

    melayu di Tenggara Asia yang terbawa-bawa dengan budaya jahiliah hingga sekarang ini,

    padahal semua itu adalah khurafat belaka.

    Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat juga

    banyak gejala khurafat. Ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal

    yang dibawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa terlebih dahulu membuat

    rujukan secara lebih mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah juga kepada para alim

    ulama. Hal ini terjadi kerana iman yang kurang mantap dan juga sikap masyarakat yang

    inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Selain

    itu, sikap kita yang amat kuat berpegang kepada adat seperti peribahasa yang berbunyi

    Biar mati anak jangan mati adat juga akan mendorong ke arah amalan khurafat.

    Sesungguhnya mempercayai perkara khurafat dan tahyul akan menjadikan umat

    Islam semakin mundur, malas berusaha dan hanya berserah kepada takdir. Ini

    bertentangan dengan prinsip Islam yang menggalakkan umatnya berlumba-lumba mencari

    kebaikan dan kejayaan. Kita akan menjadi umat yang ketinggalan dan hanya melihat

    kejayaan yang dicipta umat lain. Setiap bala bencana, musibah, terkurang dan terlebih

    rezeki adalah ketentuan Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    5/16

    HBIS 2203

    "Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan

    larilah engkau daripada orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari daripada singa".

    (Riwayat Bukhari)

    2.0 DALIL NAQLI TENTANG KHURAFAT

    Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seseorang individu muslim dengan

    mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk

    (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim

    kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran, terdapat beberapa ayat yang

    menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap

    yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang

    memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk

    bergantung. Firman Allah :

    ((

    Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka

    (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan

    menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran

    kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak

    menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau

    menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku,

    dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah

    (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang

    yang mahu berserah diri. (38)

    Khurafat juga boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan

    syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan

    perkara yang sia-sia serta menyekat akal fikiran secara logik dan sistematik disamping

    boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    6/16

    HBIS 2203

    Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak

    termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak

    diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)

    ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

    Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil tahu tentang

    khurafat ini. Namun hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam

    dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehinggalah meliputi konsep ibadah dan

    kehidupan masyarakat Islam sendiri. Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai

    sesuatu yang dibenarkan oleh agama, mungkin dapat memberikan ketenangan dan

    kemantapan jiwa tetapi pada dasarnya ia menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar

    dan kenikmatan yang diperolehi hanyalah bersifat semu iaitu tidak kekal.

    Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t manakala khurafat

    hanya menyelewengkan daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung. Islam

    melapangkan bidang muamalah untuk manusia sedangkan khurafat hanya untuk

    menyempitkannya.

    Terdapat juga amalan-amalan khurafat yang melibatkan bulan-bulan Islam

    seperti kepercayaan yang mengatakan bulan Safar adalah bulan yang sial dan membawa

    musibah kepada umat manusia. Baginda SAW sering berpesan supaya umatnya

    berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan peringatan juga diberi supaya

    tidak beriktikad sial atau nahas Safar dapat memudaratkan kehidupan manusia.

    Rasulullah SAW bersabda :

    "Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah

    (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu,

    dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar."

    (Hadis Riwayat Bukhari r.a, Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a)

    Mencela waktu atau bulan yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah s.w.t. Ini

    adalah kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah s.w.t termasuklah bulan Safar yang

    jika dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta banyak membuat amalan soleh adalah

    termasuk dalam waktu yang penuh keberkatan. Oleh yang demikian, bulan Safar juga

    hendaklah dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita juga

    hendaklah sentiasa mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan yanglain.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    7/16

    HBIS 2203

    Allah s.w.t berfirman :

    " Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan

    dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin

    hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan

    (ingatlah), Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (al-Taghaabun 11)

    Kita dikatakan telah berada di zaman sains dan teknologi serta teknologi

    komunikasi maklumat (ICT). Ia wujud dengan penciptaan dan kemunculan berbagai jenis

    peralatan moden dan canggih yang suatu ketika dahulu tidak pernah terlintas dalam benak

    fikiran kita. Saban hari, ada sahaja produk dan penemuan baru terhasil dari kenderaan

    pengangkutan hinggalah ke peralatan komunikasi, perubatan, persenjataan dan

    sebagainya. Natijahnya ialah, suatu pekerjaan atau tugasan yang sukar dilakukan serta

    mengambil masa kini boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan cekap.

    Kemodenan pembangunan dan cara hidup serta kecanggihan teknologi yang di

    tempa maih belum dapat meredakan dan menghakis kepercayaan khurafat dan tahyul

    dalam masyarakat. Masih ada segelintir masyarakat yang mendatangi tukang tenung

    nasib, berjumpa bomoh, memuja objek atau tempat-tempat tertentu di samping

    mempercayai adanya alamat buruk pada peristiwa atau benda, hari, bulan dan tempat-

    tempat tertentu. Sesungguhnya segala amalan tersebut merupakan sebahagaian daripada

    khurafat yang diwarisi dari zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam.Ini termasuklah

    cerita karut sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan,

    pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam. Firman Allah SWT:

    (

    Maksudnya:

    Katakanlah (wahai Muhammad): tiada akan menimpa kami sesuatu selain daripada

    apa yang sudah ditentukan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan

    kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang

    beriman bertawakal.(S. At-Taubah: 51).

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    8/16

    HBIS 2203

    Sehubungan dengan pengertian firman Allah Taala tersebut, maka dapatlah

    disimpulkan bahawa Allah SWT mentakdir dan menetapkan sesuatu itu sejak dari azali,

    tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan takdir dan ilmu-Nya. Dalam erti kata lain,

    dengan apa jua malang atau nahas yang menimpa kepada manusia adalah ketentuan Allah

    SWT, dan bukannya disebabkan oleh hari, bulan, peristiwa atau tempat-tempat tertentu.

    Mengaitkan atau menyandarkan kepada sesuatu peristiwa mahupun objek atau tempat-

    tempat tertentu sebagai punca musibah atau bencana dan juga keuntungan atau rezeki

    adalah tahyul dan khurafat semata-mata.

    Setiap amalan ataupun kepercayaan yang berbau khurafat dan tahyul mestilah

    dibanteras sehingga ke akar umbi kerana Rasulullah melarang sekeras-kerasnya umatnya

    bersangka buruk terhadap sesuatu dan menganggap kepercayaan sedemikian sebahagian

    daripada syirik seperti dinyatakan dalam hadis baginda, maksudnya ;

    Daripada Abdullah ibnu Umar RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; Barang

    siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu)

    maka dia telah berbuat syirik. (HR Imam Ahmad).

    Tambahan pula, syirik adalah satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah SWT.

    Hal ini diperingatkan dan juga ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmannya ;

    (

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang

    mempersekutukan Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain

    daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan

    hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua),

    maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (An-

    Nisaa;116)

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    9/16

    HBIS 2203

    3.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

    Ilmu pengetahuan amat perlu kepada semua umat manusia di dunia walau di

    mana sahaja berada. Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja bermatlamatkan pelajaran

    akademik tetapi ilmu pengetahuan haruslah dipelajari dengan lebih luas dan kompleks

    sehingga mencakupi beberapa jenis bidang atau cabangnya. Ilmu pengetahuan ini boleh

    diperoleh di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di institusi pendidikan, khasnya di

    sekolah-sekolah. Ilmu juga dapat menghindari manusia daripada terjebak dengan amalan-

    amalan dan budaya yang cenderung ke arah khurafat dan tahyul. Maka, adalah menjadi

    tanggungjawab guru-guru pendidikan Islam untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang

    secukupnya bagi membendung budaya khurafat di kalangan masyarakat setempat.

    Ilmu pengetahuan lebih senang dan banyak diperolehi sama ada di institusi

    pendidikan sama ada rendah atau tinggi. Oleh itu orang yang memainkan peranan penting

    dalam proses penyebaran ilmu ini ialah para guru. Mereka yang memilih profesionnya

    sebagai guru telah diberi tanggungjawab yang penting lagi berat dalam proses pendidikan

    ini. Pendek kata, guru diberi peranan sebagai pendidik dan pendakwah di sekolah.

    Perkataan pendidik ini berasal daripada perkataan didik iaitu bererti pelihara, ajar atau

    jaga dengan berhati-hati, setelah ia dijadikan satu kata ganti maka pendidik itu bererti

    orang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan satu proses yang berterusan bagi

    menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan petumbuhan bakat dengan rapi

    supaya mereka dapat lahir sebagai orang yang berilmu, baik sahsiahnya serta dapat

    mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan masyarakat. Antara peranan-peranan guru

    pendidikan Islam sebagai daie ialah :

    i. Membangkitkan Kesedaran Tentang Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan

    Pendidikan

    Tugas utama seorang guru sebagai pendidik dan pendakwah ialah perlunya

    membangkitkan atau mewujudkan rasa keinsafan atau kesedaran tentang kepentingan

    ilmu pengetahuan mahupun pendidikan sama ada untuk duniawi ataupun ukhrawi.

    Kesedaran ini amat penting untuk meninggikan lagi taraf sosial, ekonomi dan lebih lagi

    pengetahuan mengenai ilmu-ilmu yang ada di muka bumi ini supaya umat Islam disegani

    dan dihormati oleh umat lain.

    Dalam Islam, ahli-ahli yang mempunyai apa sahaja ilmu tidak dibenarkan

    mendiamkan diri, iaitu tidak mahu memanfaatkan ilmu yang ada padanya dan tidakmenyampaikannya kepada orang lain. Oleh itu, sebagai seorang guru, bekalan ilmu

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    10/16

    HBIS 2203

    pengetahuan yang secukupnya perlu diberikan kepada semua murid ataupun masyarakat

    sekeliling. Melalui cara mendidik dan mendakwah murid-murid, maka seorang guru dapat

    menyerapkan atau menyalurkan apa sahaja ilmu yang diperlukan oleh semua murid.

    Melalui pengajaran juga, guru dapat menerapkan nilai-nilai yang perlu ada pada murid

    untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala khurafat. Ini kerana, murid-

    murid lebih mudah untuk dibentuk berbanding orang yang lebih dewasa yang telah

    terjebak dengan gejala khurafat dan tahyul sejak mereka kecil.

    Selain itu, tugas guru juga adalah sebagai penyambung atau pewaris Nabi

    Muhammad SAW dan orang terdahulu untuk meyambung kembali risalah yang telah

    disampaikan dahulu. Melalui guru Pendidikan Islam juga, tempat terhimpunnya khazanah

    ilmu Tuhan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, di mana di sinilah tempat memperoleh

    gambaran penghayatan dan pentafsiran mengenai sesuatu ajaran atau hukuman yang

    berkaitan mengenai agama khususnya dalam menangani amalan khurafat di kalangan

    masyarakat. Oleh itu, peranan guru untuk menyebarkan ilmu amat penting kerana dengan

    adanya kesungguhan ini, kesedaran mengenai ilmu di kalangan masyarakat khasnya umat

    Islam dapat diwujudkan tambahan pula bagi menjelaskan amalan-amalan yang berkaitan

    dengan khurafat.

    ii. Guru Sebagai Pembentuk Akhlak

    Seeorang pendidik dan pendakwah, terlebih dahulu perlu melengkapkan diri

    dengan ilmu pengetahuan dan boleh menampilkan keperibadian yang tinggi. Ini adalah

    kerana seorang guru merupakan panduan, model atau pemimpin yang sentiasa menjadi

    contoh teladan yang baik mahupun sebaliknya. Sebagai pendidik dan pendakwah, guru

    hendaklah sentiasa berusaha dengan gigih untuk menambahkan ilmunya, bukan sahaja

    ilmu agama malah ilmu-ilmu lain yang berfaedah dan dituntut oleh syariat Islam.

    Pembentukan peribadi yang murni sama ada akhlak atau ilmu pengetahuan di kalangan

    pendidik dan pendakwah amat penting dan merupakan asas atau petunjuk yang utama

    dalam konsep profesionalisme menurut pandangan Islam. Pendek kata, segala peribadi,

    tingkah laku atau sahsiah seorang guru itu besar pengaruhnya terhadap perkembangan

    sahsiah murid. Oleh itu sebagai seorang guru dia perlulah mempertingkatkan kebolehan,

    kemampuan, kreativiti, dedikasi serta kemahiran untuk mempertingkatkan lagi sahsiahnya

    serta ilmu pengetahuan.

    Setelah berupaya memepertingkatkan dan memperbaiki pembentukan sahsiahdalam ilmu pengetahuannya maka seorang guru itu dapat menyalurkan atau

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    11/16

    HBIS 2203

    menyampaikan segala nilai-nilai, norma-norma atau segala ilmu pengetahuan yang

    diketahuinya kepada murid-murid selaku golongan generasi yang baru yang akan bangun

    untuk meneruskan perjuangan kehidupan ini. Peranan guru sebagai pendidik dan

    pendakwah sudah pasti menjadi agen penyebaran akhlak yang baik kepada murid-murid.

    Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukan akhlak dan sahsiah murni

    seperti mana yang dituntut oleh Islam. Oleh itu setiap proses pengajaran dan

    pembelajarannya perlulah diselitkan dengan segala ilmu yang baik dengan cara mendidik

    dan mendakwah muridnya semasa di dalam bilik darjah.

    Peranan guru sebagai pendidik dan pendakwah bukan sahaja menjadi agen

    perubahan sosial kepada murid-muridnya sahaja, malah guru juga merupakan penyebar

    atau yang boleh membekalkan nilai-nilai luhur kepada masyarakat. Guru juga mempunyai

    tanggungjawab yang berat untuk memastikan masyarakat yang masyarakat di

    sekelilingnya dapat menerima segala perubahan sosial daripada ynag berkeadaan kurang

    baik kepada keadaan yang murni dan diredai oleh Allah. Masyarakat yang masih

    memerlukan perubahan dalam apa sahaja amat memerlukan seorang pendidik dan

    pendakwah. Guru boleh memainkan peranan ini dengan melibatkan diri dalam apa sahaja

    kegiatan kemasyarakatan setempat supaya dapat menjadi contoh teladan serta panduan

    bagi mereka. Untuk melicinkan lagi strategi mendidik dan mendakwah supaya dapat

    diterima oleh masyarakat setempat maka seorang guru itu boleh menyususn beberapa

    aktiviti seperti menyediakan majlis-majlis ilmu, muzakarah usrah supaya dapat

    mempertingkatkan lagi keilmuan serta kefahaman masyarakat terhadap Islam.

    Selain daripada menjadia agen perubahan sosial, peranan guru juga penting

    dalam mencegah dan menghalang kemasukan gejala tidak sihat seperti penglibatan dalam

    najis dadah, melakukkan maksiat, minum arak, berjudi, menerima rasuah, pecah amanah,

    khurafat dan tahyul juga melakukan jenayah. Kekurangan didikan agama menyebabkan

    mereka terlibat dengan gejala tidak sihat ini. Jesteru itu, guru sebagai pendidik dan

    pendakwah perlulah mengambil berat tentang hal ini. Dia boleh menjalankan

    tanggungjawabnya semasa dalam bilik darjah atau persekitaran sekolah dan juga di

    kalangan masyarakat setempat. Guru juga boleh mengadakan aktiviti seperti majlis

    agama, kelas fardu ain dan persatuan yang melibatkan kerjasama orang ramai ke arah

    pembentukan sahsiah yang baik.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    12/16

    HBIS 2203

    iii. Guru Sebagai Memperkembangkan ilmu agama

    Pada hakikatnya seorang pendidik haruslah menyedari bahawa Islam adalah al-

    Din, iaitu agama yang terulung sekali di muka bumi ini. Ekoran daripada itu, seorang

    guru bukan sahaja mendidik tetapi mendakwah murid-murid dalam pembentukan akidah

    atau penyebaran ilmu. Guru juga seharusnya membimbing dalam hal amal ibadat seperti

    melakukan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan sebagainya yang telah

    menjadi kewajipan umat Islam mengerjakannya. Pendek kata peranan guru sebagai

    pendidik dan pendakwah ialah menyeru atau mendorong generasi muda (murid-murid)

    dan juga masyarakat setempat untuk melakukuan ibadat atau perkara yang disuruh oleh

    Allah. Pelajaran tentang perkembangan asas beribadat serta yang ada kaitan dengan

    keagamaan Islam perlu didedahkan dan diserapkan di kalangan murid-murid dan juga

    masyarakat sekeliling.

    Selain daripada membimbing dalam perkara ibadat, guru juga seharusnya

    menyampaikan apa sahaja yang berkenaan dengan agama Islam tentang sejarahnya. Umat

    Islam terutamanya murid-murid perlu didedahkan dengan perkembangan Islam dan juga

    berkenaan isu-isu semasa supaya mereka dapat menjadikannya pengajaran atau motivasi

    untuk memperjuangkan serta mempertahankan kedaulatan agama Islam. Murid-murid

    perlu dipupuk semangat cinta dan sayangkan agama, serta dapat melakukan segala apa

    yang dikehendaki oleh agama dan menghindarkan diri daripada melakukan perkara-

    perkara yang menjadi larangan agama Islam. Selain daripada itu, murid-murid hendaklah

    didorong untuk memperjuangkan serta mempertahankan maruah agama Islam dan juga

    dapat memperkembangkan pengaruh agama Islam kepada masyarakat umumnya supaya

    masyarakat lain hormat dan juga segan serta tunduk kepada agama Islam.

    iv. Menjauhi sifat-sifat Mazmumah

    Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita kini sudah maju dan menuju ke arah

    kemodenan. Dengan itu, masalah sosial pasti timbul seperti penagihan dan pengedaran

    najis dadah, perlanggaran hukum Allah seperti zina, minum arak, judi, rasuah, pecah

    amanah, merompak, mencemar agama, khurafat, tahyul dan sebagainya yang boleh

    meruntuhkan akhlak seseorang itu. Masalah seperti ini timbul kerana kurangnya

    pengetahuan dan didikan agama. Lagipun masalah ini bukan sahaja berlaku terhadap

    rakyat biasa malah juga pemimpin.

    Dalam hal ini, untuk mengatasi masalah tersebut tanggungjawab guru sebagaipendidik dan pendakwah hendaklah menyeru murid-murid dan masyarakat amnya,

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    13/16

    HBIS 2203

    supaya melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh agama. Malah tugas guru memberi

    didikan serta membina suasana Islamiah yang baik dalam diri individu muslim mahupun

    alam sekitarnya. Guru boleh melaksanakan tugas ini melalui majlis-majlis seperti kelas

    pengajian di surau atau masjid, ceramah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam

    pengajaran. Para pendidik juga perlu membina keupayaan intelektualnya supaya mudah

    berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat. Oleh itu, penting mengadakan muzakarah

    dan usrah di kalangan pendidik supaya boleh mencapai matlamat ini. Tanggungjawab

    guru bukan hanya di sekolah sahaja, tetapi juga kepada masyarakat sekitar. Semoga

    seruan dan didikan dapat menyedarkan mereka yang telah melanggar larangan agama

    terutamanya yang melibatkan perlakuan khurafat di kalangan masyarakat sekarang.

    v. Membangunkan ummah

    Membangunkan ummah bererti membangunkan seluruh potensi individu ke arah

    kehidupan beragama dengan kata lain, kepekaan masyarakat terhadap Allah sebagai

    pencipta alam semesta, malah juga sebagai pemberi seluruh peraturan hidup dan sebagai

    pendidik teragung (Murabbi). Oleh yang demikian, pendidik harus berusaha (secara

    berjemaah) menyedarkan manusia tidak kira orang Islam atau bukan Islam dengan jalinan

    berdasarkan nilai-nilai Islam dalam menghubungkan setiap individu dengan alam sekitar

    dan masyarakat baik dalam institusi sosial, kerajaan mahupun swasta. Di sini

    memperlihatkan betapa pendidikan memberi pengertian pembangunan diri insan itu

    sendiri, kerana setiap insan harus dibangunkan daripada aspek-aspek kerohaniannya di

    samping aspek inteleknya supaya terbina sifat-sifat ketakwaan kepada Allah dengan

    menjaga batas-batas syarak, berkasih sayang sesama manusia, jujur, amanah dan

    bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Malah, dalam hal ini Saed Hawa pernah

    menyatakan antara sifat-sifat individu yang harus dibangunkan ialah seperti berikut; kuat

    tubuh badan, luhur akhlaknya, mantap berfikir, berdikari, sejahtera akidah, tetap ibadah,

    sentiasa melaksanakan jihad, menepati waktu dan mempunyai cara kerja yang teratur.

    Dengan adanya pembentukan dan pendidikan individu seperti ini maka dapatlah

    melahirkan sebuah negara yang mendapat keredaan Allah.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    14/16

    HBIS 2203

    4.0 KESIMPULAN

    Dalam usaha membentuk individu yang salih, walaupun tugas ini ialah tugas

    selurah anggota masyarakat, tetapi yang lebih berperanan dan lebih bertanggungjawab

    ialah para pendidik. Ini disebabkan para pendidik terlibat secara langsung dalam

    pembinaan dan pembekalan nilai-nilai luhur terhadap generasi sekarang dan akan datang.

    Kerja yang besar begini juga dilakukan oleh orang perseorangan. Ia bukan sahaja tidak

    membawa kesan tetapi hampir mustahil dilaksanakan. Oleh kerana itu, perlulah ahli

    pendidik menerapkan dalam jemaah yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai

    landasan perjuangan dan profesion.

    Pada hari ini, usaha untuk membendung amala khurafat dan bidaah merupakan

    suatu usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat pada hari ini lebih matang dari

    dahulu, tetapi sekarang hanya lebih kepada hal keduniaan. Jika masyarakat sekarang terus

    menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu

    seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta guru-guru agama di sekolah, maka sudah

    pasti akan runtuh akidah sebahagian besar umat Islam.

    Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat dan bidaah

    boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi

    menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam. Selain

    itu, masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala khuraft dan

    bidaah dengan mengadakan majlis-majlis ilmu kepada semua lapisan masyarakat secara

    lebih giat lagi. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti

    majalah-majalah yang berunsurkan agama dan juga media elektronik seperti internet dan

    sebagainya.

    Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan bagi menjaga

    agama tauhid ini. Mungkin akta-akta yang bersesuaian perlu diwujudkan bagi

    membendung amalan khurafat ini merebak dengan lebih berleluasa dan merosakkan

    akidah umat Islam seluruhnya.

    Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, Baginda amat risaukan tentang

    umatnya sehingga Baginda menyebut sebanyak tiga kali ummati, ummati, ummati. Maka

    umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta

    mengamalkan Amar maaruf nahi munkar yang kini kian dilupakan bagi menegakkan

    agama Allah SWT di muka bumi ini. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu

    sehingga mereka mengubahnya sendiri.

  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    15/16

    HBIS 2203

    5.0 RUJUKAN

    Muzni Borhan, Mohd Fauzi Daud, Muhsinul Nidzam Abdullah, Zaradi Sudin, (2012),

    Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran II, Open University Malaysia.

    Mushaf Malaysia Rasm Uthmani. Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-

    Quran . Terj. Abdullah Ba smeih. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

    Noor Lizza Mohamed Said, Zamro Muda, (2012), Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran I,

    Open University Malaysia.

    Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Zamro Muda, Mohamed Zaini Yahaya, (2012),

    Akidah, Open University Malaysia.

    Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani.

    http://www.quranexplorer.com/quran/

    http://www.quranexplorer.com/quran/http://www.quranexplorer.com/quran/http://www.quranexplorer.com/quran/
  • 7/28/2019 771222086803001_HBIS2203_AKIDAH

    16/16

    HBIS 2203

    15