7.5 kuasa

14
7.5 Kuasa Disediakan oleh: Cikgu Ong SMK Rantau

Upload: ong-chee-kiong

Post on 19-Jun-2015

300 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

Sains Tingkatan 2 Bab 7 7.5 kuasa

TRANSCRIPT

Page 1: 7.5 kuasa

7.5 Kuasa

Disediakan oleh:Cikgu Ong

SMK Rantau

Page 2: 7.5 kuasa

1. Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan. 2. Dalam unit S.I., kuasa disukat dalam unit joule sesaat

(J/s atau J s1) atau watt (W). 3. Satu watt ialah satu joule kerja yang dilakukan dalam

satu saat.

1 joule sesaat (J/s) = 1 watt (W)1 kilo watt (kW) = 1000 watt (W)

Kuasa

Page 3: 7.5 kuasa

4. Kuasa menunjukkan tahap kecepatan kerja dilakukan. 5. Oleh itu, kuasa dapat dikira daripada formula.

6. Formula ini menunjukkan bahawa semakin cepat sesuatu kerja dilakukan, semakin besar kuasanya.

Kuasa (W) = Kerja yang dilakukan (J)

Masa (s)

Contoh:

1. Kerja = 200JMasa = 10s

2. Kerja = 200JMasa = 20s

Kuasa (W) = 200J10s

= 20W

Kuasa (W) = 200J20s

= 10W

Page 4: 7.5 kuasa

Ujidiri

1. Kirakan kuasa yang dilakukan oleh kipas sekiranya ia melakukan kerja 5000 J dalam masa 25 saat.

2. Berapakan kuasa yang dilakukan oleh mesin basuh jika ia berupaya melakukan kerja 120 KJ dalam masa 2 minit.

Kerja = 5000 JMasa = 25 saat

Kuasa (W) = 5000J25s

= 200 W

Kerja = 120 KJ = 120 000J Masa = 2 minit = 120 saat

Kuasa (W) = 120 000J

120s= 1000 W

Page 5: 7.5 kuasa

3. Apakah perbezaan antara kerja dengan kuasa?

(a) Hitungkan kerja yang dilakukan oleh kren untuk mengangkat beban itu.

(b) Hitungkan kuasa jentera kren yang mengambil masa 2 minit untuk mengangkat beban ke atas lori.

4. Rajah 1 menunjukkan suatu situasi di tempat pembinaan.

Kerja ialah hasil darab daya dengan jarak objek yang bergerak mengikut arah daya

Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan

Page 6: 7.5 kuasa

(a)

(b)

Daya =Jarak =

8000 N3 m

Kerja = Daya Jarak= 8000 N 3 m= 24 000 Nm

(atau 24 000 J)= 24 KJ

Kerja = 24 000J Masa = 2 minit = 120 saat

Kuasa (W) = 24 000J

120s= 200 W

Page 7: 7.5 kuasa

Berikut merupakan masalah yang akan dihadapi dalam kehidupan harian sekiranya daya tidak wujud.

Kepentingan Daya dalam Kehidupan

1. Buah kelapa tidak akan jatuh tanpa daya graviti.

2. Pintu tidak dapat dibuka tanpa daya tarikan.

Page 8: 7.5 kuasa

3. Kereta dapat bergerak tanpa tergelincir dengan adanya daya geseran.

4. Air tidak dapat dialirkan tanpa daya untuk memusingkan pili.

Page 9: 7.5 kuasa

5. Kilat tidak akan terhasil tanpa daya elektrostatik.

6. Kompas tidak dapat berfungsi tanpa daya magnet.

Page 10: 7.5 kuasa

Ingat Semula

1. Daya ialah tolakan atau tarikan.2. Daya boleh menyebabkan perubahan:

(a) bentuk.(b) kedudukan. (c) kelajuan.(d) arah gerakan.

3. Jenis daya termasuk:(a) daya geseran.(b) daya graviti.(c) daya elektrostatik.(d) daya magnet.

4. Daya geseran menentang pergerakan.5. Daya graviti menyebabkan semua jasad jatuh dan

mempunyai berat.

Page 11: 7.5 kuasa

6. Daya elektrostatik wujud apabila cas-cas pada objek yang berlainan saling menarik atau menolak.

7. Daya magnet wujud sebagai daya tarikan atau tolakan antara kutub-kutub magnet yang berlainan atau sama.

8. Unit S.I. bagi daya ialah newton (N).9. Daya boleh diukur dengan menggunakan neraca spring.10. Neraca spring beroperasi dengan menggunakan

pemanjangan spring.11. Pemanjangan dan pemampatan spring berkadar terus

dengan magnitud daya.12. Geseran bertindak ke arah yang bertentangan dengan

arah daya tindakan.13. Daya geseran terhasil apabila dua permukaan

bersentuhan.14. Magnitud daya geseran bergantung pada jenis

permukaan.

Page 12: 7.5 kuasa

15. Semakin kasar permukaan yang bersentuhan, semakin besar daya geseran.

16. Kebaikan dan keburukan geseran termasuk(a) melambatkan, memulakan, atau menghentikan

pergerakan.(b) menghauskan permukaan-permukaan yang

bersentuhan.(c) membolehkan pergerakan supaya tidak tergelincir.

17. Geseran dapat dikurangkan dengan(a) melicinkan permukaan yang bersentuhan dengan

minyak.(b) menggunakan bebola, roda, rod guling, dan lapisan

udara.18. Daya membolehkan kerja dilakukan.19. Kerja dilakukan apabila sesuatu objek dipindahkan dari satu

tempat ke satu tempat yang lain mengikut arah daya itu.

Page 13: 7.5 kuasa

20. Unit S.I. bagi kerja ialah joule (J).21. Formula kerja:

22. Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan.23. Unit S.I. kuasa ialah watt (W).24. Formula kuasa:

Kerja (J) = Daya (N) Jarak (m)

Kuasa (W) = Kerja yang dilakukan (J)

Masa (s)

Page 14: 7.5 kuasa