71992780-penulisan-karangan

4
PENULISAN KARANGAN PMR BAHAGIAN PENDAHULUAN TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN Pendahuluan karangan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam karangan.Pendahuluan yang baik,lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik. BENTUK KARANGAN YANG POPULAR DAN MUDAH 1. Bentuk pendapat/pandangan tokoh. Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama yang relevan dengan tajuk soalan yang kemukan. Misalnya: -isu pendidikan=Menteri Pelajaran Malaysia -isu pendatang asing =Menteri Dalam Negeri Soalan contoh: Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Pada pendapat anda,siapakah yang bertanggungjawab bagi menangani masalah ini. Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah yang membabitkan remaj pada masa kini(ayat 1).Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini(ayat 2).Beliau berkata demikian ketika dirinya mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaja terhadap kanak-kanak baru-baru ini(ayat 3).Bagi menangani masalah ini daripada berterusan,pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya(ayat 4). Kandungan Perkara Dalam Pendahuluan Ayat 1-Tentukan isu yang dibincangkan. Ayat 2-Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut . Ayat 3-Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh

Upload: faizal-ismail

Post on 21-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 71992780-PENULISAN-KARANGAN

PENULISAN KARANGAN PMRBAHAGIAN PENDAHULUAN

TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGANPendahuluan karangan merupakan keterangan ringkas tentang perkara yang akan diketengahkan dalam

karangan.Pendahuluan yang baik,lancar dan berkesan akan memberikan gambaran isi karangan yang mantap dan menarik.

BENTUK KARANGAN YANG POPULAR DAN MUDAH

1. Bentuk pendapat/pandangan tokoh.Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar menguasai nama-nama yang relevan dengan tajuk soalan yang kemukan.Misalnya:

-isu pendidikan=Menteri Pelajaran Malaysia-isu pendatang asing =Menteri Dalam Negeri

Soalan contoh:Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Pada

pendapat anda,siapakah yang bertanggungjawab bagi menangani masalah ini.

Kita semakin kerap didedahkan dengan kejadian jenayah yang membabitkan remaj pada masa kini(ayat 1).Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini(ayat 2).Beliau berkata demikian ketika dirinya mengulas kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang remaja terhadap kanak-kanak baru-baru ini(ayat 3).Bagi menangani masalah ini daripada berterusan,pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif bagi mencegahnya(ayat 4).

2. Bentuk definisi.Bentuk pendahuluan jenis ini agak mudah untuk dihasilkan Pelajar perlu mengenal pasti perkara pokok dalam soalan..Berikan definisi yang tepat dan jelas tentang perkara tersebut.Kaitan antara yang diberikan dan pokok persoalan dalam soalan perlu ketara.Pelajar tidak seharusnya memberi definisi yang salah tentang perkara pokok yang ingin disampaikan.Misalnya soalan tentang ‘kesan kedatangan pendatang asing ke negara ini’ seharusnya memberikan definisi yang ringkas,tepat dan jelas tentang ‘pendatang asing’.Tanpa definisi yang tepat,pendahuluan yang ditulis akan menjadi kabur.

Kandungan Perkara Dalam PendahuluanAyat 1-Tentukan isu yang dibincangkan.Ayat 2-Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut .Ayat 3-Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh

berkenaan.

Page 2: 71992780-PENULISAN-KARANGAN

Kandungan Perkara Dalam Pendahuluan.Ayat 1-Definisi perkara pokok yang terkandung dalam soaln.Ayat 2-Ulasan tentang definisi yang diberikan dan kaitannya dengan isu yang akandihuraikan.Ayat 3-Ulasan isu yang dinyatakan.Ayat 4-Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.

Kandungan Perkara Dalam PendahuluanAyat 1-Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan.Ayat 2-Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan.Ayat 3-Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara dengan perkara yang berlaku pada masa kini.Ayat 4-Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.

Soalan contoh:Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Pada

pendapat anda,siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini.

‘Jenayah Remaja’ dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja dibawah umur lapan belas tahun(ayat 1).Remaja yang melakukan jenayah ketika ‘di bawah umur’ akan dibicarakan di Mahkamah Juvana(ayat 2).Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah membabitkan golongan golongan remaja yang masih semakin bertambah dari masa ke semasa(ayat 3).Mahu ataupun tidak mahu kita perlu pasti pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini(ayat 4).

3. Bentuk isu semasa.Bentuk pendahuluan ini memerlukan pelajar sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku.Pelajar perlu mengaitkan peristiwa semasa dengan isu yang akan dibincangkan dalam karangan.Pendahuluan ini sekadar mengulas isu semasa yang berlaku dan membuat perkataan dengan kehendak soalan.

Soalan contoh:Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Pada

pendapat anda,siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini.

Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita tentang salah laku dalam kalangan remaja(ayat 1).Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh(ayat 2).Semakin banyak kes yang dilaporkan semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja(ayat 3).Pihak-pia=hak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa,masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menjadi lebih serius(ayat 4).

4. Bentuk perbandingan.Bentukmpendahuluan ini mudah untuk dihasilkan kerana semua perkara atau isu dapat dibandingkan dengan mudah.Secara mudah perbandingan ini membandingkan dua perkara ataupun peristiwa yang berkaitan dengan isu dalam soalan.

Page 3: 71992780-PENULISAN-KARANGAN

Kandungan Perkara Dalam PendahuluanAyat 1-Pernyataan isu yang dinyatakan dalam soalan.Ayat 2-Perbandingan isu berkenaan pada masa kini dan pada masa lalu.Ayat 3-Ulasan berdasarkan perbandingan yang telah ditulis.Ayat 4-Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.

Latihan Setiap tahun bilangan sungai yang tercemar di negara ini kian bertambah.Jelaskan mengapakah sungai di negara ini semakin teruk tercemar.

Soalan contoh:Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Pada

pendapat anda,siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini.

Dahulu,kejadian jenayah dalam kalangan remaja merupakan sesuatu yang amat asing kepada masyarakat kita(ayat 1).Kejadian salah laku yang sering dilakukan remaja pada masa itu sekadar mencuri buah-buahan di dusun orang kampung(ayat 2).Namun kini,tiada lagi kes mencuri buah-buahan di dusun,sebaliknya kes mencuri motosikal dan kenderaan lain yang semakin banyak diperkatakan(ayat 3).Malahan terdapat remaja yang lebih berat pelakuan jenayahnya seperti mengedarkan dadah dan membunuh.Dalam mencari menangani masalah ini pihak berkenaan perlulah bertindak bagi membendung masalah ini(ayat 4).

Dipetik daripada guru yang telah bersara:Pn. Hajah Rohayah binti Haji Abu(GC Bahasa Melayu)SMKSP Jan 2009