71667680 4 b-persepsi-masyarakat

8

Click here to load reader

Upload: mat-ki

Post on 19-Jul-2015

810 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

1

Persepsi Masyarakat Terhadap Pelajar IPTA/IPTS Yang Tinggal Di Luar Kampus: Satu Kajian Awal Di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Norzanah Mat Nor a, Zaiton Endot b, Raja Razuan Raja Deris a,, Abdul Rahim Meerah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia

Selangor Darul Ehsan Email: [email protected] Affiliation of authors from a

Abstrak Pelajar-pelajar luar kampus seperti yang semua maklum adalah kumpulan pelajar yang meneruskan pengajian universiti mereka dan dalam masa yang sama tidak tinggal di dalam kawasan kampus. Mereka ini rata-ratanya menyewa penempatan di kawasan sekitar universiti tidak kira samada rumah teres, flat mahupun rumah kedai. Didapati bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa lantaran ketidakcukupan kemudahan asrama yang disediakan oleh pihak universiti. Fenomena ini sememangnya tidaklah menjadi satu kejutan kerana rakyat Malaysia keseluruhannya sedar akan kepentingan serta manfaat untuk menuntut ilmu yang berterusan (life-long learning) demi berdepan dengan arus global yang tidak menentu ketika ini dan memperkasakan modal insan sebagaimana menyahut seruan kerajaan. Namun demikian, kedapatan beberapa isu yang perlu ditangani bersama oleh pihak pentadbiran universiti dan juga kumpulan pelajar ini antaranya gejala sosial yang semakin meningkat, pengaruh dadah, kegagalan menamatkan pengajian dengan cemerlang dan pengaruh mereka terhadap pelajar yang tinggal di dalam kampus dan terakhir sekali pembabitan mereka dengan masyarakat setempat. Justeru itu, artikel ini menyediakan hasil penemuan kajian persepsi terhadap kumpulan pelajar ini sekaligus memuatkan beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kegagalan melihat melihat sinario ini daripada perspektif yang positif lagi proaktif, dikhuatiri akan menjejaskan imej sesebuah institusi pengajian tinggi terbabit, kementerian pengajian tinggi dan akhirnya mendatangkan kerugian kepada negara.

Kata Kunci: Pelajar Luar Kampus; Institut Pengajian Tinggi Malaysia; Gejala Sosial; Tanggungjawab Terhadap Masyarakat 1.0 PENGENALAN Pelajar-pelajar luar kampus seperti yang semua maklum adalah kumpulan pelajar yang meneruskan pengajian universiti mereka dan dalam masa yang sama tidak tinggal didalam kawasan kampus. Mereka ini rata-ratanya menyewa penempatan di kawasan sekitar universiti tidak kira, samada rumah teres, flat mahupun rumah kedai. Didapati bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa lantaran ketidakcukupan kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti. Berdasarkan statistik umum, dianggarkan kira-kira 10-13 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar yang berada di intitusi pengajian tinggi adalah mereka yang tinggal di luar kampus (Utusan Malaysia, 18 Jun 2004). Kemungkinan besar kumpulan ini semakin bertambah, namun tiada angka yang pasti berkenaan bilangan sebenar pelajar yang tinggal diluar kampus lantaran tidak banyak penyelidikkan yang dibuat ke atasnya. Fenomena ini sememangnya tidaklah menjadi satu kejutan kerana rakyat Malaysia keseluruhannya sedar akan kepentingan serta manafaat untuk

menuntut ilmu yang berterusan (life-long learning) demi berdepan dengan arus global yang tidak menentu ketika ini dan memperkasakan modal insan sebagaimana menyahut seruan kerajaan di dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK 9; 2007). Namun demikian, kedapatan beberapa isu yang perlu ditangani bersama oleh pihak pentadbiran universiti dan juga kumpulan pelajar ini antaranya gejala sosial yang semakin meningkat, pengaruh dadah, kegagalan menamatkan pengajian dengan cemerlang dan pengaruh mereka terhadap pelajar yang tinggal di dalam kampus dan terakhir sekali pembabitan mereka dengan masyarakat setempat. Justeru itu, artikel ini menyediakan hasil penemuan kajian persepsi masyarakat terhadap terhadap kumpulan ini sekaligus memuatkan beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kegagalan melihat melihat sinario ini daripada perspektif yang positif lagi proaktif, dikhuatiri akan menjejaskan imej sesebuah institut pengajian tinggi terbabit, kementerian pengajian tinggi dan akhirnya mendatangkan kerugian kepada masyarakat serta negara.

Page 2: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

2

2.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Ojektif kajian adalah seperti berikut:

• Untuk mengenal pasti tanggapan masyarakat terhadap pelajar IPTA/IPTS yang tinggal diluar kampus dalam aspek sosial.

• Untuk mengenal pasti tanggapan masyarakat terhadap pelajar IPTA/IPTS yang tinggal diluar kampus dalam aspek ekonomi setempat.

• Untuk mengenal pasti tanggapan masyarakat terhadap pelajar IPTA/IPTS yang tinggal di luar kampus dalam aspek pendidikkan setempat.

• Untuk menyediakan cadangan-cadangan yang boleh diguna -pakai bagi menangani permasalahan mahupun konflik yang sering dicetuskan oleh kumpulan ini.

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Aktiviti pengumpulan data telah dilakukan pada bulan November 2007 sehingga Januari 2008. Sebanyak 300 borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden yang berada di kawasan Shah Alam, merangkumi Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9, Seksyen 6 dan Padang Jawa. Walaubagaimanapun, hanya kedapatan 107 borang kaji selidik yang dipulangkan kepada penulis dan ini memberikan pulangan peratus sebanyak 35.6 sahaja. Menurut, Roscoe (1975) pulangan responden sebanyak 35.6 peratus ini sememangnya sudah memadai dan berupaya menyediakan penemuan yang sahih (valid) lagi boleh dipercayai (reliable). Maka, tiada susulan pengedaran borang kaji selidik yang dibuat selepas itu, tambahan masa yang agak terbatas untuk para penulis. 4.0 PENEMUAN KAJIAN 4.1 Latarbelakang Responden Merujuk kepada Jadual 4.1, didapati keseluruhan responden yang terlibat adalah seramai 107 orang. Sebanyak 41.1 peratus daripada jumlah keseluruhan ini adalah mereka yang tinggal di Seksyen 7, Shah Alam. Seterusnya ini diikuti dengan 14.3 peratus di Seksyen 8, seterusnya 12.1 peratus di Seksyen 6. Dan selebihnya didapati seramai 10.3 peratus adalah responden yang tinggal di Padang Jawa. Selanjutnya lagi, majoriti daripada responden ini adalah mereka yang bekerja iaitu seramai 53 orang (50 peratus) dan seramai 29 (27 peratus) adalah merupakan suri rumah sepenuh masa dan bakinya seramai 25 (23 peratus) adalah mereka yang tidak bekerja. Tambahan daripada itu, menurut

responden, majoriti daripada mereka telah berjiran dengan kumpulan pelajar ini lebih daripada 1 tahun (59 responden; 55 peratus) dan hanya 12 responden (11 peratus) yang menyatakan kurang daripada 6 bulan.

Jadual 4.1: Latarbelakang Responden

Penemuan-penemuan diatas diperhatikan agak konsisten dengan temubual para penyelidik yang dibuat secara rawak mendapati sememangnya terdapat ramai pelajar luar kampus yang menyewa di sekitar Seksyen 7, kemungkinan besar ianya adalah disebabkan faktor lokasi yang amat berdekatan dengan universiti-universiti dan kolej-kolej utama yang terdapat disini seperti UiTM, UNISEL dan PTPTL. Bahkan rata-rata daripada mereka yang tinggal di kawasan perumahan ini adalah mereka yang bekerja dan hanya berkelapangan di waktu malam (luar waktu pejabat) sahaja. Selain daripada itu, tempoh masa telah berjiran dengan kumpulan pelajar ini untuk lebih daripada satu tahun juga memberikan gambaran jelas bahawa responden yang terlibat adalah mereka yang telah bermaustatin di kawasan-kawasan perumahan ini dengan agak lama. Namun, kumpulan pelajar luar kampus yang sering bertukar ganti tentunya telah memberi ruang buat responden in untuk membuat pengamatan sekaligus mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana perilaku kumpulan pelajar ini terutamanya apabila ianya melibatkan hal-hal kemasyarakatan yang akan dikupas dengan lebih mendalam nanti.

Bilangan Responden (n=107)

Latarbelakang Responden

Percent Kawasan Tempat Tinggal (Shah Alam)

Seksyen 7 44 (41.1%)

Seksyen 8 15 (14%)

Seksyen 6 13 (12.1%)

Padang Jawa 11 (10.3%)

Pekerjaan

Bekerja 53 (49.5%)

Tidak Bekerja 25 (23.4%)

Surirumah 29 (27.1%)

Tempoh Berjiran Dengan Pelajar Luar Kampus

Kurang 6 bulan 12 (11.2)

Lebih 6 bulan 36 (33.6%)

Lebih 1 tahun 59 (55.1%)

Page 3: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

3

4.2 Pandangan Responden Berdasarkan Isu Sosial Merujuk Jadual 4.2a dan 4.2b, didapati rata-rata daripada responden menyatakan ‘Tidak Setuju’ (44 responden; 41 peratus) dan ‘Tidak Pasti’ (37 responden; 35 peratus) terhadap penglibatan kumpulan pelajar didalam aktiviti sosial kejiranan seperti majlis perkahwinan, kematian dan gotong royong.Untuk perihal menjaga rumah dan persekitaran dengan baik, didapati majoriti daripada responden (70 orang; 65 peratus) bersetuju bahawasanya kumpulan pelajar ini memang bertanggungjawab ke atas perkara ini. Walaubagaimanapun, penemuan yang bercanggah dikesan apabila sebanyak 40 peratus responden menyatakan ‘membuang sampah merata’ adalah masalah terbanyak yang sering dilakukan oleh kumpulan pelajar ini. Diikuti dengan ‘membuat bising’ iaitu 23 peratus. Kenyataan ini juga selari dengan semakan soalan borang kaji selidik mengenai ‘pelajar tidak membuat bising apabila pulang ke rumah selepas kuliah’. Sebanyak 60 responden (56 peratus) menyatakan ‘Tidak Setuju’ dan 10 responden (9 peratus) menyatakan ‘Tidak Pasti’. Selebihnya adalah seramai 37 responden (35 peratus) yang menyatakan bersetuju bahawasnya pelajar ini tidak membuat bising. Bagi isu ‘pelajar tidak berpeleseran atau melepak pada waktu malam atau hujung minggu’ dan ’tidak terlibat dengan vandalisme harta awam atau harta penduduk setempat’, didapati majoriti daripada responden memberikan peratus yang sama iaitu sebanyak 63 peratus kepada ’tidak bersetuju’ dengan kenyataan tersebut.Selanjutnya lagi, jenis vandalisme yang sering dilakukan kumpulan pelajar ini pula adalah ’merosakkan telefon awam’ yang merupakan peratus tertinggi (60 peratus), diikuti dengan ’menconteng dinding’ iaitu sebanyak 30 peratus. Ditemui juga bahawasnya kebanyakkan responden bersetuju (63 peratus) iaitu ’kebanyakkan pelajar berbudi bahasa, berhemah, bertegur sapa dan sering memberi bantuan jika diperlukan’.

Jadual 4.2a: Isu Sosial (n=107)

Jadual 4.2b: Isu Sosial (n=107)

Secara keseluruhan penemuan-penemuan tersebut menjadi bukti yang kukuh akan permasalahan sosial yang sering dikaitkan dengan pelajar yang berada diluar kampus. Secara tidak langsung sekali

Pandangan Responden

Isu Sosial Setuju Tidak

Setuju Tidak Pasti

1. Penglibatan kumpulan pelaja luar kampusr didalam aktiviti sosial kejiranan seperti majlis perkahwinan, kematian dan gotong royong.

26 (24.3%)

44 (41%)

37 (35%)

2. Pelajar yang tinggal di luar kampus menjaga rumah dan persekitaran dengan baik.

70 (65.4%)

20 (18.7%)

17 (15.9%)

3. Pelajar yang tinggal di luar kampus tidak membuat bising apabila pulang ke rumah selepas kuliah.

37 (34.6%)

60 (56.1%)

10 (9.3%)

4. Pelajar yang tinggal diluar kampus tidak berpeleseran atau melepak pada waktu malam atau hujung minggu.

22 (20.6%)

68 (63.6%)

17 (15.9%)

5. Pelajar yang tinggal di luar kampus ’tidak terlibat dengan vandalisme harta awam atau harta penduduk setempat.

74 (69.2%)

11 (10.3%)

22 (20.6%)

6. Pelajar yang tinggal di luar kampus kebanyakkannya adalah pelajar yang berbudi bahasa, berhemah, bertegur sapa dan sering memberi bantuan jika diperlukan’.

67 (62.6%)

15 (14%)

25 (23.4%)

Bilangan Responden (n=107)

Isu Sosial

Percent Jenis masalah persekitaran yang sering dilakukan oleh pelajar luar kampus

Tiada Masalah 72 (67.3%)

Membuang sampah merata-rata 14 (13.1%)

Membuat bising 8 (7.5%)

Lain-lain 13 (12.1)

Vandalisme yang sering dilakukan oleh pelajar luar kampus

Tiada maklumat 97 (90.7%)

Menconteng dinding 3 (2.8%)

Merosakkan telefoen awam 6 (5.6)

Merosakkan kenderaan orang lain 1 (.9%)

Page 4: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

4

lagi ianya menjadi tanggungjawab universiti yang terbabit untuk menangani mahupun mengurangi gejala ini secara bijak dan pratikal. Membiarkan perkara ini berlarutan kelak nanti akan memberi beban tidak hanya kepada universiti bahkan masyarakat sekitar. Sehingga kini kepercayaan umum terhadap universiti didalam melahirkan modal insan yang cemerlang akademiknya dan juga akhlaknya semestinya perlu digalas dengan penuh rasa tanggungjawab. Perbincangan yang lebih terperinci berkenaan permasalah ini disediakan dibahagian kesimpulan dan perbincangan (sila rujuk Bahagian 5.0). 4.3 Pandangan Responden Berdasarkan Isu Ekonomi Walau apa jua penemuan dibahagian isu sosial, didapati juga daripada Jadual 4.3a dan Jadual 4.3b, kumpulan di pelajar ini tidak kurang pentingnya dalam memberi sumbangan terhadap ekonomi sesebuah kawasan terbabit. Seumpamanya seramai 73 peratus responden didapati menyatakan kehadiran kumpulan pelajar ini secara tidak langsung telah juga meningkatkan harga/kos sewa rumah dan juga peningkatan harga barangan di sekitar kawasan perumahan tersebut iaitu seramai 40 peratus. Jawapan yang positif juga ditemui apabila kebanyakkan responden tidak menafikan betapa kewujudan kumpulan pelajar ini telah meningkatkan bilangan perniagaan sekaligus peluang perniagaan di sekitar kawasan perumahan iaitu sebanyak 70 peratus. Lanjutan daripada itu juga ‘Perniagaan Makanan’ adalah merupakan peluang perniagaan yang teringgi sebagaimana diutarakan oleh responden (28 peratus). Ini dikuti dengan peluang perniagaan yang membabitkan ‘keperluan pembelajaran’ iaitu sebanyak 6 peratus.

Justeru itu, penemuan-penemuan ini mengajak para pembaca untuk mengikis sedikit sebanyak tanggapan negatif yang sering dilontarkan terhadap kumpulan pelajar yang tinggal di luar kampus ini. Peranan dan sumbangan mereka seharusnya dihargai dan digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat sekitar juga universiti tanpa ada perasaan berbelah bagi. Maka, penulis merasakan mekanisme dan ruang yang efektif diperlukan bagi mendekati kumpulan seperti ini. Akhirnya, diharapkan usaha tersebut dapat mewujudkan suasana yang harmonis untuk semua.

Jadual 4.3a: Isu Ekonomi (n=107)

Jadual 4.3b: Isu Ekonomi (n=107)

4.4 Pandangan Responden Berdasarkan Isu Pendidikan Selanjutnya lagi, untuk isu yang keempat, berkenaan samaada kumpulan pelajar ini menjadi pemangkin kepada semangat belajar anak-anak rsepondens sepertimana yang ditunjukkan dalam

Pandangan Responden

Isu Ekonomi Setuju Tidak

Setuju Tidak Pasti

1. Kehadiran kumpulan pelajaryang tinggal di luar kampus ini secara tidak langsung telah juga meningkatkan harga/kos sewa rumah

78 (72.9%

)

15 (14%)

14 (13.1%

)

2. Kehadiran kumpulan pelajar yang tinggal di luar kampus ini secara tidak langsung telah juga harga barangan di sekitar kawasan perumahan.

42 (39.3%

)

41 (38.3%)

24 (22.4%

)

3. Kewujudan pelajar yang tinggal di luar kampus telah meningkatkan bilangan perniagaan dan juga peluang perniagaan di persekitaran perumahan.

75 (70.1)

19 (17.8%)

13 (12.1%

)

Bilangan Responden (n=107)

Isu Ekonomi Percent

Jenis atau peluang perniagaan yang meningkat di sekitar kawasan perumahan

Tiada maklumat 52 (48.6%)

Perniagaan makanan 31 (29%)

Keperluan pembelajaran 6 (5.6%)

Perniagaan runcit 4 (3.7%)

Kedai fotostat 2 (1.9%)

Cyber café 3 (2.8%)

Kedai dobi 4 (3.7%)

Lain-lain 5 (4.7%)

Page 5: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

5

Jadual 4.4, didapati sebanyak 53 peratus menyatakan ‘Setuju” dan 33 peratus menyatakan ‘Tidak Pasti’. Apabila ditanya adakah kumpulan pelajar ini ada mengadakan kelas-kelas tuisyen ataupun membantu memberi bimbingan kepada anak-anak responden di kawasan perumahan tersebut, didapati peratus yang lebih kurang sama untuk ‘Tidak Setuju’( 43 peratus) dan ‘Tidak Pasti’ (45 peratus). Manakala, untuk pertanyaan samaada kewujudan kumpulan relajar ini membantu peningkatan kadar penguasaan Bahasa Inggerís dikalangan masyarakat setempat, didapati lebih separuh daripada responden menyatakan ‘Tidak Pasti’ (52 peratus).

Jadual 4.4: Isu Pendidikan (n=107)

Keadaan ini menggambarkan terdapatnya pengaruh pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus (walaupun dalam jumlah yang kecil) terhadap keinginan dan juga hasrat anak-anak responden untuk turut juga menereruskan pengajian mereka ke peringkat tinggi. Kemungkinan juga keadaan ini memberi peluang kepada kumpulan pelajar ini untuk menyediakan kelas-kelas tuisyen buat anak-anak responden yang bersekolah rendah atau menengah yang mana ini boleh memberikan mereka pendapatan sampingan. 4.5 Pandangan Umum Untuk persoalan umum seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5a dan 4.5b, sebanyak 81 peratus daripada responden menyatakan betapa kewujudan kumpulan pelajar ini telah meningkatkan kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak. Selain daripada itu, antara permasalahan lain yang ditimbulkan oleh kumpulan pelajar ini dan yang mana ianya menjadi satu isu yang agak sensitif kepada rsepondens adalah ’Membawa masuk orang bukan muhrim’ yang merupakan peratus tertinggi isitu 37 peratus, diikuti dengan ’Melepak di koridor’ sebanyak 23 peratus, ’Meletak kenderaan sesuka hati’ 17 peratus, ’masalah mak nyah’ 10

peratus, dan terakhir sekali ’Pakaian yang menjolok mata’ 7 peratus.

Jadual 4.5a: Pandangan Umum (n=107)

Jadual 4.5b: Pandangan Umum (n=107)

Penulis amat bersetuju sekiranya pandangan umum diambil serius oleh tidak hanya universiti bahkan juga jawatankuasa taman terbabit. Walaupun jumlah peratus masih lagi boleh dianggap agak rendah, namun membiarkan keadaan ini berlarutan dikhuatiri akan menjurus kepada gejala yang lebih buruk. 5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Lanjutan daripada kepada penemuan-penemuan kajian yang terdahulu, beberapa kesimpulan dan juga perbincangan lanjut bolehlah diutarakan disini. Antaranya adalah seperti berikut:

Pandangan Responden

Isu Pendidikan

Setuju Tidak Setuju

Tidak Pasti

1. Pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus menjadi pemangkin kepada semangat belajar anak-anak di persekitaran perumahan.

57 (53.3%)

15 (14%)

35 (32.7%)

2. Pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus mengadakan kelas-kelas tuisyen kepada anak-anak di persekitaran perumahan.

13 (12.1%)

46 (43%)

48 (44.9%)

3. Kewujudan pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus meningkatkan kadar penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan masyarakat setempat.

25 (23.4%)

27 (25.2%)

55 (51.4%)

Pandangan Responden

Pandangan Umum Setuju Tidak

Setuju Tidak Pasti

1. Kewujudan pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus telah meningkatkan kesesakan jalan raya pada waktu-waktu puncak.

86

(80.4%)

13

(12.1%)

8

(7.5%)

Bilangan Responden (n=107)

Pandangan Umum

Percent Masalah lain yang ditimbulkan oleh pelajar yang tinggal diluar kampus

Tiada maklumat 77 (72%)

Membawa kawan bukan muhrim ke rumah

11 (10.3%)

Meletak kenderaan sesuka hati

5 (4.7%)

Melepak di koridor 7 (6.5%)

Pakaian menjolok mata

2 (1.9%)

Lain-lain 4

(3.7%)

Page 6: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

6

5.1 Menangani Permasalahan Sosial Yang Kritikal Dikalangan Pelajar-Pelajar Luar Kampus Adalah Tanggungjawab Bersama Umum maklum akan kebanyakkan pelajar-pelajar luar kampus ini adalah kumpulan yang dianggap matang dan mampu untuk membuat keputusan sendiri. Namun kepercayaan ini tidak seharusnya digalas sepenuhnya oleh mereka, Apatah lagi sekiranya kedapatan antara mereka yang baru melangkah ke alam kedewasaan yang terkadang mengundang konflik diri. Kenyataan dibawah yang dipetik daripada akhbar Berita Harian yang bertajuk “Universiti Asmara – Dedah Gejala Seks Penuntut IPT” (19 Mac 2008) menguatkan lagi permasalahan ini.

“Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.”

Maka, tidak dapat tidak, peranan ibu-bapa dan individu yang hampir dengan mereka dilihat sebagai pendekatan yang terbaik bagi menanganinya.Adalah tidak adil untuk meletakkan segala permasalahan sosial ini dibahu institusi mahupun universiti yang terbabit. Ini kerana mengikut laporan yang telah dibuat pada tahun 2006, ke atas 25 328 graduat IPT ( Laporan Hasil Kajian Pengesanan Graduat, IPT Tahun 2006; mukasurat 26), hanya 2 051 (8.3%) daripada mereka yang menggunakan jenis perkhidmatan kaunseling - Peribadi. Peratus yang tertinggi adalah jenis perkhidmatan kaunseling –Akademik dan Kerjaya (11 639; 46.9 peratus dan 9 911; 39.9 peratus). Sinario ini jelas menunjukkan bahawasanya institusi pengajian tinggi masih belum lagi mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh pelajar bagi membincangkan juga menyelesaikan masalah peribadi mereka. Realiti yang harus diterima semua ialah ibu bapa dan rakan terdekat masih jagi menjadi pilihan utama bagi tujuan ini. Berbalik kepada isu plejar yang tinggal diluar kampus ini. walaupun berjauhan, ibu-bapa dan juga penjaga semestinya memantau pergerakan kumpulan ini agar dapat dielakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Tambahan lagi, dicadangkan juga, pemantauan ini boleh dibuat dengan kerjasama sepenuhnya oleh pihak institusi yang sentiasa bersedia untuk membendung gejala-gejala yang tidak sihat ini. Budaya untuk menerima setiap teguran dan juga nasihat dengan kerelaan hati dikalangan kumpulan ini seharusnya menjadi satu titik tolak kepada usaha pembangunan insaniah sepertimana yang diharapkan Negara.

5.2 Permurnian Tanggapan Terhadap Sumbangan Pelajar-Pelajar Universiti Yang Berada Di Luar Kampus: Mereka Juga Sebahagian Daripada Masyarakat Sekitar

Jika direnung hasil daripada penemuan kajian ini, tidak dinafikan betapa kumpulan pelajar ini tidak kurang pentingnya memberi sumbangan kepada masyarakat setempat, terutamanya dalam aspek ekonomi dan pendidikkan. Jikalau dulu, suri rumah sepenuh masa tidak melakukan apa-apa diwaktu lapang, tetapi kini sewaktu semester universiti dan kolej bermula, ramai yang melibatkan didalam aktiviti menjual makanan dan minuman. Begitu juga dengan pemilik rumah sewa, mereka kini mempunyai pendapatan agak lumayan lantaran permintaan yang tinggi daripada kumpulan pelajar luar kampus ini. Justeru, menanamkan sikap yang terlalu prejudis kepada kumpulan ini dilihat sebagai sesuatu yang merugikan. Masyarakat setempat semestinya menerima hakikat bahawa kehidupan harian mereka kini sememangnya juga diwarnai oleh kewujudan kumpulan pelajar luar kampus ini. Menjarakkan diri mereka daripada kumpulan pelajar ini akan mewujudkan jurang yang amat besar di antara pelajar luar kampus dan masyarakat sekeliling. Masyarakat setempat disarankan untuk senantiasa bersikap empati lebih daripada simpati. Membayangkan kiranya anak-anak, adik-adik mahupun kaum keluarga mereka sendiri yang tinggal berjauhan daripada mereka dan digelar ’pelajar luar kampus’, dipercayai dapat menjadi pintu ke arah terjalinnya satu ikatan kemesraan dikalangan pelajar luar kampus dan masayarakat. Sikap yang prihatin ini tentunya disegani lagi dihormati oleh kumpulan pelajar ini dan mampu mendorong mereka untuk mengekalkan jati diri yang mulia dan menjadi kebanggaan masyarakat setempat. 5.3 Peranan Universiti Dalam Dalam Penyediaan

Prasarana Kemudahan Yang Menyeluruh Mampu Membantu Kumpulan Ini

Didalam usaha kerajaan untuk membudayakan pendidikkan yang berterusan (life-long learning) ini, tidak dapat tidak, sokongan yang utuh amat diperlukan oleh institusi juga universiti bagi penyediaan prasarana dan kemudahan yang kondusif untuk pelajar mereka. Ini kerana, menurut ’Hasil Kajian Pengesanan Graduat, Institut Pengajian Tinggi 2006’, didapati penilaian terhadap kemudahan penginapan, IPTA dan Polikteknik berada di Gred B, manakala IPTS dan kolej komuniti pula adalah masing-masing Gred C+ (Jadual 8.4: mukasurat 31). Oleh yang demikian, satu pendekatan yang serius diperlukan bagi membawa perubahan ke arah pencapaian Gred A untuk semua institusi pengajian tinggi.

Page 7: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

7

Dalam konteks ini, penyediaan tambahan kemudahan asrama di kolej-kolej kediaman diharapkan dapat mengurangkan jumlah keseluruhan pelajar yang tinggal di luar kampus. Secara tidak langsung, segala agenda institusi juga universiti terbabit dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya mencapai matlamat utama kerajaan iaitu mewujudkan modal insan yang cemerlang bagi meneruskan kelangsungan kecemerlangan negara. 5.4 Suara Hati Pelajar-Pelajar Luar Kampus:

Dengarkanlah... Penulis juga merasakan telah tiba masanya untuk semua institusi pengajian tinggi terbabit menghargai dan mengambil berat akan perihal pelajar luar kampus mereka. Umpamanya, terdapat universiti yang sedia ada mempunyai Persatuan Pelajar Luar Kampus (Non Residents Society) dan amat aktif di dalam penglibatan aktiviti-aktiviti anjuran Universiti. Maka adalah dicadangkan agar institusi pengajian tinggi mengambil langkah yang serupa agar komuniti kecil ini tidak lagi terkeluar daripada tanggunjawab universiti keseluruhannya. 6.0 LIMITASI KAJIAN DAN CADANGAN

SETERUSNYA 6.1 Limitasi Kajian Antara limitasi kajian awal ini antaranya adalah seperti di bawah:

• Tumpuan responden hanya bertumpu kepada kawasan Shah Alam sahaja. Ini disebabkan kekangan masa dan kewangan yang terhad dan tanpa pembiayaan mana-mana pihak melainkan minat dan kesungguhan penulis sendiri.

• Analisis kajian hanya berdasarkan kepada borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada responden.Dikhuatiri kelemahan aspek penggunaan borang soal-selidik ini dapat mempengaruhi penemuan kajian yang tidak sekata dan menyediakan ruang untuk dikriminasi (bias).

• Analisis kajian juga hanya menumpukan lepada penemuan deskriptif dan tiada analisis peringkat tinggi (advance) yang diguna-pakai. Ini disebabkan matlamat kajian awal ini iaitu untuk mengenal-pasti (explore) isu ini dengan perancangan untuk membuat analisa yang lebih menyeluruh pada peringkat seterusnya kelak nanti.

6.2 Cadangan Penyelidikan Seterusnya Berikut adalah cadangan-cadangan yang boleh deber pertimbangan untuk penyelidikkan seterusnya:

• Meluaskan kawasan penyelidikkan meliputi bahagian luar bandar seharusnya menjadi fokus seterusnya. Perbandingan terhadap penemuan kajian dari kawasan ini diharapkan dapat menyediakan satu penganalisaan yang lebih kukuh dan mampu memberi gambaran yang lebih jelas untuk kesemua kumpulan pelajar ini.

• Menggunakan kaedah mendapatkan data secara kualitatif yang mana ianya terbukti berupaya menyokong segala penemuan awal. Ini disebabkan data yang diperolehi adalah asli dan lahir daripada diri responden sendiri (Ghauri, 1995; Lincoln and Cuba, 1985; Staruss and Corbin, 1990).

• Penggunaan analisis SPSS seperti Crosstab, t-Test dan lain-lain, diharapkan dapat memberi gambaran yang lebih jelas akan sesuatu isu, berbanding dengan analisis kajian yang dilakukan pada peringkat ini iaitu hanya lepada penemuan secara deskriptif.

• Sudah sampai masanya untuk mensasarkan pelajar luar kampus sebagai responden pula. Ini diyakini dapat memberi imbangan penemuan kajian berbanding dengan hanya bertumpukan lepada responden masyarakat setempat yang sedia ada.

7.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, kajian awal ini telah berjaya mencapai objektif-objektif yang disediakan. Penemuan dan perbincangan hasil kajian telah dikupas dengan sokongan fakta-fakta yang didapati dan ini telah menunjukkan akan kepentingan pihak-pihak tertentu untuk memberi perhatian yang serius kepada saranan-saranan yang telah dibuat. Diharapkan kajian awal ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, bahkan dijadikan sebagai pemangkin untuk penyelidikkan seterusnya. Semoga usaha ini dapat mengimbangi kemelut relajar luar kampus yang sering dijadikan sebagai bahan tercetusnya gejala sosial di masayarakat setempat. 8.0 RUJUKAN Berita Harian (19 Mac 2008) Universiti Asmara – Dedah Gejala Seks Penuntut IPT.[http://www.bharian.com.my/] Ghauri , P. N., Gronghaug, K. and Kristianslund, I. 1995. Research methods in business studies: A practical guide. Prentice Hall: London. Laporan Hasil Kajian Pengesanan Graduat, IPT Tahun 2006: Penanda Aras Pencapaian Universiti Teknologi MARA (UiTM), Disediakan oleh Pusat Perancangan Strategik UiTM. Lincoln, Y. S. and Guba, E. G. 1985. Naturilstic inquiry. Sage: Beverly Hills, CA.

Page 8: 71667680 4 b-persepsi-masyarakat

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

8

Mintzberg, H. 1979. The structuring of organizations: A synthesis of the research. Prentice-Hall: London. Roscoe (1975) dipetik daripada Sekaran, U. 2005. Research methods for business: A skill building approach. 4th Edition. John Wiley and Sons, Inc: New York: page 284. Strauss, A., and Corbin, J. 1990. Basics of qualitative research: Grounded theory procedures and techniques. Sage: California. Utusan Malaysia (18 Januari 2003) Gejala Sosial- Sukar Kawal Pelajar Luar Kampus. [http://www.utusan.com.my] Utusan Malaysia (18 jun 2004) UPM Laksana Projek Pembangunan Untuk Kebaikan Pelajar. [http://www.utusan.com.my] Utusan Malaysia (26 Oktober 2002) Dadah-UTM Sukar Kawal Pelajar Luar Kampus. [http://www.utusan.com.my] Zikmund, W. G. 1997. Business research methods. 5th Edition. The Dryden Press: Harcourt Brace College Publishers.