7 prinsip asas palang merah

10
PRINSIP-PRINSIP ASAS Kumpulan 2 1.Hema Malini a/p Nagaiah 2. Azlina Bt Mokhtar 3. Mahani Bt Ismail 4. Zanita Azwin Bt Ariffin

Upload: hema-malini

Post on 25-Sep-2015

139 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BSMM

TRANSCRIPT

Slide 1

PRINSIP-PRINSIP ASAS

Kumpulan 2

1.Hema Malini a/p Nagaiah

2. Azlina Bt Mokhtar

3. Mahani Bt Ismail

4. Zanita Azwin Bt Ariffin

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah menggariskan 7 prinsip asas bagi Persekutuan dan Persatuan Kebangsaan untuk diterimapakai. Prinsip-prinsip ini diterima secara rasmi pada Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ke - 20 Di Vienna, Itali dalam tahun 1965. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:-

1. KEMANUSIAAN

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mencegah dan meringankan kesengsaraan dengan sedaya upayanya dimana sahaja ia wujud. Tujuan utamanya ialah melindungi nyawa dan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesama manusia . Ia memupuk sifat persefahaman , persahabatan , kerjasama dan kedamaian antara manusia.

4

2. KESAKSAMAAN

Bantuan diberi tanpa membezakan bangsa , kaum , agama , darjat atau pendapat politik . Usaha utamanya ialah meringankan kesengsaraan dan keutamaan diberi berdasarkan kes-kes yang paling memerlukan.

3. BERKECUALI

Untuk mempertahankan kepercayaan yang ada padanya , ia tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menyertai apa-apa pertikaian yang berbentuk politik , perkauman , agama atau ideologi.

4. KEBEBASAN

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah pergerakan yang bebas . Walaupun Persatuan-persatuan Palng Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan membantu badan-badan awam yang berkuasa tetapi ia diberi kuasa untuk bertindak secara bebas . Pada setiap masa ia berpandu kepada prinsip-prinsip Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

5. SUKARELA

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adlah satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan.

6. BERSATU

Hanya terdapat satu Persatuan Bulan Sabit Merah atau Persatuan Palang Merah di dalam sesebuah negara . Ia adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli . Ia harus menjalankan aktiviti-aktivitinya yang berbentuk kemanusiaan di seluruh negara.

7. KESEJAGATAN

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah pergerakan antarabangsa . Persatuan-persatuan di peringkat kebangsaan mempunyai taraf , tanggungjawab dan tugas yang saksama untuk menolong antara satu sama lain.