7. perang inggeris-china

Upload: ilham-mustaqim

Post on 01-Mar-2016

75 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

perang inggeris-china

TRANSCRIPT

HSE 3013 : SEJARAH ASIA TIMUR ABAD KE-19

1.0PENDAHULUANChina dikenali sebagai Thina yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. China merupakan sebuah negara pusat dunia (Middle Kingdom) yang mempunyai tamadun tinggi dan tidak menghiraukan tuntutan negara-negara Barat. Hal ini adalah kerana China tidak memerlukan sebarang barangan daripada negara lain termasuk Eropah kerana mereka sudah mempunyainya. Sebaliknya negara lain terutama Barat memerlukan barangan daripada China. China mengagungkan tamadunnya dan menganggap Barat sebagai orang Gasar dan tidak bertamadun. Sejarah hubungan China dengan dunia luar bermula sejak zaman sebelum masihi lagi. Antara bentuk hubungan ini ialah melalui jalan darat yang dikenali sebagai Laluan Sutera. Laluan Sutera membuktikan bahawa tamadun China bukannya sebuah tamadun yang tertutup. Bandar purba China seperti Anyang, Changan dan Loyang semasa dinasti-dinasti China menunjukkan China membuka hubungan dengan kuasa asing. Penduduk asing bukan sahaja datang sebagai pedagang, tetapi juga sebagai penghibur, diplomat, pengembara, ahli agama dan pengembara yang memperkayakan lagi tamadun China. Orang Barat juga tidak melepaskan peluang untuk menjalinkan hubungan dengan China. Eropah telah menghantar dua orang mubaligh iaitu John of Plano Carpini (1245) dan William of Rubruck (1256) ke China untuk mengembangkan ajaran Kristian. Hubungan China dan Barat mula menjadi aktif pada abad ke-19. Hal ini adalah kerana Barat mula menuntut China membuka pasarannya lebih terbuka untuk pedagang-pedagang Barat. Pertengahan abad ke-19 merupakan era baru bagi sejarah China kerana mula diceroboh oleh kuasa Barat. Pada dinasti Ming, China membuka jalan perdagangan kepada Barat. Namun begitu, setelah Barat mengasak perdagangan China dengan penyeludupan masuk candu menyebabkan dinasti Qing menutup perdagangan. Barat telah mengingkari undang-undang larangan China yang tidak membenarkan penyeludupan masuk candu yang akhirnya menimbulkan Perang Inggeris-China I (Perang Candu I) pada tahun 1839 sehingga tahun 1842 dan Perang Inggeris-China II (Perang Candu II) pada tahun 1856 sehingga 1860. Perang Inggeris-China berlaku di Selatan China, termasuk Canton (Guangzhou) dan Hong Kong. Perang ini merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus diantara China iaitu Dinasti Qing dengan Empayar British dan seterusnya membawa kepada Perang Inggeris-China II. 2.0LATAR BELAKANG

Perdagangan secara terus antara pihak Eropahdan China bermula pada kurun ke-16, selepas pihak Portugisberjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol mendapat Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak.Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombongAmerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera.[footnoteRef:2] Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qingcuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Sehingga pertengahan abad ke-18, negara China masih kekal sebagai satu kuasa yang penting dan mempunyai kawasan kekuasaan yang luas , menganjur dari gurun Mongolia hingga ke pesisiran pantai Laut China Selatan.[footnoteRef:3] [2: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. hlm 1] [3: Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Md Aros dan Suffian Mansor (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm 173]

Mereka mula menjalankan perdagangan secara tutup pintu kerana semua barangan terdapat di China, mereka tidak perlu mendapatkannya dari negara luar. Dalam sejarah negara China, dasar pintu tertutup dan terbuka sering mendominasi hubungannya dengan kuasa luar. Misalnya sebelum negara China menutup pintu pada abad ke-19, negara China telah menjalankan dasar pintu terbuka yang dilaksanakan sejak abad ke-16 lagi. British telah mengalami defisit ke atas perdagangan di atas dasar yang dilakukan oleh China. Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Eropah mula menjual candu bersama-sama dengan barangan keluaran baharu seperti rokok dan jagung ke China supaya dapat mengelakkan defisit negaranya ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perakDisebabkan kekurangan permintaan ke atas barangan dagangan Eropah dari pihak China, dan permintaan yang tinggi terhadap barangan China dari pihak Eropah seperti teh, sutera dan tembikar menyebabkan pihak pedagang Eropah terpaksa membeli barangan keluaran China dengan perak, barangan yang hanya diterima oleh pihak China. Dari pertengahan kurun ke-17 lebih kurang 28 juta kilogram perak telah diterima oleh China, disebabkan oleh kuasa permintaan yang tinggi dari Eropah, bagi membuat pertukaran barangan dengan pihak China. Masalah pihak Britain bertambah lebih rumit apabila mereka mengunakan standart emas dari pertengahan kurun ke-18 dan ini menyebabkan pihak Britain terpaksa membeli perak dari negara-negara Eropah yang lain, menyebabkan beban hutang akibat daripada tambahan kos pertukaran. Pada kurun ke-18, walaupun mendapat protes daripada kerajaan Qing, pihak perdagang British mula mengimport candu dari Bengal, India dengan harga yang murah.[footnoteRef:4] [4: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. hlm 21]

Disebabkan oleh rasa yang kuat dan tarikan semula jadinya, candu merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menagani masalah perdagangan yang dihadapi oleh pihak British. Apabila permintaan terhadap candu yang mendapat sambutan yang baik daripada ribuan orang China yang ketagih dengan candu. Pada 1729, Empayar Yongzheng telah mengharamkan jualan dan rokok yang dibuat daripada candu, dan hanya membenarkan sebahagian kecil bilangan candu diimport ke China bagi tujuan perubatan. Sebelum pedagang Barat menjadikan candu seagai komoditi utama dalam perdagangan mereka dengan China, aliran perdagangan sering sahaja memihak kepada negara tersebut. Contohnya pada tahun 1781-1790, negara China memperoleh keuntungan sebanyak 16.4 juta tael perak sementara dalam tempoh antara tahun 1800-1810, jumlah tersebut meningkat sebanyak 26 juta. Walaubagaimanapun keadaan bertukar bermula tahun 1820-an apabila aliran keluar melebihi aliran masuk. Antara tahun 1831-1833 hampir 10 juta tael telah keluar dari China hasil daripada perdagangan candu.[footnoteRef:5] Pada 18 Mac 1839, China mengeluarkan arahan kepada orang asing untuk menyerahkan candu dan menandatangani ikrar tidak akan terlibat dalam aktiviti tersebut.[footnoteRef:6] Perlanggaran larangan dari China telah menyebabkan rasa tidak puas hati China terhadap British dan memulakan Perang Inggeris-China 1. Hal ini berlaku akibat China mencari jalan untuk menghalang British daripada menyeludup candu ke China. Manakala Perang candu kedua pula berlaku akibat ketidakstablilan ekonomi antara China dan SHTI akibat rasa tidak puas hati China keatas perjanjian Candu yang kelihatan berat sebelah untuk masyarakat China. [5: Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Md Aros dan Suffian Mansor (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerit Fajar Bakti Sdn. Bhd. hlm 177] [6: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm 23]

3.0PERISTIWA PERANGPada 23 Oktober 1856, angkatan laut Inggeris dibawah pimpinan Laksamana Seymour merempoh bandar Canton. Masalah di Canton berpunca daripada sikap penduduk Canton yang menolak pembukaan pelabuhan tersebut.[footnoteRef:7] Yeh mengarahkan orang Cina membalas serangan orang asing dengan membakar kilang-kilang asing yang menimbulkan huru-hara di Canton. Pihak Inggeris tidak dapat meneruskan serangan kerana telah berlaku pemberontakan India pada bulan Mei 1857. Tindakan Bowring dan Parker ke atas Cina mendapat tentangan dari kerajaan Gladstone di England. Namun begitu, tindakan mereka dipertahankan oleh Lord Palmerston bagi mempertahankan imej Inggeris. Palmerston menghantar Lord Elgin ke China untuk mengadakan rundingan.[footnoteRef:8] Lord Elgin sebelum ini merupakan gabenor jeneral Kanada. Misi yang dipertanggungjawabkan kepadanya ialah membebaskan beberapa sekatan perdagangan yang masih ada termasuk membuka lebih banyak pelabuhan, melaksanakan syarat perjanjian sebelum ini untuk semua pelabuhan perjanjian, mengadakan hubungan secara langsung dengan pihak Peking terutama dalam menempatkan seorang wakil kerajaan di Peking serta menuntut ganti rugi atas kecederaan dan kemusnahan harta benda orang British.[footnoteRef:9] [7: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm 27] [8: Samuel Wells Williams (1851). The Middle Kingdom, Volume II, Part 2. New York : Simon Publications. Hlm 655] [9: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm 31]

Selain itu, pihak Perancis turut menghantar wakilnya iaitu Baron Gros dalam rundingan ini. Lord Elgin diarah supaya mendesak kerajaan Cina melaksanakan syarat-syarat perjanjian yang telah dipersetujui.[footnoteRef:10] Selain itu, kerajaan China dikehendaki merundingkan perlantikan duta ke Peking dan dibuat semakan semula terhadap perjanjian Disember 1857. Yeh tidak mempedulikan permintaan mereka yang tidak memberi sebarang jawapan dan memaksa pihak Inggeris meneruskan peperangan. Pihak Inggeris telah bersedia untuk berperang kerana pemberontakan di India telah dihapuskan. Tambahan lagi mereka mendapat sokongan daripada Perancis kerana Perancis bersetuju untuk menyertai Inggeris atas beberapa sebab. Sebab pertama penyertaan Perancis adalah kerana ingin membalas dendam atas kematian Abbe Chapdelaine iaitu seorang paderi Perancis yang dijatuhkan hukuman bunuh oleh mahkamah pengadilan di Sinlin di wilayah Kwangsi pada Februari 1856. Yeh mendakwa paderi ini telah melanggar peraturan walaupun Perancis membantah tindakan ini.[footnoteRef:11] [10: Maswari Rosdi, B. A. Hons (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm 40] [11: Ibid. hlm 41]

Sebab kedua adalah kerana tentera Inggeris dan Perancis pernah bergabung sebelum ini seperti dalam Perang Crimea ketika menentang Rusia. Sebab ketiga ialah polisi meluaskan wilayah yang diamalkan oleh Raja Nepoleon III.[footnoteRef:12] Perancis berminat ke atas Cina. Tentera Inggeris dan Perancis menyerang Canton dan Tientsin. Pada 29 Disember 1857, bandar Canton telah ditawan dan Yeh dibawa ke Culcutta sebagai tawanan perang. Inggeris dan Perancis mengawal bandar Canton sementara menunggu reaksi dari kerajaan Peking. Urusan harian di bandar Canton diserahkan kepada Pokuei yang menggantikan Yeh tetapi mengikut pengawasan Inggeris dan Perancis. [12: Francis Fukuyama (2006). Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. Hlm 86]

Pada awal Februari 1858, Inggeris dan Perancis menghantar nota-nota ke Peking yang mengandungi tuntutan dan cadangan supaya diadakan satu rundingan. Amerika melalui wakilnya William B. Reed dan Rusia iaitu Count Putyatin yang bersikap berkecuali turut menghantar nota masing-masing. Kedua-duanya menuntut supaya menyemak semula perjanjian dan toleransi dalam agama. Kerajaan China bersetuju atas cadangan tersebut dan melantik Heng Fu iaitu gabenor general Chihli sebagai wakil mereka namun telah ditolak. Tentera Inggeris dan Perancis menawan Taku pada 20 Mei 1858.[footnoteRef:13] Persiapan menyerang Tientsin dan Peking telah dilakukan. Akibat perasaan bimbang, kerajaan Peking bersetuju untuk melantik pegawai yang dipersetujui oleh Inggeris dan Perancis.[footnoteRef:14] [13: Maswari Rosdi, B. A. Hons (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm 41] [14: Ibid. hlm 42]

Pada 26 Jun 1858, berlaku perjanjian Tientsin antara Inggeris dan China dan sehari kemudian ia ditandatangani oleh pihak Perancis pula. Perjanjian ini dapat meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak tetapi pada tahun 1859, kerajaan Peking tidak mahu perjanjian itu di sahkan di Peking. Sebaliknya di Shanghai dan Canton.[footnoteRef:15] Tindakan kerajaan Peking menimbulkan kemarahan Inggeris tambahan lagi pihak China secara senyap menguatkan pasukan tenteranya di Taku. Inggeris dan Perancis membuat keputusan untuk menyerang China dan kali ini bandar Peking menjadi fokus. Serangan pertama di Taku dapat dikalahkan kerana sungai Tientsin penuh dengan perangkap dan bedilan-bedilan dari darat. Setelah perangkap dimusnahkan oleh general Inggeris iaitu Hope Grant, general De Moutaubon yang merupakan pihak Perncis meneruskan serangan. [15: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm 32]

Dalam bulan Ogos, kubu pertahanan China di Taku pula dikalahkan. Tentera Inggeris dan Perancis terus bergerak menuju ke Tientsin dan Peking.[footnoteRef:16] Maharaja Hsien-Fan melarikan diri ke Jehol dan meninggalkan adiknya Putera Kuang membuat rundingan dengan pihak Barat. Bagi mengelak kerosakan yang lebih buruk, Putera Kuang telah menerima syarat-syarat dari Inggeris dan Rusia menjadi orang tengah dalam mendesak China berbuat demikian. Pada 24 Oktober 1860, perjanjian Peking disahkan.[footnoteRef:17] [16: Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Hlm 29] [17: Nana Supriatna (2006). Sejarah. Bandong : Grafindo Media Pratama. Hlm 134]

Antara syarat-syarat perjanjian Peking/ Tientsin ialah :1. Kerajaan China membuka pelabuhan-pelabuhan tambahan untuk saudagar asing iaitu Chefoo, Chinkiang, Kiangchow, kiucking, Newchwang, Nangking, Hankow, Swatow dan Wechow.2. Kapal-kapal perdagangan asing diberi kebenaran menggunakan sungai Wangtze3. Perwakilan asing bersama orang-orangnya dibenarkan tinggal semula di Peking4. Orang-orang asing boleh mengembara kemana-mana di kawasan pedalaman negeri China sekiranya mereka mempunyai pasport yang layak.5. Mubaligh-mubligh Kristian hendaklah diberi kebenaran menjalankan kegiatan-kegiatan mereka untuk mengembangkan agama Kristian6. Kowloon yang bertentangan dengan Hong Kong diserahkan kepada pihak Inggeris 7. Kerajaan China akan membayar ganti rugi peperangan8. Perdagangan candu dibenarkan[footnoteRef:18] [18: Maswari Rosdi, B. A. Hons (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. hlm 43]

Selain daripada syarat diatas, beberapa keputusan lain diterima. Antaranya kerajaan China terpaksa membayar perbelanjaan ekspedisi Elgin dan Gros. Manakala bandar Canton akan ditadbir oleh Inggeris hingga membayar ganti rugi tersebut.[footnoteRef:19] [19: Ibid 43]

4.0ANALISIS PERJANJIAN NANGKING

4.1China Terpaksa Membayar Ganti Rugi

Selepas China kalah dalam peperagan Inggeris-China I. China dipaksa oleh pihak British untuk menandatangani Perjanjian Nanking yang isi kandungan perjanjian ternyata memihak kepada British. Salah satu isi Perjnjian Nanking ialah China terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak British. Hal ini telah menyebabkan China dalam keadaan tertekan kerana perjanjian ini semsetinya tidak adil kepada China. China terpaksa menandatangi demi menyelamatkan negara China daripada terus belakunya perperangan yang lebih memburukan keadaan negara China pada ketika itu.[footnoteRef:20] [20: Wang Gangwu.(2003). Anglo-Chinese Encounters Since 1800: War,Trade,Science And Governance. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm 60]

Perjanjian ini telah menyebakan China mengalami kerugian yang besar kerana peperangan dan juga terpaksa membayar ganti rugi kepda pihak Inggeris sebanyak $21 juta kepada pihak British. Ganti rugi sebnayak $21 juta ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sebayak $12 juta untuk perbelanjaan ketenteraan iaitu kos perubatan kepada tentera yang cedera dan alatan ketenteraan British yang telah banyak rosak. Yang kedua sebanyak $6 juta untuk ganti rugi terhadap pemusnahan candu yang dilakukan oleh China dan yang selebihnya sebanyak $3 juta untuk membayar hutang Hong kepada perdagang British. Hal ini seterusnya telah meruntuhkan sedikit ekonomi negara China.[footnoteRef:21] [21: Suffian Mansor.(2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : University Malaya. Hlm 25]

4.2Menghapuskan Sistem Co-Hong

Sistem Co-hong adalah satu sistem peraturan perdagangan di China. Sistem Co-Hong ini adalah sistem untuk perdagangan untuk pedagang asing. Hal ini adalah perundangan mengenai perdagangan iaitu mereka boleh menetepkan harga barangan jualan mereka sendiri. Sistem Co-Hong ini adalah untuk mengawal pedagang-pedagang asing daripada melakukan kesalahan. Sekiranya pedagang melanggar peraturan ini meraka tidak boleh lagi berdagang di China.[footnoteRef:22] Disebabkan masyarakat China mengamalkan ekonomi sara diri maka barangan daripada luar lansung tidak diperlukan sebaliknya pedagang luar amat memerlukan barangan daripada China. Dengan adanya sistem ini pedagang tidak boleh bergerak bebas dan segala tingkah laku pedagang perlulah mengikut sistem ini. Selepas sistem ini dihapuskan, hal ini bermakna pedagang barat bebas untuk berdagang di China dan menyebabkan mereka boleh melakukan sesuka hati mereka di negara China. Pihak pemerintah China menggangap penghapusan sistem ini sebagai salah satu cara pihak barat cuba untuk mengeksplotasi barang dagangan di negara China. Hal ini telah menyebabkan China mengalami kerugian yang besar.[footnoteRef:23] [22: Ibid. Hlm 12] [23: Ibid. Hlm 12-13]

4.3Membuka Lima Perlabuhan Terbesar China

Kesan daripada perang Inggeris-China I yang telah membawa kepada kekalahan negara China maka jelaslah runtuhnya satu istitusi negara yang bergelar Middle Kingdom pada abad ke-19.[footnoteRef:24] Hal ini kerana China terpaksa membuka lima pelabuhan terbesar mereka kepada pedagang asing. Hal ini amat pahit untuk ditelan oleh pemerintah China pada ketika itu kerana terpaksa menjalankan dasar buka pintu kepada pedangan luar. Hal ini serba sedikit telah mempengaruhi ekonomi di China yang sebelum ini menjalankan ekonomi tertutup terpaksa berubah kepada ekonomu hubungan dengan negara luar. Lima pelabuhan yang terpaksa dibuka ialah Conton. Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai.[footnoteRef:25] [24: G. Melancon. (2004). Britishs China Policy And The Pium Crisis. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm 74-75] [25: Suffian Mansor.(2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : University Malaya. Hlm 25]

Pembukaan lima pelabuhan ini telah menyebabkan China terpaksa menerima pengaruh barat di pelabuhan mereka. Tetapi pembukaan pelabuhan ini masih lagi dikawal oleh China kerana desakan oleh penduduk China yang anti-barat.[footnoteRef:26] Desakan-desakan ini telah meyebabkan berlakunya huru-hara di pelabuhan terutamanya pelabuhan terbesar meraka di Conton. Hal ini telah menimbulkan kemarahan pihak barat kerana China masih menjalankan dasar tutup pintu kepada pedangan asing dan tidak mengikuti syarat-syarat perjanjian Nanking. Hal ini telah membawa kepada tercetusnya perang Inggeris-China II.[footnoteRef:27] [26: Ibid. Hlm 28] [27: Ibid. Hlm 28-29]

4.4 Penyerahan Hong Kong Kepada BritishSebelum berlakunya peperangan antara Inggeris-China I, Hong Kong adalah salah satu wilayah yang berada di dalam pemerintahan pihak berkuasa China.[footnoteRef:28] Hong kong adalah sebuah pulau yang mempunyai pelabuhan serta rakyat China yang ramai. Selepas kekalahan China kepada British dalam peperangan Inggeris-China I, ini telah menyebabkan China kehilangan sebuah wilayahnya kepada British. Wilayah Hong Kong ini adalah satu wilayah yang mempunyai pelabuhan yang besar, British mahukan Hong kong kerana Hong Kong menjadi tempat penyimpanan candu yang terbesar di China.[footnoteRef:29] Oleh yang demikian, British telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking ini dan meminta China menyerahkan wilayah Hong Kong kepada mereka. Perkara ini di sedari oleh pihak British kerana Hong Kong menjadi tempat tumpuan pedagang yang mahukan barangan candu. Candu pada ketika itu menjadi satu barang yang sangat laris jualanya dan menyebabkan pihak Britsh memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Oleh itu meraka mahukan Hong Kong untuk menjamin pedagangan candu mereka di China.[footnoteRef:30] [28: Ibid. Hlm 25] [29: Ssu-Yu Teng & John K. Fairbank. (1961). Chinas Response To Thewest :A Documentary Survey 1939-1923. Cambridge MA : Hardvard University Press. Hlm 33] [30: G. Melancon. (2004). Britishs China Policy And The Pium Crisis. Cambridge: Cambridge University Press. Hlm 77]

Bagi China pula. Penyerahan Hong Kong ini adalah satu tamparan hebat bagi pihak penguasa China kerana Hong Kong adalah salah satu wilayah yang memberi sumber ekonomi kepada negara China yang paling besar. Penyerahan Hong Kong ini adalah salah satu perkara yang amat memalukan kerajaan China kerana hal ini telah memadamkan taraf negara China sebagai Negara Middle Kingdom dan telah membuka kelemahan negara china dengan seluasnya kepada negara-negara luar. Perjanjian ini memang tidak adil bagi China kerana China terpaksa akur terhadap permintaan pihak British.[footnoteRef:31] [31: Ibid. Hlm 79]

4.5Penetapan Tarif Perdagangan

Salah satu isi Perjanjian Nanking yang terpaksa di terima oleh China dalah penetapan tarif perdangangan. Penetapan tarif perdagangan ini berlaku adalah lewat sedikit selepas Perjanjian Nanking. penentpan tarif ini ditentukan kemudian kerana pihak British belum lagi mempunyai tarif yang tepat dan sesuai untuk diletakkan dalam isi kandungan Perjanjian Nanking.[footnoteRef:32] Oleh itu, pihak British menulis isi perjanjian ini dengan satu tarif yang tetap akan ditentukan kemudian. Hal ini adalah bertujuan untuk menekan pihak negara China. Dengan adanya tarif ini, pihak British boleh menambah isi perjanjian mengikut kepentingan mereka. Hal ini telah menyebabkan terjadinya satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian Bogue.[footnoteRef:33] [32: Suffian Mansor.(2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : University Malaya. Hlm 25] [33: Ibid. Hlm 26]

Perjanjian Bogue ini adalah penambahan daripada tuntutan pihak British kepada pihak China iaitu penambahan kepada isi kandungan Perjanjian Nanking. Pada perjanjian ini pihak British telah menetapkan tarif perdangangan di China mengikut kepentingan pedagang mereka yang akan berdagang di China. Hal ini bermaksud semua undang-undang perdagangan, harga barangan serta cukai di pelabuhan China di tentukan oleh pihak British.[footnoteRef:34] Penetapan tarif ini telah menambah lagi tekanan kepada pihak berkuasa China. Hal ini kerana undang-undang perdagangan China tidak lagi di guna pakai dan telah mengurangkan lagi kuasa China terhadap aktiviti perdagangan.[footnoteRef:35] [34: Ibid. Hlm 27] [35: Ibid. Hlm 26]

4.6 British Gunakan Undang-Undang British Terhadap Persalah British Di China

Satu lagi isi kandungan perjanjian yang berat sebelah dan tidak adil yang terpaksa di terima China iaitu undang-undang hukuman kepada persalah. Tuntutan ini kerana pihak British mengetahui undang-undang hukuman China tidak berperikemanusian kerana China menganggap seseorang itu dianggap bersalah selepas seseorang itu berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah. Hal ini amat tidak berperikemanusiaan yang dianggap oleh pihak British. Disebabkan hal ini, China tidak lagi mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman kepada persalah-persalah luar dan terpaksa menerima undang-undang British sebagai peraturan hukuman di China. Hal ini amat memalukan negara china kerana terpaksa menerima perjanjian yang tidak adil dan berat sebelah serta menjatuhkan air muka sendiri. Hal ini juga telah mencabul kedaulatan China dalam undang-undang mereka di dalam negara mereka sendiri.[footnoteRef:36] [36: Ssu-Yu Teng & John K. Fairbank. (1961). Chinas Response To Thewest :A Documentary Survey 1939-1923. Cambridge Ma : Hardvard University Press. Hlm 34]

4.7Most Favored Nation Hak Kepada Pihak British Dalam Perdagangan

Perkara most favored nation ini telah menambahkan lagi kemorosotan hak China dalam bidang diplomatik kerana isi kandugan tersebut memberi kelebihan kepada sesetengah negara barat untuk mendapat keistimewaan yang diperolehi oleh negara lain dalam perjanjian dengan China. Keadaan ini telah membuat negara-negara barat yang lain berani untuk membuat desakan dan tuntutan kepada China dan telah memberi tekanan yang hebat ke atas negara China.[footnoteRef:37] [37: Suffian Mansor.(2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : University Malaya. Hlm 26]

Dua tahun selepas perjanjian nangkin ini, China sekali lagi terpkasa akur dengan permintaan kuasa barat yang lain. Kali ini daripada Caleb Cushin wakil kerajaan Amerika Syarikat supaaya menandatangai perjanjian Wangshia pada 3 Julai 1844, dan Theodore De Lagrene wakil kerajaan Perancis menandatangani Perjanjian Whampoa pada 24 Oktober 1844. Kedua-dua perjanjian yang terpaksa ditandatangani China ini, isi kandungannya hampir sama dengan isi kandungan Perjanjian Nanking. Tetapi ada satu penambahan yang dilakukan iaitu hak membina gereja dan hak menyebar agama Kristian yang terdapat pada Perjanjian Whampoa. Seterusnya kuasa-kuasa barat yang lain juga menekan kerajaan China dan cuba untuk mendapat habuan dan kepentingan meraka seperti Sweden, Norway, Rusia, Jerman dan banyak lagi negara-negara barat yang lain.[footnoteRef:38] [38: Ibid. Hlm 25-26]

5.0 FAKTOR-FAKTOR PERANG INGGERIS-CHINA II

5.1Kelemahan perjanjian NankingTerdapat beberapa faktor yang membawa kepada peperangan Inggeris- China II. Salah satu faktornya ialah disebabkan kelemahan perjanjian Nanking yang dimeterai antara pihak British dengan China pada 29 Ogos 1842 dalam Perang Candu I. Sebenarnya, pihak British yang menentukan syarat-syarat semasa perjanjian berlangsung jelas memberi gambaran bahawa perjanjian itu lebih menguntungkan British dalam urusan perdagangan.[footnoteRef:39] Namun, perjanjian tersebut menyedarkan pihak China di mana China mendapati kelemahan yang dimaksudkan dalam perjanjian itu adalah keistimewaan - keistimewaan yang hanya memihak kepada barat, contohnya British dapat membawa masuk candu tanpa sekatan sehingga membawa kepada terjadinya keruntuhan akhlak dan sosial dalam kalangan rakyat China pada masa itu.[footnoteRef:40] Ini dapat dilihat menerusi jumlah peningkatan candu yang meningkat kepada 52929 peti berbanding dengan hanya 46000 peti sahaja pada tahun 1848. Kelebihan lain yang menunjukkan ia berpihak kepada British ialah Hong Kong diserahkan kepada British dan Kerajaan China dikehendaki membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi. Selain itu, kerajaan China mengakui British setaraf dengan mereka serta kerajaan China bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar lima peratus dan cukai import pada kadar tiga peratus. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan pihak China telah mula menunjukkan sikap tidak menghiraukan perwakilan-perwakilan asing. [footnoteRef:41] Contohnya, seorang wizurai iaitu Yeh Meng-shen tidak mahu berurusan dengan orang asing dan bermula tahun 1852 sehingga 1856 tidak seorang pun utusan asing yang berjaya berjumpa dengannya. Situasi ini berlarutan sehinggalah pihak Barat menyuarakan permintaan untuk menyemak semula perjanjian Nanking bagi membolehkan kedudukan mereka di China bertambah kukuh. [39: Claude. A. Buss. (1955). The Far East. The Macmillan Company: Canada. hlm. 78.] [40: R.S Chaurasia. (2004). History of Modern China.Atlantic Publishers & Dist. hlm. 70.] [41: Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (1978). Asia Dalam Perubahan. Heinemann Educational Books: Kuala Lumpur.hlm 854.]

5.2 Penglibatan kuasa - kuasa barat yang lain.Selain itu, peperangan Inggeris China 1856-1860 turut berpunca daripada penglibatan kuasa - kuasa barat yang lain seperti Rusia dan Amerika untuk menjatuhkan China. Angkatan Rusia pada masa itu diketuai oleh Count Putyatin manakala Amerika pula dipimpin oleh William Red. Kedua-dua kuasa barat menyertai peperangan ini adalah bertujuan semata-mata mahu mengalahkan China serta ingin mendapatkan keistimewaan lain terutamanya dalam hal perdagangan mereka di negara China. Keadaan ini kerana mereka tahu bahawa China boleh memberi keuntungan yang berlipat ganda dalam memasarkan produk keluaran China seperti sutera, teh, rempah ratus dan tembikar yang mendapat permintaan yang sangat tinggi di Eropah. Pada masa yang sama, mereka ingin memberi bantuan kepada British untuk mengalahkan China dalam peperangan tersebut. Hal ini kerana mereka mempunyai agenda tersendiri iaitu sekiranya British menang dalam peperangan tersebut, kepentingan mereka di China turut terjamin. Secara tidak langsung, bantuan dari pihak Rusia dan Amerika menjadi turning point kepada British dalam menjatuhkan China.5.3Pembunuhan seorang paderi Perancis Faktor lain iaitu berpunca daripada kes pembunuhan seorang paderi Perancis yang bernama Abbe Augustus Chapdelaine pada Februari 1856 di Sinlin wilayah Kwangsi.[footnoteRef:42] Beliau dibunuh oleh pihak China atas tuduhan telah menghasut rakyat di China supaya bangun memberontak menentang kerajaan Manchu.[footnoteRef:43] Kematian paderi tersebut telah melanggar prinsip hak wilayah asingan yang pernah diberikan kepada Perancis sebelum ini oleh pihak China dalam Perjanjian Whampoa 1844. Tujuan sebenar paderi adalah menggalakkan masyarakat China yang ditindas khususnya mereka yang beragama Kristian meminta pertolongan dan perlindungan daripada pihak Perancis. [footnoteRef:44] Sehubungan itu, kematian paderi menyebabkan Perancis mengambil jalan mudah dengan bertindak menyertai British bagi membalas dendam atas pembunuhan tersebut dan pada masa yang sama ingin mengambil kesempatan bagi memperoleh lebih banyak keistimewaan lain di China dengan bantuan pihak British. [42: Bai Shouyi. (2002). An Outline History Of China. Foreign Languages Press. hlm. 399.] [43: John F.Cady.(1967).The Roots of French Imperialism in Easstern Asia. New York: Cornell University Press.hlm 122 & 166.] [44: Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (1978). Asia Dalam Perubahan. Heinemann Educational Books: Kuala Lumpur.hlm 854.]

5.4Peristiwa Arrow Faktor lain yang menyebabkan berlakunya peperangan ini kerana peristiwa Arrow.[footnoteRef:45] Peristiwa ini turut dikenali sebagai peristiwa Lorcha Arrow diambil sempena nama sebuah kapal. Peristiwa Arrow dianggap sebagai faktor yang menyegerakan peperangan yang berlaku antara British dengan China pada tahun 1856-1860. Pada 8 Oktober 1856, kapal Lorcha Arrow merupakan hak milik pedagang China iaitu Fong Ah-Ming yang didaftarkan di Hong Kong dengan pihak British yang diketuai oleh kapten berbangsa Inggeris iaitu Thomas Kennedy. Tujuan kapal ini diwujudkan berfungsi sebagai mengawal ancaman lanun-lanun. Namun, telah berlaku kejadian sebaliknya iaitu 12 kelasi kapal ditangkap oleh polis dan askar Canton kerana dituduh melindungi seorang lanun yang diburu kerajaan China. Pada masa yang sama, Polis dan askar Canton mengoyakkan bendera British dan tindakan ini dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kerajaan British sedangkan kapal tersebut sebenarnya dimiliki oleh saudagar China sendiri. Kesan daripada tindakan pihak China menyebabkan Thomas Kennedy telah mengibarkan bendera Union Jack di atas kapal tersebut dan polis peronda China telah menurunkan bendera tersebut. [45: Bai Shouyi (2002). An Outline History Of China. Foreign Languages Press. hlm. 399.]

Tindakan polis peronda China itulah dianggap sebagai telah menjatuhkan maruah British. Susulan daripada perkara tersebut, Konsol British di China iaitu Harry Parkes yang diperintah oleh Bowring telah mengemukakan bantahan dengan mendesak kerajaan China membebaskan kelasi yang ditahan oleh pihak China dan meminta maaf secara terbuka atas tindakan yang dianggap menghina pihak British. Kerajaan China akhirnya akur dengan permintaan British dan membebaskan 12 tahanan tersebut namun China enggan memohon maaf secara rasmi kepada British kerana tidak mahu menjatuhkan maruah negaranya di hadapan British. Keengganan pihak China memohon maaf daripada pihak British telah mengundang rasa tidak puas hati British seterusnya kejadian ini dianggap merupakan faktor yang menyegerakan peperangan antara British dengan China 1856-1860 dan termeterainya Perjanjian Tientsin.[footnoteRef:46] [46: The Bavarian State Library .1857. The annual register: world events ..., Volume 98. ProQuestrel. hlm. 260.]

5.5layanan buruk dan Sikap permusuhan ChinaAntara faktor yang mendorong kepada berlakunya peperangan Inggeris-China pada tahun 1865 hingga 1960 ialah faktor layanan buruk dan sikap permusuhan China. Walaupun sebelumnya perjanjian Nanking telah ditandatangani sebagai tanda China telah kalah kepada Inggeris, namun China tidak mampu menerima kenyataan itu. Hal ini demikian kerana, China menganggap perjanjian itu merupakan pemberian hak yang terlalu besar kepada pihak asing. Hubungan China dengan orang asing dapatlah dibahagi kepada 3 kategori iaitu hubungan Cina dengan bukan Cina yang berada dibawah pengaruh Cina atau Sinic Zon, yang bukan berada dibawah pengaruh Cina atau Iner Asia Zon dan hubungan dengan orang asing. Menurut Jerman Thomas, dalam buku Dunia Pasca-Amerika, China merupakan sebuah utopia politik dan kerajaan ideal fahaman kuasa mutlak yang rasional. [footnoteRef:47] Hal ini menjadikan China menganggap diri mereka middle kingdom dan darjat (pusat dunia) atau Chung Kao.[footnoteRef:48] Mereka juga percaya bahawa kekalahan mereka juga berpunca kerana mereka tidak menggunakan seluruh kekuatan angkatan tentera dengan sepenuhnya[footnoteRef:49]. [47: Fareed Zakaria. (2011). Dunia Pasca-Amerika. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd. Hal. 89] [48: Aron Patrick. (2008). The Reinstatement of the Middle Kingdom (Paperback).Lulu.com. hlm.1.] [49: Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Edar Snd. Bhd. Hal. 36]

Hal ini terbukti apabila, pada tahun 1864, Li Hung Chang telah memberitahu kepada Putera Kung di Peking bahawa di China, pegawai-pegawai kita terlalu menumpukan kepada teks klasik dan peperiksaan awam dalam masa yang sama tentera kita diabaikan. Hal ini menunjukkan keinginan yang sangat tinggi dalam kalangan pegawai tinggi China untuk menjadi sebuah kuasa yang agung. Ia juga menunjukkan bahawa jika China berjaya menguatkan tenteranya seluruh dunia akan menghormati mereka. Bukan itu sahaja, China sememangnya sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bahan mentah dan digelar sebagai penaung kepada negara-negara di Asia. Di samping itu, barangan dagangan milik China amat berkualiti dan amat digilai oleh pihak British sebagai produk pasaran yang amat menguntungkan British. Contohnya, bermula pada Julai 1859 eksport teh dari seluruh pelabuhan China seperti Canton, Shanghai, Amoy dan Fuhchau ke Amerika berjumlah lebih daripada 58 juta pounds.[footnoteRef:50] Jadi, China merasakan bahawa negaranya lengkap dengan hasil buminya sendiri tanpa meminta bantuan daripada pihak luar. Bagi China, negaranya sebuah negara yang bertamadun iaitu satu bangsa yang mulia dan disebabkan itu juga ia berkuasa ke atas bangsa lain. Bangsa lain yang dimaksudkan termasuklah bangsa-bangsa Barat yang digelar sebagai Barbarian yang merupakan satu bangsa yang tidak bertamadun. [50: Rev. Justus Doolittle. (1895). Social Life of the Chinese. New York: Harper & Brothers. hlm 20.]

Kerajaan China juga menggangap usaha mereka memberi kelonggaran perdagangan sebagai tanda simpati telah memberi peluang kepada pedagang Barat untuk mendapat barangan dari China. [footnoteRef:51] kemasukan barat secara paksaan menyebabkan ekonomi China berada dalam keadaan yang sangat kritikal kerana kemasukan barangan dari barat seperti candu mendapat permintaan amat tinggi. China juga terpaksa menanggung beban hutang yang banyak untuk membiayai peperangan sebelum ini sedangkan pihak British yang memulakan peperangan tersebut. Secara tidak langsung, hal ini memberi kesan kepada ekonomi China yang mengalami kemerosotan ketara kerana terpaksa menanggung hutang dengan negara barat. Orang-orang china yang tinggal di Canton telah membantah kebenaran yang membenarkan masyarakat asing tinggal di Wall City kerana hal ini menjadikan mereka setaraf dengan warga asing yang tinggal di situ. Kebenaran ini secara tidak langsung telah mengiktiraf kedudukan masyarakat asing di situ. Oleh hal yang demikian masyarakat China di Canton telah mendesak supaya masyarakat asing di situ ditempatkan di kilang-kilang seperti yang dilakukan sebelum tercetusnya perang candu. Masyarakat China juga terus mengenakan syarat-syarat yang ketat. Mereka bertindak tidak mahu menjalankan hubungan perdagangan secara langsung tetapi hendaklah melalui saudagar-saudagar cina yang diberi kuasa monopoli. [51: John King Fairbank and Merle Goldman.(1998).China a New History, England:Harvard University Press, Cambridge, hlm 196.]

Pengaruh golongan saudagar dalam hal ini adalah kerana hasrat mereka dalam mendapatkan bahan mentah dan ingin meluaskan pasaran.[footnoteRef:52] Hubungan perdagangan yang sebenar dan memuaskan hanya terdapat di bandar-bandar shanghai, Amoy dan Ningpo.[footnoteRef:53] Manakala, di Canton dan Foochow masih memberi masalah kepada orang-orang asing. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang-orang barat kerana perjanjian yang telah dimeterai tidak ditepati oleh China. Oleh hal yang demikian, barat telah mengambil peluang untuk meneruskan perdagangan candu yang menguntungkan walaupun candu tidak termasuk dalam mana-mana perjanjian termasuklah perjanjian Nangkin. Dalam peluasan empayar barat yang hebat, keuntungan dan harapan untuk meraih keuntungan sangat penting, contohnya perdagangan rempah, getah, kapas, candu dan lain-lain[footnoteRef:54]. [52: Conrad Schirokaver, ( 2006), A Brief History Of Chinese and Japanese Civilizations United States of American: Clark Baxter, Hlm. 498. ] [53: Ibid hal. 36] [54: W. Said Edward. (1978). Culture and Imperialism. New York: vintage Books. Hal. 155]

Peningkatan perdagangan candu telah menimbulkan kebimbangan kepada pemimpin-pemimpin Cina yang menentang penggunaan candu. Hal ini dibuktikan pada tahun 1842 kira-kira 33 000 chest candu telah diimport ke negeri china dan meningkat kepada 52 929 chest pada tahun 1848. [footnoteRef:55] Kemasukan candu menjejaskan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial pula, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China yang menjadi penagih candu. Desakan China supaya British menghentikan perdagangan candu dan keengganan British mematuhi arahan China telah meruncingkan hubungan antara mereka. [55: Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Edar Snd. Bhd. Hal. 37]

Bukan itu sahaja, kegiatan perkembangan agama Kristian juga berlaku secara bebas. Para mubaligh Kristian telah datang menyebarkan agama Kristian dan bersaing dengan agama asal China malahan mereka tidak risau dalam menjalankan dakwah kerana mereka dilindungi oleh konsul disamping orang cina yang tidak mampu melawan aktiviti mereka walaupun orang cina sendiri tidak menyukainya.[footnoteRef:56] Semangat anti-Kristian oleh China amat jelas apabila wujud diskriminasi antara masyarakat China yang beragama Kristian dengan masyarakat cina yang menganut agama asal. Oleh itu, gerakan menguatkan diri membenarkan sahaja para mubaligh dan paderi menjalankan aktiviti dakwah mereka keadaan ini menyebabkan gerakan menguatkan diri menemui kegagalan kerana wujudnya diskriminasi dalam sistem pentadbiran oleh pegawai tradisonal yang anti Kristian. Hal ini juga telah menimbulkan rasa tidak senang orang-orang cina kerana dibimbing agama Kristian menjadi ancaman kepada agama nenek moyang dan kebudayaan mereka. Ada juga masyarakat china yang menganggap jika adanya agama baru akan menjejaskan kedudukannya dalam sistem feudal yang telah sekian lama diamalkan. Menurut Monterquiu, pemerintahan beraja feudal ialah hubungan yang diiktiraf dalam undang-undang perlembagaan yang menjadi hak harta benda persendirian dan keistimewaan kepada individu atau perbadanan[footnoteRef:57]. Hal ini jelas menampakkan sikap permusuhan cina terhadap barat yang akhirnya mencetuskan perang Inggeris-china yang kedua. [56: Ibid hal.37] [57: Institut terjemahan negara Malaysia Berhad. (2007). Gagasan agung, sebuah Leksikon pemikiran barat. Selangor: smat print & stationer sdn.]

5.6Rasa tidak puas hati barat

Rasa tidak puas hati barat semakin menebal. Hal ini demikian kerana pihak barat merasakan syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian Nangkin dan perjanjian-perjanjian lain masih tidak mencukupi dan tidak menguntungkan ekonomi barat. Pelabuhan-pelabuhan yang ada dirasakan tidak mencukupi oleh barat untuk menampung perdagangan yang semakin berkemban. Pada mulanya hanya penempatan antarabangsa yang dibina tetapi kemudian dengan fahaman impoerialisme, mereka cuba mendapatkan wilayah-wilayah pengaruhnya serta hak-hak istimewa mereka di negeri China. Dalam usaha menguatkan diri, maruah adalah salah satu kompenen yang tidak boleh diabaikan.[footnoteRef:58] Sikap tamak barat jelas apabila barat menginginkan negeri china dibuka lebih luas lagi kepada dunia luar dan menjadi pasaran penting untuk barat memasarkan barang-barang mereka. Namun demikian, harapan pihak Inggeris ini telah musnah kerana sikap konservatif orang-orang cina tidak menguntungkan terutama di bandar Canton dan Foochow yang kemudiannya menimbulkan rasa tidak puas hati barat.[footnoteRef:59] [58: Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Edar Snd. Bhd. Hal. 37] [59: Ibid hal. 38]

Mengikut Perjanjian Nanking, sistem monopoli cohong dalam perdagangan asing dihapuskan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1840-an dan 1850-an terdapat usaha pihak penguasa China untuk menghidupkan kembali sistem cohong di mana bekas anggota cohong diberi monopoli dalam perdagangan teh. Tindakan ini mendapat bantahan pedagang-pedagang asing terutamanya pedagang British kerana mereka menganggap kewujudan semula sistem cohong akan menjejaskan perdagangan asing, lebih-lebih lagi ramai di antara mereka terlibat dalam perdagangan teh. Hal ini juga mengakibatkan timbulnya rasa tidak puas hati barat terhadap China. Maka jelaslah, terdapat pelbagai faktor yang mengakibatkan barat sentiasa tidak puas hati dengan China yang kemudiannya telah menimbulkan peperangan antara dua pihak. Selain itu, telah timbul kejadian ganas terhadap oleh masyarakat china terhadap orang-orang asing, namun keadaan ini telah berjaya ditenangkan oleh Ki Ying yang telah menggantikan tempat Hippo dalam bulan April 1843.[footnoteRef:60] Beliau cuba melaksanakan beberapa syarat yang terkandung dalam perjanjian. Beliau juga telah mendapat kerjasama daripada masyarakat asing yang tinggal di Canton. Sebagai contoh, dalam bulan Januari 1846 beliau dengan rasminya telah membuka Canton kepada orang-orang asing. Hal ini demikian telah menimbulkan kemarahan orang-orang cina dengan mengadakan rusuhan dan mengkritik sikap ki Ying. Peristiwa ini bagaimanapun telah mempengaruhi polisinya dan beliau mula merubah polisinya. [60: Ibid hal. 38]

Pihak Inggeris kemudiannya cuba untuk bertolak ansur dengan mengadakan rundingan pada 1846 namun usaha itu hanya sia-sia kerana orang-orang cina terus menerus menunjukkan permusuhan kepada Inggeris.[footnoteRef:61] Keadaan ini menyebabkan berlakunya penyerangan tentera Inggeris di Canton pada 1847 atas arahan Jond Daviz. Sebagai tindak balas, 6 orang Inggeris telah dibunuh di Canton. KI Ying cuba untuk menyelesaikan masalah itu dengan menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang cina terlibat namun Tindakan beliau ini tela mengakibatkan beliau diarah pulang oleh maharaja ke Peking pada Mac 1848 dan dipaksa membunuh diri. Ketiadaan Ki Ying telah merumitkan lagi hubungan antara Inggeris dan China. Hsu Kuang- Ching yang menggantikan Ki Ying telah bersikap anti-asing yang kemudiannya membawa kepada tercetusnya perang Inggeris- China 2 ini. [61: Ibid 38]

5.7Penolakan hubungan diplomatik dengan barat.

Penolakan hubungan diplomatik dengan barat ini telah menjadi salah satu punca bagaimana Barat merasakan cina mula tidak serius dalam perhubungan dua negeri terutama dalam isu perdagangan. Persaingan yang tercetus antara China dan Barat boleh merosakkan hubungan perdagangan dan diplomatik antara mereka. [footnoteRef:62]Mengikut Perjanjian Nanking, China bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa barat atas dasar sama taraf.[footnoteRef:63] Syarat ini kemudiannya tidak dipersetujui oleh China kerana mereka menganggap tindakan tersebut akan menjatuhkan maruah China. Sikap kerajaan china yang bukan sahaja enggan menerima syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian malah tidak bersungguh-sungguh menggambarkan sikap dingin China terhadap usaha yang dilakukan Barat. Contohnya, pada tahun 1849, Lord Palmerstone, setiausaha Luar melalui Sir George Bonham telah mengirimkan surat ke Peking, namun surat itu tidak dilayan dan tidak ada maklum balas dari pihak Cina. Sehingga tahun 1856, tidak terdapat sebarang kuasa barat yang berjaya mewujudkan diplomatik dengan China. [62: James Kynge. (2006). Rahasia sukses ekonomi cina, kebangkitan Cina menggeser Amerika serikat sebagai Superpower Ekonomi dunia. Ujungberungan Bandung: PT. Mizan Pustaka. Hal. 264] [63: Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China Dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Edar Snd. Bhd. Hal. 38]

Bukan itu sahaja, sikap china yang menolak hubungan diplomatik antara Inggeris dengan negara mereka dapat dilihat bagi peristiwa yang berlaku pada tahun 1852 di mana kerajaan cina telah menetapkan polisinya iaitu telah menolak perwakilan-perwakilan asing di negara mereka.[footnoteRef:64] Hal ini dibuktikan apabila seorang diplomat Perancis di Macao ternanti-nanti selama 15 bulan untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai cina. [footnoteRef:65] Hingga tahun 1588 tidak ada perwakilan Inggeris yang berjaya mengadakan hubungan dengan negeri china. Pesuruhjaya Amerika, peter parker juga gagal berbuat demikian. [64: Ibid 38] [65: Ibid 38]

6.0KESAN-KESAN PERANG INGGERIS CHINA II6.1Memaksa Cina Terbuka Kepada Dunia Luar

Sejak dari dahulu lagi sehinggalah pada tahun 1492, China telah melakukan pelbagai ekspedisi pelayaran dari China ke India, Teluk Parsi, dan Afrika Timur serta hampir ke seluruh dunia. Hal ini dapat dilihat melalui kisah pelayaran Laksamana China yang hebat iaitu Cheng Ho sewaktu zaman pemerintahan Maharaja Yung Lo Ming ketiga.[footnoteRef:66] Sesungguhnya, tujuan ekspedisi tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menunjukkan kemegahan, kemajuan dan kekayaan Dinasti Ming China yang baharu. China sudah lama beranggapan bahawa mereka adalah Middle Kindom lantaran mereka tidak perlu untuk menjalinkan sebarang hubungan antarabangsa dan bergantung kepada orang lain. [66: Shirley Ye Sheng & Eric H. Shaw. (2007). Journal Of The Evil Trade That Opened China To The West. USA: Florida Atlantic University Boca Raton. Hlm 193.]

Pengenalan Great Withdrawal of 1433 telah melarang sesiapa sahaja daripada melakukan perjalanan luar dari China atau mengimport barang asing kerana mereka akan dikenakan hukuman pancung. Hal ini terbukti bahawa China telah berjaya menjalankan dasar tutup pintunya. Pemimpin China percaya bahawa mereka tidak akan mendapat sebarang manfaat daripada perdagangan asing tersebut malahan beranggapan orang asing itu sebagai orang yang tidak bertamadun atau orang gasar. China sebelum ini menjaga dasar tutup pintunya kerana tidak mahu politik mereka dipengaruhi oleh campur tangan luar kerana sejarah mereka sendiri telah menunjukkan sesebuah dinasti itu banyak kali ditumbangkan akibat ancaman luar dan ditambahkan dengan pemberontakan dalaman.[footnoteRef:67] [67: Ibid Hlm 194.]

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, kekalahan China dalam Perang Candu Pertama seterusnya Perang Candu kedua telah memaksa China untuk membuka pintu perdagangannya dengan negara luar yang sebenarnya sangat merugikan mereka. Malahan China sendiri telah terjelumus kedalam sistem separa-feudal dan negara separa kolonial.[footnoteRef:68] Pada abad ke-19, dalam keadaan yang masih lemah itu, China telah dipaksa untuk membayar pelbagai tuntutan ganti rugi dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang amat terdesak sekali. Pada ketika itu, berlaku banyak kebangkitan semangat kaum petani yang bangkit untuk memberontak seterusnya mencetus kepada berlakunya Pemberontakan Taiping dan White Lotus. Bagi masyarakat China, keunggulan mereka sebagai sebuah negara pusat dunia Middle Kindom telah musnah akibat penghapusan dasar tutup pintu ini.[footnoteRef:69] [68: Ibid Hlm 197.] [69: Ibid hlm 193.]

6.2Keruntuhan Ekonomi Masyarakat CinaSeperti yang telah dikatakan bahawa Perang Candu telah memaksa China terbuka kepada negara luar. Rentetan daripada perjanjian selepas Perang Candu, lebih daripada 15 buah pelabuhan telah dibuka kepada pedagang asing dan cukai import juga telah menurun secara mendadak daripada 65% kepada 5%. Dengan pemansuhan Gong Hang (firma perdagangan yang dikawal oleh kerajaan), sistem pembukaan pelabuhan perjanjian, nilai perdagangan sing telah melonjak dengan tinggi. Barangan kraftangan domestik sudah tidak mampu untuk menyaingi pengeluaran perindustrian massa Mass Industry yang dihasilkan untuk tujuan import. Dari masa ke masa, firma perdagangan Cina yang telah disesuaikan itu terus berkembang yang akhirnya merintis kepada perkembangan ekonomi kapitalis. Kapitalis barat telah mengubah ekonomi orang Cina dengan lebih berkembang.[footnoteRef:70] [70: Ibid Hlm 195.]

Walau bagaimanapun, tidaklah banyak kesan positif yang terhasil daripada penguasaan ekonomi oleh orang barat ini. Hal yang sebaliknya pula berlaku, selepas peristiwa Perang Candu, masyarakat Cina kian dikuasi oleh orang asing sehingga ekonomi pula kian bermasalah. Cukai kastam yang telah diturunkan nilainya kepada lima peratus telah mengancam ekonomi orang Cina seperti industri kain kapas. Hal ini demikian kerana, harga kain kapas yang dikeluarkan oleh industri asing lebih murah nilainya iaitu 1/3 berbanding harga kain kapas yang dikeluarkan oleh masyarakat Cina sendiri. Ia diburukkan lagi dengan kemasukkan syarikat-syarikat asing dan perkapalan asing ke China. Keadaan ini amat merugikan syarikat di China sehinggakan ada yang terpaksa membuang pekerja dan menutup perusahaan mereka. Sudah tentu ramai penduduknya yang kian menganggur dan kesannya sudah tentu kadar jenayahnya turut meningkat.[footnoteRef:71] [71: Suffian Mansor. (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm86]

6.3Pembukaan Sebelas Pelabuhan Menerusi Perjanjian Tientsin

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa dalam Perjanjian Nangkin, salah satu fasal yang utama adalah berkaitan Pelabuhan-Pelabuhan Perjanjian. Lima pelabuhan utama Canton, Foochow, Ningpo dan Sanghai perlu dibuka kepada pedagang luar.[footnoteRef:72] Malahan mereka sendiri perlulah dibenarkan untuk tinggal di kawasan perlabuhan terbebut bersama-sama keluarga mereka dan bebas berniaga tanpa gangguan atau sekatan.[footnoteRef:73] Kelima-lima pelabuhan ini berada di lokasi sepanjang pantai. Selain daripada lima Pelabuhan Perjanjian tersebut, dalam Perang Candu Kedua, berdasarkan Perjanjian Tientsin 1858, sebelas pelabuhan lagi telah dimasukkan kedalam senarai ini. Antara pelabuhan-pelabuhan tambahan tersebut adalah Chefoo, Chinkiang, Kiangchow, Kiucking, Newchwang, Hankow, Swatow, dan Wechow.[footnoteRef:74] [72: Ibid Hlm25.] [73: Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store. Sdn. Bhd. Hlm 19.] [74: Masawari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing. Sdn. Bhd. Hlm42]

Kebanyakkan bandar-bandar dan kota pelabuhan baharu ini terletak di kawasan pedalaman sehingga ke Manchuria. Hal ini bermakna hampir keseluruhan kawasan di China terpaksa dibuka kepada pedagang asing. Satu sistem pasport juga turut diperkenalkan yang mana orang-orang luar diberikan kebenaran untuk melawat mana-mana kawasan di dalam negeri China. Menerusi perkara tersebut juga, ada dicadangkan bahawa orang-orang luar tidak lagi perlu membawa pasport jika mereka berada berada sejauh 35 batu daripada mana-mana kawasan Pelabuhan Perjanjian. Lantaran daripada itu, orang Cina terpaksa bersetuju kepada pembebasan pelayaran di sepanjang Sungai Yang Tze sehingga ke Hankow yang sejauh kira-kira 600 batu dari muara.[footnoteRef:75] Malahan, British juga turut berjaya memiliki Kowloon, iaitu sebuah kawasan di tanah besar China yang berhadapan dengan Hong Kong. [75: Joginder Singh Jessy. Sejarah China dan Jepun.Hlm 25]

6.4Rusia Memperoleh Wilayah Maritim

Kesan daripada Perang Candu II, Perang Arrow dan termenterainya Perjanjian Peking telah menunjukkan bahawa kerajaan Mancu berada dalam keadaan yang sangat getir. Keadaan ini menyebabkan kuasa barat khususnya mengambil kesempatan dengan memberikan tekanan kepada kerajaan Mancu yang sudah tidak berupaya menghalang kehendak mereka sehingga China kehilangan bergitu banyak kawasan jajahan. Dalam hal ini, Rusia menunjukkan sifat simpatinya dan cuba untuk menyelamatkan negeri China. Sebagai tanda terima kasih atas kebaikan Rusia, pada bulan November 1860, satu perjanjian tambahan terhadap Perjanjian Peking dan Rusia telah ditementerai. Dalam pada itu, Rusia telah dihadiahkan China wilayah Timur Sungai Ussuri dan memperakui hak Rusia yang terdahulu mengikut Perjanjian Aigun 1858.[footnoteRef:76] [76: Masawari Rosdi. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm43.]

Menerusi perjanjian ini, sempadan Rusia-China telah dikehadapankan keluasannya sehingga ke Sungai Amur dan dua tahun kemudian dalam 1860, Rusia berjaya memperolehi wilayah Maritim. Hal ini menunjukkan bahawa China telah menyerahkan hampir 400 000 batu persegi daripada wilayahnya. Permintaan Rusia tersebut dipersetujui oleh Putera Kung kerana Rusia telah berjanji akan menasihati tentera British dan Perancis supaya meninggalkan ibu negeri China. Walau bagaimanapun, beberapa hari sebelum Konvensyen Peking, baru diketahui oleh Putera Kung bahawa tentera British dan Perancis sama sekali tidak mempunyai tujuan bagi menduduki China setelah perjanjian tersebut ditementerai. Namun, maklumat tersebut sudah tidak berguna kerana China telah mengikat perjanjian.[footnoteRef:77] Hal ini menunjukkan bertapa mudah Rusia mendapatkan 400 000 batu persegi wilayah China dan ianya berlaku beberapa hari sahaja sebelum berlangsung Konvensyen Peking (1860). Lord Elgin melihat bahawa kejayaan tipu muslihat Rusia membuat desakan yang lebih keras terhadap China sebagai satu peluang pula kepada British untuk menempatkan dutanya dengan lebih lama di Peking.[footnoteRef:78] [77: Joginder Singh Jessy. Sejarah China dan Jepun. Hlm 28.] [78: Ibid Hlm 29.]

6.5Perkembangan Dan Pemberontakan Agama Kristian

Dalam Perjanjian Nangkin terdalulu, para mubaligh kristian hanya dibenarkan untuk meenjalankan kerja-kerja dakwah mereka di di kawasan Perlabuhan perjanjian sahaja. Namun menerusi Perjanjian Tientsin pula, mereka telah diberikan kebenaran untuk menjalankan kegiatan mubaligh mereka ke seluruh pelusuk kawasan di negeri China.[footnoteRef:79] Jika dilihat dari dahulu lagi, gerakan anti-Kristian bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Sebelum peristiwa Perang Kapal Arrow, pembunuhan paderi Perancis membuktikan bahawa perasaan menentang gerakan kristian sudah mula mengemuncak. Namun selepas Perjanjian Tientsin dan Konvensyen Peking ditandatangani, gerakan Kristian telah mendapat hak yang lebih luas untuk bergerak dan mendirikan gereja-gereja mereka sendiri ke seluruh kawasan pedalaman China. [79: Ibid Hlm 28]

Walau bagaimanapun, gerakan ini tidak mampu untuk menarik ramai orang China menganut Kristian walaupun mereka telah banyak mendirikan sekolah, hospital, menjaga anak yatim dan membantu mangsa bencana.Perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila gerakan mubaligh Kristian ini mula mencetuskan kemarahan penduduk sehingga meletusnya pelbagai insiden. Antara insidenya telah berlaku pada 1862 di wilayah Kiangsi dan Hunan dan merebak ke Yangchou ada 1868. Banyak juga berlaku insiden di Lembvah Sungai Yang Tze apabila orang Cina memusnahkan gereja mubalig Kristian Katolik dan Protestan.[footnoteRef:80] Insiden paling buruk pula berlaku di Tientsin pada 1870 yang mana wujud kecurigaan orang Cina bahawa pusat jagaan kanak-kanak yang dibuat oleh mubaligh sebenarnya adalah satu kerja penculikan yang tersembunyi dan terancang. Akibatnya ramai masyarakat Cina yang membuat bantahan di Gereja Norte Dame des Victories dan Konsul Perancis. Akibatnya ramai orang barat yang menjadi mangsa terutamanya orang Perancis. [80: Suffian Mansor. Sejarah China Moden. Hlm 67.]

6.7Mencetuskan Pemberontakan Taiping

Selepas beberapa tahun tamatnya Perang Candu, hubungan antara China dengan Barat berada dalam keadaan yang semakin getir sehinggalah mencetuskan pula kepada Pemberontakan Taiping yang dikatakan sebagai pemberontakan terbesar dalam sejarah China. Sebelum berlakunya pemberontakan ini, telah berlaku pemberontakan kecil menentang pemerintahan Mancu. Keberanian mereka menentang satu kuasa pemerintahan yang besar ini lahir disebabkan mereka percaya bahawa pemerintahan Kerajaan Mancu akan mengalamai keruntuhan akibat daripada kekalahan dalam Perang Inggeris-China.[footnoteRef:81] [81: Masawari Rosdi. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Hlm46.]

Jika dilihat pada kepercayaan masyarakat Cina sendiri, mereka percaya bahawa peperangan dan bencana alam yang berlaku itu menunjukkan bahawa Maharaja itu sudah hilang mandat dalam pemerintahan. Oleh sebab itu, pemerintah perlu digulingkan dan diganti dengan pemerintaah baharu melalui pemberontakan. Kerajaan Mancu tidak berupaya untuk mengawal keadaaan dalam negeri yang berpunca daripada kegiatan-kegiatan kongsi gelap, rompakan dan gerakan anti-Mancu. Pemberontakan kecil telah banyak kali berlaku di wilayah Kwangsi, Shansi, Kweichow, Hopeh, dan Taiwan namun ianya tidak menjejaskan pemerintahan Mancu. Pemberontakan Taiping ini sebenarnya menjadi titik kepada lahirnya tokoh nasionalis seperti Dr. Sun Yat-Sen, Hsio I Shan dan ramai lagi.

Terdapat pelbagai sebab yang membawa kepada berlakunya Pemberontakan Taiping ini seperti gerakan anti-Mancu. Walaupun orang Mancu sudah menerima cara hidup orang Cina namun, orang Cina masih enggan menerima orang Mancu sebagai orang Cina apatah lagi sebagai pemerintah. Orang Mancu dianggap sebagai pendatang. Orang Cina mahu menggulingkan Kerajaan Mancu dan mengembalikan semula kegemilangan pemerintahan Dinasti Ming.[footnoteRef:82] Selain itu, Pemberontakan Taiping juga tercetus akibat kelemahan pentadbiran Mancu. Pentadbiran Mancu sentiasa curiga dan membuat kawalan terhadap pegawai-pegawai Cina selain berlaku juga penyelewengan yang dilakukan oleh pihak atasan dan bawahan. [82: Ibid Hlm 48.]

Tambahan pula, kelemahan tentera Mancu dapat dilihat dengan merosotnya nilai moral dan kekuatan tentera Mancu iaitu sebelum tercetusnya Perang Candu lagi. Peristiwa utama yang membuktikan kelemahan tentera Mancu adalah sewaktu Perang Candu I dan Perang Candu II. Keadaan ini pula diburukkan dengan perjanjian-perjanjian yang memaksa China membayar ganti rugi yang sangat banyak dan diketahui sebagai perjanjian berat sebelahan. Lebih malang apabila kebanyakkan kawasan China telah diserahkan kepada negara barat seperti Rusia, Britain, dan Perancis. Hasil daripada perang Candu inilah yang menjadi klimaks kepada semangat orang Cina untuk melakukan Pemberontakan Taiping 1850-1864.

7.0KESIMPULAN

Kesimpulannya, dasar tutup pintu yang diamalkan oleh negara China akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri. Pada awal abad ke-19, China mula menjalankan dasar tutup pintu dan perdagangan hanya melalui Co-hong di pelabuhan Canton menimbulkan kemarahan British.[footnoteRef:83] Akibat dasar tutup pintu yang diamalkan, China telah diceroboh oleh kuasa asing iaitu British yang sudah lama tidak puas hati terhadap China. British berpuas hati terhadap pencerobohan yang berjaya dilakukan olehnya kepada China. British mendapat keuntungan besar daripada pencerobohan yang berlaku yang membawa kepada perkembangan negara ini mengatasi China yang pada mulanya menjadi negara Middle Kingdom. Akibat kekalahan China terhadap British, China terpaksa menandatangani pelbagai perjanjian yang berat sebelah dan merugikan negaranya. Selain perjanjian Nanking, China terpaksa membuat perjanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian Bogue, Perjanjian Whampoa (Amerika Syarikat) dan Perjanjian Wang Hsia (Perancis) yang menghilangkan keagungannya selama ini. China hanya boleh tunduk dan mengikut keinginan kuasa asing dan akhirnya mengakhiri zaman kegemilangannya sebagai Middle Kingdom. [83: Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.193]

LampiranPertarungan di Guangzhou (Canton) semasa Perang Candu Kedua:

Askar Qing Menentang Askar Perancis semasa Perang Candu Kedua:

Bibliografi

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd. Dali, Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aron Patrick. (2008). The Reinstatement of the Middle Kingdom (Paperback).Lulu.com.

Bai Shouyi. (2002). An Outline History Of China. Foreign Languages Press.

Claude. A. Buss. (1955). The Far East. The Macmillan Company: Canada.

Conrad Schirokaver, ( 2006), A Brief History Of Chinese and Japanese Civilizations United States of American: Clark Baxter.

Fareed Zakaria. (2011). Dunia Pasca-Amerika. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd

Francis Fukuyama. (2006). Penamat Sejarah dan Manusia Terakhir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

G. Melancon. (2004). Britishs China Policy And The Pium Crisis. Cambridge: Cambridge University Press.

Gilbert Khoo & Dorothy Lo. (1978). Asia Dalam Perubahan. Heinemann Educational Books: Kuala Lumpur.

Institut terjemahan negara Malaysia Berhad. (2007). Gagasan agung, sebuah Leksikon pemikiran barat. Selangor: smart print & stationer Sdn.

James Kynge. (2006). Rahasia sukses ekonomi cina, kebangkitan Cina menggeser Amerika serikat sebagai Superpower Ekonomi dunia. Ujungberungan Bandung: PT. Mizan Pustaka.

Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store. Sdn. Bhd.

John F.Cady.(1967).The Roots of French Imperialism in Easstern Asia. New York: Cornell University Press

John King Fairbank and Merle Goldman.(1998).China a New History, England: Harvard University Press, Cambridge.

Masawari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing. Sdn. Bhd.

Maswari Rosdi, B. A. Hons (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd.

Nana Supriatna (2006). Sejarah. Bandong : Grafindo Media Pratama.

R.S Chaurasia. (2004). History of Modern China.Atlantic Publishers & Dist.

Rev. Justus Doolittle. (1895). Social Life of the Chinese. New York: Harper & Brothers.

Samuel Wells Williams (1851). The Middle Kingdom, Volume II, Part 2. New York : Simon Publications.

Shirley Ye Sheng & Eric H. Shaw. (2007). Journal Of The Evil Trade That Opened China To The West. USA: Florida Atlantic University Boca Raton.

Ssu-Yu Teng & John K. Fairbank. (1961). Chinas Response To Thewest :A Documentary Survey 1939-1923. Cambridge MA : Hardvard University Press.

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.The Bavarian State Library .1857. The annual register: world events ..., Volume 98. ProQuestrel. hlm.

W. Said Edward. (1978). Culture and Imperialism. New York: vintage Books.

Wang Gangwu.(2003). Anglo-Chinese Encounters Since 1800: War,Trade,Science And Governance. Cambridge: Cambridge University Press.

24