7- penutup

1
5.0 PENUTUP Program Bina Insan Guru Fasa 4 2015 telah tamat pada 10 September 2015. Semua aktiviti dalam program ini boleh dikatakan dijalankan dengan lancar. Walaupun semua peserta berasa sangat letih terutamanya semasa membuat persediaan kerana masa yang dibagi kepada kami untuk merancang suntuk, namun kami berasa sangat bangga apabila dapat menjalankan semua aktiviti dengan lancar. Bagi saya, program ini adalah satu program yang sangat baik terutamanya untuk bakal guru. Kami telah menimba pengalaman yang baru dan pengalaman inilah yang akan menolong kami pada masa hadapan dan secara tidak langsung telah membina dan membentuk modal insan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana melalui Latihan dalam Kumpulan, saya telah lebih memahami diri dengan lebih mendalam. Selain itu, kembara sosial juga telah meningkatkan kemahiran sosial saya dengan kaum lain serta lebih memahami budaya Melayu-Siam. Ceramah Motivasi juga telah menambah ilmu pengetahuan yang banyak mengenai rasuah, hadiah, 4 kompetensi dan sebagainya. Saya mengakui bahawa kami telah menghadapi pelbagai cabaran untuk mengadakan aktiviti-aktiviti ini. Adakalanya saya berasa hampir putus asa. Walau bagaimanapun, apabila saya memikirkan impian pada masa hadapan, saya akan menguatkan dan meninggikan semangat untuk terus berusaha. 16

Upload: jane-ho

Post on 04-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penutup BIG

TRANSCRIPT

Page 1: 7- Penutup

5.0 PENUTUP

Program Bina Insan Guru Fasa 4 2015 telah tamat pada 10 September 2015.

Semua aktiviti dalam program ini boleh dikatakan dijalankan dengan lancar. Walaupun

semua peserta berasa sangat letih terutamanya semasa membuat persediaan kerana

masa yang dibagi kepada kami untuk merancang suntuk, namun kami berasa sangat

bangga apabila dapat menjalankan semua aktiviti dengan lancar.

Bagi saya, program ini adalah satu program yang sangat baik terutamanya untuk

bakal guru. Kami telah menimba pengalaman yang baru dan pengalaman inilah yang

akan menolong kami pada masa hadapan dan secara tidak langsung telah membina

dan membentuk modal insan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana melalui Latihan

dalam Kumpulan, saya telah lebih memahami diri dengan lebih mendalam. Selain itu,

kembara sosial juga telah meningkatkan kemahiran sosial saya dengan kaum lain serta

lebih memahami budaya Melayu-Siam. Ceramah Motivasi juga telah menambah ilmu

pengetahuan yang banyak mengenai rasuah, hadiah, 4 kompetensi dan sebagainya.

Saya mengakui bahawa kami telah menghadapi pelbagai cabaran untuk

mengadakan aktiviti-aktiviti ini. Adakalanya saya berasa hampir putus asa. Walau

bagaimanapun, apabila saya memikirkan impian pada masa hadapan, saya akan

menguatkan dan meninggikan semangat untuk terus berusaha.

16