6kuku

5
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 6.1 Ujian Pra dan Pasca Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan yang melibatkan konsep waktu dalam jam dan minit. Ujian Pra dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap pencapaian subjek-subjek kajian sebelum mereka menerima rawatan tentang konsep menyatakan waktu dalam jam dan minit menggunakan Kit Jam Asas 5 . Semasa Ujian Pra dijalankan, murid menulis jawapan pada kertas soalan yang telah diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tempoh menjawab Ujian Pra adalah selama 15 minit. Arahan yang jelas diberikan kepada murid sebelum ujian dilaksanakan Ujian Pasca diberikan selepas lima kali sesi rawatan diberikan kepada subjek kajian. Seperti Ujian Pra, Ujian Pasca juga mengandungi 10 soalan berkaitan konsep waktu dalam jam dan minit, di mana soalan Ujian Pasca adalah setara dengan Ujian Pra. Langkah-langkah pelaksanaan bagi Ujian Pasca adalah sama seperti Ujian Pra. Tujuan Ujian Pasca dilaksanakan adalah untuk menguji tahap pemahaman murid dalam menyatakan waktu dalam jam dan minit selepas semua sesi rawatan dijalankan. Perbandigan anatara Ujian Pra dan Pasca menunjukkan sama ada sesi rawatan yang

Upload: abdul-hakim

Post on 31-Aug-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nakanak

TRANSCRIPT

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

6.1Ujian Pra dan PascaUjian Pra terdiri daripada 10 soalan yang melibatkan konsep waktu dalam jam dan minit. Ujian Pra dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap pencapaian subjek-subjek kajian sebelum mereka menerima rawatan tentang konsep menyatakan waktu dalam jam dan minit menggunakan Kit Jam Asas 5.Semasa Ujian Pra dijalankan, murid menulis jawapan pada kertas soalan yang telah diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tempoh menjawab Ujian Pra adalah selama 15 minit. Arahan yang jelas diberikan kepada murid sebelum ujian dilaksanakanUjian Pasca diberikan selepas lima kali sesi rawatan diberikan kepada subjek kajian. Seperti Ujian Pra, Ujian Pasca juga mengandungi 10 soalan berkaitan konsep waktu dalam jam dan minit, di mana soalan Ujian Pasca adalah setara dengan Ujian Pra. Langkah-langkah pelaksanaan bagi Ujian Pasca adalah sama seperti Ujian Pra.Tujuan Ujian Pasca dilaksanakan adalah untuk menguji tahap pemahaman murid dalam menyatakan waktu dalam jam dan minit selepas semua sesi rawatan dijalankan. Perbandigan anatara Ujian Pra dan Pasca menunjukkan sama ada sesi rawatan yang menggunakan Kit Jam Asas 5 dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam menyatakan waktu dalam jam dan minit.

6.2 Rekod Kemajuan Rekod kemajuan subjek kajian direkodkan selepas proses rawatan menggunakan bahan bantu mengajar Kit Jam Asas 5 dilaksanakan. Rekod ini merupakan catatan tentang tahap pencapaian subjek kajian daripada satu peringkat ke peringkat seterusnya.Setiap subjek kajian akan menjawap lembaran kerja yang diberikan selepas sesi rawatan diberikan sama ada menggunakan Kit Jam Asas 5 ataupun tidak. Cara pelaksanaan menjawab lembaran kerja adalah lebih kurang sama dengan cara pelaksanaan Ujian Pra dan Pasca, yang membezakannya adalah lembaran kerja hanya mempunyai 5 soalan dan perlu di jawap dalam tempoh masa 7 minit sama ada sahaja berbanding Ujian Pra dan Ujian Pasca yang mempunyai 10 soalan dan perlu dijawap dalam masa 15 minit.Terdapat lima sesi rawatan yang dijalankan dan markah lembaran kerja bagi setiap rawatan akan dibandingkan bagi mengenalpasti peningkatan pencapaian subjek kajian dari sesi rawatan pertama hingga sesi rawatan ke-5.

6.3Borang PemerhatianSemasa sesi rawatan, pemerhatian dibuat pada subjek kajian dan catatan ditulis pada pada borang pemerhatian. Pemerhatian dijalankan secara separa struktur dengan mengfokuskan pada amalan dan tindak balas subjek kajian terhadap penggunaan bahan bantu mengajar Kit Jam Asas 5 dalam penguasaan konsep menyatakan waktu dalam jam dan minit. Antara aspek yang diperhatikan ialah :a) Perasan subjek kajian sewaktu menjawap soalan lembaran kerja menggunakan Kit Jam Asas 5.b) Cara penggunaan Kit Jam Asas 5 yang betul oleh subjek kajian.c) Interaksi murid sewaktu menggunakan Kit Jam Asas 5d) Kepantasan dan ketepatan murid semasa memberikan jawapan yang betul dan dalam masa yang ditetapkan.

6.4Temu BualSubjek kajian akan ditemu bual bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar, Kit Jam Asas 5. Temu bual berstruktur dijalankan kepada subjek kajian bagi mengetahui pengalaman dan perasan mereka semasa menggunakan bahan bantu mengajar Kit Jam Asas 5 dalam menyelesaikan masalah menyatakan waktu dalam jam dan minit. Temu bual direkodkan dalam bentuk rakaman video dan kemudian rakaman video tersebut dianalisis dalam bentuk transkrip.