6kraftangan

Upload: bingping1976

Post on 08-Mar-2016

264 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

club activity

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN KOKURIKULUM

LATAR BELAKANG1.Kraftangan sangat berkait rapat dengan kehidupan harian murid terutama apabila adanya upacara perkahwinan. Kraftangan juga merupakan satu bentuk warisan budaya bangsa.2.Setiap murid mempunyai potensi diri dan kreativiti masing-masing. Melalui Kelab Kraftangan, muriddapat menyalurkan bakat mereka dalam bidang seni tersebut.3.Menggalakkan penglibatan murid pelbagai kaum untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi serta menerapkan ciri-ciri keperibadian kebangsaan RASIONALMenyedari hakikat bahawa kraftangan itu tidak statik, maka kemudahan dan galakan seharusnya diberikan kepada murid-murid yang ingin mengasah daya kreativiti mereka dalam mana-mana bidang kraftangan.MATLAMAT1. Murid mendapat pengetahuan berkaitan bidang kraftangan.2. Dapat mengekalkan kesenian kraftangan.

3. Dapat melahirkan dan menyerlahkan kreativiti murid.

OBJEKTIF

1.Memberi pengetahuan tentang anyaman asas dan kegunaanya seperti anyaman ketupat dan anyaman tikar.2. Murid tahu menggubah bahan-bahan tertentu seperti gubahan bunga telur, gubahan kain, gubahan napkin (untuk meja makan) dan origami.3. Murid dapat menghasilkan bahan baru daripada bahan-bahan buangan / terbuang (tin / plastik)

4. Murid mendapat kemahiran asas jahitan dan yang berkaitan dengannya seperti seni tampalan, jahitan hiasan dan seni sulaman.

5. Menarik minat murid dalam seni hias seperti lukisan batik dan karangan manik.

KURIKULUM1.Anyaman ( tikar / ketupat )2. Gubahan ( bunga telur / kain napkin / origami )

3. Bahan Terbuang ( tin / plastic )

4. Seni Jahitan ( tampalan / jahitan hiasan / sulaman )

5. Seni Hias ( batik / manik / kolaj )

PERUNTUKAN AKTA/SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1984 Garis panduan mengenai aktiviti-aktiviti kebudayaan di sekolah-sekolah2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Penubuhan jawatankuasa Bimbingan Pelajar sekolah.3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 Rekod kedatangan dan laporan serah kerja kokurikulum pelajar

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2000 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta kegiatan kokurikulum dan sukan di dalam dan luar kawasan sekolah.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 Program dan Aktiviti Sekolah Yang melibatkan Dasar dan/ atau Pungutan Wang.7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 Lawatan sekolah Pada Hari Persekolahan

PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI KELAB KRAFTANGANPERJUMPAAN

TAJUKISI KANDUNGANPELAKSANAANCATATAN

1Mesyuarat Agung-Memberi pengalaman kepada murid-murid tentang prosedur mesyuarat agung.

- Surat pelantikan rasmi

- Pelantikan ahli jawatankuasa

- Pengagihan portfolio

- Perbincangan aktiviti sepanjang tahun

- Penetapan yuran tahunan

Guru penasihat

2Tugasan Rutin- Mempamerkan carta

organisasi

- Menyenaraikan

agihan tugas jawatan

kuasa

- Membersihkan bilik kraftangan

- Menyusun atur peralatan

- Mengemas kini papan kenyataanSupaya bilik menarik

3Jenis-jenis Kraftangan-Anyaman mengkuang / anyaman ketupat

- Bunga telur

- Gubahan kain dan napkin

-Bahan baru daripada bahan buangan

-Seni jahitan seperti jahitan hiasan, dan sulaman.

-Seni batik dan seni manik dan kolaj

- Memperkenalkan jenis-jenis seni

kraftangan berpandukan media

cetak dan media elektronik

4Anyaman Asas- Teknik anyaman- Anyaman kelarai menggunakan kertas warna.

- Anyaman ketupat dari bahan daun kelapa / riben

5Gubahan Bunga Telur- Teknik gubahan bunga telur- Penerangan berpandukan media

cetak / media elektronik

- Demontrasi :Guru menggunakan khidmat tenaga mahir dalam seni gubahan bunga telur.

6Membuat Bekas Letak Pensil- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing dengan membuat bekas letak pensilGuru tunjuk cara membina bekas pensil dengan menggunakan bahan terbuang.

1. Gunting keratan majalah / pembalut gula-gula

2. Sapukan gam pada tin aluminium.

3. Lekatkan keratan-keratan sehingga meliputi tin tersebut.

4. Hias dengan butang-butang / tali dan lain-lain.

- Murid melakukan aktiviti secara individu / kumpulan.- Bahan-bahan terbuang

- Majalah lama / tin aluminium /

pembalut gula-gula / butang / tali

7Seni Jahitan Hiasan- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing - Guru tunjuk cara seni jahitan hiasan (Contoh jahit silang pangkah, mata ikan, insang pari dll).

- Murid melakukan aktiviti secara individu.

-kain / benang berwarna-warni / jarum

8Seni Lipatan Napkin- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing - Guru tunjuk cara seni lipatan napkin.

- Murid melakukan aktiviti secara individu

-Napkin

9Seni Mencanting Batik- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing - Guru tunjuk cara seni mencanting batik.

- Murid melakukan aktiviti secara individu / kumpulan -canting /

Damar /

kain suji/

pewarna kain

10Seni Origami- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing - Guru tunjuk cara seni origami.

- Murid melakukan aktiviti secara individu

Kertas

11Seni Manik- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing- Guru tunjuk cara seni manik

- Murid melakukan aktiviti secara individu

Manik / tali tangsi

12ke Pusat-pusat

Kraftangan

Negeri- Murid mendapat pengalaman- Menyediakan kertas cadangan

- Membuat permohonan lawatan.

- Menyediakan pengangkutan

- Lawatan.

13Jualan Amal Kraftangan- Memupuk semangat menderma dan membuat amal.- Menyediakan kertas cadangan

- Membuat permohonan.

- Menyediakan bahan jualan

- Jualan amal semasa hari kemuncak

sekolah -Hari kokurikulum/ Hari anugerah kecemerlang-an/dll

14Seni Sulaman- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing - Guru tunjuk cara seni sulaman.

- Murid melakukan aktiviti secara individu.Kain / benang berwarna-warni / jarum

15Seni Anyaman Ketupat- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing - Guru tunjuk cara menganyam ketupat .

- Murid melakukan aktiviti secara individu.Daun kelapa / riben

16Seni Tampalan- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing- Guru tunjuk cara menggunting dan

menampal serta menjahit tampalan .

- Murid melakukan aktiviti secara individu.

Kain perca / gunting / benang / jarum / kain

17Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang- Murid mempamerkan kreativiti masing-masing- Menyediakan kertas cadangan

- Membuat permohonan.

- Menyediakan tempat.

- Pertandingan / pameran

-Bahan terbuang

-Hadiah

pemenang

18Folio Seni Kraftangan Tradisional dan Moden- Pelbagai maklumat tentang kraftangan sama ada tradisional, moden atau

antarabangsa.- Mencari bahan dari pelbagai

Medium (internet / surat khabar / majalah dll).

- Menggunting dan menampal untuk menghasilkan folio

- Mempamerkan folio dalam Bilik Seni-3 folio terbaik akan diberi hadiah insentif

19

Minggu Seni Kraftangan- Semua jenis kraftangan yang telah dipelajari- Menyediakan kertas cadangan

- Membuat permohonan.

- Menyediakan tempat.

- Pameran / pertandingan.

DISEDIAKAN OLEH:1.EN. MOHD ISHAM BIN EMBONG

SMK LABUAN, WP LABUAN2.PN. NOOR HAYATI BT ARSHAD

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)3.EN. MOHD GHAZALI BIN AB TALIB

SMK SEREMBAN 2, SEREMBAN4.CIK ROHANIZAH BINTI ABDUL RAHIM

SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTANPAGE 46