67878704-rejam-lembing

Upload: ramziah-bongsu

Post on 03-Apr-2018

352 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    1/8

    Pengenalan

    Mengikut catatan acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam

    sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan

    Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di

    dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita

    Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan

    sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata

    dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik

    Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan

    dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah

    atau sekolah.

    Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan

    mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan

    ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet

    acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

    ALATAN KELENGKAPAN

    1. Kasut

    Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai enam paku

    di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk

    acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam

    keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    2/8

    2. Gelanggang

    Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini.Ia hendaklah bebas

    daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton

    atau orang ramai. Padang bola atau stadium terbuka sesuai digunakan sebagai

    gelanggang.Kawasan ini hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut.

    1. Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 dan berjarak 8m dari

    penanda arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak dihadkan, asalkan

    bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta-peserta.

    2. Penanda arc yang merupakan sempadan antara kawasan larian dengan

    kawasan rejaman, dan tidak boleh dipijak oleh peserta.

    3. Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar.

    3. Lembing

    Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman.Lembing

    yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran.Bahagian-

    bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan bahagian hujung atau ekor yang

    tajam.Bahagian kepala diperbuat daripada besi yang berukuran 25-33cm. Bahagian grip

    berukuran antara 15-16cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah

    umur 18 tahun.Pada bahagian inilah letaknya pusat graviti lembing.Berat minimun lembing

    untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah 18 tahun ialah 600g.

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    3/8

    4. Pita pengukur

    Pemenang ditentukan menerusi ukuran, oleh itu alat pengukur amatlah diperlukan iaitu pita

    pengukur.Setiap rejaman hendaklah diukur kecuali rejaman yang dibatalkan.Pada masa kini

    alat pengukur elektronik banyak digunakan terutama semasa kejohanan

    antarabangsa.Contohnya Sukan SEA dan Sukan Asia. Pengukuran dengan cara ini lebih

    cepat dan tepat.

    .

    5. Pakaian

    Setiap peserta yang mengambil bahagian dalam a in hendaklah mematuhi etika tentang

    pakaian. Pakaian hendaklah sesuai dengan acara yang dipertandingkan. Kasut yang sesuai,

    iaitu spikes adalah diperlukan. Jika menggunakan kasut getah, peserta hendaklah

    memastikan kasut itu berada dalam keadaan baik.Pastikan bahagian tapak sesuai dan

    memberikan keselesaan kepada pemakai.

    6. Garisan

    Garisan atau penanda merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan

    rejaman atau pendaratan lembing.Garisan arc dibentuk pada bahagian hadapan kawasan

    larian.Garisan ini sebagai pemisah antara pergerakan larian dan rejaman peserta dalam

    acara ini.Peserta boleh memijakkan kaki ke dalam kawasan arc tetapi tidak bolehmenyentuhnya dengan kaki atau tangan.Jika perkara ini berlaku, maka rejaman yang bakal

    dilakukan oleh peserta dikira batal.

    FASA MEMBUAT REJAMAN

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    4/8

    Memegang Lembing

    Sebelum mempelajari cara merejam lembing, seseorang perejam lembing hendaklah

    terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat

    penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta.

    Umumnya, terdapat tiga cara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih

    hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada mereka yang baru

    menceburkan diri.

    1. Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-kadang

    disebut cara ladam kuda.

    2. Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari

    kelengkeng.

    3. Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari

    lain.

    Peringkat-peringkat Merejam Lembing

    Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat

    transisi, peringkat berlari, peringkat mengundurkan diri dan peringkat. Melepas

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    5/8

    Peringkat Transisi

    a. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.

    b. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.

    c. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.

    d. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan tumit

    kanan serta membawa berat badan ke belakang.

    Peringkat Berlari

    a. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang

    disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing.

    b. Lembing diletakkan pada bahu, dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah

    membengkok ke hadapan.

    c. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 12 langkah pada kelajuan

    sederhana atau perlahan.

    Peringkat Berundur

    a. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing

    mendarat.

    b. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang daripadapenanda arc, Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi pananda arc.

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    6/8

    c. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.

    Peringkat Melepas

    a. Peserta membuka langkah seluas mungkin.

    b. Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan

    berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat.

    c. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetpi jangan menyentuh

    atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat

    menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.

    d. Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan

    memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.

    Undang-undang Dan Peraturan

    a. Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam, lembing

    haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan lembing di atas bahu

    bergantung pada keselesaan peserta.

    b. Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan

    orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikankepada setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan

    mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman lagi.

    c. Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang ditetapkan

    dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan yang diberikan.

    Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar

    kepala lembing menyentuh tanah dahulu.

    d. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum

    mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah keluar dari

    bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke hadapan dan

    terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan sempurna.

    e. Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan syarat

    dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dan rejamannya sempurna. Jika

    terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang sama, mereka akan

    diberikan peluang membuat rejaman penentuan, dan sebarang jarak yang melebihi

    peserta lain dikira pemenang.

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    7/8

    f. Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini. Pengadil 1

    memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak. Pengadil 2

    memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak. Pengadil 3 dan 4

    akan mengenal pasti pendaratan lembing.

    g. Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing

    mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam pertandingan

    antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.

    KESALAHAN YANG BIASA DALAM REJAMAN LEMBING

    a. Kedudukan lembing jauh dari telinga, ini akan mempengaruhi daya yang

    dikenakan oleh bahu kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya pada lembing.

    b. Terlalu menumpukan perhatian pada larian landas sehingga koordinasi badanuntuk melakukan rejaman tidak diperolehi.

    c. Tidak menanamkan tumit dengan kukuh dan baik dan ini menyebabkan tiada

    daya tindakbalas antara tumit dan bumi.

    d. Kedudukan torso terlalu menegak hinga menyebabkan tapak rejaman terlalu kecil

    untuk mewujudkan kelajuan perejam.

    e. Kedudukan torso terlalu jauh kebelakang dan kaki terlalu luas dikangkangkan, ini

    menyebabkan halaju pusat graviti berkurangan dan bahagian pinggang tidak

    melintasi melebihi kaki hadapan maka ini akan mempengaruhi jarak dan kelajuan

    lembing

  • 7/29/2019 67878704-rejam-lembing

    8/8

    f. Tidak dapat mengawal badan semasa membuat rejaman kerana larian landas

    yang terlalu laju.

    g. Tidak ada pergerakan yang menyentap ( flik ) yand dapat memberi kesan

    giroskopik kepada rejaman.

    h. Tidak mengikut lajak selepas melakukan rejaman ( hayunan badan dan kaki )

    LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

    a. Saiz kumpulan jangan terlalu ramai untuk memudahkan kawalan.

    b. Lembing hendaklah dibawa dengan cara menegak dengan kedudukan muncung ke

    bawah.

    c. Elakkan diri daripada berlari semasa membawa lembing kecuali ketika membuat

    rejaman.

    d. Semua perejam hendaklah berdiri dibelakang garisan yang telah disediakan dan

    bergerak ke hadapan apabila mendapat arahan daripada guru.

    e. Jurulatih mesti memastikan tidak ada seorang pun berada dalam kawasan

    pendaratan dan sekitarnya.