14 - universiti sains malaysiaeprints.usm.my/40091/1/usm_news_portal_-_ramadhan... · 2018. 4....

3
4/17/2018 USM News Portal - RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5010-ramadhan-membentuk-peribadi-cemerlang 1/3 BERTAM, 14 Jun 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2017 bersempena bulan Ramadan 1438H bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga IPPT dan pengurusan tertinggi universiti. Majlis tahun ini yang bertemakan “Ramadhan Membentuk Peribadi Cemerlang” diadakan di Kompleks Penyelidikan Klinikal di sini semalam dihadiri lebih 300 tetamu terdiri daripada warga kerja IPPT bersama ahli keluarga serta pegawai utama universiti termasuk Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail. Menurut Asma, program seperti ini merupakan satu aspek tambah nilai bagi universiti kerana ianya bukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim sesama warga kerja, malah kesempatan ini turut memberi peluang kepada universiti untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutamanya anak-anak yatim serta insan yang kurang bernasib baik. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG 14 JUN

Upload: others

Post on 10-Apr-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/40091/1/USM_News_Portal_-_RAMADHAN... · 2018. 4. 17. · IPPT juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadan ini

4/17/2018 USM News Portal - RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5010-ramadhan-membentuk-peribadi-cemerlang 1/3

BERTAM, 14 Jun 2017 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia(USM) sekali lagi menganjurkan Majlis Iftar Perdana 2017 bersempena bulan Ramadan 1438Hbertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara warga IPPT dan pengurusan tertinggi universiti.

Majlis tahun ini yang bertemakan “Ramadhan Membentuk Peribadi Cemerlang” diadakan di KompleksPenyelidikan Klinikal di sini semalam dihadiri lebih 300 tetamu terdiri daripada warga kerja IPPTbersama ahli keluarga serta pegawai utama universiti termasuk Naib Canselor USM, Profesor DatukDr. Asma Ismail.

Menurut Asma, program seperti ini merupakan satu aspek tambah nilai bagi universiti kerana ianyabukan sahaja dapat merapatkan silaturrahim sesama warga kerja, malah kesempatan ini turut memberipeluang kepada universiti untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutamanya anak-anakyatim serta insan yang kurang bernasib baik.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG14JUN

Page 2: 14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/40091/1/USM_News_Portal_-_RAMADHAN... · 2018. 4. 17. · IPPT juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadan ini

4/17/2018 USM News Portal - RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5010-ramadhan-membentuk-peribadi-cemerlang 2/3

“Saya berharap sumbangan kita kepada masyarakat tidak terhenti di sini sahaja dan saya inginmenyeru warga IPPT supaya teruskanlah berbakti dengan memberikan perkhidmatan kesihatan danrawatan yang terbaik kepada semua ahli masyarakat. Semoga dengan cara ini masyarakat setempatakan lebih mengenali kita dan yang paling penting masyarakat terkesan dengan kehadiran IPPT diBertam ini,” tambahnya lagi.

Pada majlis tersebut, IPPT telah menghulurkan sumbangan duit raya serta hamper makanan kepada50 orang anak yatim dan asnaf yang terdiri daripada penduduk sekitar Bertam. Sumbangan inidisampaikan oleh Naib Canselor.

Menerusi sumbangan yang diberikan, sekurang-kurangnya dapat memberikan keceriaan kepadamereka untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

IPPT juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadan ini di bawah payungProgram Ihya Ramadhan. Antaranya adalah Program Ziarah Amal Ramadhan, Program Bicara Ilmu,Majlis Ilmu “Fikrah Ramadhan” dan “Pesona Muslimah” serta aktiviti gotong royong bagi penyediaanjuadah berbuka.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr.Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, ProfesorDr. Abdul Rahman Mohamed; Pendaftar USM, Profesor Dato' Dr. Abd. Aziz Tajuddin; PengarahKampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria; Pengarah IPPT Dr. Norehan Mokhtar danPengarah Pusat Islam USM Profesor Madya Dr. Sofri Yahya.

Teks: Mohd Faisal Jamaludin

Page 3: 14 - Universiti Sains Malaysiaeprints.usm.my/40091/1/USM_News_Portal_-_RAMADHAN... · 2018. 4. 17. · IPPT juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti bersempena bulan Ramadan ini

4/17/2018 USM News Portal - RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI CEMERLANG

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5010-ramadhan-membentuk-peribadi-cemerlang 3/3

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015