6.3

5
6.3 : UJIAN KECERGASAN Di Malaysia, kemajuan teknologi dalam sukan dan kecergasan ini masih di peringkat awal dan belum berkembang maju. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas, pihak Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia telah mewujudkan satu program khas untuk menguji tahap kecergasan individu iaitu Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Program ini direka khas untuk mengukur tahap kecergasan individu mengikut komponen- komponen kecergasan tertentu. Program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini dilihat sebagai satu usaha untuk membantu para guru mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah, mengumpul data-data serta melihat kemajuan dan perkembangan kecergasan mereka. Terdapat 7 stesen kecergasan iaitu : i. Jangkauan Melunjur (Sit and Reach) ii. Tekan Tubi (Push up) iii. Bangkit Tubi (Sit up) iv. Naik turun bangku (Step up) v. Lari Ulang Alik 10M (Shuttle run) vi. Lari 2.4 KM vii. Lompat Jauh (Long jump) UKJK dijalankan sebanyak 2 kali sebagai ujian pra dan ujian pasca. Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca dijalankan pada waktu pagi untuk mengurangkan kesan pembolehubah yang mungkin berlaku. Peserta kajian dikehendaki menjalani aktiviti memanaskan badan selama lima belas minit sebelum ujian dan menjalani aktiviti menyejukkan badan selepas ujian. 6.3.1 : Pra Ujian dan Pasca Ujian

Upload: syafiyah-aliyah

Post on 12-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

de

TRANSCRIPT

6.3 : UJIAN KECERGASAN Di Malaysia, kemajuan teknologi dalam sukan dan kecergasan ini masih di peringkat awal dan belum berkembang maju. Bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan cergas, pihak Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia telah mewujudkan satu program khas untuk menguji tahap kecergasan individu iaitu Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Program ini direka khas untuk mengukur tahap kecergasan individu mengikut komponen-komponen kecergasan tertentu. Program Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) ini dilihat sebagai satu usaha untuk membantu para guru mengukur tahap kecergasan pelajar sekolah, mengumpul data-data serta melihat kemajuan dan perkembangan kecergasan mereka. Terdapat 7 stesen kecergasan iaitu :i. Jangkauan Melunjur (Sit and Reach)ii. Tekan Tubi (Push up)iii. Bangkit Tubi (Sit up)iv. Naik turun bangku (Step up)v. Lari Ulang Alik 10M (Shuttle run)vi. Lari 2.4 KMvii. Lompat Jauh (Long jump)UKJK dijalankan sebanyak 2 kali sebagai ujian pra dan ujian pasca. Kedua-dua ujian pra dan ujian pasca dijalankan pada waktu pagi untuk mengurangkan kesan pembolehubah yang mungkin berlaku. Peserta kajian dikehendaki menjalani aktiviti memanaskan badan selama lima belas minit sebelum ujian dan menjalani aktiviti menyejukkan badan selepas ujian.

6.3.1 : Pra Ujian dan Pasca UjianFasa Pra-Persediaan ini merupakan peringkat awal latihan. Isipadu latihan yang tinggi adalah perlu untuk membina tapak bagi adaptasi yang secukupnya kepada pengkhususan latihan.Masa di antara ujian pra dan ujian pasca ialah 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan ini pesertakajian mengikuti PLKF yang terancang seperti dalamJadual 1. Penyelidik akan memantau latihan yang diberi kepada peserta kajian sekali seminggu.Semua aktiviti ujian dijalankan berterusan secara berpasangan. Di mana pasangan peserta akan mengira dan mencatatkan skor yang diperoleh oleh rakan mereka dan sebaliknya.

6.3.2: Tafsiran data dan perbincanganPeratus digunakan untuk menggambarkan taburan skor tahap kecergasan pelajar dalam UKJK. Data yang diperoleh dari ujian pra dan pasca dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa 36.8% peserta mencapai gred emas pada ujian pra di awal semester iaitu bulan Julai. 21.1% memperolehi gred Perak dan 36.8% mendapat gredgangsa. Seorang lagi tidak mencapai tahap yang dikehendaki.Jadual 2Analisis Ujian Pra dan Pasca untuk Lelaki dan PerempuanJumlah mataPangkatUjian PraUjian Pasca

BilanganPeratus%BilanganPeratus%

21 ke atasEmas736.8947.4

15 20Perak421.1842.1

6 14Gangsa736.8210.5

6ke bawah-15.3--

Jumlah1910019100

Ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, iaitu bulan Oktober tahun yang sama menunjukkan bahawa tahap kecergasan peserta lelaki dan perempuan telah meningkat. Bilangan peserta yang mencapai pangkat emas meningkat daripada 36.8% kepada 47.4% iaitu daripada 7 orang kepada 9 orang. Bagi pangkat perak pula, terdapat seramai 4 orang telah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna pada ujian pasca 42.1% pelajar telah mencapai pangkat perak. Bilangan peserta yang mencapai pangkat gangsatelah menurun daripada 36.8% kepada 10.5% dan tiada peserta yang berada di bawah tahap yang dikehendaki. Ini menunjukkan bahawa peserta lelaki dan perempuan KDPM minor PJK telah menunjukkan peningkatan selepas PLKF yang terancang.Daripada data yang dipaparkan dalam Jadual 3 mengenai tahap kecergasan peserta lelaki yang seramai 11 orang, didapati seramai 36% sememangnya sudah mempunyai tahap kecergasan yang baik di awal semester. Mereka telah memperolehi jumlah mata sebanyak 21 ke atas dan mencapai pangkat Emas. Peserta yang memperolehi jumlah mata 15 ke atas iaitu pangkat Perak hanya 18% sahaja, manakala seramai 46% memperolehi jumlah mata 6 ke atas iaitu pangkat Gangsa.Jadual 3Analisis Ujian Pra dan Pasca untuk LelakiJumlah mataPangkatUjian PraUjian Pasca

BilanganPeratus%BilanganPeratus%

21 ke atasEmas436655

15 20Perak218436

6 14Gangsa54619

Jumlah1110011100

Pada ujian pasca yang dijalankan pada akhir semester, didapati 55% telah berjaya mendapat pangkat Emas berbanding dengan 36% pada awal semester. Bagi jumlah mata 15 ke atas pula, didapati seramai 2 orang telah menunjukkan peningkatan. Ini bermakna selepas program latihan, seramai 36% telah mencapai pangkat Perak, manakala bagi jumlah mata 6 ke atas telah menurun kepada seorang sahaja. Ini menunjukkan bahawa hanya seorangsahaja yang tidak menunjukkan peningkatan selepas latihan.

Jadual 4Analisis Ujian Pra dan Pasca Untuk PerempuanJumlah mataPangkatUjian PraUjian Pasca

BilanganPeratus%BilanganPeratus%

21 ke atasEmas338338

15 20Perak225450

6 14Gangsa225112

6 ke bawah112--

Jumlah81008100

Berdasarkan Jadual 4, Bagi 8 orang peserta perempuan, terdapat 38% yang telah mempunyai tahap kecergasan yang baik iaitu memperolehi jumlah mata 21 ke atas dan mencapai pangkat Emas. Hanya 25% iaitu 2 orang yang memperolehi jumlah mata 15 ke atas dan mencapai pangkat Perak, manakala terdapat 25% yang memperolehi jumlah mata 6 ke atas dan mencapai pangkat Gangsa. Walau bagaimana pun terdapat seorang peserta 12% yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Keputusan ini diperolehi semasa ujian pra pada awal semester.