625-1212-1-sm.pdf

12
PENGGUNAAN „COLOURING SAND’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA BENTUK ASAS MURID PENDIDIKAN KHAS Oleh: Nur Syafiqah Binti Mohd Sani , Abdullah Kamal Bin A. Bakar Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Kemahiran mewarna bentuk asas merupakan kemahiran yang paling asas dalam mewarna. Bagi mendapatkan hasil warnaan yang baik, seseorang individu perlulah menguasai aspek-aspek seperti memegang pensel warna dengan baik, mengikut garis bantuk asas, mewarna dengan sekata dan mewarna dengan kemas (mewarna tidak keluar daripada garisan tepi). Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah penggunaan colouring sand dapat meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas. Kajian ini meibatkan seorang responden daripada kategori slow learner yang menghadapi masalah kemahiran mewarna dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Sehubungan dengan itu, colouring sand dipilih untuk meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas. Pengkaji telah menggunakan instrument pemerhatian, temubual dan analisis dokumen untuk merekodkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan memberansangkan terhadap kemahiran tersebut iaitu sebanyak 67% daripada 33% kepada 100% bagi semua item tersebut. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan colouring sand berupaya meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas dalam kalangan murid Pendidikan Khas. Kata kunci: kemahiran mewarna bentuk asas, colouring sand, slow learner, murid pendidikan khas. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada semester lepas, pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa III selama 12 minggu di Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan mulai 26 Januari sehingga 24 April 2014 di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Dalam praktikum tersebut, pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pengurusan Diri dan Pendidikan Seni Visual kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah tersebut. Bagi subjek Pengurusan Diri, pengkaji telah mengajar kelas Cempaka. Manakala, Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah mengajar kelas Bakawali. Setelah mengajar subjek Pendidikan Seni Visual di Kelas Bakawali selama 7 hari, pengkaji telah dapat mengesan terdapat seorang murid yang sangat lemah dari segi kemahiran mewarna. Menurut Overby (2013), murid yang menguasai kemahiran mewarna dapat mewarna dengan baik tanpa terkeluar daripada garisan objek serta mewarna dengan kemas. Berdasarkan takrifan tersebut, pengkaji telah mengenalpasti murid tersebut iaitu

Upload: hamdan-here

Post on 26-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 625-1212-1-SM.pdf

PENGGUNAAN „COLOURING SAND’ DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEWARNA BENTUK ASAS

MURID PENDIDIKAN KHAS

Oleh:

Nur Syafiqah Binti Mohd Sani , Abdullah Kamal Bin A. Bakar

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kemahiran mewarna bentuk asas merupakan kemahiran yang paling asas dalam

mewarna. Bagi mendapatkan hasil warnaan yang baik, seseorang individu

perlulah menguasai aspek-aspek seperti memegang pensel warna dengan baik,

mengikut garis bantuk asas, mewarna dengan sekata dan mewarna dengan

kemas (mewarna tidak keluar daripada garisan tepi). Tujuan kajian ini adalah

untuk mengetahui bagaimanakah penggunaan colouring sand dapat

meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas. Kajian

ini meibatkan seorang responden daripada kategori slow learner yang

menghadapi masalah kemahiran mewarna dalam subjek Pendidikan Seni

Visual. Sehubungan dengan itu, colouring sand dipilih untuk meningkatkan

kemahiran mewarna bentuk asas. Pengkaji telah menggunakan instrument

pemerhatian, temubual dan analisis dokumen untuk merekodkan dapatan kajian.

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan memberansangkan terhadap

kemahiran tersebut iaitu sebanyak 67% daripada 33% kepada 100% bagi semua

item tersebut. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan colouring sand

berupaya meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas dalam kalangan murid

Pendidikan Khas.

Kata kunci: kemahiran mewarna bentuk asas, colouring sand, slow learner,

murid pendidikan khas.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pada semester lepas, pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa III selama 12 minggu di

Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan mulai 26 Januari sehingga 24 April 2014 di kelas

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Dalam praktikum tersebut, pengkaji telah

ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pengurusan Diri dan Pendidikan Seni Visual

kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah tersebut. Bagi subjek Pengurusan Diri,

pengkaji telah mengajar kelas Cempaka. Manakala, Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah

mengajar kelas Bakawali.

Setelah mengajar subjek Pendidikan Seni Visual di Kelas Bakawali selama 7 hari,

pengkaji telah dapat mengesan terdapat seorang murid yang sangat lemah dari segi

kemahiran mewarna. Menurut Overby (2013), murid yang menguasai kemahiran mewarna

dapat mewarna dengan baik tanpa terkeluar daripada garisan objek serta mewarna dengan

kemas. Berdasarkan takrifan tersebut, pengkaji telah mengenalpasti murid tersebut iaitu

Page 2: 625-1212-1-SM.pdf

responden A sangat lemah dari segi kemahiran mewarna. Hal ini kerana, apabila pengkaji

melihat hasil karya yang diwarnakan olehnya warnanya terkeluar daripada garisan objek.

Hasil warnaannya juga tidak kemas.

Gambar 1: Hasil kerja mewarna Responden A

Selain itu juga pengkaji sering mendengar rungutan daripada guru-guru subjek lain

kerana aktiviti mewarna merupakan aktiviti yang sering digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran murid-murid pendidikan khas.

Oleh kerana subjek yang diajar melibatkan banyak melibatkan kemahiran mewarna,

pengkaji yakin bahawa penguasaan kemahiran ini sangat penting dalam kalangan murid.

Sekiranya masalah mewarna ini tidak dipulihkan, kesannya murid tersebut akan mengalami

keciciran berbanding rakan-rakannya yang lain kerana sering lewat menyiapkan kerja-

kerjanya.

Menurut Jensen (2001), “Seni membantu dalam proses pembelajaran. Ia memberi

pengayaan yang melibatkan kesepaduan deria, perhatian, kognitif, emosi dan kapasiti motor

malahan menjana daya pembelajaran”. Weinrib (2004), pula menyatakan bahawa bermain

pasir membolehkan ekspresi tiga dimensi belum lengkap, kandungan di luar sedar yang

ketara. Gambaran yang dilukiskan pada pasir mewakili figura dan landskap di dunia dalaman

dan luaran pesakit.

Justeru, pengkaji mencadangkan gabungan terapi seni dan terapi pasir untuk

membantu meningkatkan perkembangan koordinasi masa dan tangan subjek kajian menerusi

alat yang dinamakan „colouring sand’ yang menggabungkan terapi seni menerusi

penggunaan warna dan terapi pasir menerusi penggunaan pasir dalam meningkatkan

kemahiran mewarna subjek kajian. Fokus kemahiran pula ialah mewarna bentuk asas kerana

ia merupakan aktiviti yang paling asas dalam menguasai kemahiran mewarna dalam

pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual.

Pengkaji berharap agar kaedah ini dapat membantu meningkatkan kemahiran

mewarna murid ini supaya murid tersebut dapat menguasai kemahiran seni dalam usaha

meningkatkan kreativiti dan minat belajar.

Page 3: 625-1212-1-SM.pdf

SOROTAN LITERATUR

Penggunaan Pasir

Pasir merupakan salah satu alat terapi yang boleh digunakan dalam merawat masalah murid

pendidikan khas. Menurut Peridah (2009), sejarah awal terapi pasir bermula yang dikenali

sebagai sand play adalah berdasarkan psikologi C.G. Jung dan diperkenalkan pada tahun

1930-an oleh Frau Dora Kalff (1980).

Adam (1999) dalam Peridah (2009) pula menyatakan bahawa terapi pasir kini giat

berkembang sebagai satu teknik dan boleh diguna untuk klien kanak-kanak sehingga orang

tua. Ia juga boleh menimbulkan satu pengalaman transformasi yang amat mendalam bagi

kedua-dua pihak klien dan ahli terapi.

Homeyer & Sweeney (2005) dalam buku yang bertajuk Sandtray Therapy: A

Practical Manual pula menyatakan bahawa ahli terapi mazhab Jungian telah menerapkan

sand play untuk menghasilkan seni kreatif.

Penggunaan Warna

Menurut Wyler, dalam buku yang bertajuk Colour and Language: Colour Terms in English

penggunaan warna mampu meningkatkan perkembangan bahasa yang merangkumi

kemahiran membaca dan menulis. Verbalisasi warna menerusi pemerolehan perbendaharaan

kata mengenai warna terhadap kanak-kanak dapat meningkatkan persepsi visual dan verbal

semasa membaca dan menulis.

Devine (2014). Dalam buku yang bertajuk Colour Coding for Learner with Autism:

A Resource Book for Creating Meaning through Colour at Home and School menyatakan

bahawa penggunaan kod warna boleh memberikan pemahaman kepada murid autisme

supaya mereka boleh menyebut nama objek, memahami kegunaannya serta memahami

makna objek dalam konteks penggunaannya.

Menurut Bleicher (2005) dalam buku yang bertajuk Contemporary Color Theory

and Use menyatakan penggunan warna memberikan makna yang berbeza-beza. Penggunaan

warna yang terang memberikan impak terhadap tenaga sebailknya pula berlaku apabila

warna pudar digunakan.

Kemahiran Mewarna

Menurut Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas, kemahiran mewarna ialah

kemahiran menggunakan warna sama ada menerusi media kering seperti pensel warna,

krayon dan warna pastel atau menggunakan media basaha seperti warna air dan warna

poster.

Kajian Dalam & Luar Negara

Dalam kajian Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd Kosnin, Yeo Kee Jiar (2012) yang

berjudul Keperluan Aktiviti Bermain dan Kepentingannya Terhadap Motivasi Kanak-Kanak

menyatakan Rohani, Nani dan Mohd Sharani (2007), pendekatan bermain yang berasaskan

teori Jean Piaget menitikberatkan beberapa perkara, iaitu persekitaran kanak-kanak perlu

dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan

persekitaran mereka. Contohnya aktiviti melukis, membina, berlakon, bermain olok-olok

atau bermain dengan pasir dan air.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Adi Mario Stevanus (2014) yang bertajuk

Upaya Meningkatkan Kreativitas Anak Melalui Bermain Pasir Pada Kelompok A TK Bukit

Page 4: 625-1212-1-SM.pdf

Aksara Kota Semarang yang bertujuan menganalisis dan mengetahui manfaat bermain pasir

kepada kreativiti murid di TK Bukit Aksara Kota Semarang. Hasil kajian mendapati terdapat

peningkatan terhadap kreativiti kanak-kanak sebanyak 52.3% apabila pasir digunakan

sebagai medium pembelajaran.

Kajian Hamid & Newport (1989) yang bertajuk Effect of Colour on Physical

Strength and Mood in Children pula penggunaan warna mempunyai kesan terhadap kekuatan

fizikal dan perasaan kanak-kanak. Kajian ini telah dijalankan terhadap 15 orang murid

prasekolah di mana dapatan kajian mendapati penggunaan warna yang terang memberikan

kesan terhadap kanak-kanak menjadi lebih energetik berbanding penggunaan warna-warna

yang pudar semasa guru sedang mengajar.

TUJUAN KAJIAN

Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh pengkaji melalui kajian

berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti.Manakala persoalan kajian pula merupakan

persoalan yang timbul dan relevan dengan objektif kajian.

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, responden diharapkan agar mencapai objektif

berikut:

Objektif umum :

i. Penggunaan kaedah Colouring Sand Therapy dapat meningkatkan kemahiran

mewarna bentuk asas khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran subjek

Pendidikan Seni Visual.

Objektif khusus:

Penggunaan pasir dan warna menerusi alat intervensi ini dapat:

i. Meningkatkan kekemasan hasil kerja mewarna responden A dalam subjek

Pendidikan Seni Visual. Pengkaji berharap dengan menggunakan kaedah Colouring

Sand Therapy ini, selepas intervensi dilaksanakan responden A dapat mewarna

dengan baik dan lebih kemas berbanding sebelum intervensi dijalankan.

ii. Meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas responden A. Pengkaji berharap

menerusi penggunaan Colouring Sand responden A dapat mewarnakan bentuk asas

dengan kemas tanpa warna yang terkeluar daripada garisan.

Soalan Kajian

Berdasarkan kepada masalah dan kelemahan yang dialami oleh responden yang dikaji,

terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam memastikan segala perancangan yang telah

dirancang ini dilaksanakan dengan jayanya. Antara perkara yang menjadi persoalan dalam

kajian ini ialah:

Page 5: 625-1212-1-SM.pdf

i. Bagaimanakah penggunaan kaedah Colouring Sand Therapy dapat meningkatkan

kemahiran mewarna bentuk asas kepada murid-murid Pendidikan Khas di dalam

bilik darjah?

ii. Sejauhmanakah penggunaan kaedah Colouring Sand Therapy dapat mengubah

kelemahan kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas ke arah yang

lebih positif?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid pendidikan khas daripada kategori slow

learner yang menghadapi masalah dalam kemahiran mewarna. Pengumpulan data

menggunakan instrumen pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Data kualitatif

dianalisis secara deskriptif.

Pemerhatian

Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara untuk mengumpul

data. Kaedah pemerhatian dipilih oleh pengkaji kerana pemerhatian merupakan kaedah yang

sesuai bagi mengukur perubahan tingkah laku (gerak kerja dalam konteks kajian) yang

eksplisit. Dalam kajian ini, pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap responden A

di mana pengkaji akan memerhatikan gerak kerja yang menjurus kepada kemahiran mewarna

bentuk asas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran responden A di dalam dan di luar

kelas. Data diambil berdasarkan 3 fasa iaitu sebelum intervensi, semasa intervensi dan

selepas intervensi dilaksanakan.

Pengkaji akan membuat pemerhatian seminggu sekali mengikut jadual waktu PdP

subjek Pendidikan Seni Visual. Data pemerhatian diperoleh melalui pemerhatian berstruktur

di mana pengkaji akan menggunakan senarai semak bagi merekodkan data penyelididikan.

Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan ke atas instrumen yang

digunakan, pengkaji telah menggunakan kamera bagi merakamkan sebarang perubahan yang

berlaku terhadap kemahiran mewarna responden A dan menggunakan borang senarai semak

bagi membuat semakan terhadap pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.

Temubual

Instrumen kedua yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual. Kaedah ini digunakan

bagi mendapatkan maklumat secara mendalam daripada individu yang terlibat. Kaedah ini

sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian ini kerana data diambil daripada individu yang

terlibat secara langsung menerusi interaksi bersemuka. Pengkaji akan menemubual guru

kelas responden A untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh

responden A tersebut. Pengkaji juga akan menemu bual responden A sendiri bagi

mendapatkan maklum balas mengenai intervensi yang dilakukan sebelum dan selepas

intervensi dilaksanakan.

Analisis Dokumen

Instrumen ketiga yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini dijalankan

terhadap hasil kerja responden A sebelum intervensi colouring sand digunakan dan selepas

penggunaan.colouring sand. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek yang

ditetapkan iaitu dari segi cara memegang pensel warna dengan betul, mengikut garisan

Page 6: 625-1212-1-SM.pdf

bentuk asas menggunakan pensel warna, mewarna dengan sekata dan mewarna dengan

kemas (warna tidak terkeluar daripada garisan tepi)

SPESIFIKASI INTERVENSI

Berikut merupakan jadual pelaksanaan aktiviti intervensi mingguan senarai aktiviti yang

dilaksanakan terhadap responden A:

Minggu Aktiviti Intervensi Peralatan

Minggu 1 Mewarna menggunakan stensil Kertas A4

Stensil bentuk asas

Pensel Warna

Minggu 2 Menaburkan colouring sands ke

dalam stensil bentuk asas

Kertas A4

Stensil bentuk asas

Colouring Sand

Minggu 3 Menaburkan colouring sands

pada lembaran kerja bentuk asas

tanpa menggunakan stensil.

Lembaran kerja

bentuk asas

Colouring Sands

Minggu 4 Ujian Kemahiran Mewarna

Bentuk Asas

Lembaran kerja

bentuk asas

Pensel Warna

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Intervensi Mingguan

Gambar 2: Alat Intervensi Colouring Sand

Page 7: 625-1212-1-SM.pdf

Gambar 3: Peralatan sampingan yang digunakan semasa sesi intervensi

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah memberi penekanan terhadap dua soalan kajian untuk diselesaikan menerusi

data yang diperolehi daripada instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Data-data ini telah

dianalisis menerusi instrumen pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. Proses analisis

data bagi kajian ini telah dijalankan secara kualitatif seperti berikut:

Pemerhatian Kemahiran Mewarna Bentuk Asas

Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji bagi mengesan perkembangan pembelajaran

kemahiran kemahiran mewarna dalam setiap sesi rawatan setiap minggu. Fokus utama

pemerhatian ini dilaksanakan adalah untuk melihat perubahan kemahiran mewarna. Bentuk

pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur, di mana pengkaji merekod

pemerhatian di dalam satu borang khas dan ia direkodkan berdasarkan item tertentu.

Pengkaji telah menggunakan senarai semak sebagai instrumen bagi merekodkan

pemerhatian yang dijalankan. Terdapat 4 aspek yang dinilai oleh pengkaji dalam kemahiran

mewarna iaitu memegang pensel warna dengan betul, mengikut garisan bentuk asas

menggunakan pensel warna, mewarna dengan sekata, mewarna dengan kemas (warna tidak

terkeluar daripada garisan tepi). Tahap 1 merujuk kepada tahap lemah, tahap 2 (sederhana)

dan tahap 3 (tinggi).

Pemerhatian terhadap kemahiran mewarna bentuk asas telah dilakukan sebanyak 2

kali sebelum intervensi, 3 sesi semasa intervensi (sekali bagi setiap sesi) dan 2 kali selepas

intervensi. Pemerhatian telah dilakukan sebanyak 2 kali sebelum dan selepas intervensi

untuk melihat ketepatan keputusan sebelum dan selepas intervensi tanpa penggunaan alat

intervensi colouring sand.

Data telah dianalisis dalam bentuk frekuensi mudah iaitu purata kekerapan dan

peratus purata kekerapan. Dapatan kajian adalah seperti berikut:

Page 8: 625-1212-1-SM.pdf

Pemerhatian Perkembangan Kemahiran Mewarna Sebelum Intervensi Colouring Sand

Dilaksanakan

Graf 1: Rumusan Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk Asas Responden A

Sebelum Intervensi Colouring Sand Dilaksanakan

Pengkaji telah melakukan pemerhatian sebelum intervensi dijalankan terhadap responden A.

Pemerhatian ini telah dilakukan sebanyak 2 kali bagi memastikan responden tersebut benar-

benar bermasalah dalam kemahiran mewarna.

Hasil dapatan telah dianalisis dalam bentuk purata kekerapan dan peratus purata

kekerapan. Pengkaji mendapati setelah dua kali pemerhatian dilakukan sebelum intervensi,

responden berada pada tahap 1 iaitu tahap lemah dalam semua aspek yang membawa kepada

purata sebanyak 0.33 dan peratus purata kekerapan 33% bagi semua item iaitu memegang

pensel warna dengan betul (MP), mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna

(MGB), mewarna dengan sekata (MS) serta mewarna dengan kemas (MK)

Pemerhatian Perkembangan Kemahiran Mewarna Semasa Intervensi Colouring Sand

Dilaksanakan

Graf 2: Rumusan Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk Asas Responden A

Sebelum Intervensi Colouring Sand Dilaksanakan

33% 33% 33% 33%

0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

Peratus

Item

Rumusan Perkembangan Kemahiran

Mewarna Bentuk Asas Sebelum Intervensi

Colouring Sand Dilaksanakan

MP

MGB

MS

MK

67% 78%

67% 78%

0%

20%

40%

60%

80%

100%

Peratus

Item

Rumusan Perkembangan Kemahiran

Mewarna Bentuk Asas Semasa Intervensi

Colouring Sand Dilaksanakan

MP

MGB

MS

MK

Page 9: 625-1212-1-SM.pdf

Proses melaksanakan intervensi dilaksanakan pada minggu pertama, kedua dan ketiga

semasa program internship.

Berdasarkan Jadual 7 dan Graf 2 yang merupakan rumusan purata dan peratus

keseluruhan perkembangan kemahiran mewarna bentuk asas bagi ketiga-tiga minggu semasa

proses intervensi. Bagi item memegang pensel warna dengan betul dan mewarna dengan

sekata, purata pencapaian ialah 0.67 yang membawa kepada wajaran 67%. Bagi item

mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna dan mewarna dengan kemas

(warna tidak terkeluar daripada garisan tepi), purata pencapaian responden adalah sebanyak

0.78 yang membawa kepada wajaran sebanyak 78%.

Graf 3: Rumusan Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk Asas Responden A

Semasa Intervensi Colouring Sand Dilaksanakan

Pengkaji telah membuat dua kali pemerhatian selepas intervensi colouring sand

dilaksanakan. Kali ini, tiada lagi peralatan intervensi digunakan. Peralatan yang digunakan

ialah lembaran kerja dan pensel warna.

Hasil dapatan telah dianalisis dalam bentuk purata kekerapan dan peratus purata

kekerapan. Pengkaji mendapati setelah dua kali pemerhatian dilakukan selepas intervensi,

responden berada pada tahap 3 iaitu tahap baik dalam semua aspek yang membawa kepada

purata sebanyak 1.00 dan peratus purata kekerapan 100% bagi semua item iaitu memegang

pensel warna dengan betul (MP), mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna

(MGB), mewarna dengan sekata (MS) serta mewarna dengan kemas (MK). Berdasarkan

dapatan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa responden telah menguasai kemahiran

mewarna bentu asas dengan baik.

100% 100% 100% 100%

0%

20%

40%

60%

80%

100%

Peratus

Item

Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk

Asas Selepas Intervensi Colouring Sand

Dilaksanakan

MP

MGB

MS

MK

Page 10: 625-1212-1-SM.pdf

Temubual

Penilaian kemajuan murid dalam kemahiran mewarna bentuk asas ditunjukkan menerusi

temubual bersama responden A. Pengkaji telah merekodkan temubualtersebut dalam bentuk

catatan.

Soalan Jawapan Refleksi Pengkaji

Soalan 1:

Seronok ke tak bila belajar

mewarna menggunakan

colouring sand?

Kite rase best e‟gu!

Terjemahan:

Saya rasa seronok cikgu!

Responden melahirkan

perasaan seronok dan suka

terhadap alat intervensi ini

dalam pembelajaran

kemahiran mewarna.

Soalan 2:

Senang ke susah belajar

mewarna guna alat ni?

Dulu kita rasa susah nak

kaler e‟gu. Le ni senang je.

Terjemahan:

Dulu saya rasa susah nak

mewarna, cikgu. Sekarang ni

senang sahaja.

Responden dapat belajar

meningkatkan kemahiran

mewarna bentuk asas dengan

mudah menggunakan

colouring sands berbanding

sebelum intervensi

dijalankan.

Soalan 3:

Kenapa awak rasa seronok

belajar mewarna guna

colouring sand ni?

Seronok main pasir ni e‟gu.

Ada warna-warna lak tu.

Dulu kita kaler uduh. Le ni

lawo sikek

Terjemahan:

Seronok main pasir ni cikgu.

Ada warna-warna pula tu.

Dulu saya mewarna buruk.

Sekarang ni cantik sikit.

Responden menyukai

penggunaan colouring sand

ini kerana dapat bermain

sambil belajar menggunakan

pasir yang berwarna dan

menyatakan perubahan

kemahiran mewarnanya yang

dulunya tidak cantik kepada

lebih cantik dan kemas.

Jadual 1: Temubual bersama Responden A

Page 11: 625-1212-1-SM.pdf

Analisis Dokumen

Dalam tempoh kajian tindakan ini, pengkaji telah mengumpulkan dan merekodkan setiap

lembaran kerja yang dilaksanakan ke atas responden. Analisis dokumen ini sangat bermakna

kerana ia membuktikan sama ada intervensi menggunakan colouring sand berjaya atau tidak

dalam meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas oleh responden. Jadual 12 berikut

menunjukkan hasil analisis dokumen yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum dan selepas

proses intervensi.

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi

Jadual 2: Analisis Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi

Berdasarkan jadual analisis dokumen tersebut, jelas membuktikan bahawa responden

berjaya mewarna bentuk asas dengan baik dalam setiap lembaran kerja yang dilaksanakan.

Hal ini bermakna, penggunaan colouring sand memberikan pengaruh yang sangat besar

kepada kemahiran mewarna bentuk asas responden A. Pengkaji mendapati selepas intervensi

dilaksanakan, responden A sudah boleh memegang pensel warna dengan betul, mengikut

garisan bentuk asas menggunakan pensel warna dengan baik, mewarna dengan sekata dan

mewarna dengan kemas (warna tidak terkeluar daripada garisan tepi).

Page 12: 625-1212-1-SM.pdf

KESIMPULAN

Kemahiran mewarna bentuk asas merupakan kemahiran yang paling asas yang perlu dikuasai

dalam kemahiran mewarna. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh responden A

dalam kajian ini, menerusi bukti-bukti dalam instrumen pemerhatian, temubual dan analisis

dokumen dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan colouring sand dapat meningkatkan

kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas. Berdasarkan segala dapatan

daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji berhasrat agar dapat memberikan beberapa

cadangan khusus kepada mana-mana pihak yang ingin meneruskan kajian ini pada masa

akan datang. Kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ini berkemungkinan terbatas dan

tidak menyeluruh. Oleh itu, antara cadangan bagi pelaksanaan kajian seterusnya ialah

memperluaskan lagi bilangan responden kajian agar kajian ini dapat dimanfaatkan kepada

lebih ramai murid yang mempunyai kelemahan yang sama. Selain itu, tempoh kajian juga

bolehlah dilanjutkan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan bagi menjamin ketekalan

hasil kajian. Bentuk lain selain bentuk asas juga boleh ditambah dalam lembaran kerja

mewarna supaya dapat memberikan pengayaan serta pengukuhan terhadap kemahiran

mewarna.

RUJUKAN

Buku & Jurnal

Craig, W. (2004). Stencils & Stenciling. South Africa: Struik Publishers.

Deiner, P. (2012). Inclusive Early Childhood Education: Development, Resources, and

Practice. Stamfort: Cengage Learning.

Englebaugh, D. (2003). Integrating Art and Language Arts Through Children's Literature.

United States: Libraries Unlimited Inc.

Fox, J. E., & Schirrmacher, R. (2011). Art and Creative Development for Young Children.

Stamfort: Cengage Learning.

Mayesky, M. (2009). Creative Activities for Young Children, 10th Edition. Stamfort:

Cengage Learning.

Mayesky, M. (2011). Creative Art & Activities: Crayons, Chalk, and Markers. Stamfort:

Cengage Learning.

Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Peridah Binti Mahal. (2009). Pendekatan Sand Play dalam Menangani Masalah Pergaulan

Sosial: Satu Kajian Kes. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Penulisan. Kuala Lumpur:

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Weinrib, E. L. (2004). Images of the Self: The Sandplay Therapy Process. United States:

Temenos Press.

Zakiah Mohamad Ashari, A. M. Keperluan Aktiviti Bermain dan Kepentingannya Terhadap

Motivasi Kanak-Kanak. 2012: Universiti Teknologi Malaysia.