malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … dr 30.6.2008 _isnin_.pdf · 1. pr-1212-l12914...

27
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 30 JUN 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 23 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :- (a) adakah Kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan berbagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan (b) jika sedar, apakah langkah Kementerian supaya masa hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin. 2. PR-1212-L14350 Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) adakah kajian telah dibuat tentang bilangan pengguna kereta api akan meningkat apabila siapnya landasan berkembar; dan (b) berapakah kos membeli gerabak dan lokomotif kereta api yang bakal digunakan oleh KTM Berhad. 3. PR-1212-L13812 Datuk Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :- (a) jumlah keluasan tanah-tanah terbiar milik individu di setiap negeri dalam negara; dan (b) langkah-langkah konkrit Kerajaan untuk memajukan tanah-tanah terbiar menjadi produktif dan menyumbang kepada ekonomi negara dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Upload: phungquynh

Post on 06-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 30 JUN 2008, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 23

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) adakah Kementerian sedar bahawa di Sabah terdapat

terlalu ramai anak jalanan yang terbiar dan sudah terlibat dengan berbagai masalah dan jenayah walaupun masih dalam umur kanak-kanak dan remaja; dan

(b) jika sedar, apakah langkah Kementerian supaya masa

hadapan mereka khususnya dalam konteks sosial dan keselamatan negara akan lebih terjamin.

2. PR-1212-L14350

Tuan Roslan bin Shaharum [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) adakah kajian telah dibuat tentang bilangan pengguna

kereta api akan meningkat apabila siapnya landasan berkembar; dan

(b) berapakah kos membeli gerabak dan lokomotif kereta api

yang bakal digunakan oleh KTM Berhad.

3. PR-1212-L13812 Datuk Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah keluasan tanah-tanah terbiar milik individu di

setiap negeri dalam negara; dan (b) langkah-langkah konkrit Kerajaan untuk memajukan

tanah-tanah terbiar menjadi produktif dan menyumbang kepada ekonomi negara dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

2

4. PR-1212-L12837

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan akan memansuhkan konsep jual dan bina (sell and build) dan mempromosikan konsep bina dan jual (build and sell) dan sekiranya tidak apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menjamin bahawa projek tidak akan terbengkalai.

5. PR-1212-L13375

Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan akan menawarkan pelajar cemerlang yang didapati tidak layak untuk mengikuti kursus pilihan pertama mereka yang telah dipohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) dengan pilihan kedua atau seterusnya, agar mereka masih berpeluang meneruskan pelajaran dalam bidang lain pula.

6. PR-1212-L13677

Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar luar negara yang digariskan oleh Malaysia dalam hubungannya dengan negara-negara ASEAN, Eropah, Timur Leste, Timur Tengah dan Amerika Latin pada masa sekarang.

7. PR-1212-L13177

Dato' Lilah bin Yasin [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah perancangan Pembangunan Feldajaya Serting,

Jempol; dan (b) sejauh manakah usaha ini dapat mengatasi keperluan

perumahan di Felda.

8. PR-1212-L13258 Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana prestasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC's) setakat ini setelah program transformasinya dijalankan semenjak 2004.

9. PR-1212-L13968

Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah maksud konsep atau pendekatan pertahanan menyeluruh (total defence), kaedah untuk memastikan ia boleh dicapai dan perbandingan dengan negara lain serta pembaharuan yang akan dibuat dalam Angkatan Tentera Malaysia bagi memastikan ia berkesan dalam mempertahankan negara.

10. PR-1212-L14458

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang hendak memansuhkan atau mengurangkan kos perbelanjaan Orkestra Philharmonik Malaysia (MPO) di bawah Petronas.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

3

11. PR-1212-L13119

Tuan Hasbi bin Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Kerajaan negara jiran untuk menetapkan dan menandakan Sempadan Maritim di Teluk Brunei kerana nelayan-nelayan dari kawasan Lawas dan Limbang kerap kali tersasar ke kawasan negara jiran yang agak samar dan terserempak serta terpaksa berhadapan dengan penguat kuasa dari negara jiran.

12. PR-1212-L14279

Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab butir-butir bangsa dan agama perlu dibekalkan dalam kertas peperiksaan semasa mengambil peperiksaan awam. Adakah Kementerian akan membatalkan pendekatan tersebut seperti yang dijanjikan sejak tahun 2006, supaya tiada perasaan bimbang mengenai kesaksamaan akan dibangkit.

13. PR-1212-L14544

Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mengatasi

masalah penjualan VCD/DVD cetak rompak ; dan (b) sejauh manakah tindakan dan kuasa Pihak

Penguatkuasa terhadap VCD/DVD lucah. 14. PR-1212-L13019

Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan benarkah hanya kaum Bumiputera dan penyokong Barisan Nasional sahaja yang mendapat manfaat daripada industri kecil dan sederhana (IKS). Apakah penyokong Pakatan Rakyat tidak mendapat nikmatnya dan bagaimana strategi Kementerian melebarkan industri kecil dan sederhana (IKS) ke kawasan-kawasan luar bandar.

15. PR-1212-L14400

Tuan Ab Aziz bin Ab Kadir [ Ketereh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) status pembinaan jalan raya baru Kuala Krai ke Kota

Bharu; dan (b) syarikat manakah yang telah berjaya memperolehi

kontrak tersebut dan adakah ia telah diberi secara runding terus.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

4

16. PR-1212-L13761 Datuk Dr Tekhee @ Tiki anak Lafe [ Mas Gading ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah kriteria digunakan untuk meluluskan kerja-kerja baik pulih bangunan sekolah yang sudah uzur dan tidak selamat digunakan misalnya, bangunan makmal dan hostel di SMK Lake, Bau dalam kawasan Mas Gading, Sarawak.

17. PR-1212-L14390

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan bilakah akan dapat diperluaskan khidmat 3G di seluruh kawasan, terutama luar bandar supaya maklumat-maklumat yang tepat dapat disalurkan dengan lebih pantas.

18. PR-1212-L13225

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan 'ancaman pengganas' dalam usaha GWOT (Global War on Terrorism) di negara kita. Apakah ada tekanan dari Kuasa Besar Amerika supaya Malaysia membuat tangkapan-tangkapan ke atas 'pengganas' sedangkan mereka tidak terbukti terlibat.

19. PR-1212-L13991

Datuk Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) berapa banyak aduan oleh pelanggan berkenaan

kelewatan penerbangan domestik AirAsia dalam tempoh 2007-2008; dan

(b) berapa pula statistik kelewatan penerbangan dari jadual

asal yang direkodkan dalam tempoh yang sama. 20. PR-1212-L14175

Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian menyediakan pekerjaan wajib kepada OKU di seluruh negara.

21. PR-1212-L13661

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Kerajaan menetapkan umur 21 sebagai umur membuang undi sedangkan kebanyakan negara di dunia ini telah menetapkan umur 18 sebagai umur membuang undi. Apakah Kerajaan bercadang mengadakan pendaftaran automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.

22. PR-1212-L13481

Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan bagi mengendalikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi tahun 2007 mengikut Kementerian.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

5

23. PR-1212-L13409 Tuan Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk memastikan bahawa semua majikan menjaga kebajikan peladang-peladang estet kelapa sawit.

24. PR-1212-L13981

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan pelaksanaan projek-projek RMK-9 di Sarawak dan status penyiapan projek-projek tersebut.

25. PR-1212-L12867

Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menanam padi secara komersial di sekitar Banting yang mempunyai kawasan yang amat sesuai.

26. PR-1212-L14599

Tuan Sivarasa A/L K.Rasiah [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai terperinci syarikat subsidiari milik penuh dan separuh dan juga syarikat berhubung (associated companies) PETRONAS di Malaysia dan memberi butiran maklumat (terperinci yang boleh) tentang kedudukan kewangannya.

27. PR-1212-L13521

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah status kedudukan kes yang dirujuk kepada Lembaga Pengampunan dari segi bilangan dilulus dan ditolak, kategori kes, bilangan warganegara dan bukan warganegara yang terlibat sehingga Mei 2008.

28. PR-1212-L12923

Datuk Haji Mohamed Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah sebab-sebab tidak diwujudkan pegawai pembangunan komuniti untuk membantu pegawai kebajikan masyarakat di daerah-daerah di seluruh negara.

29. PR-1212-L14327

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-

(a) mengapakah Kerajaan secara tiba-tiba menukar dasar

pembelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Malaysia setelah membelanjakan wang sebanyak RM2.62 bilion untuk implementasi dasar tersebut; dan

(b) apakah hasil daripada pelaksanaan dasar tersebut dan

apakah mekanisme yang digunakan untuk pemberian tender berkaitan dasar yang tersebut di atas.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

6

30. PR-1212-L13465 Dato' Mohd Nasir bin Ibrahim Fikri [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah indikator-indikator yang digunakan oleh Kementerian untuk memastikan matlamat miskin sifar akan tercapai pada tahun 2010.

31. PR-1212-L14058

Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah segera yang telah dibuat untuk menghasilkan "Alternative Energy" daripada pokok jarak dan kenaf atau lain-lain tanaman bagi menghasilkan Biofuel.

32. PR-1212-L14564

Datuk Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah jumlah peserta skim perladangan dan jumlah tanah yang telah dibangunkan oleh FELCRA dan SALCRA di seluruh negeri Sarawak.

33. PR-1212-L14209

Puan Teo Nie Ching [ Serdang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan merancang untuk membatalkan atau mengurangkan cukai-cukai dan duti-duti yang terlalu tinggi untuk pembelian kereta.

34. PR-1212-L13636

Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dengan jumlah pelajar asing dijangka meningkat kepada 50,000 orang menjelang tahun 2010, apakah usaha-usaha Kementerian untuk memantapkan lagi kecemerlangan IPTA dan IPTS untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.

35. PR-1212-L13433

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang Malaysia belanja ke atas import makanan setiap tahun sejak 1998 dan sebaliknya nyatakan jumlah hasil pendapatan Malaysia yang datang dari eksport keluaran makanan kita.

36. PR-1212-L13590

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dan boleh dilakukan dengan segera bagi menangani masalah rumah terbengkalai yang telah memakan masa sehingga melebihi sepuluh tahun sehingga menyusahkan pembelinya.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

7

37. PR-1212-L13698 Dato' Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah wujud perancangan untuk menyediakan lebih banyak penerbangan terus dari destinasi luar negara ke Langkawi di dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi.

38. PR-1212-L14311

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Petronas terpaksa berbelanja terlalu tinggi apabila menjemput perunding pihak luar untuk membuat penilaian prestasi kerja dan kenaikan pangkat kakitangannya.

39. PR-1212-L13544

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sama ada dakwat kekal untuk kegunaan di kuku bagi

kegunaan pilihan raya ke 12, telah tidak digunakan, dan dijual sebelum tarikh lupusnya; dan

(b) berapakah harganya dan siapakah pembelinya.

40. PR-1212-L14064 Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimanakah status kedudukan KADA Baloh Negara di Jajahan Pasir Puteh sebagaimana yang telah dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri dua tahun yang lalu. Bolehkah dinyatakan sama ada objektif dan pelaksanaan projek berkenaan mencapai matlamat dan sekiranya tidak, apakah sebabnya.

41. PR-1212-L13317

Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapa caj yang dikenakan untuk mendapat sijil halal

daripada JAKIM dan berapakah perolehan JAKIM melalui pensijilan halal bagi setiap tahun sejak 1998 - 2008; dan

(b) apa rasional melantik HDC untuk pensijilan halal dan

namakan hotel-hotel yang mendapat pensijilan halal tersebut.

42. PR-1212-L13765

Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapakah kos sebenar PLKN dari awal permulaan program dari tahun 2004 dan adakah Pelatih yang lemah dalam akademik diberi keutamaan untuk berkhidmat dalam badan beruniform (Kerajaan) serta sejauh manakah PLKN membantu mengurangkan gejala sosial remaja yang semakin meningkat.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

8

43. PR-1212-L13830 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan di bawah undang-undang apakah MAB dan MAS dibenarkan oleh Kementerian untuk memberikan kemudahan kredit melebihi RM110 juta dan RM85 juta kepada AirAsia, sebuah syarikat swasta dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh MAB dan MAS untuk mendapatkan semula hutang-hutang tersebut daripada AirAsia.

44. PR-1212-L14119

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah berkesan yang telah/akan dijalankan untuk menarik balik mahasiswa/mahasiswi yang belajar di luar negara supaya berkhidmat di Malaysia.

45. PR-1212-L12985

Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah persaingan tambang murah antara Sistem Penerbangan Malaysia dan AirAsia memberi faedah kepada orang ramai. Adakah keadaan ini mewujudkan persaingan sihat.

46. PR-1212-L13006

Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian boleh memastikan bahawa pengambilan rekrut (recruitment exercise) dalam pasukan polis yang sudah diumumkan ramai bilangannya dari negeri Sabah akan diberi kuota yang cukup dan penempatan tugas juga ditentukan di Negeri Sabah untuk menguatkan lagi semangat bertugas mereka yang lebih berkesan.

47. PR-1212-L14250

Tuan Razali Bin Haji Ibrahim [ Muar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pendekatan Kerajaan dan perkembangan terkini terhadap tuntutan hak milik South Ledge berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menyatakan kedaulatan South Ledge adalah milik negara yang berperairannya terletak bentuk maritim itu.

48. PR-1212-L14129

Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab status agama seseorang tidak dimasukkan dalam MyKad.

49. PR-1212-L14386

Dr. Mohamed Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah kemalangan berlaku di atas lebuh raya, jumlah kematian dan di lebuh raya mana serta punca kemalangan berlaku.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

9

50. PR-1212-L13283 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan jumlah menara pemancar telekomunikasi yang telah didirikan di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara sejak tahun 2005, 2006, 2007 dan enam bulan pertama tahun 2008.

51. PR-1212-L14172

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan justifikasi Kementerian tidak memilih wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) yang bertanggungjawab tentang pelancongan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat untuk mengetuai 'Tourism Action Councils' mewakili negeri masing-masing. Adakah Kementerian membuat kajian bahawa pelancong luar bersifat politik dalam memilih destinasi mereka di Malaysia.

52. PR-1212-L13610

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah hasil rundingan dengan Syarikat-syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk mengatasi isu bayaran caj kapasiti yang terlalu tinggi. Apakah Internal Rate of Returns (IRR) bagi YTL Power, Powertek, PD Power, Genting Sanyen dan Malakoff Segari sejak mereka beroperasi.

53. PR-1212-L12961

Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kadar indeks jenayah di Seremban sepanjang tahun 2007 dan 2008 berbanding tahun-tahun sebelumnya, jenis jenayah, jumlah tangkapan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil.

54. PR-1212-L14188

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan mempertimbangkan agar meninjau

kadar bantuan kebajikan kepada golongan kurang upaya dan miskin; dan

(b) jika ada, bagaimana dan berapa kadar yang dinaikkan.

55. PR-1212-L13169

Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan ahli profesional yang didaftarkan mengikut profesion dan etnik sehingga 2008.

56. PR-1212-L13102

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana dan kepada siapa peruntukan RM 1 juta bagi tahun 2007 dan RM 2 juta untuk tahun 2006 diagihkan di kawasan Parlimen Sg. Siput, Perak.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

10

57. PR-1212-L13965

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapakah jumlah warganegara asing yang telah mengikuti program "Malaysia is My Second Home" mengikut pecahan kerakyatan dan apakah kebaikan atau faedah yang kita telah perolehi setakat ini melalui dasar ini.

58. PR-1212-L13905

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tertuduh di Mahkamah Jenayah yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan (discharge not amounting to acquittal) sejak tahun 2004, punca dan sebabnya secara terperinci, jumlah kes yang dituduh semula dan apakah langkah-langkah Kerajaan selanjutnya.

59. PR-1212-L12986

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan berapakah jumlah usahawan bumiputera yang berkongsi dengan kaum lain dalam setiap bidang di setiap negeri termasuk Sabah. Mengapa usahawan bumiputera agak lemah untuk bersaing dengan kaum lain khasnya dari segi perniagaan dan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mempertingkatkan taraf bumiputera dalam bidang usahawan.

60. PR-1212-L13740

Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah cukai pendapatan yang terlebih dibayar oleh individu dan syarikat yang mana masih belum dibayar balik sehingga kini dan berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk proses bayaran balik ini akan dilakukan.

61. PR-1212-L13374

Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan dasar dan program secara terperinci berkaitan dengan pembangunan penanaman padi di negeri Sabah.

62. PR-1212-L13607 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bagaimana beliau dapat mempertahankan pembelian Sukhoi, kapal selam dan helikopter dari pelbagai segi termasuk tender dan langkah-langkah untuk perkhidmatan pengendaliannya.

63. PR-1212-L13202

Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menangani

gejala sosial di kalangan belia khususnya belia India; dan

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

11

(b) apakah pendekatan yang digunakan untuk menarik minat mereka untuk mengambil bahagian di dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian berkenaan.

64. PR-1212-L13031

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berdasarkan keadaan trafik yang sangat sibuk, bilakah pihak Kementerian bercadang menaik taraf jalan B18 dari 2 lorong kepada 4 lorong yang menghubungkan dari Banting ke Dengkil Kuala Langat sejauh 18 kilometer.

65. PR-1212-L14162

Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada pekerja

khidmat teman sosial dan "mak nyah" yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan; dan

(b) maklumat perhubungan bagi tempat-tempat perlindungan

atau pemulihan bagi golongan ini. 66. PR-1212-L13563

Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan walaupun selama ini terdapat program mengenai alam sekitar, namun masih ramai yang memerlukan kursus atau program kesedaran pemuliharaan alam sekitar. Apakah usaha Kementerian untuk memastikan kesedaran masyarakat mengenai pemuliharaan alam sekitar dipertingkatkan terutama sekali di kalangan wanita.

67. PR-1212-L14484 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan mengapakah bangunan tambahan sekolah didirikan di atas padang sekolah tersebut sehingga menyebabkan pelajar tidak mempunyai kawasan untuk melakukan aktiviti seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali, Ampang.

68. PR-1212-L14226

Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa Kementerian dan Jabatan yang berkaitan amat mengambil berat tentang pengeluaran hasil tani tetapi tidak memberi tekanan dalam soal pemasaran justeru itu apakah langkah susulan untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

12

69. PR-1212-L14413 Tuan Lim Kit Siang [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau bertujuan untuk memperkenalkan Masa Pertanyaan Perdana Menteri hadir sendiri secara tetap di Parlimen untuk menjawab pertanyaan yang menunjukkan satu contoh kebertanggungjawaban Parlimen yang baik kepada Jemaah Menteri sekalian.

70. PR-1212-L13045

Dato' Mohd Jidin bin Shafee [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pengertian sebenar Islam berkonsepkan Hadhari (Islam Hadhari) di negara ini dan apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh negeri-negeri berkenaan dalam memahami pendekatan Hadhari ini.

71. PR-1212-L13085

Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membangunkan kawasan tanah pertanian di Telok Rubiah Daerah Kerian yang terbiar semenjak tahun 1974.

72. PR-1212-L12854

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan terdapat tiga syarikat yang memberi perkhidmatan ramalan empat ekor (4 digit) (forecast) iaitu Toto, Magnum dan Da Ma Cai dijual tiga kali setiap minggu. Ini merugikan dan menyusahkan pengguna. Adakah terdapat rancangan untuk menyatukan ketiga-tiga syarikat dan/atau mengurangkan kepada sekali seminggu.

73. PR-1212-L13076

Tuan Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah terdapat perancangan dari pihak Kementerian untuk memberi slot pengajaran mengenai asas-asas perlembagaan Malaysia di sekolah-sekolah menengah.

74. PR-1212-L13884

Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat sebarang perancangan oleh Kementerian bagi memindahkan lokasi terminal feri kenderaan sedia ada yang sudah tidak lagi strategik dan sering kali mengakibatkan kesesakan lalu lintas di bandar Labuan.

75. PR-1212-L13232

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pendatang asing tanpa izin yang ditahan dan diusir mengikut negara asal masing-masing pada tahun 2006, 2007 dan enam bulan pertama 2008 di Sabah.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

13

76. PR-1212-L14521 Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) sama ada Sistem Maklumat Hospital yang digunakan di

Hospital Selayang telah berjaya meningkat efisiensi pengurusan keseluruhan hospital; dan

(b) sama ada sistem ini membolehkan maklumat pesakit di

'retrieve' jika pesakit mendapatkan rawatan lain. 77. PR-1212-L13121

Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil untuk

mengelakkan berlaku selanjutnya penyumbangan pilon elektrik yang menyebabkan 92% kehilangan kuasa elektrik (black-outs) di Sabah pada bulan April tahun ini; dan

(b) memandangkan grid pantai barat-timur tidak mampu

memastikan 100% bekalan yang berterusan, adakah sebarang pelan dirancang untuk menyediakan bekalan rizab di Tawau.

78. PR-1212-L13938

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Suruhanjaya Pilihan Raya akan memansuhkan undi pos memandangkan terdapat banyak kes kepincangan dalam Pilihan Raya Umum yang baru lalu.

79. PR-1212-L13796

Tuan Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk mempelbagaikan

tugas anggota tentera seperti membantu anggota polis dalam membanteras jenayah dalam negeri; dan

(b) adakah Kerajaan menyediakan peluang-peluang

secukupnya kepada bekas-bekas tentera agar mereka dapat hidup dengan selesa selepas berkhidmat dalam Angkatan Tentera.

80. PR-1212-L13794

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan mengkaji semua garis ukur kemiskinan dan ujian kemiskinan ("means test") melihat kepada kenaikan inflasi di dalam negara dan nyatakan langkah-langkah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat yang telah dibuat, tanpa mengira kaum.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

14

81. PR-1212-L12938

Datuk Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk memisahkan Kementerian Belia dan Sukan dengan tujuan memberikan tumpuan kepada golongan belia di negara ini.

82. PR-1212-L13167

Dato' Seri Ong Ka Ting [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan penerima biasiswa JPA dalam negeri mengikut etnik dari tahun 2004 hingga 2008.

83. PR-1212-L13281

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyak rumah kos rendah yang dilaksanakan oleh syarikat Perumahan Negara telah dibina di Sabah. Mengapakah Borang Permohonan rumah kos rendah tersebut diserah kepada individu yang tertentu dan bukan orang awam.

84. PR-1212-L13390 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah prosedur kedutaan Malaysia di luar negeri memperbaharui pasport rakyat dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan pembaharuan ini dan dikembali kepada pemohon-pemohon tersebut.

85. PR-1212-L14503

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah persiapan jangka panjang Kerajaan dalam menghadapi krisis makanan.

86. PR-1212-L14616

Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramaikah pelajar yang ditaja oleh Petronas ke luar negara mengikut kaum dari tahun 2003 hingga 2008.

87. PR-1212-L13715

Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan apakah perancangan Kementerian Pelancongan bagi Daerah Sipitang, memandangkan Sipitang sebagai pintu masuk dan keluar yang utama (jalan darat) dari Negara Brunei, Sarawak dan Kalimantan.

88. PR-1212-L14025

Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci semua kos perbelanjaan mengikut perkara-perkara secara spesifik yang telah dibelanjakan dalam projek pengubahsuaian pejabat-pejabat untuk Menteri Kabinet di Bangunan Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke 12 dan siapakah kontraktor yang dilantik serta jenis tender yang diguna pakai.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

15

89. PR-1212-L14585 Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) senarai nama serta nilai projek-projek pembinaan yang

telah dibina tetapi kemudiannya memerlukan belanjawan tambahan untuk diperbaiki keadaan selepas selesai pembinaan mengikut negeri dari tahun 2002-2007; dan

(b) apakah sebab-sebab perlunya belanjawan tambahan

tersebut. 90. PR-1212-L14037

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) perancangan Kementerian untuk menyelamatkan

golongan wanita dan lelaki lembut (tranvestites) yang terlibat dengan kerja-kerja pelacuran; dan

(b) program-program pemulihan yang sedia ada untuk tujuan

tersebut. 91. PR-1212-L13353

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan punca kehilangan Batu Putih, kesannya kepada kedaulatan Negara, sebabnya Malaysia boleh kalah dan adakah persiapan perundangan adalah kurang mencukupi.

92. PR-1212-L14410

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan telah bersedia mengkaji sistem pilihan raya sedia ada kepada sistem pilihan raya yang lebih adil dan saksama seperti sistem 'proportionate representative'.

93. PR-1212-L13605

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan apakah yang tercapai dari segi pelaksanaan MyICMS886, dan berapakah jumlah pembiayaan dan pulangan kuantitatif setakat ini.

94. PR-1212-L13056

Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang usaha penambakan sungai di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok yang sering kali berlaku hakisan ketika bencana banjir terutama sekitar pekan kawasan Rantau Panjang.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

16

95. PR-1212-L13647 Puan Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk mengadakan program-program belia yang mensasarkan kepada pesalah juvana.

96. PR-1212-L14169

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga bulan Mei 2008, terdapat berapa orangkah yang masih ditahan di bawah ISA berserta dengan nama mereka serta sebab-sebab ditahan dan berapa lama tempoh tahanan mereka.

97. PR-1212-L13720

Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh manakah kepekaan Kerajaan Malaysia berhubung dengan bantahan antarabangsa mengenai keputusan Kerajaan Junta Myanmar melanjutkan tahanan Aung San Suu Kyi selama setahun mulai 27 Mei 2008 mengakibatkan beliau ditahan selama enam tahun berturut-turut.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

17

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27 (3) Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut: “Bahawa Dewan ini, menyedari akan pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan dan pencapaian matlamat sosioekonomi yang baik semasa awal pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan meskipun ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan terutamanya kenaikan harga minyak petroleum mentah dunia; merestui usaha Kerajaan bagi melaksanakan Misi Nasional untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang bertujuan melaksanakan strategi dan program serta menyediakan peruntukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang teguh dan bersatu padu seperti di bentang dalam Kertas Perintah CMD 8 Tahun 2008; Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan keazaman yang teguh dan terus menyokong Kerajaan untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, progresif, adil, berdaya tahan dan berdaya saing.”

Perbahasan atas Masalah (26 Jun 2008)

2. (D.R. 2/2008) Rang Undang-undang Ahli Geologi 2008 – Menyambung semula Perbahasan atas Masalah “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” (25 Jun 2008) [Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar]

3. (D.R. 6/2008) Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan)

2008 [Menteri Pelajaran]

4. (D.R. 7/2008) Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 [Perdana Menteri]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

18

5. (D.R. 4/2008) Rang Undang-undang Lembaga

Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pindaan) 2008 [Menteri Pelancongan]

6. (D.R. 10/2008) Rang Undang-undang Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2008 [Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi]

7. PR-1212-U12759

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Second Hand Dealers Act yang diamalkan di Semenanjung belum lagi dipanjangkan ke negeri Sabah. Dan mengambil maklum bahawa dengan ketiadaan Akta ini, para peniaga besi buruk di Sabah hanya perlu mendapatkan lesen mereka daripada Pihak Berkuasa Tempatan sahaja. Dan mengambil maklum bahawa, rakan niaga mereka di Semenanjung yang dikawal oleh Akta ini hanya mendapat lesen mereka setelah permohonan dan premis mereka diperiksa serta transaksi perniagaan mereka secara terperinci oleh pihak polis. Dan mengambil maklum bahawa akhir-akhir ini, banyak kejadian buruk yang merugikan bukan sahaja rakyat tetapi negara, di negeri Sabah seperti keruntuhan tiang elektrik voltan tinggi, kehilangan kabel elektrik dan telefon. Dan mengambil maklum bahawa, tindakan undang-undang yang di ambil kepada para penjenayah tersebut adalah terbatas kerana pihak polis hanya bergantung dengan Local By-Laws. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memanjangkan second hand dealers acts ke negeri Sabah dengan kadar yang segera, agar kegiatan mencuri besi buruk dapat dibendung dan dihapuskan."

[Menteri Dalam Negeri] 8. PR-1212-U12760

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, kita kerap mendengar laporan serta keluhan mengenai dengan keruntuhan moral di kalangan muda-mudi kita, terutama sekali dalam kegiatan maksiat, jenayah dan penagihan dadah. Dan mengambil maklum bahawa Kerajaan melalui pelbagai agensi dan Jabatannya telah menjalankan banyak aktiviti dan kempen bagi mengatasi dan membendung masalah yang dimaksudkan di atas namun keberkesanannya kurang dirasai.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

19

Dan mengambil maklum bahawa pihak-pihak lain yang bernaung di bawah Badan keagamaan dan badan bukan Kerajaan juga boleh memainkan peranan mereka bagi mengatasi dan membendung masalah di atas. Namun kegiatan mereka selalunya terhad kerana ketiadaan dana untuk melaksanakan dan menjayakan program yang dirancang. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menyediakan dana yang cukup kepada Badan-badan yang dimaksudkan di atas agar kita bersama dapat mengatasi masalah ini."

[Menteri Belia dan Sukan] 9. PR-1212-U12761

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan isu kekurangan barang makanan terutama sekali beras, di mana pihak Kerajaan terpaksa campur tangan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi. Dan mengambil maklum bahawa negeri Sabah dan Sarawak mempunyai keluasan tanah yang mencukupi bagi maksud penanaman padi yang sekurang-kurangnya boleh menambah rizab beras negara . Dan mengambil maklum bahawa selain daripada tanah sawah, negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai tanah yang dengan kecerunan di bawah 25 % yang boleh ditanam dengan beras bukit misalnya beras Bario yang sememangnya terkenal di Sabah, Sarawak dan Brunei. Dan mengambil maklum juga bahawa di setengah kawasan di negara China, misalnya mereka mengusahakan penanaman padi bukit di kawasan yang kecerunannya melebihi 25%. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk menggalakkan dan memberikan subsidi bagi penanaman padi bukit di negeri Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan lagi bekalan dan rizab bekalan beras negara."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani] 10. PR-1212-U13628

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini membincangkan dasar kedaulatan makanan termasuk beras. Bahawa Dewan ini ingin tahu apa sebenarnya 70% mampu diri mengenai beras dan usaha untuk membuka lebih banyak tanah untuk tanaman padi."

[Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

20

11. PR-1212-U13630 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini hendak membahaskan perubahan dasar subsidi termasuk beras dan diesel. Dewan juga mahu mendebatkan cara-cara yang digunakan untuk memastikan golongan yang layak dapat menikmati subsidi dan penyelewengan dapat diatasi." [Perdana Menteri]

12. PR-1212-U13693

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung televisyen sepenuhnya bagi sidang Dewan Rakyat supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang."

[Menteri Penerangan] 13. PR-1212-U13695

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan Pilihan Raya Kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan] 14. PR-1212-U13697

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar." [Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

15. PR-1212-U13699

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama." [Perdana Menteri]

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

21

16. PR-1212-U13700 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Suruhanjaya Diraja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC)."

[Perdana Menteri]

17. PR-1212-U12997

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian dan memandang serius agar pihak Badan Pencegah Rasuah menubuhkan satu cawangan khas untuk mengendalikan perkara yang tidak ada rasuah terbabit tetapi pihak pegawai sengaja melambat-lambatkan proses pelaksanaannya. Contohnya, sesuatu kerja tidak dapat dijalankan disebabkan sesuatu badan/agensi yang melambat-lambatkannya untuk di proses."

[Perdana Menteri]

18. PR-1212-U12998

Datuk Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan memandang serius terhadap peningkatan penduduk Malaysia khasnya di Sabah yang meningkat secara mendadak sehingga jauh lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain di Malaysia, contohnya seperti Malaysia 10,439430 pada tahun 1970 dan 22,202,614 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 113%, Sarawak 976,269 pada tahun 1970 dan 2,012,616 pada tahun 2000 peratus kenaikannya sebanyak 106/% dan Sabah 636, 431 pada tahun 1970 dan 2,449,389 pada tahun 2000 peratus kenaikannya ialah sebanyak 285%. Bagaimana penduduk Sabah melambung naik sehingga 172% lebih tinggi daripada peratus kenaikan penduduk seluruh negara kita."

[Perdana Menteri]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

22

19. PR-1212-U13536 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan yang mulia ini meluluskan ketetapan bahawa Kerajaan Persekutuan hendaklah memulihkan semula Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di semua Majlis/Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran seluruh Negara dengan mengambil tindakan meminda Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan bagi maksud tersebut supaya kuasa perwakilan rakyat di dalam Kerajaan tempatan dikembalikan semula selaras dengan amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan tuntutan rakyat sebagaimana yang dijelmakan dalam keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang mencerminkan kehendak dan hasrat rakyat."

[Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan]

20. PR-1212-U13538

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan membina sebuah Muzium Memperingati Kapitan Yap Ah Loy bagi mengenang jasa mendiang sebagai pembuka dan Bapa Pembangunan Awal Kuala Lumpur untuk tatapan masyarakat Malaysia dan antarabangsa."

[Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan]

21. PR-1212-U13050

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mengambil tindakan terhadap kemasukan pendatang asing yang terlalu ramai sehingga tidak dapat dikawal dan menjejaskan sektor pekerjaan dan sosial."

[Menteri Dalam Negeri] 22. PR-1212-U13053

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini membuat resolusi untuk mendesak Kerajaan supaya menarik balik pindaan Akta Hubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Sekiranya ia tidak dipinda ia akan memberikan kesan yang tidak adil bagi kaum pekerja di negara ini."

[Menteri Sumber Manusia

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

23

23. PR-1212-U13331 Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR dan panel-panel SPR yang lain meletak jawatan akibat daripada tindakan membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya lepas dan tiada penjelasan yang kukuh bagi membatalkan sehingga kini. Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Pengerusi SPR adalah bercanggah. Pengerusi SPR juga melakukan pengecualian dalam proses pendaftaran pemilih serta tiada penjelasan diberikan. Dewan ini mendesak supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat SPR dan mengadakan public hearing bagi mengembalikan ketelusan dan keyakinan kepada rakyat."

[Perdana Menteri]

24. PR-1212-U12800

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi supaya mendedahkan kepada orang awam proses pelantikan pensyarah-pensyarah di Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam Negara." [Menteri Pengajian Tinggi]

25. PR-1212-U12802

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] akan mencadangkan:-

" Bahawa dewan ini meminta Kerajaan Malaysia supaya meningkatkan pengambilan calon-calon dari golongan bukan Bumiputera di sektor pekerjaan awam."

[Perdana Menteri] 26. PR-1212-U13880

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi RM100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibahas di Parlimen dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara mempertingkatkan integriti dan keberkesanan jangka panjang pembelian sistem pertahanan. " [Menteri Pertahanan]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

24

27. PR-1212-U14379 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa sumber bahan api seperti petroleum dan gas telah mengalami kenaikan harga yang semakin melambung dan rizab negara bahan ini akan kehabisan dalam tempoh 20 tahun. Dewan ini berpandangan bahawa Kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang progresif dan proaktif untuk memastikan bahawa negara ini tidak akan mengalami kekurangan bahan api dan mencari sumber alternatif yang mudah diganti renewable resources dengan secepat mungkin. Dewan ini mendesak supaya PETRONAS menerajui usaha-usaha untuk mencari sumber alternatif seperti biofuel dan bioethanol daripada sumber-sumber pertanian seperti sweet potato, jagung, sweet sorghum, tebu dan menghasilkan bahan api ini dengan skala besar. Dewan ini juga menggesa PETRONAS supaya berhenti daripada menerokai bidang-bidang yang bukan core competency mereka seperti membina hospital lima bintang Prince Court Medical Centre dan membina dewan muzik filharmonik dan menggaji pemuzik-pemuzik luar negara, di mana perkara-perkara ini merupakan perbelanjaan yang membazir yang hanya memberi keuntungan atau manfaat kepada segolongan kecil rakyat negara ini."

[Perdana Menteri] 28. PR-1212-U14020

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu dalam menguatkuasakan Resolusi 62/149 Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Moratorium terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 18 Disember 2007 di mana negara-negara yang masih mengamalkan hukuman mati diminta untuk menghentikan penggunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman-hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Moratorium tersebut."

[Menteri Luar Negeri]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

25

29. PR-1212-U14024 Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengkaji dalam penubuhan Penguat Kuasa Pengangkutan Awam Kebangsaan National Public Transport Authority (NPTA) untuk menyeragamkan pengangkutan awam di bandar dan antara bandar. Dewan ini berpandangan bahawa badan ini akan mengambil tanggungjawab dalam perancangan, pemantauan dan pembaikan sistem pengangkutan awam di jalan raya."

[Menteri Pengangkutan]

30. PR-1212-U14031

Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum dan sedar mengenai isu yang berkaitan dengan air khususnya berkaitan dengan jumlah penggunaan keperluan air, kesedaran mengenainya dan konservasinya. Justeru, adalah penting bagi Dewan ini mengkaji dalam penggubalan dasar-dasar yang bersangkut paut dengan permasalahan yang dinyatakan itu. Dasar ini nanti akan menjadi rujukan dan mampu dalam meningkatkan kesedaran rakyat berkenaan dengan hak asasi manusia bagi mendapat akses kepada keperluan air dengan selamat serta menjadi panduan kepada pemuliharaan air dan teknologi kepada penguat kuasa tempatan dan sektor-sektor perindustrian." [Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi]

31. PR-1212-U14607

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengutuk sikap tidak profesional Menteri Pelancongan yang membatalkan MoU berkaitan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersefahaman. Dewan ini berpandangan bahawa alasan tersebut bukan sahaja tidak munasabah, bahkan dipengaruhi oleh pemikiran politik kepartian yang amat sempit dan dangkal."

[Menteri Pelancongan]

32. PR-1212-U14617

Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian Pelajaran supaya membuat perisytiharan terbuka tentang penggunaan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik di sekolah. " [Menteri Pelajaran]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

26

33. PR-1212-U14620 Tuan Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Malaysia mengkaji semula AUKU supaya ia selaras dengan hak-hak kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Dewan ini berpandangan sekatan yang dikenakan oleh AUKU ke atas kebebasan pelajar adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia. "

[Menteri Pengajian Tinggi]

34. PR-1212-U14168

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini menyokong penuh agar cadangan pembinaan pusara Orang Kenamaan yang akan dibuat di ibu kota Kuala Lumpur dibatalkan. Ini kerana projek itu bukan sahaja tidak sesuai bahkan satu pembaziran kepada kawasan tanah yang semakin terhad di ibu kota." [Perdana Menteri]

35. PR-1212-U14177

Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak supaya Kerajaan Malaysia bertindak segera untuk membangunkan Pulau Pisang termasuk membatalkan perjanjian yang membenarkan Singapura mendirikan rumah api di pulau tersebut." [Menteri Luar Negeri]

36. PR-1212-U14182 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mencadangkan supaya Kerajaan membuat keputusan yang jelas dan tegas untuk mengurangkan kehadiran tenaga kerja asing di Malaysia. Kehadiran yang tidak terkawal itu menyebabkan bukan sahaja menutup peluang pekerjaan kepada orang tempatan tetapi masalah jenayah yang semakin meningkat dan tidak terkawal."

[Menteri Dalam Negeri]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT … DR 30.6.2008 _Isnin_.pdf · 1. PR-1212-L12914 Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN

AUM DR 30/6/2008

27

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

TARIKH UCAPAN DIBUAT

AHLI YANG BERUCAP

TAJUK UCAPAN MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB

1. 30.6.2008 (Isnin)

1. Tuan Mohd. Nasir Zakaria (Padang Terap)

1. Kerajaan Perlu Kaji Impak Dari Penguatkuasaan Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Air Secara Adil.

1. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi

2. 30.6.2008 (Isnin)

2. Dato’ Ibrahim bin Ali (Pasir Mas)

2. Kerajaan akan menaikkan kuota dari 10% kepada 45% pemberian Biasiswa kepada Bukan Bumiputera di

bawah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun ini, 2008.

2. Perdana Menteri