60820020-pratikal-1

Upload: ismail-wahid

Post on 10-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    1/7

    Pengenalan

    Kursus Aplikasi Matematik (MTE 3114) ini meliputi matematik dalam

    kehidupan seharian, kod klasik, cipher dan kriptografi, penggunaan model

    matematik dalam biologi dan ekologi dan beberapa idea utama matematik

    berkaitan dengan kalkulus. Pada semester ini, kami guru pelatih PISMP

    semester 8 diminta melaksanakan aktiviti pratikal dalam tugasan kerja kursus

    projek.

    Pratikal 1

    (i) Meneroka peranan matematik dalam teknologi moden.

    Matematik merupakan ilmu dasar yang sangat diperlukan untuk landasan

    bagi teknologi dan pengetahuan moden. Di samping itu, Matematik

    memberikan ketrampilan yang tinggi pada seseorang dalam hal daya

    abstaksi, analisis permasalahan dan penalaran logika. Dengan demikian

    Matematik berfungsi untuk membantu mengkaji alam sekitar sehingga dapatdikembangkan menjadi teknologi untuk kesejahteraan umat manusia.

    Contohnya, masalah- masalah yang timbul dalam sektor pertanian, industri,

    ekonomi dan kesehatan juga dapat dipecahkan dengan pendekatan-

    pendekatan matematik.

    Peranan Matematika dalam Perkembangan Ilmu Pengetahuan dan

    Teknologi

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    2/7

    Perkembangan ilmu abad ke-20 menjadikan manusia sebagai insan istimewa

    dilihat dari kemajuan berimajinasi. Konsep terbaru filsapat abad ke-20 di

    dasarkan atas dasar fungsi berfikir, merasa, cipta talen dan kreativiti.

    Ilmu merupakan pengetahuan yang didapatkan melalui kaedah saintifik

    (Gambar 1). Untuk melakukan kegiatan ilmiah secara baik perlu sarana

    berfikir, yang membolehkan dilakukannya penelaahan ilmiah secara teratur

    dan cermat. Sarana ilmiah pada dasarnya merupakan alat membantu

    kegiatan ilmiah dalam pelbagai langkah yang harus ditempuh. Tujuan

    mempelajari sarana ilmiah adalah untuk membolehkan kita melakukan

    penelaahan ilmiah secara baik, sedangkan tujuan mempelajari ilmu bertujuan

    untuk mendapatkan pengehahuan yang membolehkan anda boleh

    menyelesaikan masalah sehari-hari.

    Peranan Matematik dalam Komputer

    Dewasa ini, komputer digunakan di hampir semua bidang kehidupan

    manusia, seperti bidang pendidikan, perniagaan, permainan pentadbiran dan

    sebagainya.

    Penggunaan komputer berkait rapat dengan pemograman komputer.

    Pada dasarnya, komputer hanya merupakan mesin yang tidak biasa.

    Pengguna harus memberikan beberapa siri arahan kepada komputer supaya

    mematikan enjin 'pintar' ini dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk

    boleh melakukannya, kita harus mempunyai ilmu tentang komputer.

    Ilmu komputer, atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Computer Science

    (CS). Ilmu komputer merangkumi pelbagai topik yang berkaitan dengan

    komputer, mulai dari analisa abstrak algoritma sampai subjek yang lebih

    konkrit seperti bahasa pengaturcaraan, perisian , termasuk peranti keras.

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    3/7

    Sebagai suatu disiplin ilmu, Ilmu Komputer lebih menekankan pada

    pemograman komputer, dan kejuruteraan perisian (software), sementara

    teknik komputer lebih cenderung berkaitan dengan hal-hal seperti perangkat

    keras komputer (hardware). Namun demikian, kedua-dua istilah tersebut

    sering disalah-ertikan oleh banyak orang. Ilmu Komputer mempelajari apa

    yang boleh dilakukan oleh beberapa program, dan apa yang tidak

    (komputabilitas dan intelegensia buatan), bagaimana program itu perlu

    menilai suatu hasil (algoritma), bagaimana program harus menyimpan dan

    mengambil bit tertentu dari suatu informasi (struktur data), dan bagaimana

    program dan pengguna berkomunikasi (antara muka pengguna dan bahasa

    pengaturcaraan. Ilmu komputer berakar dari elektronika, matematika dan

    linguistik.

    Dalam perkembangan komputer, matematik juga mempunyai banyak

    peranan dalam perkembangaanya. Kita tidak sangsi bahawa sumbangan

    Matematik terhadap perkembangan Ilmu dan Teknologi sangat besar sekali.

    Contohnya Boolean Aljabar untuk komputer berdigital moden, splines

    digunakan untuk mengubah bentuk 3 dimensi, Fuzzy untuk peralatan

    elektronik, kaedah berangka untuk bidang teknik, rantai markov untuk bidangkewangan dan ekonomi adalah beberapa contoh penggunaan matematik

    dalam bidang ilmu dan teknologi.

    Perkembangan matematik ini telah banyak melahir dan mencetus

    idea-idea ke arah pelaksanaan peralatan moden seperti komputer dan sistem

    komunikasi. Walaupun peradaban manusia berubah dengan pesat tetapi

    bidang matematik terus relevan dan menyokong kepada perubahan ini.

    Sumbangan matematik terhadap perkembangan Ilmu Komputer adalah

    sangat besar. Istilah-istilah seperti Statistika, Kebarangkalian, Teori

    Maklumat, Teori Graf, Aljabar Boolean, Matematik Diskret, Algoritma, dan

    Kalkulus yang ternyata sangat diperlukan dalam perkembangan Ilmu

    Komputer

    Kebarangkalian juga digunakan dalam bidang ilmu konputer.

    Kebarangkalian suatu kejadian adalah nombor yang menunjukkankemungkinan berlakunya suatu kejadian. Nilainya di antara 0 dan 1. Kejadian

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    4/7

    yang mempunyai nilai kebarangkalian 1 adalah kejadian yang pasti terjadi,

    dan tentu tidak akan mengejutkan sama sekali. Misalnya matahari yang

    masih terbit di timur sampai sekarang. Sedangkan suatu kejadian yang

    mempunyai nilai kebarangkalian 0 adalah kejadian yang mustahil atau tidak

    mungkin berlaku. Misalnya seorang manusia melahirkan seekor kambing.

    Selain itu, Algoritma juga adalah suatu prosedur yang tepat untuk

    menyelesaikan masalah dengan menggunakan bantuan komputer serta

    menggunakan suatu bahasa pemograman tertentu seperti bahasa Pascal,

    Visual Basic, Java, dan masih banyak lagi bahasa yang lain.

    Dengan algoritma, kita dapat mengatasi masalah dari yang sederhana

    sampai yang kompleks sekalipun. Namun, seorang pengguna harus mampu

    membuat suatu program dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh

    komputer. Sebelum disajikan dalam bentuk bahasa pemograman, sebaiknya

    kita membuat diagram alir (Flow Chart) dan Pseudocode. Hal ini dimaksudkan

    agar dapat memudahkan kerja atau mempermudah dalam membuat program.

    Selain itu, algoritma dapat mengatasi masalah logik dan masalah matematik

    dengan cara berturut-turut, tetapi kadang-kadang algoritma tidak selaluberturut-turut, hal ini dikenal dengan proses percabangan.

    Pada dasarnya, komputer adalah mesin digital, ertinya komputer hanya

    boleh mengenal keadaan ada arus elektrik (biasanya dilambangkan dengan

    1) dan tidak ada arus elektrik (biasanya dilambangkan dengan 0). Dengan

    kata lain, kita perlu menggunakan kata laluan 0 dan 1 untuk melakukan

    pemograman komputer. Bahasa pemrogaman yang menggunakan kata

    laluan 0 dan 1 ini disebut bahasa mesin. Kerana bahasa mesin sangat susah,

    maka muncul idea untuk melambangkan untaian kata laluan 0 dan 1 dengan

    singkatan kata yang lebih mudah difahami manusia biasa disebut dengan

    mnemonic code. Bahasa pemprogaman yang menggunakan singkatan kata

    ini disebut bahasa assembly.

    Program algoritma harus lengkap, nyata, dan jelas. Walaupun tugas

    algoritma tidak menghasilkan penyelesaian, tetapi proses harus berakhir hal

    ini disebut dengan semi algorithm (prosedur akan berjalan terus atau biasa

    disebut dengan perulangan). Intinya kita tidak boleh menambah masalah,akan tetapi kita harus mampu menyelesaikan masalah untuk mendapat hasil

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    5/7

    yang tepat.

    Kalkulus adalah cabang ilmu matematik yang merangkumi limit,

    turunan, integral, dan deret tak terhingga Kalkulus mempunyai aplikasi yang

    luas dalam bidang sains dan teknik dan digunakan untuk menyelesaikan

    masalah yang kompleks yang mana aljabar tidak cukup untuk

    menyelesaikannnya. Kalkulus digunakan di setiap cabang sains fizikal, sains

    komputer, statistik, teknik, ekonomi, perniagaan, perubatan, dan di bidang-

    bidang lain. Komputer membaca data dalam bentuk bilang biner sementara

    cara mencari bilangan biner dipelajari dalam ilmu kalkulus.

    Di bidang pengkomputeran, statistika diterapkan dalam pengenalan

    pola maupun kecerdasan buatan. John Von Neumann merupakan tokoh yang

    berpengaruh terhadap perkembangan ilmu komputer dan pengkomputeran

    moden. Beliaulah memperkenalkan konsep sebuah sistem yang menerima

    Arahan-Arahan dan menyimpannya dalam sebuah memori. Konsep ini telah

    menjadi asas senibina komputer hingga hari ini. Beliau juga salah seorang

    saintis yang sangat berpengaruh dalam pembuatan bom atom di Los Alamos

    pada Perang Dunia II lalu. Kepiawaian Von Neumann terletak pada bidang

    teori game yang melahirkan konsep bimbit automata, teknologi bom atom,

    dan pengkomputeran moden yang melahirkan komputer. Kegeniusannya

    dalam matematik telah terlihat semenjak kecil dengan mampu melakukan

    pembahagian bilangan lapan digit (angka) di dalam kepalanya.

    Sebenarnya masih banyak lagi peranan matematika dalam ilmu komputer

    yang belum di jelaskan di atas antara lain Statistika, Teori Maklumat, Teori

    Graf, Aljabar Boolean, Matematik Diskret, dan masih banyak lagi

    Kesimpulannya, matematik memainkan peranan yang penting dalam

    penyelesaian masalah dengan menggunakan bantuan komputer serta

    menggunakan suatu bahasa pemprogaman.

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    6/7

    (ii) Meneroka matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan.

    Dalam bidang muzik, operasi Matematik dapat dilihat dalam not-not yang

    dihasilkan. Setiap not yang dihasilkan ini mewakili frekuensi yang berbeza.

    Maka setiap not yang digunakan akan menghasilkan bunyi atau nada yang

    berbeza. Ada yang bernada tinggi dan juga ada yang bernada rendah,

    pemuzik yang menghasilkan not-not untuk membentuk sebuah lagu yang

    boleh membuai perasaan pendengar adalah seorang pemuzik yang

    mempunyai pengetahuan yang baik dalam kedua-dua bidang ini keranamereka pandai mengaitkan antara Matematik dan Muzik. Matematik juga

    dapat dikaitkan dengan bidang seni. Bentuk-bentuk yang dihasilkan dalam

    bidang seni boleh dilihat daripada bentuk-bentuk geometri yang dipelajari

    dalam Matematik. Jesteru, bidang Mateamtik kini mempunyai peranan yang

    begitu besar kepada masayarakat dunia kerana saling berkait antara satu

    perkara dengan satu perkara yang lain.

  • 7/22/2019 60820020-Pratikal-1

    7/7