60222768-praktikal-1

Upload: hanan-arsad

Post on 03-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    1/9

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU

    KAMPUS TUANKU BAINUN

    14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

    LAPORAN KIMIA

    PENYULINGAN BERPERINGKAT

    NAMA : MUHAMMAD FADHLI BIN OTHMAN

    NO. KAD PENGENALAN : 910508-24-6565

    KUMPULAN/UNIT : 2 PISMP SN/PJ

    NAMA PENSYARAH

    PEMBIMBING : EN. NASIR B. OTHMAN

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    2/9

    Praktikal 1 Minyak

    Objektif Mengkaji penyulingan berperingkat petroleum

    Radas/Bahan 1. Petroleum

    2. Kertas turas

    3. Chip Pocelain

    4. Kaki retort

    5. Termometer

    6. Kelalang Penyulingan

    7. Kondensar Liebig

    8. Kelalang kon

    9. Kasa dawai10. Kaki tugu tiga

    11. Piring Penyejat

    12. Pembakar Bunsen

    Teori Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai

    dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon.

    Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada

    hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur

    dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka

    tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen .

    Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam

    keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di

    bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya

    menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum

    berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisanbatuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas

    cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada

    metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .

    Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    3/9

    kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan

    berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana

    setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

    Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses

    penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan

    berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara

    pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih

    rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahag ian atas

    menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon

    dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di

    bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai

    cecair.

    Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan

    kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya

    tersendiri.

    Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul

    hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang

    kecil . Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan , proses

    peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu

    pecahan tersebut.

    Langkah-langkah Penyulingan berperingkat Petroleum

    1. Segala radas telah di tetapkan mengikut rajah 1

    2. Petroleum di dalam kelalang penyulingan telah

    dipanaskan secara perlahan-lahan

    3. Pecahan petroleum yang pertama telah dikumpulkan

    pada suhu 30-80 C

    4. Pemanasan telah diteruskan dan penyulingan telah

    dikumpulkan dalam kelalang kon yang berbeza

    mengikut suhu 80-120 C, 120-160 C dan 160-200 C.

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    4/9

    Sifat-sifat hasil pecahan penyulingan petroleum

    1. Warna bagi setiap pecahan penyulingan telah dikaji

    2. Kelikatan setiap pecahan penyulingan telah diperhati

    dengan menyengetkan kelalang kon.

    3. Bagi setiap pecahan, sedikit daripadanya telah dituang

    ke dalam piring penyejat dan dipanaskan. Warna api

    dan jelaga dihasilkan telah dicatatkan.

    Langkah berjaga-jaga 1. Pastikan setiap pemasangan radas adalah ketat dan

    tidak akan tertanggal semasa melakukan eksperimen

    2. Pastikan penunu Bunsen tidak dinyalakan terlalu kuat

    semasa memanaskan petroleum

    3. Pastikan kipas di dalam makmal ditutup semasa

    melakukan eksperimen

    4. Berhati-hati semasa menguji kelikatan minyak dan

    pastikan minyak tidak tumpah semasa menggoncang

    kelalang kon.

    5. Jangan bermain-main semasa melaukan eksperimen

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    5/9

    Gambar rajah

    Rajah menunjukkan cara penyediaan radas dan bahan proses Penyulingan

    Berperingkat

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    6/9

    Hasil kajian

    Pecahan Suhu (C) Warna Kelikatan Kecenderungan

    kebarakaran

    Petrol 30-80 Tidak bewarna Tidak likat Sangat tinggi

    Nafta 80-120 Kuning Muda Sedikit Likat Tinggi

    Kerosin 120-160 Perang Pekat Rendah

    Disel 160-200 Perang tua -

    Hitam

    Sangat Pekat Amat rendah

    Perbincangan

    Peningkatan takat suhu bagi setiap komponen hidrokarbon akan menyebabkan

    kelikatan dan kecenderungan bakaran cecair dari pecahan tersebut semakin

    meningkat. Semua pecahan daripada proses penyulingan tersebut tidak larut dalam

    air. Setiap pecahan penyulingan yang dihasilkan adalah sebatian kovalen(covalent

    bond) iaitu kesemua pecahan boleh terbakar dan akan menghasil kan karbon

    dioksida dan air.

    Kesimpulan

    1. Petroleum dapat disuling menggunakan proses penyulingan berperingkat

    2. Di beberapa takat suhu, minyak yang berbeza akan terhasil daripada proses

    penyulingan berperingkat

    3. Setiap minyak yang terhasil yang berbeza mengikut suhu mempunyai sifat

    yang tersendiri.

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    7/9

    Soalan

    1. Bincangkan kecenderungan pembakaran pecahan petroleum.

    Semakin tinggi takat didih pecahan itu Semakin sukar ia terbakar dan

    kuantiti jelaga semakin bertambah kerana peratus karbon per molekul

    semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu.

    2. Bincangkan hubungan diantara takat didih pecahan dengan:

    a. Warna pecahan tersebut

    Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu makin cerah

    warnanya. Ini kerana semakin rendah takat didih, semakin kurang

    jumlah karbon yang dihasilkan didalam pecahan tersebut.

    b. Kelikatan pecahan tersebut

    Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu makin kurang likat

    pecahan itu. Ini terjadi kerana ikatan kovalen yang terbentuk lebih

    tinggi berbanding di takat didih yang lebih rendah.

    c. Jumlah jelaga yang dihasilkan

    Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu makin berjelaga

    nyalanya. Ini kerana jumlah karbon yang dikandung pecahan tersebut

    lebih tinggi seiring berbanding pecahan yang lebih kurang takat

    didihnya.

    3. Tuliskan persamaan kimia yang stabil untuk melambangkan pembakaran

    gasoline.

    4. Pembakaran tidak lengkap gasoline akan menyebabkan pelepasan udara

    beracun seperti carbon monoxida dan Nitrik oksida. Tuliskan persamaan kimia

    yang stabil untuk melambangkan pembakaran tidak lengkap gasoline

    tersebut?

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    8/9

    5. Apa itu biodiesel?

    Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran

    atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil

    atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia

    lipid (contoh, minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol.

    Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan

    dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai

    bahan api enjin diesel diubah suai. Biodiesel boleh digunakan sendirian,

    atau dicampur dengan petrodiesel.

    6. Apakah kelebihan menggunakan biodisel berbanding minyak petroleum?

    Biodiesel mempunyai kelebihan berbanding diesel petroleum. Kelebihan

    utama biodiesel ialah sumber minyak ini dapat diperbaharui dan tidak

    akan habis berbanding minyak petroleum yang tidak dapat di perbaharui

    dan akan habis pada satu hari kelak.

    Biodiesel juga membantu dalam pengurangan pengeluaran gas rumah

    hijau, penebangan hutan, pencemaran dan kadar biodegradasi. Biodiesel

    dari keputusan minyak soya, pada purata, dalam 57% pengurangan gas

    rumah hijau berbanding diesel fosil, dan biodiesel dihasilkan dari minyak

    gris buangan menghasilkan 86% pengurangan.

  • 7/29/2019 60222768-Praktikal-1

    9/9

    Rujukan

    1. Laurence M. Harwood, Christopher J. Moody. Experimental organic chemistry:

    Principles and Practice (Illustrated ed.). pp. 145147.

    2. Perry, Robert H. and Green, Don W. (1984). Perry's Chemical Engineers'

    Handbook(6th ed.).McGraw-Hill

    3. Fractional distillation, Wikipedia, the free encyclopedia di URL:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Fractional_distillation

    4. Tyson, R.L.. ""2006 Biodiesel Handling and Use Guide Third Edition" " (PDF).

    http://www.nrel.gov/vehiclesandfuels/npbf/pdfs/40555.pdf5. "Biodiesel 101 - Biodiesel Definitions". National Biodiesel Board. Di URL

    http://www.biodiesel.org/resources/definitions/default.shtm