60% siswazah institusi pendidikan sangat gelap, panas dan berasap. “tujuan saya adalah menunjukkan...

1
ESHAHIDA SARHID [email protected] ENAM daripada 10 siswazah institusi pen- didikan swasta (PEI), atau sekitar 60.1 pera- tus, mendapat pekerjaan tetap sepenuh masa enam bulan selepas tamat pengajian. Demikian dapatan terkini Tinjauan Peker- jaan Siswazah (GES) bagi PEI yang didedah- kan Jawatankuasa Pendidikan Swasta (CPE) semalam. Sebanyak 40 PEI ditinjau, dengan 29 dari- padanya mempunyai siswazah daripada Pro- gram Ijazah Luaran (EDP) sepenuh masa. Tinjauan itu menggunakan metodologi yang sama digunakan terhadap Universiti Berautonomi (AU) seperti Universiti Nasion- al Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi memastikan perbandin- gan yang dibuat adalah adil. Secara perbandingan, kadar siswazah AU yang mendapat pekerjaan sepenuh masa enam bulan selepas tamat pengajian ialah 79.9 peratus. Dari segi kadar bagi siswazah PEI yang mendapat pekerjaan termasuk kerja sepenuh masa, sambilan, bebas dan kontrak enam bulan selepas tamat pengajian pula an- gkanya ialah 84.3 peratus. Ini berbanding dengan 89.6 peratus bagi siswazah AU. Selain itu tinjauan GES, yang kebanya- kannya meliputi siswazah berusia 27 tahun ke bawah, turut menunjukkan gaji bulanan siswazah PEI yang mendapat pekerjaan tetap ialah $2,550 berbanding dengan $3,325 yang diraih siswazah yang tamat pen- gajian di AU. Bagi memastikan dapatan tinjauan mencerminkan kesan EDP terhadap hasil mendapat pekerjaan bagi siswazah baru, tin- jauan itu tidak merangkumi pelajar sambilan atau dewasa di PEI. Tinjauan tersebut dijalankan dari Julai hingga September tahun ini dan memberi tumpuan kepada siswazah yang tamat penga- jian daripada EDP sepenuh masa antara Mei 2015 dengan April 2016. Daripada sekitar 11,000 siswazah yang tamat pengajian semasa tempoh tersebut, 32 peratus telah memberikan respons mereka terhadap tinjauan tersebut. Menyentuh tentang kadar penyertaan siswazah yang agak rendah dalam tinjauan pertama ini, Ketua Pegawai Eksekutif Skills- Future Singapore, Encik Ng Cher Pong, ber- kata pihaknya akan mengadakan tindakan susulan dengan PEI dengan antara lain mem- bincangkan bagaimana meningkatkan kadar respons siswazah bagi tinjauan yang akan da- tang. Kesemua PEI yang menawarkan EDP di- wajibkan mengambil bahagian dalam GES ini. Ini kerana kebanyakan EDP selalunya memakan tempoh yang lama dan, dari segi harga, antara yang paling mahal. Tinjauan tahunan itu yang pertama kali didedahkan bertujuan membantu pelajar membuat keputusan lebih baik berdasarkan maklumat yang ada tentang pilihan pendidi- kan mereka. Antara lain, pelajar dapat melihat senarai hasil mendapat pekerjaan dan gaji yang bakal diraih bagi PEI yang mengambil ba- hagian. Encik Ng turut berharap dapatan tinjauan itu akan membantu bakal pelajar membuat keputusan lebih baik berdasarkan maklumat terutama mereka yang berada di persimpan- gan perjalanan pendidikan. “Apabila tiba di persimpangan, dulu ada yang terfikir sama ada mahu meneruskan pelajaran atau bekerja. “Kini ada juga laluan ketiga dan ini dapat dilihat dengan adanya program bekerja dan belajar seperti program Earn and Learn (Ber- gaji dan Belajar). “Dapatan tinjauan ini akan membantu mereka. Melihat perangkaan kadar peker- jaan pastinya akan membantu pelajar mem- buat perbandingan dengan kos mengikuti pengajian EDP,” ujarnya. Keputusan penuh tinjauan itu boleh dida- pati di laman web CPE. Dapatan GES PEI yang selanjutnya akan dikeluarkan dalam suku pertama 2018 bagi siswazah yang baru sahaja tamat pengajian EDP antara Mei 2016 dengan April 2017. 60% siswazah institusi pendidikan swasta dapat kerja 6 bulan lepas lulus Ini berbanding 79.9% bagi siswazah universiti berautonomi Sebanyak 697 pegawai Home Team diiktiraf dengan Anugerah Hari Kebangsaan baru-baru ini. Anugerah itu mengiktiraf mereka bagi sumbangan dan komitmen mereka menjaga keselamatan Singapura. Antara mereka termasuk Inspektor Balai Kanan (SSI) Yazid Sawal yang berkhidmat dengan Polis Trafik dan Mejar Khaisarah Mansor daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Laporan ERVINA MOHD JAMIL ([email protected]).

Upload: dotram

Post on 22-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 60% siswazah institusi pendidikan sangat gelap, panas dan berasap. “Tujuan saya adalah menunjukkan kepa-da orang awam tugas sebenar yang dijalan- kan pegawai bomba ini... ia bukan

ORANG awam jarang dapat melihat pe-gawai bomba beraksi meredah ‘lautan’ api demi menyelamatkan nyawa dan harta ben-da sehingga ada kala terpaksa memper-taruh nyawa mereka.

Namun, dengan usaha pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) seper-ti Mejar Khaisarah Mansor, 38 tahun, orang awam dapat mengenali dengan lebih dekat kerja yang mereka lakukan dan cabaran yang perlu mereka lalui semasa menjalan-kan tanggungjawab berat itu.

Penganalisis media yang berkhidmat di Jabatan Ehwal Awam SCDF itu juga kadan-gkala menghadapi pelbagai risiko merakam kerja yang dijalankan pegawai bomba di se-balik tabir serta menyampaikan maklumat yang tepat dan jelas kepada orang ramai.

Beliau merupakan antara 21 pegawai Home Team yang diiktiraf dengan Pingat Kepujian di Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan 2017 Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Auditorium Uni-versiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapu-ra (SUTD) baru-baru ini.

Pingat itu mengiktiraf individu bagi prestasi mereka yang cemerlang serta kecekapan dan komitmen mereka.

“Saya rasa gembira segala usaha saya se-masa berkhidmat dengan SCDF diiktiraf. Anugerah ini juga mendorong saya mem-beri lebih banyak sumbangan,” ujar Mejar Khaisarah yang telah berkhidmat dengan SCDF selama lebih 14 tahun.

Sebagai penganalisis media, beliau anta-ra lain bertanggungjawab bekerjasama den-gan agensi lain bagi merancang pelan mak-lumat mereka sekiranya krisis berlaku, ter-masuk bagi acara besar seperti Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan Grand Prix Singapura.

Beliau juga turun padang semasa kejadi-an besar seperti kebakaran di Bangunan CK di Tampines Street 92 pada 17 Ogos tahun lalu.

Semasa di tempat kejadian itu, Mejar Khaisarah dan rakan sepasukannya antara lain mengurus media, membantu mereka mewawancara komander yang bertang-gungjawab bagi operasi memadam api terse-but serta memberi maklumat terkini kepa-da media secara konsisten.

“Saya juga cuba memasuki bangunan itu bagi merakam gambar terbaik untuk diberi kepada media dan untuk dimuat naik di me-dia sosial SCDF.

“Saya mengikut beberapa pegawai naik tangga sehingga tingkat dua atau tiga tetapi harus keluar selepas itu kerana keadaan di dalam sangat gelap, panas dan berasap.

“Tujuan saya adalah menunjukkan kepa-da orang awam tugas sebenar yang dijalan-kan pegawai bomba ini... ia bukan mudah. Lagipun, orang awam jarang dapat melihat operasi memadam api ini,” katanya yang berada di tapak kejadian itu selama lapan jam, dari tengah hari hingga malam.

Dalam pada itu, Mejar Khaisarah juga te-lah berbakti sebagai Adikung Kehormat (HADC) kepada Presiden Singapura sejak 2009, menjadikannya pegawai wanita dari-pada SCDF yang telah berkhidmat paling la-ma dalam jawatan tersebut.

“Bagi saya, ini satu penghormatan untuk berbakti kepada jawatan tertinggi negara ini. Saya juga berpeluang bertemu dengan pegawai daripada agensi lain seperti polis dan tentera, yang turut berkhidmat sebagai HADC,” ujarnya.

BELIAU pernah beberapa kali mengetuai sekumpulan anggota Polis Trafik (TP) yang mengiring orang ke-namaan (VIP) ke pelbagai tempat tu-juan mereka di sini.

Namun, setiap kali beliau diberi tanggungjawab itu atau untuk menye-laras laluan yang harus diambil pe-gawai yang mengiring VIP berkenaan, Inspektor Balai Kanan (SSI) Yazid Saw-al, 43 tahun, tetap mengambil masa se-hingga beberapa bulan untuk mem-buat persiapan baginya.

Ini bagi memastikan bahawa setiap tugasan dapat dijalankan setepat dan sesempurna mungkin.

SSI Yazid yang sudah berkhidmat dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) selama 20 tahun, dengan tujuh tahun di TP, antara lain berpengalaman men-jadi pegawai utama mengiringi Pres-iden Singapura ke Perbarisan Hari Ke-bangsaan (NDP) dan pemimpin dari lu-ar negara yang berkunjung ke Singapu-ra bagi lawatan rasmi serta dalam aca-ra besar seperti semasa perarakan pengebumian negara bagi Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.

SSI Yazid merupakan antara 128 pe-gawai Home Team yang diiktiraf den-gan Pingat Kecekapan di Majlis Pen-yampaian Anugerah Hari Kebangsaan 2017 Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Auditorium Universi-ti Teknologi dan Reka Bentuk Singapu-ra (SUTD) baru-baru ini.

Pingat itu mengiktiraf individu yang telah memberi sumbangan besar

serta menunjukkan sikap tekun dan dedikasi dalam menjalankan tugas mas-ing-masing.

“Saya gembira dan bangga diiktiraf bagi kerja yang saya lakukan ini. Saya harap keluarga saya juga bangga den-gan pencapaian saya,” ujar bapa em-pat anak yang berusia antara sembilan dengan 16 tahun itu.

Selain mengetuai pegawai yang mengiringi orang kenamaan dan menyelaras laluan trafik bagi tujuan tersebut, SSI Yazid yang merupakan Timbalan Pegawai Bertanggungjawab Pasukan Operasi Khas di TP juga terli-

bat dalam operasi penguatkuasaan di peringkat tinggi, termasuk yang meli-batkan kegiatan lumba terlarang.

Menyingkap antara detik yang tidak dapat dilupakan semasa men-jalankan tugas, SSI Yazid berkata pen-galaman mengiring Presiden ke Padang bagi NDP pada tahun jubli emas Singapura pada 2015 antara yang paling mencabar baginya.

“Sempena ulang tahun ke-50 Sin-gapura, ada lebih banyak pertunjukan udara berbanding NDP lain.

“Oleh itu, cabaran saya adalah memimpin beberapa pegawai lain men-giring Presiden ke Padang supaya ka-mi tiba dengan selamat dan tepat pada masanya kerana jika lambat walau seminit pun, ia akan menjejas jadual acara lain termasuk pertunjukan udara itu,” katanya.

Selain memastikan VIP tiba di desti-nasi mereka tepat pada waktunya dan dengan selamat, SSI Yazid berkata pa-sukannya juga harus sentiasa bersedia bertindak bagi sebarang kemungkinan, seperti mengubah laluan bagi menge-lakkan kesesakan jalan raya.

Menyingkap pengalaman semasa Presiden China melawat Singapura se-belum ini, SSI Yazid berkata:

“Di hampir setiap tempat yang dikunjungi beliau, terdapat ramai orang yang menunggu di sana kerana mereka ingin melihatnya, sehingga mereka mengadang laluan kami.

“Selain menjaga keselamatan VIP yang kami iringi, kami juga harus me-mastikan orang awam di situ selamat.”

ESHAHIDA SARHID

[email protected]

ENAM daripada 10 siswazah institusi pen-didikan swasta (PEI), atau sekitar 60.1 pera-tus, mendapat pekerjaan tetap sepenuh masa enam bulan selepas tamat pengajian.

Demikian dapatan terkini Tinjauan Peker-jaan Siswazah (GES) bagi PEI yang didedah-kan Jawatankuasa Pendidikan Swasta (CPE) semalam.

Sebanyak 40 PEI ditinjau, dengan 29 dari-padanya mempunyai siswazah daripada Pro-gram Ijazah Luaran (EDP) sepenuh masa.

Tinjauan itu menggunakan metodologi yang sama digunakan terhadap Universiti Berautonomi (AU) seperti Universiti Nasion-al Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi memastikan perbandin-gan yang dibuat adalah adil.

Secara perbandingan, kadar siswazah AU yang mendapat pekerjaan sepenuh masa enam bulan selepas tamat pengajian ialah 79.9 peratus.

Dari segi kadar bagi siswazah PEI yang mendapat pekerjaan termasuk kerja sepenuh masa, sambilan, bebas dan kontrak enam bulan selepas tamat pengajian pula an-gkanya ialah 84.3 peratus.

Ini berbanding dengan 89.6 peratus bagi siswazah AU.

Selain itu tinjauan GES, yang kebanya-kannya meliputi siswazah berusia 27 tahun ke bawah, turut menunjukkan gaji bulanan siswazah PEI yang mendapat pekerjaan

tetap ialah $2,550 berbanding dengan $3,325 yang diraih siswazah yang tamat pen-gajian di AU.

Bagi memastikan dapatan tinjauan mencerminkan kesan EDP terhadap hasil mendapat pekerjaan bagi siswazah baru, tin-jauan itu tidak merangkumi pelajar sambilan atau dewasa di PEI.

Tinjauan tersebut dijalankan dari Julai hingga September tahun ini dan memberi tumpuan kepada siswazah yang tamat penga-jian daripada EDP sepenuh masa antara Mei 2015 dengan April 2016.

Daripada sekitar 11,000 siswazah yang tamat pengajian semasa tempoh tersebut, 32 peratus telah memberikan respons mereka terhadap tinjauan tersebut.

Menyentuh tentang kadar penyertaan siswazah yang agak rendah dalam tinjauan pertama ini, Ketua Pegawai Eksekutif Skills-Future Singapore, Encik Ng Cher Pong, ber-

kata pihaknya akan mengadakan tindakan susulan dengan PEI dengan antara lain mem-bincangkan bagaimana meningkatkan kadar respons siswazah bagi tinjauan yang akan da-tang.

Kesemua PEI yang menawarkan EDP di-wajibkan mengambil bahagian dalam GES ini.

Ini kerana kebanyakan EDP selalunya memakan tempoh yang lama dan, dari segi harga, antara yang paling mahal.

Tinjauan tahunan itu yang pertama kali didedahkan bertujuan membantu pelajar membuat keputusan lebih baik berdasarkan maklumat yang ada tentang pilihan pendidi-kan mereka.

Antara lain, pelajar dapat melihat senarai hasil mendapat pekerjaan dan gaji yang bakal diraih bagi PEI yang mengambil ba-hagian.

Encik Ng turut berharap dapatan tinjauan

itu akan membantu bakal pelajar membuat keputusan lebih baik berdasarkan maklumat terutama mereka yang berada di persimpan-gan perjalanan pendidikan.

“Apabila tiba di persimpangan, dulu ada yang terfikir sama ada mahu meneruskan pelajaran atau bekerja.

“Kini ada juga laluan ketiga dan ini dapat dilihat dengan adanya program bekerja dan belajar seperti program Earn and Learn (Ber-gaji dan Belajar).

“Dapatan tinjauan ini akan membantu mereka. Melihat perangkaan kadar peker-jaan pastinya akan membantu pelajar mem-buat perbandingan dengan kos mengikuti pengajian EDP,” ujarnya.

Keputusan penuh tinjauan itu boleh dida-pati di laman web CPE.

Dapatan GES PEI yang selanjutnya akan dikeluarkan dalam suku pertama 2018 bagi siswazah yang baru sahaja tamat pengajian EDP antara Mei 2016 dengan April 2017.

Main peranan pertingkat kesedaran awam mengenai tugas SCDF

Pikul tugas penting ketuai pasukan Polis Trafik iring VIP

60% siswazah institusi pendidikan swasta dapat kerja 6 bulan lepas lulus

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

TUGAS PENTING: SSI Yazid Sawal (paling depan) mengetuai pegawai Polis Trafik yang mengiring Presiden ke Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini. – Foto SPF

KHAMIS, 16 NOVEMBER 2017 (27 SAFAR 1439)

MEJAR KHAISARAH MANSOR: Antara 21 pegawai Home Team yang diiktiraf dengan Pingat Kepujian di Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan 2017 Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di Auditorium Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) baru-baru ini. – Foto BH oleh M.O. SALLEH

16

Ini berbanding 79.9% bagi siswazah

universiti berautonomi

Sebanyak 697 pegawai Home Team diiktiraf dengan Anugerah Hari Kebangsaan baru-baru ini. Anugerah itu mengiktiraf mereka bagi sumbangan dan komitmen mereka menjaga keselamatan Singapura. Antara mereka termasuk Inspektor Balai Kanan (SSI) Yazid Sawal yang berkhidmat dengan Polis Trafik dan Mejar Khaisarah Mansor daripada

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Laporan ERVINA MOHD JAMIL ([email protected]).

INSPEKTOR BALAI KANAN (SSI) YAZID SAWAL

“Tujuan saya adalah menunjukkan kepada orang awam tugas sebenar yang dijalankan pegawai bomba ini... ia bukan mudah.”

– Mejar Khaisarah Mansor turut turun padang semasa kejadian besar seperti kebakaran di Bangunan CK di Tampines Street 92 pada 17 Ogos tahun lalu.

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.