rencana rhamis -...

2
+ +- 30 RENCANA Mewujudkan rakyat Malaysia progresif, bersatu hati D TARIQ ISMAIL Persefahaman antara kaum perlu dijalinkan kembali, hargai perbezaan demi kepentingan bersama S aya ingin mengutarakan beberapa perkara kepada rakyat Malaysia, bukan sa- haja kepada saudara seis- lam, tetapi juga yang ber- agama Kristian, Buddha, Hindu dan lainnya, dan tak kira sarna · ada Melayu,. Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Iban, atau apa jua bang- sa. Nukilan saya ini untuk semua rakyat Malaysia. Izinkan saya perkenalkan diri saya. Arwah datuk saya adalah Allahyarham Tun Dr Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malay- sia ketika pentadbiran Allahyar- ham Tun Abdul Razak. Hidup kami sekeluarga diwarnai kehi- dupan Allahyarham -perwatakan dan pengaruh beliau meninggal- kan kesan mendalam kepada kamisebagai waris. Saya sebagai cucu beliau juga turut berasa ka- gum dan teramat peka terhadap nasib bangs a dan negara, seiring dengan ha r apan beliau yang rrienggunung . buat Malaysia ter- cinta. Atas dasar inilah, saya ingin me- luahkan perasaan risau, sedih dan runsing apatiila melih at nasib bangsa Mel ayu itu sendiri tatkala ini . Apa yang saya lihat di depan mata, Melayu berpecah-belah dek fahaman politik dan ideologi, se- hinggakan membawa kepada per- tengkaran dan pergaduhan. Ca- dan dan makian antara anak bangsa Melayu itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksea- liran pendapat politik dan juga agama. Malah penyakit ini ter- bawa-bawa kepada pertengkaran dengan saudara kita yang ber- bangsa atau berfahaman lain. Ke- napa harus kita berpecah-belah · begini? Bukankah kita ini semua rakyat Malaysia? Peristiwa 13 Mei 1969 Ketika peristiwa 13 Mei 1969, bumi bertuah ini menjadi huru-hara dan berpecah-belah mengikut bangsa dan kaum. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain, dialah dalangnya. Keadaan kucar-kacir dan mengelirukan yang dihadapi Allahyarham datuk saya. Keputusan beliau akan tin- dakan yang wajar diambil dalam suasana sebegitu sarna ada me- nyatukan atau terus memecah- belahkan Malaysia. Bak kata pe- patah Melayu, ditelan mati emak, diluah mati bapa. . Tatkala itulah, kesedaran mula menular dalam sanubari Allah- yarham. Beliau -memahami ha- kikat bahawa untuk mentente- ramkan semua kaum yang diga- rap emosi, semua perusuh harus ditangkap dan dibicarakan tak ki- ra bangsa, sama ada Melayu, C ina mahupun India, sebagaij alan pe- nyelesaian dalam mengimbang- kan dan menjalinkan kembali tali silaturahim antara kaum. Kem- balikan persefahaman antara Kaum yang teIjalin sekian lama · semenjak sebelum Merdeka lagi, dan antara as as peIjuangan UM- NO. UMNO alami perubahan Sayangnya, apabila UMNO diolah menjadi UMNO baharu, prinsip asas yang mendorong perjuangan asal UMNO juga turut mengalami perubahan yang walaupun tidak begitu ketara, tetapi tetap bawa perubahan yang besar ke atas masa depan Malaysia. Pada waktu inilah UMNO mula men- corakkan propaganda mengeriai hak Ketuanan Melayu dan kewa- jipan ke atas bangsa Melayu untuk mempertahankan hak itu. Propaganda ini diolah menjadi mentera hikmat yang diterapkan hingga ke akar umbi terutama dalam kalangan mereka yang ku- rang berpelajaran. Kesan sampi- ngannya adalah kemunculan pi- hak tertentu dalam UMNO yang meraih kekayaan atas dasar mem- perkasakan bangsa Melayu itu sendiri. Dalam mendalami p er soalan siapakah bangsa Melayu, saya ter- dorong untuk bertanya, adakah bangsa Melayu itu bangsa yang mempunyai pa n dangan yang sengkek. . Adakah mungkin sayaini di- anggap 'kurang Melayu' hanya ke- rana saya kurang fasih berbahasa Melayu? Atau kerana saya warga . kota, anak bandar yang berpen- didikan asing? At au adakah ke: rana saya ini seorang Muslim yang berpandangan progresn dan be- bas bergaul dengan pelbagai bang- sa termasuk India dan Cina. Saya rasa tidak. Sejak kebelakangan ini, saya di- sarankan supaya menyatukan in- telektual dan berfahaman seder- hana dalam kalangan masyarakat Melayu supaya bersatu dan bang- kit bersuara menentang ketidak- adilan. Pada pendapat saya, taktik ini tidak mampu menangani per- masalahan yang kita hadapi kini. Ia hanya pendapat intelek dari- pada kefahaman khusus intelek berkenaan. Tambahan pula, saya amat benci istilah 'Melayu ber- fahaman sederhana' kerana ia melambangkan seolah-olah ada perbezaan berkenaan etos Mela- yu. Jika kita fikirkan semula, pada zaman ihi bangs a Melayu diberi pelbagai gelaran - Sosialis, Nasio- nalis Haluan Kanan, Militan, Se- derhana dan bermacam lagi label. Seharusnya, kepelbagaian keper- cayaan dan fahaman seseorang tidak boleh disamaertikan deng an etnik seseorang. Bangsa Melayu itu berdiri teguh antara pelbagai etnik lain yang turut berkongsi II Apa yang soya lihat depan mota, Me/ayu berpecah-be/ah dekfahaman politik dan . sehinggakan membawa kepada _ pertengkaran dan pergaduhan. Caeian dan makian antara anak bangsa Melayu Itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksealiran pendapat politik dan juga agama" II Belia pula berperanan dalam . membentuk dan .menstruktur sebuah negara Malaysia yang mereka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepada mereka. Sebaiknya pandangan belia ini diambil kira do/am mana-mana perancangan negarci agar mereka komited dan bersemangat po triotik " ® RHAMIS • OKTOlI£R 2014 I :, i I bumi b ertuah .Malaysia ini. Semestinya, walau pun bangsa Melayu adal ah kumpulanetnik paling ramai, ini tidak bermakna ban gsa Melayu ini mempunyai hak mutlak untuk menentukan dan mewa jibkan undang-undang dan t atacara hidup kita ke atas mereka yang . lain. Penggubalan undang-undang dan tatacara hi- . dup itu adalah hak seluruh rakyat berlandaskan kebaikan untuk se- mua dan bukan hanya bangsa ter- te ntu. Ia suatu snat yang ego- tistikal jika kita memaksa kela- ziman b an gs a Melayu supaya diterapkan kepada semua. Dalam perkara ini, bangsa dan etnik seseorang itu menjaditidak relevan. Sebagai rakyat Malaysia yang berpandangan Socially prog- res sive, kita harus melihat di se- balik warna kulit, fah aman etnik dan perwatakan bangsa untuk mencari penyelesaian permasala- h an negara ini secara keseluru- hannya. B anyak lagi isu yang lebih kritikal yang kita hadapi kini yang antaranya disebabkan tabi at rak- vat Malaysia keseluruhannya yang suka memberi gambaran stereo- taip terhadap m an a-mana pe- mimpin negara. Ia memakan ke akar umbi sis- tern pemerintahan negara dan bo- leh merobohkan negarajika tidak ditangani segera. Saya, secara pe- . ribadi tidak suka mengkritik sama ada pihak pemerintah atau pihak pembangkang. Saya lebih cende- rung bersnat proaktll dengan me- nawarkan fikiran, pendapat dan cadangan yang bernas kepada ma- na-mana pihak yang ikhlas ber- +

Upload: duongnhu

Post on 11-Mar-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

+

+-

30 o · RENCANA

Mewujudkan rakyat Malaysia progresif, bersatu hati

D TARIQ ISMAIL

Persefahaman antara kaum

perlu dijalinkan kembali, hargai

perbezaan demi

kepentingan bersama

S aya ingin mengutarakan beberapa perkara kepada rakyat Malaysia, bukan sa­haja kepada saudara seis­lam, tetapi juga yang ber­

agama Kristian, Buddha, Hindu dan lainnya, dan tak kira sarna · ada Melayu,. Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Iban, atau apa jua bang­sa. Nukilan saya ini untuk semua rakyat Malaysia.

Izinkan saya perkenalkan diri saya. Arwah datuk saya adalah Allahyarham Tun Dr Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malay­sia ketika pentadbiran Allahyar­ham Tun Abdul Razak. Hidup kami sekeluarga diwarnai kehi­dupan Allahyarham - perwatakan dan pengaruh beliau meninggal­kan kesan mendalam kepada kamisebagai waris. Saya sebagai cucu beliau juga turut berasa ka­gum dan teramat peka terhadap nasib bangs a dan negara, seiring dengan harapan beliau yang rrienggunung . buat Malaysia ter­cinta.

Atas dasar inilah, saya ingin me­luahkan perasaan risau, sedih dan runsing apatiila melihat nasib bangsa Melayu itu sendiri tatkala ini. Apa yang saya lihat di depan mata, Melayu berpecah-belah dek fahaman politik dan ideologi, se­hinggakan membawa kepada per­tengkaran dan pergaduhan. Ca­dan dan makian antara anak bangsa Melayu itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksea­liran pendapat politik dan juga agama. Malah penyakit ini ter­bawa-bawa kepada pertengkaran dengan saudara kita yang ber­bangsa atau berfahaman lain. Ke­napa harus kita berpecah-belah · begini? Bukankah kita ini semua rakyat Malaysia?

Peristiwa 13 Mei 1969 Ketika peristiwa 13 Mei 1969, bumi bertuah ini menjadi huru-hara dan berpecah-belah mengikut bangsa dan kaum. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain, dialah dalangnya. Keadaan kucar-kacir dan mengelirukan yang dihadapi Allahyarham datuk saya. Keputusan beliau akan tin­dakan yang wajar diambil dalam suasana sebegitu sarna ada me­nyatukan atau terus memecah­belahkan Malaysia. Bak kata pe­patah Melayu, ditelan mati emak, diluah mati bapa. . Tatkala itulah, kesedaran mula

menular dalam sanubari Allah­yarham. Beliau -memahami ha­kikat bahawa untuk mentente­ramkan semua kaum yang diga­rap emosi, semua perusuh harus ditangkap dan dibicarakan tak ki­ra bangsa, sama ada Melayu, Cina mahupun India, sebagaijalan pe­nyelesaian dalam mengimbang­kan dan menjalinkan kembali tali

silaturahim antara kaum. Kem­balikan persefahaman antara Kaum yang teIjalin sekian lama · semenjak sebelum Merdeka lagi, dan antara as as peIjuangan UM­NO.

UMNO alami perubahan Sayangnya, apabila UMNO diolah menjadi UMNO baharu, prinsip asas yang mendorong perjuangan asal UMNO juga turut mengalami perubahan yang walaupun tidak begitu ketara, tetapi tetap me~­bawa perubahan yang besar ke atas masa depan Malaysia. Pada waktu inilah UMNO mula men­corakkan propaganda mengeriai hak Ketuanan Melayu dan kewa­jipan ke atas bangsa Melayu untuk mempertahankan hak itu.

Propaganda ini diolah menjadi mentera hikmat yang diterapkan hingga ke akar umbi terutama dalam kalangan mereka yang ku­rang berpelajaran. Kesan sampi­ngannya adalah kemunculan pi­hak tertentu dalam UMNO yang meraih kekayaan atas dasar mem­perkasakan bangsa Melayu itu sendiri.

Dalam mendalami persoalan siapakah bangsa Melayu, saya ter­dorong untuk bertanya, adakah bangsa Melayu itu bangsa yang mempunyai pan dangan yang sengkek. .

Adakah mungkin sayaini di­anggap 'kurang Melayu' hanya ke­rana saya kurang fasih berbahasa Melayu? Atau kerana saya warga

. kota, anak bandar yang berpen­didikan asing? Atau adakah ke: rana saya ini seorang Muslim yang berpandangan progresn dan be­bas bergaul dengan pelbagai bang­sa termasuk India dan Cina. Saya rasa tidak.

Sejak kebelakangan ini, saya di­sarankan supaya menyatukan in­telektual dan berfahaman seder­hana dalam kalangan masyarakat Melayu supaya bersatu dan bang­kit bersuara menentang ketidak­adilan. Pada pendapat saya, taktik ini tidak mampu menangani per­masalahan yang kita hadapi kini. Ia hanya pendapat intelek dari­pada kefahaman khusus intelek berkenaan. Tambahan pula, saya amat benci istilah 'Melayu ber­fahaman sederhana' kerana ia melambangkan seolah-olah ada perbezaan berkenaan etos Mela­yu.

Jika kita fikirkan semula, pada zaman ihi bangs a Melayu diberi pelbagai gelaran - Sosialis, Nasio­nalis Haluan Kanan, Militan, Se­derhana dan bermacam lagi label. Seharusnya, kepelbagaian keper­cayaan dan fahaman seseorang tidak boleh disamaertikan dengan etnik seseorang. Bangsa Melayu itu berdiri teguh antara pelbagai etnik lain yang turut berkongsi

II Apa yang soya lihat depan mota, Me/ayu berpecah-be/ah dekfahaman politik dan . ide%gi~ sehinggakan membawa kepada _ pertengkaran dan pergaduhan. Caeian dan makian antara anak bangsa Melayu Itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksealiran pendapat politik dan juga agama"

II Belia pula berperanan dalam

. membentuk dan . menstruktur sebuah negara Malaysia yang mereka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepada mereka. Sebaiknya pandangan belia ini diambil kira do/am mana-mana perancangan negarci agar mereka komited dan bersemangat po triotik "

® RHAMIS • OKTOlI£R 2014 I :, i I

bumi bertuah.Malaysia ini. Semestinya, walaupun bangsa

Melayu adalah kumpulanetnik paling ramai, ini tidak bermakna bangsa Melayu ini mempunyai hak mutlak untuk menentukan dan mewajibkan undang-undang dan tatacara hidup kita ke atas mereka yang . lain. Penggubalan undang-undang dan tatacara hi-

. dup itu adalah hak seluruh rakyat berlandaskan kebaikan untuk se­mua dan bukan hanya bangsa ter­tentu. Ia suatu snat yang ego­tistikal jika kita memaksa kela­ziman bangs a Melayu supaya diterapkan kepada semua.

Dalam perkara ini, bangsa dan etnik seseorang itu menjaditidak relevan. Sebagai rakyat Malaysia yang berpandangan Socially prog­ressive, kita harus melihat di se­balik warna kulit, fahaman etnik dan perwatakan bangsa untuk mencari penyelesaian permasala­han negara ini secara keseluru­hannya. Banyak lagi isu yang lebih kritikal yang kita hadapi kini yang antaranya disebabkan tabiat rak­vat Malaysia keseluruhannya yang suka memberi gambaran stereo­taip terhadap mana-mana pe­mimpin negara.

Ia memakan ke akar umbi sis­tern pemerintahan negara dan bo­leh merobohkan negarajika tidak ditangani segera. Saya, secara pe-

. ribadi tidak suka mengkritik sama ada pihak pemerintah atau pihak pembangkang. Saya lebih cende­rung bersnat proaktll dengan me­nawarkan fikiran, pendapat dan cadangan yang bernas kepada ma­na-mana pihak yang ikhlas ber-

+

J

+

9 OKTOBER 2014 ® 'KHAMIS

tindak bagi kebaikan rakyat dan negara.

Sebagai contoh, mari kita ulas Dasar Ekonomi Baru dalam apa jua bentuk ia dibentangkan se­karang. Lewat ini, ada suara-suara yang semakin lantang menyaran­kan supaya dasar tindakan afir­matif berasaskan kaum dalam DEB dimansuhkan.

Mansuhkan sistem berasas kaum tak realistik Sebagai seorang yang beq>anda­ngan socially progressive saya ber­pegang kepada sistem berasaskan merit, melihat kepada keadaan sistem sekarang dan perubahan besar yang harus dilalui, peman­suhan sistem berasaskan kaum pada saya adalah tidak realistik pada waktu ini.

Perubahan yang harus dilaku­kan untuk mencapai sistem ber­. asaskan merit adalah terlampau besar dan berselirat. Kesan do­mino akibat perubahan yang men­dadak boleh meruntuhkan sistem

. ekonomi Malaysia secara keselu­ruhannya. Sebarang perubahan polisi DEB harus diuraikan secara teliti dan hati-hati, sementara pe­laksanaan perubahan itu harus dirancaIlg dengan tegas.

Betdasarkan pengalaman DEB yang lalu, polisi berasaskan merit tintuk masyarakat sosial yang progresif dan berasakan prinsip k.esaksamaan dan keadilan kepa­da semua adalah seperti berikut:

• Pemansuhan istilah Bumipu­tera kerana ia telah tersasar dari tujtian asal dan hanya memberi ­pengertian sebagai kriteria penga-

gihan kekayaan negara dan bukan dari segi memperkasakan taraf so­sial dan ' budaya kaum dan etnik bergelar Bumiputera terutama bangsa Melayu itu sendiri.

• Tindakan afirmatif untuk pe­merkasaan bangsa Melayu tetap diteruskan. Antaranya: -

a. Institusi-institusi pembangu­nan sosial seperti MARA dan UiTM disaran berusaha membentuk masyarakat MeiflYU yang progresif dan berpandangan jauh;

b. Mewujudkan undang-undang tenaga kerja yang bersifat afir­matif dalam mewujudkim pelu­ang pekerjaan yang adil dan sak­. sarna untuk graduan universiti tempatan terutama yang ber­bangsa Melayu. Jika kebolehan berbahasa Inggeris menjadi 'per­soalan, majikan perlu menyedia­kan peluang latihan berkenaan untuk pekerja yang memerlukan­nya;

c. Peluang dan sokongan untuk pembangunan Perusahaan .Kecil dan Sederhana (PKS) yang lebih adil dan saksama kepada semua bangs a dengan kewujudan prog­ram dan dana bagi setiap golo­ngan utama masyarakat mengi­kut kadar taburan penduduk. Sya­rat wajib kelayakan perlu diteliti dengan lebih menyeluruh supayp. syarikat sekutu parti politik tidak termasuk dalam senarai mereka yang layak mendapat dana. Ke­wujudan dana dan program me­ngikut etnik ini perlu diberi jang­ka masa terhad sehingga 10 tahun yang mana dana dan program ini dapat digab'ijllgkan dan diagihkan mengikut keperluan sosial. Indus-

tri 'utama yang disarankan men­jadi tumpuarr di bawah PKS ada­lah industri pertanian pada skala sederhana, perikanan, kejurute­raan, teknologi maklumat serta industri pemakanan;

d. Tindakan . afirmatif dalam sektor pendidikan yang membo­lehkan pelajar paling cemerlang termasuk Cina dan India mem­peroleh tempat di menara gading dan memperoleh peluang mere­but biasiswa yang berkaitan;

e. Tumpuan khusus untuk membangunkan dan menggalak­kan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di universiti dan institut penyelidikan tempatan berserta galakan dan insentif bagi syarikat berkaitan kerajaan serta sektor swasta menyumbang dana dan kepakaran bagi mengkomer­sialkan hasil · penyelidikan ke pe­ringkat antarabangsa;

f. Pengurangan projek pemba­ngunan mega. Sebaliknya bajet perlu diselaraskan supaya keper­luan pertahanan negara dapat di­perkuatkan supaya lebih ber:ke­san;

g .. Perkhidmatan awam perlu di beri tumpuan dari segi latihan dan diperkasakan supaya mendapat imbuhan selaras dengan sektor swasta agar tahap profesionalisma

. dapat dipertingkatkan lagi. h. Memberi penekanan supaya

mendakap kepelbagaian dalam masyarakat berbilang ini. lni bo­leh dilakukan dengan pemuWw­raan bangunan bersejarah, per­sembahan kebudayaan dan ma­cam-macam lagi. la juga tercapai melalui sistem pendidikan yang

RENCANA 031

terangkum dari mana generasi akan datang dapat bela jar . dan seterusnya mendakap kepelbaga­ian masing-masing.

Konsep masyarakat sosial yang progresif juga menghendaki kita menumpukan us aha bagi mem­perkasakan golongan wanita dan belia.

Tidak boleh dinafikan bahawa wanita memainkan peranan pen­ting dalam sejarah pembangunan Malaysia. Wanita adalah jentera

- penggerak utama negara dan ber­peranan melahirkan golongan so­sial yang progresif.

Belia pula berperanan, dalam membentuk dan menstruktur se­buah negara Malaysia yang me­reka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepa­da mereka. Sebaiknya pandangan belia ini·diambil kira dalam mana­mana· perancangan negara agar mereka komited dan bersema­ngat patriotik.

!I'angani' gplong~ berpandangan perkauman .Bagi menangani golongan yang berpandangan perkauman dalam kalangan Melayu itu sendiri, wa­laupun kita seharusnya tidak ter­jerumus dalam kancah kebencian mereka, tetapi kita tidak boleh mengabaikan mereka, sarna seka-

. li. Dengan menutup telinga dan menidakkan amarah mereka, ia memperkuatkan lagi kepercaya­an golongan ini bahawa suara

'M~layu tidak akan diendahkan, dan tidak kedengaran sarna se­kali.

Golongan bersifat perkauman

ini perlti diberi peluang berwa­cana dan berbincang akan hala tuju bangsa Melayu dan negara ini sendiri. Lambat laun, dengan ter­bentuknya Malaysia yang progre­sif dari segi sosial, suara perkau­man ini akan mula senyap, apa­bila mereka sedar bahawa perjuangan mereka tidak sia-sia seperti yang mereka jangkakan.

Bagi saya, cadangan ini bukan saya ketengahkan hanya untuk mengharumkan nama atau men­cari kegemilangan. Sesungguh­nya, Allah swt telah menganu­gerahkan setiap ,kita dengan akal fikiran, dengan keupayaan ber­fikir . dan mentelaahperaturan . alam semesta. Saya percaya jika kita memanfaatkan anugerah ini, dan kita mengorak langkah kecil untuk memulihkan keadaan me­lalui nasihat dan cadangan pem­baikan kepada sistem sedia ada, ini adalah lebih baik daripada per­ubahan secara mendadak yang diuar-uarkan sesetengah pihak.

Justeru, saya menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia yang ber­sifat progresif dari segi sosial agar mencari jalan terbaik untuk me­ngemudi negara tercinta ini agar terus maju. Kita seharusnya menggalakkan pembabitan selu­iuh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, tak kira bang­sa, agama atau kepercayaan.

Kita perlu menghargai perbe­zaan ini bagi menggubal dasar negara yang terangkum dan yang berkepentingan bagi negara ter-tinta. +

Kem~a1ikan perjuangan asal Kita perlu kembali ke asal di mana bermulanya perjuangan kita iaitu' di pedalaman dan kampung yang menjadi nadi negara ini.

Di sinilah sebenarnya masya­rakat Malaysia yang dari segi so­sialnya bersifat progresif yang sa­ya tercari-cari. Mereka inilahyang .. melambangkan kekayaan budaya dan sifat sosial yang terangkum kerana mereka ini tidak meng­hiraukan bangsa, agama atau ta­raf sosial dalam kehidupan ber­masyarakat.

Di sini saya ingin mengajak ma­syarakat supaya kita membina si­laturahim dan cuba mengenali sa­tu sarna lain, berkongsi penga­laman, makan bersama, duduk bersama dan berjuang bersama. Kuasa sebenar negara ini terletak di tangan rakyatnya dalam ke­upayaan rakyat yang bersatu hati. Kita mampu menukar etos Ma­laysia dan tidak perlu menyokong suara sumbang yang melaungkan perubahan dengan cara menja­tuhkan kerajaan sedia ada.

Apabila kita dapat bersatu hati dan senada dalam menyuarakan ketidakpuasan hati kita, kita juga akan dapat rhencapai kata sepa­kat dalam membentuk peruba­han yang kita ingin lihat. .

Dengan itu, fikirkan masak-ma­sak persoalan ini - adakah anda ingin melihat pergolakan sivil ber­lakudi antara bangsa dan kaum di Malaysia ini? Atau anda ingin me­lihat anak anda serta generasi akan datang hidup dengan aman di bumi tercinta ini? Pilihan di tangan anda. Fikir-fikirkanlah.