6. raja kuda

2
Raja Raja boleh bergerak ke mana-mana arah satu petak pada satu masa, dengan sedikit sekatan. Raja merupakan buah terpenting yang dimiliki pemain, walaupun bukan yang terkuat. Jika pemain menggerakkan buahnya dan menyebabkan raja lawan mempunyai risiko dimakan, raja tersebut disebut berada dalam check (mat). Dalam keadaan ini, pihak lawan wajib mengeluarkan rajanya dari mat sama ada dengan menggerakkan raja, menghalang serangan lawan dengan buah lain atau memakan buah lawan yang menyebabkan mat. Pemain juga tidak boleh menjalankan mana-mana buah yang akan menyebabkan rajanya dimat, sebaliknya tujuan permainan ialah untuk mengemat raja lawan. Dua raja tidak boleh berada di petak yang bersebelahan, kerana ia akan menyebabkan mat dengan bergerak ke situ. Jika raja diletakkan dalam mat dan tidak dapat melarikan diri, dia disebut telah syahmat (checkmate). Pemain pertama yang dapat mengemat (syahmat) raja lawannya memenangi permainan tersebut. Perhatikan bahawa raja sebenarnya tidak dapat dimakan, kerana raja terpaksa melarikan diri dari mat jika boleh (dan permainan akan berakhir sekiranya raja gagal berbuat demikian). Raja Putih dalam rajah di sebelah tidak berada dalam keadaan mat, tetapi ia tidak boleh bergerak ke atas atau ke kiri kerana ia akan dimat oleh gajah, atau pepenjuru kanan bawah kerana akan menyebabkannya bersebelahan dengan raja Hitam. Raja boleh memakan mana-mana buah lawan yang bersebelahan dengannya, selagi pergerakan itu tidak membahayakan dirinya (meletakkan dirinya dalam mat).

Upload: mkanwars

Post on 21-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Q

TRANSCRIPT

Page 1: 6. Raja kuda

Raja

Raja boleh bergerak ke mana-mana arah satu petak pada satu masa, dengan sedikit sekatan.

Raja merupakan buah terpenting yang dimiliki pemain, walaupun bukan yang terkuat. Jika pemain menggerakkan buahnya dan menyebabkan raja lawan mempunyai risiko dimakan, raja tersebut disebut berada dalam check (mat). Dalam keadaan ini, pihak lawan wajib mengeluarkan rajanya dari mat sama ada dengan menggerakkan raja, menghalang serangan lawan dengan buah lain atau memakan buah lawan yang menyebabkan mat. Pemain juga tidak boleh menjalankan mana-mana buah yang akan menyebabkan rajanya dimat, sebaliknya tujuan permainan ialah untuk mengemat raja lawan. Dua raja tidak boleh berada di petak yang bersebelahan, kerana ia akan menyebabkan mat dengan bergerak ke situ.

Jika raja diletakkan dalam mat dan tidak dapat melarikan diri, dia disebut telah syahmat (checkmate). Pemain pertama yang dapat mengemat (syahmat) raja lawannya memenangi permainan tersebut. Perhatikan bahawa raja sebenarnya tidak dapat dimakan, kerana raja terpaksa melarikan diri dari mat jika boleh (dan permainan akan berakhir sekiranya raja gagal berbuat demikian).

Raja Putih dalam rajah di sebelah tidak berada dalam keadaan mat, tetapi ia tidak boleh bergerak ke atas atau ke kiri kerana ia akan dimat oleh gajah, atau pepenjuru kanan bawah kerana akan menyebabkannya bersebelahan dengan raja Hitam.

Raja boleh memakan mana-mana buah lawan yang bersebelahan dengannya, selagi pergerakan itu tidak membahayakan dirinya (meletakkan dirinya dalam mat).

Page 2: 6. Raja kuda

Kuda

Kuda merupakan satu-satunya buah catur yang boleh melompat atau bergerak "di antara" buah lain. Kuda mempunyai pergerakan berbentuk L yang unik; dua petak melintang atau membujur dan satu petak berserenjang dengan arah sebelumnya.

Dalam kata lain, kuda boleh bergerak ke petak yang terdekat dengannya yang bukan pada rank, file atau pepenjuru (diagonal) yang sama. Jika papan catur dipusingkan sedikit, potensi gerakan kuda seolah berbentuk "Y".

Kuda boleh memakan mana-mana buah yang berada di salah satu dari 8 hujung gerakan L (atau Y) nya.