5.3 analisis item 2012 oleh dr. kamaruzaman moidunny

11

Click here to load reader

Upload: scribltk

Post on 15-Jul-2016

240 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Item Analysis

TRANSCRIPT

Page 1: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

Analisis Item 2012

ANALISIS ITEM

OlehKamaruzaman Moidunny

Institut Aminuddin Baki, KPMGenting Highlands

[email protected]

Pendahuluan

Kebiasaannya, soalan (item) yang dibina dan ditadbir dalam bilik darjah adalah berdasarkan Taksonomi Bloom yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian (Bhasah 2003; Bloom 1959; Mohd Najib 1997; Mok 1997; Sulaiman 1997). Bagi Sulaiman (1997), Taksonomi Bloom merupakan taksonomi objektif kognitif di mana objektif tingkah laku mementingkan potensi murid daripada segi intelek. Ia meliputi unsur penerimaan pengetahuan yang berguna, memperkembangkan daya pemikiran dan menyelesaikan masalah.

Item-item pada aras pengetahuan menghendaki murid mengingat kembali atau mengenal fakta, istilah, strategi menyelesaikan masalah atau peraturan (Bhasah 2003). Sementara Abu Bakar (1986) menyatakan bahawa pengetahuan meliputi semua tingkah laku yang menekankan pengenalan dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosedur dan peristiwa yang berlaku. Manakala item-item kefahaman akan menguji kebolehan murid untuk memahami apa yang telah dipelajari dan menyatakan alasannya sekali. Item-item dalam aras aplikasi pula memerlukan kemahiran murid menggunakan apa yang telah dipelajari kepada masalah atau situasi yang baru. Seterusnya, item-item pada aras analisis memerlukan kemahiran murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagiannya dan mengenal pasti tentang hubung kait antara bahagian-bahagian berkenaan. Selanjutnya, pada aras sintesis, item-item akan dapat menentukan kemahiran murid mengumpulkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu supaya dapat menunjukkan satu pola atau struktur yang jelas dan nyata. Dan akhirnya pada aras penilaian, murid memerlukan kemahiran membentuk pertimbangan tentang nilai atau makna terhadap sesuatu kaedah, idea atau produk yang mempunyai tujuan tertentu (Bhasah 2003; Mok 1997; Sulaiman 1997).

Bagi Sax dan Newton (1997), ujian pencapaian seperti ini merupakan suatu tugasan yang digunakan untuk mendapatkan pemerhatian sistematik yang mewakili trait atau atribut pendidikan atau psikologi. Bagi Siti Rahayah (2003), ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana murid menguasai isi suatu mata pelajaran yang diajar. Ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan

Arahan:1. Baca artikel ‘Analisis Item’ ini dan jawab lima soalan Uji Minda di bahagian akhir

artikel.2. Anda dinasihatkan membaca artikel ini sebanyak tiga kali sebelum menjawab

soalan Uji Minda.3. Masa yang diperuntukkan untuk anda melakukan aktiviti ini adalah selama satu (1)

jam.

Page 2: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

2

pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor. Bagi Bhasah (2003) pula, ujian pencapaian akademik mengukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran pelajar yang menjadi fokus dalam pengajaran di kelas-kelas. Antara atribut yang diukur dalam sesuatu ujian pencapaian termasuklah pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat dan sikap. Manakala, ujian pencapaian piawai adalah bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan yang meliputi kandungan sesuatu mata pelajaran bagi sesuatu peringkat pengajaran dan pembelajaran. Bhasah (2003) dan Siti Rahayah (2003) menyatakan bahawa ujian pencapaian dilaksanakan bagi tujuan rujukan kriteria atau rujukan norma.

Lyman (1986) berpendapat bahawa ujian pencapaian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan yang diperoleh oleh seseorang individu. Sementara Sax dan Newton (1997) pula menyatakan bahawa tujuan ujian adalah untuk membuat keputusan terhadap pemilihan, penempatan, pemulihan, maklum balas, motivasi, penambahbaikan program atau pembangunan teori. Bagi tujuan maklum balas, Ujian Rujukan Norma (URN) akan membekalkan perkembangan murid berbanding rakan-rakannya yang lain. Manakala Ujian Rujukan Kriteria (URK) pula, memberikan maklumat tentang kebolehan murid terhadap sesuatu tugasan yang diberikan.

Ujian Objektif

Bagi Yap et al. (1985) antara kebaikan ujian objektif adalah seperti dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan kefahaman dengan berkesan, lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang rangkuman yang luas, analisis item mudah dilaksanakan, jawapan dapat diperiksa dengan cepat serta lebih sesuai sebagai ujian sumatif. Bagi Sax dan Newton (1997) pula, soalan objektif mempunyai beberapa kekuatan seperti berkebolehan mengukur objektif dari aras pengetahuan hingga ke aras yang lebih kompleks, soalan yang banyak boleh dikemukakan dalam waktu singkat, objektivitinya adalah tinggi kerana hanya ada satu jawapan yang betul, boleh mendiskriminasikan muridberdasarkan pilihan jawapan, mengurangkan kesan akibat tekaan dan analisis item boleh digunakan. Analisis item digunakan untuk mengesan kelemahan, item berambiguiti, kesukaran item dan sejauh mana item boleh mengukur perbezaan individu. Manakala bagi Wood (1961), analisis item merujuk kepada aplikasi teknik-teknik statistik untuk menilai dua ciri item iaitu kesukaran item dan sejauh manakah item berkorelasi dengan pengukuran yang lain.

Tujuan Analisis Item

Kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian ditentukan dengan membuat analisis item. Analisis item akan dilakukan untuk membezakan item yang baik dengan item yang lemah. Analisis item dilaksanakan adalah bertujuan untuk menghasilkan ujian yang bermutu atau berkualiti. Analisis item akan dapat membekalkan maklumat berikut iaitu:

1. Respons murid terhadap setiap item iaitu sama ada murid menjawab atau tidak item tersebut.

2. Menyediakan maklumat tentang bagaimana setiap item berfungsi iaitu sama item berkenaan senang atau sukar.

3. Mendiskriminasikan antara murid daripada kumpulan tinggi (KT) dengan kumpulan rendah (KR).

Page 3: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

3

Analisis item bagi setiap ujian dilaksanakan dengan menentukan Indeks Kesukaran (Facility Index, F) dan Indeks Pembezaan (Discrimination Index, D) seperti yang disarankan oleh Macintosh dan Morrison (1969). Wood (1961) menyatakan bahawa kesukaran item merujuk kepada pecahan yang mendapat jawapan yang betul. Semakin besar indeks kesukaran, item itu semakin senang. Bagi aras kesukaran yang baik, nilai F berada di antara 40 peratus hingga 60 peratus iaitu 0.4 hingga 0.6. Nilai F yang tinggi menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang rendah iaitu soalan-soalan adalah senang. Nilai F yang rendah menunjukkan item mempunyai aras kesukaran yang tinggi iaitu soalan-soalan yang dikemukakan kepada murid adalah sukar. Macintosh dan Morrisson (1969), menyatakan bahawa item dengan nilai F yang rendah boleh dibaiki. Jadual 1 di bawah ini menjelaskan aras kesukaran (F) dan indeks pembezaan (D) sebagaimana yang dikemukakan oleh Macintosh dan Morrisson (1969).

Jadual 1: Indeks Kesukaran dan Indeks Pembezaan

Indeks Kesukaran (F)Indeks Pembezaan

(D)Kurang

daripada40 %

40 %hingga60 %

Lebih daripada

60 %Lebih daripada 0.40 Sukar Diterima Senang

0.30 – 0.39 Sukar Perlu dibaiki Senang

0.20 – 0.29 Sukar Marginal (Diterima tetapi perlu dibaiki)

Senang

Kurang daripada 0.20 Dibuang Dibuang DibuangSumber: Macintosh dan Morrisson (1969): 67

Indeks Pembezaan, D, pula digunakan untuk membezakan antara kumpulan muridyang memperolehi skor tinggi dengan kumpulan murid yang memperolehi skor rendah. Indeks Pembezaan, D, mempunyai nilai antara – 1.00 hingga + 1.00. Nilai D yang negatif menunjukkan item tersebut gagal membezakan kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan yang memperolehi skor rendah. Jika nilai D bersamaan dengan 1.00, ini menunjukkan bahawa 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor tinggi berjaya memberi jawapan betul dan 27 peratus daripada kumpulan yang memperolehi skor rendah memberi jawapan salah. Manakala jika nilai D bersamaan dengan sifar, menunjukkan kedua-dua kumpulan murid memberi jawapan yang serupa bagi item berkenaan. Ini bermaksud bahawa item tersebut gagal membezakan antara kumpulan murid yang memperolehi skor tinggi dengan memperolehi skor rendah. Bagi Sax dan Newton (1997), nilai D antara 0.10 hingga 1.00 menggambarkan bahawa item tersebut boleh diguna pakai. Sementara Ebel (1979) pula menyatakan bahawa nilai D yang bersamaan atau lebih besar daripada 0.20 adalah sesuai bagi item ujian.

(Nota: Ada pendapat lain menyatakan bahawa selain ambil 27 %, boleh ambil 20 – 30 % atau 1/3 skrip jawapan untuk melaksanakan analisis item).

Page 4: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

4

Indeks Kesukaran / Facility Index (F)

Jadual 2: Contoh Maksud Indeks Kesukaran

Item F Penilaian Maksud Indeks KesukaranPertama 87 % Senang 87 peratus murid menjawab betulKedua 52 % Sederhana 52 peratus murid menjawab betulKetiga 16 % Sukar 16 peratus murid menjawab betul

Indeks Pembezaan / Discrimination Index (D)

Jadual 3: Contoh Maksud Indeks Pembezaan

Item D Penilaian Maksud Indeks PembezaanKeempat 0.63 Terima Dapat membezakan murid dengan

sangat baik

Kelima 0.38 Terima Dapat membezakan murid dengan baik

Keenam 0.21 Terima Dapat membezakan murid

Ketujuh 0.10 Buang Tidak dapat membezakan murid

Rumus Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Item

T + RIndeks Kesukaran, F = --------------- x 100 %

NT + NR

T - RIndeks Diskriminasi, D = --------------

NR

di mana

T – Bilangan pelajar daripada kumpulan berpencapaian tinggi menjawab betulR – Bilangan pelajar daripada kumpulan berpencapaian rendah menjawab betulNT – Jumlah pelajar daripada kumpulan berpencapaian tinggi NR – Jumlah pelajar daripada kumpulan berpencapaian rendah

Sumber: Siti Rahayah (2003): 156

Page 5: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

5

Hitungan Indeks Bagi Soalan Esei

Ada lima soalan esei (S1, S2, S3, S4 dan S5) (N = 5)Setiap satu soalan mempunyai markah penuh = 10. Oleh itu 4 orang murid = 40 (MP = 40) Ada 4 orang murid kumpulan tinggi (KT) iaitu Abu, Barry, Cacha dan Dudu.Ada 4 orang murid kumpulan rendah (KR) iaitu Endang, Fan, Gano dan Hah.

Nama Kump S1 S2 S3 S4 S5

Abu 6 7 8 10 9Barry 6 7 8 10 8Cacha 6 8 9 10 7Dudu 6 7 10 10 9

Jumlah skor T 24 29 35 40 33

MP = 40Endang 3 6 2 1 9Fan 2 5 2 1 9Gano 1 7 2 0 7Hah 2 8 3 0 8

Jumlah skor R 8 26 9 2 33

MP = 40T + R 24 + 8

= 32

29 + 26

= 55

35 + 9

= 44

40 + 2

= 42

33 + 33

= 66

Indeks Kesukaran , F (T + R)

MP + MP

3240 + 40

= 0.44

(44 %)

5540 + 40

= 0.69

(69 %)

4440 + 40

= 0.55

(55 %)

4240 + 40

= 0.53

(53 %)

6640 + 40

= 0.66

(83 %)

T - R 24 – 8

= 16

29 – 26

= 3

35 – 9

= 26

40 – 2

= 38

33 – 33

= 0

Indeks Pembezaan, D

(T – R)MP

1640

= 0.40

340

= 0.07

2640

= 0.65

3840

= 0.95

050

= 0

KeputusanSederhanaURN

SenangURK

SederhanaURN

SederhanaURN

SenangURK

Page 6: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

6

Rujukan

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas penilaian pendidikan. Siri Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books.

Bloom, B. S. (pnyt.).1959. Taksonomi objektif pendidikan - buku pedoman 1: domain kognitif. Terj. Abdullah Junus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ebel, R. L. 1979. Essentials of Educational Measurement Ed. ke-3. New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Lyman, H. B. 1986. Test scores and what they mean Ed. Edisi ke-4. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Macintosh, H. G., & Morrisson, R. B. 1969. Objective testing. London: University of London Press Ltd.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mok, S. S. 1997. Pedagogi 2 - pelaksanaan pengajaran. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Sax, G., & Newton, J. W. 1997. Principles of educational measurement and psychological measurement and evaluation. Edisi ke-4. California: Wadsworth Publishing Company.

Siti Rahayah Ariffin. 2003. Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik UKM.

Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi - teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wood, D. A. 1961. Test construction - development and interpretation of achievement test. Ohio: Charles E. Merril Books, Inc.

Yap, Y. K., Wan, C. S., & Ismail Abu Bakar. 1985. Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Edisi Baru. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Page 7: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

7

Lampiran I

ANALISIS ITEM OBJEKTIF

ItemCalon

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Ravicandran / / / / / /Chong Eu / / / / / /Jani / / / / / / /Munah / / / / / /Minah / / / / / / /T 5 4 4 5 4 5 5

Muniandy / /Ling Oi /Jenal /Besah /Jamil / /R 2 1 1 1 1 0 1

T + R 7 (T + R) F = --------- NT + NR

7/10= 0.770

T - R 3 (T - R) D = --------- NR

3/5= 0.60.6

Senang

Page 8: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

8

URN

LAMPIRAN II

RINGKASAN ANALISIS ITEM

Item / No.

Soalan

Nilai Indeks Kesukaran,

F (%)

Nilai Indeks Pembezaan,

D

Penilaian/Catatan

1 60 0.40 Sederhana - URN23 15 -0.10 Buang45 50 0.00 Sederhana - URK6789101112131415161718192021222324252627282930313233343536373839

Page 9: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

9

40

LAMPIRAN III

PENGESANAN OPSYEN/DISTRAKTOR

Item / No.

Soalan

Opsyen BilanganMurid

Peratus Penilaian/Catatan

1 A 3 15 Distraktor berfungsiB 0 0 Distraktor tidak berfungsi

C* 12 60 KunciD 5 25 Distraktor berfungsi

2 A* 17 85 KunciB 0 0 Distraktor tidak berfungsiC 1 5 Distraktor berfungsiD 2 10 Distraktor berfungsi

3 ABCD

4 ABCD

5 ABCD

6 ABCD

Page 10: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

10

LAMPIRAN IV

Hitungan Indeks bagi Soalan Esei

Nama Kump S1 S2 S3 S4 S5

Ramasamy 5 7 8 10 9Julia 4 7 8 9 8Johnny 9 8 9 10 7Ramzul Danish 6 7 10 10 9

Jumlah skor T

Ramizatun 9 5 5 2 1Raou 9 6 5 2 1Julianus 7 8 5 2 0Ajan 8 8 5 3 0

Jumlah skor R

MP = 40T + R

Indeks Kesukaran , F

(T + R)MP + MP

MP = 40

T - R

Indeks Pembezaan, D (T – R)MP

Keputusan

Page 11: 5.3 Analisis Item 2012 Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

11