51382738 jurnal internship

5
Bilangan Jurnal Minggu Internship Tarikh Peristiwa / Kejadian / Tajuk Jurnal : : : : Ke-1 Pertama 27 september – 1 oktober 2015 Melapor diri dan merancang projek Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk mengikuti perhimpunan mingguan. Pada hari pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya.Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang. Antara projek utama yang akan kami laksanakan adalah perkhemahan perdana yang akan dilaksanakan dalam 2 minggu akan datang. Oleh itu, pelbagai persediaan yang perlu saya dan rakan-rakan hadapi bagi mengelola perkhemahan ini. Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini.

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 09-Apr-2016

239 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: 51382738 Jurnal Internship

Bilangan JurnalMinggu InternshipTarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-1Pertama27 september – 1 oktober 2015

Melapor diri dan merancang projek

Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Kebangsaan Pantai

Senak. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk mengikuti

perhimpunan mingguan.

Pada hari pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang

kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh

internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan

sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya.Kami banyak menghabiskan

masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas kerja dan cara untuk

melaksanakan projek-projek yang dirancang. Antara projek utama yang akan kami

laksanakan adalah perkhemahan perdana yang akan dilaksanakan dalam 2 minggu

akan datang. Oleh itu, pelbagai persediaan yang perlu saya dan rakan-rakan hadapi

bagi mengelola perkhemahan ini.

Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik

dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini.

Page 2: 51382738 Jurnal Internship

Bilangan JurnalMinggu InternshipTarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-2Kedua 4 oktober – 8 oktober 2015

Melaksanakan projek pertama

Projek pertama yang saya laksanakan adalah menjadi urus setia bagi projek

perkhemahan perdana yang akan dijalankan pada minggu ketiga internship. Ini

merupakan pengalaman baru yang amat bermakna kepada saya. Tujuan pelaksanaan

program perkhemahan ini adalah sebagai satu program wajib dalam program ko-

kurikulum.

Pada minggu ini, saya banyak melakukan persediaan untuk bertugas dan

menyiapkan kertas kerja untuk projek seterusnya. Selain itu, pengalaman sebagai guru

bertugas amat memberi makna kepada saya dalam menajamkan lagi kemahiran-

kemahiran dalam menjadi seorang guru yang cemerlang. Selain itu, tahap keyakinan

saya dalam mengurus program sekolah yang lebih besar lagi dapat ditingkatkan

dengan latihan seperti ini.

Pada minggu ini, persediaan yang perlu kami laksanakan ialah dengan

mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan guru pembimbing dan penolong kanan

ko-kurikulum berkenaan dengan pelaksanaan program perkhemahan perdana peringkat

sekolah. Justeru, pelbagai persediaan telahpun kami laksanakan adalah seperti

menyediakan kertas kerja projek, mengatur tugas yang diperlukan serta menyediakan

pelbagai aktiviti-aktiviti kepada murid-murid. Kebanyakan perbincangan yang telah kami

laksanakan telah mendapat sokongan dan persetujuan dari pihak sekolah akan aktiviti-

aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam program perkhemahan minggu hadapan.

Harapan saya dalam menjayakan program perdana ini adalah untuk memupuk sikap

kepimpinan dalam diri saya untuk menempuhi alam pekerjaan kelak.

Page 3: 51382738 Jurnal Internship

Bilangan JurnalMinggu Internship

:

:

Ke-3Ketiga

Page 4: 51382738 Jurnal Internship

Tarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

18 Julai- 22 Julai 2010

Minggu Pameran dan Pertandingan Rekacipta & Inovasi.

Projek kedua yang kami laksanakan adalah Pameran dan Pertandingan

Rekacipta dan Inovasi. Pameran ini mensasarkan semua murid tahun 1, 4 dan 5.

Selain daripada memenuhi keperluan internship, projek ini juga selaras dengan

keperluan kajian tindakan saya dalam menekankan kreativiti murid dalam bidang

membentuk dan membuat binaan.

Oleh yang demikian, pameran dijalankan untuk mendekatkan diri mereka dengan

hasil karya yang lebih menarik dan kreatif serta inovatif. Pameran yang dijalankan

selama sehari disusuli dengan pertandingan rekacipta dan inovasi selama dua hari.

Semua murid memberi komitmen yang amat baik dan saya berbangga dengan jumlah

penyertaan yang memberansangkan. Hasil karya yang mereka hasilkan lebih menarik

dan menepati kehendak pertandingan.

Penutupan pameran dan pertandingan disempurnakan dengan majlis

penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Bilangan JurnalMinggu Internship

:

:

Ke-4Keempat

Page 5: 51382738 Jurnal Internship

Tarikh Peristiwa / Kejadian /Tajuk Jurnal

:

:

25 Julai- 29 Julai 2010

Melaksanakan projek terakhir

Minggu terakhir ini merupakan minggu yang paling sibuk untuk kami. Kami telah

menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Tahun 6 & Nisfu Syaaban. Majlis ini merupakan

anjuran bersama guru pelatih, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan

Islam.

Majlis ini berlangsung pada malam 26 Julai dan kehadiran murid-murid bersama

waris menjayakan program ini. Selain itu, kami juga bertungkus lumus menyiapkan

bendera Malaysia sepanjang 50 meter sebelum kami berangkat pulang dan

menamatkan sesi internship kali ini.

Kami harap segala sumbangan dan penglibatan kami pada kali ini memberi

seribu kebaikan dan manfaat untuk kejayaan bersama semua pihak. Kami telah

menjalankan satu sesi internship yang penuh makna dan lebih seronok. Dengan

wujudnya sesi internship ini, saya dan rakan menjadi lebih rapat dengan seisi warga

sekolah terutamanya guru-guru, murid-murid, pihak pentadbir, tukang kebun, dan

semua warga sekolah ini. Kami menjalankan satu sesi praktikal yang amat

menyeronokkan dan memberi pengalaman sebenar yang penuh makna.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :