5.1 kertas konsep syarahan bahasa malaysia perpaduan ujian bertulis

12
97 97 PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL KERTAS KONSEP KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL A. PENGENALAN Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan membujuk. Penyusunan format syarahan Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan penutup (conclusion). Pengenalan syarahan Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti Selamat Pagi , Selamat Sejahtera dan sebagainya. Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan). Isi syarahan Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti Hadirin yang dihormati , Hadirin sekalian , Hadirin yang dimuliakan atau yang seumpamanya. Penutupan syarahan Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 97

Upload: nithia-rajah

Post on 08-Nov-2015

366 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

kertas konsep syarahan

TRANSCRIPT

PIALA PERPADUAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMILKERTAS KONSEP

KERTAS KONSEPSYARAHAN PIALA PERPADUANSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

A. PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan membujuk.

Penyusunan format syarahan

Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan penutup (conclusion).

Pengenalan syarahan

Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa digunakan seperti Selamat Pagi, Selamat Sejahtera dan sebagainya. Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan).

Isi syarahan

Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah melafazkan kata-kata penegasan seperti Hadirin yang dihormati, Hadirin sekalian, Hadirin yang dimuliakan atau yang seumpamanya.

Penutupan syarahan

Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

Langkah yang perlu dititik beratkan semasa mengakhiri syarahan:

1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah disampaikan.

2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan.

3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

B. KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MALAYSIA SJKC & SJKT

1.0NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Piala Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2014.

2.0OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkat tahap penggunaan bahasa Malaysia.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur dalam bahasa Malaysia

2.3Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah

2.5 Menanamkan semangat Cintailah Bahasa Malaysia.

2.6Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

3.0KELAYAKAN PENYERTAAN

3.1Semua murid warganegara Malaysia bukan kaum Melayu (Rujuk Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.

3.2 Johan Kebangsaan tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini pada semua peringkat. 3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai satu jenis pertandingan sahaja. 4.0BILANGAN PESERTA

Setiap negeri layak menghantar (1) seorang peserta sahaja untuk menyertai pertandingan ini pada peringkat kebangsaan.

5.0HAD MASA

Setiap peserta diberi masa (5) lima minit untuk bahagian pertama dan masa (3) tiga minit untuk bahagian kedua. Tiada peruntukan markah selepas loceng kedua dibunyikan. Loceng akan dibunyikan sekali (1) minit sebelum masa tamat dan loceng akan dibunyikan (2) dua kali apabila masa telah tamat.

6.0Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

6.1.Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian. Tema tajuk mestilah berdasarkan tema 'Gagasan 1Malaysia'.

6.2 Bahagian Kedua

6.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan syarahan bahagian pertama .

6.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. 6.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada juruacara tanpa membuka sampul tersebut. 6.2.4Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah berada di atas pentas.

6.2.5 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja juruacara selesai membaca tajuk syarahan spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

6.2.6 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan bermulanya masa persediaan dan (2) dua kali menandakan tamatnya masa persediaan dan bermulanya masa syarahan spontan.

6.2.7Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum tamatnya masa persediaan.

6.3 Syarat-syarat Pertandingan

6.3.1Peserta diberi masa (5) lima minit untuk syarahan bahagian pertama, dan (3) tiga minit untuk syarahan bahagian kedua.

6.3.2Loceng akan dibunyikan sekali, (1) satu minit sebelum tamat, dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian pertandingan.

6.3.3Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap bahagian pertandingan, tidak akan diberi markah.

6.3.4Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

6.3.5Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

6.3.6Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan.

6.3.7Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer sekolah yang tidak menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Warna blazer hendaklah berwarna gelap. Peserta lelaki juga dikehendaki bertali leher dan berseluar panjang yang juga berwarna gelap.

6.3.8Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

7.0TAJUK

Tajuk bahagian pertama akan disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan ini dan tajuk tersebut boleh digunakan pada semua peringkat pertandingan. Manakala tajuk bahagian kedua akan disediakan oleh pihak urus setia pertandingan di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah berdasarkan tema 'Gagasan 1Malaysia' dengan menggunakan kata kunci seperti faedah-faedah, kesan-kesan dan faktor-faktor. Contoh tajuk 'Kebaikan mengadakan rumah terbuka di Malaysia'.

8.0PERTANDINGAN SARINGAN

Pertandingan saringan akan diadakan untuk memilih 10 orang peserta terbaik sahaja. 10 orang peserta terbaik ini akan bertanding di peringkat akhir dan diadili oleh hakim yang berbeza.

9.0.PERATURAN PEMARKAHAN / FORMAT PENGHAKIMAN

9.1. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama

9.1.1 Idea / Isi ( 20 markah ) Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat 2 markah Huraian 3 markah Data / contoh 1 markah Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 6 markah (6m x 3 = 18 markah + 2 markah takrifan tajuk = 20 markah).

9.1.2 Bahasa ( 30 markah )Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

9.1.3 Gaya Persembahan ( 50 markah )

9.1.3.1Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan menjejaskan markah persembahan)

9.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

9.1.3.3Peserta syarahan WAJIB memberi ucap selamat dan kata-kata aluan sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif / menunjukkan perlakuan / tutur kata yang kurang sopan.

9.2.Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Kedua (Spontan)9.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas.Panduan PemarkahanIdea / isi 5 markahHuraian 10 markahData / contoh 4 markahMarkah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

9.2.2 Bahasa ( 30 markah )Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

9.2.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )

9.2.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

9.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan)

9.2.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap selamat dan kata-kata aluan sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif / menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

10.0Panduan Kepada Panel Hakim

10.1Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh oleh reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.

10.2Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

10.3Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM JURI.

10.4Keputusan panel hakim adalah muktamad.

11.0KUASA DAN TUGAS PENGERUSI PERTANDINGAN

11.1Setiap sesi pertandingan akan dipengerusikan oleh seorang pengerusi pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana.

11.2Kuasa dan tugas pengerusi pertandingan:i.Mengelolakan pertandingan dari awal hingga akhir.ii.Menasihati peserta supaya berhenti jika melebihi 7 minit.iii. Berhak memberhentikan peserta yang menyentuh isu-isu sensitif.

12.0.Tarikh Pertandingan

12.1Peringkat Daerah:12.2Peringkat Negeri:12.3Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan:Tempat: 12.4Peringkat Akhir Kebangsaan: Tempat:

13.0Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

14.0HAL-HAL LAIN

13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

13.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.15.0AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERATURANPERTANDINGAN UJIAN BERTULIS

1.0NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan 2014.

2.0OBJEKTIF

2.1Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa Malaysia.

2.2Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur dalam bahasa Malaysia.

2.3Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.

2.5Menanamkan semangat Cintailah Bahasa Malaysia.

2.6Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

3.0KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Malaysia di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.

3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini di semua peringkat.

3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja.

4.0BILANGAN PESERTA

Setiap negeri layak menghantar LIMA (5) orang peserta sahaja untuk menyertai pertandingan ini di Peringkat Kebangsaan.

5.0SOALAN-SOALAN

5.1Soalan-soalan Ujian Bertulis Peringkat Kebangsaan akan disediakan oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.2Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang akan diuji termasuklah pemahaman, peribahasa, tatabahasa, perkataan berlawanan, perkataan seerti dan perkataan-perkataan lain yang termasuk dalam sukatan pelajaran.

5.3 Jumlah soalan objektif ialah seratus (100) bagi bahagian I dan 20 soalan tambahan di bahagian II.

5.4 Masa untuk menjawabBahagian I- 1 jam (100 soalan)Bahagian II- 20 minit (20 soalan)

6.0CARA PENGHAKIMAN

6.1Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

6.2Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh ialah (100).

6.3Bagi peserta-peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang akan ditentukan berdasarkan markah yang diperoleh pada bahagian II.

6.4Jika masih mendapat markah yang sama, maka pemenang akan dirujuk kepada markah bahagian petikan(Pemahaman Bahagian 1).

6.5Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.

7.0PENGIRAAN MARKAH

7.1Hadiah Berpasukan (Johan Kebangsaan)Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi ujian bertulis ditambah dengan jumlah markah purata syarahan untuk menentukan Johan Kebangsaan. Johan Kebangsaan akan menggondol Piala Perpaduan dan boleh menyimpan piala pusingan itu selam satu tahun. Jika terdapat negeri yang memperoleh jumlah markah yang sama, negeri yang mendapat markah tertinggi dalam ujian bertulis akan diisytiharkan sebagai Johan Kebangsaan. Sekiranya jumlah markah masih sama, mereka akan diumumkan sebagai Johan Bersama.

7.2Cara pengiraan markah :i Syarahan- Jumlah markah syarahan= X 2iiUjian bertulis- Jumlah markah ujian bertulis= Y 5Markah X dan Y akan dicampurkan untuk menentukan Johan Kebangsaan.

7.3Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penghargaan.

8.0PAKAIAN PESERTA

Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

10.0HAL-HAL LAIN

Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

11.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia

108

108KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

108