50321085-vakt

Upload: kirthana

Post on 03-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

menulis

TRANSCRIPT

Slide 1

TEKNIK VAKTDEEVIYA A/P EYAMALAYKIRTHANA A/P GOVINDANSHALINI NAIDU A/P VADIVELU

Pengenalan Kaedah VAKTKaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan, pendengaran, kinestetik dan sentuhan.Kaedah ini turut dikenali sebagai Kaedah Membaca Pelbagai Deria (Multisensory Reading Method).

KAEDAH VAKT

SambunganKaedah ini berpegang kepada prinsip ransangan dalam pembelajaran Kaedah ini berpendapat ransangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.Langkah-langkah pengajaran menggunakan kaedah VAKT meliputi 4 langkah:

Sambungan:Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) dalam sesi pengajaran.Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4X10 (menggunakan krayon).Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas tersebut.Bagi mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/ lumpur mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar.

SambunganBagi belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid perlulah:Melihat huruf (V)Mendengar murid menyebut huruf (A)Menyebut huruf (A)Dengar huruf yang disebut (A)Rasa pergerakkan otot semasa membuat surihan huruf (K)Rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)Lihat pergerakkan tangan semasa tracing (V)Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah VAKT menjadi asas kepada model pengajaran:Model Pengajaran FernaldModel Pengajaran Gillingham

Kaedah Pembelajaran FernaldKaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M (1943) dan Helen B.K (1988).Kaedah ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini menggabungkan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT).

Empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald

Peringkat 1Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.

Peringkat 4Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Prinsip Kaedah Pembelajaran Fernald

Kaedah Pembelajaran GillinghamKaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970Memfokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

SambunganKaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf

Enam Kesatuan Deria

Enam Kesatuan DeriaKESIMPULANKeupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan.Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya digunakan untuk mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang teruk.RUJUKANAzman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties: Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems: Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.Sekian terima kasih