perhatian - official web portal of faculty of electrical ... · pdf filekejuruteraan elektrik,...

60
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BUKU PANDUAN Edisi Ketujuh : 2003/2004 Hak Cipta Terpelihara PERHATIAN Maklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benar pada masa ia dicetak. Fakulti berhak untuk membuat pindaan apabila dianggap perlu tanpa sebarang pengumuman terlebih dahulu. Segala pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada : Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM SKUDAI, JOHOR. No. Telefon : 07 – 553 5221 No. Faks : 07 – 558 7849 Emel : [email protected] Laman Web : www.fke.utm.my

Upload: vulien

Post on 12-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BUKU PANDUANEdisi Ketujuh : 2003/2004

Hak Cipta Terpelihara

PERHATIANMaklumat yang terdapat di dalam buku ini adalah benarpada masa ia dicetak. Fakulti berhak untuk membuat

pindaan apabila dianggap perlu tanpa sebarangpengumuman terlebih dahulu.

Segala pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada :

DekanFakulti Kejuruteraan ElektrikUniversiti Teknologi Malaysia81310 UTM SKUDAI, JOHOR.

No. Telefon : 07 – 553 5221No. Faks : 07 – 558 7849Emel : [email protected] Web : www.fke.utm.my

Page 2: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

FALSAFAH / WAWASAN / MISI / COGANKATA UNIVERSITI viWAWASAN / MISI / MATLAMAT FAKULTI viKATA-KATA ALUAN DEKAN 1STRUKTUR ORGANISASI FAKULTI 2PELAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK 3FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK - SEPINTAS LALU 4

Latarbelakang Fakulti 4

Kemudahan 4Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa 5Jabatan Kejuruteraan Elektronik 5Jabatan Kejuruteraan Kawalan & Instrumentasi 6Jabatan Kejuruteraan Mekatronik & Robotik 6Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Optik & Telematik 6Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Radio 7Jabatan Kejuruteraan Pertukaran Tenaga 7Jabatan Kejuruteraan Komputer & Mikroelektronik 8Institut Voltan & Arus Tinggi (IVAT) 8Pusat Kecerdikan Buatan & Robotik (CAIRO) 9Pusat Komunikasi Wayarless (WCC) 10

KURSUS YANG DITAWARKAN 11Kursus-Kursus Pasca Ijazah 11

Kursus-Kursus Sarjana Muda 11

DOKTOR FALSAFAH KEJURUTERAAN ELEKTRIK 12Objektif Kursus 13

Syarat Kemasukan 13

Bidang-Bidang Penyelidikan 13

SARJANA KEJURUTERAAN (ELEKTRIK) 14Objektif Kursus 14

Syarat Kemasukan 14Sarjana Kejuruteraan (Elektrik) - Secara Penyelidikan 15

Kurikulum Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Elektrik) - Secara Kerja Kursus 15

KURSUS SARJANA MUDA 17Objektif Kursus 17

Pengendalian Kursus Secara Am 18Pendaftaran Sebagai Jurutera Siswazah Dengan Lembaga Jurutera Malaysia 18Syarat Kemasukan 19

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

ISI KANDUNGAN

ii

Page 3: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (ELEKTRIK) 21Pengenalan 21Objektif 21Pengendalian Kursus 21

Kerjaya 22

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK- KAWALAN & INSTRUMENTASI) 23Pengenalan 23Objektif 23Pengendalian Kursus 24Kerjaya 24

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK – MEKATRONIK) 25Pengenalan 25Objektif 25Pengendalian Kursus 26

Kerjaya 26

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK – ROBOTIK) 27Pengenalan 27

Objektif 28Pengendalian Kursus 28

Kerjaya 28

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK – ELEKTRONIK) 29Pengenalan 29Objektif 29Pengendalian Kursus 29Kerjaya 30

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK – MIKROELEKTRONIK) 31Pengenalan 31

Objektif 31Pengendalian Kursus 31

Kerjaya 32

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK – ELEKTRONIK PERUBATAN) 33Pengenalan 33Objektif 33Pengendalian Kursus 34Kerjaya 34

SARJANA MUDA KEJ. (ELEKTRIK – TELEKOMUNIKASI) 35Pengenalan 35Objektif 36Pengendalian Kursus 36Kerjaya 36

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KOMPUTER) 37Pengenalan 37Objektif 37Pengendalian Kursus 38Kerjaya 38

iii

Page 4: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

SISTEM SEMESTER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 39Tahun Akademik 39Pendaftaran Kursus 39Kod Kursus dan Matapelajaran 40Sistem Penasihatan Akademik 41Pertukaran Kursus Pengajian 41Pendaftaran Matapelajaran 41Taraf Matapelajaran 42Sistem Kredit 42Penilaian Kredit 43Pengecualian Kredit 43Pemindahan Kredit 43Kredit Dapat 43Kredit Kira 44Kredit Naik Tahun 44Kredit Lulus Kursus 44Kehadiran Kuliah 44Sistem Gred 45Peperiksaan 46Pencapaian Akademik 47Kedudukan Akademik 48Senarai Kepujian Dekan 48Prosedur Penganugerahan Ijazah 48Kelas Ijazah 49Penangguhan Pengajian 49

HADIAH & ANUGERAH 50PROGRAM “CROSS CAMPUS” 51PELBAGAI 52

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK - [SEE] 56

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(KAWALAN & INSTRUMENTASI) - [SEI] 62

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(ELEKTRONIK) - [SEL] 67

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(MEKATRONIK) - [SEM] 72

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(ELEKTRONIK PERUBATAN) - [SEP] 77

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(ROBOTIK) - [SER] 82

iv

Page 5: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(TELEKOMUNIKASI) - [SET] 87

KURIKULUM BAGI KURSUS SARJANA MUDA KEJ. ELEKTRIK

(MIKROELEKTRONIK) - [SEW] 92

KURIKULUM BAGI KURSUS SAR. MUDA KEJ. (KOMPUTER) - [SEC] 97

RINGKASAN SILIBUS 102

PENTADBIRAN FAKULTI 118

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA TETAP FAKULTI 120Jawatankuasa Akademik 120Jawatankuasa Pentadbiran 120Jawatankuasa Peperiksaan 120Jawatankuasa Pengajian Siswazah & Penyelidikan 120Jawatankuasa Pengurusan Akademik 120Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti 121Jawatankuasa Projek Sarjana Muda 121Jawatankuasa Kerja Latihan Praktik Pelajar 121Jawatankuasa Kerja Pembangunan Pelajar 121Jawatankuasa Kerja Seminar & Kursus Pendek 121Jawatankuasa Kerja Promosi & Hubungan Luar 121Jawatankuasa Pengkomputeran Fakulti 121Jawatankuasa Kerja Penyelenggaraan & Pengurusan Sumber Manusia 122Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Fakulti 122Jawatankuasa Kualiti 122Jawatankuasa Kerja Pengurusan Fasiliti Fakulti 122Jawatankuasa Kerja Penerbitan Fakulti 122

SENARAI KETUA-KETUA MAKMAL / SETOR PENYELARAS 123

MAKMAL PENGAJARAN 123

Makmal / Woksyop Bagi Aktiviti Pengajaran 123Makmal / Woksyop Bagi Aktiviti Penyelidikan 124Penyelaras Makmal Pengajaran 124

SENARAI STAF AKADEMIK 125Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa 125Jabatan Kejuruteraan Elektronik 126Jabatan Kejuruteraan Kawalan & Instrumentasi 126Jabatan Kejuruteraan Komputer & Mikroelektronik 127Jabatan Kejuruteraan Mekatronik & Robotik 128Jabatan Kejuruteraan Penukaran Tenaga 129Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Optik & Telematik 129Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Radio 130Institut Voltan & Arus Tinggi (IVAT) 131Pusat Komunikasi Wayarless (WCC) 131Pusat Kecerdikan Buatan & Robotik (CAIRO) 132

STAF PENERBITAN BUKU PANDUAN 133

v

Page 6: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada

sains dan teknologi. Maka

Universiti Teknologi Malaysia berusaha

secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan

kecemerlangan sains

dan teknologi untuk

kesejahteraan dan kemakmuran

sejagat sesuai dengan kehendakNya.

WAWASAN UNIVERSITI

Untuk menjadi pusat kecemerlangan

akademik dan teknologi bertaraf

dunia menerusi kreativiti.

MISI UNIVERSITI

Untuk menerajui pembangunan

teknologi dan sumber manusia

yang kreatif selari dengan

aspirasi negara.

COGANKATA UNIVERSITI

Kerana Tuhan Untuk Manusia

WAWASAN FAKULTI

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan dan penerajudalam bidang pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan

elektrik yang bertaraf dunia

MISI FAKULTI

Menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yangcemerlang dalam bidang kejuruteraan elektrik,

Membangunkan teknologi dan ahli teknologi dalam bidangkejuruteraan elektrik yang mempunyai nilai Islam dan

murni yang unggul dan

Menerajui keilmuan teknologi kejuruteraan elektrik.

MATLAMAT FAKULTI

Mengeluarkan ahli profesional yang bertanggungjawabkepada Pencipta dan Masyarakatnya.

Mengeluarkan ahli professional yang terlatih,mahir dan cekap melalui pengwujudkan program

akademik yang baik.

Mewujudkan perhubungan strategikdi antara universiti-industri.

Membangunkan dan mewujudkan staf akademikdan sokongan yang berkualiti.

Mewujudkan budaya penyelidikan dan perundinganyang cemerlang.

vi

Page 7: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Assalamualaikum wrt. wbt./Salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya. Buku Panduan FakultiKejuruteraan Elektrik edisi ketujuh berjaya diterbitkan.

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabaskepada para pelajar yang telah berjaya terpilih untuk mengikuti pengajianyang ditawarkan oleh Fakulti Kejuteraan Elektrik.

Buku Panduan ini memuatkan maklumat ringkas mengenai fakulti, kurikulumdan silibus yang digunapakai untuk pelajar kemasukan sesi 2003/2004. Iajuga menerangkan program dan kursus yang ditawarkan di FakultiKejuruteraan Elektrik, serta sistem semester yang dilaksanakan dalampengendalian program ini.

Adalah diharapkan agar Buku Panduan ini dapat memberi maklumat yangdiperlukan khususnya oleh pelajar mengenai pengurusan fakulti, pengendalianprogram dan kursus yang ditawarkan. Ianya dapat dijadikan panduan untukpelajar merancang pembelajaran di samping menjadi rujukan untuk lebihmemahami struktur kursus/program yang dikendalikan oleh fakulti.

Diharapkan juga agar melalui Buku Panduan ini, pelajar berpeluang untukmemahami keupayaan Fakulti dalam mengendalikan program-program dankursus yang dijalankan.

Bagi pihak Fakulti, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapanterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan BukuPanduan Fakulti Kejuruteraan Elektrik edisi ketujuh ini.

Terima Kasih. Wassalam.

PROF. DR. AHMAD BIN DARUS

Dekan

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

KATA-KATA ALUAN

1

Page 8: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/20042

Page 9: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004 3

Page 10: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Fakulti Kejuruteraan Elektrik terdiri daripada 8 buah jabatan,iaitu :

• Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa - POWER

• Jabatan Kejuruteraan Elektronik - INSEED

• Jabatan Kejuruteraan Kawalan & Instrumentasi - CIED

• Jabatan Kejuruteraan Komputer & Mikroelektronik - MiCE

• Jabatan Kejuruteraan Mekatronik & Robotik - MER

• Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Optik & Telematik - TOP

• Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Radio - RaCED

• Jabatan Kejuruteraan Penukaran Tenaga - ENCON

Fakulti juga telah menubuhkan tiga pusat kecemerlanganuntuk menjalankan aktiviti perundingan serta aktivitipenyelidikan dan pembangunan. Pusat ini ialah :

• Institut Voltan dan Arus Tinggi - [IVAT]

• Pusat Kecerdikan Buatan dan Robotik - [CAIRO]

• Pusat Komunikasi Wayarles - (WCC)

Di samping pengajaran dan pembelajaran, FakultiKejuruteraan Elektrik juga terlibat dengan aktif dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan serta memberikhidmat perundingan dalam bidang kejuruteraan elektrikkepada organisasi-organisasi, badan-badan swasta dankerajaan yang memerlukan.

Bidang-bidang kepakaran yang terdapat di FakultiKejuruteraan Elektrik adalah bidang kejuruteraan kawalandan instrumentasi, kejuruteraan kuasa dan penukaran tenaga,kejuruteraan telekomunikasi, kejuruteraan elektronik dankejuruteraan komputer.

Institut Voltan dan Arus Tinggi (IVAT) yang ditubuhkan di

Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah ditubuhkan pada akhirtahun 1974 dan beroperasi di Kampus Universiti TeknologiMalaysia Jalan Semarak, Kuala Lumpur sehingga 31 Mei,1995. Pada 1 Jun 1995, Fakulti Kejuruteraan Elektrik telahberoperasi sepenuhnya di kampus Induk Universiti TeknologiMalaysia di Skudai Johor.

Fakulti ini merupakan pusat tumpuan ahli-ahli akademik danpakar-pakar kejuruteraan elektrik yang terbesar di Malaysiapada masa ini. Kini terdapat seramai 168 orang stafakademik yang berkelayakan dalam bidang kejuruteraanelektrik dan seramai 56 orang staf bukan akademik yangberdedikasi berkhidmat di Fakulti. Fakulti diketuai olehseorang Dekan dengan dibantu oleh 2 orang TimbalanDekan, 9 orang Ketua Jabatan, seorang Pengarah Institut,dua orang Pengarah Pusat, seorang Pengurus TeknologiMaklumat, seorang Timbalan Pendaftar dan seorangPenolong Pendaftar.

LATARBELAKANG FAKULTIFKE

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SEPINTAS LALU

4

Page 11: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Makmal

Di samping mempunyai tenaga pakar yang ramai, Fakultimempunyai 19 buah makmal untuk tujuan pengajaran dan17 buah makmal untuk kerja-kerja penyelidikan danpembangunan, 2 woksyop kemahiran dan sebuah stor.Makmal-makmal ini telah dilengkapkan dengan peralatan-peralatan canggih untuk tujuan-tujuan tersebut. Fakulti jugamempunyai kemudahan berpusat seperti Bilik Sumber, BilikMesyuarat, Bilik Serbaguna, Bilik Kuliah, Dewan Kuliah,Makmal Komputer dan CAD, Makmal PCB, Bilik PersidanganVideo, Surau dan Kafetaria.

Komputer

Di samping kemudahan di Pusat Komputer Universiti, pelajarjuga berpeluang menggunakan komputer yang ada di Fakulti.

Ini termasuklah 10 unit stesenkerja SUN,13 unit Macintosh dan lebih daripada 100unit komputer peribadi. Perisian yang adatermasuklah PROTEL, Mc Speech,LABVIEW, CIRCAD, SPICE, Simscript,COMNET III, BONES, MENTORGraphics CAD tools (Autologic synthesis,QSIM, Design Architect, ICstation forVLSI) dan PERISIK. Sistem komputerFakulti juga dirangkaikan kepada sistemJARING untuk kemudahan penggunaanINTERNET.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kuasa (POWER) adalah sebuahjabatan yang bertanggungjawab mengendalikan programyang tertua di Fakulti Kejuruteraan Elektrik iaitu ProgramIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) - [SEE] yangdimulakan pada tahun 1975. Di samping itu, kecemerlangandalam aspek pembelajaran, pengajaran, penyelidikan,perundingan, pengembangan dan penerusan pendidikanprofesional dalam bidang kejuruteraan elektrik kuasa adalahmenjadi visi, misi dan objektif POWER.

POWER adalah sinonami dengan kemajuan, peningkatan dankecekapan sistem penghantaran kuasa, penangkap kilat, danpengurusan tenaga di Malaysia. Staf akademik POWERsangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnaldi peringkat kebangsaan dan antarabangsa, jugamembentangkan di persidangan antarabngsa luar dan dalamnegeri. Sebanyak RM 1 juta telah diperolehi bagi aktivitipenyelidikan dan perundingan. Sebahagian staf telahmendapat pengiktirafan antarabangsa bagi kepakaran danpengetahuan dalam bidang masing-masing. Aktiviti-aktivitipenyelidikan yang dijalankan di POWER termasuklah :

• Penggunaan tenaga elektrik yang cekap.

• Kestabilan Sistem Kuasa, Aplikasi kecerdikan buatan dan

sistem pakar kepada analisis sistem kuasa.

• Sistem Perlindungan Untuk Sistem Penghantaran Kuasa.

• Kesan Elektromagnetik pada Bangunan Telekomunikasi.

• Pemantauan Automatik dan Sistem Pembumian.

• Penjanaan Ozon dan Penyulinan Air untuk minuman.

• Kesan Luruan Kilat Pada Sistem Aliran Pengangkutan Ringan.

• Luruan Kilat Pada Sistem Pembekalan Tenaga Untuk Bangunan.

• Pengkoordinatan Penebatan.

• Talian penghantaran HVDC

• Penjanaan Kuasa Trebenam

• Sistem Kuasa Setara Dinamik Untuk Jenis Digital.

• Talian Penghantaran AC Fleksibel (FACTS)

KEMUDAHANFKE

JABATAN KEJURUTERAAN

ELEKTRIK KUASAFKE

Fakulti telah mendapat pengiktirafan ISO Guide 25 untukmengendalikan kerja-kerja pengujian dan tentukuranberkualiti, serta kerja-kerja penyelidikan dan perundingandalam bidang voltan tinggi.

Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan ini telahmenyumbang secara khusus kepada penglibatan UTM dalamusaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negaraperindustrian.

5

Page 12: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Jabatan Kejuruteraan Elektronik (INSEED) kinimengendalikan dua buah kursus di peringkat Sarjana Mudaiaitu kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik -Elektronik) - [SEL] dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik-Elektronik Perubatan) – [SEP]. Di sampingmengendalikan kursus-kursus tersebut, jabatan ini juga aktifdalam kerja-kerja penyelidikan dan perundingan yangbersangkutan dengan bidang instrumentasi, elektronikperindustrian dan elektronik perubatan. Jabatan ini kinimenawarkan penyelidikan kepada calon-calon programDoktoran Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan yangberminat dengan bidang-bidang berikut :

• Peranti elektronik yang menjimatkan tenaga untuk motor dan

pemampat.

• Balast elektronik yang cekap untuk lampu jenis raksa dan lampu

sodium bertekanan tinggi.

• Peralatan elektronik dalam bidang bio-perubatan.

• Membangunkan ‘kotak antaramuka untuk perubatan’ yang mudah-

alih bagi kegunaan di rumah.

• Stesyenkerja Doktor.

• ‘Rehabilitation’ terbantu komputer.

• Sistem latihan berasaskan komputer.

• Pembangunan perisian kejuruteraan menggunakan kaedah

terorientasikan objek.

• Peralatan elektronik perindustrian.

• Penggunaan laser dan optik

Jabatan Kejuruteraan Kawalan & Instrumentasi (CIED) adalahsebuah jabatan yang menggabungkan dua bidang yangpenting iaitu Kejuruteraan Kawalan & KejuruteraanInstrumentasi. Jabatan ini bertanggungjawab mengurus danmengendalikan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik-Kawalan & Instrumentasi) - [SEI].

Jabatan Kejuruteraan Kawalan & Instrumentasi kinimempunyai kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Kawalandan Instrumentasi. Bidang-bidang utama penyelidikan danperundingan yang giat dijalankan di Jabatan ini termasuk

bidang-bidang berikut :

• Pengautomatan loji dan Instrumentasi.

• Simulasi Loji dan Pengotimuman

• Kawalan Masa Nyata.

• Kawalan Cerdik dan tersuai.

• Tomografi dan Proses Pengukuran.

• Kalibrasi dan Piawaian peralatan.

• Pembangunan perisian pakej analitikal.

Jabatan Kejuruteraan Mekatronik & Robotik (MER) adalahterdiri daripada staf yang mempunyai kepakaran dalambidang robotik dan kejuruteraan mekatronik. Kini, iamengendalikan dua buah kursus diperingkat sarjana mudaiaitu kursus Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik-Mekatronik) - [SEM] dan Sarjana MudaKejuruteraan (Elektrik -Robotik) - [SER] untuk melahirkanjurutera-jurutera elektrik yang boleh mengisi keperluannegara di dalam bidang mekatronik dan robotik.

Aktiviti penyelidikan yang dijalankan di jabatan ini

JABATAN KEJURUTERAAN

ELEKTRONIKFKE

JABATAN KEJURUTERAAN

KAWALAN & INSTRUMENTASIFKE

JABATAN KEJURUTERAAN

MEKATRONIK & ROBOTIKFKE

• Kualiti Kuasa seperti harmoniks, sag

• Talian Penghantaran Enam Fasa

• Teknologi Fotovoltan

• Pasaran Elektrik Deregulasi

6

Page 13: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

merangkumi beberapa bidang yang luas yang mencerminkantabii berbilang disiplin bidang robotik dan sistem-sistemmekatronik yang lain. Bidang-bidang penyelidikan yang giatdijalankan di bawah jabatan ini termasuklah teknologipenderia, mesin-mesin pintar, algoritma kawalan termaju danpintar, pengautomatan industri, rekabentuk robot dan selkerja robot, robot boleh gerak, pembuatan tersepadukomputer, sistem mekatronik. Disamping itu, Jabatan inijuga bergiat cergas dalam kerja-kerja perundingan denganindustri-industri tempatan.

Bagi calon-calon program Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana,jabatan ini menawarkan penyelidikan di antaranya dalambidang-bidang berikut :

• Mesin-mesin pintar dan robot boleh gerak.

• Penggunaan robot di industri dan rekabentuk sel kerja robot.

• Pengautomatanan industri dan pembuatan terbantu komputer.

• Penggunaan algoritma kawalan termaju masa nyata bagi sistem

robotik.

• Rekabentuk pengawal terbenam dan kejuruteraan perisian masa nyata

bagi sistem mekatronik dan robotik.

• Pembangunan teknik kawalan termaju bagi mengawal sistem-sistem

tidak lelurus dan mengandungi ketidakpastian, dan bagi sistem-sistem

berskala besar.

JAB. KEJ. PERHUBUNGAN OPTIK

& TELEMATIKFKE

Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Optik & Telematik (TOP)merupakan jabatan yang mempelopori bidang kejuruteraantelekomunikasi. Staf jabatan ini terdiri dari pakar dalampelbagai bidang telekomunikasi. Antara bidang kepakaranadalah komunikasi data, pensuisan, teknologi fotonik dankeselamatan system telekomunikasi. Di samping kursussarjana muda, jabatan ini juga menawarkan program Sarjanadan Doktor Falsafah secara penyelidikan. Antara bidangpenyelidikan yang di tawarkan adalah :

• Rekabentuk suis ATM.

• Analisis prestasi rangkaian ATM berwayar dan wayerless.

• Skema kawalan kesesakan dalam rangkaian ATM.

• Pembangunan multimedia untuk rangkaian ATM dan Internet.

• Pengurusan dan pengecasan trafik dalam rangkaian ATM.

• Sekuriti rangkaian.

• Pensuisan fotonik.

• Penghantaran optik tak berpandu.

• Peranti fotonik.

• Peranti fotonik berasaskan MEMS.

• Rangkaian fotonik.

• Rekabentuk penerima fotonik hingar rendah.

JABATAN KEJURUTERAAN

PERHUBUNGAN RADIOFKE

Jabatan Kejuruteraan Perhubungan Radio meliputi dua bidangbesar iaitu Perhubungan Radio dan RaCED Akustik. RaCEDbertanggungjawab mengendalikan matapelajaran komunikasikursus SET dan SEE, di samping program sarjana (kerjakursus). RaCED menumpukan penyelidikan terhadap bidangberikut: Kejuruteraan gelombang mikro & frekuensi radio(RF), perhubungan berdigit, radar & satelit, EMC/EMI,kejuruteraan antena, peranti model kecil seperti HTS/LTCC/mikromesinan serta kejuruteraan akustik & sonar. Antaragran penyelidikan yang pernah diperoleh adalah IRPA, IGS,RMC serta daripada industri telekomunikasi dan pengendalisistem telekomunikasi. RaCED turut menawarkan khidmatperundingan bidang kejuruteraan perhubungan radio danakustik. Di samping itu, RaCED bertanggungjawab terhadapMoU dengan University of Stellenbosch, Afrika Selatan,dalam bidang elektronik gelombang mikro dan radar. Jalinanhubungan dengan institusi akademik dan industri turutdipertingkat dari masa ke semasa. RaCED turut mempunyaiperisian komputer seperti MathCAD, SigmaPlot, Empire,PUFF, Serenade, SONNET, CorelDRAW, MATLAB, NEC,AWAS dan EASY.

7

Page 14: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Jabatan Kejuruteraan Komputer & Mikroelektronik (MiCE)bertanggungjawab menyokong pengajaran dan penyelidikanyang merangkumi bidang-bidang elektronik,mikroelektronik, pemproses isyarat digit dan teknologikomputer. Jabatan ini mengendalikan dua buah kursus IjazahSarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) – [SEC] dan IjazahSarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Mikroelektronik) –(SEW). Staf dalam jabatan ini mempunyai kepakaran danpengalaman yang luas dalam pembangunan sistem

Antara penyelidikan yang ditawarkan kepada calon peringkatpengajian siswazah (turut dilibatkan dalam Projek SarjanaMuda) meliputi:

• Peranti gelombang mikro dan RF seperti antena, penapis, balun,pengganding, pencampur, pembahagi kuasa, penderia, pengaruh danpemuat

• Peranti HTS, LTCC dan mikromesinan• Penghantaran kuasa tanpa wayar seperti peranti rektena, penjana

isyarat dan penukar kuasa• Sistem antena pintar• EMC/EMI• Radar dan satelit seperti pelemahan hujan menggunakan data radar• Teknik modulatan/kodan termaju perhubungan berdigit seperti

WCDMA, COFDM dan MCM• Teknik penghapusan hingar• Akustik dalam bangunan dan bawah air• Kejuruteraan akustik dan sonar

JABATAN KEJURUTERAAN

PENUKARAN TENAGAFKE

Jabatan Kejuruteraan Penukaran Tenaga (ENCON) telahditubuhkan pada tahun 1990. Pada awal penubuhannya,jabatan ini memberi tumpuan terhadap sistem penukarelektronik kuasa, mesin-mesin elektrik serta faedah terhadappenggunaan sistem tersebut. Dengan meningkatnyapenggunaan kuasa dalam peralatan dan perkakasan elektrik,kumpulan penyelidik dari jabatan ini telah meluaskan aktivitipenyelidikan mereka termasuklah penyelidikan terhadapsistem pacuan dan kawalan motor, isu-isu berkaitan mutukuasa elektrik,kawalan mesin,kenderaan elektrik,penggunaan alat-alat elektrik dalam bidang-bidang baru dansistem tenaga elektrik boleh diperbaharui semula dari punca-punca yang sedia ada. Sejak penubuhannya, jabatan ini telahmemperolehi banyak geran-geran penyelidikan, diantaranyageran-geran yang diperolehi melalui skim IGS, IRPA dan UPP.

Objektif jabatan ini adalah untuk menjadi pusatkecemerlangan dari segi penyampaian maklumat, aktiviti-aktiviti penyelidikan, kerja-kerja perundingan, latihan danpembelajaran pelajar-pelajar dalam bidang-bidang yangtelah dinyatakan diatas.

Antara projek-projek penyelidikan yang dijalankan olehjabatan ini ialah :

• Perkembangan terhadap Penguji Voltan Tinggi untuk penangkappusuan kilat dalam sistem telekomunikasi dengan menggunakanteknologi baru.

• Sistem bekalan kuasa tanpa gangguan berkeupayaan tinggi (UPS)• Kawalan terus dayakilas bagi motor aruhan-strategi pensuisan untuk

meningkatkan keupayaan Sistem pemacuan.• Sistem pacuan kenderaan elektrik bagi SRM• Perubahan besar terhadap kelajuan penjana bagi Penjana Aruhan

gelung pemutar (ujaan diri).• Projek Kereta Hybrid & Projek Kereta Elektrik.• Penggunaan Sistem Sel bahanapi• Perkembangan dan pembinaan satu model Penyongsang

(5KW PEMFC).• Projek Torpedo.• Penggunaan sistem Photovoltan di Malaysia.• Pembinaan piawaian dan pengridan peralatan elektrik domestik.• Pengecas Bateri Kereta Elektrik & Pengecas Bateri Alkaline.

JABATAN KEJURUTERAAN

KOMPUTER & MIKROELEKTRONIKFKE

8

Page 15: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

mikropemproses dan komputer, rekabentuk sistem digit danVLSI, automasi rekabentuk elektronik (EDA) dan CAD,rangkaian komputer dan teknologi multimedia, pemprosesanisyarat digit (DSP), semikonduktor dan pengujian IC, sertarekabentuk perkakasan subsistem kecerdikan buatan (AI).

Aktiviti penyelidikan ketika ini tertumpu kepada tiga bidangfokus, iaitu :

• Mikroelektronik : CAD, rekabentuk VLSI dan pengujian IC.

• Pemprosesan isyarat digit (DSP) : pembangunan algoritma

dan perkakasan.

• Sistem rangkaian multimedia : perisian dan perkakasan komputer.

Projek-projek penyelidikan yang dijalankan merangkumitajuk-tajuk berikut :

• Kemantapan video dan imej (video & image compression).

• Implementsi perkakasan subsistem kecerdikan buatan (AI) :

logik kabur, sistem pakar, rangkaian neural.

• Teknologi rangkaian multimedia, komunikasi internet & rangkaian ATM.

• Pemodelan, simulasi dan pengujian litar bersepadu (IC).

• Sistem pemprosesan isyarat digit (DSP) : pemprosesan isyarat

suara dan imej.

• Pembangunan berasaskan mikropemproses dan pengawal mikro.

Aktiviti yang dijalankan ini telah mendapat sokongan pihakindustri, ini termasuklah daripada sysrikat-syarikat elektronikgergasi seperti Intel, Motorola, Texas Instrument, Altera danTelekom. Jumlah geran yang berjaya dikumpulkan daripadaindustri dan juga IRPA menghampiri RM3 juta untuk duatahun yang lalu.

INSTITUT VOLTAN

& ARUS TINGGI (IVAT)FKE

IVAT telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1991dan telah dianugerahkan Sekim Akreditasi Makmal Malaysia(SAMM) oleh SIRIM mengikut ISO/IEC Guide 25 pada tahun1992. Institut ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi

sebuah pusat penyelidikan, pembangunan, pengujian danpenentukuran dalam bidang voltan dan arus tinggi di negaraini. Selain daripada menjalankan kerja-kerja pengujian danpenentukuran serta penyelidikan secara kontrak untuk firma-firma swasta, institut ini juga menawarkan kerja-kerjapenyelidikan untuk calon-calon bagi program Ijazah DoktorFalsafah dan Sarjana. Di antara bidang-bidang penyelidikanyang ditawarkan kepada calon-calon bagi program tersebutialah :

• Prestasi peralatan sistem kuasa GIS dalam keadaan tercemar.

• Prestasi peralatan sistem kuasa bervoltan tinggi disebabkan oleh kilat

(denyut tunggal dan berbilang) dan pusuan pensuisan.

• Kesan fana lampau voltan ke atas peralatan telekomunikasi dan

peranti-peranti lain.

• Nyahcas-nyahcas elektrik.

• Fenomenon jejakan dan’treeing’.

• Pengawasan keadaan peralatan-peralatan bagi sistem kuasa voltan

tinggi.

• Penyelidikan dalam bahan-bahan penebatan baru.

PUSAT KECERDIKAN BUATAN &

ROBOTIK (CAIRO)FKE

CAIRO ditubuhkan untuk menjadi sebuah pusat penyelidikanterulung dalam bidang kecerdikan buatan dan robotik, sertauntuk meningkatkan penggunaan kecerdikan buatan danteknologi robotik di industri-industri di Malaysia. Calon-calon yang ingin menumpukan pengajian dan penyelidikandi peringkat Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dalam bidangkecerdikan buatan dan robotik boleh menjalankanpenyelidikan mereka di sini. Di antara penyelidikan yang

dijalankan ialah :

• Sistem kawalan dan pengawasan pintar.

• Penggunaan AI dalam pemprosesan imej dan pengecaman corak.

• Sistem kawalan Neuro-Fuzi.

• Sistem robotik.

• Penggunaan AI dalam sistem kuasa.

9

Page 16: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

• Produk-produk domestik tertanam kepintaran.

• Penyelakuan sistem kawalan pintar

• Pangkalan data pintar

• Teori dan penggunaan system pakar

PUSAT KOMUNIKASI

WAYARLES (WCC)FKE

WCC telah ditubuhkan dengan rasminya pada 12 September2002. Pusat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadisebuah pusat penyelidikan, pembangunan dan pengujiandalam bidang wayarles di Malaysia. Selain menjalankan kerja-kerja pengujian serta penyelidikan secara kontrak untukfirma-firma swasta seperti Ericcson, NTT (NipponTelephony and Telegraph) Docomo, Nokia, SIRIM, Celcom,Maxis dan Telekom Malaysia Berhad, pusat ini jugamenawarkan kerja-kerja penyelidikan bagi program IjazahDoktor Falsafah dan Sarjana.

Objektif penubuhan WCC ialah :

Penyelidikan dan Pembangunan

• Untuk membangunkan teknologi wayarles.

• Menjalankan kajian dalam bidang teknologi wayarles dan berusaha

ke arah menghasilkan produk ciptaan sendiri.

• Mewujudkan hubungan dengan industri supaya dapat memenuhi

keperluan pasaran semasa.

Pendidikan Berterusan

• Penyediaan pengalaman langsung (hands on experience) kepada pelajar

ijazah dan ijazah lanjutan berkaitan dengan teknologi wayarles.

• Peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran berorientasikan

industri dalam kursus-kursus ijazah lanjutan yang berkaitan dengan

kejuruteraan telekomunikasi .

• Sebagai pusat latihan di dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi

wayarles kepada staf dari industri telekomunikasi untuk menghasilkan

sumber tenaga manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan

tinggi.

Di antara penyelidikan yang diajalankan ialah• Kesan hujan terhadap isyarat gelombang mikro di

kawasan tropika.• Rekabentuk antena bagi kegunaan komunikasi wayarles.• Rekabentuk Frekuensi Radio bagi Komunikasi radio

bergerak dan satelit.• Pengukuran dan permodelan bagi perambatan

gelombang radio.• Penyelidikan berkaitan dengan Sistem Komunikasi

bergerak generasi 3 dan 4.• Penyelidikan berkaitan dengan “Bluetooth”, “Wireless

LAN”, Broadband Fixed Wireless Access” dan“Personal Area Network”.

Perindustrian

• Menyediakan kemudahan sewaan peralatan untuk tujuan penentukuran

dan pengujian spesifikasi antena kepada pihak industri.

• Untuk menghasilkan prototaip untuk dipasarkan di pasaran tempatan

dan antarabangsa.

• Bertindak sebagai pusat pengumpulan, pengolahan, pengujian dan

pengubahsuaian teknologi dari dalam dan luar negara.

10

Page 17: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

Kesemua kursus yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda telah mendapat pengiktirafandan akreditasi Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Dengan kepakaran dan kemudahan yang ada, Fakulti menawarkan kursus-kursus di peringkat DoktorFalsafah, Sarjana dan 9 buah kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kursus-kursus yang ditawarkanadalah seperti berikut :

KURSUS-KURSUS PASCA IJAZAH

Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik

SARJANA KEJURUTERAAN (Elektrik) - Secara Penyelidikan

SARJANA KEJURUTERAAN (Elektrik) - Secara Kerja Kursus

KURSUS-KURSUS SARJANA MUDA

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) - [ SEE ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Kawalan & Instrumentasi) - [ SEI ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik) - [ SEM ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Robotik) - [ SER ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik) - [ SEL ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik Perubatan) - [ SEP ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) - [ SET ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mikroelektronik) - [ SEW ]

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) - [ SEC ]

Page 18: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

IIjazah Doktor Falsafah (Ph.D) dianugerahkan oleh Universitisebagai satu pengiktirafan kepada suatu penyelidikan yangberjaya di mana hasil penyelidikan tersebut boleh dianggapsebagai satu kontribusi keilmuan yang asli.

Program ini dijalankan dalam dua bentuk iaitu sepenuh masa(3 tahun minimum dan 7 tahun maksimum) dan separuh masa(4 tahun minimum dan tempoh maksimum 9 tahun). Bagiprogram sepenuh masa, calon dikehendaki menyediakancadangan pengajian selepas 2 bulan mendaftar danmenghantar laporan kelayakan selepas 12 bulan mendaftar.

Bagi program separuh masa, calon dikehendaki menyediakancadangan pengajian selepas 4 bulan mendaftar danmenghantar laporan kelayakan selepas 18 bulan mendaftar.

Semua kerja-kerja penyelidikan kedoktoran mesti diselia olehsatu panel penyelia. Pemakaian panel penyelia oleh Fakultiadalah untuk memastikan yang penyelidikan tersebut dapatdiselesaikan dalam masa yang terpendek. Calon adalahdigalakkan untuk menulis hasil penemuan penyelidikan dalamjurnal-jurnal atau mengadakan pembentangan di seminar-seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Calonjuga dikehendaki menghadir kuliah bagi beberapamatapelajaran wajib Universiti yang telah ditetapkan. Calondikehendaki mengemukakan sebuah tesis hasil penyelidikanke Universiti di akhir pengajian.

Penilaian tesis akan dibuat oleh satu Panel Pemeriksa yangterdiri daripada seorang Pemeriksa Luar dan sekurang-kurangnya seorang lagi dari dalam atau luar Universiti yangdilantik oleh Fakulti/Pusat Pengajian Siswazah.

Calon adalah layak untuk dipertimbangkan pengaugerahan

KURSUS PASCA IJAZAH

DOKTOR FALSAFAH KERJURUTERAAN ELEKTRIK

Ijazah Doktor Falsafah setelah semua peraturan dan syaratyang ditetapkan oleh Fakulti dan Universiti dipatuhi.

SPM/SPVMTAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

TAHUN 4

TAHUN 5

DIPLOMA

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Kawalan & Instrumentasi)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Robotik)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik Perubatan)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mikroelektronik)

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer)IJAZAH

LANJUTAN

PhD & MEE

SARJANA

KEJ. (ELEKTRIK) &

DOKTOR FALSAFAH

MATRIK/STPM

12

Page 19: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Bidang penyelidikan yang ditawarkan oleh Fakulti untukprogram kedoktoran adalah merupakan sebahagian daripadaaktiviti-aktiviti penyelidikan utama yang dijalankan olehJabatan dan Pusat Kecemerlangan yang terdapat di Fakulti.Bidang tersebut adalah seperti berikut :-

Elektronik & Kejuruteraan Komputer

• Biomedical & Industrial Electronics• Microelectronics Process & Devices• Microelectronics System Design• Digital Signal Processing• Digital Systems & Computer Engineering• Artificial Intelligence

Telekomunikasi• Telematics & Computer Networking• Photonics & Optical Communications• Radio Communications Engineering• Acoustics Engineering• Mobile & Wireless Communications

Kejuruteraan Kawalan• Robotics• Mechatronics & Industrial Automation• Intelligent Control Systems• Tomography & Instrumentation• Process Control

Kejuruteraan Elektrik Kuasa• Power Systems• High Voltage Engineering• HV Insulation & Electrical Discharges• Power Electronics & Electrical Drives• Lightning Protection & Grounding• Renewable Energy• Energy Conversion Systems

Objektif bagi program Doktor Falsafah ini adalah seperti

berikut:

• Untuk meningkat dan menggalakkan aktivitipenyelidikan dalam bidang KejuruteraanElektrik.

• Untuk memberi peluang kepada paraprofesional untuk mendapat pendidikan tinggidalam bidang pengkhususan mereka.

• Untuk membantu dalam penyelesaian masalahdan isu-isu kemajuan teknologi terkini sejajardengan perubahan dan keperluan tempatan.

• Untuk melahirkan lebih ramai ahli profesionaldengan kelayakan akademik yang lebih tinggidalam bidang pengkhususan mereka.

OBJEKTIFFKE

• Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang

Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf,

ATAU

• Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Elektrik Kepujian Kelas Dua

Tinggi atau lain-lain kelulusan yang setaraf

dengannya,

DAN

• Mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa

Melayu di peringkat SPM atau kelulusan yang

setaraf dengannya.

SYARAT KEMASIKANFKE

BIDANG-BIDANG PENYELIDIKANFKE

13

Page 20: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan (Elektrik) akan

dianugerahkan sebagai pengiktirafan untuk sesuatu

kebolehan yang ditunjukkan dalam menjalankan kajian

tersendiri atau dengan mengikuti sesuatu kursus pengajian

tinggi di peringkat sarjana. Fakulti menawarkan kursus di

peringkat Sarjana dalam dua bentuk, iaitu :

Sarjana Kejuruteraan (Elektrik) - Secara Penyelidikan

Sarjana Kejuruteraan (Elektrik) - Secara Kerja Kursus

Objektif bagi program Sarjana Kejuruteraan (Elektrik) adalah

seperti berikut :

i. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuanjurutera dalam berbagai aspek Kejuruteraan Elektrik danpenggunaannya.

ii. Untuk membekalkan jurutera dengan lebih banyakmasalah yang berbentuk penyelidikan danmemperkenalkan/membiasakan kepada masalah yangberkaitan dengan bidang tugas mereka supaya merekalebih berkeyakinan dan lebih cekap dalam melaksanakantugas dan tanggungjawab profesional.

iii. Dapat menyediakan satu mekanisma kepada stafakademik yang kanan untuk membantu dalam melatihpensyarah muda dan penolong penyelidik.

iv. Dapat menyediakan asas yang kuat untuk menjalankanaktiviti penyelidikan selanjutnya yang membawa kepadaIjazah Kedoktoran (Doktor Falsafah).

v. Untuk memperkuatkan hubungan di antara Universitidan industri tempatan di mana lebih banyak projekpenyelidikan dan program latihan bersama dapatdijalankan.

v. Untuk meningkatkan pembangunan dan penyelidikandalam bidang Kejuruteraan Elektrik di industri-industritempatan.

• Memenuhi syarat-syarat umum UTM bagikemasukan ke pengajian siswazah di UTM.

• Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengankepujian yang baik dalam bidang KejuruteraanElektrik dari UTM atau yang setaraf dengannya,

ATAU• Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

Elektrik yang diiktiraf serta mempunyaipengalaman bekerja dalam bidang berkaitantidak kurang dari 2 tahun.

DAN• Mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa

Melayu di peringkat SPM atau kelulusan yangsetaraf dengannya.

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SARJANA KEJURUTERAAN (ELEKTRIK)

OBJEKTIFFKESYARAT KEMASUKANFKE

14

Page 21: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Calon boleh mengikuti program Sarjana Kejuruteraan(Elektrik) secara kerja kursus sama ada Sepenuh Masa atau

Separuh Masa dalam bidang pengkhususan seperti berikut:-

• Sarjana Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik & Telekomunikasi)

• Sarjana Kejuruteraan (Elektrik – Kuasa)

• Sarjana Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik & Kawalan Automatik).

Program pengajian Sepenuh Masa memerlukan 3 semesteratau satu (1) tahun tempuh minimum pengajian. Manakalabagi program Separuh Masa memerlukan selama dua tahunpengajian atau sekurang-kurangnya 4 1/2 semester. ProgramSeparuh Masa melibatkan pengajaran dan pembelajaransecara modular di mana kuliah diadakan pada hujung minggu.

Untuk dianugerahkan ijazah pelajar perlu mengumpulminimum 35 kredit dan mendapat gred CGPA sekurang-kurangnya 3.0. Sejumlah 35 kredit yang diperlukanmerangkumi 14 modul matapelajaran (6 matapelajaran wajibfakulti, 6 matapelajaran elektif fakulti dan 2 matapelajaranwajib universiti) dan Projek Sarjana. Setiap modul bernilai 2kredit dan penilaian menerusi tugasan serta peperiksaan.Projek sarjana perlu disiapkan dalam dua semesterberturutan. Penilaian diberi 3 kredit bagi pembentanganseminar kertas cadangan dan 4 kredit untuk tesis. Strukturkursus dan kurikulum adalah seperti berikut :

Sarjana Kejuruteraan(Elektrik – Elektronik & Telekomunikasi)

Modul Wajib FakultiArtificial Intelligence, Advanced Microprocessor Systems,Communications 7 Computer Networks, Advanced DigitalSignal Processing, CAD for Electronic Design, IndustrialElectronics & Instrumentation.

Program ini adalah merupakan program secara penyelidikansepenuhnya. Ia dijalankan dalam dua bentuk iaitu sepenuhmasa (minimum 18 bulan dan maksimum 3 tahun berdaftar)dan separuh masa (minimum 30 bulan dan maksimum 5tahun berdaftar). Bidang penyelidikan yang ditawarkanadalah sama seperti di peringkat Doktor Falsafah.

Calon-calon perlu mengadakan perbincangan danperjumpaan dengan penyelia, menyediakan laporancadangan kerja dan laporan kemajuan. Calon-calondigalakkan menulis kertas kerja dan mengadakan seminaruntuk membantu penilaian mereka. Di samping itu calon-calon diwajibkan mengambil matapelajaran-matapelajarankeperluan Universiti yang telah ditetapkan.

Calon-calon dikehendaki mengemukakan sebuah tesis hasilpenyelidikan di akhir pengajian. Penilaian tesis akan dibuatoleh satu Panel Pemeriksa yang dilantik oleh SekolahPengajian Siswazah/Fakulti. Calon juga dikehendakimenduduki ujian lisan yang berasaskan kepada tesis yangdikemukakan.

Calon adalah layak untuk dipertimbangkan penganugerahanIjazah Sarjana Kejuruteraan (Elektrik) setelah lulus semuamatapelajaran keperluan Universiti yang ditetapkan dansetelah sebuah tesis hasil penyelidikan diserahkan kepadaUniversiti, serta setelah memenuhi semua syarat-syarat yangditetapkan oleh Fakulti dan Universiti.

SARJANA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK) - Secara PenyelidikanFKESARJANA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK) - Secara Kerja KursusFKE

15

Page 22: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Pilihan FakultiPilih 6 dari modul berikut :

Broadband Multimedia Networks, Advanced DigitalCommunications, Wireless Communication Systems, RF/Microwave & Antenna Design, Optical Communications,Microelectronic Devices & Technology, Random Process,Speech/Image Processing, Software Engineering, IntegratedCircuit Testing.

Matapelajaran UniversitiDevelopment & Global Issues Seminar, Social Developmentand Philosophy of Science.

Projek Penyelidikan SarjanaResearch Project Proposal, Project Thesis.

Sarjana Kejuruteraan (Elektrik – Kuasa)

Modul Wajib FakultiArtificial Intelligence, Advanced Microprocessor Systems,Linear Systems, Electromagnetic Compatibility, PowerElectronics System, Industrial Electronics & Instrumentation.

Pilihan FakultiPilih 6 dari modul berikut :

Electronic Power Conversion, Electrical Drives, PowerSystem Control, Power Transmission & Security, HVInsulation & Electrical Discharges, Lightning Protection &Grounding System, Integrated Resource Planning in EnergySector, Computer Controlled System, SoftwareEngineering.

Matapelajaran UniversitiDevelopment & Global Issues Seminar, Social Developmentand Philosophy of Science.

Projek Penyelidikan SarjanaResearch Project Proposal, Project Thesis.

Sarjana Kejuruteraan(Elektrik – Mekatronik & Kawalan Automatik)

Modul Wajib FakultiArtificial Intelligence, Advanced Microprocessor Systems,Linear Systems, Computer Controlled System, PowerElectronics System, Industrial Electronics &Instrumentation.

Pilihan FakultiPilih 6 dari modul berikut :

Advanced Process Control, Advanced Digital Control,Advanced Robotics, Adaptive & Self-Tuning Control,Electrical Drives, Advanced Digital Signal Processing,Software Engineering.

Matapelajaran UniversitiDevelopment & Global Issues Seminar, Social Developmentand Philosophy of Science.

Projek Penyelidikan SarjanaResearch Project Proposal, Project Thesis.

16

Page 23: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

KURSUS SARJANA MUDA

Fakulti Kejuruteraan Elektrik pada masa ini menawarkan 9buah kursus diperingkat Sarjana Muda, iaitu 8 buah kursusyang membawa kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Mudadalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan sebuah kursus yangmembawa kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Mudadalam bidang Kejuruteraan Komputer kepada calon-calonyang layak. Kesemua kursus ini memerlukan lima (5) tahunpengajian dengan kredit lulus kursus minima sebanyak161~162 bergantung kepada kursus. Bagi pelajar yangmasuk menerusi Program Matrikulasi/Asasi Sains dan STPM,pengecualian kredit akan diberi untuk beberapamatapelajaran tahun pertama dan memerlukan empat (4)tahun pengajian.

OBJEKTIF KURSUSFKE

Objektif utama bagi kursus Sarjana Muda adalah untukmelatih dan menyediakan pelajar untuk bertugas sebagaiJurutera Elektrik bagi kursus Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Elektrik dan sebagai Jurutera Komputer bagikursus Ijazah Sarjana Kejuruteraan Komputer yangberkemampuan untuk menjalankan tugas-tugas di dalambidang merekabentuk, pengeluaran, pembinaan,penyelidikan dan pembangunan (R & D), penyenggaraan,jualan, perundingan, pendidikan dan latihan. Padakemampuan yang lebih meluas, mereka berkemampuanmenjalankan tugas-tugas pengurusan yang memerlukankebolehan membuat pertimbangan yang teliti dan tepat.Tetapi apa yang lebih penting ialah untuk melahirkan seorangJurutera yang berkebolehan seperti berikut:

i. Dapat memberikan idea yang bernas, bukti dan faktayang tepat dan dapat menggariskan atau membuatkesimpulan yang munasabah yang boleh dipraktikkan.

ii. Menerima dan sanggup menjalankan tanggungjawabdan seterusnya boleh membuat sebarang penentuan.

iii. Berkebolehan mengemukakan idea dan maklumatdengan terang dan jelas melalui pertuturan, tulisan,lakaran dan lukisan.

iv. Dapat bertindak dengan berkesan sebagai orangperantaraan di antara pihak majikan atau pihakpengurusan sesebuah jabatan atau agensi dengankakitangan bawahan yang lain.

v. Mempunyai kefahaman yang cukup tentang aspekperdagangan/perniagaan sesuatu industri dan jugaaspek-aspek ekonomi negara.

iv. Berminat dan bersikap ingin tahu tentang keadaanpolitik, ekonomi dan sosial negara.

Untuk menrealisasikan tujuan dan objektif ini, kurikulumbagi kursus-kursus di peringkat Sarjana Muda ini telahdirekabentuk dengan objektifnya seperti berikut :

i. Untuk mendapatkan satu keseimbang-an di antarakomponen-komponen dalam pengajian kejuruteraaniaitu sains kejuruteraan, kejuruteraan elektrik,kemanusiaan dan sains sosial;

ii. Untuk memberikan pengetahuan dan teknologi yangterkini;

iii. Untuk memberikan satu pengkhususan tertentu dalam

17

Page 24: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Para graduan kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

Elektrik dan pengkhususannya serta kursus Ijazah Sarjana

Muda Kejuruteraan Komputer yang dijalankan di Fakulti

Kejuruteraan Elektrik boleh memohon untuk mendaftar

dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah

dalam bidang kejuruteraan berikut :

bidang kejuruteraan elektrik kepada pelajar-pelajar disamping asas yang kukuh dalam bidang ini;

iv. Untuk memberikan para pelajar pengetahuan,pengalaman dan kema-hiran pengurusan yangmencukupi untuk membolehkan mereka membuatkeputusan dan penentuan yang tepat lagi berkesan.

PENGENDALIAN KURSUS

SECARA AMFKE

Kursus-kursus di peringkat sarjana muda dikendalikanmengikut sistem semester dan pengambilan pelajar barubiasanya dibuat pada Semester I sesuatu tahun akademik.Jangka masa minima pengajian ialah 5 tahun (10 semester).Bagi pelajar kemasukan menerusi Matrikulasi/Asasi Sains danSTPM jangka masa minima pengajian ialah 4 tahun (8semester). Kursus-kursus dikendalikan melalui programperkuliahan, tutorial dan amali.

Para pelajar wajib mengambil matapelajaran umumUniversiti yang terdiri daripada matapelajaran-matapelajaranPengajian Islam, Tamadun Islam dan Asia, PengajianKenegaraan Malaysia, Pengurusan, Bahasa Inggeris dan Ko-Kurikulum.

Selain dari itu, pelajar tahun akhir juga dikehendakimenjalankan satu kajian penyelidikan atau projek rekabentukdalam bidang yang berkaitan. Pelajar diperlukan menghantarsatu tesis di hujung semester akhir mereka berasaskankepada projek yang dijalankan.

Pelajar juga diwajibkan untuk menjalani latihan industriselama 10 minggu sama ada di sektor swasta atau badankerajaan pada Semester Pendek di tahun keempat. Ianyabertujuan untuk melengkapkan bakal graduan denganpengetahuan teknikal yang praktikal disampingmendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

Semua matapelajaran yang ditawarkan oleh Fakultimempunyai kredit kecuali mana-mana matapelajaran yangdiluluskan oleh Senat Universiti. Umumnya, satu (1) jam

kredit adalah bersamaan dengan lima-belas (15) jam kuliahper semester atau tiga-puluh (30) jam kerja-kerja amali/studio/projek per semester.

Semua prestasi dan pencapaian pelajar dinilai secara formal.Biasanya, setiap matapelajaran dinilai berasaskan kepadakerja kursus yang membawa markah tidak kurang daripada50% daripada jumlah markah keseluruhan dan satupeperiksaan akhir yang memperuntukan markah tidak lebihdaripada 50% daripada jumlah markah keseluruhan pelajar.Kerja-kerja kursus mungkin terdiri daripada beberapa kuiz,ujian dan tugasan. Peperiksaan akhir diadakan di akhir setiapsemester akademik. Prestasi seseorang pelajar bagi sesuatumatapelajaran diwakili oleh gred yang beliau perolehi bagimatapelajaran tersebut. Biasanya gred lulus minimum bagikebanyakan matapelajaran adalah D. Pada semesterberikutnya, pelajar dibenarkan mengulang matapelajaranyang telah gagal (Gred E) atau yang digugurkan. Pelajar bolehdiarah untuk menarik diri dari sesuatu kursus sekiranya pihakFakulti mendapati pencapaian akademik mereka tidakmemuaskan.

Calon-calon yang layak akan dianugerahkan Ijazah SarjanaMuda Kejuruteraan mengikut pengkhususan masing-masingsetelah semua matapelajaran Fakulti dan matapelajaran wajibUniversiti yang diperlukan telah disempurnakan dengan jaya,dan tesis projek tahun akhir dihantar kepada pihak Universitiserta semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihakFakulti dan Universiti dipenuhi.

PENDAFTARAN SEBAGAI JURUTERASISWAZAH DENGAN LEMBAGAJURUTERA MALAYSIAFKE

18

Page 25: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus Sarjana Muda

dibuat dalam dua bentuk iaitu Kemasukan Tahun Pertama

dan Kemasukan Terus Ke Tahun Kedua Dan Ke Atas.

SYARAT BAGI KEMASUKAN CALON SPM

1. Lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yangsetaraf dengannya serta mendapat LIMA kepujian dalam

matapelajaran berikut :

i. Bahasa Melayu

ii. Matematik

iii. TIGA kepujian dalam matapelajaran berikut :

• Matematik Tambahan

• Fizik

• Kimia

SYARAT KEMASUKANFKE

Ijazah Bidang Pendaftaran

Dengan Lembaga

Jurutera Malaysia

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) - (SEE) Jurutera Elektrik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Kawalan & Instrumentasi) - [SEI] Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mekatronik) - [SEM] Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Robotik) - (SER) Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik) - [SEL] Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Elektronik Perubatan) - (SEP) Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) - (SET) Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Mikroelektronik) - (SEW) Jurutera Elektronik

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) - [SEC] Jurutera Elektronik

• Sains Tambahan

• Sains

• Lukisan Kejuruteraan

• Pengajian Kej. Elektrik & Elektronik

• Teknologi Elektrik

• Teknologi Elektronik

• Teknologi Kejuruteraan

• Teknologi Maklumat

• Lukisan Geometri dan Elektrik

• Lukisan Geometri dan Elektronik

• Geografi / Pendidikan Seni / Bahasa Arab Tinggi

• Prinsip Akaun / Ekonomi Asas atau Perdagangan

• Tasawwur Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah

atau Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau

Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral

• Sejarah

2. Syarat 1-i, 1-ii dan 1-iii boleh diperolehi dalam

peperiksaan tambahan tertakluk kepada syarat

keputusan diperolehi dalam tempoh 3 tahun setelah

calon lulus dalam peperiksaan SPM atau setaraf

dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon

yang memperolehi syarat yang ditetapkan dalam satu

peperiksaan.

3. Syarat 1-i boleh diperolehi dalam peperiksaan tambahan

(Kertas Julai). Keutamaan diberi kepada calon yang

memperolehi kepujian Bahasa Melayu. Pemohon yang

berjaya ditawarkan tempat sekiranya tidak memiliki

kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM diwajibkan

untuk mendapatkan kepujian sebelum menamatkan

pengajian di Universiti.

4. Bagi calon yang lulus Bahasa Melayu semasa

mengemukakan permohonan mestilah mendapat empat

(4) kepujian di dalam syarat (1-iii).

5. Calon tidak boleh rabun warna.

19

Page 26: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

SYARAT KEMASUKAN CALON MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA /ASASI

SAINS

Syarat Am Universiti :

a. Lulus SPM/setaraf dengan mendapat kepujian

Bahasa Melayu.

b. Lulus Matrikulasi KPM dengan PNGK sekurang

kurangnya 2.00 dan lulus semua matapelajaran

pengkhususan.

c. Mengambil Malaysian University English Test

(MUET).

Keperluan Khas Program :

a. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran

Matematik di peringkat SPM/setaraf.

b. Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam

matapelajaran Matematik dan Fizik; dan Gred C

dalam matapelajaran pengkhususan yang lain serta

mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75.

c. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang

menyukarkan kerja amali.

ATAU

a. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaranMatematik dan mendapat sekurang-kurangnyaGred 3B dalam mata pelajaran Fizik di peringkatSPM/setaraf.

e. Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B dalammata pelajaran Matematik dan Gred C dalammatapelajaran pengkhususan yang lain sertamendapat PNGK sekurang-kurangnya 3.30.

f. Calon tidak buta warna dan tidak cacat anggota

yang menyukarkan kerja amali

SYARAT KEMASUKAN CALON STPM

Syarat Am Universiti :

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik.b. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa

Malaysia diperingkat SPM/setaraf.d. Telah mengambil Malaysian University English Test

(MUET).e. Lulus dalam sekali peperiksaan Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM)/setaraf dengansekurang-kurangnya :-

i) Gred E dalam matapelajaran PengajianAm/Kertas Am.DAN

ii) Gred E dalam DUA (2) matapelajaran.

Keperluan Khas Program :

a. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaranMatematik di peringkat SPM/setaraf.

b. Sekurang-kurangnya lulus dengan Gred C dalammatapelajaran berikut :

i) Matematik T atau Matematik Lanjutan T.ii) Fizik.iii) Kimia.

c. Tidak buta warna dan tidak cacat anggota yangmenyukarkan kerja amali.

SYARAT BAGI KEMASUKAN TERUS KE TAHUN

DUA & KE ATAS

Calon mestilah mendapat Diploma dalam bidang yangberkenaan dari mana-mana Pusat Pengajian Tinggi yangdiiktiraf oleh Kerajaan. Pengecualian matapelajaran danperpindahan kredit akan diberi kepada pelajar kemasukanterus Tahun Dua dan Ke Atas mengikut kelulusanmatapelajaran yang telah diperolehi dan diiktiraf oleh FKEsetelah mendaftar di Universiti ini.

20

Page 27: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) adalah

merupakan satu jurusan yang berkaitan dengan kajian sistem

elektrik dan elektronik. Ianya merangkumi rekabentuk,

pembinaan, pengeluaran, penyelenggaraan, pengujian dan

pengawalan komponen-komponen atau peralatan atau

sistem elektrik.

Pada masa negara menuju ke arah perindustrian, bidang

kejuruteraan elektrik memainkan peranan yang sangat

penting. Keperluan ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam

Laporan Pelan Induk Perindustrian. Untuk mencapai

matlamat perindustrian ini, jurutera elektrik dan elektronik

yang berupaya untuk merekabentuk, mengendali dan

menyelenggarakan peralatan elektrik dan elektronik adalah

sangat diperlukan.

Objektif utama bagi kursus ini adalah untuk melatih dan

menyediakan siswazah untuk bertugas sebagai Jurutera

Elektrik/Elektronik yang berkemampuan menjalankan tugas

di dalam bidang merekabentuk, pengeluaran, pembinaan,

penyelidikan dan pembangunan (R & D), penyelenggaraan,

jualan, perundingan, pendidikan dan latihan.

Pada kemampuan yang lebih meluas, merekaberkemampuan menjalankan tugas-tugas pengurusan yangmemerlukan kebolehan membuat pertimbangan yang telitidan tepat.

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan ijazahadalah 161.

Di tahun pertama, pengukuhan dalam pelajaran sains asasseperti Fizik, Kimia dan Matematik diberikan. Di sampingitu, elemen Kejuruteraan juga diperkenalkan.

Matapelajaran-matapelajaran asas Kejuruteraan Elektrikdiajar di tahun kedua dengan menitikberatkan matapelajaranElektronik Teori Litar,Pengukuran danInstrumentasi danElektronik Digit, disamping pengukuhandalam matapelajaranMatematik.

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK)

OBJEKTIFFKE

PENGENALANFKE

PENGENDALIAN KURSUSFKE

21

Page 28: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Di tahun ketiga, matapelajaran-matapelajaran teras dalambidang Kejuruteraan Elektrik ditekankan dengan penumpuankepada matapelajaran Elektronik, Teknologi Elektrik, Isyaratdan Rangkaian, Mikropemproses, Sistem Kawalan, PrinsipPerhubungan dan Medan Elektromagnet.

Pengukuhan dalam bidang-bidang Kejuruteraan Elektrikdiperhebatkan dengan penumpuan kepada matapelajaranElektronik, Sistem Digit, Sistem Kawalan Moden, Asas Kuasadan Mesin Elektrik serta Sistem Perhubungan di tahunkeempat.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 10 minggu samada di sektor swasta atau badankerajaan pada Semester Pendek di tahun keempat. Ini adalahbertujuan untuk melengkapkan bakal graduan denganpengetahuaan teknikal yang praktikal di sampingmendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

Pada tahun terakhir, pengkhususan dalam bidangKejuruteraan Elektrik diperkukuhkan dengan penumpuankepada matapelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kuasa.Pelajar juga diberi pilihan untuk memilih dua matapelajarandalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang lain bagi meluaskanpengetahuan mereka iaitu :

• Sistem Komputer dan Multimedia.• Rekabentuk Litar Bersepadu dan Pengujian.• Kawalan Perindustrian.• Robotik dan Pengautomatan.• Sistem Kawalan Digit.• Kejuruteraan Voltan Tinggi.• Kawalan Sistem Kuasa.• Perhubungan Data dan Sistem Pensuisan.• Sistem Perhubungan Wireles.• Kejuruteraan Akustik.

Keperluan terhadap tenaga profesional dalam bidangKejuruteraan Elektrik dan Elektronik meningkat dari tahunke setahun. Keperluan ini makin bertambah denganmeningkatnya pelaburan asing di negara kita ini terutamadi industri elektronik dan semikonduktor serta di industripembuatan dan pemprosesan.

Secara amnya, jurutera elektrik akan terlibat di industrielektrik seperti :

• pengeluaran tenaga elektrik (TNB dan IPP),• sistem perhubungan dan kawalan (STM,

CELCOM, MOBIKOM, MAXIS, TV3 dan lain-lain),• pembuatan komponen dan peralatan (Texas Inst.,

Intel, Motorola, Matsushita dan lain-lain.• penyelidikan dan rekabentuk (SIRIM, MIMOS,

Universiti, TNB dan lain-lain),• komputer dan kawalan (IBM dan lain-lain),• perkhidmatan pakar dan perunding (firma

perunding),• pendidikan dan latihan (universiti, politeknik dan

kolej).

KERJAYAFKE

22

Page 29: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Kejuruteraan Kawalan dan Instrumentasi adalah merupakangabungan dua bidang yang penting iaitu KejuruteraanKawalan dan Kejuruteraan Instrumentasi.

Kejuruteraan Kawalan merupakan satu bidang yang luas,membincangkan pelbagai kaedah yang digunakan bagimenghasilkan keluaran atau produk yang memenuhispesifikasi yang dikehendaki. Penggunaannya merentasibidang kejuruteraan elektrik, kimia, biologi, mekanikal,perhubungan dan dimanfaatkan di dalam industri pembuatan,perkilangan, kenderaan, pertanian, pengangkutan,telekomunikasi dan sebagainya.

Kejuruteraan Instrumentasi pula membincangkan ciri-ciriperalatan, menjurus ke arah penghasilan peralatan yangmemenuhi spesifikasi yang diperlukan. Sektor-sektorperkilangan, perubatan, perhubungan, pertanian,pengangkutan, pengagihan kuasa, petrolium dan sebagainyamemerlukan peralatan yang mempunyai spesifikasi yangberlainan bagi melaksanakan fungsi yang berbeza.

Pada masa ini, kejuruteraan kawalan dan instrumentasi,secara sendirian atau gabungan, dimanfaatkan dengan meluaslebih-lebih lagi di dalam negara yang pesat membangun darisudut perkilangan dan pembuatan. Keperluan untuk terusmenghasilkan peralatan yang moden dan canggih menuntutkepada tumpuan di bidang pendidikan, penyelidikan danlatihan dalam bidang kejuruteraan kawalan daninstrumentasi.

Justeru itu, kursus ini telah diadakan bagi melahirkan tenagakerja mahir yang mempunyai pengetahuan yang kukuh untukmerekabentuk, mengubahsuai, dan mengendali sebahagianbesar proses dan kemudahan dalam bidang kejuruteraankawalan dan instrumentasi.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia

di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai

pengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan kawalan

dan instrumentasi, dan tahu akan tanggungjawab mereka

terhadap Pencipta dan masyarakat.

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-KAWALAN & INSTRUMENTASI)

PENGENALANFKE

OBJEKTIFFKE

23

Page 30: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Para graduan kursus ini secara amnya boleh mendapat

pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri berikut :

• Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan;

• Firma-firma pembuatan peralatan rumah seperti

mesin basuh, televisyen, radio dll;

• Firma-firma pembuatan barangan elektronik seperti

kamera, mesin pendua dll;

• Kilang-kilang pemproses makanan;

• Syarikat-syarikat minyak & gas;

• Firma-firma teknologi tinggi seperti industri angkasa

lepas;• Firma-firma perunding;• Firma-firma kejuruteraan & pembangunan produk;• Firma-firma pembuatan sistem automatan;• Firma-firma kejuruteraan bioperubatan;• Firma-firma pembangunan perisian;• Badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti

institusi pengajian tinggi, SIRIM, dll.

Mengikut jawatan pula, para graduan kursus ini boleh mengisi

jawatan seperti berikut :

* Jurutera Elektrik * Jurutera Pemasangan

* Jurutera Instrumentasi * Jurutera Pemasaran

* Jurutera Pengeluaran * Pegawai Penyelidik

* Jurutera Rekabentuk * Pegawai Pemasaran

* Jurutera Proses * Pegawai Perancang

* Jurutera Penyelenggaraan * Ahli Akademik

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazah

adalah 161.

Kurikulum bagi kursus ini adalah sama seperti kurikulum bagi

kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) kecuali

matapelajaran dalam bidang perhubungan digantikan dengan

matapelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kawalan danInstrumentasi iaitu Instrumentasi, Penderia dan Transduser.

Pelajar juga berpeluang untuk memilih satu matapelajaranpilihan dalam bidang Kejuruteraan Kawalan atauInstrumentasi di semester terakhir. Di samping itu, pelajar

tahun akhir juga dikehendaki menjalankan satu kajianpenyelidikan atau projek rekabentuk berkaitan denganbidang kejuruteraan kawalan dan instrumentasi.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 10 minggu sama ada di sektor swasta atau badan

kerajaan pada Semester Pendek di Tahun Keempat. Iniadalah bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan denganpengetahuan teknikal yang praktikal di samping

mendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

Adalah dijangkakan sektor industri di Malaysia akan terus

berkembang dengan pesat disebabkan permintaan yang

meningkat dari pasaran-pasaran yang kian bertambah seperti

pasaran peralatan elektronik dan telekomunikasi serta hasil

pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing.

Sehubungan dengan itu, ramai tenaga kerja yang terlatih

dalam semua bidang kejuruteraan, merangkumi bidang

kejuruteraan kawalan dan instrumentasi di peringkat ikhtisas

diperlukan.

PENGENDALIAN KURSUSFKE

KERJAYAFKE

24

Page 31: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Kejuruteraan Mekatronik adalah satu bidang kejuruteraanyang baru yang menggabungkan bidang-bidang KejuruteraanElektronik, Elektrik, Mekanikal, Kawalan, Perisian, Komputerdan Teknologi Maklumat.

Bidang ini telah menjadi popular dan semakin berkembangdengan pesatnya dalam industri-industri terutamanyaindustri pembuatan semenjak mikropemproses danmikropengawal dikenalpastikan penggunaannya dalamkawalan industri. Mekatronik juga merupakan teknologidibelakang produk ‘pintar’ (smart products) yang biasanyamelibatkan mikropemproses, sistem kawalan dan bidangmekanikal.

Jurutera dengan pengetahuan, pengalaman danpengkhususan dalam bidang mekatronik amat diperlukanoleh industri. Jurutera mekatronik menggunakan komputer

dan sistem kawalan digit yang lain-lain untuk mengawalproses dalam industri. Mereka menggabungkan bidang sainselektrik, kawalan, mekanikal, robotik dan pembuatan untukmencipta berbagai jenis produk. Produk-produk ini meliputibarangan kegunaan harian seperti mesin basuh, kamera,mesin pendua dan brek antikunci kereta serta mesin-mesinkawalan komputer yang berteknologi tinggi yang digunakandi industri pembuatan dan pemasangan. Tidak kira apa pundisiplinnya, seseorang jurutera akan berhadapan dengansistem mekatronik dalam kerja mereka.

Sehubungan dengan itu, kursus ini telah diadakan bagimelengkapkan para graduan dengan pengetahuan dalambidang elektronik, mikropengawal, robotik danpengautomatan, kejuruteraan kawalan dan kejuruteraanpembuatan. Pengetahuan dalam bidang-bidang ini amatlahdiperlukan. Mereka yang boleh merapatkan jurang di antarakejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik akanmempunyai kelebihan yang tinggi dalam pasaran kerja.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia

di peringkat ikhtisas yang mahir dan terlatih serta mempunyai

pengetahuan yang kukuh dan boleh menangani dengan cekap

bidang Kejuruteraan Mekatronik.

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-MEKATRONIK)

PENGENALANFKE

OBJEKTIFFKE

25

Page 32: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Para graduan kursus ini secara amnya boleh mendapatpekerjaan sebagai jurutera di industri berikut :• Firma pembuatan dan pemasangan kenderaan;• Firma pembuatan peralatan rumah seperti mesin

basuh, TV, radio, periuk elektrik, dll;• Firma pembuatan barangan elektronik seperti kamera,

mesin pendua dll;• Kilang pemproses makanan;• Syarikat-syarikat minyak & gas;• Firma teknologi tinggi seperti industri angkasa lepas;• Firma perunding;• Firma kejuruteraan & pembangunan produk;• Firma pembuatan sistem automatan;• Firma kejuruteraan bioperubatan;• Firma pembangunan perisian;• Badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi

pengajian tinggi, SIRIM, dll.

Mengikut jawatan pula, para graduan kursus ini boleh mengisijawatan seperti berikut :

• Jurutera Mekatronik • Jurutera E & M (Elektro-Mekanik)• Jurutera Elektrik • Jurutera Penyelenggaraan• Jurutera Elektronik • Jurutera Pemasangan• Jurutera Pengeluaran • Jurutera Pemasaran• Jurutera Rekabentuk • Pegawai Perancang• Jurutera Proses • Pegawai Penyelidik• Ahli Akademik • Pegawai Pemasaran

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazahadalah 161.

Kurikulum bagi tiga tahun pertama adalah sama sepertikurikulum bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik).Pada tahun keempat, para pelajar akan mula mengikutikurikulum khas untuk kursus Kejuruteraan Mekatronik yangmerangkumi bidang-bidang Kejuruteraan Kawalan, Robotik,Pemproses Isyarat Digit, Elektronik Kuasa dan Sistem Digit.Di tahun akhir, pengukuhan dalam bidang KejuruteraanMekatronik dan Elektronik dipertingkatkan. Selain dari itu,pelajar tahun akhir juga dikehendaki menjalankan satu kajianpenyelidikan atau projek rekabentuk berkaitan denganbidang kejuruteraan Mekatronik.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 10 minggu sama ada di sektor swasta atau badankerajaan pada Semester Pendek di Tahun Keempat. Iniadalah bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan denganpengetahuan teknikal yang praktikal di sampingmendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

Adalah dijangkakan sektor industri di Malaysia akan terus

berkembang dengan pesat disebabkan permintaan yang

meningkat dari pasaran yang kian bertambah seperti pasaran

peralatan elektronik dan telekomunikasi serta hasil pelaburan

yang dibuat oleh pelabur asing. Sehubungan dengan itu,

ramai tenaga kerja yang terlatih dalam semua bidang

kejuruteraan, merangkumi bidang kejuruteraan kawalan dan

instrumentasi di peringkat ikhtisas diperlukan.

PENGENDALIAN KURSUSFKE

KERJAYAFKE

26

Page 33: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Robotik merupakan satu bidang teknologi moden yang baruyang merentasi beberapa bidang kejuruteraan tradisional.Kefahaman tentang kekompleksan robot dan penggunaannyamemerlukan pengetahuan dalam bidang kejuruteraanelektrik, elektronik, mekanikal, industri, sains komputer danmatematik. Disiplin kejuruteraan yang baru sepertikejuruteraan pembuatan, kejuruteraan aplikasi dankejuruteraan pengetahuan, mula muncul untuk menanganibidang robotik yang kompleks ini dan bidang yang lebih luasiaitu pengautomatan kilang.

Robot telah digunakan dalam pelbagai bidang di kebanyakannegara perindustrian, dan di Malaysia, robot-robot industridigunakan untuk melakukan berbagai kerja industri sepertikimpalan, pengendalian bahan, pemasangan, penyemburancat dan pemeriksaan kualiti. Adalah dijangkakan penggunaanrobot dalam industri-industri pembuatan dan pemasangandi Malaysia akan meningkat di masa akan datang.

Malaysia telah memformulasikan satu plan strategik untukmenjadi sebuah negara perindustrian pada tahun 2020.Untuk merealisasikan visi ini, ianya memerlukanpembangunan yang menyeluruh dalam semua bidang dankeupayaan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi.Perlu diingatkan bahawa kebanyakan industri-industri besaryang berjaya dengan cemerlang di negara ini adalahmerupakan industri-industri yang berteraskan teknologitinggi. Industri-industri berat seperti industri keluli danpembuatan kereta kini merupakan peneraju kepada sektor

perindustrian negara. Dan ianya telah dikenalpastikanbahawa lebih kurang 80% daripada keseluruhan industri diMalaysia adalah terasaskan pembuatan. Dengan permintaanyang mendesak untuk meningkatkan pengeluaran danproduk yang berkualiti tinggi, industri telah mula menuju kearah pengautomatan yang berasaskan komputer,terutamanya dalam menggunakan robot industri.

Dengan itu, masyarakat terutamanya tenaga kerja mahir kitaperlulah mendapat kemahiran dan pengetahuan dalambidang teknologi tinggi. Sumber manusia yang berpelajarantinggi, bermotivasi, boleh dilatih dan berminat untukmenimba ilmu dalam bidang kejuruteraan robotik perludiwujudkan dengan ramai. Ianya tidak dapat dinafikanbahawa keperluan bagi graduan kejuruteraan yangberpengetahuan dan berkemahiran dalam bidangkejuruteraan robotik adalah semakin meningkat selari

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-ROBOTIK)

PENGENALANFKE

27

Page 34: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Sejajar dengan perkembangan di sektor industri pembuatanyang menuju ke arah pengautomatan dan penggunaan ro-bot dalam proses industrinya, pihak kerajaan telahmeningkatkan peratusan GDP negara yang ditumpukankepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini,institusi penyelidikan sektor awam dikembangkan, danpusat-pusat baru diwujudkan. Sehubungan dengan itu,keperluan di sektor industri dan kerajaan bagi graduan-graduan kejuruteraan yang berpengetahuan danberkemahiran dalam bidang kejuruteraan robotik adalahsemakin meningkat selari dengan kepesatan negara menujuke arah sebuah negara perindustrian maju.

Para graduan kursus ini secara amnya boleh mendapatpekerjaan sebagai jurutera di industri-industri antaranyaseperti berikut :• Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan;• Firma-firma pembuatan peralatan rumah seperti mesin

basuh, TV, radio, periuk elektrik, dll;• Firma-firma pembuatan barangan elektronik seperti

kamera, mesin pendua dll;• Firma-firma pembuatan robot & sistem automatan;• Firma-firma teknologi tinggi;• Firma-firma perunding;• Firma-firma kejuruteraan & pembangunan produk;• Badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti

institusi pengajian tinggi, SIRIM, MCRIA, dll.

Mengikut jawatan pula, para graduan kursus ini boleh mengisidi antaranya jawatan berikut dalam bidang yang berkenaan :

• Jurutera Mekatronik • Jurutera Robotik• Jurutera Elektronik • Jurutera Pengeluaran• Jurutera Rekabentuk • Jurutera Perunding• Jurutera Penyelenggaraan • Jurutera Pemasaran• Jurutera Pemasangan • Pengawai Penyelidik• Pengawai Pemasaran • Pengawai Perancang• Ahli Akademik

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga manusiadi peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyaipengetahuan yang kukuh dalam bidang kejuruteraan robotik,dan tahu akan tanggungjawab mereka terhadap Pencipta danmasyarakat.

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazahadalah 161.

Kurikulum bagi empat tahun pertama kursus ini adalah samaseperti kurikulum bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik-Mekatronik). Di tahun akhir, kurikulum khususuntuk kursus Kejuruteraan Robotik ditekankan kepada parapelajar. Selain dari itu, pelajar tahun akhir juga dikehendakimenjalankan satu kajian penyelidikan atau projek rekabentukberkaitan dengan bidang kejuruteraan robotik.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 10 minggu sama ada di sektor swasta atau badankerajaan pada Semester III di Tahun Keempat. Ini adalahbertujuan untuk melengkapkan bakal graduan denganpengetahuan teknikal yang praktikal di sampingmendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

dengan kepesatan negara menuju ke arah sebuah negaraperindustrian maju.

Dengan itu, pengujudan program Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Elektrik dengan pengkhususan dalam bidangKejuruteraan Robotik ini adalah kritikal dan perlu bagimemenuhi permintaan pihak industri terutamanya industri-industri pembuatan dan pemasangan serta bagi menampungkeperluan negara masa hadapan.

KERJAYAFKE

OBJEKTIFFKE

PENGENDALIAN KURSUSFKE

28

Page 35: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Pembangunan yang pesat dalam bidang elektronik telah

menyebabkan pertumbuhan industri berasaskan elektronik

di Malaysia. Untuk menampung perkembangan ini, ianya

memerlukan ramai tenaga mahir terutamanya lulusan dalam

bidang Kejuruteraan Elektronik. Kebelakangan ini,

permintaan terhadap para profesional dalam bidang ini kian

bertambah dan perkara ini dijangkakan akan berterusan.

Justeru itu, kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-

Elektronik) diadakan untuk memenuhi keperluan negara di

dalam menyediakan tenaga kerja yang sesuai pada masa ini.

Kejuruteraan Elektronik merupakan suatu bidang yang luasdan sentiasa berkembang. Ini akan membawa kepadakerjaya profesional yang begitu mencabar. Pelbagaimatapelajaran ditawarkan dalam kursus ijazah ini bertujuanmembekalkan para graduan dengan pengetahuan yangmencukupi dalam bidang elektronik. Kesemua aspekpembelajaran tersebut boleh dimanfaatkan ke dalamteknologi yang memberi kesan kepada kehidupan harian kita.Contohnya ialah televisyen, radio, telefon, komputer danbanyak lagi. Jurutera elektronik merupakan pakar yang bolehmenghasilkan produk baru untuk memperbaiki kehidupan

manusia.Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazah

adalah 161.

Kurikulum bagi tiga tahun pertama adalah sama seperti

kurikulum bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik).

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-ELEKTRONIK)

PENGENALANFKE

PENGENDALIAN KURSUSFKE

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia

di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai

pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang kejuruteraan

elektronik.

OBJEKTIFFKE

29

Page 36: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Bidang elektronik telah dikenalpasti sebagai salah satu bidangyang berpotensi untuk dimajukan bagi pembangunan industrimasa depan. Buat masa ini terdapat permintaan yang tinggiuntuk jurutera elektronik dan dengan itu prospek paragraduan setelah tamat kursus ini amatlah baik. Selain darisyarikat elektronik, banyak lagi firma lain seperti firma-firmayang berkaitan dengan teknologi maklumat memerlukanjurutera elektronik.

Kerjaya utama bagi graduan kursus ini ialah :

• Elektronik Konsumer : pembuatan produk sepertiTV warna, radio, pemain video dan lain-lain;

• Komponen Elektronik : pembuatan rekabentuk litarbersepadu/diskret dan analisa kegagalan/pengujian;

• Produk Komputer : pembuatan sistem komputerdan peralatan yang berkaitan;

• Penyelidikan & Pembangunan : terdapat syarikatmultinasional yang mempunyai bahagian penyelidikanselain dari badan-badan tempatan seperti MIMOS danSIRIM yang memerlukan penyelidikan dalam bidang ini;

• Industri Sekunder : ini merupakan industri di manaproduknya bukan barangan elektronik tetapibergantung kepada sistem elektronik untukmenghasilkan produk. Contohnya kilang penapisminyak, tekstil dan industri pemprosesan makanan.

• Industri Servis : ini termasuk Telekom, TV3, Hospi-tal, KTM dan lain-lain syarikat di mana kebanyakanperalatan yang digunakan adalah elektronik.

Di Tahun Keempat, para pelajar akan mula mengikuti

kurikulum khas untuk kursus Kejuruteraan Elektronik yang

merangkumi matapelajaran Mikropemproses, Sistem Digit,

Mikroelektronik, Pemproses Isyarat Digit dan sebagainya.

Di tahun akhir pengukuhan dalam bidang Kejuruteraan

Elektrik dipertingkatkan. Selain dari itu, pelajar tahun akhir

juga dikehendaki menjalankan satu kajian penyelidikan atau

projek rekabentuk berkaitan dengan kejuruteraan

elektronik.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-

kurangnya 10 minggu sama ada di badan kerajaan atau sektor

swasta pada Semester Pendek di

Tahun Keempat. Ini adalahbertujuan untuk melengkapkanbakal graduan dengan pengetahuanteknikal yang praktikal di sampingmendedahkan mereka kepadasuasana kerja di industri.

KERJAYAFKE

30

Page 37: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Pada masa ini Malaysia merupakan pengekspot terbesar dan

pembuat ketiga terbesar peranti semikonduktor di dunia.

Tetapi penglibatan Malaysia dalam industri semikonduktor

adalah terhad kepada aktiviti pengujian dan pemasangan

sahaja. Walaupun aktiviti ini akan terus penting, untuk

meningkatkan tahap dan keupayaan industri ini supaya

Malaysia dapat terus bersaing, negara kita juga memerlukan

jurutera-jurutera dan tenaga kerja yang berkemampuan dan

berpengetahuan khususnya dalam bidang rekabentuk,

analisis dan pembuatan litar bersepadu (Integrated circuits)

serta pengendalian sistem fabrikasi wafer dan yang berkaitan;

dan amnya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan

komputer. Buat masa ini, Malaysia amat berkurangan tenaga

profesional dalam bidang yang dinyatakan di atas.

Untuk menampung keperluan di atas, kursus

mikroelektronik diadakan. Ianya akan menggabungkan

bidang kejuruteraan elektronik, fizik semikonduktor dan

kejuruteraan komputer. Para graduan akan dilengkapkan

dengan pengetahuan dalam rekabentuk, CAD, analisis dan

pengujian, penggendalian dan pembuatan litar bersepadu.

Litar ini adalah bahan terpenting dalam semua

peralatan elektronik seperti televisyen, radio, telefon,

komputer dan sebagainya.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga manusia

di peringkat ikhtisas yang mahir serta mempunyai

pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang Kejuruteraan

Mikroelektronik.

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazah

adalah 162.

Kurikulum bagi empat tahun pertama adalah sama seperti

kurikulum bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan

(Elektrik-Elektronik). Di tahun terakhir, para pelajar akan

diberi pengukuhan dalam bidang Kejuruteraan

Mikroelektronik. Selain dari itu, pelajar tahun akhir juga

dikehendaki menjalankan satu kajian penyelidikan atau

projek rekabentuk berkaitan dengan Kejuruteraan

Mikroelektronik.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-

kurangnya 10 minggu sama ada di badan kerajaan atau sektor

swasta pada Semester III di Tahun keempat. Ini adalah

bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan dengan

pengetahuan teknikal yang praktikal di samping

mendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-MIKROELEKTRONIK)

PENGENALANFKE OBJEKTIFFKE

PENGENDALIAN KURSUSFKE

31

Page 38: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Secara khususnya graduan dalam bidang ini sesuai untuk

bekerja di mana-mana syarikat dan fasiliti elektronik,

termasuk juga fasiliti fabrikasi wafer dan litar bersepadu (IC).

Walau bagaimanapun, disebabkan kursus ini telah diolah

untuk merangkumi juga aspek elektronik yang lain, para

graduan juga sesuai untuk berkhidmat di syarikat elektronik

dan firma lain yang memerlukan jurutera dalam bidang ini.

Jadi secara amnya para graduan dalam khusus ini boleh

mendapat pekerjaan di industri-industri seperti berikut :

• Elektronik konsumer : pembuatan produk seperti

TV warna, radio, pemain video dan lain-lain;

• Komponen elektronik : pembuatan, pengujian dan

analisa kegagalan litar bersepadu dan komponen diskret;

• Fabrikasi wafer : fasiliti fabrikasi wafer dan kilang yang

berkaitan.

• Produk komputer : pembuatan sistem komputer dan

peralatan yang berkaitan;

KERJAYAFKE

• Penyelidikan & pembangunan : badan-badan

tempatan seperti MIMOS dan SIRIM yang memerlukan

penyelidikan dalam bidang ini, dan firma-firma

multinasional seperti INTEL, Motorola, AMD, Texas

Instruments dan lain-lain.

• Industri servis : ini termasuk Telekom, TV3, hospital,

KTM dan lain-lain syarikat di mana kebanyakan

peralatan yang digunakan adalah elektronik/

mikroelektronik.

32

Page 39: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

• Berpengetahuan dalam prinsip-prinsip elektroniksebagaimana yang diperlukan dalam elektronikperubatan;

• Berkebolehan untuk melaksanakan tugas sebagaijurutera elektronik perubatan sebagaimana yangdiperlukan oleh pihak perkhidmatan dan kerjayaperubatan;

• Berkebolehan untuk menjadi sebagai jurutera elektronikdi industri;

• Berkebolehan untuk menangani peralatan-peralatanyang digunakan di sektor perkhidmatan perubatan;

• Mempunyai asas pengetahuan sebagaimana yangdiperlukan dalam melakukan penyelidikan dalam bidangsains dan teknologi perubatan.

Penggunaan teknologi termaju dalam bidang perubatan telah

meningkat dengan pesat. Penggunaan peralatan yang

semakin canggih dan kompleks mendatangkan masalah

untuk dikendalikan oleh para juruteknik. Jesteru itu, tenaga

manusia yang mahir dan terlatih khusus dalam bidang

elektronik perubatan amat diperlukan. Elektronik perubatan

telah dikenal-pastikan sebagai satu disiplin yang tersendiri,

sama seperti disiplin-disiplin tradisi kejuruteraan yang lain

(seperti Kejuruteraan Elektrik). Kepakaran jurutera dan ahli

teknologi perubatan adalah diperlukan untuk memberikan

khidmat sokongan membaikpulih peralatan, untuk

mengendali peralatan-peralatan khusus dan untuk

membantu para doktor dalam penggunaan peralatan dan

teknologi, dan akhirnya untuk mempercepatkan

pembangunan teknologi elektronik dan yang berkaitan dalam

bidang perubatan.

Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan Jurutera Elektronik

yang mahir, berpengetahuan dan berpengalaman khusus

dalam bidang Kejuruteraan Eletkronik Perubatan yang

mempamirkan ciri-ciri berikut :

• Memahami asas sains perubatan;

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-ELEKTRONIK PERUBATAN)

KERJAYAFKE

OBJEKTIFFKE

33

Page 40: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazah

adalah 161.

Kurikulum bagi empat tahun pertama adalah sama seperti

kurikulum bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik

-Elektronik), kecuali satu matapelajaran dalam bidang

Kejuruteraan Elektronik Perubatan diperkenalkan. Pada

tahun akhir pengajian, pengukuhan dalam bidang

Kejuruteraan Elektronik Perubatan yang merangkumi

bidang-bidang kejuruteraan perubatan dan praktis,

permodelan sistem-bio, dan sebagainya diberikan. Selain

dari itu, pelajar tahun akhir juga dikehendaki menjalankan

satu kajian penyelidikan atau projek rekabentuk berkaitan

dengan kejuruteraan Elektronik Perubatan.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-

kurangnya 10 minggu sama ada di sektor swasta atau badan

kerajaan pada Semester III di Tahun Keempat. Ini adalah

bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan dengan

pengetahuan teknikal yang praktikal di samping

mendedahkan mereka kepada suasana kerja di industri.

Penggunaan peralatan perubatan yang semakin canggih dan

berteknologi tinggi dalam bidang perubatan memerlukan

ramai tenaga mahir yang pakar dalam bidang kejuruteraan

elektronik perubatan. Para graduan kursus ini boleh

berkhidmat bukan sahaja di hospital-hospital malah di

sysrikat-syarikat yang mencipta dan membuat peralatan-

peralatan perubatan serta di institut-institut penyelidikan

perubatan.

Kerjaya utama bagi graduan untuk kursus ini ialah :

• Jurutera pembuatan peralatan perubatan;

• Jurutera pembuatan, pengujian dan analisa kegagalan

litar bersepadu dan komponen diskret peralatan

perubatan;

• Jurutera pembaikpulih dan pengendali peralatan-

peralatan perubatan;

• Penyelidikan & pembangunan : terdapat syarikat

multinasional yang mempunyai bahagian penyelidikan

selain dari badan-badan tempatan yang memerlukan

penyelidikan dalam bidang ini.

PENGENDALIAN KURSUSFKE

KERJAYAFKE

34

Page 41: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

dan latihan merupakan aset penting di dalam menjayakan

program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-

Telekomunikasi) ini.

Kejuruteraan telekomunikasi merupakan bidang

kejuruteraan yang menggabungkan bidang kejuruteraan

Perhubungan, Elektronik Komputer dan Teknologi

Maklumat. Ia mula mendapat perhatian apabila permintaan

terhadap kecekapan sistem penghantaran maklumat menjadi

semakin penting. Kini, semua urusan yang melibatkan

pertukaran maklumat perlu dilakukan dengan mudah, cepat,

murah dan mempunyai tahap keselamatan dan

keboleharapan yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan

adanya infrastruktur dan tenaga mahir di dalam bidang

telekomunikasi. Oleh itu, ahli sains dan

teknologi serta jurutera yang mahir

dan cekap dalam bidang sistem

telekomunikasi, elektronik,

komputer dan teknologi

maklumat amat diperlukan.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik merupakan salah satu fakulti

terawal yang ditubuhkan di Universiti Teknologi Malaysia.

Dalam tempoh lebih 20 tahun penubuhannya, ia telah

memperlihatkan keupayaan dan kematangan di dalam

melahirkan ahli teknokrat seiring dengan wawasan dan

aspirasi negara. Kini, Fakulti ini mampu melahirkan lebih

180 jurutera setiap tahun.

Seiring dengan era teknologi maklumat dan telekomunikasi,

Fakulti Kejuruteraan Elektrik telah mengorak langkah dengan

memperkenalkan Kursus Sarjana Muda Kejuruteraan

(Elektrik-Telekomunikasi). Dengan kemudahan-kemudahan

sedia ada serta kombinasi staf akademik dan sokongan yang

mantap, Fakulti Kejuruteraan Elektrik mempunyai keupayaan

yang padu dalam menjayakan kursus ini. Penglibatan Fakulti

bersama-sama pengendali dan pengeluar peralatan

telekomunikasi dalam kerja-kerja perundingan, penyelidikan

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(ELEKTRIK-TELEKOMUNIKASI)

PENGENALANFKE

35

Page 42: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Lulusan program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-

Telekomunikasi) berpeluang menceburi industri

telekomunikasi negara yang pesat membangun.

Para lulusan mempunyai pilihan yang luas dalam sektor

pengendalian perkhidmatan telekomunikasi seperti Telekom

Malaysia Berhad, Celcom, Mobikom, Sapura, MAXIS dan

Mutiara Telecommunications atau sektor pembuatan

peralatan sistem telekomunikasi seperti NEC, Hewlett

Packert, Motorola, Texas Instrument, Sapura, Harris dan lain-

lain.

Di samping itu lulusan juga boleh memberi sumbangan dalam

organisasi kerajaan seperti Jabatan Telekom Malaysia, MIDA,

SIRIM, MIMOS, Institusi Pengajian Tinggi serta firma-firma

perundingan.

Para graduan lulusan dalam bidang ini mempunyai masa

depan yang cerah memandangkan bidang ICT merupakan

bidang yang pesat membangun dan diberi tumpuan di serata

dunia.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menghasilkan

graduan profesional yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran khusus dalam bidang kejuruteraan

telekomunikasi. Para lulusan juga akan dilengkapi sepenuhnya

dengan keperibadian unggul bercirikan budaya korporat

serta dapat menerapkan nilai ilmu sepadan dengan

tanggungjawabnya sebagai insan berilmu.

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazah

adalah 162.

Kurikulum bagi tiga tahun pertama adalah sama seperti

kurikulum bagi kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik).

Di tahun keempat, para pelajar akan mula mengikuti

kurikulum khas untuk kursus Kejuruteraan Telekomunikasi.

Antaranya adalah Gelombang Mikro, Antenna dan

Perambatan, Elektrik Perhubungan dan Sistem Perhubungan

Digit. Ini diikuti pula dengan pengukuhan lebih mendalam

di tahun akhir. Selain itu, pelajar juga di kehendaki

menjalankan satu kajian penyelidikan berkaitan Kejuruteraan

Telekomunikasi di tahun akhir.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-

kurangnya 10 minggu sama ada di badan kerajaan atau sektor

swasta pada Semester Pendek di Tahun Keempat. Ini adalah

bertujuan untuk melengkapkan bakal graduan dengan

pengetahuan praktikal di samping mendedahkan mereka

kepada suasana kerja di industri.

OBJEKTIFFKE

PENGENDALIAN KURSUSFKE

KERJAYAFKE

36

Page 43: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Perkembangan teknologi komputer, multimedia danteknologi maklumat (IT) masa kini adalah begitu pesat. Ianyamemainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan

negara ke arah status sebuah negara perindustrian. Disamping itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalamkehidupan harian kita.

Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membangunkanKoridor Raya Multimedia (MSC) untuk menjadi pemangkin

kepada perkembangan teknologi komputer dan multime-dia serta penggunaaan IT dengan lebih pesat. Sehubungandengan itu, gunatenaga yang pakar dalam bidang yang

tertentu, terutamanya Kejuruteraan Komputer amatlahdiperlukan. Dengan itu, Fakulti Kejuruteraan Elektrik danFakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat telah

mengadakan program ini secara bersama bagi menampungkeperluan kepakaran industri tempatan di MSC tersebut.

Program yang ditawarkan ini telah direka bagi menghasilkan

graduan dengan ketrampilan dalam bidang kejuruteraankomputer yang berorientasikan keperluan industri dan pekakepada perkembangan dalam bidang teknologi maklumat

dan multimedia. Dengan gabungan dua buah Fakulti, segalakemudahan dan kepakaran yang terdapat dikedua-dua buahFakulti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjalankan

kursus ini bagi melahirkan jurutera yang mahir dan dedikasidalam bidang Kejuruteraan Komputer.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menghasilkan

graduan profesional yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran khusus dalam bidang kejuruteraan komputer.

Para lulusan juga akan dilengkapi sepenuhnya dengan

keperibadian unggul bercirikan budaya korporat serta dapat

menerapkan nilai ilmu sepadan dengan tanggungjawabnya

sebagai insan berilmu.

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN

(KOMPUTER)

PENGENALANFKE OBJEKTIFFKE

37

Page 44: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Bidang Kejuruteraan Komputer telah dikenalpasti sebagaisalah satu bidang yang berkembang dengan pesat dan amatpenting dalam pembangunan negara masa depan. Buat masaini terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera komputerdan dengan itu prospek para graduan setelah tamat kursusini amatlah baik. Selain dari syarikat komputer danelektronik, banyak lagi firma lain seperti firma-firma yangberkaitan dengan komputer dan teknologi maklumatmemerlukan jurutera yang pakar dalam bidang KejuruteraanKomputer.

Kerjaya utama bagi graduan kursus ini ialah :

• Produk Komputer : pembuatan sistem komputerdan peralatan yang berkaitan;

• Penyelidikan & Pembangunan : terdapat syarikatmultinasional seperti Intel dan Motorola yangmempunyai bahagian penyelidikan selain dari badan-badan tempatan seperti MIMOS dan SIRIM yangmemerlukan penyelidikan dalam bidang ini;

• Industri Sekunder : ini merupakan industri di manaproduknya bukan barangan komputer tetapibergantung kepada sistem komputer untukmenghasilkan produk;

• Industri Servis : ini termasuk kilang-kilang, firmatelekomunikasi, media, hospital dan pengangkutan dimana kebanyakan peralatan yang digunakanmengandungi komputer dan elektronik.

Mengikut jawatan, para graduan kursus ini boleh mengisijawatan seperti berikut :

* Jurutera Komputer * Jurutera Sistem* Jurutera Rangkaian * Jurutera Pemasaran* Jurutera Perisian * Jurutera Pemasangan* Jurutera Penyelenggaraan * Pegawai Penyelidik

KERJAYAFKE

Bilangan kredit yang diperlukan untuk penganugerahan Ijazahadalah 161.

Kursus ini dikendalikan secara bersama oleh FakultiKejuruteraan Elektrik dan Fakulti Sains Komputer dan SistemMaklumat. Pada tahun pertama, pengukuhan dalammatapelajaran sains dan matematik diberikan. AsasKejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta bidang Komputerdiberikan di tahun kedua pengajian. Pada tahun tiga danempat pengajian, para pelajar diberikan pengukuhan dalambidang Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer.Di tahun akhir pengukuhan dalam bidang KejuruteraanElektronik dan Kejuruteraan Komputer dipertingkatkan.Pelajar juga diberi peluang untuk memilih dua matapelajaranpilihan samada dalam bidang kejuruteraan Elektronik danKomputer bagi mempertingkatkan pengetahuan merekadalam bidang yang mereka ingin dalami sebagaipengkhususan. Selain dari itu, pelajar tahun akhir jugadikehendaki menjalankan satu kajian penyelidikan atauprojek rekabentuk berkaitan dengan kejuruteraanKomputer.

Pelajar juga diwajibkan menjalani latihan industri sekurang-kurangnya 10 minggu samaada di badan kerajaan atausektor swasta pada SemesterPendek di Tahun Keempat.Ini adalah bertujuan untukmelengkapkan bakal graduandengan pengetahuan teknikalyang praktikal di sampingmendedahkan merekakepada suasana kerja diindustri.

PENGENDALIAN KURSUSFKE

38

Page 45: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Tahun Akademik Universiti dibahagikan kepada dua

semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiapsemester mengandungi 15 minggu perkuliahan.

Di samping dua semester lazim di atas, Universiti jugamempunyai satu semester pendek yang diadakan dalam cutiakhir tahun akademik dan dinamakan Semester Pendek.Semester ini tidak termasuk dalam pengiraan tempohpengajian yang ditetapkan bagi sesuatu kursus.

Tahun akademik dibahagikan seperti dalam Jadual I:

Atau

Cuti Akhir Semester 11 2 minggu

SEMESTER PENDEK

Perkuliahan & Peperiksaan 8 minggu

Cuti Akhir Semester Pendek 2 minggu

JUMLAH 52 minggu

*Tertakluk Kepada Pindaan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM SEMESTER

TAHUN AKADEMIKFKE

Jadual 1 : Tahun Akademik *

Minggu Suaikenal 1 minggu(Dalam Tempoh Cuti Akhir Tahun Akademik)SEMESTER 1Perkuliahan 8 mingguCuti Pertengahan Semester 1 mingguPerkuliahan 7 mingguMinggu Ulangkaji 1 mingguPeperiksaan Akhir Semester 2 mingguJumlah 19 mingguCuti Akhir Semester 1 4 mingguSEMESTER 11Perkuliahan 8 mingguCuti Pertengahan Semester 1 mingguPerkuliahan 7 mingguMinggu Ulangkaji 1 mingguPeperiksaan Akhir Semester 2 minggu

Jumlah 18 mingguCuti Akhir Tahun Akademik 12 mingguJUMLAH 52 minggu

Semua calon pelajar dimestikan membuat pendaftarankursus yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan olehuniversiti. Calon pelajar yang tidak mematuhi peraturan initanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh universiti,dengan sendirinya tawaran kursus kepadanya terbatal.

Pendaftaran kursus bagi pelajar kanan dibuat secaraautomatik oleh pentadbiran Universiti berdasarkan kepadakeputusan peperiksaan semester sebelumnya. Pelajar kananyang telah terputus pengajian disebabkan penangguhanpengajian, penggantungan pengajian dan sebagainyahendaklah membuat pendaftaran kursus semula.

PENDAFTARAN KURSUSFKE

39

Page 46: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

KOD KURSUS

DAN MATAPELAJARANFKE

Setiap kursus yang ditawarkan oleh fakulti memepunyai 3abjad (ABC) manakala matapelajaran yang ditawarkan

mempunyai 3 abjad (ABC) dan 4 angka (1234).

40

Page 47: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

PERTUKARAN KURSUS

PENGAJIANFKE

Universiti Teknologi Malaysia secara umumnya dan FakultiKejuruteraan Elektrik secara khususnya mengamalkan sistempenasihatan akademik di mana setiap pelajar diletakkan dibawah pengawasan seorang Penasihat Akademik yangterdiri daripada staf akademik Fakulti.

Sistem penasihatan akademik ini adalah bertujuan untukmembantu pelajar menyesuaikan diri dengan sistempengajian Universiti ini yang mana ianya amat berbezadengan sistem pengajian sekolah, untuk membantu pelajarmenyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan denganakademik seperti beban tugas, tujuan dan hala tuju kursus,atau masalah pembelajaran yang sesuai, dan untukmembantu pelajar dalam menfaatkan sistem semesterdengan sepenuhnya.

Penasihat Akademik akan berusaha untuk menyelesaikanmasalah-masalah di atas yang dihadapi oleh pelajar di bawahpengawasannya.

Pelajar Sarjana Muda diperlukan berbincang denganPenasihat Akademik masing-masing untuk menentukanpemilihan matapelajaran yang perlu diambil sebelumpendaftaran matapelajaran untuk sesuatu semester dibuat.

Pelajar Pasca Ijazah pula diperlukan berbincang denganpenasihat atau penyelia masing-masing di Fakulti danseterusnya melaksanakan proses pendaftaran di SekolahPengajian Siswazah.

SISTEM PENASIHATAN

AKADEMIKFKE

Semua pelajar termasuk calon luar adalah diwajibkanmendaftar setiap matapelajaran yang diambil dengan kodyang betul pada tiap-tiap semester. Pelajar hanya bolehmendaftar mana-mana matapelajaran yang telah ditetapkanoleh fakulti apabila ditawarkan.

Pendaftaran matapelajaran mesti dibuat sebelum tamattempoh pendaftaran wajib, iaitu dua (2) hari sebelumsemester bermula. Sebarang permohonan pendaftaranmatapelajaran lewat dalam tempoh yang ditetapkan tanpasebab-sebab yang boleh diterima oleh Universiti dikenakandenda. Pelajar yang tidak membuat pendaftaranmatapelajaran setelah tamat tempoh pendaftaran berdendaakan diberhentikan dari pengajian, kecuali atas sebab-sebabyang dapat diterima oleh Universiti.

Jumlah kredit minimum bagi pelajar sepenuh masa ialah 12(kecuali pelajar semester akhir). Ini tidak termasukmatapelajaran yang didaftarkan dengan taraf HS (HadirSahaja) dan HW (Hadir Wajib). Pelajar yang mendapatkeputusan KS (Kedudukan Bersyarat) tidak dibenarkanmengambil lebih daripada 12 kredit pada semesterberikutnya. Pelajar yang ingin mengambil lebih daripada 18kredit perlu mendapat kebenaran dekan Fakulti.

Prapendaftaran matapelajaran bagi sesuatu semester bolehdibuat dalam masa yang diperuntukan.

Pelajar bertanggungjawab membetulkan sebarang kesilapanyang terdapat dalam rekod pendaftaran matapelajaran dalamtempoh yang ditetapkan. Sebarang permohonanpembetulan yang lewat tanpa sebab-sebab yang bolehditerima akan dikenakan denda.

Pelajar dengan pengetahuan pensyarah dan persetujuanPenasihat Akademik boleh memohon untuk menarik diri darimana-mana matapelajaran yang telah didaftarkan pada

PENDAFTARAN MATAPELAJARANFKE

Pertukaran kursus tidak digalakkan. Walaubagimana punpelajar boleh memohon pertukaran kursus pengajian didalam fakulti atau antara fakulti setelah mengikuti sekurang-

kurangnya satu semester pengajian di Universiti.

41

Page 48: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Selain daripada matapelajaran biasa, ada beberapamatapelajaran yang mempunyai taraf tertentu sepertiberikut :

i) HW - (Hadir Wajib) : Pelajar diwajibkan hadir kuliah,latihan praktik atau seminar dan diberi gred HL(Hadir Lulus) atau HG (Hadir Gagal). Jikalulus, kredit akan diambil kira dalam pengiraanKredit Dapat, tetapi tidak diambil kira dalampengiraan GPA (Purata Matanilai Gred)[Grade Point Average] dan CPA (PurataMatanilai Himpunan) [Cumulative Grade PointAverage]. Jika gagal, kredit tidak diambil kiradalam pengiraan Kredit Dapat danmatapelajaran tersebut mesti diulang sehinggalulus.

ii) UM - (Ulang Matapelajaran) : Bagi matapelajaranbertaraf UM, gred HL akan diberikan sekiranyamatapelajaran itu bertaraf HW. Untukmatapelajaran teras, pelajar perlu lulus dengangred D. Walau bagaimanapun, kreditmatapelajaran UM yang gagal tidak diambil kiradi dalam kiraan CPA kerana kreditnya telah pundirujuk pada semester lepas. Ini untukmengelakkan sebarang penggandaan.

Bagi pelajar yang gagal matapelajaran pilihan, iadibolehkan mengambil matapelajaran pilihan

Setiap matapelajaran mempunyai kredit kecuali mana-mana

matapelajaran yang ditentukan oleh Universiti.

TARAF MATAPELAJARANFKE

yang lain sebagai ganti tetapi kredit dan gredmatapelajaran pilihan asal yang gagal itu akandiambil kira juga dalam pengiraan Kredit Kiradan CPA.

iii) UG – (Ulang Gred) : Pelajar boleh membaiki semulamana-mana matapelajaran yang mendapat gredC- dan ke bawah dengan status UG.Kebenaran diberi hanya sekali sahaja. Gred yangterbaik diantara gred asal dan gred terkini akandiambilkira dalam pengiraan GPA dan CPA.

iv) HS - (Hadir Sahaja) : Pelajar boleh mengambilmatapelajaran yang tidak disyaratkan danmatapelajaran ini perlu didaftarkan dengan tarafHS. Gred HS akan diberikan dan kreditnyatidak diambil kira dalam pengiraan KreditDapat, Kredit Kira, GPA dan CPA.

Pelajar boleh mengambil sesuatumatapelajaran dengan bertaraf HS untuktujuan berikut :

i. Memenuhi syarat sebagai pelajarsepenuh masa seperti yang disyaratkanoleh penaja biasiswa.

ii. Memerlukan pengetahuan yangmendalam di dalam matapelajaranber kenaan.

semester yang berkenaan tidak lewat dari hari Jumaatpertama selepas minggu kesepuluh (10) semester.

Kebenaran untuk pelajar menarik diri dari mengikuti sesuatumatapelajaran selain matapelajaran umum adalah tertaklukkepada jumlah kredit minimum kecuali dengan kebenaranDekan. Taraf Tarik Diri (TD) akan dicatatkan dalam rekodpendaftaran matapelajaran dan transkrip.

SISTEM KREDITFKE

42

Page 49: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Kecuali dalam kes-kes tertentu, nilai kredit bagi

matapelajaran yang mempunyai kredit adalah seperti dalam

Jadual II di bawah. Latihan praktik diberi status HW (Hadir

Wajib).

Jadual II : Penilaian Kredit

PENILAIAN KREDITFKE

Bentuk Jumlah Jam Nilai Kredit

Pertemuan Pertemuan Satu

Semester

Kuliah 15 1Amali/Studio/ 30 atau 45 1Projek/KerjaLapangan

PENGECUALIAN KREDITFKE

i) Pengecualian kredit adalah untuk matapelajaran yangdiambil oleh pelajar sebelum diterima masuk keprogram ijazah pertama Universiti seperti mana yangdiluluskan oleh Senat. Matapelajaran yang diberipengecualian kredit tidak diambil kira dalam pengiraanGPA dan CPA.

ii) Syarat-syarat untuk pengecualian kredit adalah sepertiberikut :a) Matapelajaran yang dipohon untuk pengecualian

kredit isi kandungannya hendaklah sama atautidak kurang daripada 80% dengan matapelajaranyang ditawarkan di Universiti ini ;

b) Gred atau mata gred yang diperolehi untukmatapelajaran berkenaan adalah tidak kurangdaripada C atau lebih tinggi; dan

C) Jumlah jam kredit untuk dikecualikan tidak

melebihi 50% daripada jumlah kredit lulus kursus.

i) Pemindahan kredit adalah untuk matapelajaran yangdiambil oleh pelajar di Institut Pengajian Tinggi lainselepas diterima masuk ke program ijazah pertama diUniversiti dengan kebenaran Fakulti.

ii) Dalam keadaan pemindahan kredit, semua kredit yangdiperolehi bersama-sama dengan gred dan mata greddari Institut Pengajian Tinggi dimana pelajar telahmenjalani pengajian akan diambil kira dalam pengiraanGPA dan CPA pelajar dengan syarat seseorang pelajartidak boleh memindah lebih daripada satu pertiga (1/3)jumlah keseluruahan kredit untuk pengijazahan tetapitidak melebihi satu semester bagi setiap InstitutPengajian Tinggi.

iii) Permohonan untuk memindah kredit hendaklah dibuatsekurang-kurangnya satu semester sebelum pelajarmenjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi lain bagimaksud permindahan kredit.

Kredit Dapat adalah jumlah kredit bagi matapelajaran yanglulus yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalampengajiannya termasuk matapelajaran bertaraf HW (HadirWajib) yang mempunyai kredit. Kredit bagi matapelajaranyang didaftar bertarafkan HS (Hadir Sahaja) tidak diambilkira dalam pengiraan jumlah Kredit Dapat. Kredit Dapatdikira untuk sesuatu dan juga semua semester. Bagi pelajaryang diberi perpindahan kredit, kredit ini akan dicampurkandengan kredit matapelajaran lulus untuk menentukan jumlahkeseluruhan Kredit Dapat. Jumlah Kredit Dapat adalahberkait rapat dengan Kredit Lulus Kursus.

PEMINDAHAN KREDITFKE

KREDIT DAPATFKE

43

Page 50: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Pelajar mesti lulus dalam semua matapelajaran yangdisyaratkan untuk sesuatu kursus pengajiannya. Jumlahkredit minimum dan tempoh maksimum untukmenyelesaikan dan lulus sesuatu kursus adalah seperti dalamJadual III :

Jadual III : Kredit Lulus Kursus dan Tempoh Maksimum

Pengajian

Ijazah Kredit Tempoh

Minimum Maksimum

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) 161 14Sarjana Muda Kejuruteraan 161 14(Elektrik-Kawalan & Instrumentasi)Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Mekatronik) 161 14Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Robotik) 161 14Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik) 161 14Sarjana Muda Kejuruteraan 162 14(Elektrik-Mikroelektronik)Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Perubatan) 161 14Sarjana Muda Kejuruteraan 162 14(Elektrik-Telekomunikasi)Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer) 161 14

Pelajar mesti hadir tidak kurang dari 80% daripada masapertemuan yang ditentukan bagi sesuatu matapelajarantermasuk matapelajaran bertaraf HW (Hadir Wajib) danHS (Hadir Sahaja). Pelajar yang tidak hadir kuliah ataututorial atau kehadirannya kurang daripada 80% tanpasebarang sebab yang munasabah tidak dibenarkanmenghadiri kuliah dan menduduki sebarang bentuk penilaianselanjutnya, dan markah sifar (Gred E) akan diberikan bagi

Peringkat pengajian atau kedudukan tahun pengajian

seseorang pelajar ditentukan oleh jumlah Kredit Dapat

yang diperolehi. Seseorang pelajar dikira sudah naik tahun

apabila jumlah Kredit Dapatnya tidak kurang dari nilai

berikut :

Kredit Dapat = Jumlah Kredit Lazim Tahun Sebelumnya - 6

Dengan itu, Kredit Naik Tahun bagi kursus Sarjana Muda

Kejuruteraan Elektrik adalah seperti berikut :

Untuk Naik Jumlah Kredit Jumlah Kredit

Ke Tahun Lazim Tahun Dapat Yang

Sebelumnya Perlu Diperolehi

Kedua 29 23

Ketiga 63 57

Keempat 96 90

Kelima 131 125

Kredit Kira adalah jumlah kredit yang diambil oleh seseorang

pelajar dalam sesuatu semester dan juga kesemua semester.

Kredit ini digunakan dalam pengiraan GPA dan CPA pelajar

berkenaan. Kredit bagi matapelajaran yang didaftarkan

dengan taraf HS dan HW tidak diambil kira dalam

pengiraan jumlah Kredit Kira. Kredit bagi matapelajaran

yang didaftarkan dengan taraf UM (Ulang Matapelajaran)

tidak terlibat dalam kiraan CPA.

KREDIT KIRAFKE

KREDIT NAIK TAHUNFKE

KREDIT LULUS KURSUSFKE

KEHADIRAN KULIAHFKE

44

Page 51: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Prestasi pelajar dalam sesuatu matapelajaran digambarkanoleh gred yang diperolehinya. Hubungan antara markah,gred dan mata nilai adalah seperti dalam Jadual V. Secaraamnya, gred lulus minimum bagi sesuatu matapelajaran ialahD. Walau bagaimanapun, gred lulus untuk sesuatumatapelajaran adalah tertakluk kepada keperluan Fakultidengan kelulusan Senat Universiti.

matapelajaran yang berkenaan atau gred HG (Hadir Gagal)bagi matapelajaran bertaraf HW (Hadir Wajib).Matapelajaran bertaraf HS (Hadir Sahaja) akan digugurkandaripada transkrip sekiranya kehadiran pelajar kurangdaripada 80% daripada masa pertemuan.

Selain daripada gred di atas, gred mata pelajaran berikutjuga digunakan :

TD (Tarik Diri) - Gred ini diberikan kepada yangmenarik diri dari sesuatumatapelajaran dalam tempohtertentu sebagaimana yangditetapkan oleh Senat. Kredit tidakdiambil kira dalam pengiraan Kredit

SISTEM GREDFKE

Kira, Kredit Dapat, GPA danCPA.

TS (Tidak Selesai) - Gred yang diberi kepada pelajaryang tidak dapat mengambilpeperiksaan akhir atau tidak dapatmenyiapkan kerja kursus sesuatumatapelajaran kerana disahkan sakitoleh Pegawai Perubatan Universitiini atau hospital kerajaan atau alasanlain yang boleh diterima oleh Senat.Pelajar hendaklah mengemukakansijil cuti sakit kepada Fakulti tidaklewat daripada 24 jam dari masapeperiksaan mata-pelajaran yangberkenaan dimulakan. Kredit tidakdiambil kira dalam pengiraan KreditKira, Kredit Dapat, GPA danCPA.

HS (Hadir Sahaja) - Gred yang diberi bagi matapelajaranyang didaftarkan dengan taraf HadirSahaja. Kredit tidak diambil kiradalam pengiraan Kredit Dapat,Kredit Kira, Kredit Beban, CPAdan GPA.

HL (Hadir Lulus) - Gred lulus yang diberi bagimatapelajaran yang didaftarkandengan taraf Hadir Wajib (HW).Jika lulus (HL), kredit diambil kiradalam pengiraan Kredit Dapat danKredit Beban tetapi tidak diambilkira dalam pengiraan GPA danCPA.

HG (Hadir Gagal) - Gred gagal yang diberi bagimatapelajaran yang didaftarkansebagai Hadir Wajib (HW). Jikagagal (HG), kredit tidak diambil kiradalam pengiraan Kredit Dapat danKredit Beban, GPA danCPA.

Markah Gred Mata Nilai

85-100 A 4.080-84 A- 3.775-79 B+ 3.370-74 B 3.065-69 B- 2.760-64 C+ 2.355-59 C 2.050-54 C- 1.745-49 D+ 1.340-44 D 1.00-39 E 0.0

Jadual V : Hubungan Antara Markah, Gred dan Mata Nilai

45

Page 52: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Pelajar yang sakit (kes i) sehingga tidak dapat mendudukipeperiksaan akhir semester hendaklah mengemukakan sijilcuti sakit kepada Fakulti tidak lewat daripada 24 jam darimasa peperiksaan akhir matapelajaran berkenaan diadakanuntuk layak memohon peperiksaan khas. Keputusanpeperiksaan khas pelajar akan diambil kira dalam pengiraanKredit Dapat dan Kredit Kira untuk menentukan GPAdan CPA pelajar tersebut. Gred TS akan dimansuhkansesudah itu dan ia digantikan dengan gred hasil peperiksaankhas ini. Markah untuk matapelajaran berkenaan adalahgabungan markah kerja kursus dan markah peperiksaan khastersebut.

Sekiranya seseorang pelajar itu gagal dalam peperiksaankhasnya, beliau dikehendaki mengulang matapelajaran itupada semester berikutnya (tertakluk kepada tempohmaksimum pengajiannya masih ada) dan perlu mendaftarsebagai pelajar sepenuh masa atau calon luar.

Peperiksan khas bagi Semester I diadakan tidak lewatdaripada 2 minggu selepas pendaftaran matapelajaran bagiSemester II. Bagi Semester II pula, peperiksaan khasdiadakan tidak lewat daripada 3 minggu selepas slipkeputusan peperiksaan Semester II dikeluarkan.

Peperiksaan Khas tidak boleh diadakan bagi kes-kes sepertiberikut :

i. Matapelajaran yang tidak ada peperiksaan akhirsemester.

ii. Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akhirtanpa sebab yang boleh diterima oleh Universiti.

Peperiksaan akhir semester merupakan ujian terakhir bagimatapelajaran yang berbentuk syarahan. Pembahagianmarkah bagi tujuan ini mestilah tidak melebihi 50% daripadamarkah keseluruhan penilaian matapelajaran. Gred setiapmatapelajaran akan dipamerkan oleh pensyarah berkenaandan pelajar boleh membuat rayuan penyemakan keputusangred peperiksaan bagi mana-mana matapelajaran kepadafakulti dalam tempoh dan mengikut kaedah yang ditetapkan.Selepas tempoh tersebut, rayuan tidak akandipertimbangkan. Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyakRM25.00 untuk setiap satu matapelajaran yang dirayu.

Peperiksaan Khas boleh diadakan untuk seseorang pelajarbagi kes berikut :

i. Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan

akhir semester kerana disahkan sakit oleh pegawai

perubatan Universiti atau hospital kerajaan,

ii. Pelajar semester akhir yang lulus dengan taraf KB

(Kedudukan Baik), tetapi gagal dalam satu

matapelajaran daripada dua semester terakhir,

iii. Pelajar semester akhir yang lulus dengan taraf KB

(Kedudukan Baik), tetapi gagal dalam satu

matapelajaran ulangan (UM) dengan syarat

matapelajaran tersebut telah diambil tiap-tiap kali

ianya ditawarkan.

Markah peperiksaan khas bagi kes-kes di perkara (ii) dan(iii) di atas akan menentukan keputusan matapelajaranberkenaan dan ianya tidak diambilkira dalam pengiraan GPAdan CPA.

PEPERIKSAANFKE

46

Page 53: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Pencapaian pelajar dinilai dengan menggunakan dua ukuran

iaitu GPA dan CPA.

GPA : Purata Mata nilai Gred [Grade Point Average]

PENCAPAIAN AKADEMIKFKE

GPA adalah purata mata nilai gred yang diperolehioleh seseorang pelajar dalam sesuatu semester. Iadikira seperti berikut :

n : Bilangan matapelajaran yang diambil kira dalamsemester tersebut.

Jumlah Mata nilai (JMN)

Jumlah Kredit Kira (JKK)GPA = =

iΣ (Kredit x Mata nilai)i

n

i

n

Σ (Kredit )i

CPA : Purata Himpunan Mata nilai [Cummulative

Grade Point Average]

CPA adalah purata mata nilai gred yang diperolehioleh seseorang pelajar bagi semua semester yangtelah diikuti. Ia dikira seperti berikut :

GPA = =j

Σ (JMN)j

m

Σ (JKK )j

m

jΣ (Kredit x Mata nilai)i

n

Σj

m

[ ]

Σj

m

i

n

Σ (Kredit )i[ ]

n : Bilangan matapelajaran yang diambil kira dalamsemester tersebut.m : Bilangan semester yang diikuti.

Contoh Pengiraan GPA dan CPA

Semester 1

MataPelajaran Kredit (K) Gred Matanilai (M) K x M

SSM1063 3 C+ 2.3 6.9SSF1103 3 B+ 3.3 9.9SSF1801 1 B- 2.7 2.7UHP1012 2 B- 2.7 5.4SMU2502 2 C- 1.7 3.4SSK1003 3 A- 4.0 11.2

14 39.40

GPA = 39.40 = 2.81 CPA = 39.40= 2.8114 14

Semester II

MataPelajaran Kredit (K) Gred Matanilai (M) K x M

SEE2033 3 C- 1.7 5.1SSF1113 3 B 3.0 9.0SSF1811 1 A- 3.7 3.7SSM1262 2 B- 2.7 5.4UHB1222 2 B 3.0 6.0UHW1012 2 B+ 3.3 6.6

13 35.80

GPA = 35.80 = 2.75 CPA = 39.40 + 35.80 =75.2= 2.7913 14 + 13 27

47

Page 54: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Pelajar yang mendapat GPA 3.50 akan dimasukkan dalamSenarai Kepujian Dekan bagi semester berkenaan.Senarai Kepujian Dekan akan dipamerkan di papankenyataan Fakulti dan transkrip pelajar berkenaan akanmempunyai catatan Kepujian Dekan.

Penganugerahan ijazah dibuat dalam dua semester lazim.Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, Senat bolehmembenarkan penganugerahan dilakukan dalam SemesterPendek. Pelajar hendaklah mengemukakan permohonanpenganugerahan ijazah dalam sesuatu semester mengikuttempoh yang ditetapkan. Permohonan penganugerahanijazah yang lewat akan dikenakan denda. Pelajar yang tidakmembuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan akandiberi keputusan Kedudukan Baik (Tamat Kursus)[KB(TK)].

Pelajar yang tidak membuat permohonan penganugerahansehingga dua tahun selepas tamat kursus, tidak akandianugerahkan ijazah. Pelajar yang tidak layak memohonpenganugerahan tetapi mengemukakan permohonan akandikenakan denda.

Pelajar tahun akhir yang telah memenuhi syarat jumlahkredit minimum yang melayakkan mereka mendapat Ijazahtetapi berkeputusan KS, akan diberi peluang untukmemperbaiki CPA pada semester berikutnya dengan syarattempoh pengajiannya belum tamat. Sekiranya pelajar itutidak mendapat keputusan KB pada semester tersebut,beliau akan diberhentikan. Matapelajaran yang akan diambiloleh pelajar tersebut hanyalah matapelajaran tahun akhirsahaja.

Pelajar yang mendapat GPA < 1.00 walaupun CPA = 2.00boleh diberhentikan dari pengajiannya atau boleh diarahmenangguhkan pengajian pada semester berikutnya atauboleh dibenarkan untuk meneruskan pengajian denganpersetujuan Fakulti.

Taraf kedudukan akademik pelajar untuk Semester IIItidak ditentukan walaupun GPA dan CPA dikira sepertibiasa. Gred yang diperolehi dalam semester ini akandiambilkira bagi pengiraan CPA dalam Semester Iberikutnya.

Pelajar yang mendapat keputusan KS tidak dibenarkanmengambil lebih daripada 12 kredit pada semesterberikutnya. Pelajar yang mendapat keputusan KS tiga kaliberturut-turut akan diberikan keputusan KG dandiberhentikan dari pengajian mereka.

Senat Universiti boleh memberi pertimbangan kepadapelajar semester pertama pengajian yang mendapatkeputusan KG (Diberhentikan) untuk Daftar Semula (DS)sekiranya pelajar membuat permohonan. Pelajar bolehdirehatkan satu semester sebelum meneruskanpengajiannya. Pelajar dianggap telah menggunakan satusemester daripada tempoh pengajiannya. Pelajar DaftarSemula yang gagal mendapatkan keputusan KB padasemester pelajar mendaftar semula akan diberikankeputusan KG dan diberhentikan.

Taraf kedudukan akademik pelajar ditentukan di akhirsetiap semester lazim dengan menggunakan CPA sepertiberikut :

Taraf Kedudukan Akademik CPA

KB-Kedudukan Baik CPA 2.00

KS-Kedudukan Bersyarat 1.70 CPA < 2.00

KG-Kedudukan Gagal (Diberhentikan) CPA < 1.70

KEDUDUKAN AKADEMIKFKE

SENARAI KEPUJIAN DEKANFKE

PROSEDUR PENGANUGERAHAN

IJAZAHFKE

<>

>

48

Page 55: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Kelas Ijazah dianugerahkan berdasarkan kepada pencapaian

CPA terakhir seperti berikut :

Pelajar yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan Universiti

atau hospital kerajaan boleh memohon untuk penangguhan

pengajian. Penangguhan ini adalah dua semester sahaja.

Penangguhan ini tidak diambilkira dalam bilangan semester

yang telah digunakan.

Seseorang pelajar hanya layak dianugerahkan ijazah setelahsyarat-syarat berikut dipenuhi :

i. Mendapat Kedudukan Baik (KB).

ii. Telah lulus dalam semua matapelajaran yangditetapkan.

iii. Telah memohon penganugerahan dan telahmendapat perakuan Fakulti.

iv. Syarat-syarat lain yang ditetapkan.

Pelajar yang telah tamat tempoh pengajian denganKedudukan Baik (Tamat Tempoh) [ (KB(TP) ] tidak

layak memohon penganugerahan.

KELAS IJAZAHFKE

Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain

dari sebab-sebab kesihatan. Permohonan ini mestilah dibuat

sebelum cuti pertengahan semester. Penangguhan ini akan

diambilkira dalam pengiraan bilangan semester yang telah

digunakan.

Pelajar juga boleh ditangguhkan pengajiannya oleh pihak

Universiti di atas sebab pelajar berkenaan mendapat GPA <

1.00 walaupun CPA 2.00. Bagi penangguhan semester

ini, tempoh penangguhan tersebut akan diambilkira sebagai

semester yang telah digunakan.

KELAS IJAZAH KEDUDUKAN CPA

Kepujian Kelas Pertama CPA 3.70

Kepujian Kelas Kedua (Tinggi) 3.00 < CPA < 3.70

Kepujian Kelas Kedua (Rendah) 2.30 < CPA < 3.00

Kepujian Kelas Ketiga 2.00 CPA < 2.30

PENANGGUHAN PENGAJIANFKE

<

>

<

49

Page 56: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

HADIAH & ANUGERAH

Hadiah sumbangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Anugerah berupa Pingat Emas, Wang Tunaidan Sijil. Dianugerahkan kepada graduan seorangbumiputera dan seorang bukan bumiputera yang mendapatIjazah Kelas Pertama dan terlibat aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Hadiah Pingat Emas, wang tunai dan sijil dianugerahkankepada graduan yang mendapat keputusan akademikcemerlang serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Hadiah diberi kepada graduan terbaik keseluruhan fakulti difakulti berkenaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

ANUGERAH PELAJARAN DIRAJAFKE

ANUGERAH CANSELORFKE

ANUGERAH NAIB CANSELORFKE

Hadiah diberi kepada graduan terbaik bagi setiap kursus danpengkhususan dari setiap fakulti. Hadiah adalah sumbanganbadan atau pertubuhan ikhtisas dan profesional serta syarikatswasta.

Hadiah Medal Emas Kepujian Dekan yang diberikan kepadagraduan yang memperolehi keputusan akademik yang baikbagi keseluruhan pengajian dari setiap fakulti (CPA 3.50 keatas).

HADIAH KONVOKESYENFKE

MEDAL KEPUJIAN DEKANFKE

50

Page 57: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Program ‘Cross-Campus’ bertujuan untuk memberi peluangkepada pelajar ijazah pertama Universiti tempatan untukmendapatkan pengalaman dan perpindahan kredit denganmengikut pengajian di Universiti lain. Buat masa ini empatbuah Universiti tempatan terlibat dalam program ini.Universiti tersebut ialah :

i. Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ).ii. Universiti Sains Malaysia ( USM ).iii. Universiti Malaya ( UM ).iv. Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ).

Pelajar yang terpilih mengikuti program ini akan ditempatkandi salah sebuah Universiti terlibat selama satu ( 1 ) semesterdalam semester II pada setiap sesi pengajian.

• Terbuka kepada pelajar berdaftar di peringkat IjazahPertama yang telah mengikuti program sekurang-kurangnya dua ( 2 ) semester.

• Jumlah kredit yang boleh diambil adalah antara 12hingga 16 kredit sahaja.

• Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA : 3.00semasa memohon.

• Bukan bermastautin/berasal dari negeri di manaUniversiti yang dipohon berada.

PENGENALANFKE

KELAYAKANFKE

Pelajar tidak akan dikenakan yuran di Universiti Penerimatetapi tetap dikenakan yuran mengikut kadar Universiti Asal.Universiti Penerima akan menyediakan asrama dan pelajarperlu menjelaskan kadar yuran asrama yang ditetapkan olehUniversiti Penerima.

PEMBIAYAANFKE

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PROGRAM “CROSS-CAMPUS”

51

Page 58: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004

Waktu pengajaran adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh

universiti iaitu dari hari Isnin hingga hari Jumaat, mulai jam

8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Jika perlu kuliah akan

diadakan pada sebelah malam mulai jam 8.00 hingga jam

11.00 malam.

Hari Rabu sebelah petang mulai jam 2.00 hingga jam 6.00

petang adalah masa yang diperuntukkan oleh universiti bagi

matapelajaran Ko-kurikulum.

Waktu kuliah umumnya dihadkan kepada 1 jam/kuliah. Kuliah

akan dimulakan mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan

akan ditamatkan 10 minit lebih awal dari waktu berikutnya.

Kebenaran tidak menghadiri kelas boleh diberikan kepada

pelajar-pelajar yang memohon bagi kuliah/tutorial/makmal/

bengkel/seminar dalam tempoh masa yang pendek atas

sebab-sebab antara lain seperti berikut:

• menziarahi pesakit/pengkebumian anggota keluarga

atau:

• menghadiri perbicaraan mahkamah atau:

Pelajar yang layak untuk memohon transkrip Akademikboleh membuat permohonan di Pejabat Pendaftar(Pengurusan Akademik) dengan mengisikan BorangPermohonan Transkrip (UTM.E/6-1) yang boleh diperolehidari pejabat tersebut.

Pelajar yang layak memohon adalah terdiri daripada :

- Pelajar yang telah menamatkan pengajian dari Universitiini (Graduan, Tamat Kursus atau DitamatkanPengajian).

- Pelajar yang mendapat keputusan Kedudukan Gagal(Diberhentikan).

Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan transkripakademik dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

• mengikuti latihan/pertandingan sukan/kebudayaan

• sebab-sebab lain yang munasabah

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisikan Borang

Permohonan Cuti Kuliah yang boleh didapati dari Pejabat

Akademik Fakulti. Kelulusan daripada pensyarah yang terlibat

perlu diperolehi oleh pelajar. Jangkamasa seseorang pelajar

diberi kebenaran tidak menghadiri kelas adalah tidak

melebihi 20% daripada bilangan kuliah/tutorial/amali bagi

sesuatu semester.

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PELBAGAI

WAKTU KULIAHFKE

KEBENARAN TIDAK

MENGHADIRI KELASFKE

PERMOHONAN

TRANSKRIP AKADEMIKFKE

52

Page 59: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKEBuku Panduan 2003/2004

Pelajar-pelajar yang memerlukan surat-surat pengesahan/

perakuan boleh membuat permohonan dari Pejabat

Akademik fakulti. Surat-surat ini hanya dikeluarkan kepada

pelajar-pelajar yang bertujuan untuk memohon bantuan

kewangan, perlanjutan biasiswa/pinjaman, menjalankan

kajian/amali diluar kampus, lesen memandu dan tujuan-

tujuan lain yang difikirkan perlu untuk kepentingan pengajian

pelajar di universiti ini.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memaklumkan

kepada pengurusan fakulti alamat terbaru masing-masing,

jika berlaku sebarang perubahan alamat pengajian atau

alamat tetap supaya mudah dihubungi oleh pihak universiti.

Pegawai-pegawai Pentadbiran fakulti iaitu TimbalanPendaftar dan Penolong Pendaftar telah diberi kuasa olehuniversiti untuk mengesahkan salinan dokumen-dokumenberkenaan. Pelajar yang memerlukan pengesahan sijil/keputusan peperiksaan masing-masing dan lain-lain dokumenboleh berjumpa dengan salah seorang pegawai yangdisebutkan itu dengan membawa bersama salinan-salinanasal bagi menentukan dokumen-dokumen itu adalah benardan sah.

Transkrip Akademik tidak akan dikeluarkan kepada pelajaryang masih berhutang dengan Universiti.

PENGESAHAN DOKUMEN

DAN KEPUTUSAN PEPERIKSAANFKE

SURAT PENGESAHAN

KEDUDUKAN PELAJARFKE

PERTUKARAN ALAMAT

PENGAJIAN / TETAPFKE

Pelajar-pelajar dikehendaki mengisikan Borang Pertukaran

Alamat yang boleh diperolehi dari Pejabat Akademik fakulti.

Dengan cara begini pihak pengurusan universiti/fakulti dapat

berhubung dengan pelajar mengenai urusan universiti

ataupun jika berlaku sebarang kecemasan.

PENYEMAKAN REKOD

AKADEMIK DAN PERIBADIFKE

Pelajar dari masa ke semasa boleh menyemak rekodakademik dan rekod peribadi masing-masing secara ‘online’dikomputer menerusi laman web yang disediakan oleh pihakuniversiti iaitu utmonline (http://utmonline.utm.my/).

53

Page 60: PERHATIAN - Official Web Portal of Faculty of Electrical ... · PDF fileKejuruteraan Elektrik, ... sangat aktif dengan menghasilkan kertas kerja di dalam jurnal di peringkat kebangsaan

FKE Buku Panduan 2003/2004