5- · pdf filesistem pengurusan sisa pepejal dan toksik . ... pengurusan sisa toksik atau...

50
Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 5-117 Di samping itu, sistem pembetungan di Negeri Selangor juga menghadapi masalah ketidakpatuhan kepada piawaian rawatan kumbahan: a) Sebanyak 1,024 bilangan tangki septik individu dan tangki septik komunal masih menghasilkan efluen yang tidak mematuhi piawaian alam sekitar. b) Efluen dari sebahagian sistem pembetungan awam yang dibina sebelum 1994 iaitu lebih kurang 63% tidak memenuhi kriteria alam sekitar mampan. c) Terdapat beberapa loji rawatan kumbahan swasta yang beroperasi tidak mengikut SOP (standard piawaian) yang telah ditetapkan menyebabkan hasil efluen yang tidak menepati rekabentuk asal. Oleh itu, dasar rawatan kumbahan berdasarkan pengurusan yang cekap, bersih dan efisien untuk menampung keperluan masa hadapan dan mencapai kualiti alam sekitar yang mampan diperlukan. DASAR MP28 TAHAP PERKHIDMATAN SISTEM DAN KEMUDAHAN PEMBETUNGAN DIPERTINGKATKAN BERDASARKAN PENDEKATAN MESRA ALAM Inisiatif Pelaksanaan Tindakan dan Agensi Pelaksana Utama Perancangan Pelaksanaan Penguat- kuasaan Pemantauan P1 Memaksimumkan dan meluaskan penggunaan Sistem Rawatan Kumbahan Berpusat (CSTP) untuk pembangunan baru dengan mengambil kira zon tadahan pembetungan. Rajah 5.3.13 menunjukkan cadangan kawasan tadahan pembetungan utama. IWK IWK, SWASTA SPAN SPAN P2 Melaksanakan cadangan projek baru, naik taraf dan program rasionalisasi sistem pembetungan di kawasan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan cadangan projek baru, naik taraf dan kerja-kerja rasionalisasi sistem pembetungan di bawah program RIVER OF LIFE dan GREATER Kuala Lumpur/Klang Valley seperti Jadual 5.3.9. IWK IWK, SPAN SPAN P3 Mengenal pasti tapak dan melaksanakan pengambilan tanah untuk tujuan Regional STP dilakukan dengan sebaik mungkin. IWK, PTD IWK, PTD SPAN, PTD SPAN P4 Melaksanakan penutupan loji-loji kecil dan sistem serta tangki- tangki septik dan penyambungan sisa kumbahan daripada loji-loji dan tangki-tangki tersebut ke sisstem pembetungan berpusat. JPP IWK JPP JPP

Upload: hoangkhanh

Post on 06-Feb-2018

319 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

    5-117

    Di samping itu, sistem pembetungan di Negeri Selangor juga menghadapi masalah ketidakpatuhan kepada piawaian rawatan kumbahan: a) Sebanyak 1,024 bilangan tangki septik individu dan tangki septik komunal masih

    menghasilkan efluen yang tidak mematuhi piawaian alam sekitar. b) Efluen dari sebahagian sistem pembetungan awam yang dibina sebelum 1994 iaitu

    lebih kurang 63% tidak memenuhi kriteria alam sekitar mampan. c) Terdapat beberapa loji rawatan kumbahan swasta yang beroperasi tidak mengikut

    SOP (standard piawaian) yang telah ditetapkan menyebabkan hasil efluen yang tidak menepati rekabentuk asal.

    Oleh itu, dasar rawatan kumbahan berdasarkan pengurusan yang cekap, bersih dan efisien untuk menampung keperluan masa hadapan dan mencapai kualiti alam sekitar yang mampan diperlukan. DASAR MP28 TAHAP PERKHIDMATAN SISTEM DAN KEMUDAHAN PEMBETUNGAN DIPERTINGKATKAN BERDASARKAN PENDEKATAN MESRA ALAM

    Inisiatif Pelaksanaan Tindakan dan Agensi Pelaksana Utama

    Perancangan Pelaksanaan Penguat- kuasaan Pemantauan

    P1

    Memaksimumkan dan meluaskan penggunaan Sistem Rawatan Kumbahan Berpusat (CSTP) untuk pembangunan baru dengan mengambil kira zon tadahan pembetungan. Rajah 5.3.13 menunjukkan cadangan kawasan tadahan pembetungan utama.

    IWK IWK, SWASTA SPAN SPAN

    P2

    Melaksanakan cadangan projek baru, naik taraf dan program rasionalisasi sistem pembetungan di kawasan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan cadangan projek baru, naik taraf dan kerja-kerja rasionalisasi sistem pembetungan di bawah program RIVER OF LIFE dan GREATER Kuala Lumpur/Klang Valley seperti Jadual 5.3.9.

    IWK IWK, SPAN SPAN

    P3

    Mengenal pasti tapak dan melaksanakan pengambilan tanah untuk tujuan Regional STP dilakukan dengan sebaik mungkin.

    IWK, PTD IWK, PTD SPAN, PTD SPAN

    P4

    Melaksanakan penutupan loji-loji kecil dan sistem serta tangki-tangki septik dan penyambungan sisa kumbahan daripada loji-loji dan tangki-tangki tersebut ke sisstem pembetungan berpusat.

    JPP IWK JPP JPP

  • Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

    5-118

    Bersambung

    Inisiatif Pelaksanaan Tindakan dan Agensi Pelaksana Utama

    Perancangan Pelaksanaan Penguat- kuasaan Pemantauan

    P5

    Menyambungkan lebih banyak loji-loji kecil yang tiada rawatan/tidak mematuhi kaedah rawatan kumbahan pihak IWK kepada sistem pembetungan berpusat serantau (Regional Sewerage Treatment Plant).

    JPP IWK JPP JPP

    P6

    Menggantikan paip pembetung utama untuk mewujudkan sistem rawatan kumbahan berpusat serantau, seperti di Jadual 5.3.9.

    JPP IWK JPP JPP

    P7

    Menyediakan dan memastikan sistem pembetungan yang mesra alam seperti penggunaan tangki septik yang diluluskan pihak IWK di kawasan petempatan desa, terutama penempatan yang berada di dalam kawasan lembangan Sungai Selangor, Sungai Klang dan Sungai Langat yang menjadi punca air bersih Negeri Selangor. Cadangan kawasan pemantauan aliran keluar sisa kumbahan adalah seperti di Rajah 5.3.14.

    JPP IWK JPP JPP

    P8

    Mengenalpasti dan menguatkuasa kawasan-kawasan yang menyebabkan pencemaran sisa kumbahan ke punca air mentah.

    JPP IWK JPP JPP

    P9 Mengkaji semula penggunaan tapak kolam oksidasi sedia ada yang tidak lagi digunakan.

    JPP, PBT IWK JPP, PBT JPP

    Nota: LUAS = Lembaga Urus Air Selangor, PBT = Pihak Berkuasa Tempatan, JPP = Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, IWK = Indah Water Konsortium, SPAN = Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, PTD = Pejabat Tanah dan Daerah

    Jadual 5.3.9: Cadangan Projek Baru, Naik Taraf dan Kerja-Kerja Rasionalisasi Sistem

    Pembetungan di bawah Program River Of Life dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley

    Pihak Berkuasa Tempatan

    Pembetungan Berpusat

    Rasionalisasi Loji

    Naik Taraf Loji

    Penggantian Paip Pembetung (km)

    MPS 1 79 19 7 MPAJ 4 113 0 55 MPKj 3 147 11 19.841 MPSJ 0 3 8 24.40 MBSA 0 0 11 6.80 MBPJ 0 219 8 35.60 MPK 1 72 10 40.362 MPSp 0 0 2 4.617

    Nota: MDSB, MDKS, MDHS dan MDKL tidak terlibat di dalam projek ini. Sumber: Indah Water Konsortium, Bahagian Perancangan Wilayah Tengah, 2012

  • Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

    5-121

    iv. Sistem Pengurusan Sisa Pepejal dan Toksik Pengurusan perkhidmatan kutipan dan pengangkutan sisa pepejal di semua daerah di Negeri Selangor kini di bawah kendalian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

    Penjanaan sisa pepejal untuk Negeri Selangor dianggarkan pada 4,800 tan sehari berdasarkan kepada anggaran jumlah penduduk sebanyak 5.9 juta orang. Penjanaan sampah ini di jangka meningkat sehingga 7,200 tan /hari pada tahun 2035. Aktiviti kitar semula kini dilaksanakan sama ada secara formal dan tidak formal. Kadar kitar semula kini dianggarkan pada 5%. Sasaran kadar kitar semula Negeri Selangor pada tahun 2035 ialah 30%. Berbanding dengan negara Singapura yang telah mencapai angka kadar kitar semula sebanyak 60%, sasaran ini masih dikira rendah. Tapak Pelupusan Jeram, Kuala Selangor kendalian Worldwide Landfills Sdn Bhd kini memiliki kemudahan Material Recovery Facility (MRF) yang mana boleh meningkatkan lagi kadar kitar semula. Terdapat 8 buah tapak pelupusan sampah di dalam Negeri Selangor. Daripada itu, tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar adalah untuk mengendalikan sisa pepejal daripada Kuala Lumpur. Di samping itu, terdapat sebuah stesen pemindahan (transfer station) terletak di Seksyen 21, Shah Alam. Ia memberi perkhidmatan kepada sisa pepejal daripada Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk dimampat sebelum dihantar ke tapak pelupusan di Jeram, Kuala Selangor. Hanya tapak pelupusan di Jeram, Bukit Tagar dan Tanjung Dua Belas yang mengamalkan kaedah pelupusan 'sanitary landfill' . Ada di antara tapak pelupusan sampah di Selangor yang akan tamat tempoh jangka hayatnya tidak beberapa tahun akan datang. Antara yang kritikal ialah tapak pelupusan Sungai Besar, di kawasan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), tapak-tapak untuk Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan tapak pelupusan sanitari di Jeram, Kuala Selangor juga dijangka memerlukan kawasan yang baru memandangkan baki jangka hayatnya di dalam sekitar 9 tahun. Sisa terjadual merujuk kepada bahan yang tersenarai mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Buangan Terjadual, 2005. Antaranya ialah sisa klinikal yang diuruskan oleh syarikat Radicare (M) Sdn Bhd dan dilupuskan di pusat pelupusan sisa klinikal di Teluk Panglima Garang. Sistem pengurusan sisa toksik adalah di bawah kawalan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pengurusan sisa toksik atau terjadual diwajibkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh JAS. Kuantiti sisa terjadual yang dihasilkan dalam setahun dianggarkan sebanyak 65,000 tan.

  • Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

    5-122

    Bagi meningkatkan sistem pengurusan sisa pepejal dan toksik, pendekatan secara menyeluruh adalah diperlukan. Prinsip utama yang ditekankan ialah untuk mengurangkan penjanaan sisa melalui perubahan gaya hidup, meningkatkan kadar kitar semula dan mengurangkan keperluan terhadap tapak pelupusan dan hanya tapak pelupusan yang menepati ciri-ciri serta piawai Jabatan Alam Sekitar sahaja yang dibenarkan. Bagi pengurusan sisa toksik, penekanan adalah kepada pengurusan yang lebih efisien dan mesra alam. DASAR MP29 KONSEP PENGURANGAN SISA PEPEJAL AKAN DIGALAKKAN DAN AKTIVITI KITAR SEMULA DIPERTINGKATKAN BAGI MENCAPAI SASARAN SEKURANG-KURANGNYA 30% KADAR KITAR SEMULA PADA TAHUN 2035

    Inisiatif Pelaksanaan Tindakan dan Agensi Pelaksana Utama

    Perancangan Pelaksanaan Penguat- kuasaan Pemantauan

    P1

    Menyediakan kemudahan kitar semula bermula dipunca (at source) sehingga ke tapak pelupusan seperti: Kemudahan tong sampah

    pelbagai mengikut jenis sampah untuk kediaman.

    Kemudahan pengangkutan sisa pepejal yang mengasingkan sisa mengikut kategori.

    PBT, SWASTA

    PBT, SWASTA PBT PBT

    P2

    Menubuhkan satu unit kitar semula di PBT bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan kitar semula seperti penyediaan mekanisma dan dokumen khas untuk amalan-amalan khusus kitar semula. Di antara tugasan utama unit tersebut ialah: Menyediakan kaedah mengira

    jumlah sisa kitar semula mengikut komposisi sisa.

    Mengira jumlah sisa kitar semula mengikut sisa setiap bulan.

    Mempamerkan rekod jumlah kitar semula kepada pihak awam bagi menunjukkan ketegasan PBT dalam amalan kitar semula.

    PBT PBT PBT PBT

  • Dasar-dasar Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

    5-123

    Bersambung

    Inisiatif Pelaksanaan Tindakan dan Agensi Pelaksana Utama

    Perancangan Pelaksanaan Penguat- kuasaan Pemantauan

    P3

    Meningkatkan penglibatan komuniti di dalam pelaksanaan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) melalui pemberian insentif kepada penduduk /individu, persatuan penduduk dan industri kitar semula agar dapat menggalakkan amalan tersebut di kalangan masyarakat.

    PBT, NGO, SWASTA

    PBT, NGO, SWASTA PBT PBT

    P4

    Menjadikan program kitar semula sebagai kempen pendidikan umum. Latihan serta amalan seharusnya dilaksanakan di peringkat sekolah-sekolah rendah dan menengah dan juga di institut tertiari

    PBT, NGO, SWASTA

    PBT, NGO, SWASTA, JPN

    JPN PBT

    P5

    Mengurangkan penjanaan sisa melalui perubahan gaya hidup antaranya ialah: Mengasingkan sisa di punca

    (at source) sebagai teras kepada amalan kitar semula.

    Meluaskan kempen no plastic bag setiap hari dan menggalakkan pengguna membawa beg sendiri.

    Menggalak