(4c). tamadun islam-1

60
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) (TITAS) Pensyarah TITAS Pensyarah TITAS Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia

Upload: nazila

Post on 13-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

TAMADUN ASIA

TRANSCRIPT

  • TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

    Pensyarah TITAS

    Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia

  • TAMADUN ISLAM: Istilah dan Definisi 1. Terdapat 4 istilah:HadharahUmranThaqafahTamaddun

    2. Tamaddun - asal kata dasar Bahasa Arab, MA-DA-NA () yang bermaksud sifat kehidupan yang berada pada tahap yang maju dalam pelbagai lapangan.

  • Istilah di atas adalah merujuk kepada kualiti kehidupan yang bertamadun, iaitu fenomena kehidupan yang maju dalam bidang ilmu dan peradaban kehidupan, atau mobility kehidupan yang mengalami perubahan-perubahan dari cara hidup yang nomad dan tradisional kepada cara hidup yang lebih berkualiti

    4.Istilah popular yang digunakan untuk menjelaskan pengertian Tamadun ialah HADHARAH kerana istilah ini memberikan petunjuk yang jelas, tentang sifat-sifat hidup bertamaddun.

  • Istilah HADHARAH (HADHARI)Pengertian objektif:Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalampelbagai bidang kehidupan seperti bidang ILMU,budaya, seni, falsafah, ekonomi, teknikal, undang-undang dan lain-lain yang mempengaruhi kehidupan dari generasi ke generasi.

    Pengertian subjektif:Menggambarkan suatu perubahan, perkembangan dan peningkatan kehidupan kepada taraf yang lebih tinggi, maju dan makmur.

  • Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN ISLAM: Pandangan dari ILMUAN IBNU KHALDUNTahap kemuncak pembangunan yang bercirikan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat atau pencapaian dalam bidang industri yang meningkatkan kualiti kehidupan.

    SAYYID QUTBTamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam bidang sosial, pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan ilmu pengetahuan yang berasaskan nilai-nilai ajaran Islam.

    S. KHUDA BUKHSYKehidupan yang serba maju (civilized) yang membentuk kehidupan di kawasan perbandaran atau kota-kota.

  • UMAR AUDAH AL-KHATIBTamadun/Hadharah adalah Himpunan pencapaian ilmu pengetahuan, Syariat, peraturan tradisi dan akhlak (moral dan etika) yang telah membina perubahan pemikiran, ekonomi, politik, sosial, kebudayaandan seluruh bidang kehidupan.

    DR. MUHAMMAD AL-BAHIYKeseluruhan penghasilan atau produktiviti kehidupan yang menggambarkan nilai kemajuan dalam keperibadian manusia, dari sudut falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

  • Rumusan Definisi Tamadun Islam: Berasaskan Ajaran Islam

    Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan

    Kehidupan bertamaddun bermula di kawasan kota atau perbandaran

    Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan teknologi

    Menikmati / mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian dan kebendaan berasaskan Iman, Syariat dan Akhlak

  • TAMADDUN ISLAM: PERSPEKTIF dan PANDANGAN SEMESTA Perspektif Tamaddun Islam: Kenyataan bukti-bukti dan rekod sumbangan, kejayaan dan pencapaian yang berteraskan ajaran Islam yang menggabungkan unsur-unsur asas yang sepadu; meliputi,

    Asas keyakinan ketuhanan, kerasulan dan ketulenan sumber (wahyu)Kemuliaan norma atau nilai diri manusia (kekuatan Ruhaniah)Keutuhan institusi-institusi dalam jaringan kehidupan manusia seperti institusi keluarga, masjid, institusi pendidikan, dan lain-lain

  • Keunggulan ILMU dan kecemerlangan sistem pendidikanKesahihan sistem undang-undang dan sistem nilai dalam kehidupanKeluhuran Nilai Estetika dalam kesenianKegemilangan pencapaian aspek kemajuan kebendaanKeistimewaan dan keutuhan sistem bernegara

  • Identiti Tamadun

    Islam sebagai al-Din, berteraskan kepada asas-asas berikut:

    Sistem kehidupan yang berpusat atau berdasarkan Tawhid, iaitu pengakuan dan pematuhan terhadap kekuasaan ketuhanan ALLAH

    al-Din:Sistem kehidupan atau cara hidup yang bersumberkan WAHYU (Revealation)- iaitu Panduan Kehidupan yang diturunkan atau dibawa oleh Rasulullah (Muhammad) dari ALLAH, yang terkandung di dalam al-Quran dan dijelaskan pula oleh al-Hadith/Sunnah (Amalan/Praktikal dari Rasulullah)Berasaskan kepada sifat Islam sebagai al-Din, iaitu sistem kehidupan yang membentuk, membina keseluruhan cara hidup dalam semua bidang kehidupan

  • Islam sebagai al-Din:Berpaksi kepada sistem Ibadah (hubungan secara langsung antara manusia dengan ALLAH) iaitu, cara penyembahan, ketaatan, kepatuhan dan kesetiaan terhadap seluruh ajaran Islam

    Islam sebagai al-Din, berpusat/berpandu kepada SYARIAT (sistem perundangan, peraturan, hukum dan nilai) yang menjadi panduan untuk membina kehidupan secara menyeluruh

  • Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai, norma, akhlak dan adab, untuk membina manusia mulia-supaya manusia dapat membina dan melindungi kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan kehidupan dalam semua aspek kehidupan

    al-Din membentuk hubungan atau interaksi yang positif, berterusan, supaya jalinan hubungan antara sesama manusia, mewujudkan asas-asas kemuliaan kehidupan

  • EMPAT Aspek Utama Interaksi Dalam Islam: Hubungan Manusia dengan AllahHubungan/tanggungjawab manusia terhadap DIRI SENDIRI (ROH, JASAD dan AKAL)Hubungan sesama manusia (suami/isteri, keluarga, kawan, masyarakat kepimpinan dan lain-lain)Hubungan manusia dengan persekitaran (binatang, tumbuhan, udara,air, tanah dan lain-lain)

  • al-Din adalah sistem kehidupan yang memelihara dan melindungi prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat seperti:

    Prinsip kepercayaanPrinsip kehormatanPrinsip kemuliaanPrinsip keadilanPrinsip kesejahteraanPrinsip kebebasanPrinsip keilmuan

  • Sasaran/matlamat Sistem Hidup Islam (al-Din) adalah bahawa semua manusia sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan setiap manusia mendapat peluang kehidupan berdasarkan keperluan dan keupayaan sendiriSemua manusia wajib menunaikan hak dan tanggungjawab secara maksima, berterusan dan bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan, kemajuan dan kebahagiaan, DUNIA dan AKHIRAT

  • Hubungan Hadith dengan al-Quran Hadith/Sunnah menjelaskan sesuatu perkara dari al-Quran sebagai menyokong atau mengukuhkan perkara yang dibentangkan oleh al-Quran.

    Hadith bertindak sebagai Penghurai atau Penjelas kepada kandungan al-Quran, terutama perkara yang mempunyai maksud, kaedah pelaksanaan yang difahami atau dilaksanakan oleh Rasulullah.

  • Hadith/Sunnah menunjukkan cara-cara melaksanakan sesuatu perintah/arahan dari al-Quran secara terperinci.

    Hadith/Sunnah bertindak sebagai Penggubal/ Pembentuk peraturan-peraturan dan undang-undang yang hanya dijelaskan oleh al-Quran secara teori, secara prinsip sahaja. Masalah kemanusiaan semakin berkembang dan hadith, sentiasa menjelaskan isu/perkara baru, berdasarkan petunjuk dari al-Quran.

  • MATLAMAT TAMADDUN ISLAM Mengukuhkan sistem hubungan manusia dengan ALLAH (Tuhan) Pencipta, Pemilik dan Penguasa ke atas manusia dan Alam

    Memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia:Kesempurnaan keyakinan Aqidah ketuhananKesejahteraan nyawa dan tubuh badanKesejahteraan Fakulti AkalKemuliaan kelahiran zuriat atau insanKesucian milikan kebendaan

  • Mewujudkan sistem kehidupan yang lengkap, sempurna dan universal

    Menyediakan sistem kawalan dan perlindungan terhadap kesejahteraan manusia dan Alam

  • Menyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral dan etika) yang mulia untuk pembinaan sumber manusia yang berkualiti

    Membina jaringan kemanusiaan yang adil dan saksama tanpa membezakan unsur-unsur perbezaan kejadian, budaya, kepercayaan dan status ekonomi

  • Menyediakan pelbagai dasar, undang-undang dan kaedah untuk membolehkan manusia mencipta kejayaan, kemajuan dan kebahagiaan secara sepadu demi kesejahteraan kehidupan dunia dan kedamaian akhirat

    Menyediakan standard atau tanda aras (benchmarking) kehidupan dalam semua bidang.

  • TERAS PEMBINAAN TAMADDUN ISLAM TERAS TAMADDUN ISLAMAQIDAH(Tauhid/Keimanan) Sumber WAHYU(al-Quran/Sunnah)SyariatIlmuIBADAHPengabdianPenyembahan SumberKebendaanAKHLAKSYARIATNilai Susila Diri SumberManusia

  • Tamaddun Islam: Pembentuk-pembentuk Asas ManusiaWahyu AqidahTauhid(ALLAH) IlmuDikuasai dan dipengaruhi oleh TAUHIDSumber AlamTeknologi

  • Pandangan Semesta Islam(Islamic World View)

    Antaranya:

    Tauhid: Intisari dan Paksi TamadunPenegasan dan pengisytiharan bahawa Tuhan yang sebenar ialah ALLAH. Pencipta, Pemilik dan Penguasa yang MUTLAK

    Identiti Tamadun Islam adalah berasaskan Tauhid yang menyatukan semua unsur ajaran Islam dalam satu kesatuan dan kekuatan. Tuhan ALLAH sebagai punca segala kejadian dan segala kekuatan

    Sistem kehidupan Islam yang membentuk peradaban/ Tamadun Islam, diasaskan kepada pegangan dasar dari ajaran Islam

  • TAUHID: ASAS KEKUATAN TAMADDUN ISLAM** TAUHIDALLAH PemilikPenciptaPenguasa SegalaMakhluk Penggubal SyariatMANUSIAPenilaiPengadilPemberiPengaturTAMADDUN Manusia dan Alam; Tunduk kepada ALLAH yang MAHA Agung

  • Tauhid sebagai Identiti dan Intisari Tamaddun Islam mempunyai unsur-unsur Asas:Kesatuan

    Tauhid menjadi faktor central (pusat) yang menghubungkan pelbagai unsur kehidupan kepada satu struktur sistem yang bersatu. Manusia, budaya, bahasa, kepercayaan, semuanya bersatu membentuk satu kesatuan melalui prinsip Tuhan yang Esa dan Mutlak iaitu ALLAH. Alam bukan manusia juga tunduk kepada Hukum dan peraturan yang berasaskan Tauhid.

  • Rasionalisme

    Kuasa mutlak Allah ke atas semua kejadian adalah suatu yang rasional.

    Kewujudan Allah boleh dibuktikan melalui kajian tanda kebesaranNya.

    Kuasa Allah, bersifat Mutlak, melakukan dan menciptakan sesuatu tanpa proses atau bahan.

    Kemutlakan Allah dalam Tauhid, menyebabkan Islam ciptaan Allah mengandungi ajaran yang sempurna melambangkan kesempurnaan ZatNya.

  • Toleransi

    Konsep Toleransi dalam Tauhid, bererti Allah yang Mutlak, menyediakan asas-asas pemahaman manusia untuk membina kehidupan yang sejahtera.

    ALLAH menurunkan KITAB, mengutuskan Nabi dan Rasul, untuk memandu manusia membina kehidupan. Tuhan tidak membiarkan manusia meneroka dan membina peradaban, dalam keadaan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada manusia.

  • Pandangan Semesta Islam tentang Alam.Alam dari perspektif Islam:

    Tanda/Bukti Kebesaran TuhanAlam sebagai sumber/punca ilmuAlam sebagai Pembekal kepada keperluan-keperluan manusiaAlam mempunyai sistem dan tindak balas tersendiriAlam sebagai Daerah Operasi dan Bahan Operasi Kehidupan Manusia

  • ALAM: Perspektif Islam ALAMTanda BuktiKebesaran AllahFaktorKeseimbanganPunca/Sumber ILMU Pembekal Keperluan ManusiaBergerak Dalam Sistem dan Tindak Balas Sendiri Daerah Operasi Manusia

  • Worldview Pandangan Hidup Islam1.Kehidupan berpaksi kepada Tauhid, iaitu mengiktiraf bahawa Tuhan Yang Esa ialah ALLAH yang berkuasa mencipta dan menentukan segalanya. Dialah Zat yang abadi dan Yang Maha Tinggi

    2.Manusia-Status pertamanya ialah ABD iaitu HAMBA ALLAH. Ia tunduk menyembah dan menyerah kepada ALLAHStatus keduanya ialah KHALIFAH yang bermaksud wakil, yang menerima amanah ALLAH. Untuk mengurus dan membangunkan kehidupan manusia dan alam semesta

    3.Manusia mestilah mempunyai ikatan kesetiaan dengan ALLAH dan kemesraan hubungan sesama manusia dan makhluk

  • Sumber pegangan kehidupan ialah wahyu yang terkandung di dalam al-Quran. Al-Quran adalah sumber kebenaran dan sumber ilmu yang membentuk kehidupan manusia.Sumber kedua ialah Hadith atau Sunnah iaitu segala sesuatu yang bersumberkan daripada perkataan, perbuatan, pengakuan atau pengiktirafan dari Rasulullah

    Kehidupan mempunyai kaitan yang kukuh dengan kematian. Kebahagiaan selepas kematian bergantung kepada jumlah kebaikan yang bernilai PAHALA yang mendapat ganjaran SYURGA.Kehinaan, kesengsaraan adalah akibat dari perbuatan jahat atau HINA yang bernilai DOSA yang mengakibatkan dibalas AZAB NERAKA. Pegangan ini menjadi asas keyakinan konsep peranan

  • Manusia semasa hidup, secara umum ialah mengajak kepada KEBAIKAN dan mencegah daripada KEJAHATAN

    Ilmu mesti disepadukan dengan IMAN atau TAUHID, untuk membentuk kesepaduan, kekuatan dan kemandirian INSAN

    Manusia mestilah membentuk hubungan yang kukuh dengan ALLAH melalui IBADAT dan mestilah membentuk hubungan mulia dan mesra sesama MANUSIA serta bersifat melindungi, dan memelihara makhluk dan alam semesta

    Ukuran mulia/hina manusia, bukanlah diukur dari jenis bangsa, rupa, miskin-kaya, atasan-bawahan, kasta, tetapi kemuliaan ditentukan oleh DARJAH KETAQWAAN, KEPATUHAN dan KEBAIKAN yang dilakukanoleh manusia secara IKHLAS

  • Kehidupan merupakan satu AMANAH dan TANGGUNGJAWAB. Manusia mestilah menunaikan AMANAH dengan melaksanakan segala tanggungjawab sebaiknya

    Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada KEMULIAAN MANUSIA dari segi ILMU, IMAN dan ADAB SUSILA

    Kekayaan alam merupakan ANUGERAH yang mesti dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA, secara HALAL dan MULIA

    Manusia mestilah bertanggungjawab terhadap kehidupannya. Seluruh kehidupan manusia dalam PENGLIHATAN, PENGETAHUAN dan PENDENGARAN ALLAH. Di akhirat akan diadili dengan TELITI dan ADIL sehingga sehalusnya

  • CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN ISLAM Rabbaniyah (Bersumberkan Ketuhanan)Tamaddun Islam diasaskan kepada intisari Tauhid. Keagungan Allah menjadi PUSAT kepada seluruh kegiatan kehidupan dan menjadi matlamat dalam membina peradaban manusia.

    Semua aspek peradaban Islam bertolak, merujuk dan menjadi manifestasi kepada Tamaddun Islam.

    Aqidah Tauhid menjadi sebati, sepadu dan selari dengan seluruh sistem kehidupan. Tauhid, tidak boleh berpisah atau dipisahkan dari kehidupan.

  • Akhlak Mulia (Nilai susila yang murni)Ciri akhlak mempunyai pengaruh yang unggul dalam pembinaan peradaban Islam.

    Unsur-unsur jahat atau hina ditolak oleh Islam. Islam membebaskan manusia dari semua unsur zalim, ganas, kotor, lucah dan lain-lain.Nilai akhlak mulia dihubungkan dengan matlamat dan kaedah dalam kehidupan.

    Ciri akhlak mulia menjadi dasar penting ajaran Islam.

  • Insaniah: Ciri Nilai KemanusiaanManusia sebagai makhluk mulia dan istimewa. Asas kesejahteraan komunikasi dan interaksi sesama manusia ialah kehormatan dan kemuliaan insan, tanpa merujuk kepada bangsa, bahasa, budaya, status dan lain-lain.

    Premis kemanusiaan tetap sama selama-lamanya. Hidup dalam jaringan kasih sayang, tolong bantu, hormat menghormati dengan memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia secara menyeluruh.

  • Alamiyah (Bersifat Universal/Antarabangsa)Prinsip, dasar, polisi, nilai, undang-undang yang terdapat dalam ajaran Islam ditujukan kepada semua manusia, untuk membina kesejahteraan semua.

    Ajaran Islam boleh memenuhi citarasa semua manusia, tanpa merujuk kepada kumpulan umat tertentu.

    Undang-undang/Hukum/Nilai Islam menepati Fitrah atau Nature manusia dan keperluannya, bukan khusus untuk bangsa dan kepercayaan tertentu.

  • Tasamuh (Saling Menghormati/ Keterbukaan)Kepelbagaian manusia dari sudut bangsa, bahasa dan budaya, bukan menjadi faktor krisis dan konflik kemanusiaan.

    Perbezaan dalam kepelbagaian memaknakan:Tanda kebesaran TuhanIdentiti dan Jatidiri kaum tersendiriSumber kekayaan budaya dan bahasa

    Teras interaksi ialah prinsip menghormati, memaafkan, memahami antara sesama manusia dengan saling memenuhi keperluan hidup secara mulia dan bersama.

  • Wasatiyah (Pertengahan/Kesederhanaan) Islam menampilkan set ajaran yang tidak rigid dan tidak menekan. Aspek amalan mempunyai banyak pilihan, sesuai dengan sebab-sebab tertentu.

    Ajaran Islam membentuk gabungan antara wahyu dan akal, memberikan kemudahan dalam amalan. Wahyu menjadi panduan, sementara intelek (akal manusia) boleh memilih untuk mengambil sesuatu yang terbaik, sesuai dengan keupayaan dan kondisi-kondisi semasa.

  • Takamul (Lengkap Melengkapi)Kepelbagaian dalam bidang dan bentuk kehidupan. Menyumbang kepada ciri kesatuan dan perpaduan yang harmonis iaitu saling lengkap melengkapi bagi memenuhi keperluan hidup yang menyeluruh.

    Contoh:LelakiWanitaMalamSiangIlmu FarmasiIlmu PerubatanAqidah SyariatMiskinKayaMudaTua

  • Tanawwu (Kepelbagaian/Beraneka Ragam)Kepelbagaian menjadi ciri istimewa peradaban Islam. Ciri ini meliputi:Kepelbagaian Disiplin IlmuAqidahSyariatAkhlakAliran/Pemikiran/Falsafah

  • Kepelbagaian Isi kandungan/Bidang HidupKebendaanKerohanianKesusasteraanKesenian

    Kepelbagaian BentukBahasaRupaBangsaResam/Budaya

  • Adalah: Keadilan/KesaksamaanCiri ini menjadi dasar utama pengurusan dan pentadbiran sistem hidup yang mulia.

    Kedaulatan dan keluhuran undang-undang meletakkan manusia sebagai sama, tanpa diskriminasi.

  • Salam (Keamanan/Kedamaian)Ciri ini menjadi matlamat utama manusia secara global yang sangat dipelihara oleh Islam.

    Manusia dipandu dan dikawal oleh Hidayah dan Syariat untuk menikmati keamanan dalam skop yang luas: Keamanan jiwa, pemikiran, karya, rumahtangga, harta benda dan negara.

  • Jamalah (Keindahan/Kehalusan)Ciri ini merupakan jiwa kepada peradaban Islam. Alam yang indah adalah manifestasi kepada keindahan Pencipta (Allah).

    Ajaran Islam menekankan unsur ini dalam semua aspek kehidupan. Keindahan diasaskan kepada keyakinan, bahawa keindahan menjadi faktor yang menenangkan jiwa dan mempengaruhi kesejahteraan hidup.

  • PRINSIP ILMU DALAM TAMADUN ISLAM

    Disediakan oleh:

    ABU RAMADHANHj. Ellias bin Hj. ZakariaPensyarah Pusat Pengajian Ilmu KemanusiaanUniversiti Sains Malaysia

  • PRINSIP ILMU DALAM TAMADUN ISLAM & PEMBANGUNAN MASYARAKATILMU sebagai sumber pembinaan Tamadun Islam

    1.1 : Konsep dan falsafah ILMU

    Konsep IlmuIlmu ialah sesuatu sifat atau nilai kebenaran yang membolehkan manusia mengenal dan mengetahui sesuatu secara pasti dan yakin.

    Falsafah IlmuFalsafah ilmu ialah jalan mencapai kebenaran. Ilmu juga adalah jalan kehidupan, cahaya kemuliaan yang bertindak meningkatkan darjat pengetahuan dan kebijaksanaan manusia. Ilmu merupakan asas utama yang menghuraikan setiap sesuatu daripada definasi, cara / kaedah, peraturan / undang-undang hinggalah kepada matlamat sesuatu secara pasti dan yakin.

  • Sumber Ilmu dalam IslamPemilik dan Pencipta Ilmu ialah Allah secara mutlak. Ilmu dilimpahkan Allah dalam semua ciptaanNya termasuklah pada diri manusia atau luar diri manusia. Allah merupakan zat yang MAHA Berilmu dan semua ciptaan Nya menjadi sumber ilmu sebenar.

    Dalam kehidupan : ilmu boleh diterokai melalui dua sumber utama iaitu:

    Sumber Primer utama: Wahyu. Wahyu Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Sumber ini bersifat MATLU atau NAQLI, iaitu ilmu yang diperolehi dengan membaca, memahami dan mengkaji ayat-ayat al-Quran yang dipenuhi oleh ilmu pengetahuan.

    Sumber Am : Alam sebagai Sumber Ilmu. Sumber Ilmu yang diperoleh secara mempelajari dan meneroka seluruh rahsia kejadian Alam, bermula dari kejadian diri manusia dan segala ciptaan Tuhan. Sumber ini disebut AQLI dan LOGIK atau saintifik.

    iii)Kombinasi dua sumber di atas membentuk ILMU yang boleh meningkat darjat keilmuan dan darjat kemuliaan manusia di samping mengukuhkan keyakinan terhadap kebesaran kekayaan dan keagungan Allah.

  • Klasifikasi IlmuMenurut Dr. Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:

    Berasaskan konsep Rabbaniah (ketuhanan). Ilmu ini merupakan TERAS kepada segala ilmu. Bidang-bidangnya Akidah (keimanan) dan ibadah. Ilmu ini membentuk kepercayaan, keyakinan, kepatuhan dan ketaatan manusia kepada Allah.

    Berasaskan konsep kemuliaan dan kehormatan manusia. Ilmu ini menghuraikan falsafah kejadian manusia, nilai-nilai yang memuliakan manusia, atau sifat-sifat yang menjatuhkan kemuliaan dan kehormatan manusia. Ilmu disebut ILMU al-AKHLAQ. Ilmu ini bermatlamat membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul sebagai asas utama pembangunan modal insan.

  • Berasaskan konsep Amalan / Pelaksanaan Kehidupan.Ilmu ini membina kemudahan kehidupan dan memenuhi keperluan kehidupan. Ilmu ini menjelaskan kaedah atau cara, peraturan / undang-undang, perhubungan sesama manusia dalam semua aspek kehidupan. Ilmu ini disebut sebagai ilmu syariat dan ilmu muamalat, ilmu minakahat dan ilmu masyarakat.

  • Berasaskan konsep Sains dan Teknologi (Kemahiran)Ilmu ini diterokai oleh akal manusia. Ia bersumberkan kekuatan intektual pada manusia. Ilmu ini berkembang selari dengan perkembangan penerokaan ilmu melalui R&D&I. penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

    Sumber bagi perkembangan ilmu ini terdapat dalam seluruh kejadian Alam. Manusia dikehendaki meneroka, mengkaji, menganalisi hingga dapat mencipta sesuatu yang boleh memudahkan kehidupan manusia dan boleh memenuhi keperluan manusia. Ilmu ini dikenali sebagai sains dan teknologi.

  • HIRARKI ILMUKEJAYAAN

    Integrasi ilmu-ilmu di atas membentuk pemahaman dan amalan kehidupan yang bersepadu di terima oleh Islam. Ilmu-ilmu yang memisahkan ketuhanan atau keimanan dan ibadat kepada Allah, dianggap ilmu sekular (secular knowledge).

    Kesepaduan antara ilmu ini menjadi asas kepada manusia untuk mencapai al-FALAH iaitu KEJAYAAN di dunia dalam semua bidang dan kebahagiaan akhirat.ILMU TAUHID, KEIMANAN

    ILMU SAINS & TEKNOLOGI

    ILMU SYARIATMuamalat,MunakahatJinayatDaulahILMU IBADAHILMU AKHLAKILMU IBADAHILMU AKHLAK

  • Ciri-ciri utama ILMU dalam Islam:**

    Ketuhanan (Rabbani)

    Kebenaran (Al-Haq Truth)

    Cahaya (Nur The Light)

    Jalan(Sirat The Way)

  • Adil(Al-Adlu Just)

    Kemuliaan(Karamah)

    Petunjuk(Huda Guidance)

    Senjata(Silah Weapon)

  • Sifat Fungsi Ilmu**

    Menemu

    Menjelas

    Membeza

    Menunjuk

    Memudah

    Memimpin

  • Membetul

    Merekacipta

    Mempasti

    Menapis

    Meyakin

    Mengukuhkan

  • Pencapaian Bersepadu antara ILMU TERAS dengan Sains & Teknologi dalam Tamadun Islam

    Faktor yang merancak dan mempercepatkan pembangunan Tamadun Islam di Semenanjung Arab hingga 2/3 dunia disebabkan oleh pencapaian ilmu pengetahuan yang hebat dan menyeluruh

  • Sikap pemimpin-pemimpin Islam sejak zaman Rasulullah hinggalah ke zaman kejatuhan Baghdad pada tahun 1258M ialah sangat aktif dan proaktif kepada mempelopori perkembangan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang secara bersepadu. Kesannya dunia Islam mencapai kejayaan yang gemilang dalam semua bidang kehidupan. Ia meninggalkan impak besar terhadap perkembangan dan permodenan kehidupan kepada dunia Islam, Eropah dan Timur Jauh.