49566238 melaksanakan-aktiviti-prabacaan
TRANSCRIPT
MELAKSANAKAN AKTIVITI PRABACAAN
MELAKSANAKAN AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA
Nur Khairunnisa Husna Bt. KamaruzzamanNur Zitra Hanim Bt. PangatNurul Atiqah Bt. ShakorNurul Asma Bt. IbrahimFatin Yasmin Bt. RamliNabilah Bt. YusofNorazimah Bt. Allawaddin
PRABACAAN
1) Kesediaan murid untuk membaca.
2) Kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi
menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas.
3) Murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.
4) Meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, dan
merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara
khusus dan berterusan.
5) Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :-
i) Pengamatan penglihatan
ii) Pengamatan pendengaran
iii) Pergerakan tangan dan mata
Aktiviti:
Jom membina origami katak:
Murid menggunakan kertas bagi membentuk origami.
Kertas tersebut dilipat mengikut aturan-aturan tertentu
berdasarkan arahan dan bimbingan guru.
Setelah selesai melipat kertas tersebut sehingga
aturan terakhir, kertas tersebut membentuk origami
katak yang menarik untuk pembelajaran kanak-kanak.
Aktiviti Pergerakan Mata dan Tangan
Cara-cara membuat origami katak
Keistimewaan
• Melatih pergerakan tangan murid
terhadap apa yang dilihat.
• Melatih motor halus murid bagi
penyediaan aktiviti menulis.