47514524-teori-pemerolehan-bahasa

Upload: rakhazam-saiiya

Post on 17-Jul-2015

432 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori mengandungi suatu gambaran tentang hubungan sebab akibat antara variabel. Dalam sesuatu teori, terkandung keunggulan yang dapat menjelaskan sesuatu gejala dan juga mempunyai kekuatan untuk meramalkan sesuatu gejala (Best, john W. 1982 : 21). Teori ialah suatu tindakan intelektual bagi menjelaskan hakikat yang berkait rapat dengan panorama yang kompleks, konkrit atau abstrak berdasarkan pemerhatian yang rapi dan teliti. Teori juga mengandungi fakta yang saling berhubung kait bagi menjelaskan sesuatu hal atau sebab. Tegasnya, sesuatu teori akan menjelaskan sesuatu aspek tertentu , sama ada memperkatakan mengapa, bagaimana atau apa (Marzukhi Nyak Abdullah, 1993 : 840). Dalam soal kajian bahasa, terdapat banyak teori linguistik yang menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendapat yang berbeza-beza dalam kalangan para sarjana linguistik tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa telah menyebabkan wujudnya pelbagai teori bahasa. Daripada teori yang pelbagai itu, terdapat dua sahaja teori yang dianggap penting berhubung dengan masalah ini yang ditimbulkan oleh ahli-ahli empiris dan ahli-ahli rasionalis. Golongan pertama yang mewakili Aliran Behavioris mendokong Teori Mekanis sementara golongan kedua yang mewakili Aliran Kognitif pula mendokong Teori Mentalis.

TEORI MEKANIS/ BEHAVIORIS (SKINNER) Teori ini berpendapat bahawa bahasa ialah proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan antara sebab dan kesan. Ia menganggap bahasa sebagai hasil gabungan rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada naluri manusia. Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan tindak balas terhadap rangsangan itu dianggap sebagai tindak balas. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi mental. Teori ini juga memberi penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik. Segala penghasilan bunyi atau sebutan sesuatu kata

harus dilakukan secara tepat terutamanya dari aspek fonologi, struktur intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain. Untuk memperolehi kemahiran bahasa, latihan dan latih-tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dilihat sebgai satu kebiasaan. Ini bermakana bahasa perlu dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa ialah satu proses mekanis yang tidak melibatkan pemikiran atau daya mental. Teori ini berasaskan cara pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak. Kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menuturkan ayat-ayat yang lengkap. Alan Healey (1975: 285), berpendapat bahawa latihan pengulangan secara mekanis adalah sangat penting untuk pengurusan bahasa dan akan menarik minat pelajar jika guru merancang pelajarannya dengan teliti. Teori ini juga beranggapan bahawa bahasa adalah tingkah laku manusia yang lahir sebgai gerak balas terhadap rangsangan. Manusia akan bertindak terhadap sesuatu sekiranya terdapat rangsangan dari dalam diri atau persekitarannya. Teori ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan kerana bagi mereka, bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Skinner menerusi teori behaviorisme berpandapat bahawa bahasa hanya dapt dikuasai melalui operasi rangsangan dan tindak balas yang merupakan proses naluriah semata-mata, dan bukan proses mental atau kognitif. Ini bermakna beliau lebih mengutamakan

rangsangan tindak balas serta mengenepikan fungsi mental atau otak kerana menurutnya, hubungan mental tidak dapat diamati. Bloomfield pula berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain. Sekiranya tingkah laku manusia yang lain itu berpunca daripada adanya rangsangan, maka bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap rangsangan itu. Justeru, beliau berpendapat bahawa perkara yang perlu dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan itu lahir daripada

mulut seseorang hingga ucapan itu diterima serta difahami oleh pendengar. Menurutnya, bahasa juga adalah semata-mata sistem bentuk, bukan sebagai himpunan makna yang menjadi simbol pemikiran (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, 1985 : 18). Golongan behavioris berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dan ia dapat dilakukan dengan memberi ganjaran kepada seseorang pelajar apabila mereka memberikan gerak balas yang betul. Sekiranya kanak-kanak diberi pengukuhan seperti pujian, keistimewaan pengiktirafan atau sebagainya, ia akan dapat membentuk tindak balas yang dikehendaki. Ganjaran buka sahaja bertujuan untuk menggalakkan pelajar memberikan gerak balas yang betul, tetapi ia juga penting untuk mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan dapat diwujudkan, proses pembelajaran akan berlaku. Golongan behavioris cenderung kepada huraian bahasa secara deskriptif atau stuktural. Huraian bahasa secara deskriptif ini dipelopori oleh Leonard Bloomfield. Aliran ini mengkaji bahasa secara saintifik dan empirical, iaitu dengan mengkaji bahasa lisan yang merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur. Justeru, perkara yang penting utnuk dihuraikan ialah apa yang dituturkan, bukan apa yang dituliskan. Ia menghindari faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa dan tidak berpegang kepada peraturan-peraturan bahasa yang bersifat normatif. Kesimpulannya, teori ini menganggap bahasa sebagai satu set kebiasaan yang diserapkan dalam sistem saraf penutur bahasa ibunda. Aktiviti berbahasa adalah sama seperti aktiviti lain dan aktivit ini dikuasai oleh kanak-kanak melalui hubungan rangsangan dan gerak balas. Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar, kemudian diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan. Secara ringkasnya, kami dapat merumuskan teori mekanis ini seperti berikut; a. Bahasa dikuasai memalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu kebiasaan atau tabiat.

b. Bahasa dikuasai sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis yang lain kerana bahasa dianggap sebagai satu tingkah laku manusia. c. Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabila adanya rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan amat dipentingkan. d. Bahasa ialah satu sistem bentuk yang berupa unsure-unsur bunyi yang dituturkan dan bukan sebagai satu himpunan makna yang memerlukan operasi mental. e. Kebiasaan berbahasa dapt diperoleh melalui latih-tubi dan diikuti dengan pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran pula dapat mewujudkan pengulangan dan menggalakkan pelajar member gerak balas yang betul. f. Bahasa dihuraikan secara diskriptif atau struktural. Ia dihuraikan mengikut peeringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi, morfologi dan sintaksis.

TEORI KOD-KOGNITIF (PIAGET) Teori Pembelajaran Kod-kognitif dipelopori oleh mazhab kognitif atau mentalis yang amat berbeza dengan teori pembelajaran behavioris. Pendokong teori ini terdiri daripada Wolfgang Kohler (1887-1967), Kurt Kaffka (1886-1941), George A. Miller (1909) Jean Piaget, David Ausubel, Jerome S. Bruner, dan E. H. Lenneberg, yang kesemua mereka merupakan ahli-ahli psikologi kognitif. Istilah kognitif ini mula diperkatakan oleh Jean Piaget pada awal tahun 1960-an dengan teori-teori psikologi perkembangannya. Teori yang dibicarakannya itu telah meluaskan lagi dunia penemuan tentang proses perkembangan kognitif yang dianggap bersifat universal. Teori kod-kognitif menekankan peranan otak atau fikiran dalam proses pembelajaran. Ahli-ahli ini menekankan bahawa kanak-kanak sejak dilahirkan telah dibekalkan dengan dengan satu alat dalam otak mereka memahami bahasa yang didengarnya dengan mudah. Oleh itu, teori ini memandang pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan yang

mementingkan latihan dan pengulangan. Segala perubahan tingkah laku atau disebut sebagai pembelajaran itu adalah hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri manusia itu sendiri. Sebagai pendokong utama teori ini, Jean Piaget berpendapat bahawa perkembanagan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat. Beliau telah

mengemukakan empat peringkat perkembanagn kognitif iaitu peringkat deria motor, peringkat olahan, peringkat olahan konkrit, dan peringkat olahan formal. Menurut beliau, semua kanak-kanak normal mesti melalui zaman ini secara berperingkat-peringkat menurut susunan tersebut. Namun demikian, terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang cerdas dengan kanak-kanak yang lembab otaknya dalam mencapai zaman operasi formal. Ini kerana terdapat empat faktor yang membantu atau membantut perkembangan kognitif individu, iaitu pematangan, pengalaman, interaksi sosial, dan perimbangan antara ketiga-tiga faktor tersebut. Peringkat deria motor kanak-kanak bermula sejak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini, kanka-kanak belum mampu menggunakan otaknya. Mereka belum menguasai lambing bahasa untuk member nilai kepada sesuatu benda. Kanakkanak menggnakan deria motornya untuk berinteraksi dan mengetahui alam sekelilingnya. Pada peringkat akhir deria motor, kanak-kanak sudah mempunyai sedikit sebanyak keupayaan untuk berbahasa dan mereka sentiasa berinteraksi dengan persekitarannya. Melalui interaksi tersebut, mereka menjadi lebih bebas dan lebih berupaya untuk mempertingkat keupayaan berbahasa mereka. Peringkat olahan bermula pada usia dua hingga enam tahun. Pada peringkat ini, mereka sudah boelh menguasai bahasa dan konsep dengan cepat. Mereka menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan persekitarannya. Apabila mencapi umur empat tahun, mereka sudah boleh bertutur dengan fasih. Dengan kebolehan berbahasa ini, mereka tidak lagi menggunakan deria motor sematamata, malah pengalaman baharunya dilambangkan melalui bahasa. Pada peringkat ini, mereka bukan sahaja menggunakan bahasa untuk bercakap bersendirian, tetapi juga untuk berbincang, bercerita dan berkomunikasi dengan orang lain di persekitarannya.

Peringkat olahan konkrit bermula pada umur enam hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menggunakan pemikiran logik, menguasai konsep pengekalan, mengkelaskan benda-benda mengikut saiz atau warna, dan memahami konsep pembalikan. Perkembangan mental dan penguasaan

perbendaharaan kata mereka semakin bertambah. Mereka mula membaca, menulis dan mengira serta sangat suka bercakap atau bertutur. Mereka mula menggunakan bahasa secara aktif untuk berkomunikasi dalam bentuk koperatif. Perkembangan kognitif mereka sudah agak maju tetapi mereka masih memerlukan objek-objek dan peristiwa-peristiwa konkrirt dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga sudah dapt menerima pendapat orang lain melalui penggunaan bahasa yang lebih luas. Peringkat terakhir ialah peringkat olahan formal yang bermula pada usia 12 tahun ke atas. Pada peringkat ini, perkembangan kognitif kanak-kanak mula mencapai kemuncaknya. Mereka dapat memahami banyak perkara dan memyelesaikan masalah secara logik dan abstrak. Mereka juga dapat menyelesaikan masalah-masalah verbal yang kompleks dan menguji perasaan dan pemikiran.

TEORI MENTALIS (CHOMSKY) Konsep bahasa menurut Teori Mentalis atau dengan nama lainnya Teori Rasionalis berpendapat bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses di dalam otak. Ini bermaksud, teori ini menganggap bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia. Manusia semula jadi dilahirkan dengan Alat Penguasaan Bahasa (Language Acquisition Device) yang membolehkan mereka menguasai bahasa.Golongan ini berpendapat jika seseorang kanak-kanak diberi pendedahan kepada sesuatu bahasa, mereka boleh untuk merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh dengan menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka. Terdapat satu jangka masa kritikal iaitu masa subur untuk bahasa merea berkembang dan mereka mudah untuk memperoleh sesuatu bahasa secara aktif pada waktu tersebut. Berdasarkan teori tersebut, dapatlah kami rumuskan bahawa setiap manusia sebenarnya semula jadi mempunyai penguasaan bahasa di dalam mindanya.Bahasa tersebut telah sedia ada di dalam minda kita sejak dilahirkan lagi.Cuma bahasa tersebut tidak dapat digunakan sepenuhnya hinggalah tiba waktu matang bahasa tersebut berkembang. Teori ini dapat dikukuhkan lagi dengan sokongan seorang tokoh bernama Lenneberg (1967).Menurut beliau, kebolehan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak adalah berdasarkan jadual secara biologis.Tambahan beliau lagi, perkembangan bahasa mereka adalah mengikut jadual dan bukan datang daripada rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna, kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu masih boleh bertutur pada peringkat umur yang sama dengan kanak-kanak lain sekiranya mereka terdedah kepada lingkungan atau suasana berbahasa. Mereka belajar bahasa secara tidak formal kerana perkembangan bahasanya seiring dengan perkembangan mentalnya.Kanak-kanak boleh membuat peaturan bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu, iaitu bermula daripada brsuara sehingga boleh

mencipta ayat-ayat yang lengkap. Perkembangan bahasa ini berpanjangan sehingga mereka berumur empat hingga lima tahun. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak mendapat kebolehan memahami lebih dahulu daripada kebolehan bertutur. Ini bermakna mereka boleh memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur. Ini bermakna mereka boleh memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur. Contohnya, mereka dapat memahami bunyi pertuturan yang berbeza atau arahanarahan mudah yang ditunjukkan kepada mereka, seperti duduk, jangan, mari, berdiri atau tepuk tangan. Ini menunjukkan bahaw kanak-kanak dapat mengenali pola-pola pertuturan. Manusia menggunakan fikiran dalam pembelajaran supaya dapat memhami dan mengenali sesuatu perkara.Oleh itu, kami dapati teori ini tidak sependapat dengan teori mekanis yang menolak penggunaan fikiran dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Teori mentalis ini berpendapat bahawa binatang juga menggunakan pola fikirannya dalam menyelesaikan masalah. Lenneberg juga berpendapat bahaw pada peringkat umur tersebut, kanak-kanak tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi makna khusus kerana pada peringkat ini mereka menyebut yang umum dahulu kemudian yang khusus. Contohnya kanak memanggil semua perempuan yang sebaya dengan ibunya mak kerana mereka masih tidak dapat membezakan antara makcik, maksu, nenek dan kakak. Proses ini akan berterusan sehingga keupayaan berbahasa mereka menjadi sempurna seiring dengan kematangannya. Ini kerana embelajaran bahas berkait rapat dengan proses mental dan bukan mekanikal semata-mata. Kebolehan berbahasa sudah terancang dalam diri kanak-kanak yang menyebabkn mereka memperoleh bahasa secara natural. Golongan mentalis mengatakan bahawa manusia secara semula jadi telah dikurniai competence dan performance, iaitu kebolehan untuk membuat rumus-rumus tentang bahasa dalam pemikirannya dan aspek penggunaan terhadap apa yang diketahuinya tentang bahasa itu. Kedua-dua perkara tersebut sangat penting kerana competence berfungsi untuk menghasilkan ayat alam bentuk performance.Oleh itu

golongan ini menekankan hubungan yang erat antara bahasa dengan pemikiran. Dengan kata lain, penguasaan bahasa melibatkan proses mental, iaitu apabila seseorang mahu menggunakan bahasa, ia akan menggunakan fikirannya supaya ayat yang dihasilkannya gramatis dan bermakna. Kesimpulannya, teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh saru proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk rangsangan melalui pancaindera. Peranan kognisi yang ada pada otak manusia membolehkan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang akan digunakan untuk membentuk atau memperturunkan ayat-ayat, dan menginterprestasi ayat-ayat yang didengar atau dibentuknya. Antara ciri-ciri penting yang kami dapati daripada teori mentalis ini adalah, pertama, penguasaan bahasa mempunyai kaitan yang sangat erat dengan kebolehan mental melalui pemikiran untuk membolehkan manusia

menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas. Kedua, manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa kerana manusia sejak lahir telah dibekalkan dengan alat penguasaan bahasa. Alat ini menyebabkan kanakkanak mampu membentuk rumus-rumus bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu. Ketiga, dua perkara penting yang memainkan peranan dalam penguasaan bahasa manusia adalah competence dan performance yang menyebabkan manusia mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahuinya.

TEORI INTERAKSIONALIS (HALLIDAY) Pelopor-pelopor teori pembelajaran interaksionalis adalah terdiri daripada Halliday M.A.K, Bowerman, Schlesinger, Cromer dan Wells.Ahli-ahli bahasa berkenaan epenapat mengatakan bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna dalam mental, tetapi tidak menjamin pentafsiran itu dalam bentuk bahasa.Mereka beranggapan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik.Pendapat ini diperkukuhkan melalui kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi, Skinner (1997) dan Ringler (1978) terhadap pemerolehan bahasa kanak-kanak akibat interaksinya dengan penjaganya. Halliday berpendapat bahawa kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan untuk berinteraksi dalam situasi sosial masyarakat dan persekitaran mereka. Keperluan berinteraksi pada peringkat awal kanak-kanak bertujuan untuk memenuhi keperluan peribadi mereka. Pada peringkat ini, mereka juga menggunakan bahasa untuk tujuan memenuhi fungsi instrumental 1, heurstik2, dan imaginatik.Semua fungsi ini terdapat dalam ujaran3 yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Oleh itu fungsi tersebut dianggap sebagai makna yang terkandung dalam sistem bahasa kanak-kanak, Dalam pertuturan bahasa orang dewasa pula, fungsi instrumental itu dilahirkan melalui unsur-unsur tatabahasa, seperti menggunakan ayat penyata, ayat tanya dan ayat majmuk semasa berinteraksi. Seterusnya Halliday berpendapat, selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa itu, mereka akan menguasai pula fungsi informatif bahasa atau dengan istilahnya fungsi idensional. Fungsi ini wujud dalam ujaran kanak-kanak apabila mereka menyedari bahawa tujuan menyuarakan ujaran bukan semata-mata untuk berinteraksi bagi memenuhi keperluan asas mereka, bahkan tujuan interaksi adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. Apabila wujud fungsi ini dalam ujaran1 2

irama suara (dalam bacaan, nyanyian, percakapan, dan lain-lain). membolehkan atau dapat membantu seseorang mempelajari, mengetahui sesuatu perkara melalui pengalaman sendiri (bukan kaedah pengajaran atau pembelajaran). Dalam kaedah ini pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. 3 1. yang diujarkan, Contoh : Dia tidak dpt mendengar ujaran orang itu dengan jelas. 2. sesuatu yang diucapkan atau disebutkan (mis perkataan), contoh: bunyi-bunyi ini tidak boleh dihubungkan dgn sebarang ujaran.

kanak-kanak, mereka mula menyedari perlu menguasai tatabahasa, iaitu mengetahui undang-undang dan peraturan linguistik bahasa yang mereka gunakan. Contohnya kanak-kanak perlu memberi maklumat, menyatakan perasaan hati, dan bertanya tentang apa-apa maklumat yng mereka terima, Keperluan ini dapat dipenuhi melalui penggunaan ayat yang betul mengikut peraturan tatabahasa supaya dapat difahami oleh orang lain. Halliday juga menyatakan bahawa perbezaan yang ketara antara sistem bahasa kanak-kanak pada peringkat awal dengan sistem bahasa orang dewasa ialah sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi, sementara bahasa orang dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi.Beliau menegaskan bahawa sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh kerana kanak-kanak mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara dalam satu masa.Tambahan beliau lagi, situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.Interaksi bahasa pula penting untuk membantu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa. Kesimpulan yang dapat kami ringkaskan mengenai teori pembelajaran bahasa interaksionalis adalah, pertama, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran bahasa, guru disarankan supaya memberikan banyak latihan untuk membolehkan pelajar menggunakan sistem bahasa yang betul. Guru juga perlu memastikan bahan pengajran yang digunakan dapat menyediakan aktviti yang bermakna untuk membolehkan pelajar menggunakan struktur bahasa yang dielajari dengan cara yang bermakna dan berkesan. Kedua, teori ini juga menganggap penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.Namun sepatutnya makna dan struktur bahasa berjalan serentak untuk membolehkan pelajar berinteraksi dengan menggunakan sistem tatabahasa yang dipelajarinya dengan betul. Aktiviti bahasa yang dirancang dengan teliti dapat membantu pelajar menguasai penggunaan sistem bahasa dan menggunakan bahasa dengan lebih fasih. Ketiga, struktur bahasa dapt dikuasai dengan berkesan jika pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas atau aktiviti yang bermakna, iaitu yang dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Seterusnya, teori ini juga mementingkan komunikasi atau interaksi (lisan). Ini bermakna, pembelajaran bahasa bukan sekadar mempelajari struktur dan peraturan sesuatu

bahasa, tetapi apa yang lebih penting ialah pelajar belajar berinteraksi. Oleh yang demikian, pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa dengan lebih tepat.

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN Menurut Kamus Dewan, perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa, sembuh atau baik semula. Maksud perkataan pulih di sini bukanlah sembuh daripada sakit, tetapi sebenarnya dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan biasanya berkaitan dengan usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Banyak pendapat telah dikemukakan tentang pendidikan pemulihan. Mengikut pendapat-pendapat tersebut, pendidikan pemulihan bertujuan untuk mengatasi masalah kelemahan yang dihadapi oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pemulihan. Koh Bon Boon (1982 : 2), menyatakan bahawa pendidikan pemulihan kalau diteliti secara lebih mendalam adalah lebih terbatas dan khusus sifatnya kerana bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lembap atau lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya berada di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya. Pengajaran pemulihan boleh dieertikan sebagai usaha atau perkhidmatanperkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di piusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, serta dilaksanakan dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Secara keseluruhan, istilah murid-murid pemulihan atau murid-murid lambat membawa erti bahawa murid-murid ini mempunyai pencapaian yang rendah berbanding dengan murid-murid yang lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka. Justeru, mereka mestilah diberi pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid-murid lain tidak akan menjadi terlalu ketara.

PENUTUP

Pelbagai huraian dan pandangan telah diberikan mengenai pendidikan pemulihan dan ini telah memberi penjelasan kepada kita bahawa pendidikan pemulihan merupakan satu aspek yang penting dalam program pendidikan umum. Tanpa pendidikan pemulihan, para pelajar yang gagal tidak akan mendapat peluang kali kedua. Dalam erti kata lain, para pelajar yang gagal akan terus tenggelam. Justeru, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memperkenalkan pendidikan pemulihan wajarlah dihargai kerana ia mampu membantu pelajar yang gagal untuk memperbaiki kelemahan di samping dapat mendorong mereka untuk turut sama mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Pengenalan

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.

Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Beberapa aspek yang akan disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori pemerolehan bahasa, kaedah dan pendekatan pengajaran serta beberapa perkara tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis.

1. Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks)

Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui

proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.

Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

1.1 Kebaikan

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:

a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

1.2 Kelemahan

Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:

a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.

c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky)

Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanakkanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak

akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

2.1 Kebaikan

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

2.2 Kelemahan

a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai

dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

3. Teori Konstruktivis

Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

3.1 Kebaikan

a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham.

b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.

c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas.

3.2 Kelemahan

a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya.

b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.

3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan

Teori

Konstruktivis

menekankan

cara

untuk

mengaitkan

pengajaran

dengan

pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang

dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan

pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.