46...04protune konvensyen tunas niaga 2017 22 graduasi grow 2017 46 projek pkns cassia m e r eal...

52
04 PROTUN e KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA MEREALISASI ASPIRASI USAHAWAN BIL 60 2017

Upload: others

Post on 23-Jun-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

04 PROTUNeKONVENSYEN TUNAS NIAGA2017 22 GRADUASI GROW

2017 46 PROJEK PKNSCASSIA

M E R E A L I S A S I A S P I R A S I U S A H A W A N

BIL602017

Page 2: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

2

Budaya Keusahawanan

Keusahawanan kini menjadi kerjaya pilihan ramai terutamanya di kalangan generasi muda. Banyak faktor menjadi pendorong ke arah keusahawanan terutamanya di zaman digital apabila tanpa modal pun mereka boleh memulakan perniagaan secara dalam talian dengan kaedah dropship. Di samping itu, pendedahan dan penyerapan budaya keusahawanan berlaku semasa murid-murid di bangku sekolah rendah lagi, disusuli program keusahawanan sekolah menengah dan universiti seperti dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak lebih 20 tahun dahulu. Usaha ini selari dengan hasrat kerajaan memperkukuhkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejajar dengan PKS negara-negara maju.

Usahawan yang berjaya memiliki budaya yang amat unik sehingga mereka dijadikan role model ikutan ramai. Jika diperhati serta dikaji, usahawan yang berjaya sama ada dari dalam juga luar negara tentunya mereka memiliki budaya sangat rajin bekerja, sanggup mengorbankan banyak masa, tenaga dan pemikiran demi menyiapkan sesuatu tugasan. Mereka ini berwawasan, berpandangan jauh serta mempunyai hala tuju untuk mencapai objektif dan sasaran perniagaan di samping sentiasa bersikap positif dan bersangka baik. Pada mereka setiap kesulitan dan cabaran ada hikmahnya yang kelak boleh diterjemahkan sebagai peluang perniagaan. Terlalu banyak budaya usahawan yang dijiwai usahawan berjaya. Mereka sememangnya berdisiplin, bijak mengurus masa dan kewangan, berilmu dan sangat kompetitif terutamanya dalam bidang perniagaan. Mereka juga mempunyai jalinan perniagaan yang luas termasuk dengan institusi kewangan, kalangan usahawan serta pihak berkuasa. Berbekalkan amalan budaya begini, menjadikan perniagaan mereka sentiasa berdaya maju dan berdaya tahan.

Bagi usahawan muda, ingatlah tiga tahun pertama perniagaan amatlah mencabar dugaannya. Perhati dan contohi usahawan berjaya, jadikan mereka mentor dan jiwai budaya usahawan yang mereka amalkan, supaya kita turut sama berjiwa, berbudaya keusahawanan dan terus berjaya.

DARI MEJA EDITOREDITORIAL BIL. 60

PENASIHAT:PUAN HJH SITI ZUBAIDAH BINTI ABD. JABAR P. P. TTUAN HAJI SUHAIMI BIN HAJI KASDON

EDITOR:ENCIK MOHD HILMI BIN MUDA

PENOLONG EDITOR:ENCIK AZMI BIN MUSTAPAPUAN SITI FADHLIAH BINTI ABDUL HADI

PENGARANG:PUAN UMI MADIA BINTI MOHD NASOHAHPUAN NUR ROHIMAH BINTI HAMZAHPUAN NUR SABRINA BINTI BUANGPUAN NUR AIN BINTI MOHD FAZALIENCIK MUHAMMAD ZHAFRI BIN A KAMAZARENCIK AZIM BIN AZHARPUAN NOOR AINA BINTI BASIRUNCIK FATEEHA BINTI RAMLIPUAN AINON BINTI KASSIM

PENOLONG PENGARANG:TUAN HAJI MOHD YASSIN BIN OMARENCIK RIZUAN BIN JAMIL @SHAFIIENCIK AMMAR BIN ISHAKPUAN NUR ATIQAH BINTI HAMZAHCIK HANIS ATIKA BINTI CHE AZIZPUAN NUR IZZATI NADIA BINTI MOHAMAD AWI

PENERBIT:BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWANPERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGORTINGKAT 4, PKNS BIZPOINT,JALAN PLUMBUM P7/P, SEKSYEN 7,40000 SHAH ALAM.TEL: +603 5511 1720

PENGURUSAN & PERUNDINGAN:KD LAND SDN. BHD.S1-2-1, TINGKAT 2 S1, VISTA ALAM,JALAN IKHTISAS, SEKSYEN 14, SHAH ALAM,SELANGOR D.E, MALAYSIATEL: +60139816797

SEGALA TULISAN, ILUSTRASI DAN FOTO DALAM MAJALAH INI ADALAH HAKMILIK PENERBIT DAN TIDAK DIBENARKAN DISIARKAN KEMBALI TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PIHAK PENERBIT

www.pknsbizpoint.com

Page 3: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

3

PROTUNE 2017 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. KONVENSYEN PROTUNe 2017

Aktiviti BPU11. KURSUS PROSES PERNIAGAAN DAN PERAKAUNANBERKOMPUTER 12,13. SEMINAR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA14. MEMULAKAN BISNES KECIL15. PENGENDALIAN MAKANAN16,17. BORAK USAHAWAN SOCIAL ENTERPRISE BErSAMAANJA JULIAH

Usahawan Grow18. 28 PESERTA GROW TERIMA SIJIL GRADUASI19. GAMBAR MAJLIS GRADUASI GROW 2017

Aktiviti Usahawan MAHASISWA20, 21. SEMINAR DIGIPRENEUR UNISEL

Usahawan SKB22,23. ADI ENTERPRISE

Usahawan Vendor24, 25. LIMA BERADIK BERGABUNG BASMI MAKHLUK PEROSAK

TIPS & COACHING 26, 27. PENJENAMAAN 28, 29. KAWAL KOS ANDA30, 31. PERNIAGAAN BERKEMBANG DENGAN ILMU32, 33. MEMBENTUK BUDAYA KEUSAHAWANAN34, 35. MENCARI KEUNIKAN DALAM PERNIAGAAN 36, 37. BAJET 2018

perakaunan38, 39. MENGAPA MEMINJAM

PERNIAGAAN LUAR NEGARA40, 41. MENGEKSPORT KE PASARAN ASEAN

jaringan usahawan42, 43. ahli bizclub

TEKNOLOGI44, 45. senangKIRA MEMBANTU USAHAWAN DALAM TALIAN

PROJEK PKNS46, 47. ANTARA GAPI

AKTIVITI PROGRAM48. TAKWIM BPU OKT-DIS 2017

slot iklan majalah49. Borang Penyertaan

PERNIAGAAN PILIHAN50,51. MIZA USAHAWAN MENCARI KELAINAN

KANDUNGAN

Page 4: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

4

Konvensyen PROTUNe 2017

KONVENSYEN PROTUNe 2017 “Alhamdulillah, hasil usaha gigih kami menguruskan syarikat selama ini memberi tuah kepada kami kerana berjaya membawa pulang lima anugerah terbaik,”

Gembira dan gamat suasana di dewan De Palma Eco Resort Kuala

Selangor pada 23.11.2017 dengan sorakan pelajar-pelajar apabila nama sekolah mereka diumumkan menang beberapa kategori yang dipertandingkan dalam Majlis Penutup Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017 yang melabuhkan tirai dengan jayanya apabila kesemua pelajar yang hadir bersorak dengan kejayaan masing-masing.

Dalam majlis serba meriah itu, Sekolah Menengah Munshi Abdullah telah mengungguli Program Tunas Niaga (PROTUNe) 2017 selepas muncul johan dalam lima daripada 12 anugerah yang dipertandingkan.

Sekolah berkenaan yang diwakili syarikat miliknya iaitu Permata Annazhofah Sdn. Bhd. menjadi johan bagi Anugerah Pengetua Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Syarikat Terbaik, Anugerah Guru Pembimbing Terbaik dan Anugerah Pengurus Terbaik.

Pemenang Anugerah Guru Pembimbing Terbaik, Permata Annazhofah Sdn. Bhd., Puan Siti Mereyan Binti Che Ngah berkata kecemerlangan syarikat yang diuruskannya adalah hasil kerjasama daripada semua pihak termasuk guru pembimbing dan pengetua sekolah.

“Alhamdulillah, hasil usaha gigih kami menguruskan syarikat selama ini memberi tuah kepada kami kerana berjaya membawa pulang lima anugerah terbaik.”

“Sejujurnya saya sendiri tidak menyangka akan memenangi kategori sebanyak ini memandangkan semua pesaing hebat-hebat belaka. Walau bagaimanapun, ia tetap tidak mematahkan semangat kami untuk melakukan yang terbaik dan membawa pulang kemenangan,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen PROTUNe 2017 di sini, semalam.

Program dianjurkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu yang bertujuan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah, turut memberi peluang kepada usahawan cilik daripada Program Perintis Usahawan (PPU) yang berusia antara 10 tahun hingga 12 tahun. Hadir di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi PKNS, Puan Hajah Norita binti Mohd. Sidek mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNS. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Puan Marpuaton Sastero mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pengurus Besar Pentadbiran danSumber Manusia Encik Zaharudin bin Mohd Sanif, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS Encik Mohd Hilmi bin Muda serta pegawai kanan dan anggota PKNS.

Milik Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Puan Hajah Norita Binti Mohd. Sidek menyampaikan ucapan perasmian

Page 5: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

5

05

Konvensyen PROTUNe 2017

“Hari ini genap 20 tahun program PROTUNe dilancarkan dan menjadikan penyertaan terkumpul berjumlah 21,850 orang peserta dengan pembabitan sebanyak 874 buah syarikat,” katanya.

Puan Hajah Norita turut menjadikan kejayaan dua ahli perniagaan seperti Datuk Seri Vida dan Datin Vivy Yusof sebagai contoh utama dalam bidang perniagaan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan, jadikan Datuk Seri Vida dan Datin Vivy Yusof sebagai role model. Dua wanita ini merupakan ahli perniagaan yang bagus, berpendidikan dan tidak pernah mengalah walau apa jua dugaan yang datang.’’

“Jadi, anak-anak semua, untuk berjaya perlu ada usaha, doa dan tawakal. Justeru itu, jadilah pengusaha perniagaan yang bukan sahaja bijak berniaga, tetapi turut cemerlang dalam bidang akademik,” katanya.

Program Tunas Niaga (PROTUNe) dijalankan khusus untuk memupuk dan membudayakan keusahawanan di peringkat sekolah menengah dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. PROTUNe atau dahulunya lebih dikenali sebagai Program Usahawan Muda (PUM) telah melibatkan lebih 50 buah sekolah seluruh selangor sehingga kini.

Sementara itu, Puan Hajah Norita dalam ucapan perasmiannya berkata, PROTUNe berjaya membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, membuka mata dan minda mereka bahawa kerjaya sebagai usahawan sangat menguntungkan kerana pelbagai bidang boleh diterokai.

“Kami di PKNS menyedari kepentingan sektor perniagaan dan terpanggil untuk mencambahkannya melalui pendidikan serta galakan dari peringkat awal.

Ketua Pegawai Operasi PKNS, Puan Hajah Norita Binti Mohd. Sidek menyampaikan ucapan perasmian

Puan Hajah Norita Mohd. Sidek dan Puan Marpuaton Sastero menyempurnakan gimik perasmian

Maskot Adiwira PROTUNe 2017 bersama tetamu terhormat

Page 6: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

6

ANUGERAH PERSEMBAHAN PENTAS 2017(KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM)

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDAPRODUK : SHAHS (50 MARKAH)WANG TUNAI TAJAAN RYVERRA CHOCOLATE BERJUMLAH RM 200 + PIALA + SIJIL

1 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT (1)PRODUK : TOWER UP (47 MARKAH)WANG TUNAI TAJAAN RYVERRA CHOCOLATE BERJUMLAH RM 150 + PIALA + SIJIL

2 SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDAPRODUK : RYVERRA CHOCOLATE (46 MARKAH)WANG TUNAI TAJAAN RYVERRA CHOCOLATE BERJUMLAH RM 100 + PIALA + SIJIL

3

SEKOLAH KEBANGSAAN MERUJUMLAH JUALAN : RM 8,802.74WANG TUNAI TAJAAN SPM GAMESBERJUMLAH RM 500 + PIALA + HAMPER + SIJIL

1 SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDAJUMLAH JUALAN : RM 6,870.12WANG TUNAI TAJAAN SPM GAMESBERJUMLAH RM 350 + PIALA + HAMPER + SIJIL

2 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT 1JUMLAH JUALAN : RM 3,323.89WANG TUNAI TAJAAN SPM GAMESBERJUMLAH RM 250 + PIALA + HAMPER + SIJIL

3

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJAMUDAASET KESELURUHAN : RM 65,730.00WANG TUNAI BERJUMLAH RM 400 + PIALA + SAIDINA DELUXE + SIJIL

1 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT (1)ASET KESELURUHAN : RM 58,470.00WANG TUNAI BERJUMLAH RM 300 + PIALA + SAIDINA STD + SIJIL

2 SEKOLAH KEBANGSAAN MERUASET KESELURUHAN : RM 55,220.00WANG TUNAI BERJUMLAH RM 200 + PIALA + SAIDINA TRAVELLER + SIJIL

3

ANUGERAH JUALAN TERBAIK KESELURUHAN PPU 2017

ANUGERAH MENARA SAIDINA PPU 2017

PROGRAM PERINTIS USAHAWAN

Konvensyen PROTUNe 2017

Page 7: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

7

TEJA TERBIT SDN. BHD.SM SAINS KUALA SELANGOR “TEJA COM SERVICES“TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 MEMBARA SDN. BHD.SM SAINS HULU SELANGOR “CZ DELIVERY“TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD.SMK MUNSHI ABDULLAH

“SPA ALA CARTER SERVICES“TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

SMK BANDAR BARU BANGIASET TERKUMPUL : RM 69,920.00WANG TUNAI TAJAAN SPM GAMES RM 500 + SIJIL + MEDAL

1 SMK HULU KELANGASET TERKUMPUL : RM 69,040.00WANG TUNAI TAJAAN SPM GAMES RM 400 + SIJIL + MEDAL

2 SMK TELUK PANGLIMA GARANGASET TERKUMPUL : RM 66,500.00WANG TUNAI TAJAAN SPM GAMES RM 300 + SIJIL + MEDAL

3

TEJA TERBIT SDN. BHD.SM SAINS KUALA SELANGOR “TEJA TERANG”TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 TANJONG NILAM BITARA SDN. BHD. SMK DATO‘ HARUN “NOTE 2U”TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 SAIF AN-NAJAH SDN. BHD.SMK JALAN KEBUN “SN BUNGA HATI”TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

LEGASI ARMADA SDN. BHD.SMK TELOK PANGLIMA GARANG

“LA PENGUTIP SAMPAH HEBAT”TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

1

ANUGERAH MENARA SAIDINA PKNS 2017

ANUGERAH PERKHIDMATAN TERBAIK

ANUGERAH PRODUK KREATIF

ANUGERAH INOVASI TERBAIK

PROGRAM TUNAS NIAGAKonvensyen PROTUNe 2017

Page 8: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

8

TEJA TERBIT SDN. BHD.MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN R. AZIMISMS KUALA SELANGORTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 BERKAT SINAR NURUL NABILAH BT HUSSAINSMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANGTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 TANJONG NILAM BITARA SDN. BHD.FIFI ILIYANA BT ROSLANSMK DATO HARUN TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

TEJA TERBIT SDN. BHD.SM SAINS KUALA SELANGORTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 DELEGASI GADING SDN. BHD.SMK BUKIT GADINGTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD.SMK MUNSHI ABDULLAHTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD.AQASHA BIN ROSLISMK MUNSHI ABDULLAHTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 D’TEMASYA SDN. BHD.AMEER ALIF BIN YUSOHSMK JUGRATROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 DELEGASI GADING SDN. BHD.MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHD SUKRISMK BUKIT GADINGTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

ANUGERAH LAPORAN KEWANGAN TERBAIK

ANUGERAH PEKERJA TERBAIK

ANUGERAH PENGURUS TERBAIK

ANUGERAH GURU PEMBIMBING TERBAIK

PROGRAM TUNAS NIAGA

PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD.SITI MEREYAN BINTI CHE NGAH SMK MUNSHI ABDULLAHTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 TEJA TERBIT SDN. BHD.EZIZATUL HUSNA BT SANUSISM SAINS KUALA SELANGORTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 GABUNGAN SETIA SDN. BHD.SHAFIEDA BINTI BOTOKSMK GOMBAK SETIATROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

Konvensyen PROTUNe 2017

Page 9: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

9

SMS KUALA SELANGORTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 7001 SMK MUNSHI ABDULLAH

TROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 6002 SMK TELUK PANGLIMA GARANGTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 5003

PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD. HAJAH NORAINI BINTI IBRAHIMSMK MUNSHI ABDULLAHTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 LEGASI ARMADA SDN. BHD.ENCIK SALAHUDDIN BIN HASSAN JABA‘IESMK TELOK PANGLIMA GARANGTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 SAIF AN-NAJAH SDN. BHD.TN. HJ. HISHAMMUDDIN BIN SIRATSMK JALAN KEBUNTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD.SMK MUNSHI ABDULLAHTROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 600

1 GABUNGAN SETIA SDN. BHD.SMK GOMBAK SETIATROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 500

2 D’TEMASYA SDN. BHD.SMK JUGRATROFI + SIJIL + WANG TUNAI RM 400

3

ANUGERAH PENGETUA TERBAIK

ANUGERAH SEKOLAH TERBAIK

ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK

ANUGERAH SYARIKAT TERBAIK

PERMATA ANNAZHOFAH SDN. BHD.SMK MUNSHI ABDULLAHTROFI + SIJIL + HADIAH IRINGAN, WANG TUNAI RM 1,000

1 TEJA TERBIT SDN. BHD.SMS KUALA SELANGORTROFI + SIJIL + HADIAH IRINGAN, WANG TUNAI RM 800

2 D’TEMASYA SDN. BHD.SMK JUGRATROFI + SIJIL + HADIAH IRINGAN, WANG TUNAI RM 600

3

Konvensyen PROTUNe 2017

Page 10: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

10

SUASANA KONVENSYEN PROTUNe 2017

Konvensyen PROTUNe 2017

Page 11: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

11

AKTIVITI BPU

KURSUS PROSES PERNIAGAAN DAN PERAKAUNAN BERKOMPUTER SBS

Usaha untuk memperkukuhkan perniagaan usahawan tempatan diteruskan lagi oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU),

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dengan menganjurkan kursus Proses Perniagaan dan Perakaunan Berkomputer Small Business System (SBS) pada 10 Oktober 2017 yang lalu di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam. Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada usahawan tempatan tentang sistem akaun SBS yang amat mudah untuk dikendalikan. Sistem yang dikeluarkan oleh syarikat CBAL Solutions Sdn. Bhd. ini boleh digunakan dengan caj bulanan serendah RM49.00 sebulan. Kursus selama satu hari ini dihadiri oleh 15 orang peserta yang terdiri daripada usahawan

kecil, eksekutif kewangan dan perakaunan. SBS merupakan aplikasi akaun yang boleh diakses daripada mana-mana peranti yang direka khas untuk usahawan kecil yang tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Aplikasi yang boleh diakses di mana-mana sahaja ini berkebolehan dalam menyediakan akaun lengkap bermula daripada akaun untung rugi sehinggalah ke kunci kira-kira. Penggunaan aplikasi ini amat mudah kerana pengguna hanya perlu menekan butang yang disediakan lalu laporan lengkap kewangan syarikat akan dapat terus dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Sistem ini amat mesra pengguna, jimat dan berkesan. Rata-rata peserta mendapat kesedaran dan ilmu baru yang mereka boleh gunakan segera.

Page 12: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

12

SEMINAR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Jika dahulu, apabila usahawan ingin berjaya, mereka terlalu memberi tumpuan kepada pelanggan sehingga kadang-kadang mereka terlupa akan

pekerja yang bekerja di syarikat mereka. Ramai usahawan terlupa bahawa pekerja atau sumber manusia ialah aset yang sangat berharga dan perlu dijaga dalam sesebuah syarikat.

Pekerja atau sumber manusia bukan sahaja orang yang bekerja dalam sesebuah syarikat tetapi peranan mereka lebih daripada itu. Pekerja ialah orang yang menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman yang dapat membawa seseorang usahawan untuk menjadi lebih berjaya.

Menjadi suatu masalah bagi ramai usahawan apabila terlalu ramai pekerja mengambil keputusan untuk berhenti daripada syarikat mereka. Apabila terlalu ramai pekerja yang berhenti, ini bermaksud pengurusan sumber manusia dalam sesebuah syarikat itu sebenarnya sedang menghadapi masalah.

Adalah sesuatu yang sangat penting untuk usahawan mengambil berat tentang pengurusan sumber manusia kerana pekerja yang berkerja di syarikat mereka merupakan antara elemen terpenting yang akan membantu mereka untuk terus maju ke hadapan.

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS telah menjemput seorang penceramah yang berpengalaman iaitu Puan Faridah Rahman, Pengarah Latihan dan Konsultan Sumber Manusia, Dwi Kualiti Sdn. Bhd. pada 6 dan 7 November 2017 untuk berkongsi ilmu dengan semua peserta yang hadir dalam seminar itu tentang pengurusan sumber manusia. Seminar tersebut telah berlangsung selama dua hari. Pada hari pertama, para peserta diberi pendedahan tentang sumber manusia, pengurusan sumber manusia, peranan pengurus sumber manusia, dan kawal selia dalam pengurusan sumber manusia.

Meskipun perkara-perkara ini bersifat asas, namun masih ramai usahawan atau majikan yang tidak mengambil cakna. Oleh sebab itulah, mereka tidak menjalankan pengurusan sumber manusia yang berkesan dalam syarikat mereka.

Menurut Puan Faridah, pengurusan sumber manusia tidak terhad kepada pemilihan, pengambilan, dan pemberhentian pekerja sahaja tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Pengurusan sumber manusia juga mesti mencakupi pengekalan dan pembangunan pekerja dalam sesebuah syarikat di samping penggunaan sumber manusia dengan cara yang betul.

Para peserta membuat pembentangan terhadap kajian kes yang diberikan

AKTIVITI BPU

Page 13: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

13

Selain itu, para peserta juga turut menjalani ujian personaliti bagi membantu mereka menentukan personaliti mereka dan pekerja mereka dalam sesebuah syarikat. Mengetahui personaliti diri dan pekerja sebenarnya adalah sesuatu yang amat penting. Dengan mengetahui personaliti diri sama ada gaya mempromosi (promoting), gaya menyokong (supporting), gaya mengawal (controlling), atau gaya menganalisis (analysing) sangat membantu para usahawan dalam pemilihan pekerja sewaktu temuduga supaya tugas yang diberikan kepada pekerja itu benar-benar sesuai dengan personaliti mereka. Jika sesuatu kerja yang diberikan itu sesuai dengan personaliti mereka, mereka pasti dapat melakukan tugas dengan berkesan dan sempurna. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan tentang perancangan sumber manusia yang merangkumi proses, prestasi, sasaran (forecast), strategi, bajet, carta organisasi, dan sebagainya. Perkara-perkara yang didedahkan oleh Puan Faridah ini juga merupakan sesuatu yang sangat penting. Misalnya, ramai usahawan atau pengurus sumber manusia tidak menyediakan belanjawan sumber manusia untuk syarikat mereka sendiri.

Apabila belanjawan ini tidak disediakan, maka banyak keuntungan syarikat dihabiskan kepada pekerja atau sumber manusia sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain seperti pemasaran, inventori, pentadbiran, operasi dan sebagainya. Inilah yang menyebabkan syarikat mengalami banyak kerugian.

Pada sesi ini juga, Puan Faridah dibantu oleh Tuan Haji Hassan bin Ali, seorang yang berpengalaman luas dalam dunia perbankan untuk memberi maklumat tambahan kepada para peserta yang hadir. Tuan Haji Hassan juga banyak memberi tip-tip penting berkenaan pengurusan sumber manusia kepada para peserta. Seminar ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada usahawan muda dan pegawai sumber manusia yang berminat untuk melakukan penambahbaikan dalam pengurusan sumber manusia di syarikat masing-masing. Sesungguhnya pengurusan sumber manusia merupakan sesuatu yang sangat penting untuk diambil peduli oleh semua majikan dan usahawan bagi memastikan syarikat dapat terus beroperasi dengan berkesan.

Para peserta bergambar bersama penceramah selepas tamat seminar

Para peserta sedang mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan kajian kes yang diberikan

AKTIVITI BPU

1

3

2

4

5

Pemilihan pekerja

Pengambilan pekerja

pengekalan pekerja

Pembangunan pekerja

Pemberhentian pekerja

Fungsi pengurusan sumber manusia

Page 14: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

14

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Ainon Business School (ABS)

telah menganjurkan program ‘Memulakan Bisnes Kecil’ dari 28 November 2017 hingga 30 November 2017 di PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam. Program yang dihadiri oleh 30 orang peserta ini bertujuan memberi bimbingan bagi memulakan perniagaan, menempuh cabaran dalam perniagaan serta melaksanakan strategi membangunkan perniagaan sehingga berjaya.

Pada hari pertama, peserta didedahkan dengan objektif dan jenis-jenis perniagaan serta proses membangunkan perniagaan. Peserta turut diberi pendedahan tentang hubung kait dalam proses perniagaan seperti pemasaran dan jualan serta kawalan kewangan contohnya aliran wang tunai dengan harapan perniagaan yang diceburi mencapai objektif kejayaan.

Pada masa yang sama, peserta turut diberi pendedahan tentang strategi perniagaan melalui Business Model Canvas (BMC) yang diperkenalkan oleh Alexander Osterwalder pada tahun 2010 dan telah dipraktikkan di 45 buah negara. Kaedah BMC mengandungi sembilan petak yang disinergikan untuk menjadikannya amat efektif bagi menghasilkan strategi perniagaan yang berdaya maju lagi berdaya saing.

Pada hari kedua dan ketiga, fokus penceramah banyak tertumpu kepada aplikasi Business Model Canvas (BMC) dalam perniagaan. Evolusi perniagaan sebenarnya sudah banyak berubah. Jika dahulu

pelanggan yang akan mencari peniaga, tetapi kini peniagalah yang perlu mencari pelanggan. Ini semua berlaku kerana begitu banyak persaingan dalam perniagaan dan pelanggan pada masa kini mempunyai banyak pilihan. Dalam keadaan ini, usahawan yang baru mula berniaga atau start up sangat perlu mempunyai strategi pemasaran yang efektif untuk mengenali bakal pelanggan dan cita rasa mereka serta saluran pemasaran yang tepat untuk digunakan. Ini semua perlu dilakukan bagi memastikan sesebuah perniagaan dapat menjana keuntungan hasil transaksi jualan. Di sinilah BMC boleh diaplikasikan untuk membantu usahawan menganalisis kehendak pelanggan dengan menggerakkan kesembilan petak pada model perniagaan tersebut. Peserta kemudiannya dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk berbincang mengenai BMC sebagai strategi pemasaran.

Pada hari terakhir program, peserta dikehendaki membuat pembentangan tentang kaedah-kaedah untuk memasarkan produk mereka secara efektif dengan mengamalkan ilmu BMC yang telah dipelajari. Program ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar daripada ABS antaranya Encik Mohd Hir Farouq dan Puan Irnee Ismail.

Menurut peserta yang hadir, mereka amat berpuas hati dengan program ini dan percaya ilmu yang dipelajari boleh dipraktikkan untuk melonjakkan jualan. Segala ilmu yang mereka pelajari boleh menjadikan perniagaan mereka terus berdaya maju menepati visi dan misi perniagaan yang diceburi.

AKTIVITI BPU

MEMULAKAN BISNES KECILMEMULAKAN BISNES KECIL

Page 15: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

15

AKTIVITI BPU

Kursus Latihan Pengendalian Makanan telah dijalankan pada 26 Oktober 2017 oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di PKNS BizPoint Seksyen 7, Shah Alam dengan kerjasama Syarikat Mutiara Food Consultancy untuk memberi pendedahan tentang penjagaan

kebersihan oleh pengendali makanan. Program ini adalah selari dengan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM) yang telah diwartakan pada 28 Februari 2009 yang menyatakan bahawa pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendalian makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 26 orang peserta terdiri dari pengendali makanan dan penuntut kolej swasta di bidang pengendalian makanan telah hadir. Program ini amat penting bagi memastikan pengendali makanan mematuhi PKM dan mendapat informasi dan pengetahuan yang tepat dalam pembuatan, pengendalian, dan penjualan produk makanan mereka.

Mengikut tenaga pengajar program ini iaitu Puan Roslina binti Jamian, peserta yang hadir ke program ini telah mendapat pendedahan dan kesedaran bagi menjadikan mereka lebih sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai pengendali makanan.

KURSUS LATIHAN

PENGENDALIAN MAKANAN

Page 16: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

16

AKTIVITI BPU

Pada 5 Oktober 2017, bertempat di PKNS Bizpoint telah diadakan program Borak Usahawan Social Enterprise anjuran bersama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS dengan Anja Juliah Abu Bakar iaitu pemilik syarikat Bluebear Holdings Sdn. Bhd. Peserta yang hadir bagi menjayakan program ini ialah ahli-ahli usahawan

PKNS. Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang pentingnya social enterprise dalam dunia keusahawanan pada hari ini, sejajar dengan matlamat kerajaan yang menginginkan seribu social enterprise menjelang 2018. Program ini juga lebih membawa kesedaran tentang membina empayar di dalam bidang perniagaan bukan sahaja hanya menitikberatkan soal keuntungan semata-mata. Membina empayar juga perlulah selari dengan niat dan matlamat kita, iaitu menjalankan perniagaan dan memberi pulangan yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

Pendedahan ini juga amat berguna untuk menimbulkan rasa simpati dan kesedaran kepada usahawan pada masa kini tentang perlunya menyumbang kepada masyarakat. Ini juga membantu memupuk nilai-nilai murni di kalangan usahawan yang tidak hanya memikirkan soal keuntungan malahan mencari jalan membantu masyarakat sekeliling melalui perniagaan yang dilakukan. Program ini juga diteruskan dengan pendedahan kesedaran bagaimana sesuatu sumbangan dapat mengubah kehidupan seseorang. Cik Anja Juliah juga turut menayangkan beberapa video pendek yang berkisar tentang usahawan sosial dalam program ini. Beliau turut berkongsi idea bagaimana usahawan boleh memulakan perniagaan mereka selari dengan kehendak social enterprise.

Di akhir program borak usahawan ini, rata-rata usahawan menunjukkan minat positif untuk memulakan perniagaan yang berteraskan social enterprise ini. Dengan adanya program seperti ini diharap dapat menimbulkan lagi rasa kesederan di kalangan usahawan supaya tidak melupakan kepada yang memerlukan dan sentiasa memikirkan peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Borak Usahawan Social Enterprisebersama Anja Juliah

Puan Anja Juliah Abu Bakar (berdiri tengah) mendengar soalan dari peserta

Page 17: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

17

AKTIVITI BPU

Kitaran Sosial Enterprise

Tahukah Anda Social Enterprise Memberi Manfaat

Kepada Masyarakat?

PelanPerancangan

jualan 2.5 bilion

pemantauan

sumbangan

tingkatkanjualan

keuntungan

1.

3.

4.

2.

5.

6.

Page 18: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

18

USAHAWAN GROW

Seramai 28 peserta menerima sijil graduasi masing-masing di Majlis Graduasi Program Usahawan Siswazah Graduate Realising Opportunities Way

Forward (GROW) PKNS 2017 pada 21 Disember 2017 bertempat di PKNS BizClub, Seksyen 7, Shah Alam.

GROW merupakan di antara program pembudayaan keusahawanan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertujuan untuk membangun dan membimbing siswazah yang berpotensi. Program ini dijalankan menerusi pembiayaan mencakupi bidang perancangan perniagaan, pengurusan kewangan, kaedah pemasaran serta pemantauan sasaran jualan bagi tempoh enam bulan. Peserta pula terdiri dari pemegang diploma atau ijazah dalam mana-mana bidang serta mempunyai aspirasi menjadi usahawan berjaya. Jumlah jualan program GROW dahulunya dipanggil ‘Phaser’ sejak dilaksanakan selama 10 tahun sejak 2006, berjaya mencapai RM17.3 juta termasuk RM 787,190.88 bagi 28 peserta di tahun 2017 ini.

Pengurus Besar Pembangunan Strategik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tuan Haji Suhaimi bin Haji Kasdon dalam ucapan perasmiannya berkata, PKNS menaruh harapan program GROW ini mampu memberi kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu keusahawanan pada para peserta kerana kita semua sedia maklum bahawa perniagaan juga mempunyai risiko

tersendiri. “Saya berharap program ini mampu mengekalkan pembentukan diri yang positif dalam kalangan peserta untuk mengendali perniagaan masing-masing. Teruskanlah kerjaya sebagai usahawan ini berbekalkan ilmu yang telah ditimba sepanjang menyertai GROW dan selama pengajian saudara-saudari di menara gading sebelum ini’’, ucap beliau.

28 PESERTA GROW 2017 TERIMA SIJIL GRADUASI

Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS, Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Kasdon menyampaikan ucapan

Page 19: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

19

USAHAWAN GROW

Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS, Tuan Haji Suhaimi Bin Haji Kasdon diiringi Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Encik Mohd Hilmi Bin Muda menyampaikan sijil kepada peserta GROW 2017

Gambar Majlis Graduasi

GROW 2017

Page 20: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

20

AKTIVITI USAHAWANMAHASISWA

SEMINAR DIGIPRENEURUNISEL

Aminuddin Ahmad atau ‘Uncle Tiger’ memberi penerangan

Page 21: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

21

AKTIVITI USAHAWANMAHASISWA

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PKNS dengan kerjasama Syarikat ASL Development Group (M) Sdn. Bhd. telah menganjurkan seminar

Digipreneur (Digital Entrepreneur) selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 November 2017 di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam. Seminar ini bertujuan melahirkan ramai usahawan muda dalam kalangan mahasiswa untuk menceburi dunia perniagaan dalam talian.

Seramai 65 orang mahasiswa daripada Fakulti

Perniagaan dan Perakaunan serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka telah hadir ke seminar tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Tuan Haji Mohd Azrin bin Abd Rahim. Dalam ucapannya, beliau menyatakan keusahawanan merupakan kerjaya pada masa hadapan. Oleh itu, mahasiswa perlulah bersedia menghadapi cabaran ini.

Antara penceramah yang dijemput ialah ikon niaga yang berjaya iaitu Rina Salleh, pemilik butik RinaSalleh Clothing yang mempunyai cawangan di Shah Alam, Bangi dan Kuantan. Beliau menyatakan bahawa usahawan perlu mempunyai visi serta perancangan dengan menitikberatkan kehendak pelanggan dan memberi penyelesaian kepada masalah mereka. Beliau turut memfokuskan kepada pemasaran digital serta menyarankan mahasiswa boleh mula berniaga dalam talian dengan modal yang kecil terlebih dahulu dan berkembang secara berperingkat. Saranan ini turut disokong oleh usahawan internet iaitu Raja Safuan yang turut sama memberi motivasi serta beberapa tip kepada peserta untuk menjayakan perniagaan menggunakan platform digital.

Turut berkongsi ilmu dan pengalaman ialah pakar strategi perniagaan dalam talian iaitu Aminuddin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Tiger’. Beliau yang mempunyai kepakaran dan kejayaan dalam bidang perniagaan digital menyatakan fungsi utama usahawan

adalah memberi penyelesaian kepada masalah pelanggan. Hampiri dan dekatilah pelanggan melalui platform digital dengan menggunakan copywriting yang memukau. Secara umumnya, seminar ini berjaya memberi pendedahan kepada para peserta tentang tip dan strategi untuk memulakan dan seterusnya berjaya dalam perniagaan dalam talian. Di samping itu, para peserta turut didedahkan dengan jenis perniagaan yang boleh diceburi oleh seseorang mahasiswa, cara memasarkan produk, cara mendapat pelanggan dengan betul dan memperolehi pendapatan sampingan semasa masih lagi bergelar seorang mahasiswa.

Seminar ini sememangnya telah menarik minat para peserta untuk menceburi dunia keusahawanan dalam talian memandangkan mereka telah mendapat begitu banyak ilmu dan maklumat.

Mahasiswa sedang berbincang untuk persembahan

Komponen pemasaran dalam talian

Page 22: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

22

USAHAWAN SKB

Bersemangat, bersikap positif dan penuh kesungguhan. Itulah imej yang ditunjukkan oleh Encik Ahmad Dali bin Mukeri, 56 tahun, Pengarah Urusan ADI

Enterprise yang juga sub-kontraktor kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah program Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) di bidang landskap sejak tahun 2011 lagi ketika ditemui di pejabat beliau yang terletak di Pusat Perdagangan Subang Permai.

Menurut Encik Ahmad Dali, beliau pernah bertugas buat seketika di PKNS sekitar tahun 80an dan kemudiannya bekerja selama hampir 10 tahun dengan sebuah syarikat pemaju yang juga berniaga bahan-bahan binaan. Di sinilah bermulanya tercetus minat hendak berniaga dan beliau bermula dengan berdaftar sebagai kontraktor kecil kelas 1 pada tahun 2000. Kini, syarikat ADI Enterprise telah dinaiktaraf sebagai kontraktor kelas G6 yang berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB).

Apabila ditanya tentang pandangan beliau mengenai program SKB PKNS, beliau menjawab, “Saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana banyak memberi peluang kepada kontraktor bumiputera seperti saya untuk terus bergerak maju.’’

Kini, Syarikat ADI Enterprise sedang menyiapkan kerja-kerja landskap untuk projek perumahan PKNS di Kuala Selangor. Syarikat ini juga telah menyiapkan kerja-kerja landskap untuk projek perumahan PKNS iaitu Gapi, Kota Puteri dan di Seksyen 7, Shah Alam.

Mempelbagaikan Perniagaan

ADI Enterprise yang diterajui Encik Ahmad Dali mengamalkan strategi mempelbagaikan perniagaan. Seperti amalan ramai usahawan berjaya, syarikat ini juga berkecimpung dalam beberapa bidang selain kerja-kerja landskap. Menurut Encik Ahmad Dali, strategi ini membantu kelancaran aliran wang tunai syarikat kerana tidak bergantung semata-mata kepada satu sumber pendapatan sahaja.

Antara bidang lain yang diceburi oleh beliau ialah : 1. Pertanian i. Mengusahakan ladang pisang di Bentong, Pahang.

2. Pengurusan bangunani. Menguruskan pangsapuri PKNS di Kota Damansara. 3. Membersihkan kawasani. Menjalankan kerja pembersihan kawasan dan pemotongan rumput di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur.

ii. Diberi kontrak pemotongan rumput di Lebuhraya Damansara Puchong di bawah Lingkaran Teras Kota Sdn. Bhd. (LITRAK).

Strategi ini berjaya memperkukuhkan kedudukan kewangan ADI Enterprise yang membolehkan syarikat ini bertahan sehingga sekarang.

BERSEMANGAT

MENGHADAPI CABARAN

Encik Ahmad Dali Bin Mukeri Pengarah Urusan ADI Enterprise

Page 23: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

Info Ringkas

OKT-DIS 201723

USAHAWAN SKB

Cabaran Berniaga

Setiap perniagaan mempunyai risikonya tersendiri namun usahawan perlulah kreatif mengatasinya. ADI Enterprise juga pernah tidak dibayar oleh kontraktor utama semasa menyiapkan kerja landskap suatu ketika dahulu. Sungguhpun perit menghadapi situasi itu namun syarikat ini berjaya mengatasinya ekoran strategi diversifikasi yang diamalkan untuk mendapat dana daripada pelbagai sumber.

Kini ADI Enterprise mendapat bantuan kewangan daripada Standard Chartered Bank dan bantuan ini amat membantu kelancaran perniagaan syarikat ini. Selain itu, menurut Encik Ahmad Dali, cabaran mendapat pekerja mahir juga adalah antara cabaran yang sering beliau hadapi. Pekerja sedia ada tidak kekal lama akibatnya mereka tidak sempat mempelajari kemahiran di sesuatu bidang secara mendalam. Situasi sebegini menjejaskan kualiti dan kelancaran kerja.

Pesanan Kepada Usahawan

Setelah menjadi kontraktor dan mengharungi pelbagai pengalaman, Encik Ahmad Dali mempunyai pandangan berikut kepada usahawan terutamanya yang baru memulakan perniagaan.

a. Perlu kuatkan minda dan cekalkan hati kerana usahawan akan menghadapi pelbagai tekanan dari segi kewangan dan pekerja mahir bagi menyiapkan projek.

b. Perlu mempunyai modal yang mencukupi sama ada daripada sumber sendiri atau pembiayaan daripada institusi kewangan.

c. Perlu menguruskan kewangan dengan teliti dan perlu mempunyai perancangan supaya aliran tunai perniagaan sentiasa terkawal.

d. Perlu mewujudkan jalinan perniagaan dan kukuhkan perhubungan sesama usahawan serta badan kerajaan kerana inilah jalinan yang mampu membawa peluang perniagaan.

Perancangan Masa Hadapan

Menurut Encik Ahmad Dali, beliau bercadang dalam sedikit masa lagi untuk berkecimpung dalam bidang pertanian. Beliau berkata, bidang pertanian khususnya makanan sentiasa mendapat permintaan tinggi. Beliau berhasrat untuk berladang dan menyerahkan perniagaan beliau sekarang kepada anak-anak yang menjadi pelapis ketika ini.

“Saya sangat berpuas hati dengan program ini kerana banyak memberi peluang kepada kontraktor bumiputera seperti saya untuk terus bergerak maju.’’

Nama :

Umur :

Alamat :

No. Tel :

Email :

Encik Ahmad Dali Bin Mukeri

56 Tahun

Lot AL-115, Jalan Walfare, 47000 Kg Baru Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan

03-6157 2427

[email protected]

Anggota yang mahir dan berdedikasi menjadi aset kepada ADI Enterprise

Page 24: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

24

USAHAWAN VENDOR

Hasrat dan kegigihan seorang ayah untuk memajukan industri pertanian dan makanan di negara ini tidak terputus apabila usaha yang dilakukan mendapat

sokongan daripada anak-anaknya.

Bukan seorang, malah lima daripada anaknya kini bergabung mewujudkan sebuah 'empayar' membasmi makhluk perosak yang mengancam tanaman dan makanan yang diusahakan oleh penduduk.

Malah operasi mereka kini bukan sahaja di kawasan tanaman, tetapi meliputi ancaman serangga dan makhluk perosak seperti semut, lipas, tikus dan anai-anai di bangunan-bangunan kediaman dan komersial.

Ancaman makhluk ini bukan sahaja boleh merugikan petani dan penduduk, malah boleh menjejaskan industri pengeluaran hasil tanaman dan kemusnahan bangunan kediaman serta komersial milik kerajaan dan individu yang boleh mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Mohd Anuar bin Ahmad, 48 tahun, menyambung usaha ayahnya, Haji Ahmad bin Siraj yang berasal dari Batu Pahat, Johor dan ibunya dari Jalan Kebun, Klang. Anuar berpendapat, untuk menyelamatkan industri pertanian dan makanan, usaha yang serius perlu dilakukan bagi membasmi makhluk perosak.

Baja yang mencukupi boleh mengeluarkan hasil tanaman yang lumayan tetapi tidak boleh menjamin sasaran pengeluaran yang dikehendaki disebabkan ancaman makhluk perosak.

Bermula dengan penubuhan sebuah syarikat, Bustaniaga Sdn. Bhd. pada tahun 1997 di Teluk Panglima Garang, Anuar mengajak adik-adiknya menyertai beliau dalam bidang yang hampir-hampir tiada saingan ketika itu. Tiga tahun kemudian Anuar berpindah dan kekal bertapak di Jalan Kota Kemuning, Shah Alam sehingga hari ini.

Busta bermakna tanaman dan niaga adalah suatu perniagaan yang digabungkan menjadi ‘Bustaniaga’. Bustaniaga kini mempunyai kira-kira 20 kakitangan di 3 cawangannya iaitu di Pasir Gudang dan Muar, Johor dan Kota Kemuning di Shah Alam, Selangor.

Anuar berhasrat melebarkan lagi sayapnya ke beberapa buah negeri lain di Semenanjung Malaysia pada masa akan datang.

Kesungguhan Bustaniaga mendapat perhatian Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan dilantik sebagai vendor PKNS di pada 17 Disember 2014.

Sejak pelantikan itu, Bustaniaga banyak diberi peluang untuk merawat tanah-tanah yang akan dimajukan oleh PKNS dan anak-anak syarikatnya.

“PKNS banyak memberi tunjuk ajar dalam soal pembangunan hartanah. Kakitangan kami banyak didedahkan dengan pelbagai projek pembangunan yang berlainan bentuk muka bumi dan jenis-jenis tanah. Kami bukan sahaja merawat tanah, tetapi diberitahu kelemahan-kelemahan

LIMA BERADIK BERGABUNG BASMIMAKHLUK PEROSAK

Page 25: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

Info Ringkas

OKT-DIS 201725

USAHAWAN VENDOR

pada struktur bangunan yang memungkinkan makhluk perosak bertapak atau bersarang sehingga memusnahkan bahagian tertentu bangunan terbabit,” kata Anuar.

Anuar berharap, Bustaniaga akan terus diberi peluang oleh PKNS untuk sama-sama memajukan negeri ini dan projek-projek yang dilaksanakan supaya bebas daripada ancaman makhluk perosak.

Kakitangan Bustaniaga terus didedahkan dengan latihan-latihan kemahiran menerusi bengkel dan kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan-badan berkaitan, termasuk Persatuan Kawalan Makhluk Perosak Malaysia dari semasa ke semasa.

“Kakitangan adalah aset penting dan sangat bernilai dalam perniagaan kami kerana kemahiran dan kepakaran mereka akan menentukan prestasi perkhidmatan kami,” tegas Anuar.

Perniagaan ini memang tidak banyak saingan tetapi memerlukan penelitian dalam mengendalikan bahan-bahan beracun dan berbahaya kepada kesihatan manusia. Perkhidmatan yang dilaksanakan pula perlu menyeluruh dan berkesan untuk tempoh tertentu. Sebaik-baiknya rawatan perlu dilakukan setiap dua tahun.

Anuar turut mengingatkan penduduk agar tidak memandang remeh terhadap ancaman makhluk ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan akan mengakibatkan kos membasmi dan baik pulih bangunan yang sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, setakat ini katanya, penduduk di sekitar Shah Alam sangat prihatin dan sering mendapatkan khidmat mereka dengan segera untuk membasmi ancaman makhluk perosak, khususnya anai-anai, semut dan tikus.

Tiap-tiap haiwan atau serangga perosak mempunyai racun khusus yang digunakan untuk menghalau atau membunuh mereka. Penggunaan racun yang salah tidak akan berkesan sebaliknya membahayakan binatang ternakan atau haiwan peliharaan, jelas Anuar.

Bustaniaga juga sering dipelawa untuk bersama-sama membanteras atau membasmi makhluk perosak, khususnya tikus di kawasan-kawasan kormersial yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan dan badan-badan kerajaan.

Mereka sering diajak berbincang dalam perjumpaan tertentu mengenai taktik atau strategi yang sesuai digunakan untuk membasmi tikus dan lain-lain makhluk perosak.

Dalam industri pertanian pula, sesetengah haiwan seperti monyet, keluang dan babi hutan diletakkan di bawah penjagaan Jabatan Perhilitan dan haiwan terbabit tidak boleh dibunuh.

Haiwan terbabit mungkin akan dihalau ke dalam hutan atau kawasan lain yang lebih sesuai selepas kawasan yang mereka diami dimaju dan dibangunkan.

Nama :

Umur :

Alamat :

No. Tel :

Fb :

Mohd Anuar bin Hj Ahmad

48 Tahun

No W31/W, 6, Jalan Anggerik Vanilla N 31/N, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor

03-51221136

bustaniaga sdn-bhd

Page 26: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

26

TIPS & COACHING

Setiap masa kita didedahkan dengan jenama tertentu. Bermula pada waktu pagi sehinggalah ke waktu malam kita melihat bermacam jenama produk seperti

jenama ubat gigi, jenama sabun, jenama syampu dan pelbagai jenama produk lagi yang kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Sebagai pengguna, kita membeli produk tersebut kerana terpengaruh dengan jenama yang dipromosikan. Ada produk yang jenamanya mampu menjanjikan kita kesihatan yang baik apabila menggunakan produk tersebut. Apabila jenama yang dipromosikan berjaya meyakinkan kita dan kita percaya akan keberkesanan produk itu, kita pasti akan membeli produk tersebut. Bermacam kaedah promosi digunakan untuk mempengaruhi minda kita dengan menonjolkan kehebatan produk berkenaan sehingga meyakinkan kita sebagai pelanggan. Kini, strategi promosi menjadi lebih berkesan dan mesra pelanggan dengan adanya pemasaran digital. Sebenarnya minda kita sudah disematkan dengan bermacam jenama. Sebut sahaja burger, lantas tergambar di minda kita ialah restoran makanan segera McDonald dengan pelbagai hidangan yang menarik. Begitu juga apabila teringat akan kereta-kereta mewah sudah pasti minda kita akan terbayang kereta Porche, BMW, Bently dan jenama-jenama hebat yang lain.

Seperti mana kita mempercayai dan menghormati orang yang berintegriti kerana kejujuran dan keikhlasan

mereka, begitulah juga dengan jenama yang dipercayai. Inilah antara ciri-ciri jenama yang berjaya memikat, mempengaruhi, dan menggoda kita sehingga kita mengambil keputusan untuk membelinya dan bukan jenama-jenama lain bagi jenis produk yang sama.

Sungguhpun terdapat banyak definisi terhadap maksud jenama, namun berdasarkan contoh di atas, kita dapat mendefinisikan jenama sebagai nama, tanda, simbol, atau rekabentuk atau gabungan kesemuanya yang bertujuan mengenal pasti produk atau perkhidmatan antara satu peniaga atau kumpulan peniaga serta membezakan mereka dengan peniaga-peniaga lain.

Menurut hartawan Sir Richard Branson, jenama melangkaui nama atau logo. Jenama sebenarnya adalah satu perjanjian atau satu kontrak dengan setiap pelanggan yang kita berurusan. Seandainya orang ramai merasakan apa yang ditawarkan oleh jenama tersebut tidak sampai ke tahap jangkaan yang diharapkan, mereka akan berhenti membelinya. Dalam bahasa mudah, jenama hanya nama atau identiti untuk sesuatu produk atau perkhidmatan yang membolehkan pelanggan mengenali serta membezakannya daripada produk-produk lain dalam kategori yang sama. Pada pelanggan, jenama membantu dan memudahkan mereka untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu produk atau perkhidmatan.

PENJENAMAAN

Page 27: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

27

TIPS & COACHING

Mengapa Perlu Jenama? Jenama yang menarik perlu mempunyai komitmen atau ‘walk the talk’ atau dalam bahasa mudah, ‘cakap serupa bikin’. Janji jenama atau brand promise perlu ditunaikan seperti mana janji jenama kereta mewah BMW dengan cogan kata sheer driving pleasure. Jenama ini secara berterusan memberi kepuasan kepada sasaran pelanggan kerana mereka telah menepati janji jenama mereka. Baru-baru ini, seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan, BMW Group Malaysia memperkenalkan sistem penjadualan perkhidmatan selepas jualan dalam talian. Tawaran baharu ini membolehkan pelanggan menyusun jadual servis kenderaan mereka secara langsung menerusi laman sesawang. Inisiatif digital seperti ini juga memberi lebih kemudahan dan ketenangan minda kepada para pengguna BMW. Inilah antara contoh terbaik jenama yang menepati janji. Pelanggan sentiasa mengingati jenama ini sebagai jenama yang boleh dipercayai seterusnya menularkannya melalui platform digital atau menyampaikan mesej ini secara lisan atau words of mouth marketing.

Menurut Donald Trump semasa menjadi usahawan dahulu, jenama boleh menjadi aset yang paling menguntungkan sekiranya diuruskan dengan sempurna dan disampaikan secara berkesan tentang nilai-nilai utama serta keunikan jenama berkenaan yang membezakannya dengan pesaing.

Seorang konsultan dalam bidang penjenamaan pula menjelaskan penjenamaan perlu mempunyai tiga aspek :

1. Remembered atau diingati Jenama perlu dibezakan secara jelas dengan pesaing supaya sentiasa tersemat di minda pelanggan.

2. Recognised atau dikenali Jenama perlu mendapat perhatian dan dikenali. Jenama akan bertapak kukuh sekiranya dianggap sebagai juara dalam pasaran. Contohnya, jika disebut perkataan beras, pasti ramai akan teringat beras berjenama Faiza.

3. Reward atau ganjaran Berniaga tentunya mengharapkan pendapatan, keuntungan, dan ganjaran dalam bentuk wang ringgit.

Teknologi dan Penjenamaan

Teknologi digital banyak mengubah persepsi terhadap sesuatu jenama. Kini jenama boleh dibangunkan dan diakses dengan lebih mudah, cepat, dan mampu dibuat promosi sepanjang masa kepada pelanggan. Kini tanggapan pelanggan terhadap sesuatu jenama bermula lebih awal sebelum berhadapan dengan produk itu sendiri. Ini boleh berlaku lama sebelum itu melalui media sosial seperti Website, Facebook dan Instagram. Keberkesanan penjenamaan kini banyak bergantung kepada kebolehan kita mengaplikasikan sepenuhnya secara efektif platform digital yang ada. Promosikanlah penjenamaan melalui

platform digital seiring dengan keperluan pasaran yang dibarisi oleh generasi digital pada masa kini.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah keperluan mendaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (My IPO) bagi mengelakkan logo, jenama dan reka bentuk produk kita daripada ditiru atau dicetak rompak. Perkara seperti ini baru sahaja berlaku dalam pasaran kita. Baru-baru ini, terdapat susu minuman bayi berjenama telah ditiru dan dijual sebagai produk asal.

Fahami Pelanggan

Perlu diingat bahawa jenama yang diurus dengan sempurna mampu membangun dan membawa keuntungan kepada perniagaan sekiranya dipromosikan kepada pelanggan. Kunci kepada isu ini adalah memahami siapa sasaran pelanggan kita dan apakah cita rasa mereka. Di samping itu, kita juga perlu memahami proses mereka membuat keputusan membeli kerana memahami senario ini membolehkan kita menjadi lebih inovatif menghasilkan produk dan mencipta jenama bagi kepuasan pelanggan dan pada masa yang sama memberi keuntungan kepada perniagaan kita sendiri.

Page 28: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

28

TIPS & COACHING

Jualan pakaiankosmetik makanan

Page 29: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

29

TIPS & COACHING

Bagi memudahkan pengiraan, katakan kos tetap RM2,500 dan kos berubah adalah RM7,500. Maka, jumlah kos adalah RM10,000 berbanding sebelum kenaikan harga. Jualan sehelai tudung pula adalah RM30 dengan kos RM10 sehelai. Ini bermakna, setiap tudung menyumbang RM20. Formula titik pulangan modal (breakeven point) ialah kos tetap dibahagi dengan sumbangan setiap unit jualan dan dalam isu ini, RM2,500 dibahagi dengan RM20 bersamaan 125. Ini bermaksud, anda perlu menjual 125 helai tudung untuk menampung kos keseluruhan perniagaan anda. Sekiranya jualan kurang daripada 125 helai, anda akan mengalami kerugian dan sebaliknya untung jika melebihi 125 helai berbanding 75 helai sebelum kenaikan kadar sewa.

Setelah memahami kesan kenaikan kadar sewa terhadap perniagaan anda, maka anda bolehlah memikirkan model perniagaan baru untuk menampung kenaikan kos. Anda mempunyai beberapa pilihan seperti berunding dengan tuan kedai untuk menaikkan kadar sewa pada kadar yang lebih rendah, meningkatkan jualan melalui promosi, meneroka pasaran baru dan banyak lagi cara inovatif yang boleh difikirkan.

Setiap perniagaan lazimnya menjadikan keuntungan sebagai objektif utama. Keuntungan ialah kiraan hasil jualan selepas ditolak kos.

Kos ialah perkara yang sering mempengaruhi jualan dan keuntungan. Pernahkah anda berhadapan dengan situasi kos meningkat membuatkan anda gelisah, bimbang dan tertekan? Contohnya, apabila anda menyewa kedai untuk berniaga dan diberitahu kadar sewa akan dinaikkan, apakah reaksi anda? Marah, risau, atau tidak ambil kisah?

Sekiranya hasil jualan anda hanya cukup menampung kos perniagaan, maka kadar kenaikan sewa tentu sekali merugikan anda. Seandainya isu ini berlarutan, aliran wang tunai akan terjejas dan akhirnya perniagaan anda akan ditutup. Situasi sebegini pernah berlaku kepada peniaga di sebuah kompleks perniagaan. Mereka terpaksa menutup perniagaan mereka apabila pengurusan kompleks perniagaan menaikkan kadar sewa.

Perniagaan anda tidak akan terjejas sekiranya kos sewa merupakan peratusan kecil sahaja daripada jumlah jualan. Namun, anda juga perlu menganalisis kesannya terhadap keuntungan. Menurut seorang usahawan berjaya yang beroperasi di sebuah pusat perniagaan mewah, kos sewa sepatutnya tidak melebihi 10% daripada jualan. Contohnya, jika jumlah jualan bulanan anda RM20,000 maka sewa yang perlu dibayar sepatutnya tidak melebihi RM2,000.

Anda perlu mengasingkan kos tetap (fixed cost) iaitu kos tersebut kekal tetap sama ada kuantiti jualan meningkat atau menurun. Dalam isu ini, sewa merupakan kos tetap. Walau setinggi mana pun jualan, kos sewa tetap begitu, tidak berubah. Contohnya, anda menyewa kedai seluas 500 kaki persegi untuk menjual tudung pada kadar sewa RM3 satu kaki persegi sebulan dan pemilik menaikkan kadar sewa kepada RM5 satu kaki persegi sebulan atau 66%, maka sewa anda terkini adalah RM2,500 berbanding RM1,500 sebelumnya. Jumlah sewa bulanan terkini merupakan kos tetap yang terpaksa ditanggung tidak kira berapa jumlah jualan anda. Sebaliknya, kos tudung yang anda jual akan berubah bergantung kepada jumlah jualan. Begitu juga dengan kos berubah (variable cost) lain seperti bayaran bil elektrik dan juga bayaran komisen jualan.

Setiap perniagaan lazimnya menjadikan keuntungan sebagai objektif utama. Keuntungan ialah kiraan hasil jualan selepas ditolak kos.

Page 30: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

TIPS & COACHING

OKT-DIS 201730

Page 31: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

31

PERNIAGAAN BERKEMBANG DENGAN ILMU

Pembinaan sesebuah bangunan sememangnya perlu bermula daripada asas berpandukan Standard Operation Procedure (SOP). Seperti

juga perniagaan, sememangnya perlu dirancang dan dibina secara berperingkat sehingga terbangunlah sebuah bangunan yang kukuh dan indah.

Inilah analogi yang telah dinyatakan oleh penceramah daripada syarikat Action Business Advisor Sdn. Bhd. (ABA), Encik Shamsul Afzan dalam ceramah beliau ketika sesi Borak Usahawan yang dihadiri 10 orang peserta di PKNS BizClub pada 14 Disember 2017 yang lalu. Beliau menyatakan, perniagaan perlu melalui enam peringkat pembangunan ;

1. Pembinaan Asas – Fundamental 2. Membangun Aliran Tunai – Profitability 3. Pengukuhan dan Bersistem – Building Efficiency 4. Pertumbuhan – Growth 5. Mengoptimumkan Potensi – Optimization 6. Kebolehan Dilabur – Investable

Sepanjang sesi yang berjalan selama setengah hari iaitu bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari, Encik Shamsul Afzan memberi penjelasan dan nasihat kepada para peserta berkaitan enam perkara tersebut.

Panduan ini, jika dilaksanakan dengan teratur, pasti mampu untuk membangunkan perniagaan seperti yang dirancangkan. Menurut Encik Shamsul Afzan, Pihak ABA juga menyediakan khidmat business coaching berbayar di pejabat mereka kepada usahawan yang berminat mengembangkan perniagaan mereka. Program hari ini berjaya membangkitkan kesedaran dalam kalangan peserta. Para peserta sedar bahawa untuk maju dalam perniagaan, mereka perlu mempunyai ilmu dan berusaha menuntut ilmu secara berterusan.

Seperti juga perniagaan, sememangnya perlu dirancang dan dibina secara berperingkat sehingga terbangunlah sebuah bangunan yang kukuh dan indah.

TIPS & COACHING

Encik Shamsul Afzan sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta

Page 32: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

32

TIPS & COACHING

MEMBENTUK BUDAYA KEUSAHAWANAN

Mutakhir ini ramai golongan muda yang mahu ter-libat dalam bidang keusahawanan. Hal ini mun-gkin berlaku kerana pekerjaan semakin sukar

diperolehi di samping terlibat dalam bidang keusaha-wanan sering dianggap sebagai salah satu cara untuk mengaut kekayaan.

Ramai orang di dunia ini mempunyai kebolehan untuk berniaga. Namun, untuk bergelar seorang usahawan itu masih ramai lagi yang belum berjaya. Terdapat perbezaan yang ketara antara orang yang bergelar usahawan dengan orang yang hanya boleh berniaga.

Seseorang usahawan tidak hanya sekadar berniaga. Mereka turut mencipta sesuatu yang baru pada masa yang sama. Selain itu, seorang usahawan juga ialah orang yang sentiasa berusaha, sanggup menerima pelbagai risiko, dan sentiasa dapat mengesan peluang perniagaan yang ada.

Bagi bergelar seorang usahawan dan bukan sekadar peniaga biasa, seseorang itu mestilah membentuk budaya keusahawanan di dalam dirinya. Membentuk budaya keusahawanan di dalam diri itu membawa maksud seseorang itu hendaklah sering melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan dan keusahawanan hampir setiap masa.

Bagi membentuk budaya keusahawanan, seseorangitu mestilah selalu berusaha untuk mencapai kejayaan.

Orang yang mudah berputus asa dan malas berusaha tidak layak untuk bergelar seorang usahawan. Hal ini kerana, untuk bergelar seorang usahawan itu bukan mudah sebenarnya. Banyak rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka.

Seseorang yang mahu bergelar sebagai usahawan mestilah membentuk budaya keusahawanan di dalam dirinya. Budaya keusahawanan yang dimaksudkan itu ialah :

Page 33: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

33

TIPS & COACHING

Selain itu, untuk bergelar seorang usahawan, antara sikap yang perlu ada dalam diri mereka ialah :

Islam sebagai agama yang mencakupi seluruh cabang kehidupan juga memandang penting tentang budaya keusahawanan. Hal ini kerana, Islam tidak mahu penganutnya sekadar menjadi masyarakat pengguna sahaja tetapi boleh terlibat dalam bidang keusahawanan pada masa yang sama. Ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi yang bermaksud, “Sembilan daripada sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan”.

Selain bergelar seorang nabi, Rasulullah sendiri adalah seorang usahawan sejati. Sejak baginda muda lagi baginda sudah berniaga dan menjadi usahawan yang berjaya. Tidak hairanlah Siti Khadijah telah memberi sepenuh kepercayaan kepada baginda untuk menguruskan barang dagangannya. Ini semua berlaku kerana Siti Khadijah sangat percaya dengan kemampuan baginda dalam berniaga.

Rasulullah sewajarnya menjadi ikon kepada setiap usahawan. Setiap usahawan wajar mempelajari dan mencontohi baginda dalam bidang perniagaan. Baginda boleh menjadi usahawan yang berjaya kerana baginda sejak kecil lagi telah membentuk budaya keusahawanan di dalam dirinya. Di samping itu, baginda juga mengamalkan sikap dan akhlak terpuji dalam kehidupannya.

Budaya keusahawanan ini perlu diterapkan dari peringkat awal lagi. Ahli keluarga dan pihak sekolah sewajarnya memainkan peranan yang amat penting. Pihak sekolah misalnya, mereka patut mengadakan program-program yang berkait rapat dengan keusahawanan untuk membentuk budaya keusahawanan dalam diri pelajar di samping mencungkil bakat pelajar dalam berniaga supaya mereka boleh menjadi seorang usahawan apabila mereka sudah dewasa.

Universiti-universiti awam dan swasta di negara ini juga wajar membentuk budaya keusahawanan di dalam diri pelajar mereka supaya boleh menjalankan perniagaan sendiri seandainya mereka tidak berjaya mendapat peluang pekerjaan. Seperti yang kita sedia tahu, ekonomi global sekarang berada dalam keadaan yang tidak menentu. Peluang pekerjaan semakin merosot hari demi hari. Maka dengan cara berniagalah para graduan universiti dapat meneruskan kehidupan mereka.

Antara program yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dan universiti untuk membentuk budaya keusahawanan dalam diri pelajar ialah dengan menganjurkan hari atau karnival keusahawanan. Dalam program itu semua pelajar diminta dan digalakkan untuk berniaga. Pelajar- pelajar yang berniaga di dalam program itu pasti dapat mempelajari asas-asas dalam perniagaan. Program itu juga sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada para pelajar untuk mereka menceburi bidang keusahawanan.

Ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk budaya keusahawanan dalam diri anak-anak mereka. Mereka mesti menggalakkan anak-anak mereka supaya menceburi bidang keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan universiti misalnya. Selain itu, bagi mana-mana ibu bapa yang sudah pun bergelar seorang usahawan, adalah sesuatu yang amat baik untuk mereka memberi pendedahan awal tentang dunia perniagaan. Anak-anak yang sudah terdedah kepada dunia keusahawanan sejak mereka kecil lagi pasti mempunyai semangat untuk bergelar seorang usahawan suatu hari nanti.

Masyarakat sekeliling juga boleh memainkan peranan penting dalam membentuk budaya keusahawanan di dalam diri anak-anak muda terutamanya. Mana-mana usahawan yang telah berjaya boleh membantu anak-anak muda ini dengan cara :

• Menaja forum atau konvensyen keusahawanan• Mengadakan program, bengkel, dan ceramah yang berkaitan dengan keusahawanan

• Memberi suntikan dana bagi mana-mana orang muda yang ingin berniaga

Jelaslah di sini bahawa budaya keusahawanan perlu diterapkan dalam diri setiap usahawan yang ingin berjaya. Budaya keusahawanan ini hendaklah diterapkan sejak dari kecil sehinggalah dewasa. Semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah, pihak universiti, dan masyarakat sekeliling perlu bekerjasama untuk membentuk budaya keusahawanan dalam diri setiap orang. Barulah bidang keusahawanan ini boleh diceburi oleh ramai orang.

Kreatif

Tidak sombong

Bertanggungjawab

Tidak malu untuk bergauldan bertanya

Mempunyai matlamatyang betul

Page 34: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

34

TIPS & COACHING

Antara punca mengapa sesebuah perniagaan itu sukar untuk berjaya adalah kerana perniagaan itu dengan perniagaan lain tidak mempunyai

perbezaan yang ketara. Ini bermaksud perniagaan yang kita lakukan dengan perniagaan orang lain adalah lebih kurang sama. Langsung tiada keunikan yang kita boleh paparkan kepada pelanggan. Lantaran itu, kita sukar sekali untuk meraih keuntungan. Keunikan adalah sesuatu yang sangat penting dalam perniagaan. Keunikan mampu memberi perbezaan kepada perniagaan kita dengan lain-lain perniagaan. Perniagaan yang unik akan sentiasa diingati oleh pelanggan. Keunikan dapat memberi identiti tersendiri dalam sesebuah perniagaan. Bukan itu sahaja, keunikan juga dapat memberi nilai tambah kepada sesuatu produk, perkhidmatan, syarikat dan diri kita juga sebagai usahawan. Produk yang mempunyai keunikan pasti lebih mahal dan berharga selain lebih laris di pasaran. Pada masa kini, keunikan adalah sesuatu yang sangat dipentingkan oleh pelanggan. Keunikan adalah antara cara paling berkesan untuk kita sebagai usahawan menguasai pasaran. Oleh sebab itulah mengapa ramai usahawan di luar sana bertungkus-lumus untuk mencari keunikan dalam produk atau perniagaan. Hal ini kerana, keunikan membolehkan sesuatu produk atau

perniagaan dikenali ramai oleh pengguna bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia.

Antara sebab mengapa kita perlu mempunyai keunikan dalam perniagaan kita ialah : a. Persaingan semakin sengit dalam dunia perniagaan b. Pelanggan mempunyai banyak pilihan c. Produk atau perkhidmatan yang lebih menonjol akan menjadi pilihan utama d. Pelanggan sentiasa mahu cepat dan pantas untuk semua perkara.

MENCARI KEUNIKAN DALAMPERNIAGAAN

Page 35: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

35

TIPS & COACHING

Walau bagaimanapun, untuk mencari keunikan dalam sesebuah perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Namun begitu, suka ataupun tidak kita tetap perlu mencarinya. Jika perniagaan kita tidak mempunyai keunikan, maka perniagaan kita akan menghadapi banyak persaingan. Antara cara untuk mencari keunikan dalam perniagaan ialah kita mesti memilih perniagaan yang jarang diterokai. Kita perlu mengelak daripada terlibat dengan perniagaan yang telah ramai orang ceburi. Misalnya, jika selama initelah ramai usahawan dalam talian menjual pen digital untuk mempelajari Al-Quran, kita sebagai usahawan dalam talian boleh menjual pula radio yang membolehkan orang mempelajari Al-Quran (seperti yang dilakukan oleh Cik Fara, pemilik JOC Quran Radio. Rujuk Facebook : JOC Quran Radio). Keunikan dalam perniagaan itu tidak lain dan tidak bukan ialah melakukan sesuatu yang luar biasa. Perniagaan yang unik ialah perniagaan yang bersifat baharu dan berbeza. Mana-mana perniagaan yang tidak mampu untuk mencari keunikan, maka sesebuah perniagaan tidak akan mempunyai pembaharuan atau perubahan.

Terdapat pelbagai cara untuk menimbulkan keunikan dalam perniagaan. Di atas tadi telah dinyatakan cara menimbulkan keunikan dalam produk atau barangan. Namun, keunikan sebenarnya juga boleh ditimbulkan melalui jenama, perkhidmatan, dan pemasaran. Dalam perkhidmatan makanan misalnya, jika selama ini banyak restoran menjual makanan yang lebih kurang sama seperti nasi bungkus untuk makan tengah hari misalnya, kita sebagai usahawan tawarkan menu Nasi Serai untuk makan tengah hari pula. Barulah akan ramai pelanggan yang akan datang ke restoran kita. Hal ini kerana kita menawarkan sesuatu yang luar biasa.

Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk kita sebagai usahawan boleh mencari keunikan dalam perniagaan. Antaranya ialah:

1. Sentiasa berfikir 2. Sentiasa cakna dengan masalah pelanggan3. Sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan4. Sentiasa melakukan kajian terhadap pasaran5. Sentiasa meneliti permintaan pasaran6. Selalu membaca.

Meskipun begitu, keunikan yang hendak kita tawarkan dalam perniagaan kita mestilah logik di akal setiap manusia. Kita tidak boleh menawarkan keunikan sama ada dalam produk atau perkhidmatan kita dengan sewenang-wenangnya. Seandainya kita menawarkan produk atau perkhidmatan yang terlalu unik tetapi tidak relevan untuk digunakan oleh seorang manusia, maka keunikan yang kita wujudkan itu ialah keunikan yang bersifat sia-sia. Misalnya, sebuah baju hujan yang digabungkan bersama payung telah dihasilkan oleh sebuah syarikat daripada China. Sekali lihat pasti kita mendapati bahawa

ciptaan itu sesuatu yang sangat berguna. Namun, apabila diteliti, ternyata ciptaan itu sebuah ciptaan yang sia-sia sama sekali. Hal ini kerana, baju hujan itu bukan sahaja kelihatan lucu, malah hanya mampu melindungi pengguna daripada hujan di bahagian pinggang ke atas sahaja. Bahagian kaki tetap akan basah ditimpa hujan juga.

Sesungguhnya keunikan adalah sesuatu yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Jika kita mengabaikan keunikan dalam perniagaan, pasti kita sebagai usahawan akan terus ketinggalan. Justeru, kita janganlah berasa sedih apabila melihat pesaing-pesaing kita telah maju ke hadapan dengan perniagaan mereka yang penuh dengan keunikan. Oleh itu, kita perlu segera mencari keunikan dalam perniagaan supaya kita juga boleh terus bertahan dalam dunia keusahawanan.

01

02

03

04

Produk atau perkhidmatan lebih mudah dipasarkan

Produk atau perkhidmatan lebih dikenali oleh pelanggan

Produk atau perkhidmatan lebih dipercayai oleh pelanggan

Produk atau perkhidmatan lebih laris di pasaran

Antara faedah sesuatu perniagaan itu mempunyaikeunikan ialah :

Page 36: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

BAJET 2018

OKT-DIS 201736

TIPS & COACHING

Membangun PKS

Page 37: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

37

TIPS & COACHING

Bajet 2018 dengan tema “Memakmurkan Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”, dibentangkan pada 27 Oktober 2017, dengan memberi perhatian besar kepada usaha membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Bajet 2018 berjumlah RM280.25 bilion ini, merupakan usaha meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 41 peratus menjelang 2020.

Bajet 2018-Membangun

PKS

1

3

2

4

5

Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan untuk modal kerja dan sektor perkhidmatan: (RM7b)

Pinjaman di bawah SJPP membolehkan PKS mengautomasikan pengeluaran: ( RM1b)

Skim pembiayaan PKS patuh Syariah dengan subsidi kadar keuntungan 2%: (RM1b)

Latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp: (RM200j)

Pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi: (RM82j)

Di antara langkah mengukuhkan PKS adalah:

Encik Mahiruddin-Kontraktor G5

‘‘Alhamdulillah bajet 2018 telah memperuntukkan jumlah dana besar untuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sememangnya kekangan kewangan merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh usahawan PKS dan dengan peruntukan ini akan memudahkan PKS memajukan bisnes mereka.’’

“Sebagaimana kita tahu bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada tahun lepas berjumlah RM280.25B merupakan bajet yang paling besar dalam sejarah pembangunan negara. Ini petanda baik bagi usahawan. Sungguhpun begitu, peruntukan pembangunan hanya berjumlah RM46B atau 20% sahaja selebihnya ialah peruntukan pengurusan”.

“Namun jika ditanya apa pandangan saya terhadap bajet 2018 khususnya yang berkaitan dengan pembangunan usahawan jawapan saya, dengan adanya bajet yang besar ini tentunya ia sangat baik. Walau bagaimanapun, kita perlu lihat kembali bagaimana skim-skim tersebut disalurkan dan sejauh manakah keberkesanannya dalam meningkatkan pendapatan usahawan,” ujar Masdar Affandi sewaktu ditemui oleh wakil PKNS BizPoint baru-baru ini. Ujarnya lagi, bajet yang berkaitan langsung dengan pembangunan usahawan seperti di bawah, perlu diberikan perhatian;

1. Pengukuhan PKS antaranya:

i.Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah dengan subsidi kadar keuntungan 2% berjumlah RM 1B. ii.Latihan, geran dan pinjaman mudah PKS, SME Corp berjumlah RM200 juta.iii.Pembangunan Industri dan Produk Halal di Pelbagai Agensi berjumlah RM80 juta. 2.Pembiayaan Mikro:

i. Pinjaman Dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) berjumlah RM500 juta.ii. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) berjumlah RM200 juta.iii. Skim Pembayaran Ekonomi Desa (SPED) bagi usahawan Bumiputera desa berjumlah RM80 juta.

Ulas beliau lagi, mungkin ramai usahawan yang mendapat bantuan berupa geran secara langsung bagi menambah modal kerja dan ada juga yang mendapat geran secara tidak langsung seperti geran pendidikan berupa kursus dan latihan. Namun ramai lagi usahawan yang belum pernah berpeluang mendapat geran atau sebarang bantuan daripada skim-skim seperti yang diperuntukkan itu.

“Lantaran itu, kerajaan perlu meninjau kembali keberkesanan skim-skim tersebut yang selama ini disalurkan melalui agensi yang diamanahkan oleh kerajaan seperti Teraju, SME Corp, TEKUN, AIM, SPED dan lain-lain,” akhiri Masdar Affandi.

Encik Masdar Affandi Bin Tami-TIMBALAN YANG DIPERTUA PERDASAMA SELANGOR

Page 38: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

38

TIPS & COACHING

MENGAPA MEMINJAM?

Dalam dunia keusahawanan, modal atau dana merupakan faktor penting yang menggerakkan sesebuah perniagaan. Modal diperlukan bagi

tujuan membeli bahan mentah, mengembangkan perniagaan, membeli mesin atau peralatan, menambah bekalan stok dan meneroka peluang perniagaan baru. Suntikan modal pula boleh diperolehi sama ada melalui sumber dalaman seperti simpanan daripada hasil keuntungan perniagaan yang diusahakan atau melalui pinjaman-pinjaman daripada institusi kewangan. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru mula berniaga atau start up kerap menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman berbanding syarikat besar yang sudah lama beroperasi. Realitinya, banyak bank-bank komersial berebut menawarkan pinjaman pada kadar yang menarik kepada syarikat besar kerana mereka sudah kukuh dan mempunyai reputasi dan track record pembayaran balik pinjaman yang baik. Berlainan pula dengan PKS terutamanya yang baru beroperasi, mereka sering menghadapi masalah mendapat bantuan pinjaman kerana kurang mendapat keyakinan daripada institusi kewangan.

Rancangan Perniagaan

Rancangan Perniagaan adalah dokumen yang disediakan bagi menggambarkan latar belakang usahawan dan perancangan perniagaan dari segi maklumat pengurusan, perihal produk, strategi pemasaran, aspek kewangan dan belanjawan. Rancangan Perniagaan ialah dokumen yang menerangkan hala tuju syarikat dan strategi untuk mencapainya. Dokumen ini juga diibaratkan seperti peta minda kepada pembacanya serta menjadi petunjuk atau panduan kepada perniagaan berkenaan ke arah mencapai matlamat kejayaan. Semua usahawan sama ada

PKS, start up atau perusahaan besar perlu menyediakan Rancangan Perniagaan ketika memohon pinjaman. Bagi pihak institusi kewangan pembiayaan, rancangan perniagaan digunakan bagi menilai kesungguhan pemohon atau usahawan dalam menguruskan perniagaan, merancang, dan mengatur strategi aktiviti perniagaan. Daripada Rancangan Perniagaan itu, pihak institusi kewangan boleh mengenal pasti sama ada perniagaan berkenaan wajar atau tidak diberi pinjaman.

Penilaian 6C

Di samping penilaian Rancangan Perniagaan seperti yang telah dinyatakan, institusi kewangan juga menggunakan prinsip 6C bagi menilai taraf risiko kredit peminjam. Menurut seorang wakil institusi kewangan dalam ceramah beliau kepada usahawan, 6C merangkumi;

• Perwatakan (Character) Perwatakan peminjam diambil kira dalam menilai sesuatu permohonan. Peminjam yang mempunyai perwatakan baik dan dihormati lebih mudah dipercayai oleh institusi kewangan. Perwatakan yang baik merujuk kepada sifat amanah peminjam untuk membayar hutangnya pada masa yang ditetapkan. Institusi kewangan akan membuat pemeriksaan permohonan terutamanya melalui sistem Credit Tip-Off Service (CTOS) dan Central Credit Reference Information (CCRIS).

• Keupayaan (Capacity)Keupayaan untuk membayar balik pinjaman dari segi pengalaman dan kemahiran menguruskan perniagaan. Aspek lain yang dilihat ialah umur dan tahap kesihatan peminjam bagi memastikan peminjam mampu menjalankan perniagaannya tanpa sebarang gangguan.

Page 39: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

39

TIPS & COACHING

• Modal (Capital)Modal berbayar melambangkan komitmen kewangan daripada usahawan dalam sesuatu perniagaan. Semakin besar modal yang disuntik ke dalam sesuatu perniagaan, semakin komited seseorang usahawan itu terhadap perniagaannya.

• Cagaran (Collateral) Institusi kewangan menilai cagaran aset yang ingin disandarkan oleh peminjam bagi menjamin pinjamannya. Cagaran yang disandarkan sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko kredit. Cagaran yang diterima ialah tanah, bangunan, amanah saham, atau simpanan deposit tetap.

• Aliran Tunai (Cashflow)Aliran tunai berbeza dengan untung rugi yang diwakili oleh angka di atas kertas yang terhasil daripada operasi sesuatu perniagaan. Aliran tunai perlu merujuk kepada wang ringgit sebenar yang ada dalam simpanan peminjam. Pembayaran pinjaman dibuat menggunakan aliran tunai dan bukannya keuntungan sesuatu perniagaan. Institusi kewangan menjalankan analisis kredit pada kekuatan aliran tunai peminjam bagi mengukur keupayaan membayar balik pinjaman.

• Keadaan (Condition)Ini merujuk kepada faktor persekitaran yang mempunyai kesan kepada prestasi perniagaan peminjam. Faktor-faktor tersebut seperti persaingan, dasar dan insentif kerajaan, pembangunan teknologi, pasaran mata wang serta harga minyak.

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dinyatakan, maka amat penting bagi usahawan-usahawan yang hendak memohon pinjaman untuk memajukan perniagaan mereka mengambil berat tentang maklumat yang diperlukan oleh institusi kewangan. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah Rancangan Perniagaan dan memenuhi kehendak 6C.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru mula berniaga atau start up kerap menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman berbanding syarikat besar yang sudah lama beroperasi.

Page 40: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

40

PERNIAGAAN LUAR NEGARA

Di antara strategi pemasaran untuk membangunkan perniagaan adalah dengan melebarkan perniagaan sedia ada ke pasaran baru. Kini usahawan berpeluang menerokai pasaran Association of South East Asia Nation (ASEAN) yang menggabungkan sepuluh buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura,

Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, Filipina dan Thailand .

Gabungan negara ASEAN sebagai suatu entiti pasaran, mempunyai populasi seramai 650 juta orang dengan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah $2.55 trilion pada tahun 2016, menjadikan ASEAN sebagai sebuah pasaran yang amat berpotensi untuk diterokai. Perjanjian ASEAN Free Trade Agreement (AFTA) telah memperuntukkan 97% daripada produk negara ahli sebagai produk bebas cukai untuk memudahkan perdagangan. Pasaran ini juga mempunyai kelebihan kepada usahawan kita kerana berhampiran dari segi geografi, budaya, cita rasa dan agama yang memudahkan perhubungan dan pemantauan.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa perkara tertentu yang usahawan perlu ambil cakna ketika berurusan dengan pasaran ini seperti adat resam, bahasa, dan agama yang berbeza di antara negara-negara ASEAN. Untuk maklumat lanjut, usahawan boleh menghubungi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara Malaysia (MATRADE) yang sedia membantu.

MENGEKSPORT KE PASARAN ASEAN

Page 41: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

41

PERAKAUNAN

Sepuluh negara menjadi pasaran tunggal.

ASEAN pasaran ke-6 terbesar di dunia.

Produk Malaysia di ASEAN.

Produk Malaysia di ASEAN.

PASARAN ASEAN BERPOTENSI BESAR

PERNIAGAAN LUAR NEGARA

Page 42: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

NAMA NAMA SYARIKAT JENIS PERNIAGAAN EMAILBIL

AHLI BizClub

OKT-DIS 201742

JARINGANUSAHAWAN

Siti Norrihan Binti Haron

Jamilah Binti Abu Hassan

Siti Hajar Binti Abdullah

Hazlina Bt Mat Fiah

Wan Ahmad Hishamudin Wan Zabidi

Suriyani Ismail

Norhayati Suzari

Mohamad faizan Mohamad Yahaya

Nurul Aidawahyuni Aminuddin

Afiq Syazwan Nor Rashid

Asrul Zaidi Jamaluddin

Mastura Mohaamd Sidek

Noor Shahalina Jamaludin

Rika Tahir

Noriwan Binti Merican

Norsham Ismail

Azman Idrus

Aliza Ngah Rawi

Adli-Noone

Helwa Sofni Md Isa

Ahmad Redzuan Bin Abd Rahman

Mohd Azwan Bin Suhaimi

Megat Ismail Bin Megat Nasir

Mohd Azlan B. Abu Bakar

Armitafizati Mohd Zin

Qamarul Hazimin Shaipuddin

Nor Adawiyah Mohamad

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Ever Green Resources

Testbits Sdn Bhd

De’Xandra

Testbits Sdn Bhd

Hasyiefa Global Empire

Azam Pandan Sdn Bhd

Skilzon Media

Freelance Entertainer

KWM

KWM

Harta dan Pusaka

MyJuss Enterprise

Idea Cad Tech Creative Solutions

Aiss Efektif Services

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Strategy Partners Engineering

Click Corporate Sdn Bhd

Kausar Wealth Management

Fadin Resources

Metadata System Technologies

Wasiat/hibah

Wasiat/hibah

Wasiat/hibah

Trading Services

Sofware Testing

Perfume

Sofware Testing

Affiliate Mtkg

FNB

Online Mktg Service

Entertainment

Wealth Management

Wealth Management

Pengurusan Harta dan Pusaka

Food Distribution & Consultant

Auto Cad Consultan

Construction/Safety

Wasiat/hibah

Wasiat/hibah

Wasiat/hibah

Wasiat/hibah

Maintenance, Service and Repair

Incorporation Sdn Bhd

Transport and logistic

wasiat

Fnb, Marin Equipment

WEB DESIGN

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

25

23

26

24

27

Mtrans Logistics &Transportation Solutions

Page 43: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

NAMA NAMA SYARIKAT JENIS PERNIAGAAN EMAILBIL

AHLI BizClub

OKT-DIS 201743

JARINGANUSAHAWAN

Salam Berahim

Mohammad Syarifuddin Ahmad Nazan

Zukahida Bt Kasim

Nurdiana Bt Idris

Mohd Salleh Esa

Kamariah Binti Atan

Ashaari At Tamimi

Norashiqien Ishak

Ashaari At Tamimi

Mohd Faisal Haji Abas

Mohd Esa Bin Ab Aziz

Saadiah Jamal

Siti Nurhanis

Rahana Mohd Dahari

Nurzailin Bt Zainudin

Walizawati Binti Abdul Adzani

Nor Asmawar Binti Hamzah

Nurliyana Binti Mohd Faudzi

Zamila Binti Abdullah

Dayang Suriati Binti Robidin

Mohammad Tarmizi Bin Misnadar

Mazaliza Che Mustaffa

Nur Syafiqah Amira Binti Sohaimi

Noryati Binti Masran

Abdullah Jamadi Bin Abdul Rahim

Mohd Ezwan Bin Masdar

Ahmad Benny Bin Ramli

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

DCG Network

MyJuss Enterprise

Kolam Emas Sdn Bhd

Usahawan

Fly Gshock Biz

Famous Creative (M) Sdn Bhd

Dsara Tamimi Enterprise

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Insdos Solution Sdn Bhd

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

One Light International Sdn Bhd

Nuansa Media Planner

Fleur By Lin Activ

Abaya.co

Mawar Sdn Bhd

Liza & Fauzi Enterprise

Millia Collection

Melova Store

Flexible Online Sdn Bhd

CIMB Wealth Advisor

Rikna Maya Enterprise

Hibrak Resources Sdn Bhd

Minda Profesional Sdn Bhd

Arab Kuasa Resources

Organic Drink

Food Distribution & Consultant

Bakery

Pakaian Muslimah, Kosmetik

Aksesori / Jam

Pakaian Wanita

Fnb

Consultant Wasiat

Consultant Wasiat

IT Services

Consultant Wasiat

Consultant Wasiat

Financial Consultant

Media Planner/Pr Agensi

Pewangi Kereta

Jubah Arab Wanita

Barangan Preloved

Tupperware & Sandwich

Pakaian Muslimah

Clothing / Pants

Cosmetic

Pakaian Wanita

Unit Trust, ASB, PRS

Pakaian Batik

Consultancy / Training

Training / Consultant

Electrical & Mechanical Contractor

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

Mz Consulting & Management Services

Page 44: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

44

TEKNOLOGI

senangKIRA MEMBANTU USAHAWAN DALAM TALIAN

Perniagaan dalam talian semakin berkembang hari demi hari. Hampir setiap masa ada sahaja usahawan dalam talian muncul di negara ini.

Hal ini kerana, perniagaan dalam talian bukan sahaja mudah untuk dikendalikan malah mampu membawa keuntungan yang lumayan. Oleh sebab itulah kita melihat begitu ramai orang ingin menceburi perniagaan dalam talian pada masa sekarang.

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan usahawan dalam talian ini berupaya untuk mendapat ramai pelanggan. Walau bagaimanapun, dalam hal pendokumentasian, kebanyakan usahawan dalam talian telah menemui kegagalan. Kebanyakan usahawan dalam talian tidak mampu untuk menguruskan dokumen perniagaan mereka dengan cara yang betul.

Dokumen yang dimaksudkan di sini ialah dokumen yang berkaitan dengan pesanan pelanggan, penghantaran barang, jualan, pemasaran, perakaunan, dan sebagainya. Dokumen-dokumen sebegini tidak dapat diuruskan oleh kebanyakan usahawan dalam talian dengan sempurna. Mereka sekadar ‘menyimpan’ semua dokumen-dokumen tersebut dalam aplikasi Whatsapp, Telegram, atau Facebook Messenger sahaja.

Antara kesan kegagalan usahawan dalam talian menguruskan semua dokuman itu ialah :

i. ii.

iii.

Oleh yang demikian, INMA Tech Sdn. Bhd. telah menghasilkan sebuah aplikasi yang amat canggih untuk membantu usahawan dalam talian di luar sana. Aplikasi yang dimaksudkan ialah aplikasi senangKIRA. Aplikasi senangKIRA adalah sebuah aplikasi yang mudah digunakan untuk merekod jualan dengan hanya menggunakan teknik copy and paste. Aplikasi ini sangat memudahkan semua usahawan dalam

talian kerana aplikasi ini dapat membantu dari segi melancarkan perjalanan kerja, menjimatkan masa, memudahkan pendokumentasian perniagaan dan mewujudkan perniagaan yang lebih bersistem. Mana-mana usahawan dalam talian yang menguruskan jualan melalui aplikasi Whatsapp, Facebook Messenger, Telegram, dan sebagainya boleh menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma di Google Playstore dan Apple AppsStore.

Antara fungsi aplikasi ini ialah :

Menyusun maklumat dan datapelanggan

Merekod jumlah pesanan sesuatuproduk yang dibuat oleh pelanggan

Membantu dalam penyediaan dokumen yang berkaitan dengan perakaunan.

Menyimpan maklumat dan datapelanggan

Menyemak pembayaran dan status pengeposan di syarikat kurier

1

2

3

4

5

Sukar untuk mengesan jualan produk atau perkhidmatan yang telah dilakukanSukar untuk mengetahui jumlah keuntungan sebenar perniagaan Sukar untuk mengetahui sama ada perniagaan mencapai keuntungan atau kerugian

Page 45: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

45

TEKNOLOGI

Boleh digunakan pada bila-bila masadan di mana sahaja

Boleh digunakan secara percuma

Membantu dalam mengesan masa pesanan dibuat oleh pelanggan

Membantu usahawan dalam talian untuk melakukan pemasaran

Mudah digunakan

Membantu stokis dan agen dalammengesan prestasi jualan dropshipper

Membantu dalam mengesan lokasi sebenar pelanggan

Bersifat automatik

Antara kelebihan aplikasi ini

ialah :

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, aplikasi senangKIRA ini dibangunkan oleh INMA Tech Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah sebuah syarikat teknologi yang berteraskan pembangunan aplikasi telefon pintar untuk dunia perniagaan dalam talian yang diasaskan oleh empat orang usahawan dalam talian serta teknologi iaitu Encik Khairoul Nazim bin Kamaruddin (Pengarah Urusan), Encik Norazak Zaha bin Zainal Abidin (Ketua Pegawai Teknologi), Encik Hirman bin Razali (Ketua Pembangunan Aplikasi), dan Encik Muhamad Adi Guntor bin Md Din (Pengarah Operasi).

Dunia perniagaan dalam talian kini semakin mudah dengan wujudnya aplikasi senangKIRA. Menggunakan aplikasi ini, seseorang usahawan dalam talian bukan sahaja dapat membuat pendokumentasian perniagaan dengan betul, malah dapat melonjakkan lagi jualan mereka. Sesungguhnya kehadiran aplikasi senangKIRA ini sangat membantu semua usahawan dalam talian yang ada di negara ini.

1

2

3

4

5

7

8

9

Page 46: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 201746

PROJEK PKNS

Page 47: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 201747

PROJEK PKNS

Telefon: 03-552 50300 016-251 0113

Page 48: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

48

TAKWIMBPU

NOVEMBER 20171 2 3

20 21 22

27 28 29 30

23

I S R K J S

4

6 7 8

1

9 10

2 3

11

13 14 15 16 17 18

22 25

A

5

12

19

2624

• Kursus Pengurusan Trafik di Tapak Binaan ( 10 Mata CCD CIDB)

• Kursus Pengurusan Sumber Manusia (Siri 1)

• Pra Konvensyen PROTUNe 2017

• Konvensyen PROTUNe 2017

• Kursus “ How To Start A Business”

OKTOBER 2017I S R K J S

2 3 4 5 6 7

9 10 11 12 13 14

16 17 18 21

8

15

22

23 24

30 31

25 26

20

28 2927

19

I S R K J S A

1

• Kursus Proses Perniagaan & Perakaunan SBS

• Kursus Pengendalian Makanan • Penghakiman Buku Laporan Syarikat PROTUNe

I S R K J S

1 2

4 5 6 7 8 9

11 12 13 16

18 19 20 21

1514

I S R K J S A

3

10

17

2322 24

25 26 27 28 3029 31

• Kursus Pengurusan Sumber Manusia (Siri 2)

• Kursus Kesedaran Qlassic (10 Mata CCD CIDB)

• Propa Jumbo Sale X Karnival Teratak Glam• Borak Usahawan : 6 Langkah Utama Usahawan Berjaya Amalkan Dalam Membina Bisnes

• Majlis Graduasi GROW 2017

DISEMBER 2017

Page 49: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

49

Lengkapkan maklumat yang disediakan di bawah dan hantar melalui aplikasi WhatsApp @ email ke alamat yang dinyatakan di atas.

Sekiranya anda berminat, lengkapkan maklumat di ruangan yang disediakan di bawah, ambil gambar dan hantar menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 013-3437542 atau email ke [email protected]. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS di talian 03-55668588

Kerana Kami di Majalah PKNS BIZ POINT Kini MEMBUKA RUANGAN IKLANKepada usahawan BUMIPUTERA yang berminat untuk mempromosikanperniagaan masing-masing.

Menerusi iklan ini, perniagaan anda akan dikenali ramai kerana kamimengedarkan ini ke seluruh negara.2,500

buah cetakanm a j a l a h

SLOT MAJALAH

Page 50: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

50

PERNIAGAAN PILIHAN

MIZAUSAHAWAN MENCARI KELAINAN

Saat melangkah masuk ke kedai My Mom Kekaboo di Kompleks PKNS Shah Alam milik Ramizah binti Yusof atau lebih mesra dipanggil Miza ini, pelanggan

pasti akan merasai suasana ceria. Hal ini kerana, kedai yang menjual cadar, sarung bantal, comforter, tilam dan bantal kekabu ini diwarnakan dengan warna-warna yang ceria sesuai dengan sasaran pelanggan yang datang ke kedainya iaitu ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Beliau yang baru tiga bulan membuka kedai tersebut berasa puas bergelar seorang usahawan. Beliau kini banyak menerima tempahan bantal yang diperbuat daripada kekabu oleh pelanggan-pelanggan yang datang ke kedainya.

Sebelum berniaga di Kompleks PKNS Shah Alam, Miza terlebih dahulu berniaga selama dua tahun di GM Klang. Namun, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Kompleks PKNS Shah Alam memandangkan perniagaan beliau kurang mendapat sambutan di sana. Tindakan yang diambil oleh beliau ini amat selari dengan konsep hijrah yang ada dalam agama Islam.

“Pelanggan di GM Klang tidak ramai yang tahu tentang bantal kekabu. Jadi, susah untuk saya menjual bantal-bantal dan tilam-tilam kekabu saya. Oleh sebab itulah saya berpindah ke sini. Pelanggan di sini ramai yang tahu dan berminat dengan bantal dan tilam kekabu. Jadi, perniagaan saya boleh berjalan dengan lebih baik di sini,” ujarnya. Selain menjual bantal dan tilam kekabu,

beliau juga menjual pakaian dan telekung kanak-kanak di samping mengusahakan perkhidmatan menghias belon di majlis-majlis keraian. Terbaru, beliau menerima tempahan menghias belon di majlis seorang pelakon terkenal iaitu Syafiq Kyle.

Apabila ditanya tentang kaedah pemasaran yang beliau gunakan sehingga perniagaan beliau begitu berjaya, beliau menjawab, “Saya menggunakan strategi pemasaran dari mulut ke mulut (words of mouth). Selain itu, saya turut menggunakan Facebook dan Instagram untuk memasarkan perniagaan saya kepada orang ramai,” jelas beliau dengan nada ceria.

Sebagai seorang usahawan, beliau pasti tidak akan terlepas daripada menghadapi cabaran dalam perniagaan. Beliau menyatakan, antara cabaran yang beliau hadapi sepanjang terlibat dalam perniagaan ini ialah kesukaran untuk mencari pembekal iaitu pembekal kain, kekabu, dan baju-baju yang bercorak kartun untuk kanak-kanak.

“Kadang-kadang ada pelanggan yang mahu kain bantal berwarna merah tetapi tiada pembekal yang boleh menyediakan kain yang berwarna merah yang boleh saya gunakan untuk membuat bantal. Itulah antara cabaran yang saya hadapi,” kata beliau.

Setiap usahawan pasti mempunyai impian untuk memajukan perniagaan mereka pada masa hadapan.

Page 51: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

Info Ringkas

OKT-DIS 201751

PERNIAGAAN PILIHAN

Menurut Miza, beliau merancang untuk membuka sebuah kiosk yang boleh meletakkan bantal-bantal kekabu beliau di mana-mana pejabat kerajaan. Menurut wanita berusia 32 tahun ini, antara barang yang paling laris terjual di kedai beliau ialah bantal kekabu bersaiz kecil di samping baju tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Pelanggan suka menempah bantal kekabu yang bersaiz kecil untuk anak-anak mereka,” kata beliau sambil tersenyum.

Apabila ditanya tentang faktor kejayaan beliau sehingga mampu membuka perniagaan beliau sekarang, beliau menjawab, “Sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan adalah antara faktor kejayaan saya sehingga mampu untuk membuka perniagaan ini.”

Mana-mana perniagaan jika hendak mendapat perhatian pelanggan mestilah mempunyai keunikan. Menurut Miza, keunikan perniagaan beliau adalah tidak ada peniaga lain lagi menjual bantal atau tilam yang diperbuat daripada kekabu di kompleks PKNS tersebut. Oleh sebab itulah, bantal dan tilam kekabu beliau sering menjadi buruan pelanggan.

Miza berkata, antara sebab beliau terfikir untuk membuka perniagaan sendiri adalah disebabkan beliau sudah tidak berdaya lagi untuk bekerja secara makan gaji. Beliau yang mempunyai pengalaman menjual jubah selama sepuluh hasil bekerja di beberapa buah kedai di Kompleks PKNS sebelum ini telah menggunakan pengalaman yang beliau ada untuk memajukan perniagaan beliau sekarang.

Di akhir bicara, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak PKNS kerana telah memberi peluang kepada beliau untuk berniaga di Kompleks PKNS Shah Alam.

Nama :

Umur :

Alamat :

No. Tel :

FB :

Ramizah binti Yusof

32 Tahun

Lot 117, Tingkat 1, Kompleks PKNS, 40000, Shah Alam, Selangor

019-3735413

mymomkekaboo

Sebelum berniaga di Kompleks PKNS Shah Alam, Miza terlebih da-hulu berniaga selama dua tahun di GM Klang. Namun, beliau mengam-bil keputusan untuk berpindah ke Kompleks PKNS Shah Alam me-mandangkan perniagaan beliau ku-rang mendapat sambutan di sana. Tindakan yang diambil oleh beliau ini amat selari dengan konsep hijrah yang ada dalam agama Islam.

Produk kekabu tarikan kedai MIZA

Page 52: 46...04PROTUNe KONVENSYEN TUNAS NIAGA 2017 22 GRADUASI GROW 2017 46 PROJEK PKNS CASSIA M E R EAL ISASI ASPIR ASI U SAH AWA N BIL 60 2017 OKT-DIS 2017 2 Budaya Keusahawanan Keusahawanan

OKT-DIS 2017

52

FOKUS

PRO DAGANGJUL - SEP 201752