45 nota

1
Sebagaimana dirancangkan pertandingan sebelum Hari Kokurikulum, Pertandingan permainan berlangsung pada pukul 3.30 petang.Semua peserta yang hadir telah disusun dalam pasukan masing-masing iaitu Bola sepak,Sepak takraw dan bola baling serta diberi penerangan tentang peraturan permainan.Setelah tamat memberi penerangan setiap pasukan diarahkan beredar ke tempat pertandingan masing-masing.Pertandingan ini dijalankan secara liga pusingan pertama dan kalah singkir dalam pusingan kedua.Para penyokong pula duduk sekeliling padang.Manakala ibu bapa yang hadir disediakan kerusi.Pertandingan telah dimulakan dengan peniupan wisel oleh ketua pengadil. Murid-murid yang mengambil bahagian adalah mengikut rumah sukan masing-masing iaitu rumah Merah,Biru,Hijau, dan Kuning. Setelah selesai petandingan permainan pada 19 September 2012 saya mulalah menyediakan barangan keperluan untuk pertandingan kawad kaki dan pertandingan perkhemahan yang akan berlangsung pada 27 September 2012.Selain daripada itu, saya juga berjumpa sekali lagi pihak agensi luar sebelum tiga hari pertandingan untuk mengesahkan kehadiran dan persembahan mereka.Saya juga mengadakan mesyuarat kali ke tiga bersama dengan guru-guru untuk mengesahkan persediaan masing-masing.Setelah semua selesai dan puas hati saya memaklumkan pada mentor. Sepertimana yang dirancang pada 27 September 2012 bermulalah Hari Kokurikulum dengan nyanyian lagu-lagu rasmi diikuti dengan ucapan Persamian Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Azura bt Abdul Aziz.Setelah selesai ucapan beliau,beliau memeriksa perbarisan kesemua unit-unit beruniform yang terlibat.Kemudian,pertandingan kawad kaki dimulakan.Setelah selesai pertandingan kawad kaki,pertandingan memasang khemah pula dijalankan.Sementara menunggu keputusan daripada hakim persembahan daripada pihak bomba di adakan iaitu Demonstrasi Memadam Api aktiviti ini dapat menarik perhatian murid dan murid-murid menunjukkan rasa keseronokkan semasa api dipadamkan.Beberapa orang guru juga turut terlibat dalam aktiviti memadam api.Aktiviti ini telah mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Upload: will-leu

Post on 23-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PEACE

TRANSCRIPT

Page 1: 45 NOTA

    Sebagaimana dirancangkan pertandingan sebelum Hari Kokurikulum, Pertandingan permainan berlangsung pada pukul 3.30 petang.Semua peserta yang hadir telah disusun dalam pasukan masing-masing iaitu Bola sepak,Sepak takraw dan bola baling serta diberi penerangan tentang peraturan permainan.Setelah tamat memberi penerangan setiap pasukan diarahkan beredar ke tempat pertandingan masing-masing.Pertandingan ini dijalankan secara liga pusingan pertama dan kalah singkir dalam pusingan kedua.Para penyokong pula duduk sekeliling padang.Manakala ibu bapa yang hadir disediakan kerusi.Pertandingan telah dimulakan dengan peniupan wisel oleh ketua pengadil.

            Murid-murid yang mengambil bahagian adalah mengikut rumah sukan masing-masing iaitu rumah  Merah,Biru,Hijau, dan Kuning.

Setelah selesai petandingan permainan pada 19 September 2012 saya mulalah menyediakan barangan keperluan untuk pertandingan kawad kaki dan pertandingan perkhemahan yang akan berlangsung pada 27 September 2012.Selain daripada itu, saya juga berjumpa sekali lagi pihak agensi luar sebelum tiga hari  pertandingan untuk mengesahkan kehadiran dan persembahan mereka.Saya juga mengadakan mesyuarat kali ke tiga bersama dengan guru-guru untuk mengesahkan persediaan masing-masing.Setelah semua selesai dan puas hati saya memaklumkan pada mentor.

Sepertimana yang dirancang pada 27 September 2012 bermulalah Hari Kokurikulum dengan nyanyian lagu-lagu rasmi diikuti dengan ucapan Persamian Penolong Kanan Pentadbiran Pn.Azura bt Abdul Aziz.Setelah selesai ucapan beliau,beliau memeriksa perbarisan kesemua unit-unit beruniform yang  terlibat.Kemudian,pertandingan kawad kaki dimulakan.Setelah selesai pertandingan kawad kaki,pertandingan memasang khemah pula dijalankan.Sementara menunggu keputusan daripada hakim persembahan daripada pihak bomba di adakan iaitu ‘Demonstrasi Memadam Api’ aktiviti ini dapat menarik perhatian murid dan murid-murid menunjukkan rasa keseronokkan semasa api dipadamkan.Beberapa orang guru juga turut terlibat dalam aktiviti memadam api.Aktiviti ini telah  mengambil masa lebih kurang setengah jam.