42619

145

Upload: ahmad-saifuddin-amran

Post on 01-Jan-2016

168 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Dewan Bahasa dan PustakaKuala Lumpur

2004

M D . N A S I R H A M I D

Buku ini diterbitkan di portal KaryaNet (www.karyanet.com.my), iaitu portal

penerbitan dalam talian yang menawarkan aktiviti penulisan, penerbitan dan

pemasaran melalui internet. Layari portal di atas, klik Penulisan dan daftar

sebagai penulis, atau klik Katalog untuk membeli e-buku dengan harga yang

murah. Pembayaran boleh dibuat menerusi; Cek, Kiriman Wang, Wang Pos

dan akaun Maybank2u.com.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

ii © Md. Nasir Hamid

Cetakan Pertama 2004© Md. Nasir Hamid 2004

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jugabentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman, atau cara lain, sebelum mendapat izin bertulisdaripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803,50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraanroyalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Md. Nasir HamidBentuk dan Teknik Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan : Hikayat RajaPasai / Md. Nasir Hamid.Bibliografi : hlm. 125ISBN 983-62-8325-01. Hikayat Raja Pasai--Criticism, textual.2. Malay literature--Criticism textual. I. Judul899.2309

www.karyanet.com.my Pendahuluan

© Md. Nasir Hamid iii

Penghargaan v

Pendahuluan vii

BAB 1Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

Perkembangan Tradisi Lisan dan TulisanKesusasteraan Melayu 1Pandangan Sarjana terhadap Hikayat Raja Pasai 7Identiti teks Hikayat Raja Pasai 11

BAB 2Budaya Lisan Sastera Rakyat

Sastera & Budaya Lisan 17Formula dan Seiras Formula dalam Sastera Lisan 26

KANDUNGAN

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

iv © Md. Nasir Hamid

BAB 3Budaya Tulisan

Budaya Tulisan Masyarakat Melayu 43Literasi Islam dan Kesannya 48Kecirian Budaya Tulisan 56

BAB 4Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

Bentuk Mitos dalam HRP 66Bentuk Legenda dalam HRP 77Bentuk Lipur Lara dalam HRP 87Bentuk Puisi Lisan dalam HRP 91Motif Sastera Lisan dalam HRP 93Analisis Stilistik HRP 98

BAB 5Penutup 117

Bibliografi 125

www.karyanet.com.my Pendahuluan

© Md. Nasir Hamid v

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat ke atas NabiMuhammad s.a.w. kerana memberi kekuatan mental danfizikal kepada saya sehingga dapat menyiapkan buku inidengan jayanya. Sesungguhnya dalam kudrat menyiapkanbuku ini, saya merasa amat terhutang budi kepada Prof.Madya Dr. Noriah Taslim; atas kepercayaan beliau untukmenulis buku ini. Beliau sesungguhnya seorang yang sangatmembimbing dengan memberi banyak pendapat tentangpenulisan buku ini, membuat teguran dan memberi tunjukajar dengan sepenuh hati.Terima kasih juga diucapkankepada; semua pensyarah PPIK USM, khususnya Prof. Ali,Prof. Madya Haron, Dr. Jelani, dan Dr. Sohaimi ataskeikhlasan membantu kerja-kerja penulisan. Ucapanpenghargaan ini turut didedikasikan buat bonda, Hjh. SitiMariam Senafi, ayahanda Hj. Hamid Mat Dot, isteri tercintaNorjan Aminurahman, anak-anak tersayang Mohd. Mahfuz,Noratiqah Mahfuzah, Mohd. Munir Mahfuz, Nor AmirahMahfuzah, dan Mek Munah Mahfuzah serta mentua, Hjh.Wan Chik Omar. Seterusnya, buat sahabat-sahabat saya,

PENGHARGAAN

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

vi © Md. Nasir Hamid

terutamanya kumpulan kedua Program Mod Campuran IjazahSarjana Sastera, PPIK USM sesi 1999/2000 atas segalasokongan yang dihulurkan. Penutup bicara, tidak lupadiucapkan terima kasih kepada kakitangan Pusat PengajianIlmu Kemanusiaan Puan Azmah Mansor; atas segala bantuanyang dihulurkan kepada saya dan kepada editor KaryaNetDBP yang menguruskan penerbitan buku ini dengan baikdalam masa yang singkat. Semoga buku ini dimanfaat dandapat menyuburmarakkan lagi perkembangan duniakesusasteraan tanah air.

Wassalam.

Md. Nasir bin Hamid

www.karyanet.com.my Pendahuluan

© Md. Nasir Hamid vii

Buku ini membincangkan aspek yang berkaitan bentuk danteknik sastera lisan dalam sastera tulisan dalam teks HikayatRaja Pasai. Teks ini dikatakan sebuah kitab sastera sejarahMelayu yang tertua yang pernah dihasilkan di alam Melayusebelum munculnya Sejarah Melayu. Tidak keterlaluan jikadikatakan bahawa hikayat inilah yang pertama menghasilkangaya sastera Melayu yang tersendiri, kemudiannya diikutipula oleh karya sastera yang lain.

Justeru, Hikayat Raja Pasai, sememangnya mendapattempat tersendiri di kalangan para pengkaji sastera yangmengundang untuk mengkajinya. Di antara sarjana Baratyang pernah memilih teks ini sebagai bahan kajian merekaialah R. Roolvink, R.O. Winstedt, H. Hill, dan A.Teuw. Namunkebanyakan perbincangan sarjana ini hanya tertumpukepada aspek persejarahan dan perbandingan teks. Dalamkajian mereka, yang menarik perhatian ialah soal-soalpersamaan dan perbezaan antara Sejarah Melayu denganHikayat Raja Pasai dari sudut isi kandungannya.

Selain itu, sarjana ini turut mempertikaikan tentang

PENDAHULUAN

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

viii © Md. Nasir Hamid

persejarahan teks ini dan lebih cenderung menganggapnyasebagai sarat dengan unsur sastera semata-mata, misalnyaR. Roolvink menekankan bahawa teks ini hanya perlu dilihatdari sudut sastera di samping kepada beberapa soal yangbertalian dengan bahasanya. Perbincangan beliau,membawa kepada kesimpulannya bahawa teks ini lebih baikdianggap sebagai hikayat yang bersifat romantis.

Memang tidak dinafikan bahawa ada persamaan antaraHikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu di mana ceritaraja-raja Pasai yang terdapat dalam teks ini sama sepertiteks Sejarah Melayu. Cerita-cerita ini mengandungi tigapersoalan iaitu asal usul, jurai geneologi raja Pasai dansejarah pembukaan negeri, kedatangan Islam dan peristiwayang berlaku semasa dalam pemerintahan kesultanan Pasai.

Oleh itu, terbitnya buku ini, perbincangan dalam babpertama adalah mengenai sejarah perkembangan tradisilisan dan tulisan dalam kesusasteraan Melayu. Bab dua,melihat budaya lisan dan sastera lisan dalam masyarakatMelayu. Huraian mengenai hubungan budaya lisan dengansastera rakyat dari segi stilistik (formula atau seiras for-mula serta bentuk sastera lisan dalam proses penceritaan(mitos,legenda, lipur lara). Seterusnya dalam bab tiga,perbincangan yang menyelusuri aspek persejarahan budayatulisan masyarakat Melayu (zaman praislam) dan kaitannyadengan literasi serta kedatangan pengaruh Islam memberikesan terhadap masyarakat Melayu yang akhirnyamenggariskan kecirian budaya tulisan. Bab keempat pulaadalah inti pati perbincangan yang memaparkan genreberdasarkan teks Hikayat Raja Pasai. Perbincangan teks inimenggunakan pendekatan struktural dan stilistik yang

www.karyanet.com.my Pendahuluan

© Md. Nasir Hamid ix

diperlihatkan dengan analisis struktur dalam dan luaran.Akhirnya, bab kelima merupakan bab rumusan dankesimpulan yang menyatakan budaya tulisan tidak disisihkandalam sastera lisan.

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 1

Kesusasteraan merupakan suatu kegiatan kesenian yangmendapat perhatian yang penting dalam masyarakat, samaada dalam bentuk tradisi sastera lisan ataupun tulisan. Padazaman lampau misalnya, tradisi sastera lisan Melayu seperticerita-cerita binatang, jenaka, lipur lara, mitos, legenda,pantun, seloka dan teka-teki, disampaikan pada masalapang. Aktiviti kebudayaan ini dianggap sebagai hiburanmasyarakat ketika itu dalam melaksanakan kegiatanekonomi, sosial, pendidikan moral dan aktiviti ritualkeagamaan.

Perkembangan Tradisi Lisan dan TulisanKesusasteraan Melayu

Proses pengkaryaan naratif sastera masyarakat Melayutradisional memunculkan dua fasa iaitu sastera lisan (oralliterature) yang terangkum dalam budaya lisan (oral cul-ture), kemudian diikuti dengan sastera tulisan (literate lit-erature) mewakili budaya tulisan (literate culture). Budayalisan dikaitkan dengan masyarakat pratulisan W.J. Ong

BAB SATUSASTERA LISAN DALAM

SASTERA TULISAN

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

2 © Md. Nasir Hamid

(1982). Masyarakat inilah yang digelar oleh para ahliantropologis sebagai simple society. Simple society inimerujuk kepada masyarakat Melayu lama yang hidup dalamkeadaan serba sederhana, hidup terpencil di kawasan-kawasan pendalaman. Golongan masyarakat ini menjalankankegiatan hidup seperti bertani dan nelayan. Mereka ini masihdikongkong kuat oleh adat, budaya dan tradisi tinggalannenek moyang mereka.

Biasanya, sastera lisan dihasilkan oleh suatu budayamasyarakat yang tertutup, yang tidak banyak berhubungandengan masyarakat yang lain. Masyarakat ini masih kuatberpegang kepada budaya yang bercorak lama atautradisional. Masyarakat ini adalah masyarakat kolektifpramoden yang dibendung oleh budaya partisipatoris.Budaya partisipatoris diistilahkan oleh W.J. Ong (1982)sebagai ‘participatory noetics’ – speaker and listener sharea store of knowledge. Ia juga dikenali sebagai budayaperkongsian iaitu segala sesuatu dalam masyarakat ituadalah hak kolektif bukannya individu. Budaya seni ituadalah tertakluk kepada ketetapan konvensi dan dikongsibersama (lihat Noriah Taslim, 1993a: 163). Hasil sasteramasyarakat tradisional ini merupakan sastera lisan yangdiperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yanglain menerusi lisan dan bukan tulisan (Mohd. Taib Osman,1976:4).

Dalam keadaannya yang asal, sastera lisan dituturkanataupun didendangkan oleh seseorang anggota masyarakat,dan yang lainnya mendengar. Oleh itu, pancaindera yangdigunakan untuk menerima hasil sastera itu bukanlah mataseperti mana kita pada hari ini yang hanya membaca sastera

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 3

moden, tetapi juga menggunakan telinga (walaupun begitukadang-kadang mata juga berguna, kerana si penutur ceritalisan mungkin menggerakkan badan, tangan, kaki ataukepalanya untuk menonjolkan lagi ceritanya dalam sesuatupersembahannya).

Selain itu, hukum-hukum penciptaan sastera lisandibendung oleh kaedah penciptaan yang ketat. Pen-ciptaannya terikat ketat oleh estetika persamaan yangmenetapkan bahawa dasar keindahan terletak padapersamaan dan perulangan, bukannya pembaharuan.Keterikatan inilah yang menyebabkan penutur ceritamempersembahkan ceritanya secara skematik dan formu-laic. Dalam tradisi lisan, semangat keindividualan tidakdigalakkan kerana sikap ini sangat berlawanan dengansemangat partisipatoris masyarakat Melayu tradisional. Halini dijelaskan oleh A. Sweeney (1980:25) dalam pernyataanyang berikut:

The writer or storyteller is bound by his own moraluniverse; he is limited by his conditioning to thenorms and values of his own society. It was es-sential to be a well-intergrated member of soci-ety. Individualism was not encouraged; on thecontrary, the non-conformist would be seen as athreat to the solidarity of the group.

Dalam konteks penciptaan lisan, pencipta dan khalayakdibelenggu oleh satu ‘kontrak naratif’, iaitu pengarangmenyampaikan cerita yang sudah diketahui olehkhalayaknya. Kontrak naratif ialah satu ikatan kuat yangmengongkong masyarakat Melayu tradisional. Di bawah

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

4 © Md. Nasir Hamid

ikatan ini, khalayak dan penutur tertakluk kepadapersefahaman timbal-balik, iaitu dunia yang ditawarkan olehpenutur mestilah dunia yang dikenali oleh khalayaknya.Kefahaman sebeginilah yang menjamin kesahan tradisi.Khalayak tradisional tidak mengharapkan malah tidakmenggemari perubahan, penyimpangan dan pembaharuan(Noriah Taslim,1993:164). Perhubungan timbal-balik antarakhalayak dan penutur dalam masyarakat partisipatoris inidiistilahkan oleh W.J. Ong (1982) sebagai ‘participatorynoetics’. Hal ini juga dijelaskan oleh H.M.J Maier (1988:85-88), bahawa penutur dan khalayak seperti ada satukesepakatan tentang apa yang diperturunkan oleh tradisidan tidak mempersoalkan kewibawaannya, iaitu:

‘Participatory noetics’ – speaker and listenershare a store of knowledge and ‘participatorypoetics’ – the public oral performer typically isspeaking for everyone to everyone about whatevery adults knows, and asking no questions.

Gaya penyampaian juga bercorak lisan dan terikatdengan konvensi dan mekanisma yang mengawal kewi-bawaannya. Seterusnya, cerita itu disampaikan secara lisanoleh orang-orang tertentu yang menggelarkan dirinyasebagai tukang cerita, penglipur lara, Tuk Selampit, AwangBatil, Jubang, Kaba atau dalang (wayang kulit) (MustafaMohd. Isa, 1987:6).

Terdapat pelbagai bentuk tradisi sastera lisan, samaada yang berbentuk naratif (prosa) dan bukan naratif (puisi).Dengan itu ia meliputi suatu bidang yang luas dari kelompokgenre lipur lara, cerita jenaka, cerita legenda, mitos dan

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 5

cerita binatang hingga ke bentuk puisi, iaitu dari segala hasilgubahan dan ungkapan yang menggunakan bahasa puitis danindah.

Dalam khazanah tradisi sastera Melayu, puisi Melayutradisional ini terdapat dalam sepuluh bentuk iaitu, pantun,gurindam, teka-teki, seloka, peribahasa, teromba, talibun(sesomba), prosa lirik (prosa berirama), mantera, dan dikiratau zikir (Mohd. Amin Hassan, 1975:166).

Pada amnya, tradisi sastera lisan mempunyai beberapasifat yang khusus, antara lainnya yang pertama dan palingketara adalah berhubungan dengan cara ia disampaikan,iaitu hampir keseluruhan cerita itu disampaikan denganmenggunakan teknologi pengucapan. Selain itu, tradisi lisanitu dilahirkan dalam masyarakat sederhana yang memapar-kan ciri-ciri budaya asal masyarakat yang melahirkannyadan dianggap kepunyaan bersama atau hak kolektif,bukannya hak perseorangan.

Seterusnya dalam fasa kedua sastera Melayu tradisionaladalah sastera tulisan yang dikaitkan dengan budaya ‘literasiIslam’ (Goody, 1977). Ia dipercayai muncul seiring denganliterasi jawi yang diperkenalkan pada kurun yang ke-13,iaitu serentak dengan perkembangan Islam di Nusantara.Pada peringkat awal budaya tulisan diperkenalkan di alamMelayu, iaitu pada sekitar kurun ke-13, ia muncul beriringandengan budaya lisan.

Jelasnya, ketika tulisan diperkenalkan dengankedatangan Islam, budaya tulisan sebenarnya tidakmenyisihkan terus budaya lisan tersebut. Hal ini demikiankerana walaupun sesuatu kelompok masyarakat itu sudah

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

6 © Md. Nasir Hamid

mempunyai sistem tulisan dan telah cukup literate, tradisilisan tetap hidup dalamnya. Sastera tulisan yang munculpada zaman transisi ini, memperlihatkan pengaruh tradisilisan, misalnya bentuk-bentuk dan teknik-teknik sastera lisanmasih diserapkan dalam teks bertulis.

Tradisi sastera tulisan berkembang dalam bentukmanuskrip bertulis tangan, khususnya dalam lingkunganbudaya kosmopolitan negara-negara kota dengan istana-istana raja Melayu sebagai pusat ilmu yang berperanansebagai tunjang penyebarannya. Sastera tulisan masyarakatMelayu muncul berdampingan dengan sastera lisan itusendiri, dan diperkembangkan di persekitaran istanadengan kemunculan para penulis istana, yang juga dikenalisebagai ‘pengarang istana’, manakala sastera lisan ataudikenali sebagai sastera rakyat diperkembang di kalanganrakyat jelata. Hal ini dijelaskan oleh Mohd. Taib Osman(1974:8):

Dalam bidang kesusasteraan Melayu lama, tradisilisan atau kesusasteraan rakyat itu dikatakanpenghasilan sastera di kalangan rakyat sementaratradisi tertulis itu penghasilan golongan istana.

Antara kedua-dua bentuk sastera ini dapat dibezakanantara lainnya, oleh cara pernyataan dan persekitarannya,iaitu di alam istana dan di alam rakyat jelata. Sasterabertulis, khususnya di kalangan golongan istana men-cerminkan tingkat-tingkat zaman yang dijalani olehmasyarakat Melayu dalam sejarahnya, begitu juga dengansastera lisan di kalangan rakyat itu mencerminkan perkarayang serupa. Oleh itu, pada persekitaran zaman inilah

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 7

munculnya teks Hikayat Raja Pasai yang menjadi permulaankepada budaya sastera tulisan.

Pandangan Sarjana terhadap Hikayat Raja Pasai

Hikayat Raja Pasai dianggap oleh beberapa pengkaji sepertiR.O. Winstedt (JSBRAS, 77:181 dan JMBRAS, 16, 2:24 - 30)sebagai tertulis lebih awal daripada Sejarah Melayu.Kemunculannya dilatari satu bentuk budaya transisi yangdicirikan oleh dua tahap tamadun masyarakat Melayutradisional, iaitu budaya lisan dan budaya tulisan. Tidakketerlaluan jika dikatakan bahawa hikayat inilah yangpertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri,yang kemudiannya telah diikuti pula oleh karya-karya lainnya(A.H. Hill, JMBRAS, 33, 2: 27).

Sebagai teks bertulis tertua di alam Melayu, HikayatRaja Pasai yang dikarang pada peringkat awal zaman budayatulisan, sebenarnya tidak menyisihkan terus budaya lisandalam proses pengkaryaan dan struktur naratifnya.Sebenarnya dalam ia membaharui dirinya, ia tidakmeninggalkan terus unsur-unsur tradisi sebelumnya. Unsur-unsur tradisi dikekalkan dan diteruskan, walaupun literasisudahpun diperkenalkan ke alam Melayu.

Pengaruh konvensi puitika lisan agak kuat mem-pengaruhi pengarang semasa proses pengkaryaannya. Padatahap literasi terhad ini, seni masih bersifat ‘sosial’. Teksmasih dibaca dengan kuat dan dipersembahkan kepadakhalayak yang mendengarnya (Noriah Taslim, 1993:197).Justeru, walaupun ditulis, sewajarnya sesebuah karya masihperlu memanfaatkan teknik-teknik lisan seperti perulangandan keselarian.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

8 © Md. Nasir Hamid

Menurut A.H. Hill (JMBRAS, 33:2, hlm. 27), tidak keterlaluanjika dikatakan bahawa Hikayat Raja Pasai inilah yangpertama menghasilkan gaya sastera Melayu yang tersendiri,kemudiannya telah diikuti pula oleh karya-karya lain.Hikayat Raja Pasai dipercayai lahir pada akhir abad ke-14dan menjadi karya teladan dan rujukan karya-karya yangditulis kemudian, termasuklah Sejarah Melayu (V.I.Braginsky, 1999:136). Bagaimanapun di belakang teksHikayat Raja Pasai ada tertera bahawa hikayat ini ditulispada pertengahan abad ke-15 iaitu tahun 1450 (R.Jones,1987:142).

Hikayat Raja Pasai sememangnya mendapat tempattersendiri di kalangan para pengkaji sastera. Sekadarmenyebut beberapa nama, antara sarjana yang pernahmemilih teks Hikayat Raja Pasai sebagai bahan kajianmereka ialah R. Roolvink, R.O. Winstedt, A.H. Hill, P.L. AminSweeney, A. Wahab Ali, Ali Haji Ahmad, A. Teeuw, MazlinaHarun dan Noriah Taslim yang memperkatakan dari pelbagaisudut, sama ada soal-soal bersangkutan dengan faktor-faktorintrinsik dan ekstrinsik teks.

Dalam perbincangan para sarjana, sama ada dalampenulisan esei dan penghasilan buku-buku hanya tertumpukepada aspek pensejarahan dan perbandingan teks. Antaraperkara-perkara yang menarik perhatian para sarjana,khususnya orientalis adalah soal-soal persamaan danperbezaan yang ada antara Sejarah Melayu dan Hikayat RajaPasai dari sudut isinya, dan ini dilihat pula dari sudutkewajaran sejarah, bukan atas dasar kewajaran strukturkedua teks tadi, khususnya bentuk dan teknik-teknik lisanyang terdapat dalam teks. Dengan itu sukar sekali dapat

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 9

dipelajari daripada kajian mereka akan daya kekreatifanpengarangnya.

Perbincangan oleh Roolvink membawa kepadakesimpulannya bahawa Hikayat Raja Pasai lebih baikdianggap sebagai sebuah hikayat yang bersifat romantis.Bagi Roolvink, sebenarnya Hikayat Raja Pasai tidak begitubanyak perhubungannya lagi dengan kenyataan sejarah.Roolvink menyimpulkan bahawa Hikayat Raja Pasai itubersifat mitos dan legenda semata-mata, baik dalam jalanceritanya mahupun dalam cara isinya diceritakan, walaupunia tidak menafikan dasarnya tetap kenyataan sejarah. Olehitu, unsur-unsur sastera yang dibincangkan oleh Roolvinkadalah menyangkut soal-soal isi teks hikayat berkenaansahaja, terutama tentang unsur mitos dan legenda sertasedikit perkara yang menyangkut soal bahasa. Namun begitu,ia tidak langsung menyentuh tentang teknik-teknik lisan danunsur-unsur sastera lisan yang terdapat dalam teksberkenaan.

Ali Ahmad melalui bukunya, Karya-karya SasteraBercorak Sejarah (1987), telah membuat satu kajian yangterperinci tentang teks Hikayat Raja Pasai. Melalui bukuini, Ali Ahmad tidak ketinggalan membicarakan Hikayat RajaPasai dari sudut sastera. Dalam kajian tersebut juga, beliauturut membincangkan ciri-ciri sastera sejarah serta mengkajikarya-karya pilihan seperti Hikayat Raja Pasai, SejarahMelayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis,Salasilah Melayu dan Bugis, dan Misa Melayu.

Minat sarjana terhadap teks Hikayat Raja Pasai terussubur dan diperlihatkan melalui beberapa kajian per-bandingan teks. Perbandingan teks antara Sejarah Melayu

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

10 © Md. Nasir Hamid

dengan Hikayat Raja Pasai telah disentuh oleh A. Wahab Alidalam eseinya, “Perbezaan Antara Sejarah Melayu dan“Hikayat Raja-raja Pasai” (1970), Ali Haji Ahmad, dalamesei yang bertajuk “Menghayati Semula Teks Melayu Klasik(1980) dan Hikayat Raja Pasai (1980) , dan A.Teuw dalameseinya, “Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu”(1961).

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat persamaanantara Hikayat Raja Pasai dengan Sejarah Melayu keranaepisod cerita tentang raja-raja Pasai yang terdapat dalamteks Hikayat Raja Pasai terdapat juga dalam teks SejarahMelayu. Cerita-cerita itu mengandungi beberapa persoalan,iaitu asal usul, jurai genealogi raja-raja Pasai dan sejarahpembukaan negeri, kedatangan Islam dan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pemerintahan raja-raja Pasai.

Namun begitu ada beberapa bahagian yang berbezaumpamanya dilihat dari segi isi peristiwa-peristiwa, bentukpenulisannya dan bahasa yang digunakan. Walau bagai-manapun, banyak pengkaji yang membuat tanggapan yangmeragui akan kesatuan teks tersebut. Hal ini demikiankerana mereka lebih menumpukan unsur-unsur dalamanyang amat kecil serta banyak memberi tumpuan kepadapermasalahan persamaan dan perbezaan dengan SejarahMelayu, Mereka tidak menyentuh aspek nilai-nilaikesusasteraan dan daya kreativiti pengarang atau penyusunHikayat Raja Pasai itu sendiri, terutamanya dari segi prosespengkaryaan dan struktur naratifnya, iaitu teksnya masihkuat dipengaruhi oleh tradisi lisan.

Berdasarkan penelitian di atas, belum terdapat kajianyang khusus dibuat untuk menampilkan bentuk dan teknik

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 11

sastera dalam sastera tulisan dengan memperlihatkanimplikasi cara penyampaian lisan dan tulisan terhadap prosespengkaryaan dan struktur naratif teks Hikayat Raja Pasai.Oleh yang demikian, aspek penelitian untuk melihatpengaruh lisan ke atas sastera tulisan terhadap teks ini wajardibuat oleh sarjana sastera. Justeru, penulisan ini akanmembincangkan tentang unsur-unsur budaya lisan yangdiyakini begitu kuat mencengkam teks Hikayat Raja Pasaiyang belum diselidiki oleh sarjana.

Identiti Teks Hikayat Raja Pasai

Penelitian dalam teks ini adalah untuk memperlihatkanunsur-unsur lisan iaitu bentuk dan teknik lisan dalam teksbertulis, terutamanya teks sastera bertulis pada zamantransisi (zaman transisi lisan ke tulisan). Pada zaman transisiberkenaan, pengaruh konvensi puitika lisan masih kuatmempengaruhi pengarang semasa proses pengkaryaannya.Seterusnya semasa tahap peralihan ini juga, ‘mood’ lisanagak kuat mempengaruhi teks sasteranya.

Teknik-teknik lisan misalnya penggunaan formula danseiras formula (A. Lord, 1960), skemata/skematik (A.Sweeney, 1980), dan runs (Mohd. Taib Osman, 1965) sertabentuk-bentuk lisan terutamanya mitos, legenda, cerita-cerita lipur lara dan puisi-puisi lisan masih dimanifestasikandalam teks bertulis dalam zaman transisi ini.

Justeru, dalam penulisan ini memperlihatkan bentuk-bentuk dan teknik sastera lisan melalui analisis tekstualdengan menggunakan pendekatan struktural/binaan teksdan stilistik/gaya bahasa lisan ke atas sastera bertulis teks

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

12 © Md. Nasir Hamid

Hikayat Raja Pasai (R. Jones, 1987) dalam zaman transisitersebut.

Untuk tujuan berkenaan, analisis terperinci ke atas teksdilakukan melalui struktur dalaman dan luaran denganmemaparkan pertentangan dua corak budaya Melayu yangmerangkumi dua tahap tamadun masyarakat Melayutradisional, iaitu budaya lisan dan budaya tulisan pada zamantransisi.

Khazanah warisan silam kesusasteraan masyarakatMelayu mencakupi semua fenomena sastera, sama adaberbentuk lisan atau tulisan yang telah wujud pada atausebelum pertengahan abad ke-19. Ia merangkumi semuapenghasilan karya sastera oleh orang Melayu yangmenggunakan perkataan atau bahasa yang disusun dalambentuk kreatif. Fenomena inilah terangkum dalam teksHikayat Raja Pasai.

Teks yang dijadikan perbincangan ini merupakan sebuahteks yang diiktiraf bersama teks Sejarah Melayu sebagaiteks asli ciptaan pengarang Melayu, bukan hasil terjemahanatau adaptasi karya asing seperti India, Jawa atau Parsi (AliAhmad, 1986: 264). Namun demikian, teks Hikayat RajaPasai ini pendek, mengandungi lebih kurang 30 000 patahperkataan, iaitu jauh lebih pendek daripada Sejarah Melayu.

Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para sarjana,Hikayat Raja Pasai, merupakan sebuah karya historiografiMelayu tradisional yang tertua yang pernah dihasilkan dialam Melayu (R. Jones, 1987: V; Ahmad Shah, 1977: 243).Sebagai penghasilan teks bertulis yang terawal, Hikayat RajaPasai memperlihatkan peninggalan khazanah tradisi sastera

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 13

lisan dalam proses pengkaryaan dan struktur penceritaanteks bertulisnya.

Secara ringkas, Hikayat Raja Pasai ini dapatlahdibahagikan kepada tiga bahagian yang umum, iaitumengenai asal usul pembukaan negeri-negeri Pasai danSamudera, pengislaman Merah Silau dan kejatuhan kerajaanPasai ke Majapahit; seperti yang tercatat dalam sejarah iaitupada tahun 1350.

Hikayat Raja Pasai ini turut disulami dengan kisah-kisahmitos seperti kelahiran Puteri Buluh Betung, mitospembukaan negeri Samudera (semut besar) kerana terjumpaseekor semut sebesar kucing, genealogi raja-raja Majapahitdan legenda tokoh-tokoh Tun Beraim Bapa, Sultan Ahmaddan seterusnya Sultan Malikul Saleh yang sememangnyadipercayai benar-benar wujud dalam realiti sejarahSamudera-Pasai.

Walaupun teks Hikayat Raja Pasai diperturunkan dalambentuk tradisi sastera bertulis yang lengkap dan tertua dialam Melayu, namun kita yakin bahawa proses pengkaryaandan struktur penulisannya masih kuat dipengaruhi olehtradisi sastera lisan. Ini dapat difahami bahawa padaperingkat-peringkat awal penulisan dan dalam prosesperalihan ke tradisi sastera bertulis – pengaruh tradisi sasteralisan masih lagi kuat mencengkam dalam teks bertulisnya,khusus pada struktur intrinsik teks; iaitu dari segi plot, tema,motif, teknik penyampaian, gaya bahasa, unsur-unsur puisi,khususnya seloka dan pantun, iaitu aspek yang amat menarikuntuk diterokai.

Tulisan ini akan menjurus kepada analisa teks secara

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

14 © Md. Nasir Hamid

terperinci dengan memberi tumpuan ke atas teks HikayatRaja Pasai (R. Jones, 1987), iaitu dengan memperlihatkanbentuk-bentuk dan teknik sastera lisan dalam teksbertulisnya. Fokus perbincangan tertumpu dengan caraanalisis tekstual melalui pendekatan strukturul dan stilistik.

Unsur-unsur lisan akan diperlihatkan melalui analisisgaya bahasa/stiilistik dan analisis struktur/binaan teks.Kajian struktural terutama sekali akan cuba mengenal pastifitur-fitur strukturul lisan, umpamanya unsur-unsur ceritalipur lara, mitos, legenda, puisi lisan dan motif sastera lisanyang mencorakkan bentuk-bentuk sastera lisan, khususnyaseperti yang terpapar dalam teks bertulis Hikayat Raja Pasai.

Penelitian melalui pendekatan stilistik terhadap teksini memperlihatkan unsur-unsur gaya bahasa lisanumpamanya unsur-unsur perulangan, skemata, formula atauseiras formula dalam persembahan atau penyampaiannaratifnya. Perulangan atau keselarian bentuk-bentuk puisilisan, tema, motif sastera lisan dan formula atau seiras for-mula ini seperti satu kaedah yang menyediakan kerangkaasas dalam ingatan si penutur cerita dalam sesuatu tradisilisan. Skema ini menjadi arah pandu penuturnya ketikabercerita atau bagi mengelakkan si penutur terlupa atausengaja melakukan penyelewengan.

Secara amnya, tulisan ini akan memberi penjelasantentang konsep budaya lisan yang meliputi topik budayalisan dan sastera lisan dalam masyarakat Melayu, hubunganbudaya lisan dengan sastera rakyat masyarakat Melayu. Disamping itu, tulisan ini berikutnya akan menjelaskan teknik-teknik sastera lisan, iaitu dari segi stilistik (formula, atauseiras formula) dan bentuk-bentuk sastera lisan dalam proses

www.karyanet.com.my Sastera Lisan dalam Sastera Tulisan

© Md. Nasir Hamid 15

penceritaan (mitos, legenda, cerita lipur lara, bentuk-bentuk puisi lisan dan motif sastera lisan).

Penelitian ini turut menyelusuri pensejarahan budayatulisan masyarakat Melayu (zaman praIslam) dan kaitannyadengan literasi, kedatangan dan pengaruh Islam dankesannya terhadap budaya lisan masyarakat sertamenggariskan kecirian budaya tulisan dalam masyarakatMelayu.

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 17

Sastera Lisan

Sastera lisan (oral literature) yang terangkum dalam tradisilisan (oral tradition), dikaitkan dengan suatu corak budayayang dikenal pasti sebagai ‘budaya lisan’ (oral culture).Keadaan ini merupakan satu tahap tamadun yang diberikananalogi dengan masyarakat tradisional, konservatif, primitif,pratulisan dan pramoden; masyarakat ‘kecil’ (little culture)(Muhammad Hj. Salleh, 1992:37), tertutup, masyarakat‘mudah’ (Ali Ahmad, 1994:16), dan masyarakat primer (E.H.Cooley, 1908).

Budaya Lisan

W.J. Ong (1982), mendefinisikan budaya lisan (oral culture)sebagai kelisanan primer yang berbeza daripada situasi lisanmasyarakat kini, iaitu yang disebut kelisanan sekunder dimana kelisanannya disalurkan melalui media teknologiseperti telefon, radio dan televisyen.

Masyarakat ‘primitif’ pula merujuk kepada masyarakat

BAB DUABUDAYA LISAN

SASTERA RAKYAT

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

18 © Md. Nasir Hamid

Melayu tradisi yang terikat kuat oleh adat resam dan budayatinggalan nenek moyang turun- temurun. Hidup dalamkeadaan serba sederhana, tertutup dan mudah, merekahidup terpencil di luar kota, juga di kawasan-kawasanpedalaman.

Dalam penjelasan yang lebih lanjut, budaya lisandirujuk kepada tahap kebudayaan masyarakat manusia yangbelum didedahkan oleh pengalaman dan pengetahuantulisan, iaitu masyarakat buta huruf. Masyarakat buta hurufadalah masyarakat yang kurang terpelajar, belum terdedahkepada budaya membaca dan menulis. Hanya segelintir darimereka yang bernasib baik seperti bomoh, dalang, penghulu,penglipur lara dan sebagainya yang mempunyai bakat dankemampuan tersendiri. Golongan bernasib baik inilah yangdibebankan untuk menyampaikan ilmu yang ada padamereka. Finnegan (1977:46-51), menjelaskan bahawabudaya lisan hidup dalam masyarakat ‘primitif’, iaitumasyarakat buta huruf, terikat pada alam, hidup dalamsistem ikatan kekeluargaan dan agama yang erat.

Umur Junus (1984), menjelaskan bahawa sastera lisanhidup subur di daerah pertanian yang dikenali sebagai folksociety. Folk society merujuk kepada kelompok komunitimasyarakat yang melahirkan sastera lisan itu kebanyakannyaadalah masyarakat kecil yang terpencil di daerah-daerahpedalaman, contohnya ialah masyarakat petani ataumasyarakat nelayan Melayu yang berada di luar kota ataupelabuhan. Oleh sebab itu, khalayak sastera lisan bolehdikatakan homogen dalam pelbagai hal. Mereka memasuki‘arena’ sastera untuk menikmati bersama sastera lisandengan motivasi tertentu dan membangunkan interaksi

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 19

sesama khalayak. ‘Arena’, merujuk kepada ‘gelanggang’khalayak sastera lisan yang disampaikan oleh pengamal-pengamal atau penutur-penutur cerita yang menggelarkandiri mereka sebagai tukang cerita, penglipur lara, TukSelampit, Awang Batil, Jubang, Kaba atau dalang (wayangkulit).

Dalam budaya lisan, semua komunikasi verbal adalahmelalui lisan, walaupun ada juga komunikasi bentuk lain(Noriah Taslim, 1993:172). Pada hakikatnya, tradisi lisandapat dikatakan sebagai verbal arts yang bersifat tradisionaldan mempunyai proses transmisi yang dikekalkan dalambudaya masyarakat sesuatu bangsa (Khalid Hussain,1975:101).

Tradisi menuntut satu bentuk penyertaan linguistik danpengucapan verbal (di sini tidak disentuh segala pernyataanmaterial seperti ukiran, bangunan, alat-alat perlengkapanharian dan lain-lain), untuk memerikan dan menegaskannyaterhadap pola perlakuan sesuatu kumpulan masyarakat atauindividu.

Dalam daerah kebudayaan lisan ini, semua teks dicipta,diterima dan dipersembahkan secara lisan serta didengardan dihayati melalui deria perdengaran dan penglihatan(teks dalam bentuk persembahan) dan bukannya dibaca.Hampir keseluruhan proses komunikasi dalam tradisi lisanmasyarakat Melayu yang diikat oleh konvensi menggunakanteknologi pengucapan (Havelock, 1963).

Tradisi lisan, antara lain adalah semua keterangan lisanmengenai masa lalu yang telah diperturunkan dari seorangke seorang dengan cara penuturan. Hal ini akan mem-

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

20 © Md. Nasir Hamid

pengaruhi sifat naratifnya dan memperjelaskan penggunaanbentuk-bentuk dan teknik lisan yang berulang-ulang danstereotaip. Tradisi sastera lisan merupakan satu bentuksastera yang paling tua yang dimiliki oleh semua bangsa didunia ini. Hal ini dijelaskan oleh Mohd. Taib Osman (1965:6),iaitu;

Selalu dikatakan orang bahawa corak kesusas-teraan yang paling tua sekali ialah kesusasteraanbercorak lisan – atau sekarang ini dipanggilumumnya kesusasteraan rakyat.

Pengetahuan yang diturunkan adalah dihayati danditerima secara kolektif tanpa banyak kritikan oleh khalayakasalkan pengetahuan yang dihasilkan itu adalah daripadatokoh-tokoh yang sah serta kandungan mesejnya itu adalahsah. Sesungguhnya daya ingatan dan teknik perulanganadalah amat dipentingkan dalam tradisi lisan ini yangdisampaikan oleh pengamal-pengamal atau pembawa tradisi(tradition carrier).

Penutur-penutur cerita atau pembawa tradisi ini sendiributa huruf. Ia hanya mengenali satu cara penciptaan danpenyampaian, iaitu cara lisan dan menerima cerita-ceritanyadaripada pembawa tradisi sebelumnya yang juga secaralisan. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, hasilkesusasteraan, khususnya tradisi lisan adalah datangnyadaripada orang yang terdahulu dan diturunkan secara turun-temurun.

Dalam budaya lisan ada norma-norma penciptaan atauteknik-teknik bahasa yang tertentu yang menuntut kepada

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 21

penggunaan bahan-bahan tradisi. Sastera lisan mempunyaiunsur-unsur perulangan, kesamaan atau keselarian yangstereotaip yang memperjelaskan teknik-teknik lisan sepertiformula atau seiras formula dan semua ini untuk tujuanpenerimaan khalayak. Hanyalah melalui penggunaan bahantradisi inilah, sesuatu penyertaan naratif itu akan dianggapbenar. Cuma dalam budaya lisan, tradisilah dilihat sebagaisumber kepada kebenaran.

Mengikut Mohd. Taib Osman (1976:4), tradisi lisan atauoral tradition adalah istilah yang merangkumi tradisi rakyatyang terdapat dalam sesuatu budaya yang dipersambungkanmelalui jalan lisan, baik dari segi masa, iaitu daripada satugenerasi kepada generasi yang lebih muda ataupun dari segiruang, iaitu daripada seorang anggota masyarakat kepadayang lain dalam bidang masa yang sama. Seterusnya Mohd.Taib Osman (1972:159), menjelaskan bahawa tradisi lisanitu mengandungi:

‘Not only traditional oral narratives such asmyths, legend, folktales, dramatic repertoire ofthe traditional theatre and memorates are oraltraditions, but also provebs, riddles, oral sayings,oral law codes (perbilangan adat), dirges, magi-cal spells, religious inovacations, formulaic ex-pressions in games and folk songs.’

Sastera lisan adalah sebahagian daripada khazanahrakyat yang disebut sebagai folklor (Folklore). Mohd. TaibOsman (1976: 43-45), membahagikan khazanah rakyat atautradisi rakyat tersebut seperti jadual berikut;

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

22 © Md. Nasir Hamid

JADUAL II

Bercorak Cerita Bercorak Bukan Cerita

1. Cerita-cerita biasa (Tales) 1. Nyanyian (Songs)

2. Mitos (Myths) 2. Ungkapan (Folk Speech)

3. Epik (Epics) 3. Peribahasa (Provebs)

4. Legenda (Legends) 4. Teka Teki (Riddles)

5. Balada (Ballads) 5. Puisi Lisan (Rhymes)

6. Memorat (Memorates) 6. Dikir (Chants)

7. Undang-Undang Adat (Law)

8. Sabak (Dirge)

Bercorak cerita

(Naratif)

Bercorak Bukan

Cerita

(Non Naratif)

Bercorak

Perlakuan

(Behaviourial)

Bercorak

Kebendaan

(Material)

Bercorak Bukan

Kebendaan

(Non Material)

Melalui Bahasa

(Verbal)

Tanpa Bahasa

(Non Verbal)

TRADISI

RAKYAT

JADUAL I

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 23

BercorakPerlakuan

1. Kepercayaan (Beliefs)

2. Adat Resam (Customs)

3. Kenduri Berkala (Calendrical Feasts)

4. Kenduri Upacara (Ritual Feasts)

5. Tarian (Dances)

6. Drama (Drama)

7. Permainan (Games)

8. Gerak-geri isyarat (Gestures)

Sumber: Mohd. Taib Osman, 1976. Panduan Pengumpulan TradisiLisan Malaysia. Kuala Lumpur: Milando Printers Sdn. Bhd., hlm.43-45

BercorakKebendaan

1. Reka Bentuk (Architecture)

2. Makanan/ Minuman (Food)

3. Seni Pertukangan (Arts and Crafts)

4. Pakaian dan Perhiasan (Customes)

5. Ubat-ubatan (Medicine)

Bercorak BukanKebendaan

Muzik

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

24 © Md. Nasir Hamid

Oleh itu, sastera lisan juga dikenali sebagai sasterarakyat atau tradisi rakyat. Ini kerana sebelum manusiamengenali tulisan, sastera rakyat ini diperturunkan secarawarisan dari satu generasi ke generasi selanjutnya melaluipertuturan, iaitu melalui teknik lisan. Hal ini turut dijelaskanoleh Jan Vasina (1972:1);

Oral traditions are historical sources of a specialnature. Their special nature derives from the factthat they are ‘unwritten’ sources couched in aform suitable for oral transmission, and that theirpreservation depends on the powers of memoryof successive generation of human beings.

Oleh sebab sastera ini melalui proses transmisi darimulut ke mulut, maka ia cenderung untuk mewujudkanberbagai-bagai versi dan variasi terutama dari segi isi cerita.Melalui perantaraan lisan ini, kerap kali berlaku tokok-tambah atau pengurangan isi cerita untuk disesuaikandengan tempat, upacara dan kehendak masyarakatsetempat. Hal ini mengakibatkan hilangnya keaslian bentukdan isi cerita yang asal. Jan Vasina (1972:5) menyatakanbahawa:

All such anonymous traditions shares the com-mon characteristics of being transmitted spon-taneously from one person to another, and dur-ing this process the original form is lost and thecontent becomes fluctuating and blurred.

Sifat-sifat sastera rakyat dari segala seginya, daripelbagai bangsa di dunia ini tidak banyak berbeza, sama

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 25

ada dari segi corak sastera ataupun isi ceritanya. Bahkanpada keadaan tertentu, jalan ceritanya seakan-akan sama.Kemungkinan persamaan pengalaman pensejarahan danbudaya bangsa; unsur-unsur arketaip, agama, sosiopolitik,sosiobudaya dan geografis serta struktur pemikiran yangserupa, menyebabkan adanya keselarian antara hasil-hasilsastera di dunia.

Kesamaan ini juga ada kaitannya dengan pertembungandan asimilasi pelbagai rupa budaya bangsa. Sintesis sasteraini berlaku disebabkan oleh aktiviti perpindahan (migrasi),penaklukan dan penjajahan; sama ada dalam bentuk fizikalataupun mental. Umpamanya paparan cerita-ceritabinatang, jenaka, pengaruh unsur-unsur penglipur lara dansebagainya itu meliputi kebanyakan negara, melintasi ruanggeografis yang universal sifatnya.

Sastera lisan/rakyat juga mengandungi ciri-ciri budayaasal masyarakat yang melahirkannya. Misalnya, dalammasyarakat Melayu, penonjolan cerita-cerita jenaka,binatang, mitos dan legenda yang antara lainnya mendapatpewarnaan tempatan dan menjadi sumber tradisi dan jatidiri bangsa. Hal ini wajar berlaku, kerana sastera lisan ituadalah merupakan satu ekspresi atau pernyataan budayabangsa. Melalui sastera lisan itulah masyarakat yangmelahirkannya dapat mewujudkan corak budaya asli atautradisional mereka. Menurut Maier (1988:84-85), sasteralisan/rakyat merupakan sastera kepunyaan kolektif atau hakbersama:

‘…speaker and listener share a store of know-ledge’

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

26 © Md. Nasir Hamid

Budaya seni itu adalah tertakluk kepada ketetapankonvensi dan dikongsi bersama, bukannya hak individu.Justeru, dalam sastera lisan tidak timbul sama sekali soalhak cipta. Dalam kata lain, sesuatu tradisi dari sesebuahbangsa dibentuk oleh persekitaran serta budaya yang khusus.

Formula dan Seiras Formula dalamSastera Lisan

Cara untuk membuka jalan ke arah memahami prosespengingatan, penghafalan dan penyampaian bentuk-bentuknaratif lisan adalah melalui bentuk-bentuk formula danseiras formula, serta kaedah-kaedah lain yang sedia ada.A. Lord (1960), mendakwa bahawa pernyataan teks naratiflisan kebanyakannya melalui formula, atau seiras formuladan hanya sedikit melalui pernyataan bukan formula.Teknikini berkaitan rapat dengan psikologi penciptaan danpenyampaian si penutur cerita-cerita lisan.

Teknik ini terbukti lebih berkesan dan ia seringdibicarakan dalam proses pengkaryaan dan struktur naratiftradisi sastera lisan. Dalam hal ini, unsur yang diper-timbangkan ialah hubungan antara ingatan dan bentuk-bentuk verbal. Sesungguhnya, dalam daerah kebudayaanlisan, semua teks dicipta dan diterima secara lisan dandisampaikan secara lisan serta didengar melalui telinga danbukannya dibaca.

Justeru, keupayaan untuk menghafal pernyataan-pernyataan linguistik ialah suatu kelebihan yang amatdihargai. Tanpa skrip yang sebenar, segala bentuk ungkapan,maklumat dan idea daripada tradisi tidak dapat disimpan di

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 27

luar daripada ingatan. Dengan demikian, anggota-anggotakelompok lisan tidak mempunyai atau mengenali sumberrujukan yang lain, selain yang terkandung dalam ingatan sipenutur cerita yang menggelarkan dirinya sebagai tukangcerita, penglipur lara, Tuk Selampit, Awang Batil, Jubang,Kaba atau Dalang.

Masalahnya kini, bagaimanakah otak manusia dapatmenampung dan mengingati kembali segala rumus-rumusatau pernyataan-pernyataan linguistik yang kadangkalanyakompleks dan panjang lebar sifatnya? Bagaimanakah pulaproses transmisinya daripada satu generasi kepada satugenerasi diselenggarakan tanpa menjejaskan keutuhanmakna dan kestabilan bentuknya?

Sebenarnya, budaya lisan tanpa disedari mempunyaipelbagai bantuan dan teknik untuk memudahkan peng-hafazan dan merangsang pengingatan kembali. Seba-hagiannya adalah melalui kehadiran khalayak. Penutur hanyaakan menebar dan menuturkan pengetahuan yang telahsedia dikenali dan dilazimi oleh pendengarnya. Khalayaktradisional tidak mengharapkan malah tidak mungkinmenggemari perubahan, penyimpangan dan pembaharuanatau unsur-unsur naratif yang tidak pernah didengar olehmereka sebelumnya atau tidak dapat dicam (sah) (NoriahTaslim, 1993: 164).

Bantuan-bantuan lain adalah melalui pengulangan yangstereotaip dan intensif penyampaian serta persembahanyang kerap dan berterusan. Penciptaan tradisi lisan terikatketat oleh konvensi dan estetika persamaan yangmenetapkan bahawa dasar keindahan terletak padapersamaan dan perulangan bukannya pembaharuan.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

28 © Md. Nasir Hamid

Kecenderungan untuk diterima inilah yang menyebabkanpenutur cerita mempersembahkan ceritanya secarastereotaip dan mengulang.

Di samping melalui kehadiran khalayak, perulanganyang stereotaip dan insentif serta persembahan yang kerapdan berterusan; tidak ketinggalan teknik yang lebih berkesandan yang paling banyak dibicarakan adalah yang berkaitdengan psikologi penyampaian dan penciptaan. Dalam halini, unsur yang dipertimbangkan ialah hubungan antaraingatan, hafalan dan bentuk-bentuk verbal (A. Lord, 1960).

Seseorang pengarang naratif adalah bebas untukmemperalatkan pernyataan linguistik untuk melahirkanungkapan daripada pemikirannya. Akan tetapi dalam budayalisan primer, pernyataan linguistik itu harus dalam bentuk-bentuk yang bukan sahaja dapat diselaraskan dengan me-dia pengucapan, iaitu dalam bentuk lisan, malah dapatditampung oleh ingatan dan hafalan (memory and recall).Demikianlah seorang penutur lisan memanfaatkan apa yangdiistilahkan sebagai teknologi verbal untuk membantupenghafalan, pengingatan dan penyampaian. Dalam hal ini,Eric Havelock (1963: 34) menyarankan:

The only possible verbal technology available toguarantee the preservation and fixity of trans-mission was that of the rhythmic word organizedcunningly in verbal and metrical patterns whichwere unique enough to retain their shape.

Justeru, Havelock menjelaskan bahawa penggunaanpola-pola perkataan yang berirama, berentak dan bersukatakan membantu ingatan dan hafalan. Dalam budaya lisan,

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 29

bentuk-bentuk ini memang amat banyak dan dapat dilihatmelalui hasil-hasil berangkap seperti pantun, seloka, teka-teki, gurindam, dan jampi serapah. Bentuk-bentuk yangberirama dan bersukat ini, seolah-olah satu cara untukmembuka jalan ke arah memahami dan memudahkanhafalan, merangsangkan ingatan dan menghasilkanpenyampaian yang berkesan, di samping memelihara maknadan bentuk.

Pola-pola bahasa ini terangkum dalam satu bentuk yangdijelaskan sebagai bentuk-bentuk formula atau seiras for-mula/formulaic. Formulaic; dalam pengertian A. Lord,(1960) merujuk kepada penyertaan yang berpola yang mudahdihafal dan diingati semula semasa diperlukan. Dalammasyarakat lisan, hampir keseluruhan pernyataan adalahdalam bentuk-bentuk skemata. Sastera lisan amatmemanistasikan gaya bahasa sedemikian, umpamanya yangada dalam korpus sastera tradisi masyarakat Melayu, iaituselain pantun dan seloka, seperti peribahasa, pepatah, dan‘runs’ untuk menjadikan korpus sastera lisan itumeninggalkan keenakan bunyi yang merdu, indah danseronok didengar oleh khalayak.

A. Lord (1960) menjelaskan formula sebagai group ofwords which is regulaly employed under the same metricalconditions to express a given essential idea, atau sesuatupernyataan yang berpola seperti frasa-frasa yang tetap untuktujuan mudah dihafal dan diingati semula semasadiperlukan. Gaya bahasa formula ini juga disebut runs, iaituantara gaya bahasa yang sering kita temui dan kerapdigunakan khususnya dalam cerita-cerita lipur lara.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

30 © Md. Nasir Hamid

Ungkapan-ungkapan berpola yang sering diutarakandalam sastera lisan, antara lain untuk menggambarkankemeriahan dan keseronokan (khususnya dalam upacarakeramaian seperti pertabalan raja, menyambut kelahiran,majlis perkahwinan, dan berkhatan), dilagukan denganmenggunakan formula yang tertentu seperti dalam petikanteks Hikayat Awang Sulung Merah Muda berikut:

Maka berkumpullah sekalian juak-juak, panglimaperang kanan, panglima perang kiri, panglimaraja, panglima besar, raja, menteri, laksamana,masing-masing memegang kebesaran.

Maharaja Menteri pun menjulang Awang SulungMerah Muda. Kadi berselawat tiga kali dengannyaring suaranya, sehingga menderamlah bunyidijawab orang.

Bedil kecil merendang garam,

Bedil besar sederam-sederam,

Sebelah kanan orang berdikir,

Sebelah kiri orang penyanyi,

Sebelah kanan orang memencak,

Sebelah kiri orang bersilat,

Lalulah berarak keliling kota istana tujuh kali:

Pendekar leka bersilat,

Ahli lekar berdikir,

Khalifah leka berdabus.

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 31

Dalam sastera lisan ungkapan-ungkapan berpola sepertifrasa-frasa yang tetap yang sering diulang-ulang dan menjadiformula seperti contoh-contoh yang berikut:

(i) naik bukit turun bukit, masuk hutan keluar hutan

(ii) bagai diukur bagai dijangka, bagai orang biasalama

(iii) sakit kepala bagai dibaji, sakit perut bagaidigunting

(iv) habis hari berganti hari, habis bulan bergantibulan

(v) air barang seteguk, nasi barang sesuap

Dalam bentuk gaya bahasa kodi, contohnya:

(i) marah seperti ular berbelit

(ii) air matanya bercucuran seperti buah bembanmasak luruh

Dalam bentuk gaya bahasa perbilangan, contohnya;

Yang pekak pembakar meriam,

Yang buta penghembus lesung,

Yang lumpuh penghalau ayam,

Yang pekung penjemuran,

Yang kurap pemikul buluh.

Ataupun ungkapan-ungkapan yang seiras formula atauformulaic yang sering dipaparkan dalam sastera lisan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

32 © Md. Nasir Hamid

seperti:

Alkisah, inilah peri mengatakan cerita raja-raja dahulu kala sedia lama, diceritakan olehyang empunya cetera.

Formula dan seiras formula membantu dalampenghasilan teks-teks lisan dan juga menjadi alat perangsangingatan. Ia sentiasa berlegar sebagai pernyataan-pernyataanyang tetap dan segar daripada mulut ke telinga, daripadabapa kepada anak-anaknya, daripada satu generasi kepadasatu generasi berikutnya, turun-temurun dan zaman-berzaman.

Dalam korpus sastera Melayu tradisional, terutamanyadari himpunan sastera lisan, keindahan genrenya banyakbergantung kepada unsur-unsur stilistik, penggunaan danpemakaian bahasanya, iaitu seperti penggunaan bahasa yangbersukat, berirama dan berentak yang telah dijelaskansebelumnya dipersembahkan dalam bentuk-bentuk bahasaformula atau seiras formula, diulang-ulang dan bersifatstereotaip.

Teknik stilistik lisan sedemikian berlaku dalamsetengah-setengah susunan kata yang puitis dan teraturindah, khususnya antara lain ia timbul apabila gambaransesuatu keadaan atau peristiwa. Antara contoh-contoh yangdapat dilihat ialah dalam gambaran peristiwa rajamenitahkan pembesar-pembesarnya supaya menghimpunkanrakyat jelata. Gambaran peristiwa ini terpapar dalamsusunan kata-kata yang berikut:

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 33

Dipukul tabuh larangan,

Dititir canang pemanggil,

Dipalu gong pelaung.

(Hikayat Malim Dewa, hlm. 39)

Pola susunan kata-kata begini bukan sahaja terdapatdalam cerita penglipur lara Hikayat Malim Deman, tetapijuga dalam Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang SulungMerah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, dan Hikayat RajaDonan. Dalam gambaran tentang keadaan rakyat untukmenghadap raja, terdapat pula susunan kata-kata yang samabagi semua hikayat tersebut, diulang-ulang untuk dijadi-kan dalam suatu bentuk formula.

Dalam genre-genre sastera lisan, penglibatan rakyatdistereotaipkan melalui sifat-sifat dan kelas atau kedudukanmasing-masing; sama ada daripada hamba rakyatsehinggalah kepada para pegawai tertinggi istana, contohnyaseperti yang terakam dalam formula ‘kerahan menghadap’berikut:

Yang capik datang bertongkat,

Yang buta datang berpimpin,

Yang pekak leka bertanya,

Yang kecil terambin lintang,

Yang jarak tolak-tolakan,

Yang pendek tinjau-meninjau,

Yang kurap mengekor angin.

(Hikayat Malim Dewa, hlm. 11)

Seterusnya, pola susunan kata-kata yang serupa jugadikemukakan untuk menggambarkan cara hamba rakyat

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

34 © Md. Nasir Hamid

menyembah raja mereka. Rakyat adalah watak yang bukansahaja tidak diberi kewujudan fizik dan emosi yangtersendiri, di luar konteks aktiviti istana, malah tidak jugadiberi suara sendiri. Mereka berbicara melalui ujaran-ujaranatau bentuk-bentuk bahasa formula yang siap-sedia dankhusus untuk situasi-situasi tertentu. Ada set bahasa yangdipergunakan untuk berbicara, contohnya ketika menghadapraja, iaitu;

Dari jauh menjunjung duli,

Sudah dekat langsung menyembah,

Terangkat kadam jari sepuluh,

Kuncup bagai sulur bakung,

Jari seperti tersusun sirih,

Berleher lembut berlidah fasih,

Menundukkan otak batu kepala.

demikian sembah Tuk Temenggung, “Ampun

tuanku beribu kali ampun, sembah patik ke

bawah duli yang maha mulia tuanku patik

otak batu kepala patik, apalah titah patik

dipanggil.”

Demikian pula pada gambaran kelahiran putera raja,seperti yang dapat dilihat dalam Hikayat Malim Deman,Hikayat Raja Donan, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda,terdapat pula susunan kata-kata berikut:

Tujuh batang gelegar patah,

Tujuh bilah lantai patah,

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 35

Menderau-derau hujan panas,

Sabung-menyabung kilat,

Panah-memanah halilintar,

Berbunyi sekalian bunyi-bunyian.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, hlm. 15)

Semuanya ini adalah antara beberapa contoh unsur-unsur gaya bahasa lisan yang terdapat dalam sastera lisan,iaitu dari jenis penglipur lara. Dari segi stilistik, susunankata-kata itu sering disebut bahasa berirama, bersukat ataubahasa berentak. Ini merupakan satu gaya tersendiri bagisastera lisan. Gaya ini bukan sahaja dapat memberikan kesankeindahan bagi pendengaran, tetapi juga kesenangan bagipengamal cerita mengingatinya.

Unsur-unsur perulangan dan kesamaan melalui bahasaberirama dan bersukat ini seperti satu kaedah yangmenyediakan kerangka asas dalam ingatan si penutur. Skemaini menjadi arah pandu penuturnya ketika bercerita, iaitubagi mengelakkan si penutur terlupa atau sengaja melakukanpenyelewengan.

Inilah antara penyebab yang menjadikan genre sasteralisan ini statik, dan beku. Tambahan pula dalam masyarakattradisional, kebenaran adalah bertunjangkan kepadakesahihan tradisi lampau dan pembaharuan sertapenyelewengan itu tidak diterima kerana ia mengancamkefahaman dan penerimaan khalayak seterusnya ia dianggapsebagai perombakan pada tradisi.

Dalam budaya lisan, penutur cerita sedar bahawakhalayaknya ini seluruhnya buta huruf. Maka ceritanya itu

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

36 © Md. Nasir Hamid

akan dihayati secara penglihatan (lakonan dan pergerakanbadan) serta pendengaran. Kedua-dua deria ini memainkanperanan penting. Inilah yang menyebabkan si penutur akanmempergunakan seluruh seni bunyi, rima, lagu, alat-alatmuzik, intonasi suara dalam menyampaikan ceritanya.

Justeru, aspek gaya bahasa formula yang juga disebutruns, banyak terdapat dalam sastera tradisional, seolah-olah sebagai satu kaedah yang menyediakan kerangka asasuntuk memudahkan ingatan dan hafalan si penutur cerita-cerita lisan. Formula atau runs dikaitkan dengan satu sifatumum dan universal dalam cerita-cerita rakyat hampirsemua bangsa di dunia yang diulang-ulang di tempat-tempattertentu untuk meninggalkan kesan indah dan mengasyikkankhalayak. Mengikut Mohd. Taib Osman (1965:23), runs ialah:

Satu sifat umum dalam cerita-cerita folktales dikalangan bangsa-bangsa di dunia ialah adanyaungkapan-ungkapan yang teratur yang diucapkanberulang-ulang pada tempat-tempat tertentudalam cerita. Ini dinamakan runs.

Gaya bahasa formula atau runs yang terdapat dalamcerita-cerita rakyat disampaikan berulang-ulang untukmenggambarkan sesuatu objek atau aspek. Seterusnya, halini juga dijelaskan oleh Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad(1993: 129) dengan menekankan bahawa runs atau istilahlainnya talibun, umumnya adalah teknik penceritaan ataupemerian yang terperinci tentang sesuatu objek atau aspek,sama ada dalam ucapan atau bentuk cerita. Hal inikhususnya terdapat dalam genre-genre penglipur lara dantidak ketinggalan juga dalam teks Hikayat Raja Pasai (1987).

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 37

Runs ini istimewa kerana ia mempunyai skema-skemayang digunakan secara berulang-ulang dalam konteks danmaksud yang sama dan ia seterusnya menjadi sebahagiandari sesebuah cerita. Zalila Sharif dan Jamilah Ahmad (ibid),mengariskan bahawa pemerian yang diliputi oleh runs iniadalah seperti berikut:

(i) Benda – pakaian, senjata dan sebagainya;

(ii) Manusia – rupa atau sifat seseorang watak;

(iii) Aksi – cara berjalan, menyembah, makan dansebagainya;

(iv) Situasi (keadaan persekitaran) – waktu kelahirandan sebagainya;

(v) Rasa hati – gembira, sedih, marah, sakit dansebagainya;

(vi) Tradisi, salasilah, kepercayaan dan sebagainya.

Runs yang selalu digunakan untuk pemerian sesuatubenda seperti pakaian dan untuk tujuan tersebut runs inididapati paling popular dan digemari oleh pencerita.Antaranya seperti yang terdapat dalam teks penglipur lara,Hikayat Awang Sulung Merah Muda adalah seperti berikut:

Seluar intan dikarang,

Karangan Husin dengan Hasan,

Tidak dapat zaman sekarang,

Nantikan angin bergilir musim,

Bajunya beledu tengkuk kuning,

Selempang kain Bugis Kembayat;

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

38 © Md. Nasir Hamid

Kerisnya jalak jantan,

Berkerawan di pangkalnya,

Di hujung subhana Allah;

Tengkolok kampuh pelangi,

Bukan pelangi zaman ini.

Sastera lisan memanifestasikan gaya bahasa yangdisebut oleh Lord sebagai seiras formula atau formulaic,iaitu dalam bahasa berirama dengan penggunaan bentuk-bentuk puisi lisan seperti pantun. Bagi menyatakan rasa hatidan perasaan seseorang, terdapat juga runs tertentudigunakan. Perasaan yang tidak ketentuan, tidak tenteramatau resah gelisah dan rindu dendam sering dipantunkanseperti berikut:

Jikalau, kulurut padiku ini,

Jikalau, kulurut pecah batang;

Jikalau, kuturut hatiku ini,

Jikalau, kuturut salah datang.

Selain itu, ungkapan-ungkapan dalam bentuk runsdengan menggunakan puisi Melayu lama, misalnya selokadan ini juga terdapat dalam Hikayat Raja Pasai (1987). Puisiseloka ini memainkan fungsinya yang tersendiri sepertihendak mengejek, menyindir secara serius atau jenaka.Kadangkala seloka juga mengandungi maksud perasaanberahi, asyik khayal dan mimpi (Zalila Sharif dan JamilahAhmad, 1993:123).

Sesungguhnya pemakaian bahasa yang pelbagai inimenunjukkan kebijaksanaan dan kekreatifan penutur-penutur cerita lisan. Ungkapan bahasanya teratur dan indah

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 39

sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. Inilahmungkin yang menyebabkan tradisi lisan boleh hidup dalamjangka hayat yang lama sebelum bermulanya budaya tulisan.Malah, pada peringkat-peringkat awal teks ditulis,umpamanya teks Hikayat Raja Pasai, masih lagi terdapatpengaruhnya, malah sebahagiannya kekal sehingga kinimisalnya puisi pantun.

Walaupun sering diulang-ulang, tetapi ia tidakmenjemukan kerana irama dan rentak yang dihasilkan olehsuatu gaya perulangan itu merdu dan penuh keindahan.Teknik pemakaian bahasa ini sangat berkesan kerana skema-skema ayat ini apabila dipola dan distrukturkan akanmemudahkan hafalan bagi si penutur, dan bagi khalayakpendengar pula, lebih sedap halwa telinga mendengarnyaberbanding diceritakan seperti biasa.

Penghafalan membataskan si penutur cerita lisankepada bentuk-bentuk pernyataan verbal yang disebutsebgai skemata. Penciptaan yang menggunakan formula atauskemata ini seterusnya disebut skematik (Sweeney, 1980).Dalam budaya lisan, seluruh pernyataan dan pola-pola lisanadalah dalam bentuk-bentuk skema untuk dijadikan rumus-rumus berbentuk formula atau seiras formula. Ini disebabkanpernyataan cara lain tidak praktis, kerana tidak dapatmenjadi panduan kepada si penuturnya ketika bercerita.

Mengikut W.J. Ong (1982), dalam situasi lisan, hasil-hasil pemikiran yang diterbitkan melalui bentuk-bentuk lainakan menjadi sia-sia kerana tidak boleh disimpansepenuhnya dalam ingatan dan tidak dapat diingat kembalisecara berkesan. Pemikiran sedemikian hanya bersifat

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

40 © Md. Nasir Hamid

sementara dan juga untuk mengelak si penutur terlupa atausengaja melakukan penyelewengan.

Dalam proses penciptaan skematik, pengarangsebenarnya terikat kepada konvensi tradisi. Penciptaannyaterikat ketat oleh estetika persamaan yang menetapkanbahawa dasar keindahan terletak pada persamaan danperulangan bukannya pembaharuan. Pengarang tidakmempunyai kelonggaran untuk menguji kreativitinya dengansepenuhnya, walaupun untuk meneroka wawasan baharu,atau bereksperimen dengan plot atau tema yang lebih rumitatau yang tidak mengikut skema. Pencerita dan khalayaktradisi lisan diikat oleh satu budaya yang digelar sebagaicultural vraisemblance, iaitu satu budaya yang menuntutpenerimaan dan kefahaman melalui penggunaan model-model budaya ‘cultural repertoire’ seperti rumus-rumus,tema, motif dan sebagainya yang bertindak sebagaipengecam atau pengikat antara penutur dan khalayak. Istilahyang diperkenalkan oleh Jonathan Culler (1975). Ia merujukkepada satu stok budaya atau pengetahuan yang diterimapakai dalam masyarakat (untuk huraian lanjut rujuk NoriahTaslim, 1993:162). Penutur hanya akan menebar danmenuturkan pengetahuan yang telah sedia dikenali dandilazimi oleh pendengarnya.

Pengarang hanya dibenarkan untuk melakukan variasidan improvisasi dari sudut stilistik atau gaya bahasa danteknik penyampaian naratifnya mengikut konvensi tradisi.Hasil keterikatan dengan tuntutan-tuntutan situasi lisaninilah menyebabkan pemerian-pemerian sastera lisanbersifat stereotaip, konvensional, superficial dengan satuskema plotnya yang mudah dan aksi-aksi yang sudah dapat

www.karyanet.com.my Budaya Lisan Sastera Rakyat

© Md. Nasir Hamid 41

diduga, iaitu sepertimana yang terdapat dalam plot cerita-cerita penglipur lara (Noriah Taslim, 1994:186).

Watak-watak dan perwatakan dalam naratif juga harusdiserap dalam skema. Seluruh gambaran perwatakan,mahupun fizikal, perlakuan dan tindak-tanduk malahemosinya ditentukan serta diperjelaskan oleh pola-polaskemata, seolah-olah menjadi suatu bentuk formula yangsama dan sering diulang-ulang dalam proses penceritaannya.Rupa paras tuan puteri atau para wira tradisi itu misalnya,diperikan melalui satu set skemata yang konvensionalsepertimana contoh berikut:

muka bujur sirih

dahi sehari bulan

kening bentuk taji

hidung kuntum seroja

telinga telipuk layu

gigi delima merekah

rambut ikal mayang

pinggang secekak jari manis

ari tombak serai

Untuk menggambarkan sifat watak pula, sifat watakseorang wali Allah sering digambarkan dalam teks misalnyaseperti berikut:

Janggut panjang hingga riba,

Jubah meleret hingga kaki

Keperluan skematik yang disusun dalam bentuk for-mula atau seiras formula inilah yang menjadikan watak-

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

42 © Md. Nasir Hamid

watak naratif lisan ketara stereotaip dan pipih. Watak-watakini ditentukan untuk muncul dan bertindak mengikut polayang telah dirancangkan bagi sesuatu tipa dan fungsi. Watak-watak ‘berat’ begini juga dapat membantu penghafalan,dan memudahkan si penutur merancang dan mengem-bangkan ceritanya (Noriah Taslim, 1994:186). Penuturbercerita berdasarkan daya ingatannya, tetapi kecekapan-nya bukan sahaja bergantung kepada kemampuan iamengingatkan cerita-cerita itu, malah kepada kecekapannyamengolah dan mempersembahkan ceritanya kepadakhalayak ramai.

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 43

Budaya Tulisan Masyarakat Melayu

Budaya tulisan masyarakat Melayu dipercayai telah munculselepas literasi jawi yang dikaitkan dengan ‘literasi Islam’(Goody, 1968,1977), yang terangkum bersama-samanya‘kitab Jawi’ atau lebih tepatnya ‘karya-karya warisan Is-lam’ (berbentuk annal, falsafah, teologi, metafisika danhikayat). Ia diperkenalkan pada sekitar kurun ke-13, iaituserentak dengan perkembangan Islam di Nusantara.

Literasi Islam (Goody, 1968,1977), merujuk kepadamunculnya kelompok-kelompok budaya tulisan yang awalke alam Melayu yang wujud bersama-sama kedatangan Is-lam yang memperkenalkan tulisan jawi, berbentukmanuskrip bertulis tangan, iaitu di sekitar abad ke-13 atauawal abad ke-14. Kitab Jawi (Virgina Matheson, JMBRAS,Vol. 61), pula merujuk kepada karya-karya yang bertulisdalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi mengenai prinsip-prinsip agama Islam.

Kedatangan pengaruh Islam yang terawal ke alam

BAB TIGABUDAYA TULISAN

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

44 © Md. Nasir Hamid

Melayu, iaitu ke Pasai berlaku pada tahun 1297 (Marrison,1951:31-36), telah membawa bersama-samanya satu bentukweltanschauung, iaitu satu pandangan hidup baru bagimasyarakat Melayu.

Kedatangan agama Islam ke Melaka kemudiannya, kira-kira akhir abad ke-14 atau awal abad ke-15 sepertimanayang tergambar dalam Sejarah Melayu, telah turut merubahsistem kehidupan masyarakat di alam Melayu. Sehubungandengan itu, perkembangan kesusasteraan dan budaya adalahmengikut fasa-fasa yang telah digariskan oleh para sarjanapengajian sastera Melayu sebagai:

(i) Zaman Samudera - Pasai (1280 -1400)

(ii) Zaman Melaka (1400 – 1511)

(iii) Zaman Aceh (1511 – 1650)

(iv) Zaman Johor-Riau (1650 – 1800)

Namun begitu, literasi Islam ini dicirikan oleh situasiyang disebut sebagai ‘literasi terhad’, bukan sahaja keranapenggunaannya yang amat terhad, tetapi penyebarannyajuga begitu terhad untuk golongan elit istana, (Goody, 1968).Keberaksaraan pada tahap awal muncul dalam kelompok-kelompok tertentu. Ia berpusat terutamanya di istana-istanayang menaungi pusat pendidikan formal yang terawal iaitusistem ‘pondok’ (Abdullah Alwi, 1980; Mohd. Nor Ngah,1983). Sistem ‘pondok’ (Malaysia dan Pattani), atauPersantren (Jawa), atau Dayah (Aceh), atau Rangkang(Minangkabau), merujuk kepada alim ulama Islam mengajaragama dengan menggunakan kaedah mengaji kitabbertulisan jawi. Kaedah ini memerlukan semua pelajar

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 45

duduk rapat-rapat dalam satu halaqah (bulatan bundar)menghadap seorang yang bertindak sebagai guru atausebagai ketua telaah.

Pada tahap ini, dunia Melayu dicambahi oleh manuskrip-manuskrip tulisan tangan/jawi sastera Melayu warisan Is-lam yang disadur atau diterjemah dari Arab/Parsi dan jugateks-teks sastera Melayu-istana, khususnya teks-teks annalseperti Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Sasterawarisan Islam ditulis untuk tujuan-tujuan dakwah Islam,sementara teks-teks annal pula ditulis oleh para pengarangistana untuk penaung mereka, iaitu para raja dan sultan(Noriah Taslim, 1993: 6; Harun Mat Piah, 2000:252).

Pada tahap awalnya, kegiatan-kegiatan penulisan hanyamelibatkan karya-karya terjemahan dan saduran daripadakarya asal Arab-Parsi, seperti cerita-cerita tentang NabiMuhammad s.a.w., para Nabi dan para sahabat Rasullullahs.a.w. misalnya Hikayat Nur Muhammad, Qisas al-Anbiya’,Hikayat Abu Bakar, Hikayat Amir al-Mu’minun ‘Umar,Hikayat Wasiat Luqman al-Hakim, Hikayat Syamsul Anwardan sebagainya.

Kemudiannya, penulisan yang ketika itu hanyatertumpu kepada karya-karya keagamaan, mula beransur-ansur menjadi lebih sekular, iaitu apabila kepentingan-kepentingan peribadi dan nasional mula mengatasikeperluan keagamaan (Nurazmi Kuntum, 1991). Penulisanseterusnya bukan hanya menjadi kepentingan alim ulama,tokoh-tokoh agama atau guru-guru pondok sahaja, tetapijuga para penulis istana, pegawai-pegawai dan elitbangsawan (Noriah Taslim, 1998: 70).

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

46 © Md. Nasir Hamid

Pusat yang menjadi tumpuan budaya tulisan masyarakatMelayu tradisional ialah istana-istana raja. Di situlah parasasterawan dan perawi istana dipelihara untuk menulis ataumenyalin serta menyesuaikan karya-karya sastera yangbermutu. Para perawi istana ini dinaungi raja. Terdapatdua jenis atau corak penulisan yang berlangsung di istana.Pertama, para perawi istana menulis kitab-kitab mengenaiagama atau karya-karya saduran Islam untuk tujuan dakwahdan keagamaan.

Corak penulisan kedua adalah untuk mencatatkegiatan-kegiatan harian dan hal ehwal istana atau menuliswarkah-warkah diraja. Hal ini berlaku pada tahap awalpenulisannya, kemudian lama-kelamaan fungsi penulisanpara perawi ini bergerak dan berkembang untuk menuliskarya-karya bercorak annal, khususnya karya-karya bercoraksastera sejarah, iaitu antara lain karya-karya ini untukmerakam genealogi raja-raja Melayu dan keluarga-keluargabangsawan.

Di samping mengumpul dan menulis salasilah raja yangmemerintah, para perawi istana juga menyalin berbagai-bagai tulisan mengenai undang-undang Islam, sejarah danilmu agama, dan hikayat-hikayat yang berlatar belakangkannegara-negara Arab-Parsi, India dan juga tempatan. Justeru,di sini terlihat bahawa sastera bertulis dalam masyarakattradisional itu hampir keseluruhannya berkembang di istana.Maka dengan itu, sastera bertulis masyarakat tersebut,kadangkala dikenali sebagai sastera istana.

Penulisan teks annal, misalnya Hikayat Raja Pasaimerupakan karya-karya transisi daripada lisan ke tulisan.Justeru, ia masih kuat dipengaruhi puitika lisan, malah

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 47

begitu kukuh diikat dengan konvensi tradisi dan budayapartisipatoris masyarakat Melayu tradisional. Dalam usahauntuk melakukan pembaharuan, sama ada dalam aspekbentuk, teknik, isi atau gaya bahasa, khususnya kepadakarya-karya annal, si pengarang istana masih bertolakdaripada yang lama terikat kemas kepada tradisi lisan.

Antara tujuan penulisan karya-karya annal ini adalahuntuk meninggikan martabat raja, memaparkan sosiobudayadan perjalanan pemerintahan beraja. Selain itu, penulisankarya-karya annal ini juga bertujuan untuk menaikkansemangat motivasi rakyat, khususnya dalam situasipeperangan; sama ada di ambang kekalahan ataukemenangan serta ia juga dijadikan panduan, iktibar,pendidikan dan pengajaran moral serta menjadi ‘cermin’untuk para generasi berikutnya. Di samping itu, ia juga dapatdijadikan sebuah karya adab, iaitu karya cermin didaktisyang berbentuk nasihat, iaitu selari dengan fungsinyamemberi nasihat dan pengajaran (Braginsky, 1998: 237).

Namun demikian, sebelum masyarakat Melayutradisional terdedah kepada Islam dan literasi Islam, tulisan-tulisan tua yang disebut sebagai tulisan Kawi dan Rencongdan yang sebelum itu sistem huruf-huruf Pallava/Sanskritsudah pun diperkenalkan di alam Melayu, namun begitusebarannya tidak meluas (Hashim Awang, et. al., 1985:38).Penyebarannya agak terhad kepada golongan elit tertentukhususnya elit-elit istana atau golongan bangsawan istana.

Orang Melayu menggunakan tulisan Kawi dan Rencongtersebut untuk menyuarakan perasaan mereka di ataspermukaan batu, kepingan logam, kulit binatang, kulit kayudan daun lontar. Dengan tulisan-tulisan inilah mereka

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

48 © Md. Nasir Hamid

menulis syair Melayu tua seperti pada batu nisan yangterdapat di Minye Tudjo, Aceh dan terdapat juga sebuahcerita yang bernama, “Andai-andai Si Burung Pingai”. MinyeTudjo, merujuk kepada tempat syair yang tertua sekalidijumpai menggunakan tulisan Kawi/Rencong, iaitu disebuah batu nisan yang bertarikh TM 1380 dan bertulis dalampercampuran bahasa Melayu Kuno, Sanskrit dan Arab. Hanyaselepas menganut agama Islam, barulah masyarakat Melayumula menggunakan tulisan Jawi untuk menuliskan karya-karya sastera mereka, iaitu pada peringkat awalnya bertulistangan sebelum percetakan diperkenalkan. Merekamenggunakan tulisan Jawi klasik yang ejaannya banyakberbeza daripada tulisan Jawi pada masa kini (Mustafa Mohd.Isa, 1999b:9).

Literasi Islam dan Kesannya

Setelah literasi Islam bertapak, budaya tulisan mula pesatberkembang (pada tahap awalnya berbentuk manuskrip yangbertulis tangan/Jawi). Ia muncul beriringan dengan budayalisan masyarakat Melayu itu sendiri, yang hanya dibezakanoleh cara pernyataan dan persekitarannya; yang salingmelengkapi antara satu dengan yang lainnya.

Kedatangan Islam merupakan titik peralihan bagisejarah rantau ini. Ia bukan sahaja mengubah kepercayaanorang Melayu yang berbentuk polytheist kepada berbentukmonotheist, tetapi juga mengubah pemikiran dan pandanganhidup mereka. Islam membawa budaya ilmu ke rantau inimelalui budaya penulisan dan bacaan. Hal ini dijelaskanoleh Syed Naquib al-Attas (1996:21-27), seperti yang berikut:

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 49

it was the influence of the Quran that, havingeffected conversion of Islam, brought about thetransition to a written literary tradition. All theMuslim people adopted the Arabic script.

Budaya tulisan ini sudah tentu lahir daripada konsep“Iqra” yang mendahului segala wahyu yang ditanzilkan olehAllah kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Iqra” merujuk kepadaayat al-Qur’an surah al-‘Alaq, ayat 1-5, iaitu wahyu pertamayang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Hira’oleh malaikat Jibrail a.s. dengan perintah Allah S.W.T danseterusnya melantik Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Rasulterakhir hingga ke akhir zaman. Iqra bermaksud “baca”,mempunyai makna tersurat dan tersirat dituju kepada semuamanusia; dulu, kini dan hingga ke akhir zaman. Dalamkonteks ini Allah berfirman yang maksudnya:

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,Dia telah menciptakan manusia dari segumpaldarah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang PalingPemurah, Yang mengajar (manusia) menerusiqalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yangtidak diketahuinya.

(Surah al-‘Alaq 1-5)

Ayat di atas menjelaskan bahawa budaya membacaadalah asas dalam pendidikan Islam dan tidak ada ilmu tanpaadanya pembacaan, penyelidikan dan penulisan. Oleh sebabitu, dari awal-awal lagi al-Qur’an menitikberatkan aspekpembacaan dan penulisan dalam pendidikan. Perkataan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

50 © Md. Nasir Hamid

“Iqra” dalam ayat ini membawa maksud “baca”, “belajar”dan “kaji” (Mahayudin Hj. Yahaya, 2000:3).

Budaya tulisan terus tumbuh mekar dalam lingkunganbudaya kosmopolitan negara-negara kota, umpamanyakerajaan Samudera-Pasai, kerajaan Melaka, kerajaanAceh dan kerajaan Johor-Riau, iaitu pusat-pusat utamakerajaan Melayu lama. Istana-istana raja pula sebagai pusat‘gedung ilmu’ yang berperanan sebagai tunjang penye-barannya (Noriah Taslim, 1993:180), manakala raja atausultan menjadi patron dan pengerak budaya keintelektualanini.

Pengarang istana sebagai ‘intelek’ Melayu, sepertimana yang dinyatakan di bahagian awal; berperananmencatat peritiwa harian istana, merakam jurai keturunanatau genealogi raja dan keluarga bangsawan dan seterusnyamengembangkan kreativiti individunya untuk menulis‘kronikel’ dan annal yang dikenali sebagai genre sasterasejarah (Noorduyn, 1961 & Teeuw, 1970). Dengan itu, tradisitulisan dilatari penghasilan oleh golongan istana, manakalatradisi lisan yang diamalkan sebelum itu, didasaripenghasilan di kalangan rakyat (Mohd. Taib Osman, 1974:8).

Walaupun world view masyarakat Melayu telahdidedahkan kepada budaya tulisan dengan pengenalanliterasi Islam, tetapi budaya tulisan pada tahap awal inimasih kuat bertaut kepada konvensi dan puitika tradisi.Terdapat banyak unsur-unsur dan bentuk sastera lisan yangmasih kekal dalam penulisan teks bertulisnya, khususnyadari aspek struktur dalaman dan luaran teks.

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 51

Proses pemikiran lisan yang tercermin dalam aturan-aturan komposisi ahli lisan bertahan sedikit sebanyak dalamkarangan bertulis. Akibatnya, banyak unsur-unsur strukturskematik terdapat dalam sastera tradisional (Sweeny, 1990:21). Kemungkinan ini disebabkan kerana masih belum benar-benar berlaku kebebasan intelek dan kebebasan kreativitipara pengarang, penulis kitab-kitab agama atau perawiistana ketika itu untuk mengamalkan sepenuhnya prosespengkaryaan dan penciptaan naratif mereka.

Sungguhpun Islam bersifat demokratik, denganmembawa budaya literasi yang agak “liberal”, terbuka danberinovasi sastera yang pelbagai (dengan corak sasteraannal, sastera falsafah, metafisika dan teologi, sastera kitab-kitab agama serta kisah-kisah nabi dan sahabat), tetapikedatangannya tidak berjaya menghancurkan benteng-benteng tradisi dan tidak juga berhasil untuk memupuskancorak-corak hidup kolektif masyarakat Melayu yang telahterbina teguh sejak turun-temurun (Noriah Taslim,1993:126).

Golongan Melayu yang celik huruf, khususnya elit-elitistana Melayu dan alim ulama sebenarnya masih dikongkongoleh konvensi tradisi dan semangat partisipatoris. Merekamasih dalam situasi ‘literasi terbatas’ bukan sahaja terbatasdari segi penggunaannya, tetapi juga penyebaran danfungsinya. Teks masih dibaca dengan nyaring dan khalayakpula mendengarnya, iaitu dipersembahkan di kalanganmajoriti khalayak yang masih buta huruf.

Kebanyakan teks, khususnya kitab jawi berbentukmanuskrip bertulis tangan dan jumlahnya amat terhad. Ini

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

52 © Md. Nasir Hamid

sesuai pula dengan sedikitnya orang yang tahu menulis danmembaca. Teks perlu dibacakan dan dipersembahkan olehpenutur kepada khalayak dengan semangat kolektif dalammasyarakat partisipatoris.

Para pengarang naratif tidak mempunyai kelonggaranuntuk menguji kreativitinya dengan sepenuhnya. Ia hanyadibenarkan untuk melakukan variasi dan improvisasi darisudut stilistik dan teknik penyampaian sahaja (Noriah Taslim,1994:186). Sebenarnya, kedatangan literasi Islam tidakmenjejas kewibawaan tradisi Melayu sebelumnya yangmenjadi sumber makna, rujukan dan kewajaran. Gayapenyampaian dan penciptaan naratif di peringkat-peringkatawal keberaksaraan masih bercorak lisan dan terikat dengankonvensi dan mekanisme yang mengawal kewibawaannya.

Bentuk kesusasteraan Islam yang terhasil padaperingkat awalnya adalah pada peringkat mudah. Haltersebut berlaku dianggap sesuai dengan keperluanpemahaman Islam yang menekankan soal pembentukanakidah dan akhlak yang disampaikan secara mudah/lisanoleh para guru agama dalam syarahannya.

Di samping itu, seseorang penulis istana yang celik hurufjuga turut terjebak dalam ‘kepompong’ feudalisme istanayang melingkunginya dan membiayai kerjayanya. Segalapenciptaan naratifnya harus mencerminkan dan menguatkansistem beraja yang menjadi patronnya.

Konsep daulat, taat setia, menjunjung duli dan tidakmahu menderhaka menjadi pegangan para pengarang istana.Dalam jaringan tradisi dan feudalisme ini, hasil sastera tidakakan berani dipersoalkan kewibawaannya oleh khalayak.

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 53

Sebaliknya, mereka bertanggungjawab bersama untukmenjunjung, mempertahan dan menjaganya.

Seperti mana yang dijelaskan di peringkat awal, budayatulisan pada tahap awal ini adalah terbatas, mahupunterbatas pada fungsinya ataupun terbatas pada sudutpenyebarannya. Pada sudut penyebarannya, ia lebihtertumpu di istana. Dari sudut fungsi, ia lebih memenuhifungsi keagamaan, iaitu untuk membolehkan seseorangmembaca al-Qur’an, berdoa dan bersembahyang.

Guru-guru pondok mengajar menggunakan kitab (kitabjawi), atau secara hafalan sahaja, manakala murid-muridmendengar syarahannya. Justeru, ia memerlukan seorangpembaca nyaring dan yang lain-lain mendengar. Para pelajarmentelaah secara hafalan dan mentafsirkannya di depangurunya. Hal ini bertujuan untuk menajamkan ingatan.

Oleh sebab tulisan tidak memberi keuntungan yangbercorak ekonomi (Sweeney, 1980), masyarakat Melayu tidakberminat untuk benar-benar belajar menulis dan seterusnyamembaca kecuali kelompok yang menghadiri kelas-kelas‘pondok’. Oleh yang demikian, majoriti rakyat yang melatarikawasan-kawasan desa ketika itu masih dalam kelompok-kelompok buta huruf yang penghayatan sasteranya secarakolektif bersifat sosial, iaitu dengan seorang membacadengan kuat dan khalayak ramai pula akan mendengarnya.

Rata-rata orang Melayu walaupun sehingga padapenghujung abad ke-19, masih dibelenggu masalah butahuruf. Ini dibuktikan dalam karya Abdullah Munshi, dalamteks bertulis Kisah Pelayaran Abdullah (1837). Corak aktivitiekonomi mereka tidak memerlukan kebolehan untuk

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

54 © Md. Nasir Hamid

membaca dan menulis, kerana rata-rata masyarakat Melayuadalah petani dan nelayan.

Dalam budaya partisipatoris ini, hasil kesusasteraanadalah dianggap milik bersama masyarakatnya dan oleh yangdemikian cara penikmatannya juga haruslah bersifatbersama dan kolektif. Oleh sebab itu, ia akan dipeliharadengan sebaik-baiknya sebagai sesuatu yang amat bernilaikepada masyarakatnya. Sebahagiannya dianggap begitusacral (kitab-kitab berbentuk manuskrip) yang perlu dibalutkain kuning dan hitam, iaitu untuk menunjukkan kesuciandan kehormatan kepada nilai-nilai konvensinya.

Sebarang hasil kesusasteraan yang memperlihatkanpenyimpangan serta pembaharuan dianggap di luarkebiasaan dan sukar diterima oleh masyarakat Melayu,walaupun ketika itu budaya literasi sudah pun diper-kenalkan. Jadual yang berikut adalah pembahagian ringkassastera bertulis Melayu tradisi:

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 55

Ringkasan Pembahagian Sastera Tulisan

(Tradisional)

(i) Sastera

Sejarah

(ii) Sastera

Hikayat

(iii) Sastera

Panji

(iv) Sastera

(i) Sastera Undang-undang

Bentuk

(ii) Sastera Agama Bukan

Naratif

(iii) Sastera Kitab

(iv) Sastera Ketatanegaraan

ProsaKepahlawanan/

Epik

Bentuk Naratif

Puisi gurindam

Syair

Sastera Bertulis

(Tradisional)

Bentuk Bukan

Naratif

JADUAL III

Sumber: Zainon Sheikh Ahmad. 1998. Belajar Kesusasteraan dan

Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Penerbit Elman, hlm. 35.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

56 © Md. Nasir Hamid

Kecirian Budaya Tulisan

Budaya tulisan (literate culture) dalam pemahaman masakini lebih terbuka, penerokaan dan bereksperimen jikadibandingkan dengan budaya lisan. Hal ini dijelaskan olehObiechina, (1975:110), iaitu, “literate culture is moreelaborative, exploratory and experimental than an oraltradition”. Penulis dapat membebaskan fikirannya daripadakekangan ingatan dan hafalan. Justeru, membenarkan aliranimaginasi, kreativiti dan keindividualiti berterusan.

Tulisan merupakan mekanisme yang disebut sebagai‘time-obviating mechanism’ , (iaitu mekanisme memper-lahankan masa) (Peabody,1975:174). Ia membenarkanpenulis untuk berehat, berhenti, merenung, menjelajah danbereksperimen dengan kemungkinan-kemungkinan baru, danini merangsangkan kreativiti, keindividualiti dan ketulenandalam penghasilan karya.

Dengan kewujudan budaya tulisan, bebanan hafalantelah dibebaskan daripada membelenggu diri penghasil karyaatau pengarang. Keadaan ini juga membebaskan pengarangdaripada tuntutan penciptaan dan persembahan secaraspontan seperti mana dalam karya lisan. Oleh sebab itu,hasil karya tidak lagi terikat kepada skemata yang terdapatdi dalam model konvensi. Kenyataan Amin Sweeney (1980)dapat memperlihatkan keadaan ini:

A prime example is the writing of the nineteethcentury Munsyi Abdullah. His radical departurefrom the schematic composition of the traditionalMalay literature is also reflected in his spelling.

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 57

Dalam situasi sebegini, membolehkan pengarang dapatmemperlihatkan kreativiti dan imaginasinya seadanya. Halini seterusnya memberi peluang kepada pengarang untukmelahirkan stail, gaya bahasa, tema, plot dan sebagainyayang menyimpang daripada model-model konvensi danpuitika lisan itu sendiri. Gaya bahasanya tidak lagi perlubersifat berulang-ulang dan stereotaip seperti mana dalamkarya-karya tradisional. Pengarang boleh memperkayakanlagi bahasanya dari segi stilistik dengan penggunaan bentukbahasa yang lebih segar. Hal ini memperlihatkan bahawapengarang dapat menonjolkan ciri-ciri keindividualan yangpada peringkat awal keberaksaraan masih lagi terhad.

Budaya tulisan telah memberi ruang kepada pengaranguntuk menerokai dan bereksperimen dengan sumber-sumberbaru, iaitu tidak lagi perlu bergantung kepada korpus budayayang diwarisi. Hal ini telah menjadikan hasil karyakesusasteraan itu menjadi peribadi dan realistik, tidakbegitu homogen dan konservatif sifatnya. Jack Goody (1968:63) telah mengemukakan pendapatnya dalam hal ini:

In contrast to the homeostatic of cultural tradi-tion among the non-literate people, literate so-ciety leaves more to its members, less homog-enous in its cultural tradition, it gives more freeplay to the individual and particularly to the in-tellectual, the literate specialist himself.

Budaya lisan juga memberi ruang masa untuk pengarangberfikir, membawa dan menyusun naratifnya dengan lebihbaik. Dengan peruntukan masa yang mencukupi, makapengarang dapat meneroka serta menyelami tema dan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

58 © Md. Nasir Hamid

persoalan yang lebih rumit dalam bentuk-bentuk karya yanglebih kompleks. Dengan demikian, pengarang dapat mencariidea yang segar untuk menghidupkan cerita selaras dengankemampuan dan kreativiti pengarang tersebut.

Seterusnya, dengan adanya sistem tulisan, pengarangdapat mempertingkat, memperbaiki dan menggarap tema,persoalan, plot, latar dan memadatkan pemikirannya sertamenstrukturkan karyanya dengan menyusun konflik danresolusi dalam satu pola yang wajar. Tema yang dihasilkanlebih rumit, segar, kompleks dan melibatkan perancanganserta pemikiran yang amat kritis dan mendalam. Dalamtradisi tulisan, tema-tema baru, menarik dan mencabarboleh diterokai dan ini telah menyimpang daripada konvensipuitika lisan yang ditetapkan oleh kewibawaan model-modelsastera tradisional sebelumnya.

Tema Hikayat Raja Pasai (1987) contohnya, mem-bicarakan jatuh bangun sebuah negara kota Samudera-Pasai,bukanlah tentang seseorang individu tertentu. Hikayat inimengisahkan perebutan kuasa, persengketaan persaudaraandan mengkritik perilaku raja, yakni peribadi raja yangmengikut hawa nafsu, ketidakadilan, kezaliman dankekejaman; khususnya tingkah buruk rajanya yangberterusan hingga menyebabkan kerajaannya jatuh danditarik balik mandat kekuasaannya, seperti mana yangberlaku pada pemerintahan Sultan Ahmad yang ditarik balikmandat kekuasaannya oleh kuasa luar, iaitu oleh Majapahit.

Tema Hikayat Raja Pasai ini berbeza dengan temadalam karya-karya tradisional, khususnya dalam korpustradisi lisan yang banyak mengungkap tema-tema yang sudahwujud di dalam karya-karya lain sebelumnya seperti tema

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 59

pengembaraan, percintaan, peperangan, perjuangan,pengorbanan dan kisah suka duka anak-anak raja yang sudahdapat diduga – diakhiri dengan kisah-kisah happy ending.

Plot Hikayat Raja Pasai pula contohnya, mem-perlihatkan kompleksiti dalam satu kesatuan yang dibinaoleh satu urutan konflik dan resolusi yang bertonggakkanobjektif yang tersirat dan termaktub dalam wasiat seorangraja kepada bakal raja, yakni kesejahteraan dankeseimbangan kewujudan melalui pemerintahan yang adildan saksama – raja ke atas rakyat jelatanya. Melalui wasiatmisalnya, pengarang memasukkan dan menyulam denganunsur moral, terutamanya apabila wasiat itu dilanggari; iaakan mendatangkan akibah, kehancuran dan kejatuhannegeri Pasai ke tangan kerajaan Majapahit.

Plot Hikayat Raja Pasai dengan demikian, me-nyediakan berbagai-bagai kemungkinan berdasarkan samaada langkah-langkah diambil untuk mencapai objektifataupun tidak, yang secara urutan logiknya berakhir denganresolusi yang positif atau negatif, kesejahteraan ataukemerosotan. Proses ini dikenali sebagai amelioration ordegradation (untuk memahami proses ini, rujuk modelBremond, 1980, The Logic of Narrative Possibilities).

Dalam penciptaan skematik yang meneraskan sasteralisan, biasanya hanya ada satu plot skema, dengan rentetanaksi yang berkembang di atas satu landasan plot dan menujuke arah satu resolusi yang sudah diduga. Dalam skema ini,konflik dan resolusi dimunculkan secara mudah melalui duatipa watak yang berbeza yang mendukung nilai-nilai moralyang bertentangan iaitu baik dan jahat.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

60 © Md. Nasir Hamid

Organisasi plot yang begini berpotensi untuk melahirkankonflik yang bersifat fizikal yang secara urutannyamemerlukan penyelesaian yang juga bersifat fizikal. Bentuk-bentuk konflik yang begini biasanya melahirkan single-stranded plot, yang berteraskan konsep poetic justice iaituwatak jahat dihukum dan watak baik diberi ganjaran (NoriahTaslim, 1993: 202).

Di samping itu, dengan adanya tulisan, hasil sesebuahkarya itu telah dipindahkan kepada sebuah bentuk teks yangtetap, iaitu pada tahap awalnya berbentuk manuskripbertulis tangan. Bahkan pengarang sudah mula mem-perlihatkan ciri keindividualan dengan meletakkan namanyasebagai orang yang bertanggungjawab dalam menyalin hasiltersebut. Misalnya, Tun Sri Lanang meletakkan namanyasebagai penyusun Sejarah Melayu, manakala Raja Ali Hajisebagai pengarang Tuhfat al-Nafis dan Misa Melayu olehRaja Chulan.

Tradisi tulisan turut juga membantu pengarang dalamproses memberikan gambaran ke atas watak yang lebihpelbagai serta bersifat realistik. Dalam hal ini, pengarangakan cuba melarikan diri daripada kecirian watak-watakstereotaip yang ditetapkan oleh konvensi tradisi. Misalnyawatak-watak Sultan Ahmad, Sultan Malikul Saleh, SultanMalikul Tahir dan Sayid Semayamuddin dalam Hikayat RajaPasai (1987), sudah terlepas dari watak-watak stereotaippenglipur lara.

Secara ringkasnya, pengarang menjadikan sesuatuwatak itu bersifat bulat (round character). Berkenaan halini, W.J. Ong (1982) mengatakan bahawa, “Full explana-

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 61

tion of the emergence of the ‘round’ character must in-clude an awareness of what writing, and later print.”

Seperti mana yang dijelaskan pada bahagian awal,watak dalam karya tradisi bertulis lebih memperlihatkansifat individu yang sebenar dan realistik. Dengan ini, wataktidak lagi diacukan mengikut tipa tradisionalnya ataudimanipulasikan untuk memenuhi tujuan skematik. Dalamkarya tradisional, sesebuah watak biasanya telah dikenalidan disepakati umum untuk diangkat sebagai protagonis atauwira bangsa seperti yang terdapat dalam cerita-ceritapenglipur lara misalnya, Hikayat Malim Dewa, HikayatAnggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Donan, Hikayat TerungPipit dan sebagainya.

Seterusnya, dengan kemunculan budaya tulisan akanmemberi sedikit kelonggaran kepada seseorang pengaranguntuk melarikan diri dari kekangan konvensi lain. Hal inidipengaruhi oleh dua faktor. Faktor pertama berkaitandengan penglibatan atau kehadiran khalayak yang tidakperlu ada/muncul di depan pengarang semasa prosespenciptaan naratifnya.

Dalam faktor kedua pula, pengarang tidak diikat kukuholeh kontrak naratif dengan khalayak seperti mana dalambudaya partisipatoris masyarakat Melayu tradisional. Halini memperlihatkan sedikit sebanyak ciri-ciri keindividualanwalaupun dalam ruang lingkup yang agak terbatas, ataupundisebut dengan istilah ‘keindividualan terhad’.

Selain itu, pengarang juga memperlihatkan cirikeindividualan terhad ini dengan mencipta dan menonjolkanapa yang terlintas di fikirannya dengan kawalan tradisi dan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

62 © Md. Nasir Hamid

semangat kolektif masyarakatnya. Sedangkan dalammasyarakat Melayu tradisional, iaitu dalam budaya lisan, iabegitu tegar dan telah ditetapkan sesuatu peristiwa itu agarlari dari konvensional yang telah disepakati umum. Sesuatupenyimpangan adalah tidak digalakkan sama sekali.

Kemajuan budaya tulisan tersebut, seterusnya telahmeningkatkan penghasilan bahan-bahan sastera, iaitu padatahap awalnya dalam bentuk-bentuk manuskrip bertulistangan, seperti mana yang disentuh sebelum ini; sama adadalam bentuk naratif dan bukan naratif. Tradisi sasteratulisan tetap memilih beberapa sifatnya yang tersendiri,iaitu antara lainnya:

(i) ia mengambil tulisan sebagai alat penyam-paiannya,

(ii) ia menghasilkan bilangan teks yang lebih banyakdan kompleks,

(iii) ia kekal dan dapat dibaca secara persendirian padasebarang masa dan tempat,

(iv) sastera bertulis itu mempunyai bilangan jenis yanglebih meluas naratif dan non-naratif.

Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan bahawabudaya tulisan pada tahap-tahap awal telah memberikansumbangan yang agak besar kepada kemunculan ‘keindivi-dualan terhad’ di kalangan para pengarang Melayu, iaitupara perawi istana dan para penulis kitab keagamaan ataupara pengarang karya-karya warisan Islam.

Ini kerana dengan adanya tulisan, ia telah memberi

www.karyanet.com.my Budaya Tulisan

© Md. Nasir Hamid 63

satu dimensi baru kepada khazanah sastera dan kitabkeagamaan itu sendiri, iaitu hasil yang selama ini dituturkansecara lisan oleh penutur tradisional telah dijadikan sebagaiteks bacaan dan dapat disebarkan secara agak meluas,walaupun terbatas kepada elit istana dan institusi ‘pondok’.

Oleh yang demikian pengarang Melayu mempunyaimasa untuk mencipta, menilai dan memberikan makna barukepada hasil karya mereka, walaupun dalam pengawasanfeudalisme istana, dan seterusnya dapat melahirkan karya-karya yang lebih kompleks, umpamanya karya-karyaberbentuk annal, kitab undang-undang, kitab keagamaan,kitab ketatanegaraan, karya-karya adab dan sebagainya.

Seperti mana yang dijelaskan pada bahagian awal, parapengarang dalam era keberaksaraan awal ini tidak lagi perlubergantung kepada bebanan hafalan dan ingatan. Karya-karya dipersembahkan dalam bentuk teks bertulis. Ia dapatmembebaskan dirinya daripada bentuk-bentuk dan tekniksastera lisan yang tidak lagi terikat kepada skematik sepertiyang terdapat dalam model-model konvensi sebelumnya.

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 65

Teks Hikayat Raja Pasai (selepas ini akan disebut sebagaiHRP), diusahakan oleh Rusell Jones (1987), merupakan teksbercorak sejarah bertulis yang tertua di alam Melayu(JMBRAS, Vol. 33, Pt.2). Ia mengandungi lebih kurang 30000 patah perkataan, iaitu jauh lebih pendek daripadaSejarah Melayu. Penelitian perbincangan teks ini dinilaidalam dua aspek, iaitu struktur dalaman yang akan melihatbentuk-bentuk lisan, iaitu mitos, legenda, lipur lara, puisi-puisi dan motif lisan. Manakala penelitian kedua ialahstruktur luaran yang meneliti aspek-aspek stilistik lisan iaituyang paling dominan adalah seiras formula dan bentukperulangan. Analisis struktural Hikayat Raja Pasai inimeliputi petikan-petikan yang dipetik daripada tekstersebut. Petikan-petikan tersebut dinyatakan dalam JadualIV. Sebahagian daripada petikan-petikan berkenaandibahagikan kepada segmen-segmen tertentu. Setiapsegmen dalam petikan ditandakan dengan angka untukrujukan perbincangan.

BAB EMPATPENELITIAN TEKS

HIKAYAT RAJA PASAI

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

66 © Md. Nasir Hamid

Bentuk Mitos dalam Hikayat Raja Pasai

Mitos merupakan unsur sastera rakyat yang paling ketaraditampilkan oleh pengarang dalam teks HRP. Mitos iniselalunya diletakkan pada bahagian awal teks, dengantujuan menekankan kesahihan dan kesucian raja. Mitosdalam konteks penulisan sastera Melayu tradisional diertikanoleh C. Hooykaas (1965:12) sebagai cerita dewa-dewa yangdidorong oleh unsur-unsur keagamaan (mythology – istilahMohd. Taib Osman). Biasanya cerita-cerita yang berunsurmitos ini berunsur keagamaan, bersifat sakral yangmerupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atauketurunan. Cerita-cerita ini mengandungi unsur-unsur ajaib(Annas Hj. Ahmad, 1977:14).

Pada bahagian awal teks Hikayat Raja Pasai, banyaksekali dilatari unsur-unsur mitos. Manakala Jacob danWilhelm dalam J. Middleton (1967:1), mendefinisikan mitossebagai “stories of the gods”. Pendapat ini bersesuaiandengan pandangan Lewis Spencer (dalam Md. Salleh Yaapar(1977: 64) yang menyebut bahawa mitos merupakan:

Myths are materials which deal with the crea-tion of the world, with the origin, which treat ofthe heavenly bodies, of places of reward and pun-ishment, and most important of all, perhaps, ofthe adventures of god.

Mircea Eliade (1960:3) pula memperincikan mitossebagai suatu pemikiran untuk menyatakan tentangkebenaran mutlak. Mitos pada dasarnya menonjolkan tokoh-tokoh luar biasa, sama ada mereka itu dikaitkan dengan

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 67

alam dewa-dewi ataupun alam supra-human dan divine (M.Khalid Taib, 1989:31). Daripada definisi-definisi tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa mitos sebenarnya suatusejarah yang suci bagi sesebuah masyarakat yangmembentuk pola keperluan manusia yang tertumpu kepadakepercayaan tentang soal-soal ketuhanan, asal usul kejadianalam, makhluk dan binatang.

Mitos juga berperanan sebagai alat untuk menyampai-kan kecaman-kecaman terhadap sultan. Umpamanya dalamSejarah Melayu, kisah Singapura dilanggar todak, memberipetunjuk kepada raja yang tidak mengenang budi dan begitujuga kisah peminangan Puteri Gunung Ledang yang meng-gambarkan tentang seorang raja yang hanya mementingkandiri sendiri. Dalam HRP, peristiwa kezaliman dan kekejamanSultan Ahmad mewajarkan baginda kehilangan takhtakerajaannya kepada Majapahit.

Dalam HRP, mitos asal usul ansestor atau raja-rajaMelayu Samudera-Pasai dikaitkan dengan puteri daripadarebung buluh betung dan putera daripada peliharaan seekorgajah. Hal ini dapat dijelaskan dalam pemerian petikanseperti yang berikut;

Maka Raja Muhammad itu pergilah ia dengansegala rakyatnya menebas rimba itu. Maka adadi tengah rimba itu (1) serumpun betung terlaluamat tebalnya betung itu (2). Maka ditebas olehrakyat itu tiada habis ditebasnya, habis-habistumbuh pula (3). Maka berangkat Raja sendirimenebas betung itu, maka habislah betung itu(4). Maka dilihat oleh Raja Muhammad pada sama

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

68 © Md. Nasir Hamid

tengah betung itu ada rebungnya seperti badanbesarnya; maka hendak diparang oleh RajaMuhammad rebung itu, maka keluar seorangkanak-kanak perempuan terlalu sekali baikparasnya (5).

(HRP, 1987: 1)

Segmen (1) hingga (5) menjelaskan sebuah mitos perihalasal usul raja yang berkaitan dengan unsur keajaiban yangdiistilahkan sebagai “authoctonous origin of man” (kelahirantanpa ibu bapa), iaitu sebuah mitos universal tentangmanusia. Pemerian mitos ini menjelaskan bahawa raja-rajaPasai dan Samudera adalah daripada keturunan puteri daribuluh betung dan putera daripada peliharaan gajah.

Unsur mitos dalam segmen (1) hingga (5) ini mempunyaitujuan untuk mengagung-agungkan martabat dan kesucianraja-raja Pasai. Percantuman antara dua unsur; gajah(kekuatan) dan buluh betung (kemakmuran) melambangkanbahawa dinasti kesultanan Pasai itu diasas daripada unsurkekuatan dan kemakmuran (Mustafa Mohd. Isa, 1999a:26).

Segmen (5) pula menjelaskan tentang sebuah motifyang biasa terdapat dalam tradisi lisan, iaitu motif “manusialahir dari buluh betung”. Motif puteri betung ini hampirsama dengan yang terdapat dalam Hikayat Seri Kelantan.Segmen (1) dan segmen (2) dikaitkan dengan keistimewaandan kedaulatan Raja Muhammad seperti yang digambarkandalam segmen (3) dan (4). Segmen (5) juga menjelaskantentang keajaiban Tuan Puteri Buluh Betung yang dikaitkandengan magis sehelai rambutnya berwarna emas yangmengeluarkan darah putih berterusan apabila dicabut oleh

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 69

suaminya, Merah Gajah.

Dalam petikan seterusnya sebuah lagi mitos asal usulansestor dipaparkan iaitu manusia dipelihara gajah. Petikanini membawa satu lagi dimensi mythical kepada naratif.Dalam petikan ini terdapat unsur-unsur supermatural yangbiasa terdapat dalam cerita-cerita mitos. Peristiwa dalampetikan ini juga memerikan tentang Raja Ahmad yang seolah-olah mengembara masuk ke dalam alam sekunder (alambukan primer). Situasi keluarbiasaan ini berlaku dalamdimensi alam yang ghaib, bukan dalam dimensi alam realitiyang mempunyai ruang konkrit dan waktu yang objektif.Pemerian kisah ini seperti yang dipaparkan dalam naratifiaitu;

Maka beberapa lamanya baginda pun pergiberburu ke dalam rimba belantara (1), makaseekor perburuan tiada diperoleh (2). Makabaginda pun bertemu dengan sebuah surau ditengah rimba belantara itu (3). Maka ada seorangorang tuha dalam surau itu (4). Maka pada saatitu juga datanglah seekor gajah terlalu besar (5).Maka ada seorang kanak-kanak duduk ataskepalanya. Maka dimandikannya ia ke sungai (6).Maka ujar Raja Ahmad, “Hamba hendak bermohonkepada tuanku kembali dahulu ke negeri hamba;mana jalan keluar?” Maka ditunjukkan orang tuhaitulah jalan raya. (7)Tiba-tiba sampailah ia kenegeri (8).

(HRP,1987:2-3)

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

70 © Md. Nasir Hamid

Dalam segmen (1) ditunjukkan sebuah latar ruang disebuah hutan rimba yang begitu sakral yang mempunyaijalan masuk ke suatu dimensi ghaib, seperti yang dijelaskandalam segmen (7) dan (8). Segmen (2) pula menjelaskantentang ketiadaan sebarang benda hidup kecuali seorangorang tua dan surau dalam segmen (3) dan (4). Orang tuaitu sendiri ialah tokoh misteri kerana ia hilang pada harikedua sultan pergi ke tempat tersebut. Tokohnya bersifatsupernatural yang menambah kepada dimensi mythicaldalam naratif. Segmen (5) dan (6) pula menjelaskan sebuahmitos kanak-kanak yang dipelihara oleh seekor gajah.

Selain itu, terdapat juga petikan mengisahkan motifmitos Tuan Puteri Buluh Betung berambut emas yangmengeluarkan darah putih berterusan, apabila dicabutmengakibatkan puteri itu mati. Kisah Tuan Puteri BuluhBetung seperti yang terdapat dalam teks iaitu;

Hatta maka Puteri Betung itu bahagianya sehelairambutnya di tengah kepalanya seperti warnaemas rupanya. Maka suatu hari Tuan Puteri itupun tidur. Maka dibantunnya oleh Merah Gajahrambut isterinya itu, pada bicaranya itu tiadaakan mengapa Tuan Puteri. Maka keluarlah darahdaripada liang rambut itu tiada berputusan lagikeluar darahnya putih. Maka berhentilahdarahnya itu, maka Tuan Puteri pun hilanglah.

(HRP, 1987: 5-6)

Mitos puteri berdarah putih ini sangat terkenal sepertidalam mitos legenda Mahsuri, iaitu apabila Mahsuri ditikam,darah putihnya keluar berterusan. Darah putih adalah

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 71

lambang kesucian dan selalunya dikaitkan dengan sifat-sifatkeluarbiasaan watak. Dalam hal ini, Tuan Puteri BuluhBetung mempunyai asal usul yang misteri dan luar biasa“authoctonous origin if man” (tanpa ibu bapa).

Selain itu ada juga mitos yang mengisahkan asalkekayaan yang mengaitkan kemewahan alam denganperibadi raja. Keistimewaan Merah Silau menggambarkankesaktian dan kedaulatan raja-raja Pasai bahawa di mana-mana raja berada; kemakmuran, kekayaan dan ketertibanalam (cosmic order) akan muncul. Hal ini berkait dengantanggapan terhadap raja sebagai penjana kemakmurankosmos kerana dirinya dihubungkan dengan pasak alam.Konsep tersebut dipengaruhi oleh pemikiran Hindu yangberkait dengan kuasa kosmos seorang dewa raja.

Hal ini dapat dibuktikan, misalnya kisah Merah Silaumenemui cacing gelang-gelang dan kemudian direbusmenjadi emas, pemerintahan Sultan Malikul Mahmud danSultan Malikul Mansur yang makmur dan maju seperti berikut;

Setelah itu, maka Sultan Malikul Mahmud itulahkerajaan di Pasai dan Sultan Malikul Mansur itulahkerajaan Samudera itu. Maka negeri yang keduaitu pun terlalu ramai dan memberi segala rakyatdalam negeri itu dan beberapa daripada gajah dankuda jenuhlah makanannya dan beberapadaripada segala rezeki yang lain tiada terhisabkanbanyaknya pada zaman baginda kedua bersaudaraitu.

(HRP,1987: 26)

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

72 © Md. Nasir Hamid

Begitu juga gambaran kemakmuran semasa peme-rintahan Sultan Malikul Salleh yang memperoleh emas, yangdijumpai oleh orang dari benua Keling. Pengisahan mitostentang kesaktian Merah Silau yang merebus cacing gelang-gelang lalu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadiperak seperti digambarkan dalam petikan ini:

Setelah sudah bubu itu diperbuat orang, makapergilah Merah Silau itu ke hulu sungai itumenahan bubunya itu. Maka pada keesokanharinya Merah Silau itu pergi melihat bubunya.Maka dilihatnya penuh dalam bubu itu gelang-gelang. Maka gelang-gelang itu pun dibawanyapulang ke rumahnya dibubuhnya dalam kawah,maka disuruhnya rebus semuanya gelang-gelangitu. Maka dengan takdir Allah taala maka gelang-gelang itu pun menjadi emas dan buihnya menjadiperak.

(HRP, 1987: 7-8)

Pemerian keistimewaan raja di atas terdapat jugadalam kisah Sejarah Melayu apabila turunnya tiga puteraRaja Suran ke Bukit Siguntang Mahameru mengakibatkanpadi Wan Empok dan Wan Malini berbuah emas, berdaunkanperak dan berbatangkan tembaga suasa. Sesungguhnya kisahini cuba menggambarkan bahawa kesaktian sehingga dapatmentransformasikan alam, menjadinya mewah dangemilang. Daripada kemewahanlah akan terbit kesejah-teraan dan ketertiban alam yang perlu ada pada sesebuahnegeri.

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 73

Seterusnya, hikayat ini turut memaparkan mitos asalusul tempat atau permulaan sesebuah negeri. Pemerianperistiwa tersebut mengisahkan tentang Merah Silau yangmenemukan seekor semut sebesar kucing yang mewajarkanmitos wujudnya negeri Samudera yang mengisi satu ruangmasa dan tempat yang tertentu. Hal ini digambarkan sepertiberikut;

Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di RimbaJerana itu (1). Sekali persetua pada suatu hariMerah Silau pergi berburu (2). Maka ada seekoranjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itubernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing itu,lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu (3). Makadilihatnya ada seekor semut besarnya sepertikucing (4). Maka ditangkapnya oleh Merah Silausemut itu, maka lalu dimakannya (5) Makadinamai oleh Merah Silau negeri Samudera ertinyasemut yang amat besar, di sanalah ia diam rajaitu (6).

(HRP,1987:12-13)

Segmen (1) hingga (6) menjelaskan sebuah mitos perihalasal usul tempat, iaitu Samudera. Segmen (1) menunjukkansebuah latar ruang/tempat Rimba Jerana, iaitu tempatperburuan Merah Silau manakala segmen (2) menunjukkanseekor anjing perburuannya yang peka kepada kewujudansesuatu unsur dari alam ghaib dalam segmen (3), iaitu sepertimana perihal anjing perburuan raja yang menemukanpelanduk putih bagi mewajarkan asal usul negeri Melakadalam Sejarah Melayu.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

74 © Md. Nasir Hamid

Segmen (4) pula mengisahkan keajaiban seekor semutsebesar kucing yang dimakan oleh Merah Silau, iaitu disegmen (5). Merah Silau sedar akan keluarbiasaan binatangtersebut, sebab itu dimakannya, iaitu sama juga Hang Tuahdalam Hikayat Hang Tuah yang menjumpai ular cintamaniyang diberi kepada Bendahara dan dimakan oleh Bendahara.Binatang itu dipercayai membawa unsur tuah atau sakti.Segmen (6) pula mewajarkan Merah Silau terus menetap ditempat tersebut untuk mengambil sempena keajaiban semuttersebut.

Dalam petikan seterusnya, terdapat sebuah lagi mitosyang diutarakan, iaitu tentang mitos permulaan/pembukaannegeri Pasai dengan mengisahkan seekor pelanduk putih yangluar biasa. Kisah ini digambarkan seperti berikut:

maka disalaknya anjing itu oleh pelanduk makaanjing itu pun undurlah (1) maka didapatkannyapelanduk itu oleh anjing, lalu ia berdakap-dakapan kira-kira tujuh kali (2) maka anjingperburuan itu bernama Si Pasai itu pun matilahpada tempat itu (3) Maka dinamai baginda akannama anjing negeri itu (4); maka dititahkannyalahanakanda baginda Sultan Malikul Tahir kerajaandalam negeri itu dan ayahanda Sultan MalikulSaleh itu diam di Samudera Darulsalam juga (5).

(HRP, 1987:22-23)

Segmen (1) dan (2 juga mengisahkan tentangkeluarbiasaan seekor pelanduk yang juga sering menjadimotif yang umum dalam cerita-cerita rakyat. Pelanduk putih

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 75

melambangkan kesucian dan kekeramatan tempat, makatempat tersebut elok dijadikan negeri. Kesaktian pelandukternyata apabila anjing itu mati setelah bertembung/bergelut dengannya dalam segmen (2) dan segmen (3).

Segmen (5) pula mewajarkan Sultan Malikul Saleh untukmembuka negeri baru untuk puteranya, Sultan Malikul Tahirdan seterusnya menamakan negeri itu Pasai atas nama anjingperburuannya, Si Pasai, iaitu dalam segmen (4) selepasanjing itu mati dalam segmen (3). Mitos pembukaan negeritersebut mengaitkan tentang keajaiban, kesucian dankeistimewaan raja yang telah mengisi dimensi ruang tempatdalam realiti yang sebenar, iaitu negeri Samudera dan Pasaiyang terletak di kepulauan Indonesia.

Pemerian asal usul tentang penubuhan Pasai, Samuderadan unsur yang berkaitan seperti unsur pelanduk putih,anjing dan kijang, mengingatkan kita semula kepadapemerian asal usul Melaka dan Patani yang dikaitkan denganmitos, sebagai mana yang terdapat dalam Sejarah Melayudan Hikayat Pattani.

Mitos seterusnya adalah kisah mitos pengislaman MerahSilau yang menggambarkan dalam situasi begitu mythicalyang mencakupi dua dimensi ruang, iaitu alam mimpi danalam nyata. Hal ini terdapat dalam petikan berikut:

Sebermula bermimpilah Merah Silau dilihatnyadalam mimpinya itu ada seorang yang menampungdagunya demikian katanya, “Hai Merah Silau ucapolehmu dua kalimah syahadat “ (1). Maka sahutMerah Silau, “Tiada hamba tahu mengucap akan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

76 © Md. Nasir Hamid

dia” (2). Maka ujarnya, “bukakan mulutmu”. Makadibukakannya oleh Merah Silau, maka diludahinyamulut Merah Silau itu, rasanya lemak manis (3).“Hai Merah Silau, engkaulah Sultan Malikul Salehnamamu (4), sekarang Islamlah engkau denganmengucap dua kalimah syahadat itu, dan segalabinatang yang hidup lagi halal engkau sembelihmaka kaumakan, dan yang tiada disembelihengkau jangan makan. (5) Maka ujar Merah Silau,“Siapakah tuan hamba ini?” Maka sahut suaradalam mimpi itu, “Akulah Nabi MuhammadRasulullah s.a.w. yang di Makkah itu”. “Tunduklahengkau ke bawah (6)”. Maka tunduklah MerahSilau ke bawah, serta jaga ia daripada tidurnya,maka dilihatnya yang di bawah sucilah (7). Makasetelah sudah ia mengucap dua kalimah itu, makaia membaca al Qur’an tiga puluh juz khatamdengan hafalnya (8).

(HRP, 1987:14-15)

Segmen (1) hingga (8) merujuk kepada dunia spiritualdan dunia fizikal dalam episod mimpi yang mempertembungkandua manusia sakral iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan MerahSilau. Segmen (7) dan (8) mewajarkan dunia spiritual tersebutke dalam dunia fizikal yang mengesahkan pengislaman MerahSilau dengan membawa gelaran Sultan Malikul Saleh dalamsegmen (4), iaitu dengan tanda ia telah bersunat dalam segmen(7), mengesakan dan menyaksikan kalimah syahadat sertadapat mengaji al-Qur’an dalam segmen (8).

Mitos tersebut menggabung jalinkan dua alam dan duakategori peristiwa, iaitu spiritual (disunatkan dan diislamkan

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 77

dalam mimpi), dan fizikal, Merah Silau ini juga antara tigaprasyarat yang simbolik dan signifikan untuk pengsahihanpengislaman seseorang, di samping perlu menjalani syariatIslam seperti dalam segmen (5). Mitos ini memperlihatkankelebihan peribadi raja berbanding rakyat jelata, keranaraja diislamkan terus oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mitos inidengan demikian menyucikan raja.

Episod seperti ini terdapat juga dalam kisah peng-islaman raja Melaka dalam teks Sejarah Melayu. Sekiranyadisebut oleh HRP bahawa Merah Silau bermimpi berjumpaNabi Muhammad s.a.w. yang membawa kepada peng-islamannya, maka Sejarah Melayu juga memerikan riwayatyang serupa tentang isu yang sama, tetapi dialami oleh tokohyang berlainan; Merah Silau dari Pasai dan Raja Kecil Besardari Melaka. Pasai diislamkan oleh Syeikh Ismail dan Melakaoleh Sayyid Abdul Aziz.

Bentuk Legenda dalam Hikayat Raja Pasai

Satu lagi bentuk sastera lisan yang terdapat dijalinkan dalamnaratif HRP adalah legenda, iaitu legenda dalam kontekspolitiko-sejarah pemerintahan Sultan Malikul Saleh, SultanMalikul Mahmud dan Sultan Ahmad. Unsur-unsur legendasering dipaparkan dalam sastera rakyat Melayu dan jugagenre-genre sastera sejarah, seperti Sejarah Melayu,Hikayat Aceh, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa,Hikayat Banjar dan sebagainya. Ia lebih bersifat tempatandan mendekati kepada tanggapan sejarah. Menurut MustafaMohd. Isa (1999a: 26), legenda ialah kisah tokoh-tokohsejarah yang ditokok tambah kehebatannya supaya dapatdibanggakan oleh masyarakat.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

78 © Md. Nasir Hamid

Tidak seperti mitos, legenda kurang memperlihatkanunsur-unsur keluarbiasaan daripada aspek kerohanian, tetapisebaliknya lebih menekankan keistimewaan-keistimewaanekstrinsik fizikal tokoh-tokoh seperti ketangkasan,kepahlawanan, kekebalan, kekuatan, dan kepintaran. Disamping kesetiaan dan ketaatan kepada raja yang tidakberbelah bagi; kesetiaan dan ketaatan yang mutlak hinggasanggup mengorbankan nyawanya sendiri.

Dalam sastera tradisional, unsur-unsur legenda yangmenghubungkan dengan seseorang tokoh, pahlawan, ulamadan rakyat biasa dengan unsur-unsur kehebatan dankeperwiraan adalah satu hal yang istimewa di matamasyarakat tradisional yang mewajarkan keagungan dankebesaran raja. Di sebalik unsur-unsur ini, ia juga bolehdijadikan sebagai alat untuk mengkritik pihak raja dangolongan bangsawan dengan cara yang amat sinis, halustetapi penuh dengan unsur-unsur makna yang tersirat.

Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawalegenda lebih berkisar kepada kisah-kisah mengenaikeperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimilikioleh tokoh-tokoh manusia tertentu, misalnya pegawai-pegawai raja (Hang Tuah dalam Sejarah Melayu dan BeraimBapa dalam HRP) dan sifat-sifat istimewa orang-orang biasa(seperti Badang dalam Sejarah Melayu). Tokoh-tokoh iniberkemungkinan besar memang hidup dalam sejarahumumnya dan juga mengenai tokoh-tokoh agama, misalnyaTun Jana Khatib dalam Sejarah Melayu dan SayidSemayamuddin dalam HRP (Zahrah Ibrahim,1986:160).

Tokoh-tokoh legenda yang didukungi oleh pegawai raja

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 79

adalah seperti mana yang digambarkan oleh kehebatantokoh legenda terkenal Pasai iaitu Tun Beraim Bapa dalamHRP (1987:36), yang mempunyai kuasa superhuman denganciri-ciri fizikal, psikologi dan sosiologikal yang hebat. Darisegi kehebatan fizikal Tun Beraim Bapa, ia dapat dijelaskandalam pemerian berikut;

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Tun BeraimBapa: diceriterakan oleh orang yang empunyaceritera, adapun akan Beraim Bapa (1) terlaluamat perkasanya lagi pahlawan, tiada berbagaipada zaman itu (2); tujuh hasta tingginya dan duahasta bidang dadanya (3), maka jikalau tujuh depatebal kota tanah dilotarnya dengan batangkelambir luluh lantak (4). Maka masyhurlahwartanya ke benua Keling.

(HRP, 1987: 36)

Segmen (1) hingga (5) mengisahkan tentang seorangwira legenda Pasai, Tun Beraim Bapa yang mempunyai sifatyang amat perkasa dengan kecirian kepahlawanannya yanghebat dalam segmen (2), seperti sama hebatnya Hang Tuahdalam Hikayat Hang Tuah dan Iskandar Muda dalam HikayatAceh. Dalam segmen (3), Tun Beraim Bapa dari segi fizikal,tingginya tujuh hasta, bidang dadanya dua hasta, rambutnyapanjang dan ia memakai canggai. Dalam segmen (4) pula,jikalau tujuh depa tebal kota tanah, dilontarnya denganbatang kelambir, kota itu hancur luluh dan ia terkenal hinggake Keling seperti dalam segmen (5).

Kehebatan fizikal Tun Beraim Bapa seterusnya ialah

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

80 © Md. Nasir Hamid

apabila ia berlanggar pintu istana, istana bergoncang. Kisahini berlaku semasa Tun Beraim Bapa bergurau senda dengangundik Sultan Ahmad, Tun Fatimah Lempau di istana SultanAhmad yang menyebabkan sultan terkejut dari tidurnya.Jika Tun Beraim Bapa menyelam, ia mampu bertahan lamadan dapat berjalan dalam air dari tempat ia menyelamsehingga lima rantai jauhnya. Kekuatan Tun Beraim Bapajuga dapat membunuh ular lembu dan memakan dagingnya,padahal orang lain mencium bau ular itu pun mati.

Ada juga petikan yang menjelaskan tentang situasikehebatan dan kepintaran Tun Beraim Bapa yang dapatmenjinakkan kuda liar, kuda semberani iaitu anak kuda Parsikepunyaan raja. Hal ini dijelaskan dalam teks HRP sepertiyang berikut:

karna kuda itu tiada pernah dikenderai manusia,sebab kuda itu gila. Maka Tun Beraim Bapa puntiba-tiba dengan saat itu juga hadir ia di hadapanSultan itu serta bermain-mainkan kudanya,seperti merak mengigal lakunya. Maka Sultan punhebat melihat dia seperti gajah meta lakunya.

(HRP, 1987: 44-45)

Kehebatan dan kepahlawanan wira legenda Tun BeraimBapa juga diperlihatkan dengan mengadu tenaga denganempat orang pendekar Keling. Namun selepas mem-perlihatkan kegagahannya, pendekar-pendekar itu tidakberani melawan dan mereka terus pulang ke Keling dengankeadaan malu. Hal ini dijelaskan dalam naratif petikan yangberikut:

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 81

Setelah dilihat oleh segala pendekar Kelingperkasanya Tun Beraim Bapa itu semuanya amatdahsyat dan hairan dengan gementar dagunyaseperti hayam takutkan helang.

(HRP (1987: 47)

Di sini jelaslah bahawa dari segi lahiriah, Tun BeraimBapa adalah seorang pahlawan yang sangat hebat danperkasa. Seterusnya dari segi psikologikal pula, Tun BeraimBapa seorang yang cerdik dan berhemah tinggi. Ia berjayamenyelamatkan adik-adiknya Tun Medam Peria dan TunTakiah Dara daripada menjadi mangsa incest ayahandanyasendiri, Sultan Ahmad. Tun Beraim Bapa telah melarikankedua-dua adiknya tersebut dan tinggal bersama-samanyadi Tukas. Di samping itu, gambaran kebijaksanaan Tun BeraimBapa terserlah, iaitu apabila ia hendak berlawan denganempat pendekar Keling, ia tidak lupa meminta nasihat guru-gurunya dan berlatih bagi menyiapkan dirinya untukberhadapan dengan mereka.

Sifat kesetiaan yang tidak berbelah bagi merupakanelemen terpenting dalam wira legenda. Sifat ini terdapatpada Tun Beraim Bapa seperti mana watak Hang Tuah dalamSejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Tun Beraim Bapasangat setia kepada ayahandanya, Sultan Ahmad, walaupunsultan begitu kejam dan zalim. Bukti kesetiaan Tun BeraimBapa ini terdapat dalam petikan berikut :

Maka kata Beraim Bapa, “Diamlah tuan-tuansekalian, karna Si Beraim Bapa sekali-kali tiadaia mau derhaka, jikalau Si Beraim Bapa mau

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

82 © Md. Nasir Hamid

derhaka jika Pasai se-Pasainya, jika Jawa se-Jawanya, jika Cina se-Cinanya, jika Siam se-Siamnya, jika Keling se-Kelingnya, tiada dapatmelawan Si Beraim Bapa.

(HRP, 1987: 50)

Tun Beraim Bapa begitu setia kepada rajanya, walaupunberulang kali Sultan Ahmad cuba hendak membunuhnya.Ikrar kesetiaan Tun Beraim Bapa yang diucapkan di atas,diulang-ulang sebanyak tiga kali. Oleh sebab tidak mahumenderhaka, Tun Beraim Bapa sanggup berkorban danmemaksa dirinya memakan peniaram beracun yang diberioleh Sultan Ahmad, walaupun beliau tahu makanan itumengandungi racun yang akhirnya mengakibatkankematiannya.

Tun Beraim Bapa dapat melengkapkan kecirianketokohan wira legenda dengan mempunyai sifat terpuji,mahupun dari segi akhlak ataupun dari segi tingkah lakunya.Dari segi sosiologikal, Tun Beraim Bapa mempunyai sahabatdan guru yang ramai. Hal ini dijelaskan pada masa TunBeraim Bapa bersiap-siap untuk menentang empat pendekarKeling, ramai guru dan rakannya berhimpun di rumahnya diTukas. Perhimpunan ini sungguh meriah sehinggalah bunyigendang silat mereka berlatih telah mengganggu tidur Sul-tan Ahmad di istananya di Pasai.

Kegagahan Tun Beraim Bapa yang bersifat legenda,mempunyai implikasi politiko-sejarah yang penting bagi HRP.Daripada nilai sejarah, watak Tun Beraim Bapa sudah pastidapat dijadikan suatu fakta pengekalan status quo Pasai,umpamanya untuk menentang cabaran-cabaran pendekar

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 83

Keling, sebagai mana juga watak Gajah Mada dalamNegarakretagama, Hang Tuah dan Badang dalam kerajaanMelaka, Iskandar Muda di Aceh dan Raja Haji di Riau(Muhammad Yusoff Hashim, 1992:109 - 110). Justifikasipolitiknya, jika Tun Beraim Bapa masih hidup, Pasai tidakmungkin dikalahkan oleh Mahapahit.

Sesungguhnya Tun Beraim Bapa menjadi alegori kepadakezaliman Sultan Ahmad, iaitu sekiranya sesuatu peme-rintahan itu mengikut hawa nafsu, zalim dan kejam; ia akanmembawa padah dan kesudahan negerinya akan musnah.Seterusnya kepentingan Tun Beraim Bapa pada negeri Pasaiitu dapat dijelaskan oleh keluhan dan penyesalan SultanAhmad semasa ketiadaan Tun Beraim Bapa apabila tenteraMajapahit menawan Pasai. Hal ini begitu jelas sepertidipaparkan dalam teks berikut;

Maka sabda Sultan, “Wah anakku Beraim Bapa,jikalau ada ia, jika Jawa-seJawanya, jika Cina se-Cinanya, jika Keling se-Kelingnya tiada maumelawan Si Beraim Bapa”

(HRP,1987:67)

Kekesalan Sultan Ahmad itu menyebabkan menterinya,Tun Perpatih Tulus Agung Tukang Sukara berpantun untukmenyindir Sultan Ahmad atas keterlanjuran bagindakeputusan membunuh Tun Beraim Bapa. Pantun tersebutdiucapkan sebanyak dua kali, iaitu di halaman 65 danhalaman 67:

Lada siapa dibangsalkan?

Selama lada sekerati,

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

84 © Md. Nasir Hamid

Pada siapa disesalkan?

Tun juga empunya pekerti.(HRP,1987:67)

Hikayat ini juga menjelaskan tentang sebuah legendamengenai keramat orang alim. Dalam HRP, kekeramatanorang alim ini dikaitkan dengan keberkatan kesetiaan antaratuan (Sultan Malikul Mansur) dan hamba (Sayid Sema-yamuddin). Dalam teks HRP ini, kepala Sayid Semayamuddinlekat ke perahu yang membawa Sultan Malikul Mansur yangdibuang ke negeri Temiang dan sultan ini mangkat sejurusbaginda mendengar suara hambanya dari kubur. Kisahsepenuhnya terkandung seperti dalam teks iaitu:

Maka sabda Sultan, “Hai Semayamuddin, maukahengkau diam di sini bersama-sama dengan akuatau tiadakah?” Maka ia berdatang sembah, “Yatuanku Syah Alam, jika patih diceraikan dengantuan patik baiklah Syah Alam ceraikan badan patikdengan kepala patik”. Maka disuruh sultanpenggallah lehernya, maka dipenggal oranglahlehernya. Maka disuruh oleh Sultan kepalanyabuangkan ke laut dan badannya disuruh sulakandi Kuala Pasai. Maka dengan takdir Allah taalakepala Sayid Semayamuddin itu pun mengikutperahu Sultan Malikul Mansur dalam air itu makasabda baginda, “Tinggallah nenek hamba, hambapun pergilah”. Maka menyahut suara dalam kuburitu, demikian bunyinya, “Waalaikum salam, haicucu tuan, ke mana pula tuan pergi? Baiklahbaginda di sini bertempat.” maka datanglah waad

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 85

Allah atas baginda diambil malikumautlah nyawabaginda.

(HRP, 1987: 32-34)

Legenda kekeramatan orang alim ini, mengingatkankita kepada kisah Tun Jana Khatib dari Pasai yang datang keSingapura, bahawa dengan kealimannya menjadikansebatang pinang yang dilihatnya terbelah dua dan tindakanzalim Paduka Seri Maharaja terhadapnya membawa kepadabala serangan todak ke atas Singapura.

Pemerian peristiwa kekeramatan Sayid Semayamuddinmempunyai signifikan yang istimewa yang mewajarkankecirian sastera adab untuk dijadikan cermin generasi akandatang. Sayid Semayamuddin menjadi alegori kepadakelanjuran Sultan Malikul Mahmud bahawa sesungguhnyaraja perlulah memerintah dengan adil dan saksama.

Seterusnya, terdapat sebuah legenda asal usul tempat,iaitu asal usul tempat Kerbau Kampung, iaitu tempat di manaMerah Silau bermain kerbau jalang; asal tempat Pertamaterjun, tempat peperangan antara Merah Silau dengan Sul-tan Malikul Nasir dan asal tempat Kubu tempat perkubuandan kepungan Merah Silau ke atas Sultan Malikul Nasir; begitujuga mitos asal usul tempat Gayo dan Padang Maya, iaitutempat Sayid Semayamuddin disemadikan.

Pada bahagian akhir teks HRP terdapat sebuah lagilegenda asal usul tempat dan objek, Padang Sibusuk danMinangkabau mendapat namanya dan begitu juga mengapamengkudu condong ke timur. Pemerian peristiwa perlagaankerbau dan legenda asal usul mengkudu condong ke timur,

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

86 © Md. Nasir Hamid

Padang Sebusuk dan Minangkabau dikisahkan seperti petikanberikut:

Maka setengah mereka itu habislah mati, dansetengah mereka itu lari, maka dalam padang itubeberapa banyaknya pohon mengkudu habiscondong ke timur daripada dilanggar oleh segalarakyat itu lari, sampailah sekarang condong jugamengkudu itu semuanya, jikalau tumbuh anaknyapun condong juga ia ke timur. Maka mayat segalaJawa itu pun busuklah kepada padang itu, makadinamainya tempat itu Padang Sibusuk datangsekarang, dan tempat mengadu kerbau itudinamainya negeri itu Minangkabau datangsekarang.

(HRP 1987: 74 -75)

Episod ‘laga kerbau’ seolah-olah mewajarkan satulegenda yang sengaja diselitkan untuk memalukan kerajaanMajapahit yang memberi aib kepada kerajaan Pasai.Pemerian ini seperti yang berikut:

Setelah beberapa lamanya maka fikir SangNata,”Semuanya negeri habis takluk melainkanPulau Perca juga yang belum lagi takluk; baiklahaku menyuruh Pulau Perca dengan sesuatuhikmat, kusuruh mengadu kerbau”. Setelah itumaka tersebutlah perkataan Patih Suatang denganPatih Ketemenggungan mengambil anak kerbauyang baik, makan anak kerbau itu pun dikurung-nya, tiada diberinya menyusu maka dilepas-

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 87

kannyalah kerbaunya oleh orang Majapahit. Makakerbau itu pun seperti singa mencari lawannya.Maka ia pun sangatlah lapar dahaga, lalu iamenyerbu seperti kilat menyusup ke kerampungkerbau besar itu menghisap buah pelir kerbaubesar itu tiada lagi dilepasnya. Maka alahlahkerbau Ratu Majapahit itu.

(HRP, 1987: 71-74)

Legenda di atas adalah satu contoh bahawa cerita-cerita rakyat diambil untuk mengkritik kerajaan Majapahitkerana mengalahkan Pasai dimalukan menerusi legenda ini.Sebahagian sarjana berpendapat bahawa episod ini sengajadiselitkan seolah-olah untuk membalas dendam pengarangdan orang-orang Melayu Pasai ke atas kerajaan JawaMajapahit. Kerajaan besar Majapahit dimalukan dalamperlagaan kerbau dengan hanya seekor anak kerbau yangkelaparan mencari susu dengan menghisap kemaluan kerbaujantan Majapahit yang akhirnya mengakibatkan kerbauMajapahit yang gagah itu mati.

Bentuk Lipur Lara dalam Hikayat Raja Pasai

Bentuk lipur lara atau marchen dalam HRP dapat terlihatdengan jelas, terutamanya dalam pemerian latar episod TunBeraim Bapa mencari objek-objek idaman Sultan Ahmad.Dalam teks ini, turut menampilkan motif wira (Tun BeraimBapa), mengembara dan menemui objek-objek yang folk-loric/pelik dan ajaib seperti pokok-pokok bersuara, pelbagaikehidupan laut yang ganjil seperti ular lembu, ketamberdayung, udang bersanggul dan patin bertelur yang

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

88 © Md. Nasir Hamid

dikaitkan dengan kehebatan legenda Tun Beraim Bapa.Petikan digambarkan seperti yang berikut:

Maka sabda Sultan kepada Bermamat Pantai danMedana Pantai, “Pergilah kamu kedua ke Tukasberitahu Si Beraim Bapa, bahawa aku hendakmakan rama-rama bersil, dan makan ketamberdayung, dan makan udang bersanggul, danmakan lembedak ngidam, dan makan patinbertelur.

(HRP, 49-50)

Motif mengidam dan keinginan memakan sesuatu bendaajaib oleh Sultan Ahmad juga antara yang sering diselitkandalam cerita-cerita rakyat sebagai satu bahan untuk bermaindengan emosi khalayaknya. Kehebatannya wira Tun BeraimBapa akan diuji dalam setiap halangan dan rintangan, dankesudahannya akan berjaya memenuhi kehendak raja.

Tabiat mengidam dan berkeinginan benda-benda yangpelik-pelik ini bukan seperti tabiat dan keadaan mengidammanusia biasa, tetapi ia penuh keganjilan dan kepelikan.Keluarbiasaan tabiat mengidamnya dapat dilihat ataskeinginan watak tersebut yang menginginkan sesuatu yangluar biasa dan hanya akan diperoleh dengan menggunakankaedah atau cara yang juga luar biasa. Ia selalu menyebab-kan wira melalui pelbagai rintangan dan halangan untukmendapatkannya dan juga terpaksa pergi mengembara,melepasi dimensi masa dan ruang dunia nyata seharian, iaituke satu tempat tertentu untuk mendapatkannya. Hal inidijelaskan dalam petikan yang berikut:-

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 89

Maka Tun Beraim Bapa menjala pula ia, makadiperolehnya ikan terlalu banyak dan rama-ramabersil, dan ketam berdayung, dan udang ber-sanggul, dan lembedak mengidam dan patinbertelur. Maka disuruhnya persembahkan kepadaSultan Ahmad.

(HRP, 1987: 52)

Berikutnya terdapat petikan yang jelas meninggalkandimensi masa dan ruang di alam nyata dan mengembara kealam ‘entah berentah’. Masa dan ruang tersebut seolah-olah terkeluar daripada dunia nyata seharian. Dalam duniaini memungkinkan kewajaran yang berbeza. Situasi magico-fantastik ini dijelaskan episod pengembaraan danpeperangan dengan naga di dasar tasik yang sangat dalamyang jelas memperlihatkan unsur-unsur sastera rakyat. Halini digambarkan seperti yang berikut:

Maka ia bersabda kepada Malik Akasan, “Haimamakku Malik Akasan, di mana ada lubuk yangdalam?” Maka sembah Malik Akasan, “Ya, tuankuada hamba menengar khabar segala orang tuha-tuha ada suatu lubuk Turai namanya, terlalu amatdalam dan luasnya kira-kira sekunca benih”. Makakatanya, “Ya tuanku adalah dalam lubuk ini merahseperti api bernyala-nyala”. Maka baginda me-nyelam pula ia, maka bertemulah ia denga ularlembu itu lalu ditangkapnya akan Tun Beraim Bapalalu baginda bergomol-gomol dengan ular lembuitu maka air dalam lubuk itu pun berombak-ombakseperti ombak di lautan.

(HRP,198: 57)

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

90 © Md. Nasir Hamid

Aksi dan suasana pergelutan Tun Beraim Bapa denganunsur-unsur ajaib dan luar biasa di atas diperlihatkan denganpenuh ketegangan, suspen dan menakjubkan. Suasanapergelutan yang kelam kabut ini menjadi satu adegan yanghebat dan ia meninggalkan kesan menakjubkan padapersepsi penerimanya. Terdapat juga pengambaran pelbagaitumbuhan dan kehidupan ganjil serta ajaib yang mencorak-kan sebahagian daripada cerita lipur lara/sastera rakyatseperti yang digambarkan dalam petikan berikut:-

Maka Tun Beraim Bapa pun lalulah ke sana, makaia bertemulah dengan pohon sebasani itu. Demiterlihat oleh Tun Beraim Bapa maka ia punterkejut serta menghunus khanjarnya, laluditetaknya pohon sebasani itu. Maka ia punmengherip seperti suara manusyia dan mengalirdarahnya seperti darah manusyia. Maka lalulahia berjalan dari sana maka bertemu pula denganakar beluru. Demi terlihat oleh Tun Beraim Bapalalu baginda terkejut serta ia mengambilpendahannya lalu ditikamnya akan beluru itu.Maka akar pohon beluru itu pun mengherib sepertigajah menderum dan mengalir darahnya sepertidarah manusyia.

(HRP, 1987: 58-59)

Pengembaraan dan penggambaran pelbagai kehidupanganjil dan ajaib di atas, dapat membangkitkan emosi parakhalayak dengan aksi-aksi watak Tun Beraim Bapaterutamanya melalui babak-babak yang penuh spektakular,memeranjatkan dan menakutkan. Ceritanya dipenuhi

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 91

dengan adegan-adegan mendebarkan serta kehadiran benda-benda dan perkara ajaib seperti pohon beluru yang ditikamakan mengeluarkan suara seperti gajah dan mengeluarkandarah seperti manusia dan sebagainya.

Bentuk Puisi Lisan dalam Hikayat Raja Pasai

Dalam teks HRP gaya bahasa yang berirama, bersukat danberentak terdapat dalam bentuk puisi Melayu tradisionalseperti seloka dan pantun yang sering diulang-ulang. Puisiseloka, misalnya diperikan dan diulang pada tiga tempatdalam teks HRP untuk menampilkan keindahan dankeberkesanan teks.

Seloka adalah sejenis puisi bebas, berangkap atau tidakberangkap. Tetapi secara umumnya ia memerlukan beberapabaris atau rangkap untuk menyampaikan sesuatu idea.Seloka memainkan fungsinya yang tersendiri seperti hendakmengejek, menyindir secara serius atau jenaka. Kadangkalaseloka juga mengandungi maksud perasaan berahi, asyikkhayal dan mimpi (Zalila dan Jamilah, 1993: 123).

Puisi seloka dalam teks HRP yang menggambarkan rasaterkejut dan marah Sultan Ahmad yang terganggu tidurkerana bunyi bising daripada Tun Beraim Bapa berlatihperang di Tukas. Seloka ini disampaikan oleh Sultan Ahmadkepada gundiknya, Dara Zulaikha Tingkap dan seloka inidiulang pula oleh Dara Zulaikha Tingkap kepada para menteriSultan Ahmad. Berikut dipaparkan puisi seloka itusepenuhnya seperti berikut:-

Ayuh Dara Zulaikha Tingkap,

Bangun apalah engkau!

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

92 © Md. Nasir Hamid

Asalmu orang terjunan pengliran!

Karna engkau penghulu gundikku,

Bergelar Tun Derma Dikara.

Bangun apalah engkau!

Tiadakah engkau dengar bunyi

Genderang perang di Tukas

Palu tabuh-tabuhan

Hari dinihari, bulan pun terang?

Semalam ini musuh

Dari mana kutaha datang?

Berapa kutaha banyaknya?

Dan siapa pertuhanya?(HRP, 1987: 41)

Seterusnya bagi menyatakan rasa hati dan perasaanseseorang, terdapat bentuk puisi pantun digunakan.Perasaan resah gelisah dan penyesalan Sultan Ahmaddipantunkan dan puisi pantun ini diulang-ulang untukdijadikan formula yang tetap. Dalam HRP, pengarangmencipta sebuah pantun yang diucapkan oleh Tun PerpatihTulus Tukang Sukara bagi menyindir Sultan Ahmad yangmenyesal kerana membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun AbdulJalil.

Puisi pantun berkenaan diulang di dua tempat untukmewajarkan keindahan puitika lisan dalam naratif. Pantuntersebut merupakan sebuah pantun Melayu yang terawaldalam rekod bertulis (Mustafa Mohd. Isa, 1999a: 30). Pantunberkenaan berbunyi berikut:

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 93

Lada siapa dibangsalkan?

Rana saujana kerati

Pada siapa disesalkan?

Tuan juga empunya pekerti?(HRP,1987: 65)

Pantun memang sudah dimaklumi ramai bahawa iamerupakan satu gaya bahasa yang indah kerana melibatkanpemilihan kata yang puitis dan dibantu pula oleh iramamerdu yang dihasilkan. Perasaan resah gelisah danpenyesalan Sultan Ahmad telah disindir dengan sinis iaitudapat disampaikan dengan baik melalui pantun di atas.

Motif Sastera Lisan dalam Hikayat Raja Pasai

Dalam teks HRP juga terdapat perulangan motif-motif yangsering terdapat dalam cerita-cerita lisan. Motif yang palingutama dan menonjol dalam HRP adalah motif ‘sibling ri-valry’ atau ‘persengketaan kerabat’. Motif sibling rivalrytersebut berkonflik antara dua individu yang ada kaitanpertalian kerabat atau perhubungan persaudaraan sepertiyang berikut;

(i) Raja Muhammad vs. Raja Ahmad

(ii) Puteri Buluh Betung vs. Merah Gajah

(iii) Merah Silau vs. Merah Hasum

(iii) Sultan Malikul Mahmud vs. Sultan Malikul Mansur

(iv) Sultan Ahmad vs. Tun Abdul Jalil

(v) Sultan Ahmad vs. Tun Medam Peria dan Tun TakiahDara

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

94 © Md. Nasir Hamid

(vi) Sultan Ahmad vs. Tun Beraim Bapa

Motif sibling rivalry ini sering dipaparkan dalam sasterarakyat, umpamanya, Cerita Jabak dan Jabek, Awang Besardan Awang Kecil, Cerita Awang Malim Awang Leman (koleksicerita-cerita Awang Belanga Perlis oleh Mustafa Mohd. Isa(1991:30 -106), dan juga Hikayat Gul Bakawali dan BawangPutih Bawang Merah, malah dipercayai terdapat juga dalamfolklore hampir di seluruh dunia.

Motif sibling rivalry antara adik beradik, RajaMuhammad dengan Raja Ahmad berpunca untuk mem-peroleh anak masing-masing seolah-olah berebutan untukmendapat anak; apabila yang seorang dapat yang seoranglagi pun ingin juga memperolehnya. Kesudahannya, RajaMuhammad memperolehi puteri daripada buluh betung danRaja Ahmad memperoleh putera daripada peliharaan gajah.Kedua-dua putera puteri ini dikahwinkan yang mewajarkangenealogi raja-raja Samudera-Pasai daripada keturunanmereka.

Sibling rivalry Raja Muhammad dan Raja Ahmad tidakselesai di situ sahaja, tetapi berlanjutan hingga berbunuhan,iaitu apabila Raja Muhammad diberitahu bahawa MerahGajah menyebabkan Tuan Puteri Buluh Betung ghaib setelahmencabut sehelai rambut emas tuan puteri; Raja Muhammadterus membunuh Merah Gajah dan mengakibatkanpeperangan antara Raja Muhammad dengan Raja Ahmadyang kesudahannya kedua-dua raja tersebut terbunuh dantinggallah Merah Silau dan Merah Hasum sebagai anak yatimpiatu.

Persengketaan antara suami isteri, Merah Gajah dengan

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 95

Tuan Puteri Buluh Betung berpunca daripada kedegilanMerah Gajah mencabut sehelai rambut tuan puteri yangmengakibatkan darah putih keluar berterusan yang akhirnyatuan puteri ghaib, walaupun sebelum itu sudah diberitahutentang akibatnya. Kesudahannya menjadi berbalahan danpeperangan antara Raja Muhammad dan Raja Ahmad yangmengakibatkan kematian kedua-dua belah pihak.

Sibling rivalry antara dua beradik, Merah Silau denganMerah Hasum pula berpunca oleh Merah Silau yang terlaluasyik bermain dengan kerbau jalang lalu mengakibatkanMerah Hasum menghalau Merah Silau. Manakala perseng-ketaan antara dua beradik, Sultan Malikul Mahmud denganSultan Malikul Mansur berpunca daripada Sultan MalikulMansur mengambil seorang gundik Sultan Malikul Mahmud.

Hal ini menyebabkan Sultan Malikul Mahmud memen-jarakan Sayid Semayamuddin, Perdana Menteri SultanMalikul Mansur kerana tidak menegur perbuatan tersebutdan seterusnya memenggalkan kepalanya dan dibuang kelaut). Adiknya, Sultan Malikul Mansur pula dibuang ke negeriTemiang dan akhirnya mangkat di atas kubur SayidSemayamuddin di Padang Maya.

Pemerian peristiwa tersebut menyedarkan SultanMalikul Mahmud dan akhirnya ia menyesal dan menyerahkantakhta kerajaan kepada anaknya, Sultan Ahmad. Pemerianini melengkapkan sebagai karya adab yang mirip kepadakonsep historiosofi Islam yang mencernakan bahawa sejarahharus bermoral, menjadi teladan, iktibar dan cermin kepadagenerasi seterusnya.

Motif sibling rivalry seterusnya adalah antara Sultan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

96 © Md. Nasir Hamid

Ahmad dengan anaknya Tun Abdul Jalil yang berpuncadaripada sikap cemburu baginda kepada Tun Abdul Jalil yangdicintai oleh Tuan Puteri Gemerencang, anak RatuMajapahit. Kesudahannya Sultan Ahmad membunuh TunAbdul Jalil dan membuangnya dalam laut Jambu Air yangmewajarkan Majapahit menyerang Pasai dan mengalah-kannya.

Persengketaan Sultan Ahmad dengan puteri-puterinya,Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara berpunca keranakegelojohan nafsu Sultan Ahmad yang keinginan incest(perhubungan sejenis saudara) terhadap anaknya sendiri.Kesudahannya Tun Medam Peria dan Tun Takiah Daramembunuh diri sendiri dengan memakan peniaram beracunyang dihantar oleh Sultan Ahmad kepada Tun Beraim Bapadengan niat membunuh Tun Beraim Bapa.

Motif sibling rivalry yang paling menonjol ialah antaraSultan Ahmad dengan anaknya, Tun Beraim Bapa yangberlanjutan hinggalah kepada kematian Tun Beraim Bapa,manakala Sultan Ahmad menerima takdir dengan mengalamikekalahan kepada Majapahit, terpaksa turun dari takhta danberundur dari istana selama-lamanya. Persengketaan inibermula apabila Sultan Ahmad berdendam kepada TunBeraim Bapa kerana melarikan adik-beradik perempuannyake Tukas kerana keinginan incest Sultan Ahmad.

Rasa dendam Sultan Ahmad berlanjutan apabilan TunBeraim Bapa mengganggu tidur baginda semasa Tun Beraimberlatih silat untuk persediaan untuk berlawan denganempat pendekar Keling. Ditambah pula dengan kelakuanTun Beraim Bapa yang terlanggar pintu istana apabila

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 97

bergurau senda dengan gundik sultan, Tun Fatimah Lempauyang mengegarkan istana serta menganggu tidur SultanAhmad. Setiap kali kejadian tersebut, Sultan Ahmad telahmenyimpan tekad untuk membunuh Tun Beraim Bapa. Tekadini berulang-ulang kali disampaikan sendiri kepadagundiknya, Dara Zulaikha Tingkap.

Persengketaan Sultan Ahmad dan Tun Beraim Bapaberterusan dengan percubaan berulang kali sultan untukmembunuh anaknya, misalnya mengarahnya mencari benda-benda yang pelik dan ajaib melawan dengan empat pendekarKeling dan menyuruh menyelam menolak perahu sultan yangtersangkut. Mudah-mudahan dengan helah ini Tun BeraimBapa akan menemui ajalnya, tetapi Tun Beraim Bapa terusmampu menghadapinya.

Kesudahannya, sultan mengambil keputusan memberiracun/ubat hangat dengan dimasukkan dalam peniaram danakhirnya menyebabkan kematian Tun Beraim Bapa walaupundari awalnya ia telah mengetahuinya dan sanggup berkorbankerana kesetiaan dan tidak mahu menderhaka kepadarajanya.

Persengketaan Sultan Ahmad sampai kemuncaknyahingga ke tahap sanggup membunuh anak-anaknya sepertiberikut;

“Adapun ertinya, paduka Sultan yang dalamnegeri Pasai ini membunuh anaknya dua orang,seorang bernama Tun Beraim Bapa, dari karnaSultan berahi akan anaknya perempuan seorangbernama Tun Medam Peria dan seorang bernamaTun Takiah Dara, dan anaknya Tun Abdul Jalil pun

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

98 © Md. Nasir Hamid

dibunuhnya dibuangkannya dalam laut Jambu Airini, sebab ia menegar khabar Tuan PuteriGemerencang datang dari benua Jawa terlaluamat ia berahi akan Tun Abdul Jalil itu.”

(HRP, 1987: 63)

Demikianlah penelitian struktur dalaman teks HikayatRaja Pasai, begitu jelas sekali dipengaruhi oleh sifat-sifatsastera lisan, yang bersifat dengan pelbagai bentuk mitos,legenda, lipur lara dan bentuk-bentuk puisi lisan masyarakatMelayu yang antara lain ditulis dan diceritakan untukmemunculkan keindahan naratif, khususnya seperti manayang sering dimunculkan dalam karya-karya tradisi lisanmasyarakat Melayu.

Analisis Stilistik Hikayat Raja Pasai

Dalam proses pengkaryaan, struktur dalaman teks HRPbanyak diwarnai oleh bentuk-bentuk sastera lisan (unsur-unsur lipur lara, mitos, legenda, bentuk puisi lisan dan motifsastera lisan). Namun begitu, tidak ketinggalan naratif HRPjuga dibungai dan disulami dengan unsur-unsur keindahanluarannya, iaitu aspek stilistik.

Aspek stilistik ini merujuk kepada penggunaan gayabahasa tertentu (gaya bahasa di sini tidak termasuk intonasisuara, alat muzik dan hukum-hukum linguistik) denganpemakaian teknik-teknik lisan tertentu. Umpamanya, teknikperulangan, skemata, formula atau seiras formula, yangkonsep-konsepnya telah pun diperinci dan dijelaskan padabahagian awal teks.

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 99

Oleh sebab HRP ditulis pada zaman peralihan lisan ketulisan, teks ini amat dipengaruhi gaya lisan. Teks HRP(1987), sangat mementingkan dan menekankan penggunaanperanti-peranti stilistik untuk mengekspresikan sesuatubenda, perkara dan peristiwa. Melalui peranti stilistik ini,sesuatu objek itu dikemukakan melalui perincian-perinciansecara skemata dan perulangan yang stereotaip, iaitu dalambentuk-bentuk formula atau seiras formula/formulaic.

Dalam khazanah sastera Melayu tradisional (korpustradisi lisan), antara keunikan dan keindahan genrenya,banyak bergantung kepada penggunaan gaya bahasa yangbersukat, berirama dan berentak dan juga ungkapan-ungkapan berpola yang disampaikan dalam bentuk rumus-rumus bahasa formula atau seiras formula, berulang-ulangdan bersifat stereotaip, misalnya seperti yang terdapatdalam cerita-cerita penglipur lara, iaitu:

Alkisah, inilah peri mengatakan cerita-cerita rajadahulu kala sedia lama, diceritakan oleh yangempunya ceritera.

Dalam teks HRP, ungkapan-ungkapan berpola sepertifrasa-frasa yang tetap yang sering diulang-ulang dan menjadiformula atau seiras formula dipaparkan seperti dalam contohyang berikut:

Alkisah peri mengatakan ceritera raja yangpertama masuk agama Islam ini Pasai (1), makaada diceritakan oleh orang yang empunya ceriteraini (2), negeri yang di bawah angin (3), Pasailah

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

100 © Md. Nasir Hamid

yang pertama membawa iman akan Allah dan akanRasulullah (4).

(HRP 1897: 1)

Petikan ini menggambarkan satu “opening formula”yang lumrah terdapat dalam cerita-cerita lisan. Segmen (1)hingga (4), menjelaskan tentang religio-sosiologicalmengenai raja dan negeri Pasai. Dalam segmen (3), rajayang pertama di negeri di bawah angin (Nusantara) yangmemeluk agama Islam. Dalam segmen (2) pula, segalaperistiwa yang diceritakan ini diambil daripada “orang yangempunya ceritera ini”, iaitu memberi autoriti ataukewibawaan kepada sumber tradisi yang merupakan tekniksastera lisan.

Tentulah sukar hendak mengesan siapakah “yangempunya” ceritera ini, tetapi dapat diduga istilah “yangempunya” ceritera ini samalah dengan “menurut orang tua-tua dahulu” yang bermakna cerita ini diambil daripadatradisi lisan yang diketahui umum dalam masyarakatpartisipatoris pada masa itu tanpa diketahui dengan jelassiapa yang sebenarnya pengarang asal yang menuturkanceritera ini.

Ungkapan pemerian opening formula “Alkisah perimengatakan ceritera.” dalam petikan berikut diulang lagipada halaman berikutnya.

Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Ahmad.Selang beberapa lamanya, maka baginda punberbuat pula sebuah negeri di Balik Rimba itu adakira-kira sehari perjalanan daripada negeri adinda

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 101

itu. Itupun lengkap juga dengan kota paritnyaserta dengan istana balairungnya. Maka bagindapun duduklah dalam negeri itu bersuka-sukaandengan segala bala tenteranya makan minum.

(HRP,1987:1)

Opening formula ini juga diulang-ulang lagi di halamanberikutnya, seperti yang berikut:

Alkisah peri mengatakan ceritera Merah Silau danMerah Hasum, diceriterakan oleh yang empunyaceritera, tatkala ia diam di dalam negeri di dalamnegeri Biruan itu, hatta beberapa lamanya padasuatu hari Merah Silau itu pergi bermain kesungai.

Frasa-frasa, “maka ada diceriterakan oleh orang yangempunya ceritera ini”, “Maka ada raja dua bersaudara,seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya RajaMuhammad”, “Maka diceriterakan oleh orang yang empunyaceritera. Sekali persetua pada zaman Nabi Muhammads.a.w.,” menggambarkan satu pemerian folkloric yang lazimuntuk permulaan tradisi lisan.

Unsur-unsur perulangan dan keselarian dalammemulakan sesuatu pemerian dan peristiwa ini seperti satukaedah yang menyediakan kerangka asas dalam ingatan sipenutur. Skema ini menjadi arah pandu penuturnya ketikabercerita, iaitu bagi mengelakkan si penutur terlupa atausengaja melakukan penyelewengan. Eric Havelock (1963),menjelaskan bahawa penggunaan ungkapan atau frasa-frasa

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

102 © Md. Nasir Hamid

tertentu bukan sahaja dapat memberikan kesan keindahanbagi pendengaran, tetapi juga kesenangan bagi pengamalcerita mengingatinya.

Dalam tradisi lisan, aspek perulangan begitu pentingdisebabkan oleh beberapa kemungkinan. Pertama,perulangan ini memudahkan si penutur cerita untuk ‘recalland refresh’ kembali daya ingatan dan hafalannya.Khalayaknya sendiri tidak tetap, Kadangkala ‘mobility’khalayak berlaku. Justeru, si penutur perlu mengulangsemula kisah sebelumnya.

Ketiga, si penutur cerita hanya akan menebar danmenuturkan pengetahuan yang telah sedia dikenali dandilazimi oleh pendengarnya. Keadaan-keadaan inilah yangtelah mengongkong kuat puitika penciptaan tradisi sasteralisan. Penciptaannya terikat ketat oleh estetika persamaanyang menetapkan bahawa dasar keindahan terletak padapersamaan dan perulangan, bukannya pembaharuan.Kecenderungan untuk diterima inilah yang menyebabkan sipenutur cerita mempersembahkan ceritanya secarastereotaip dan mengulang. Teknik-teknik ini juga berlakudalam teks HRP. Teknik perulangan ini dapat dilihat dalampemerian berikut:

Maka beberapa lamanya baginda pun pergiberburu ke dalam rimba belantara (1), makaseekor perburuan tiada diperolehnya (2). Makabaginda pun bertemu dengan sebuah surau ditengah rimba belantara itu (3). Maka ada seorangorang tuha dalam surau itu (4). Maka ujar orangtuha itu, “Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 103

anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan.Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (5)”.Maka pada saat itu juga datanglah seekor gajahterlalu besar (6). Maka ada dimandikannya ia kesungai (7). Maka ujar Raja Ahmad, “Hamba hendakbermohon kepada tuanku kembali dahulu kenegeri hamba; mana jalan keluar?” Makaditunjukkan orang tuha itu jalan raya (8). Tiba-tiba sampailah ia ke negeri (9).

(HRP 1987:2-3)

Dialog antara Raja Ahmad dengan seorang tua di dalamsurau akan diulang oleh Raja Ahmad dengan isterinya sebaiksaja Raja Ahmad kembali ke istana seperti dalam petikanberikut:

Maka hamba ceriterakan kepadanya akan halsaudara hamba mendapat puteri dalam rebungbetung itu (1). Maka ujar orang tuha itu, “Jikalautuan hendak akan anak, baiklah beri hambatunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba disini barang sesaat (2)”.

(HRP,1987: 3-4)

Dalam tradisi lisan, terdapat frasa-frasa tertentu; samaada dalam bentuk perilaku, arahan, atau pemerian sesuatuobjek, benda dan peristiwa dipetik atau dicerita semulakepada orang kedua atau orang ketiga, diulang-ulangselengkapnya oleh penutur ceritanya, iaitu untuk tujuanuntuk memberi penekanan kepada cerita atau sesuatupemerian.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

104 © Md. Nasir Hamid

Hal ini juga sama seperti yang dipaparkan dalam kisahpemerian perilaku Raja Muhammad, apabila diberitahubahawa Tuan Puteri Buluh Betung telah ghaib setelah dibantusehelai rambutnya oleh Merah Gajah. Pemeriannya sepertiyang dipaparkan dalam petikan berikut:

Setelah sudah Raja Muhammad mendengar khabarinangnya itu, maka, ia pun mengempaskan dirinyadan membelah-belah bajunya dan mencarik-carikkainnya. Maka ia pun terlalu marah, maka iamenghimpunkan segala lasykarnya, makadidatanginya Merah Gajah itu lalu dibunuhnya.

(HRP,1987: 6)

Reaksi Raja Ahmad turut diikuti Sultan Malikul Mahmudapabila diberitahu bahawa adindanya, Sultan Malikul Mansurtelah meninggal dunia secara mengejut di atas kuburPerdana Menterinya, Sayid Semayamuddin di Padang Maya,setelah Sultan Malikul Mansur kembali dari pembuangannyadi negeri Temiang. Reaksi ini dijelaskan seperti dalam teksberikut:

Setelah sudah didengar oleh baginda khabaradinda itu, maka baginda pun mengempas-empasdirinya ke bumi dan membelah-belah bajunya,lalu ia pengsan, tiada ia khabarkan dirinya sekira-kira sejam lamanya.

(HRP,1987:34)

Dalam naratif HRP, gambaran kehebatan dalam sesuatupeperangan juga dipaparkan dalam satu set skema yang agak

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 105

sama dan diulang-ulang untuk menjadi satu rumus formula.Misalnya peperangan antara Raja Muhammad dengan RajaAhmad, Sultan Malikul Mahmud dengan bala tentera Siamdan Sultan Ahmad dengan tentera Majapahit. Pemeriankehebatan peristiwa peperangan Raja Muhammad denganRaja Ahmad digambarkan seperti berikut:

Maka peranglah mereka itu terlalu ramai kelam-kabut. Maka duli pun berbangkit lalu ke udaratiadalah berkenalan lagi seorang dengan seorangjua pun. Maka tempik segala hulubalang dansegala rakyat juga kendengaran dan gemerencangbunyi segala senjata dan pendahan segalapahlawan juga kedengaran. Maka bahananyadatang ke tengah rimba belantara. Maka daripadakedua pihak lasykar itu banyaklah mati dan lukasebab beramuk-amukan sama sendirinya danberbunuh-bunuhan mereka itu hinggalah matikedua-dua raja itu.

(HRP,1987: 6-7)

Begitu juga pemerian peristiwa peperangan di halamanyang diulang dalam kisah peperangan antara orang-orangSultan Malikul Mahmud dengan bala tentera Siam,pemeriannya seperti berikut:

Maka peranglah mereka itu terlalu gegak-gempitakelam kabut duli berterbangan ke udara, tiadalahberkenalan segala manusia dan bunyi tempiksegala hulubalang dan segala rakyat juga yangkedengaran dan gemerencang bunyi segala senjata

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

106 © Md. Nasir Hamid

bahananya datang ke tengah rimba. Makadaripada sangat darab perang itu jadi gempitalah,maka daripada kedua pihak lasykar itu banyaklahmati dan luka.

(HRP, 1987: 28)

Dalam tradisi lisan seluruh pernyataan dan pola-polalisan adalah dalam bentuk-bentuk skemata. Ini disebabkanpernyataan cara lain tidak praktis, sia-sia dan tidak dapatmenjadi arah pandu kepada si penuturnya ketika bercerita.Hasil-hasil pemikiran yang diterbitkan melalui bentuk-bentuk lain hanya bersifat sementara dan juga untukmengelak si penutur terlupa atau sengaja melakukanpenyelewengan (W.J. Ong, 1982).

Dalam naratif HRP, episod yang paling menarik jelasterdapat teknik perulangan, iaitu episod Tun Beraim Bapadititah oleh Sultan Ahmad ke Lubuk Turai untuk mencaribenda-benda pelik dan ajaib. Dalam perjalanan ke lubuktersebut, bermula dari rumah lagi dan seterusnya setiappersinggahannya, Tun Beraim Bapa akan bertangis-tangisandan berpesan kepada sahabat taulannya. Dalam teks HRP,terdapat 5 kali berturut-turut perkara ini berlaku, iaituseperti berikut:

Perulangan pertama

Maka Tun Beraim Bapa pun naiklah bagindabertangis-tangisan dengan segala isi rumahnya.

(HRP 1987: 50-51)

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 107

Perulangan kedua

Setelah itu, maka lalulah ia ke pekan, makabaginda berdiri-diri di pekan; maka kata TunBeraim Bapa, “Ayuh segala kamu orang pekan,tiadalah siapa meruah kamu lagi dan bersendabergurau dengan tuan-tuan sekalian, karna akuini hendak sultan ke hulu sungai, lalu ke BukitFudul Allah, entah kembali entah tiada”.

Perulangan ketiga

Maka Tun Beraim Bapa pun berjalanlah dari PintuTanani. Maka baginda bertemu dengan MalikSulaiman Dendang Air; maka berkata Tun BeraimBapa, “Ayuh mamakku Malik Sulaiman DendangAir, tiadalah siapa bersenda bergurau dengan tuanhamba, karna hamba hendak ke hulu sungai keBukit Fudul Allah, entah kembali entah tiada”

Perulangan keempat

Maka Tun Beraim Bapa pun lalu kembali pula kerumahnya bertangis-tangisan, dan segala isirumahnya dan hamba sahayanya.

Perulangan kelima

Setelah itu, maka Tun Beraim Bapa pun turunlahserta membawa kedua saudaranya itu, lalu iaberjalanlah dari pekan. Maka sabda Tun BeraimBapa, “Ayuh segala tuan-tuan orang pekan,

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

108 © Md. Nasir Hamid

tinggallah tuan-tuan sekalian. Bahawa akumudiklah mengiringi Sultan ke hulu sungai keBukit Fudul Allah entah kembali entah tiada.”

Sebuah episod lagi yang tidak kurang menariknya yangjelas memperlihatkan teknik perulangan adalah formulaikrar dan sumpahan Tun Beraim Bapa yang tidak mahumenderhaka kepada Sultannya. Formula ikrar ini berlakudi tiga tempat dalam teks HRP (1987). Misalnya sepertiberikut;

Maka kata Tun Beraim Bapa, “Diamlah tuan-tuansekalian, karna Si Beraim Bapa sekali-kali tiadaia mau derhaka, jikalau si Beraim Bapa mauderhaka jika Pasai se-Pasainya, jika Jawa se-Jawanya, jika Cina se-Cinanya, jika Siam se-Siamnya, jika Keling ke-Kelingnya tiada dapatmelawan Si Beraim Bapa.

(HRP, 1987: 50)

Ungkapan ini, diulang lagi seperti berikut;

Maka sabda Tun Beraim Bapa, “Ayuh segala handaitaulanku, diamlah kamu sekelian, karna hambatiada mau derhaka, jika hamba mau derhaka, jikaPasai se-Pasainya, jika Siam se-Siamnya, jika Cinase-Cinanya, jika Jawa se-Jawanya, jika Keling se-Kelingnya tiada dapat melawan aku.”

HRP (1987:51)

Berikutnya, formula ikrar Tun Beraim Bapa tersebutdiulang juga oleh Sultan Ahmad selepas ia sedar dan insafdi atas keterlanjurannya membunuh Tun Beraim Bapa, iaitu

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 109

pada saat-saat tentera Pasai di ambang kekalahan kepadaMajapahit. Keluhan Sultan Ahmad adalah seperti berikutiaitu;

“Maka sabda Sultan, “Wah anakku Beraim Bapa,jikalau ada ia, jika Jawa se-Jawanya, jika Cinase-Cinanya, jika Keling se-Kelingnya tiada maumelawan Si Beraim Bapa.”

(HRP, 1987: 67)

Begitu jelas, skema dalam pemerian di atas diulang-ulang menjadi satu rumus formula supaya memudahkanpengarang untuk mengingat dan menghafal (memory andrecall). Penciptaan skematik sebegini menjadi satukesepakatan antara dua pihak, iaitu seolah-olah satu‘kontrak naratif’ antara penutur dengan khalayaknya.

Dalam penciptaan skematik (Sweeney,1980), watak-watak dan perwatakan dalam naratif juga harus diserapdalam skema. Seluruh gambaran perwatakan, mahupunfizikal, perlakuan dan tindak-tanduk malah, emosinyaditentukan serta diperjelaskan oleh pola-pola skemata,seolah-olah menjadi suatu bentuk formula yang sama dansering diulang-ulang dalam proses penceritaannya. Dalamteks HRP, rupa paras Tun Abdul Jalil, misalnya diperikanmelalui satu set skemata yang konvensional. Hal inidijelaskan dalam petikan seperti yang berikut:

Adapun akan Tun Abdul Jalil itu baik rupanya danparasnya, tiada berbagai pada masa itu; jikalauia berdiri di pintu tani maka berserilah pintu itu,

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

110 © Md. Nasir Hamid

maka berserilah rupa dalkhana itu, dan jikalauia berdiri di pekan nescaya bercahayalah segalapekan itu daripada amat elok rupanya, dan jikalauia memakai cara, Jawa serupa Jawa, dan jika iamemakai cara Siam serupa Siam, dan jika iamemakai cara Keling serupa Keling, dan jika iamemakai cara Arab serupa Arab. Maka masyurlahwartanya ke benua Jawa kepada Tuan PuteriGemerencang anak Ratu Majapahit.

(HRP, 1987: 37)

Ungkapan ini, diulang lagi di halaman seperti yangberikut:

“Ya tuanku Syah Alam, baiklah pada bicara yangdiperhambakan Tun Abdul Jalil ditinggalkan,karna paduka anakanda itu amat baik rupanya.Jika ia memakai cara Jawa serupa Jawa, dan jikaia memakai cara Cina serupa Cina, jika ia memakaicara Siam serupa Siam, dan jika ia memakai caraArab serupa Arab.”

(HRP, 1987:49),

Begitu juga gambaran kealiman dan kebijaksanaan TunAbdul Fadil, anak Sultan Ahmad yang dijelaskan dalampetikan berikut;

Adapun akan Tun Abdul Fadil itu terlalu sekalialim, lagi baginda tahu pada segala ilmu pendetadan beberapa pendeta yang datang dari atas anginhendak bersoal dengan baginda itu, tiada sangkal

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 111

daripada terlalu sangat bijaksananya. Makamasyhurlah wartanya ke benua Semerkendi.

(HRP, 1987:37)

Rupa paras puteri-puteri Sultan Ahmad diperikan begitusempurna dan tersangat cantik sepertimana pemberian rupaparas putera puteri raja dalam sastera rakyat. Pemerianrupa paras puteri-puteri Sultan Ahmad digambarkan sepertidalam petikan berikut;

Adapun anak Sultan Ahmad Perumudal Perumalyang bernama Tun Medam Peria dan Tun TakiahDara itu terlalu amat baik sangat parasnya, tiadaada samanya pada zamannya itu.

(HRP, 1987:37)

Bagi tujuan untuk memerikan sesuatu benda sepertipakaian, gaya bahasa runs didapati paling popular dandigemari oleh penutur cerita-cerita lisan. Runs ini istimewakerana ia digunakan secara berulang-ulang dalam konteksdan maksud yang sama dan ia seterusnya menjadi sebahagiandari sesebuah cerita. Dalam teks HRP, gaya bahasa runs inijuga tidak ketinggalan diserapkan dalam naratif, antaranyayang terdapat dalam HRP seperti dalam petikan berikut

Maka Tun Beraim Bapa pun memakailah ia;pertama berkain sutera nipis kuning laya bena-bena berpunca warna murup bertepi emas dipahatbersiratkan emas dikara dan berambu dan bandibergiring-giring di puncanya dan berbaju sinarmatahari, berkancing mega berterapan ber-

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

112 © Md. Nasir Hamid

permata pudi merah; dan bertengkolok warnaCina kepaluan bertepi emas berpermata bersiratberambukan mutiara; dan berkamar berkelit bau;dan berponto bernaga tujuh belit; dan berkerisdengan manikam bersarungkan emas; danmenyandang pedang halilintar dan mengenakansangkanikas berpermata dan menyangkut busaryang keemasan pada baunya kiri.

(HRP, 1987:43)

Pemerian cara berpakaian Tun Beraim Bapa ini begituterperinci bersifat strereotaip, sepertimana berpakaiananak-anak raja dalam cerita-cerita penglipur lara, misalnyayang terdapat dalam Hikayat Awang Sulung Merah Mudaseperti berikut;

Seluar intan dikarang,

Karangan Husin dengan Hassan,

Tidak dapat zaman sekarang,

Nantikan angin bergilir musim,

Bajunya beledu tengkuk kuning,

Selempang kain Bugis Kembayat;

Kerisnya jalak jantan,

Berkerawang dipangkalnya,

Di hujung subhana Allah;

Tengkolok kampuh pelangi,

Bukan pelangi zaman ini,

Atau untuk menggambarkan sifat watak, umpamanyasifat watak Tun Beraim Bapa, yang digambarkan begitu hebatdan stereotaip seperti mana watak-watak wira dalam tiap

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 113

konvensi tradisi. Hal ini digambarkan dalam petikan sepertiyang berikut:

Alkisah, maka tersebutlah perkataan Tun BeraimBapa: diceriterakan oleh orang yang empunyaceritera adapun akan Beraim Bapa terlalu amatperkasanya lagi pahlawan, tiada berbagai padazaman itu; tujuh hasta tingginya dan dua hastabidang dadanya, maka jikalau tujuh depa tebalkota tanah dilotarnya dengan batang kelambirluluh tantak. Maka masyhurlah wartanya ke benuaKeling.

(HRP, 1987: 36)

Aspek gaya bahasa formula yang juga disebut runs ini,banyak terdapat dalam korpus sastera tradisional, seolah-olah sebagai satu kaedah yang menyediakan kerangka asasuntuk memudahkan ingatan dan hafalan si penutur ceritauntuk meninggalkan kesan indah dan mengasyikkan kha-layak. Ia diikat kukuh oleh set-set skemata yang ditetapkanoleh konvensi.

Dalam teks HRP gaya bahasa yang bersukat danberentak ini terdapat dalam bentuk puisi Melayu tradisionalseperti seloka dan pantun yang diulang-ulang dan ia menjadiseolah-olah formula. Di bahagian awal analisis (analisisstruktural), bentuk-bentuk puisi lisan ini digolongkan sebagaipengaruh bentuk-bentuk puisi lisan dalam sastera bertulis.Namun demikian, bentuk-bentuk puisi lisan ini juga bersifatberulang yang juga dianalisis dalam stailistik.

Puisi seloka, misalnya diperikan dan diulang-ulang.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

114 © Md. Nasir Hamid

Seloka ini disampaikan oleh Sultan Ahmad kepada gundiknya,Dara Zulaikha Tingkap dan seloka ini diulang pula oleh DaraZulaikha Tingkap kepada para menteri Sultan Ahmad. Berikutdipaparkan puisi seloka itu sepenuhnya seperti berikut;

“Ayuh Dara Zulaikha Tingkap,

Bangun apalah engkau!

Asalmu orang terjunan pangliran!

Karna engkau penghulu gundikku,

Bergelar Tun Derma Dikara.

Bangun apalah engkau!

Tidakkah engkau dengar bunyi

Genderang perang di Tukas

Palu tabuh-tabuhan

Hari dinihari, bulan pun terang?

Semalam ini musuh

Dari mana kutaha datang?

Berapa kutaha banyaknya?

Dan siapa pertuhanya?(HRP, 1987:41)

Bagi menyatakan rasa hati dan perasaan seseorang,terdapat juga runs tertentu yang digunakan. Perasaangelisah dan penyesalan sering dipantunkan dan diulang-ulanguntuk dijadikan formula yang tetap. Dalam HRP, pengarangmencipta sebuah pantun yang diucapkan oleh Tun PerpatihTulus Tukang Sukara menyindir Sultan Ahmad yang menyesalkerana membunuh Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil.Puisi berkenaan berbunyi seperti berikut:

www.karyanet.com.my Penelitian Teks Hikayat Raja Pasai

© Md. Nasir Hamid 115

Lada siapa dibangsalkan?

Rana saujana kerati

Pada siapa disesalkan?

Tuan juga empunya pekerti.(HRP, 1987:65)

Puisi di atas menepati puitika pantun berkenaan diulangpula untuk menunjukkan perasaan penyesalan Sultan Ahmadyang amat sangat. Maksud pantun di atas begitu tepat dantajam sindirannya serta kena pada maksud penyampainya,iaitu untuk menyindir raja yang ‘buta hati’, yang mengambilkeputusan mengikut kata hati dan nafsunya semata-mata.

Begitu juga sebuah puisi syair dipaparkan dalam teksHRP untuk menggambarkan kerinduan dan keasyikkan TunPuteri Gemerencang, anak Ratu Majapahit di negeri Jawapada rupa paras Tun Abdul Jalil. Syair tersebut dinukilkandalam bahasa Arab-Parsi yang mewajarkan pengaruh darinegara tersebut. Syair itu ditulis seperti berikut:

Sabbaht’alaiya ‘I-masa’ib

Alaiya’I-ayyam sarat layaliyan(HRP, 1987:61)

Maksud syair di halaman 61 tersebut dijelaskan dihalaman itu juga, iaitu ertinya:

Telah didatangkan atasku percintaan, jikalaupercintaan didatangkan atasku segala hari iniseperti umpama semalam jua adanya.”

Sesungguhnya pemakaian bahasa yang pelbagai dengan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

116 © Md. Nasir Hamid

menggunakan teknik yang pelbagai ini menunjukkankebijaksanaan dan kekreatifan pengarang Melayu tradi-sional. Atas kecenderungan yang kuat untuk membangunkandan mempertahankan tradisi dan kewibawaan naratif tradisilisan, teks HRP walaupun dalam bentuk bertulis, sangatmementingkan dan mengekalkan penggunaan gaya bahasaatau stilistik tradisi lisan. Sebagai teks yang dipercayaiterawal ditulis di alam Melayu, HRP tidak begitu jauh laridaripada konvensi tradisi masyarakat Melayu yang mengawalketat kewibawaan naratif turun-temurun dan zamanberzaman.

Walaupun sering diulang-ulang, tetapi naratif HRP tetapteguh, menarik dan bermutu dan ia tidak menjemukankerana irama dan rentak yang dihasilkan oleh suatu gayaperulangan dengan teknik-teknik formula, seiras formuladan skemata, seolah-olah mengukuhkan teks dalam satukesatuan yang jitu dan padu serta penuh dengan keindahanteks yang tidak jemu-jemu untuk dikaji. Teknik stilistik inisangat berkesan kerana skema-skema ayat dalam HRPapabila dipola dan distrukturkan akan memudahkan hafalandan ingatan bagi si penutur cerita, manakala bagi khalayakpendengar pula lebih sedap halwa telinga mendengarnya.

Khalayak akan mengikuti dan menghayati cerita denganpenuh minat walaupun teks HRP dalam bentuk bertulis,tetapi disampaikan kepada khalayak dalam bentuk lisankerana khalayak ketika itu rata-rata buta huruf. Teks perludibaca dengan nyaring. Justeru, pengarang HRP masihbanyak mengekalkan unsur-unsur lisan dan teknik lisan yanglazim dan dapat dicam oleh masyarakat partisipatoris ketikaitu yang masih dalam ‘literasi terhad’.

www.karyanet.com.my Penutup

© Md. Nasir Hamid 117

Walaupun Hikayat Raja Pasai merupakan satu daripada hasilsastera bertulis yang mewakili budaya tulisan (literatureculture) dalam masyarakat Melayu, namun masih terdapatdalamnya unsur-unsur yang menggambarkan adanyapengaruh tradisi lisan (oral tradition). Daripada analisis teksHRP, didapati empat bentuk sastera lisan yang dimunculkandalam naratif, iaitu mitos, legenda, lipur lara dan bentuk-bentuk puisi lisan. Daripada analisis dalaman jugadiperlihatkan adanya motif yang terutamanya motif siblingrivalry.

Mitos dimasukkan dengan tujuan untuk mengagung-agungkan martabat, kesucian dan mengsahihkan raja-rajaPasai dan keunikan satu-satu tempat, misalnya Pasai danSamudera. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa mitos yangterdapat dalam teks HRP adalah mewajarkan suatu sejarahyang suci bagi masyarakat Melayu yang membentuk polaperlakuan manusia yang tertumpu kepada kepercayaantentang soal-soal keajaiban dan keluarbiasaan asal usulkejadian alam dan makhluk.

BAB LIMAPENUTUP

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

118 © Md. Nasir Hamid

Legenda pula bertujuan untuk menjelaskan tentangketinggian kerajaan Pasai-Samudera dan mewajarkan jatidiri bangsa serta merealisasikan konsep keagungan dankehebatan seseorang tokoh bangsa, iaitu wira bangsa TunBeraim Bapa dan tokoh keselamatan orang alim, SayidSemayamuddin. Di samping itu, legenda juga berperananuntuk menyindir dan mengkritik secara tersirat, misalnyauntuk memberi sindiran secara halus kepada kerajaanMajapahit kerana menjatuhkan kerajaan Pasai denganmengalahkan kerajaan Majapahit dalam perlawanan lagakerbau yang sangat memalukan.

Bentuk lipur lara dimasukkan dalam teks HRP dengantujuan sebagai alegori kezaliman, kekejaman dan kete-lanjuran Sultan Mahmud membunuh Sayid Semayamuddindan Sultan Ahmad membunuh Tun Abdul Jalil, Tun MedamPeria, Tun Takiah Dara dan Tun Beraim Bapa. Di sampingitu, ia juga bertujuan untuk meraih simpati dan kasihankhalayak terhadap tokoh-tokoh yang dizalimi tersebut.

Bentuk-bentuk puisi lisan (seloka dan pantun)dimasukkan dalam naratif HRP bagi tujuan meninggalkankesan keindahan dan mengasyikkan khalayak. Misalnyaseloka dan pantun memainkan fungsi untuk menyindir,mengejek atau berjenaka, di samping mengandungi maksudperasaan berahi, asyik, marah, kesal dan sebagainya yangmenggunakan untaian bahasa yang indah dan memikat sertameruntun hati dan perasaan khalayak.

Unsur motif lisan dalam HRP, khususnya motif siblingrivalry atau persengketaan kerabat bertujuan untukmengikat naratif kepada konvensi, membangkit danmengolah tema dan isi cerita supaya menarik dan

www.karyanet.com.my Penutup

© Md. Nasir Hamid 119

meninggalkan suspen kepada khalayak. Di samping antaraniat pengarang yang tujuannya diselangi antara memberipengajaran atau mendidik, mengkritik serta diselit jugadengan tujuan memberi hiburan.

Analisa struktur teks, iaitu gaya bahasa atau stilistikmemperlihatkan begitu banyak teknik pengulangan dankeselarian dimasukkan dalam naratif untuk dijadikan ‘open-ing formula’ kepada sesuatu pemerian. Namun begitu teknikformula tidak begitu banyak dipaparkan dalam HRP sepertimana yang terdapat dalam kebanyakan cerita-cerita rakyat.Hal ini berkemungkinan kerana teks HRP sudah menampak-kan ‘tuming point’ ke arah teks bertulis yang semakinmerenggangkan dirinya dari tradisi lisan.

Namun begitu, ketrampilan unsur-unsur sastera lisandalam teks HRP ini menggambarkan bahawa masyarakat yangdipaparkan itu masih merupakan masyarakat tradisi yangmemiliki budaya tradisi dalam semangat kolektif yang masihbelum bebas sepenuhnya daripada ikatan konvensi tradisidan puitika lisan dalam kehidupan mereka, terutamanya ditahap-tahap awal literasi.

Di sini timbul persoalan tentang kewujudan tradisi lisanbegitu kuat mempengaruhi sastera tulisan, khususnya dalamnaratif HRP. Teks HRP merupakan teks bertulis terawal dialam Melayu, dianggap sesuatu yang baru, ditulis dalambentuk manuskrip ketika ‘literasi terhad’. Semasa tahapperalihan ini, mood lisan masih kuat. Rata-rata khalayakmasih buta huruf, oleh itu teks perlu dibaca dengan nyaringdan khalayak ramai mendengarnya. Ini bermakna tekstersebut diikat kuat oleh konvensi. Pada tahap peralihanini; dalam ia membaharui dirinya, ia perlu bertolak daripada

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

120 © Md. Nasir Hamid

yang lama, perubahan tidak dilakukan secara drastik danserta merta.

Pada tahap-tahap awal literasi, sesuatu yang baru, iaituperalihan dari tradisi lisan ke tradisi tulisan; tidak dilakukansecara mengejut, mendadak dan meninggalkan teruskonvensi. Malah untuk ‘penerimaan’ khalayak masyarakatpartisipatoris, sesuatu yang baru tidak boleh diterimadengan cepat, ia memerlukan proses evolusi. Justeru,pengaruh lisan masih begitu kuat dalam teks bertulisnya.

Teks bertulis, khususnya HRP masih menerima bahan-bahan tradisi, walaupun gaya bahasanya sudah menampak-kan anjakan paradigma, iaitu pengarang tidak lagi terikatdaripada kekejangan ingatan, justeru membenarkan aliranimaginasi, kreativiti dan keindividualiti walaupun masihdalam situasi ‘keindividualiti terhad.’

Walaupun ditulis, HRP dicipta dan dihayati dalam situasioral, kerana budaya manuskrip adalah budaya separa li-terature, keberaksaraan terbatas. HRP dengan demikianterpaksa akur dengan satu mekanisme konvensi yang telahdiasaskan oleh puitika lisan. Dalam budaya lisan, ada norma-norma penciptaan atau teknik-teknik bahasa yang tertentumenuntut kepada penggunaan bahan-bahan tradisi sepertiformula, seiras formula, skemata, dan bentuk-bentuk lisanuntuk tujuan penerimaan khalayak yang bersifat kolektifyang dibendung oleh budaya partisipatoris.

Hanya melalui penggunaan bahan-bahan tradisi lain,sesuatu pernyataan itu akan dianggap benar. Dalam budayalisan yang agak konservatif ini, tradisi dan konvensi dilihatsebagai sumber kepada kebenaran. Maka pengarang teks

www.karyanet.com.my Penutup

© Md. Nasir Hamid 121

HRP terpaksa patuh kepada mekanisme konvensi inisekiranya ia mahu menyampaikan satu gambaran tentangrealiti yang meyakinkan. Hal ini dijelaskan oleh Maier (1985:103) seperti yang berikut:

to be in the ture exacted primarily an emphaticand elegant appeal to forms and themes of tra-dition.

Demi kecenderungan untuk menyangkut kewibawaanteks kepada tradisi inilah maka naratif HRP penuh denganperulangan dan keselarian yang membungkus pola-pola lisandalam bentuk-bentuk skemata untuk dijadikan rumus-rumusberbentuk formula atau seiras formula. Hal ini disebabkanpernyataan cara lain tidak praktis, sia-sia dan tidak dapatmenjadi arah pandu kepada si penutur cerita ketikabercerita.

Dalam proses penciptaan skematik, pengarangsebenarnya terikat kepada konvensi tradisi. Penciptaannyaterikat oleh estetika persamaan yang menetapkan bahawadasar keindahan terletak pada persamaan dan perulanganbukannya pembaharuan.

Dalam masyarakat Melayu tradisi, sastera sama sepertiaktiviti-akviti sosial misalnya, upacara-upacara ritualkeagamaan, adat isitiadat dan lain-lain, hanya dapatmenuntut kewibawaan atau kesahihannya melaluirujukannya kepada masa silam atau pengulangan/keselariankorpus-korpus atau perlakuan-perlakuan tradisi.

Bagaimanakah caranya pengarang HRP untuk mengsahihdan mewajarkan asal-usul rajanya, menunjukkan kehebatan

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

122 © Md. Nasir Hamid

dan kebesaran raja, tokoh-tokoh tertentu, misalnyaketokohan wira bangsa dan kekeramatan alim ulamanyaatau memunculkan sesuatu tempat dan mewajarkankedatangan Islam ataupun menutup keaiban atau membalasdendam kekalahan peperangan? Jawapannya ia dilakukanmelalui konvensi.

Konvensi mewajarkan kemunculan unsur-unsur lipurlara, mitos, motif dan legenda melalui bentuk-bentuk for-mula atau seiras formula dalam naratif HRP supaya dapatditerima oleh khalayak. Khalayak, khususnya anggotakelompok lisan tidak mempunyai atau mengenali sumberrujukan yang lain, selain yang terkandung dalam khazanahtradisi.

Segala pengetahuan yang diturunkan akan dihayati danditerima secara kolektif, tanpa banyak kritikan oleh khalayakasalkan pengetahuan yang dihasilkan itu adalah daripadatokoh-tokoh yang sah serta kandungan mesejnya itu adalahsah. Segala unsur-unsur dalam naratif tidak diterima olehkhayalak, sekiranya terdapat perubahan dan penyimpanganatau unsur-unsur naratif yang tidak pernah didengar olehmereka sebelumnya atau tidak dapat dicam.

Penerimaan khalayak hanya dihubungkan melaluihubungannya dengan fragmen-fragmen tradisi yang sudahterdapat dalam naratif-naratif yang lain. Mitos, motif,legenda, unsur-unsur lipur lara dan bentuk-bentuk puisi lisandalam teks, khususnya teks HRP adalah dianggap benarkerana unsur-unsur ini merupakan sebahagian daripadatradisi dan kerana ia terdapat pula dalam teks-teks lain,iaitu selain jaringan interteks yang setiap satunyamengukuhkan kebenaran yang lainnya.

www.karyanet.com.my Penutup

© Md. Nasir Hamid 123

Akhir sekali, yang mewajarkan unsur-unsur sastera lisandan teknik lisan dalam teks HRP yang digunakan olehpengarang adalah semata-mata untuk menuntut kebenaranmelalui penggunaan bahan-bahan tradisi dan juga untukpenerimaan khalayak.

www.karyanet.com.my Bibliografi

© Md. Nasir Hamid 125

Abdul Wahab Ali, 1970. “Perbezaan Antara Sejarah Melayu denganHikayat Raja-raja Pasai”, dlm. Dewan Bahasa, 14:11 Novem-ber, hlm. 505-514.

Adriyetti Amir, 1994. “Interaksi dalam Pertunjukan Sistem LisanTradisi Minangkabau, dlm. Dewan Sastera. Januari, hlm. 47-49.

Ahmad Shah Mohd. Noor, 1977. “Hikayat Raja-raja PasaiPenyelenggaraan Dr. A.H. Hill: Suatu Analisis”, dlm. DewanBahasa, 21:4, April, hlm. 243-252.

Ali Ahmad, 1962. “Hikayat Raja-raja Pasai”, dlm. Dewan Bahasa,6:7, Julai, hlm. 323-252.

Ali Ahmad, 1980a. “Menghayati Semula Teks Melayu Klasik”, dlm.Dewan Sastera, 10:5, Mei, hlm. 45-50.

Ali Ahmad, 1980b. “Hikayat Raja-raja Pasai (Bhg. I)”, dlm. DewanSastera 10:9, September, hlm. 44-46.

Ali Ahmad, 1980c. “Hikayat Raja-raja Pasai (Bhg. II)”, dlm. DewanSastera, 10:10, Oktober, hlm. 48-51.

BIBLIOGRAFI

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

126 © Md. Nasir Hamid

Ali Ahmad, 1987. Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad, 1994. Pengantar Pengajian Kesusasteraan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anas Haji Ahmad, 1977. Sastera Melayu Lama. Singapura: SinaranBros.

Braginsky, V.I. 1998. Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: SejarahSastera Melayu dalam Abad 7-19. Jakarta: INIS.

Cooley, E.H. 1908. Social Organisation. New York.

Eliade, Mircea, 1960. Myth, Dreams and Mysteries. London: HapperTorch Book.

Finnegan, Ruth, 1977. “Literacy vs. non-Literacy: The Great Di-vide? Some Comments on the Significance of literature in non-Literate Culture”, dlm. R. Horton & R. Finnegan (ed.). Modesof Thought: Essays on Thinking in Western and non-WesternSocieties. London: Faber and Faber. 112-144.

Goody, J., 1968. Literacy in Traditional Societies. Cambridge:Cambridge University Press.

Goody, J., 1987. The Interface Between the Written and the Oral.Great Britain: Cambridge University Press.

Goody, J., 1977. The Domestication of the Savage Mind. Cam-bridge: Cambridge University Press.

Harun Mat Piah. 2000. Kesusasteaan Melayu Tradisional. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, et. al., 1985. Mendekati Kesusasteraan Melayu.Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Havelock, Eric A., 1963. Perface to Plato. Oxford: Basil Blackwell.

www.karyanet.com.my Bibliografi

© Md. Nasir Hamid 127

Hill. A.H. 1960. “Hikayat Raja-raja Pasai”, dlm. JMBRAS 33:2,hlm. 27.

Hooykaas, C., 1965. Perintis Sastera. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Jamilah Ahmad (peny.), 1981. Kumpulan Esei Sastera MelayuLama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jones, R. 1980. “The Texts of the Hikayat Raja Pasai, A ShortNote”, dlm. JMBRAS 53, Bah. 1, hlm. 167-171.

Jones, R. 1987. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Penerbit FajarBakti.

Kamal Ariffin, 1984, Sejarah Sastera Melayu Klasik dan Moden.Kuala Lumpur: Supreme Marketing.

Kassim Ahmad (peny.), 1976. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalid Hussin, 1966. “Hikayat Raja-raja Pasai (ringkasan cerita)”,dlm. Dewan Bahasa, 10:9, September, hlm. 417-421.

Khalid Hussin, 1975. “Menggunakan Tradisi Lisan Sebagai BahanBacaan bagi Murid-murid Sekolah dan Orang-orang Dewasa”,dlm. Tradisi Lisan di Malaysia. Kuala Lumpur: KementerianKebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.

Lord, A.B., 1960. The Singer of Tales. Cambridge: Harvard Uni-versity Press.

Mahayuddin Hj. Yahya, 2000. Karya Klasik Melayu-Islam. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maier, H.M.J., 1985. Fragments of Reading of Authority. New York.:Cornell South East Asia Program.

Marrison, G.E., 1951. “A Malay Poem in Old Sumatran Charac-ters” dlm. JMBRAS XXIV, I, hlm. 162-165.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

128 © Md. Nasir Hamid

Matheson, Virgina dan Hooker, M.B. 1988. “Jawi Literature inPatani: The Maintenance of an Islamic Tradition” dlm. JMBRAS.Vol. LXI, part 1: 1-86

Mazlina Harun, 2001. Sejarah Sebagai Pengajaran Moral DalamKonteks Historiosofi Melayu: Satu Interpretasi TerhadapHikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Tesis Untuk SarjanaSastera. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (tidakditerbitkan).

Md. Salleh Yaapar, 1977. A Comparative Study of Malaysian andPhilipines Folk Literature, Part I, Tesis Untuk Sarjana Sastera.Phlippines: University of the Philippines.

Mead, J.P., 1914. A Romanized Version of The Hikayat Raja-rajaPasai”, dalam JSBRAS IXVI, Mac, hlm. 1-55.

Middleton, John (ed.), 1967. Myth and Cosmos. New York: TheNatural History Press.

Mohd. Amin Hassan, 1975. “Tradisi Lisan – Sejarah Lisan dalamUsaha Mengkaji Sejarah Tanahair Kita”, dlm. Tradisi Lisan diMalaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan Malaysia.

Mohd. Khalid Taib, 1981. Sastera Sejarah in The Malay World: AStructural and Contextual Study of Folkloristic Elements in aTransitional Genre. Ann Arbor, Michigan: University Micro-films International.

Mohd. Khalid Taib, 1989. “Individu, Masyarakat dan Ideologi dalamGenre Klasik”, dlm. Dewan Sastera, September, hlm. 30-35.

Mohd. Nor Long, 1968/69. Hikayat Raja-raja Pasai dan SejarahMelayu Satu Perbandingan Bentuk Pensejarahan”, dlm. Jour-nal of the Historical Society. Kuala Lumpur: University ofMalaya. Vol. VII.

www.karyanet.com.my Bibliografi

© Md. Nasir Hamid 129

Mohd. Nor Ngah, 1980. “Some Writing of the Traditional MalayMuslim Scholars Found in Malaysia”, dlm. Tamadun Islam diMalaysia, hlm. 9-12. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Ma-laysia.

Mohd. Nor Ngah, 1983. “Kitab Jawi: Islamic Thought of the MalayMuslim Scholars”, Institute of Southest Asian Studies.

Mohd. Taib Osman, 1965. Kesusasteraan Melayu Lama. KualaLumpur: Penerbitan Federal.

Mohd. Taib Osman, 1972. “The Aims, Approaches and Problems inthe Study of Folk Literature of Oral Traditions with ParticularReferance to Malay Culture”, The Brunei Museum Journal.Vol. 2, No. 4, hlm. 159-164.

Mohd. Taib Osman, 1975. Tradisi Lisan di Malaysia. Kuala Lumpur:Kem. Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.

Mohd. Taib Osman, 1976. Panduan Pengumpulan Tradisi LisanMalaysia. Kuala Lumpur: Malindo Printers Sdn. Bhd.

Mohd. Taib Osman, (peny.), 1991. Pengkajian Sastera RakyatBercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh, 1992. Puitika Sastera Melayu: SatuPertimbangan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malay-sia.

Muhammad Yusoff Haji Hashim, 1992. Persejarahan Melayu: KajianTentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Mohd. Isa, 1987. Awang Belanga. Penglipur Lara dariPerlis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Mohd. Isa, 1991. “Analisis Isi Cerita: Cerita-Cerita AwangBelanga Perlis”, dlm. Mohd. Taib Osman (peny.). Pengkajian

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

130 © Md. Nasir Hamid

Sastera Rakyat Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Mustafa Mohd. Isa, 1999a. Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih. KualaLumpur: Utusan Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

Mustafa Mohd. Isa, 1999b. Sastera Melayu Klasik Bercorak Islam.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noriah Taslim, 1968. Asas-asas Pembinaan Epik. Pulau Pinang:Universiti Sains Malaysia.

Noriah Taslim, 1990. “Penciptaan Skematik dan Konsep NahuNaratif Sastera Lisan”, dlm. Dewan Sastera, Ogos.

Noriah Taslim, 1992. Orality and Literacy Process, Narrative Struc-ture and the Malay Historical Literature. Tesis yangDisempurnakan Untuk Memenuhi Keperluan Ijazah DoktorFalsafah. Melbourne: Monash University.

Noriah Taslim, 1993a. Teori dan Kritikan Sastera MelayuTradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriah Taslim, 1993b. “Perubahan Tanggapan Terhadap AlamIstana: Dari Penglipur Lara ke Naratif Sejarah” dlm. DewanSastera, Oktober.

Noriah Taslim, 1994a. “Struktur Ruang dan Konsep Kebangsaandalam Roman Penglipur Lara”, dlm. Budi Kencana: KumpulanMakalah Memperingati Persaraan Profesor Tan Sri Dato’ IsmailHussein. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Noriah Taslim,1994b. “Keterbatasan Kaedah Kepelbagaian Makna:Menelusuri Kemungkinan Makna dalam Sastera”, dlm. DewanSastera, April.

Noriah Taslim, 1996. “Perpetuation of Tradition: Cosmic Myth,Courtly Culture and Structure of Space in Malay Folk Court

www.karyanet.com.my Bibliografi

© Md. Nasir Hamid 131

Romance”, dlm. Jurnal Persuratan Melayu. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia.

Noorduyn, J., 1961. “Some Aspects of Macassar-BugineseHistoriography”, dlm. D.G. Hall (peny.), Historians of South-East Asia. London: Macmillan, hlm. 29-36.

Noorduyn, J.,1965. “Origins of South Celebes Historical Writing”,dlm. Soedjatmoko (peny.), An Introductiom to IndonesianHistoriography. Ithaca: Carnell University Press.

Nurazmi Kuntum, 1991. Teori dan Pemikiran Sastera dalam Islamdi Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Obiechina, Emmanuel, 1975. Culture Tradition and Society in theWest Africa Novel. Africa Studies Series 14. Cambridge: Cam-bridge University Press.

Ong Walter, J., 1982. Orality and Literacy. The Technologising ofThe Word. London, New York: Methuen.

Ong Walter, J., 1981. “Oral Remembering and Narrative Struc-tures”, dlm. Deborah Tannen.

Peaboy, Berkely, 1975. The Winged Word: A Study in the Tech-nique of Ancient Greek Oral Composition as Seen Principallythrough Hesiod’s Work and Days. Albany: State University ofNew York Press.

Raja Chulan, 1962. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ras, J.J. 1968, Hikayat Bandjar. The Hague: Martinus Nijhoff.

Roolvink, R., 1954. “Hikayat Raja-raja Pasai”, dlm. Bahasa danBudaya. Feb., hlm. 3-17.

Shellabear, W.G., (ed.).1967. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur:Oxford University Press.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

132 © Md. Nasir Hamid

Siti Hawa Salleh (ed.), 1970. Hikayat Merong Mahawangsa. KualaLumpur/Singapura: University of Malaya Press.

Sweeney, A., 1967. “The Connection between the Hikayat Raja-raja Pasai and the Sejarah Melayu”, dlm. JMBRAS. 40, Bah.2, hlm. 94-105.

Sweeney, A., 1973a. Authors and Audience in Traditional MalayLiterature. Berkeley: University of California.

Sweeney, A., 1973b. “Professional Malay Story-telling. Part 1. SomeQuestions of Style and Presentation” dlm. JMBRAS. 46, 2:1-55

Sweeney, A., 1980a. Authors and Audiences in Traditional MalayLiterature. Berkeley: University of California, MonographSeries No. 20.

Sweeney, A., 1980b. Reputations Live on An Early Malay Autobi-ography. Berkeley: University of California Press.

Sweeney, A., 1983. “The Literary Study of Malay-Indonesian Lit-erature: Some Observations” dlm. JMBRAS. Vol. 56, Part I:33-45.

Sweeney, A., 1987. A Full Hearing: Orality and Literacy in theMalay World. Berkeley: Center for South and Southeast AsianStudies, University of California.

Syed Naquib al-Attas, 1969. The Origin of the Malay Sha’ir. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teeuw, A.A. and Wyatt, D.K. (ed.), 1970. Hikayat Patani: TheStory of Patani. The Hague: Martinus-Nijhoff.

Teeuw, A.A, 1961. A Critical Survey of Studies on Malay and BahasaIndonesia. ‘S-Gravenhage.

Teeuw, A.A, 1964. “Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu”,

www.karyanet.com.my Bibliografi

© Md. Nasir Hamid 133

dlm John Bastin and R. Roolvink (ed.), Malayan and Indone-sian Studies. London: Oxford University Press, hlm. 224-234.

Teuku Iskandar, 1959. Hikayat Aceh. Verhandelingan van hatKoninklijk Institut, 26, The Hague.

Teuku Iskandar. 1964. “Suatu Kekeliruan dalam Hikayat Raja-rajaPasai”, dlm. Dewan Bahasa, 8: 5, Mei, hlm. 226-230.

Umar Junus, 1984. Kaba dan Sistem Sosial Minangkabau, SuatuProblema Sosiologi Sastra. Jakarta: Balai Pustaka.

Vasina, Jan., 1965. Oral Tradition (Terjemahan H.M. Wright). Lon-don: Routledge & Kegan Paul.

Winstedt, R.O., 1961. A History of Classical Malay Literature.Kuala Lumpur: OUP.

Winstedt, R.O., 1938. ”The Chronicles of Pasai”, dlm. JMBRAS.XVII:II, hlm. 24-26

Winstedt, R.O., 1983. Hikayat Malim Dewa. Petaling Jaya: FajarBakti.

Winstedt, R.O., 1984. Hikayat Malim Deman. Petaling Jaya: FajarBakti.

Winstedt, R.O., 1985. Hikayat Awang Sulung Merah Muda. PetalingJaya: Fajar Bakti.

Winstedt, R.O., 1985. Hikayat Anggun Cik Tunggal. Petaling Jaya.Fajar Bakti.

Yusoff Iskandar, 1971. “Hikayat Raja-raja Pasai Sebagai SebuahKarya Sejarah”, dlm. Dewan Bahasa, 15:12 Disember, hlm.541-552.

Zaharah Khalid. 1983. Raja Donan. Kuala Lumpur.

Zaharah Ibrahim (peny.), 1986. Sastera Sejarah Interpretasi danPenilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hikayat Raja Pasai www.karyanet.com.my

134 © Md. Nasir Hamid

Zainon Sheikh Ahmad. 1998. Belajar Kesusasteraan dan KritikanSastera. Kuala Lumpur: Penerbit Elman.

Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad (peny.), 1993. KesusasteraanMelayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zuber Usman. 1978. Kesusasteraan Lama Indonesia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.