42248

14
79 7 Nilai Keindahan Visual Dan Makna Pada Motif-Motif Fabrik Melayu Tradisional Dr. Abd. Rasid Bin Ismail. ([email protected]) Prof. Madya Dr. Ahmadrashidi Bin Hasan. ( [email protected]) Shahariah binti Mohamed Roshdi. [email protected]. Abstrak Penyelidikan ini adalah tentang motif-motif yang terdapat pada fabrik tradisional Melayu bertujuan untuk mengkaji nilai keindahan yang terdapat pada motif-motif tersebut dari sudut senireka dan maknanya. Tiga jenis fabrik tradisional Melayu dipilih sebagai sampel kajian, ia itu songket, batik dan tekat. Fabrik tersebut dianggap sebagai yang paling utama dalam tradisional Melayu. Sepuluh motif daripada setiap satu jenis fabrik tersebut diambil sebagai sampel kajian. Kaedah analisis dalam kajian ini ialah menggunakan teknik analisis motif dari sudut deskriptif, analisis, interpretasi dan penilaian seperti yang dicadangkan oleh Ragan. Attribusi kajian pula adalah mengambil aspek-aspek visual seperti yang dicadangkan oleh Kumpulan Bahaus yang merangkumi elemen seni visual dan prinsip-prinsip rekaan seni visual. Dalam analisis itu tumpuan diberi kepada aspek binaan, iaitu bagaimana unsur dan prinsip itu digabung jalin sehingga menerbitkan motif yang bernilai indah. Di samping itu kajian ini juga meneliti aspek isi, iaitu makna-makna yang tersirat di sebalik motif-motif tersebut. Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa meskipun pandai tukang dan pereka seni Melayu tidak terdidik secara formal tentang seni visual namun begitu pengetahuan dan kemahiran yang mereka miliki adalah sangat tinggi. Mutu dan keindahan fabrik tersebut sangat bergantung kepada motif-motif yang dihasilkan oleh tukang atau perekanya. Motif- motif berkenaan juga bukan sahaja indah secara visual tetapi juga memancarkan falsafah dan nilai hidup masyarakat yang mendukungnya. Pemilihan subjek yang selektif dan penampilan motif berkenaan sangat serasi dengan budaya, pemikiran dan gaya hidup Melayu. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi kenyakinan bukan sahaja kepada pereka tetapi juga kepada umum bahawa motif tradisional itu indah dan patut dilestarikan. Kata Kunci: motif tradisional, fabrik Melayu, nilai keindahan, elemen visual, binaan senireka

Upload: mohd-zamani-mnp

Post on 10-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

design

TRANSCRIPT

Page 1: 42248

79

7 Nilai Keindahan Visual Dan Makna Pada Motif-Motif

Fabrik Melayu Tradisional

Dr. Abd. Rasid Bin Ismail. ([email protected])

Prof. Madya Dr. Ahmadrashidi Bin Hasan.

( [email protected])

Shahariah binti Mohamed Roshdi. [email protected].

Abstrak

Penyelidikan ini adalah tentang motif-motif yang terdapat pada fabrik tradisional

Melayu bertujuan untuk mengkaji nilai keindahan yang terdapat pada motif-motif

tersebut dari sudut senireka dan maknanya. Tiga jenis fabrik tradisional Melayu

dipilih sebagai sampel kajian, ia itu songket, batik dan tekat. Fabrik tersebut dianggap sebagai yang paling utama dalam tradisional Melayu. Sepuluh motif

daripada setiap satu jenis fabrik tersebut diambil sebagai sampel kajian. Kaedah

analisis dalam kajian ini ialah menggunakan teknik analisis motif dari sudut deskriptif, analisis, interpretasi dan penilaian seperti yang dicadangkan oleh Ragan.

Attribusi kajian pula adalah mengambil aspek-aspek visual seperti yang dicadangkan

oleh Kumpulan Bahaus yang merangkumi elemen seni visual dan prinsip-prinsip

rekaan seni visual. Dalam analisis itu tumpuan diberi kepada aspek binaan, iaitu bagaimana unsur dan prinsip itu digabung jalin sehingga menerbitkan motif yang

bernilai indah. Di samping itu kajian ini juga meneliti aspek isi, iaitu makna-makna

yang tersirat di sebalik motif-motif tersebut. Penemuan penyelidikan ini menunjukkan bahawa meskipun pandai tukang dan pereka seni Melayu tidak

terdidik secara formal tentang seni visual namun begitu pengetahuan dan kemahiran

yang mereka miliki adalah sangat tinggi. Mutu dan keindahan fabrik tersebut sangat bergantung kepada motif-motif yang dihasilkan oleh tukang atau perekanya. Motif-

motif berkenaan juga bukan sahaja indah secara visual tetapi juga memancarkan

falsafah dan nilai hidup masyarakat yang mendukungnya. Pemilihan subjek yang

selektif dan penampilan motif berkenaan sangat serasi dengan budaya, pemikiran dan gaya hidup Melayu. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberi kenyakinan

bukan sahaja kepada pereka tetapi juga kepada umum bahawa motif tradisional itu

indah dan patut dilestarikan.

Kata Kunci: motif tradisional, fabrik Melayu, nilai keindahan, elemen visual, binaan

senireka

Page 2: 42248

80

Pendahuluan

Dasar kehidupan yang dikelilingi oleh alam semulajadi sebagai sumber

mendapatkan ilham untuk berkarya motif yang kreatif untuk dipersembahkan ke atas

permukaan fabrik. Sebagai contoh motif alam yang terbahagi kepada tiga perkara

yang berbeza iaitu flora, fauna dan kosmos. Ini melambangkan masyarakat Melayu

sangat menghargai alam sebagai arah mendapatkan idea dalam membina lakaran

kreatif.

Keindahan gubahan dan pengolahan motif sesuatu produk itu menjadikan ia

sebagai hasil seni. Ia digolongkan sebagai seni visual kerana kandungannya, iaitu

objek-objek, motif, gubahan atau susunan, boleh mendapat tindak balas penghayatan

yang diistilahkan sebagai estetika. Lazimnya, hasil produk yang digunakan seharian,

seperti baju, seluar, samping, selipar dan lain-lain lagi, tidak disedari kewujudan

nilai estetikanya. Pengertian estetika ini sangat luas sehingga kita perlu mengetahui

sejarah seni, apresiasi seni dan juga kritikan seni. Apa yang kita kenali sebagai seni

pada perspektif estetika pada hari ini tidak atau mungkin tidak dapat diterima oleh

sesetengah budaya atau juga pada zaman yang lain.

Malah, sesiapa jua boleh menyimpulkan dan mengatakan apa yang

dikatakan seni itu. Pada zaman lewat abad ke 20 hingga kini (yang mungkin boleh

dikategorikan sebagai latihan cabang falsafah dengan sumber dan objek) pandangan

dan kefahaman mewakili pandangan minoriti di kalangan budaya manusia sudah

mula diterima sebagai ilmu dalam pelbagai budaya dan harus pula dihormati dan

diterima. Sebagai contoh, sewaktu tempat sembahyang yang digunakan oleh bangsa

Itali pada abad ke-15, mungkin sebahagiannya menjadi nilai yang berkaitan jika

ianya dipamerkan di galeri pada hari ini, ia juga menjadi ukuran yang paling tinggi

untuk objek yang praktikal menggambarkan fungsi sosial (Belting 1984).

Penyataan masalah

Pada umumnya, semua karya seni tidak terlepas daripada memiliki motif.

Motif adalah sebahagian daripada kandungan karya penghasilan kraftangan seperti

batik, songket, sulaman dan tekat. Ianya memainkan peranan penting untuk

mengindahkan sesuatu hasil karya. Corak seni Melayu sangat indah dan keindahan

inilah yang harus diambil perhatian. Dengan memahami aspek-aspek visual yang

formalistik serta kefahaman ideology yang filosofik, karya seni dan motif Melayu

ini akan dihargai, dipandang tinggi dan dibanggakan sebagai jatidiri bangsa Melayu.

Usaha menghidupkan identiti Malaysia melalui kraf tradisional kadang-kadang

Page 3: 42248

81

menyebabkan wujud penampilan luaran yang dibuat-buat sehingga menghilangkan

makna sebenarnya1.

Dalam kajian analisis bentuk, perkara yang akan diberi perhatian ialah

mencari kewujudan nilai keindahan dan nilai estetika pada bentuk visual motif-motif

yang digunakan dalam ragam hias seni kraftangan Melayu. Nilai estetika ini

merangkumi aspek-aspek formalistik seni reka seperti melihat asas-asas seni reka

dan juga prinsip-prinsip seni reka. Asas-asas seni reka meliputi kajian tentang unsur

seperti garisan, rupa, warna, bentuk dan jalinan (Rosalind Ragans 2000). Prinsip-

prinsip seni reka pula akan menganalisis unusr seperti kadar banding, keunikan,

harmoni, kasatuan, imbangan irama, arah, pergerakan dan lain-lain lagi (Duane

Preble 2002).

Kajian ini dirancang untuk mengupas keindahan yang disumberkan dari

alam semulajadi yang diambil sebagai motif hiasan. Terbukti bahawa seniman atau

pereka corak dahulu mengaplikasikan motif-motif untuk tujuan mengindahkan

sesuatu karya atau hasil kraf tangan. Kajian ini berdasarkan kepada pengkajian yang

teliti pada motif-motif hiasan dengan tujuan untuk mengenal pasti asal usul, dan

falsafah sesuatu motif. Kajian ini juga kan mengkaji apakah unsur-unsur yang

mempengaruhi idea serta inspirasi kepada seniman dahulu. Kajian juga akan

dijalankan untuk mengkaji cara berfikir yang merangkumi perkara-perkara seperti

kepercayaan, agama, pegangan dan ilmu yang ada pada seniman. Pengamatan

terhadap karya dapat dilakukan dengan kesedaran bahawa karya seni adalah objek

material yang memasukkan semangat magis (Syed Ahmad Jamal 1992).

Objektif

Tujuan utama kajian ini adalah ialah untuk mengenal pasti gaya pemaparan

keindahan seni hiasan yang terdapat pada motif fabrik tradisional Melayu. Aspek ini

perlu diselidiki untuk memahami dengan kukuh konsep dan kefahaman orang

Melayu terhadap seni hiasan motif fabrik secara umumnya. Aspek kajian utama

ialah penggunaan unsur asas seni atau elemen seni tampak dalam penghasilan motif-

motif berkenaan. Aspek lain termasuk menganalisis pola penciptaan seni tampak

termasuk keselarasan antara motif dengan bahan, tukang/artis dengan persekitaran,

dan juga aspek ruang dan masa. Keselarasan itu diteliti dari segi impaknya kepada

pembuatan (teknikal), kemahiran artis/tukang dan kehidupan masyarakat serta nilai

seni masyarakat Melayu.

1Kebimbangan ini dikongsi bersama oleh Lim Jee Yuan. 1987. Dalam penulisannya

tentang seni bina dan reka bentuk rumah Melayu, hal. 146.

Page 4: 42248

82

Keabadian Motif

Alam Semulajadi Spiritual

(persekitaran) (Ikonografi)

Flora/Fauna Kosmos Kepercayaan Emosi

(Animisme) (Ekspressi) (Margis)

Pengolahan Motif

(Lahiriah/Rohaniah)

Model Penghasilan Motif Melayu Tradisi

Rajah 1 Struktur carta alir persepsi pereka motif tradisi Melayu

Tujuan kedua penyelidikan ini ialah untuk menjelaskan punca mengapa dan

bagaimana alam semula jadi diangkat sebagai motif hiasan untuk kraf fabrik

tradisional Melayu. Keindahan alam adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai

harganya. Masyarakat Melayu sangat rapat dengan alam kerana kehidupannya

dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan oleh itu keadaan ini sudah pasti mempengaruhi

aktiviti dan idea mereka ini. Kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan

perkampungan yang di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan. Mereka mendapatkan idea

dan ilham dengan mengadaptasi alam untuk melahirkan kreativiti sebagai kerja

harian atau untuk memenuhi masa lapang mereka untuk menghasilkan seni.

Islam

(Tauhid)

Page 5: 42248

83

Terdapat pelbagai jenis flora, fauna dan kosmos yang boleh dijadikan motif. Motif-

motif ini diolah mengikut kesesuaian bahan serta ketinggian rasa sentuhan seni

estetika mereka. Maka dari motif ini pelbagai rekacorak dengan pelbagai gaya

persembahan terhasil dalam dunia kraf fabrik Melayu.

Tujuan lain penyelidikan ini ialah untuk melahirkan satu metod apresiasi

motif-motif yang terdapat pada kraftangan fabrik Melayu. Apresiasi seni merupakan

salah satu aspek kajian seni yang penting. Kebanyakan metod apresiasi yang

digunakan hari ini berteraskan metod yang dianjurkan oleh Barat. Oleh itu sudah

pasti metod ini tidak bersesuaian kerana falsafah orang Melayu yang berteraskan

Islam. Namun menolak bulat-bulat metod barat ini akan membuat apa sahaja metod

yang dicipta itu terpinggir kerana kita sedia maklum pemikiran Barat sudah menjadi

aliran utama penikiran dunia hari ini. Oleh itu, metod apresiasi Melayu ini perlu ada

kesefahaman antara metod Barat ini serta penyesuaian dengan pemikiran Melayu

yang berteraskan Islam untuk ia diterima pada peringkat global. Adalah menajadi

harapan penyelidikan ini untuk melahirkan satu metod analisis apresiasi seni Melayu

tradisional.

Methodologi Kajian

Kajian ini lebih berbentuk kualitatif yang menggabungkan pemerian,

analisis dan juga interpretasi. Mengikut Rosalind Ragans, (4000) terdapat empat

peringkat kajian kualitatif berkaitan dengan analisis seni visual iaitu:

a. Diskripsi atau pemerian

Analisis ini memberi fokus utama iaitu apa yang terdapat pada sesuatu

lakaran motif contohnya apa yang terdapat pada sesuatu motif seperti ukurannya

termasuklah lebar dan tinggi. Ia adalah proses untuk mengenal dengan jelas bentuk

format yang digunakan dan dimana digunakan.

b. Analisis

Analisis ialah kajian dengan mendalam setiap karya visual termasuk analisis

untuk mengenali kandungan asas-asas seni rekaan seperti garisan, rupa, bentuk,

warna, ruang dan jalinan. Ia juga membuat analisis tentang prinsip rekaan seperti

keseimbangan, harmoni, ulangan, kesatuan, kepelbagaian, rentak, kadar banding,

arah dan pergerakan.

c. Interpretasi atau penterjemahan

Interpretasi iaitu membuat tanggapan, andaian, pengagakan, bayangan yang

ada hubung kait dengan dapatan yang rasional terhadap motif. Dalam konteks, ini

kita boleh membuat andaian tentang teknik yang digunakan, bahan yang digunakan

Page 6: 42248

84

emosi dalam menghasilkan iaitu emosi budaya pada masa itu. Pengalaman bagi

menghasilkan dan kreativiti yang wujud.

d. Judgement atau penilaian

Membuat penilaian tentang keputusan yang terdapat dalam diskripsi, analisa

dan interpretasi. Kesimpulannya boleh diolah dengan mengikut susunan dan format

yang betul, tepat dan terperinci (Eric Fernie1989).

Falsafah Melayu Dalam Makna Motif Fabrik Melayu

Masyarakat Melayu ini mempunyai falsafah yang tinggi terhadap hasil karya

yang berilham alam semulajadi kerana menganggap bahawa kejadian alam ini

adalah anugerah Ilahi yang tidak terhingga nilainya. Penggunaan reka bentuk corak

juga melambangkan adab dalam kehidupan seperti menghormati raja dan pemimpin.

Biasanya, ini jelas dapat dilihat seperti pemakaian motif yang cantik, indah dan

terbaik akan diberikan kepada raja. Manakala pemakaian yang sederhana hanya

dipakai oleh kepada golongan pembesar kerajaan, tetapi pada masa sekarang sesiapa

pun boleh memiliki pakaian bergantung kepada kemampuan pengguna.

Gambar 1. Pucuk Rebung yang banyak terdapat di hutan-hutan di Malaysia

Page 7: 42248

85

Hasilan kraftangan dari fabrik ini menampakkan kelembutan pada reka

bentuk sesuai dengan berpandukan kepada alam semulajadi yang bersifat yang

lembut. Susunan reka corak serta menggunakan motif sesuai dengan bahan dan

keadaan yang mana menampilkan kesopanan yang tersendiri. Pakaian yang direka

seperti kebaya menyerlahkan lagi pemakainya. Nilai murni yang terdapat pada reka

bentuk seperti rendah diri dan menghormati orang lain.

Rajah 2. Bentuk motif yang tercipta dari pucuk rebung yang terdapat dalam songket Melayu.

Page 8: 42248

86

Rajah 3. Motif pucuk rebung yang gayakan dengan pelbagai susunan corak

seperti menghadap, berlawanan, menegak dan bertangkup

Raja

Pembesar negara

Rakyat biasa

Rajah 4. Tahap hairaki susunan motif terhadap raja, pembesar dan rakyat biasa

Penggunaan produk kraftangan daripada fabrik yang menggunakan motif-

motif semulajadi secara meluas dapat mencerminkan budaya masayarakat Melayu

itu sendiri. Lambang-lambang yang terdapat dalam reka bentuk motif dapat

memberikan makna-makna yang berkaitan dengan pemikiran dan falsafah budaya

Melayu dan usaha untuk mengekalkan jatidiri ini tidak seharusnya diabai ataupun

dipinggirkan. Konsep kesatuan dan kepelbagaian yang terdapat pada motif

melambangkan kesepakatan dalam masyarakat yang taat kepada raja, bangsa dan

negara. Malah dalam perlambangan tertentu terdapat juga lambang budaya orang

Melayu yang sentiasa mendahulukan raja dan negara daripada diri sendiri dalam

menjamin kestabilan dan kesepakatan masyarakat.

Page 9: 42248

87

Gambar 2 Reka corak motif yang daiadaptasi daripada daun ubi kayu

Direka oleh Abdul Latif Maqit. Koleksi Kraftangan Malaysia

Gambar 3 Gambar menunjukkan kepelbagaian penggayaan motif

flora yang terdapat pada batik Malaysia

Page 10: 42248

88

Gambar 4 Reka corak motif tradisional yang diadaptasi dari bunga melor

Direka oleh Husniyah. Koleksi Kraftangan Malaysia (Dibuat

semula)

Gambar 5 Tekad bersuji tradisional yang bermotifkan bunga cempaka dan disusun

reka corak pembalikan cermin. Direka oleh Norwani Md Nawawi.

Koleksi Kraftangan Malaysia.

Kesimpulan

Penyelidikan dari aspek tampak ini harus diteruskan dan diperbanyakkan

lagi usaha untuk mendokumentasikan ilmu Melayu. Banyak lagi aspek yang boleh

didalami dalam usaha untuk melombong ilmu Melayu dahulu yang kini terabai.

Kajian seperti prinsip-prinsip seni reka Melayu harus dijalankan yang dilihat banyak

Page 11: 42248

89

beza dan lebih bermakna berbanding dengan prinsip-prinsip yang diutarakan oleh

ilmu Barat dan lebih sesuai dengan pemikiran dan budaya orang Melayu. Hanya

dengan kajian yang mendalam masyarakat hari ini dapat memahami dengan lebih

mendalam budaya dan seni orang Melayu dan mengujudkan sebuah tamadun

Melayu yang tulen.

Rujukan

Abbas Alias, Norwani Md. Nawawi. 2003. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

AhmadRashidi Hasan. 2010., Contemporary Islamic Painting in Malaysia: 1980 to 2000, FSSR, UiTM: Shah Alam.

Charles Wallschlaeger. 1992. Basic Visual Concepts and Principles. Boston.

Collingwood, R.G.,The 1981.Principle of Art, Oxford University Press, London.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia,

Duane Preble, Sarah Preble & Patrick Frank 2002. Art Forms. Seventh Edition. New Jersey: Pearson Education.

Dzul Haimi Md. Zain, 1991. ‘Senirupa Islam Traditional Di Malaysia’ in Seni Rupa

Islam di Malaysia, Traditional dan Sezaman, Kuala Lumpur: National Art Gallery.

Dzul Haimi Md. Zain, 1991.Seni Islam Sezaman di Malaysia - Seni Rupa Islam di

Malaysia, Kuala Lumpur: National Art Gallery.

Eric Fernie, 1989. The Antology of Art History. New York:Phaidon Ltd.

Page 12: 42248

90

Fernie, E., 1995. Art History and Its Methods: A Critical Anthology. Phaidon Press

Ltd., London.

Focillon,H., 1995. The Life of Forms in Art. Art History and Its Methods; A Critical

Anthology, Fernie. E. (Ed.) Phaidon Press Ltd. London.

Gene A. Mittler. 2000. Art in Focus. New York: Glencoe/McGraw-Hill.

H. Aboebakar Atjeh, 1970, Sejarah Filsafat Islam, Semarang, Indonesia. Hal 10. Muhammad Afandi Yahya, 1995. Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu,

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Hamidy, U., 1991.Estetika Melayu di Tengah Hamparan Estetika Islam. Zamrud:

Riau.

John Dewey, 1982. Dewey Decimal Classification, New York:Forest Press.

Kraftangan Malaysia. Motif-motif Etnik Malaysia. Bahagian Dayacipta (Yunit

Rekacorak) Perbadanan Kraftangan Malaysia.

Mohamed Ali Bin Abdul Rahman, 1991. Rupa dan Jiwa, Kuala Lumpur: National

Art Gallery.

Mohammed Ali Abdul Rahman, 1993. ‘Manifestasi Weltanchauung Melayu dalam

Rupa dan Jiwa’, Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara.

Mohd Hafiz Kalek. 1999. Measured drawing of Rumah Bujang Berpeleh Haji Che

Abdul Rahman Che Muda.Kuala Terengganu, KALAM, Universiti Teknologi

Malaysia, unpublished.

Mohd Taib Osman. 1997. Islamic Civilization in the Malay World. Dewan Bahasa

and Pustaka.

Mubin Sheppard, 1980. Mekarnya Seni Pertukangan Malaysia Kuala Lumpur :

Eastern Universities.

Mubin Sheppard, 1980. Mekarnya Seni Pertukangan Malaysia Kuala Lumpur :

Eastern Universities.

Mubin Sherppard. 1980. Mekarnya Seni Pertukangan Malaysia. Eastern Universiti

Press (M) sdn. Bhd.

Norwani Mohd. Nawawi. 2002. Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Page 13: 42248

91

Ocvirk G.O., Robert R. S., Philip R. W., Robert O. B. & David L. C. 2002. Art

Fundamental. Ninth Edition. New York: Glencoe/McGraw-Hill.

Osborne H. (1970) Aesthetics and Art Theory. New York : E.P. Dutton & Co. Inc.

Othman Md. Yatim. 2004. Seminar Songket Serumpun Melaka 2004: Sejarah dan Keindahan Songket Melayu: Melaka.

Othman Yatim, 1996. Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam: Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Otto G. Orvirk, et. al., 1994.Art Fundamentals, Theory and Practice, Brown and

Benchmark.

Oxford University Press, 1970.Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University

Press.

Panofsky. E., 1955. Meaning in The Visual Arts,: Doubleday and Co., Inc. New

York.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. 1991. Motif-motif Batik. Pusat

Maklumat Kraf , Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. 1999. A Malaysian Tuoch Textiles For

The New Millenium. Percetakan Nur Niaga sdn. Bhd.

Peribahasa Dan Sinonim Malaysia, (Ensimal (M) SDN.BHD.Kuala Lumpur, Malaysia, Edisi pertama 1994)

Read H.L. 1972. Icon and Ider. New York: Schocken Books.

Rosalind Ragans. 2000. Art Talk. New York:Glencoe/McGraw-Hill.

Ruzaika Omar Basaree, 1995. Kesenian Islam – Satu Perspektif Malaysia, Katalog

Pameran, BSLN: Kuala Lumpur.

Sarah Arney. 1987. Malaysian Batik creating New Traditions. Kuala Lumpur:

Kraftangan Malaysia.

Sheppard M.. Living Crafts of Malaysia. Kuala Lumpur: Mobil Oil Malaysia

Sdn.Bhd. 1978.

Sirih Pinang, Cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983

Siti Zainon Ismail, 1995. Getaran Jalur Dan Warna, Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling

Jaya.

Page 14: 42248

92

Siti Zainon Ismail. 1997. Malay Woven Textiles: The Beauty of a Classic Art Form.

Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal. 1992. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Tansey R.G. and Kliener F.S., 1996.Gardner’s Art Through the Ages (10

th Ed.).

Harcourt Brace College Publisher. New York.

Zainal Abidin Borhan, 2009.Falsafah Tradisi Tenun Alam Melayu: Prosiding Seminar Antarabangsa Tentun Nusantara’, Akedemi Pengajian Melayu, Unuiversiti

Malaya.

Zakaria Ali, 1989.Estetika Melayu: Satu Renungan, in Seni dan Seniman. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.