4. rebt

Upload: muhammad-safuan

Post on 11-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

wrgfwergrewfdvgrwg

TRANSCRIPT

Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku

TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU

1. LATAR BELAKANG TOKOH

Teori Rasional Emotif Tingkah Laku yang asalnya dikenali sebagai Teori Rasional Emotif telah diperkenalkan oleh Albert Ellis. Beliau merupakan pelopor kepada terapi ini iaitu Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (Rational Emotive Behaviour Therapy REBT) yang juga dikenali sebagai terapi A-B-C. Ia adalah satu pendekatan kemanusiaan (humanistic). Ellis dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat dan berpindah ke New York semasa berumur empat tahun. Semasa zaman kanak-kanak, Ellis, anak sulung daripada tiga adik-beradik sering mengalami gangguan kesihatan dan pernah dimasukkan ke hospital sebanyak sembilan kali kerana sakit yang berkaitan kuman buah pinggang. Ayahnya seorang usahawan, kerap tidak ada di rumah dan ibunya digambarkan Ellis sebagai seorang yang mengabaikan keluarganya.Ellis menerima ijazah sarjana muda di City College New York pada tahun 1934. Beliau menulis novel dan bekerja sebagai pengurus sumber manusia semasa melanjutkan pengajian siswazah ketika berusia 28 tahun. Selepas mendapat Ph.D pada tahun 1947 di Columbia University, beliau mula bekerja di New Jersey Mental Hygene Clinic dan menerima analisis daripada Richard Hulbeck, seorang psychiatrist yang kemudiannya menjadi penyelia Ellis dalam kerja awal psikoanalitik. Ketika mengamalkan terapi psikoanalisis dan psikoanalitik antara tahun 1947 dan 1953, Ellis merasa tidak puas hati dengan terapi ini. Beliau merasakan ia tidak begitu berkesan dalam menjadikan klien bebas simptom dan lebih baik dalam mengawal kehidupan mereka. Terapi ini juga memakan masa yang begitu panjang. Sehubungan itu, Ellis telah mengutarakan Teori Rasional Emotif dan mencuba terapi ini ke atas dirinya sendiri dan mendapati ia lebih berkesan daripada Terapi Psikoanalisis. Sebagai contoh, ketika remaja, Ellis agak pemalu dengan wanita. Beliau menggunakan pendekatan dengan memaksa dirinya bercakap di hadapan 100 orang wanita dalam tempoh sebulan di Bronx Botanical Gardens. Walaupun tidak berjaya mendapatkan pasangan wanita, pendekatan yang digunakan telah membantu Ellis mengurangkan perasaan takut tidak diterima. Pendekatan yang sama digunakan beliau untuk mengatasi perasaan takut bercakap di hadapan orang ramai dan beliau menjadi semakin seronok memberikan ceramah. Dengan menggunakan teori ini, Ellis telah berjaya mencabar dan mematahkan sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam dirinya sendiri. Sejak itulah Ellis memberikan perhatian yang lebih serius kepada teori ini dan melalui kajian dan rawatan yang dibuatnya serta pendukung-pendukungya, didapati terapi ini sangat sesuai digunakan dalam kaunseling individu dan kelompok. Namun demikian yang paling berjaya ialah dalam bidang kaunseling seks dan keluarga.

Ellis berpendapat bahawa kaunselor tidak perlu menemui klien dalam jangkamasa lama atau menunggu sehingga klien mendapat kefahaman dan celik akal mengenai masalahnya yang selalunya mengambil masa yang panjang sebagaimana yang dinyatakan di dalam huraian mengenai terapi psikoanalisis. Jika kaunselor sudah pasti apa sebenarnya yang tidak kena dengan diri klien, dan sememangnya mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk menolong klien, maka kaunselor tidak perlulah membuang masa dan membiarkan klien merana sedangkan ia dapat mengecap kebahagiaan dan kesejahteraan lebih awal. Kerana itulah, Ellis merasakan Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku lebih baik, lebih praktikal dan lebih munasabah untuk membantu klien. Menurut Ellis, sesuatu gangguan emosi itu disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran itu terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan dan boleh dianggap sebagai satu. Bagi Ellis, segala pemikiran dan kepercayaan tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh pembudayaan dan pembelajaran semata-mata. Manusia pula memang gemar sekali mengamalkan pemikiran-pemikiran yang tidak rasional ini dengan menyebut-nyebutnya selalu seolah-olah mengingatkan dirinya untuk berfikir, merasa dan bertindak secara tidak rasional. Adalah menjadi tanggungjawab untuk mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui penyusunan semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik dan tatacara-tatacara tertentu agar klien menjadi lebih positif dan rasional.2. KONSEP ASAS2.1 Pandangan Terapi Terhadap Sifat ManusiaTerapi Rasional Emotif Tingkahlaku membuat beberapa andaian mengenai manusia dan sifat-sifat tabiinya. Ellis berpandangan bahawa;a. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk berfikir secara lurus dan rasional dan juga berfikir secara tidak rasional; iaitu otak manusia berkeupayaan untuk memikirkan perkara yang baik dan buruk, yang betul dan salah dan yang munasabah dan tidak munasabah.b. Manusia mempunyai kecenderungan semulajadi untuk memelihara dirinya, untuk mencapai kebahagiaan, untuk berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, untuk mengasihi dan berkomunikasi dengan orang lain, serta berkembang ke arah nirwana kendiri.

c. Manusia mempunyai kecenderungan semulajadi untuk memusnahkan dirinya, untuk mengelak dari berfikir, untuk menangguh, untuk mengulangi kesalahan, untuk mempercayai perkara-perkara ghaib dan tahyul, untuk tidak sabar, untuk menuduh dan menyalahkan diri sendiri dan untuk mengelak daripada berkembang ke arah nirwana kendiri.

Sehubungan itu, Ellis berpendapat bahawa;

a. Manusia sendiri yang menyebabkan dirinya merasa terganggu, dan gangguan yang dirasainya itu bukanlah disebabkan oleh faktor-faktor atau sumber-sumber luaran.

b. Manusia mewarisi tret-tret budaya dan biologi untuk memutar-mutarkan pemikirannya sehingga akhirnya ia sendiri yang akan mengalami gangguan emosi dan fikiran.

c. Manusia mempunyai kecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan-kepercayaan yang mengganggu mereka, dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu dengan gangguan-gangguan tadi.d. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkahlaku. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola-pola tingkahlaku yang biasa. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan diri mereka tertanggu, dan mereka boleh pula melatih diri mereka untuk mengalami gangguan minimum selagi hayat dikandung badan.e. Manusa berfikir (pemikiran), berperasaan (perasaan) dan bertindak (tingkahlaku) secara serentak. Kaitan di antara ketiga-tiga proses ini rapat sekali, sehingga gangguan di dalam mana-mana proses akan meninggalkan kesan ke atas proses yang lain. Kerana itu, jika salah satu daripada proses ini diubati atau dirawat sehingga sembuh, maka dengan sendirinya proses-proses yang dua lagi itu akan turut terubat.

f. Apabila manusia sudah biasa atau terlazim untuk bertindak dengan sesuatu cara yang tertentu, ia akan terus bertindak sedemikian sepanjang hayatnya walaupun mereka mungkin sedar bahawa tingkahlaku mereka itu hanya membawa kemusnahan dan kesengsaraan kepada diri mereka.2.2Mengapa dan Bagaimana Gangguan BerlakuManusia mempunyai potensi untuk berfikir, beremotif (perasaan) dan bertingkahlaku secara rasional dan tidak rasional. Jika pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang digolongkan sebagai tidak rasional itu tidak keterlaluan dan tidak mengganggu cara-cara kita berfungsi di dalam sesuatu masyarakat, kita dikatakan normal. Namun, apabila pemikiran, perasaan dan tingkahlaku kita menjadi begitu tidak rasional sehingga kita tidak dapat lagi berfungsi dengan baik, barulah kita digolongkan ke dalam golongan neurotik dan psikotik.Menurut Ellis, semasa kecil, kita mungkin telah mempelajari berbagai-bagai kepercayaan yang tidak rasional daripada orang lain yang signifikan kepada kita. Kita menghayati kepercayaan-kepercayaan itu dan mengukuhkannya melalui proses saranan-kendiri (auto-suggestion) dan ulangan kendiri (self-repitition). Dengan cara ini, kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional tadi menjadi sebati dengan sistem, menjadi darah daging dan sebahagian dari diri kita sendiri.

Di antara idea, kepercayaan atau pemikiran yang tidak rasional adalah;a. Kita mesti dikasihi dan diterima oleh setiap orang lain yang penting atau signifikan dalam hidup kita.b. Kita sepatutnya betul-betul cekap, serba boleh dan berjaya di dalam semua lapangan jika mahu diri dianggap sebagai berguna.

c. Apabila seseorang bertindak secara tidak adil dan tidak diingini seperti jahat, busuk hati dan kejam, maka kita harus menyalahkan mereka serta melihat mereka sebagai orang yang tidak baik dan mereka ini patut dihukum kerana perbuatan mereka yang kejam itu.d. Adalah dahsyat dan mengerikan apabila sesuatu perkara itu tidak seperti apa yang kita mahukan.e. Kesengsaraan kita adalah disebabkan oleh ketetapan luaran dan dipaksakan ke atas kita oleh orang dan peristiwa.

f. Jika sesuatu itu merbahaya atau mungkin merbahaya atau menakutkan, kita mesti memikirkannya dan risau tentangnya dan tidak berhenti obsess mengenainya.g. Adalah lebih mudah bagi kita mengelak diri daripada menghadapi kesukaran hidup dan tanggungjawab diri.h. Kita sepenuhnya memerlukan sesuatu yang lain atau yang lebih kuat daripada diri kita untuk kita bergantung.i. Orang patut dengan penuh kompeten, cerdas dan berpencapaian dalam semua aspek yang mungkin.

j. Disebabkan sesuatu perkara yang pernah berlaku, dengan kuat mempengaruhi hidup kita dan patut terus mempengaruhi kita.k. Kita mestilah mempunyai kawalan yang sempurna ke atas apa yang berlaku.

l. Kegembiraan manusia boleh dicapai melalui inertia dan tanpa tindakan.

m. Kita tidak mempunyai kawalan langsung ke atas emosi kita dan bahawa kita tidak boleh mengelak diri daripada merasa terganggu mengenai perkara yang berlaku.

Idea, kepercayaan atau pemikiran tidak rasional inilah yang menyebabkan gangguan emosi dan fikiran seseorang. Menurut Ellis,gangguan-gangguan ini terjadi apabila;a. Seseorang itu selalu menyalahkan dirinya sendiri

b. Seseorang itu mementingkan mesti dan patut dengan cara yang mutlak.Konsep A-B-C-D-E yang diutarakan Ellis dapat menjelaskan bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku. Menurut Ellis;AActivating Event: adalah sesuatu peristiwa, fakta, sikap atau tingkahlaku yang dialami oleh seseorang. Contohnya gagal dalam ujian.

BBelief System: adalah sistem kepercayaan klien samada rasional atau tidak rasional yang memberi respon kepada Activating Event.

CConsequences: merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian oleh B akan A, dan pentafsirannya.

DDisputing: merupakan kaedah-kaedah dan strategi-strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang telah menyebabkan individu mengalami sesuatu reaksi emosi yang tidak rasional.

EEffect: Individu menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan nilai yang rasional dan positif apabila individu berjaya membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dalam diri mereka Dengan menggunakan contoh individu yang gagal dalam ujiannya, sistem kepercayaan individu terus menerus menyalahkannya sehingga individu merasa aku ini bodoh, habislah peluang aku, ini semua kerana aku cuba spot soalan dan lain-lain lagi sehinggalah individu merasa duka dan kecewa (C). Perasaan duka dan kecewa yang dirasai individu bukanlah kerana ia gagal di dalam ujian itu (A), tetapi kerana sistem kepercayaannya (B) yang tidak rasional dan menyalahkan individu itu dan membuatnya sedemikian rupa adalah diperolehi melalui pembelajaran. Oleh itu, kaunselor boleh mengajar individu itu untuk menggunakan logik secara saintifik dan empirikal. Di sini D memainkan peranannya mencabar, berhujah dan meyakinkan diri individu itu bahawa ada cara-cara lain untuk dia berhadapan dengan kegagalan tadi.

Jika kaunselor berjaya maka; a. Sistem kepercayaan yang tidak rasional tadi akan berubah sedikit demi sedikit dan diganti dengan sistem kepercayaan yang rasional.b. Bila pemikiran berubah, emosi juga akan turut berubah. Begitu juga dengan tingkahlaku kerana ketiga-tiga komponen ini atau aspek ini bertindak secara serentak dan bersama.

c. Individu yang merasa dukacit dan kecewa tadi dapat menerima kegagalannya secara normal, tanpa merasa sebarang gangguan emosi yang tidak berasas.d. Individu tidak lagi menyalahkan dirinya sahaja semata-mata atas kegagalan tadi. Malah ia berjaya menganalisa secara logik sebab-sebab yang membawa kepada kegagalannya dan kegagalan ini bukannya katastrofik dan dahsyat sehingga baginya tidak ada lagi masa depan yang cerah dan gemilang.

e. Individu ini boleh berfungsi sebagai seorang yang normal (E).

3. MATLAMAT TERAPIMenurut Ellis (1976), Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku (REBT) mempunyai hanya satu matlamat sahaja iaitu;

Minimizing the clients central self-defeating outlook and acquiring a more realistic, tolerant philosophy of life (m.s. 205)REBT menganggap bahawa masalah manusia berpunca daripada falsafah yang salah, maka falsafah ini hendaklah diperbetulkan. Dengan berubahnya falsafah yang salah kepada yang betul, yang tidak rasional kepada rasional, daripada yang tidak realistik kepada yang realistik, akan wujudlah di dalam diri individu itu kesemua atau sebahagian daripada perkara-perkara berikut;

a. Minat terhadap diri sendiri secara sederhana.b. Minat untuk hidup bermasyarakat.

c. Berkebolehan untuk mengarah hidup sendiri, tanpa mengenepikan kerjasama dan bantuan dari orang lain.

d. Bertoleransi ke atas kesalahan dan kesilapan diri sendiri dan orang lain tanpa cemuhan.

e. Mempunyai fikiran terbuka dan fleksibel.

f. Menerima perkara-perkara yang belum pasti (acceptance of uncertainty)

g. Mempunyai komitmen di dalam sesuatu yang dilakukan.h. Dapat berfikir dan bertindak secara rasional dengan menilai buruk baiknya sesuatu yang dilakukan.

i. Sedia menerima diri sendiri tanpa bergantung kepada penilaian orang lain.

j. Sedia mengambil risiko yang berpatutan.

k. Tidak bersikap utopia apa yang dia mahu semua dapat dan apa yang tidak diingininya boleh dielakkan.

4. PROSES DAN TEKNIKSeseorang perlu melalui proses-proses tertentu sesuai dengan permasalahan yang dihadapi dalam merasionalkan kembali manusia daripada sistem kepercayaan yang tidak rasional.Bagi Ellis, perhubungan yang mesra antara kaunselor dan klien adalah tidak penting malah tidak menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. Ellis lebih mementingkan tahap penglibatan di antara kaunselor dan klien yang bertujuan untuk membina perhubungan seperti dilakukan dalam Terapi Pemusatan Insan.i. Peringkat 1a. Mengkategorikan Masalah

Pada peringkat ini kaunselor perlu menentukan masalah luaran dan masalah dalaman yang mengganggu klien. Masalah luaran berkaitan dengan kerjaya, kehidupan, kesukaran, komunikasi dan sebagainya. Masalah luaran dikategorikan sebagai peristiwa tindakan (A-Activating Events). Manakala masalah dalaman pula seperti gangguan emosi dan tingkah laku disamakan dengan kesan atau akibat (C-Consequences) dalam formula A-B-C (B-Belief System). Kaunselor membantu klien bebas daripada masalah luaran sebelum menyelesaikan masalah dalaman.ii. Peringkat 2

a. Mengenal Pasti Kepercayaan Tidak RasionalApabila selesai mengenal pasti masalah emosi (C) klien, maka kaunselor akan mengalami peringkat kedua iaitu mengenal pasti kepercayaan tidak rasional (B) yang menyebabkan (C). Terdapat empat tema yang sering berhubung rapat dengan kepercayaan tidak rasional iaitu demandingness, awfulizing, I cant stand it dan Self-rating.

b. Mengenal Pasti Masalah Yang UtamaBagi Terapi Rasional Emotif masalah yang dibawa oleh klien itu bukanlah masalah yang sebenar. Kebanyakan klien telah menggunakan masalah luaran yang lebih mudah dan bukannya masalah sebenar yang dialami. Masalah ini dikatakan masalah sekunder manakala masalah sebenar adalah masalah primer. Masalah sekunder dalam gangguan emosi (C), kebiasaannya akan membawa kesan negative kepada masalah sebenar dan akan menyebabkan klien sukar untuk mengatasi masalah emosinya.c. Membentuk MatlamatKaunselor juga dikatakan sebagai pengajar yang mengajar anak muridnya. Dengan itu kaunselor akan berkecenderungan untuk membina satu skema konsep yang mengkategorikan masalah klien dalam bentuk A-B-C. Setelah konsep terbina, maka kaunselor akan mengemukakan beberapa pilihan yang sesuai kepada klien. Pilihan ini merupakan matlamat yang perlu dicapai pada akhir proses kaunseling bersama klien.iii. Peringkat 3a. Celik akal Terapi Rasional Emotif Tingkah LakuPada tahap ini kaunselor akan membantu klien supaya memperolehi celik akal dengan memberitahu klien apa yang telah berlaku dalam proses kaunseling dan mengajar klien cara-cara yang positif untuk menghadapi serta mananggani masalah. Lima jenis celik akal yang perlu dicapai klien iaitu;

i. Idea dan kepercayaan manusia sering memainkan peranan dalam menimbulkan masalah emosi dan tingkah laku. Klien perlu mendapat celik akal mengenai masalah sebenar.

ii. Klien digalakkan untuk bertanggungjawab atas masalah emosinya yang disebabkan oleh indoktrinasi yang lepas.

iii. Klien perlu mewujudkan kesedaran, pengetahuan dan penghargaan terhadap idea atau kepercayaan yang tidak rasional kerana celik akal ini mendorong klien untuk berubah.

iv. Klien dikehendaki menerima dirinya walaupun dia mengetahui bahawa masalah emosi adalah disebabkan oleh kepercayaannya.

v. Klien perlu menyedari bahawa untuk mencapai perubahan atau matlamat mereka perlu berusaha untuk mengatasi kepercayaan yang tidak rasional tersebut.

iv. Peringkat 4a. Mengajar Perkara Rasional

Kaunselor akan cuba untuk membantu klien bekerja keras bersamanya untuk menanggani masalah emosi-tingkah laku yang dihadapinya. Proses ini akan membabitkan aktiviti membuang atau membebaskan klien daripada idea-idea atau pemikiran yang tidak rasional dan dan digantikan dengan idea-idea atau pemikiran yang rasional.Matlamat peringkat ini ialah untuk;i. Membantu klien memahami idea palsu atau kepercayaan tidak rasional yang selalu mengganggu emosinya.

ii. Klien memahami kesan negative akibat ideanya yang tidak rasional.

iii. Mengajar klien idea dan alternatif baru.

iv. Untuk memberitahu klien tentang kebaikan idea baru tadi.

Untuk membantu klien mencapai matlamat tersebut, REBT bertindak secara deduktif atau direktif dengan cara memberikan pengajaran, penaakulan dan pembujukan.

v. Peringkat 5

a. Mewujudkan Pemikiran Baru

Kaunselor akan memberi perhatian pada peringkat terakhir iaitu membina satu pemikiran atau falsafah hidup yang baru. Peringkat ini sangat penting dalam proses membantu klien supaya kaunselor benar-benar berjaya menolong klien bebas daripada pegangan yang tidak rasional dan digantikan dengan falsafah yang baru dan rasional. Kaunselor perlu memberi perhatian dalam dua aspek pada peringkat ini iaitu;

i. Aktiviti Mencabar

Kaunselor akan menggunakan strategi kognitif, tingkah laku dan emotif untuk membantu klien bagi menentukan samada idea mereka rasional atau sebaliknya. Pada peringkat permulaan, kaunselor akan mengajukan pelbagai soalan seperti apakah bukti atau alas an untuk menyokong perkara ini? dan juga pengalaman emotif serta menggalakkan klien melakukan sendiri. Tujuannya adalah untuk membantu klien mencabar ideanya yang tidak rasional.Kaunselor juga membantu klien membezakan antara idea yang rasional dan tidak rasional, kehendak dengan keperluan, kesan yang tidak diingini dan kesan teruk. Proses ini membantu klien memikirkan perkara yang baik dan rasional untuk kepentingan mereka.

Pada peringkat akhir, kaunselor akan membantu klien untuk menterjemahkan idea logic dan rasional secara jelas dan tepat. Kaunselor juga perlu menggunakan pelbagai teknik yang sesuai supaya klien dapat dibantu untuk mencapai matlamatnya.ii. Aktiviti Peneguhan

Klien menyatakan idea rasional mereka kepada kawan, memberikan ganjaran untuk pemikiran yang rasional, membaca bahan-bahan yang rasional, mencabar pemikirannya dan lain-lain lagi. Menurut George dan Cristiani (1990), tiga langkah utama dalam proses Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku ialah; Langkah pertama iaah menunjukkan kepada klien bahawa ia tidak logik serta membantu klien menerangkan mengapa dan bagaimana mereka berkeadaan demikian. Kemudian menunjukkan tentang perhubungan antara pemikiran tidak rasional terhadap keadaan kemurungan dan gangguan emosi klien. Langkah kedua ialah membantu klien supaya mempercayai bahawa pemikiran itu boleh dicabar dan seterusnya dapat diubah dengan cara menyoal dan mencabar tentang kesahan idea yang dipegang oleh klien tentang dirinya, orang lain dan dunia persekitarannya. Langkah terakhir ialah membantu klien dalam mengenal pasti pemikiran yang tidak rasional serta memberikan galakan supaya dapat memperkukuhkan dan membangunkan falsafah hidup yang rasional supaya klien tidak menjadi mangsa kepada kepercayaan dan pemikiran yang tidak rasional.

b. Teknik Dalam Kaunseling Terapi Rasional Emotif Tingkah LakuKebanyakan teknik yang digunakan dalam Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku adalah bersifat elektif iaitu gabungan beberapa kaedah atau strategi termasuklah proses kognitif-emotif dan tingkah laku. Menurut Amir Awang (1987), terapi ini memberikan penekanan kepada hubungan antara proses kognitif, emotif dan tingkah laku.i. Aspek Kognitif

Teknik yang digunakan secara kognitif termasuklah;

a. Berhujah tentang kepercayaan yang tidak rasional. Klien akan disuruh membuktikan mengapa ia harus merasas dahsyat atau teruk jika sesuatu yang dilakukannya itu tidak berjaya.

b. Melakukan aktiviti-aktiviti tertentu sebagai kerja rumah. Misalnya seseorang yang takut untuk memberi syarahan akan digalakkan untuk bercerita kepada rakan-rakannya di dalam kumpulan dan kemudian melibatkan dirinya di dalam kegiatan-kegiatan kumpulan yang lebih besar di mana ia perlu memberi syarahan dan sebagainya.c. Klien disuruh mencabar sistem kepercayaannya dengan bukti yang sahih.d. Klien disuruh membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan teori dan kajian-kajian terapi rasional emotif tingkah laku bagi mengetahui pengalaman-pengalaman orang lain dan cara-cara sistem kepercayaan tidak rasional dihapuskan.e. Klien digalakkan menghayati falsafah hidup baru yang tidak semestinya dikongkong oleh nilai-nilai mutlak seperti mesti atau patut.

ii. Aspek Emotif

Teknik yang sering digunakan secara emotif adalah;a. Penerimaan tanpa syarat.b. Permainan.

c. Contoh atau model.

d. Gambaran, bayangan atau khayalan.

e. Latihan-latihan mencabar.

iii. Aspek Tingkah Laku

Teknik yang digunakan secara tingkah laku adalah;

a. Pelaziman operan.

b. Prinsip-prinsip pengurusan kendiri.

c. Pelaziman instrumental.d. Biofeedback.e. Teknik beristirehat.

f. Contoh atau model.

g. Penghapusan deria secara bersistem.

h. Kerja-kerja rumah berbentuk aktiviti seperti latihan kemahiran, latihan asertif, latihan menghapuskan deria dan lain-lain.

iv. Teknik Evokatif-Emotif

Ellis (1993) telah menggabungkan proses kognitig-emotif yang dikenali sebagai teknik evokatif-emotif;

a. Menghilangkan rasa maluTeknik ini menggalakkan klien tampil di khalayak ramai dan dengan berhati-hati melakukan satu tingkah laku yang dianggap leceh atau bodoh dan memalukan. Pada masa yang sama, klien akan digalakkan untuk merasai secara kognitif dan emotif hanya kepada perkara-perkara yang boleh dimanfaatkannya dan bukannya malu pada tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang lain.

b. Imageri Rasional-emotif Klien akan membuat imaginasi kepada satu perkara yang sangat buruk yang boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri, ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat.c. Membina Kenyataan Bersungguh

Klien ditunjukkan bagaimana untuk membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Klien juga diajar bagaimana untuk menyemaikan kenyataan bersungguh-sungguh ke dalam fikiran dan jiwanya sehingga dia yakin dan percaya dengan bersungguh-sungguh.d. Dialog-Diri BertenagaKlien akan merakamkan irrational-beliefs ke dalam pita rakaman dan berhujah mengenainya dengan kuat dalam pita tersebut. Kemudian klien akan mendengar semula pita tersebut dan menyuruh orang lain mendengarnya. Seterusnya klien akan mendengar sama ada ianya cukup kuat dan bertenaga.

e. Menggunakan Aspek JenakaEllis (1978) telah mengemukakan lirik lagu yang diciptanya sendiri dan didapati berkesan sama ada dijalankan dalam sesi kaunseling individu, bengkel dan latihan intensif. Lirik-lirik lagu ini menggunakan kata-kata yang berunsur lucu dan rasional.

f. Latihan Dalam Proses KelompokDi dalam kelompok kecil ini, kaunselor akan berhujah dengan kepercayaan yang tidak rasional ahli secara aktif.

g. Hubungan InterpersonalKlien diajar tentang kemahiran interpersonal dan cara-cara untuk mengaplikasikannya dalam hubungan dengan ahli keluarga dan orang lain. Terapi Rasional Emotif bukan sahaja menghuraikan diri klien sendiri serta perhubungannya dengan orang lain tetapi juga menunjukkan cara untuk berhubung dan bekerjasama dengan lebih baik bersama-sama orang lain.

h. Main Peranan

Klien akan menunjukkan semula tingkah laku kebimbangan, kemarahan dan kemurungan. Kaunselor akan menerangkan bagaimana ianya terjadi. Kemudian peranan akan diambil alih oleh kaunselor pula sehingga klien boleh menerangkan semula bagaimana pemikiran yang tidak rasional itu boleh berlaku.

5. KELEBIHAN

a. Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku didapati mudah dilaksanakan.

b. Kaedah ini berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja.

c. Terapi ini berkesan untuk mengatasi masalah kecelaruan afektif, kecelaruan ketakuan dan penyesuaian, kerisauan, depressi, agresi, gangguan watak, psikosis, seks, bercinta, perkahwinan, pemeliharaan anak dan pengurusan kendiri dan lain-lain.

6. LIMITASIWalaupun terapi rasional emotif telah mencapai kejayaan yang membanggakan, namun ia tidak terlepas daripada masalah-masalah berikut;

a. Ada orang yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara sedemikian.b. Ada klien yang begitu terpisah daripada realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

c. Setengah-setengah klien pula terlalu tua dan terlalu tidak fleksibel.

d. Ada klien yang terlalu berprasangka terhadap logik sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.e. Ada juga klien yang suka mengalami gangguan dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi.

f. Pendekatan ini sangat deduktif (bertujuan mengajar atau contoh teladan). Oleh itu kaunselor harus mengenal dirinya sendiri terlebih dahulu dengan baik.

g. Pendekatan ini tidak efektif dengan individu yang mengalami penyakit mental atau penyakit otak atau yang serius dan teruk emosinya.

h. Terapi ini lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada peranan emosi dan perasaan. Klien akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja kerana teori ini banyak menggunakan konfrontasi dan arahan.

i. Teori ini tidak memberi penekanan terhadap perasaan, dan ini menyumbang kepada penafian perasaan.

j. Kaunselor akan merasa bosan mengulangi perkara yang sama dengan semua klien.

k. Kaunselor yang tidak suka berdebat dan berkonfrontasi tidak sesuai menggunakan teori ini.l. Memandangkan peranan kaunselor yang aktif dan mengawal maka klien mungkin mudah kalah, didominasikan dan tidak bertanggungjawab terhadap hasil kaunseling.

m. Tidak sesuai untuk klien yang tidak berfikir secara logik.

n. Tidak sesuai untuk klien yang tidak stabil mentalnya.

o. Berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan sekiranya seseorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran.

7. RUJUKAN

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin, (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Negeri

Sembilan: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

See Ching Mey, Othman Mohamed, Suradi Salim, Md.Shuaib Che Din, Fatimah Yusoff,

(2009). Pendekatan Kaunseliing. Kuala Lumpur: Penerbit Lembaga Kaunselor.

Amir Awang, (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang: Penerbit Universiti

Sains Malaysia.

Sharf, R.S.(2008). Theories of Psychoteraphy and Counseling: Concepts and Cases.

Stanford, California: Thomson Learning.46