4 peraturan pentadbiran ujian bertulis pt3 semak 19 mac 2015

15

Click here to load reader

Upload: syamsul-bahri-bin-amiruddin

Post on 01-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Untuk SU PT3

TRANSCRIPT

  • 1

    LAMPIRAN 3

    PERATURAN PENTADBIRAN UJIAN BERTULIS

    PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

    TAHUN 2015

    1 PROSEDUR KESELAMATAN DALAM PENGENDALIAN DOKUMEN PENTAKSIRAN

    1.1 PERSONEL

    i. Semua Personel Pentadbiran dan Personel Pentaksiran yang menguruskan

    pengendalian ujian bertulis, instrumen pentaksiran, panduan penskoran, skrip

    jawapan calon, skor calon hendaklah dilantik oleh Pengetua, JPN serta LP dan

    menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran D).

    ii. Akta Rahsia Rasmi yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh

    Pengetua sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan PT3

    1.2 PENGENDALIAN DOKUMEN

    i. Semua instrumen PT3 adalah dokumen terperingkat TERHAD. Semua Personel

    Pentadbiran dan Personel Pentaksiran bertanggungjawab terhadap kerahsiaan

    instrumen PT3.

    ii. Memuat turun item dan panduan penskoran mengikut mata pelajaran

    menggunakan komputer yang dikhaskan di premis sekolah / kerajaan serta

    menyimpannya dalam media storan.

    iii. Mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran dan panduan penskoran

    serta menyimpan mengikut mata pelajaran di premis sekolah dengan kawalan

    keselamatan bagi mengelakkan sebarang insiden ketirisan maklumat.

    iv. Melupuskan maklumat pada media storan, mesin fotostat dan mesin risograf

    dengan serta merta selepas percetakan instrumen pentaksiran. Menyediakan

    almari berkunci / bilik berkunci di premis sekolah.

    v. Menyimpan instrumen pentaksiran di dalam almari berkunci / bilik berkunci.

    Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Ketua Pengawas 30 minit sebelum

    ujian bertulis PT3 berlangsung.

    vi. Menyerahkan panduan penskoran kepada Pentaksir selepas tamat pentadbiran

    ujian bertulis PT3 bagi setiap mata pelajaran mengikut tarikh yang ditetapkan

    oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

  • 2

    1.3 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN

    i. Pentadbiran ujian bertulis PT3 hendaklah menepati Jadual Waktu dan Jadual

    Kerja ujian bertulis PT3.

    ii. Pengurusan ujian bertulis PT3 hendaklah dilaksanakan mengikut Panduan

    Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.

    iii. Penjaminan kualiti ujian bertulis PT3 hendaklah dilaksanakan berpandukan

    dokumen Panduan Penjaminan Kualiti PT3.

    1.4 LARANGAN DI DEWAN / BILIK PENTAKSIRAN UJIAN BERTULIS PT3

    i. Dilarang membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau

    anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar,

    kamus,kertas, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 serta telefon bimbit, alat-alat

    berkomunikasi atau peranti elektronik, bekas alatulis dan beg ke dalam dewan /

    bilik pentaksiran kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa ujian.

    ii. Dilarang menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di

    dewan / bilik pentaksiran.

    iii. Dilarang mendedahkan instrumen pentaksiran atau / dan jawapan pentaksiran

    sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

    iv. Dilarang memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung

    dengan orang lain di dalam atau di luar dewan / bilik pentaksiran walau dengan

    apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dengan

    pentaksiran.

    v. Dilarang menukar instrumen pentaksiran atau / dan jawapan pentaksiran

    dengan calon lain.

    vi. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran

    daripada Ketua Pengawas Pentaksiran.

    vii. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

    viii. Dilarang membuat rujukan di luar dewan / bilik pentaksiran semasa.

    ix. Dilarang membawa instrumen pentaksiran keluar dari dewan / bilik pentaksiran

    semasa pentaksiran Ujian Bertulis.

  • 3

    x. Dilarang membawa kertas / skrip jawapan pentaksiran sama ada yang belum

    atau yang telah digunakan keluar dari dewan / bilik pentaksiran.

    1.5 PERINGATAN

    Calon yang melanggar sebarang peraturan Ujian Bertulis PT3 (1.4). Larangan di

    Dewan / Bilik Pentaksiran dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon

    dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian

    dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya

    menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa

    salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga

    Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh

    dikenakan tindakan berikut:

    i. Keputusan Ujian Bertulis PT3 digantung sementara menunggu selesainya

    penyiasatan;

    ii. Keputusan Ujian Bertulis PT3 mana-mana kertas Ujian Bertulis PT3 dibatalkan;

    iii. Keputusan Ujian Bertulis PT3 yang dikendalikan di sesuatu pusat Ujian Bertulis

    diisytiharkan terbatal.

  • 4

    2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN

    2.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    i. Menyediakan dokumen pentaksiran dan memuat naik di Aplikasi PT3. Aplikasi

    PT3 mengandungi item pentaksiran dan panduan pemasangan instrumen.

    2.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    i. Memastikan sekolah memuat turun dokumen pentaksiran ujian bertulis dari

    Aplikasi PT3.

    ii. Melantik Personel Pentaksir untuk membuat verifikasi instrumen pentaksiran

    ujian bertulis bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor.

    iii. Mengeluarkan surat arahan bagi Pentaksir Kawasan untuk membuat verifikasi

    instrumen pentaksiran ujian bertulis.

    2.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    i. Memastikan sekolah memuat turun dokumen pentaksiran ujian bertulis dari

    Aplikasi PT3.

    ii. Memastikan Personal Pentaksir membuat verifikasi instrumen pentaksiran ujian

    bertulis bagi memastikan pemasangan instrumen mematuhi panduan

    pemasangan instrumen.

    iii. Memastikan sekolah memperbanyakkan instrumen pentaksiran.

    2.4 PENGETUA

    i. Melantik Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk memuat turun item ujian bertulis

    dari Aplikasi PT3

    ii. Menerima instrumen pentaksiran daripada Ketua Pentaksiran Mata Pelajaran

    (KPMp) dan menurunkan tandatangan untuk mengesahkan instrumen

    pentaksiran ujian bertulis mematuhi panduan pemasangan instrumen.

    iii. Melantik Personel Pentadbiran memperbanyakkan dan menyimpan instrumen

    pentaksiran.

    iv. Menyediakan almari / bilik berkunci untuk menyimpan instrumen pentaksiran

    sehingga hari pelaksanaan pentaksiran.

  • 5

    v. Melantik Penolong Kanan Pentadbiran dan seorang Personel Pentaksir Sekolah

    sebagai penyelaras dan pemegang kunci.

    2.5 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

    i. Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun item ujian bertulis dari

    Aplikasi PT3 menyerahkannya kepada KPMp

    ii. Memastikan KPMp memasang instrumen pentaksiran ujian bertulis dan

    menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Pengetua untuk pengesahan.

    iii. Membantu Pengetua untuk menyemak pemasangan instrumen pentaksiran

    ujian bertulis menepati panduan pemasangan instrumen dan membuat

    pengesahan instrumen pentaksiran.

    iv. Menerima instrumen pentaksiran yang telah diperbanyakkan untuk disimpan

    mengikut prosedur keselamatan.

    v. Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Ketua Pengawas mengikut Jadual

    Waktu Ujian Bertulis PT3.

    2.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    i. Memuat turun item ujian bertulis dari Aplikasi PT3 bersama KPMp dan

    menyerahkan instrumen pentaksiran cetakan asal kepada KPMp.

    ii. Memastikan instrumen pentaksiran telah disediakan bagi calon biasa dan calon

    berkeperluan khas mengikut jadual yang ditetapkan.

    iii. Membantu Penolong Kanan Pentadbiran menyimpan instrumen pentaksiran

    dalam almari / bilik berkunci yang disediakan sehingga hari pelaksanaan ujian

    bertulis.

  • 6

    2.7 KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN

    i. Memuat turun item ujian bertulis dari Aplikasi PT3 bersama Setiausaha

    Peperiksaan

    ii. Menerima instrumen pentaksiran cetakan asal ujian bertulis daripada

    Setiausaha Peperiksaan untuk diverifikasi.

    iii. Menyerahkan instrumen pentaksiran cetakan asal pentaksiran kepada Personel

    Pentaksir untuk diverifikasi.

    iv. Menyerahkan instrumen pentaksiran kepada Pengetua untuk pengesahan.

  • 7

    3 PENTADBIRAN

    3.1. LEMBAGA PEPERIKSAAN

    i. Menyediakan Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja

    PT3.

    ii. Mengedarkan dokumen berkenaan kepada JPN dan memuat naik di portal LP.

    iii. Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai LP untuk memantau

    pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh

    dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    3.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    i. Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja

    PT3 dan mengedarkan kepada PPD.

    ii. Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai JPN untuk memantau

    pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh

    dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    iii. Memaklumkan calon persendirian, calon bawah Kementerian Dalam Negeri

    dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    untuk melaksanakan Ujian Bertulis PT3 di pusat ujian bertulis yang ditetapkan

    oleh JPN.

    iv. Menyerahkan skrip jawapan calon persendirian, calon bawah Kementerian

    Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    dan Masyarakat kepada Personel Pentaksir untuk diperiksa.

    v. Mentadbir PT3 bagi calon Sekolah Dalam Hospital serta calon yang sakit

    berpanjangan dan berada di hospital mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan

    oleh LP:

    Mendapatkan instrumen pentaksiran dari sekolah berhampiran.

    Melantik Personel Pentaksir untuk memeriksa skrip jawapan calon.

    Menghantar skrip jawapan calon yang telah diperiksa melalui Pos Berdaftar

    kepada sekolah di mana calon mendaftar menduduki PT3 bagi tujuan

    perekodan skor dalam Aplikasi PT3.

    Menguruskan instrumen bagi calon sekolah yang berpindah selepas bulan

    Jun dan mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah

    baharu. (Contohnya: Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun).

  • 8

    Mendapatkan instrumen dari sekolah lama calon dan menyerahkan

    instrumen pentaksiran kepada PPD.

    Memastikan sekolah menghantar melalui Pos Berdaftar skrip jawapan calon

    kepada sekolah lama bagi tujuan pemeriksaan.

    Memastikan sekolah lama menghantar skrip jawapan calon yang telah

    diperiksa dan diberi skor ke sekolah baharu bagi tujuan perekodan skor

    dalam Aplikasi PT3.

    vi. Mengurus dan mengendalikan kes-kes khas dan kes salah laku PT3.

    3.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    i. Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja PT3

    daripada JPN dan menyerahkan ke sekolah.

    ii. Melantik pegawai pemantau dalam kalangan pegawai PPD untuk memantau

    pelaksanaan PT3 bagi menjamin pelaksanaan pentaksiran mengikut tempoh

    dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    iii. Membantu JPN memaklumkan calon persendirian, calon bawah Kementerian

    Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    dan Masyarakat untuk melaksanakan Ujian Bertulis PT3 di pusat ujian bertulis

    yang ditetapkan oleh JPN.

    iv. Menyerahkan skrip jawapan calon persendirian kepada JPN.

    v. Membantu JPN mentadbir PT3 bagi calon Sekolah Dalam Hospital serta calon

    yang sakit berpanjangan dan berada di hospital mengikut Jadual Waktu yang

    ditetapkan oleh LP:

    Mendapatkan instrumen pentaksiran dari sekolah berhampiran.

    Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Personel Pentaksir Kawasan bagi

    tujuan pemeriksaan.

    vi. Membantu JPN menguruskan instrumen pentaksiran bagi calon sekolah yang

    berpindah selepas bulan Jun dan mengambil mata pelajaran yang tidak

    ditawarkan di sekolah baharu. (Contohnya: Bahasa Iban dan Bahasa

    Kadazandusun).

    Mendapatkan maklumat calon dan menyerahkan kepada JPN.

    Mendapatkan instrumen pentaksiran dari JPN dan menyerahkan instrumen

    kepada sekolah.

  • 9

    Memastikan sekolah menghantar melalui Pos Berdaftar skrip jawapan calon

    kepada sekolah lama bagi tujuan pemeriksaan.

    Memastikan sekolah lama menghantar skrip jawapan calon yang telah

    diperiksa dan diberi skor ke sekolah baharu bagi tujuan perekodan skor

    dalam Aplikasi PT3.

    vii. Mengurus dan mengendalikan kes-kes khas dan salah laku PT3

    3.4 PENGETUA

    i. Menerima Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual Kerja

    PT3 daripada PPD dan menyerahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

    ii. Menjalankan penjaminan kualiti bagi memastikan PT3 ditadbir mengikut tempoh

    dan prosedur yang ditetapkan oleh LP.

    iii. Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas untuk mentadbir Ujian Bertulis.

    iv. Mengurus kes-kes khas.

    v. Melapor kes-kes khas dan salah laku PT3 kepada JPN

    3.5 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

    i. Membantu perlantikan Ketua Pengawas dan Pengawas untuk mentadbir Ujian

    Bertulis.

    ii. Menyerahkan instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian

    bertulis kepada Ketua Pengawas.

    iii. Menyediakan jadual bertugas Ketua Pengawas dan Pengawas ujian bertulis

    PT3.

    iv. Menerima skrip jawapan calon daripada Ketua Pengawas.

    3.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    i. Menyediakan dewan / bilik peperiksaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh

    LP dalam Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.

    ii. Mencetak kenyataan kemasukan dan slip meja dari aplikasi PT3.

  • 10

    iii. Menyediakan dokumen kehadiran calon untuk diserahkan kepada Ketua

    Pengawas.

    iv. Mengurus pentadbiran Ujian Bertulis bagi kes-kes khas sebelum

    31 Oktober.

    3.7 GURU TINGKATAN

    i. Memaklumkan Takwim PT3, Jadual Waktu Ujian Bertulis PT3 dan Jadual

    Kerja PT3 kepada calon PT3.

    3.9 KETUA PENGAWAS

    i. Mentadbir ujian bertulis mengikut Jadual Waktu yang ditetapkan oleh LP.

    ii. Menerima instrumen pentaksiran 30 minit sebelum bermulanya ujian bertulis

    daripada Penolong Kanan Pentadbiran.

    iii. Menanda jadual kehadiran calon semasa mentadbir Ujian Bertulis PT3.

    iv. Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

    3.10 PENGAWAS

    i. Mentadbir ujian bertulis mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh LP.

    ii. Mengedarkan instrumen pentaksiran 10 minit sebelum bermulanya ujian

    bertulis.

    iii. Menyerahkan skrip jawapan calon kepada Ketua Pengawas.

  • 11

    4 PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

    4.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    i. Menyediakan panduan penskoran dan memuat naik di Aplikasi PT3.

    ii. Melantik Ketua Pentaksir Kebangsaan dan Ketua Pentaksir Negeri untuk

    menjalankan moderasi pemeriksaan skrip jawapan dan verifikasi skor bagi

    menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor.

    4.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    i. Memastikan sekolah memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari

    Aplikasi PT3.

    ii. Melantik Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan untuk menjalankan

    moderasi pemeriksaan skrip jawapan serta verifikasi skor calon sekolah bagi

    menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor.

    iii. Melantik Personel Pentaksir untuk memeriksa skrip jawapan calon

    persendirian, calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan calon bawah

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    iv. Menyerahkan skrip jawapan calon persendirian, calon bawah Kementerian

    Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    dan Masyarakat kepada Personel Pentaksir untuk moderasi pemeriksaan skrip

    jawapan serta verifikasi skor bagi menjamin kesahan dan

    kebolehpercayaan skor.

    v. Memastikan Pengetua mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa

    verifikasi skor sebelum dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

    4.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    i. Memastikan sekolah memuat turun panduan penskoran ujian bertulis dari

    Aplikasi PT3.

    ii. Memastikan Personel Pentaksir menjalankan moderasi pemeriksaan skrip

    jawapan serta verifikasi skor calon sekolah bagi menjamin kesahan dan

    kebolehpercayaan skor.

    iii. Memastikan Personel Pentaksir menjalankan moderasi pemeriksaan skrip

    jawapan serta verifikasi skor calon persendirian, calon bawah Kementerian

  • 12

    Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    dan Masyarakat bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor.

    iv. Memastikan Pengetua mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa

    verifikasi skor sebelum dihantar ke Lembaga Peperiksaan

    4.4 PENGETUA

    i. Melantik Setiausaha Peperiksaan untuk memuat turun panduan penskoran

    ujian bertulis dari Aplikasi PT3.

    ii. Mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa verifikasi skor calon sebelum

    dihantar ke LP.

    iii. Mengesahkan skor calon yang dihantar ke Lembaga Peperiksaan oleh

    Setiausaha Peperiksaan telah diverifikasi.

    4.5 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

    i. Memastikan Setiausaha Peperiksaan memuat turun panduan penskoran ujian

    bertulis dari Aplikasi PT3 dan menyerahkan panduan penskoran kepada Ketua

    Pentaksir Mata Pelajaran (KPMp)

    ii. Membantu Pengetua untuk mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa

    verifikasi skor calon sebelum dihantar ke LP.

    4.6 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    i. Memuat turun panduan penskoran dari Aplikasi PT3 selepas tamat ujian bertulis

    bagi setiap mata pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP

    ii. Menyerahkan panduan penskoran kepada Penolong Kanan Pentadbiran

    4.7 KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN

    i. Menerima Panduan Penskoran daripada Penolong Kanan Pentadbiran selepas

    tamat ujian bertulis bagi setiap mata pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan

    oleh LP

    ii. Menyerahkan panduan penskoran kepada guru mata pelajaran yang akan

    menjalankan pemeriksaan.

    iii. Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama guru yang akan

    menjalankan pemeriksaan skrip jawapan calon.

  • 13

    iv. Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bagi memastikan guru

    mata pelajaran memeriksa skrip jawapan berpandukan panduan penskoran dan

    bagi memastikan keseragaman dan ketekalan pemeriksaan.

    v. Menghadiri mesyuarat bersama jawatankuasa verifikasi skor calon bagi

    memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip

    jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

    4.8 GURU MATA PELAJARAN

    i. Menerima panduan penskoran daripada Ketua Panitia.

    ii. Membuat penyelarasan panduan penskoran bersama Ketua Panitia bagi

    mendapatkan kefahaman yang selaras.

    iii. Menjalankan pemeriksaan berpandukan panduan penskoran.

    iv. Memeriksa skrip jawapan calon di tempat yang tertutup

    v. Membuat moderasi pemeriksaan skrip jawapan calon bersama Ketua Panitia

    dan Pentaksir Kawasan bagi memastikan keseragaman dan ketekalan

    pemeriksaan.

    vi. Membuat verifikasi skor calon bersama Ketua Panitia dan Pentaksir Kawasan

    bagi memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah berdasarkan skrip

    jawapan calon dan menepati keupayaan sebenar calon.

    vii. Memulangkan skrip jawapan kepada calon untuk semakan skor.

    viii. Calon dikehendaki hanya menyemak / mengira penjumlahan skor dalam masa

    PdP. Skrip Jawapan Calon dikumpul semula selepas proses semakan skor.

  • 14

    5 PENGHANTARAN MARKAH DAN PELAPORAN

    5.1 LEMBAGA PEPERIKSAAN

    i. Menyediakan Aplikasi PT3.

    ii. Menerima skor melalui Aplikasi PT3.

    iii. Menentukan Gred setiap mata pelajaran.

    5.2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    i. Menerima akses Aplikasi PT3.

    ii. Memastikan sekolah menghantar markah melalui Aplikasi PT3, mencetak

    pelaporan PT3 dan menyerahkannya kepada calon sekolah.

    iii. Menghantar markah calon persendirian, calon bawah Kementerian

    Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan Wanita,

    Keluarga dan Masyarakat melalui Aplikasi PT3.

    iv. Mencetak pelaporan PT3 dan menyerahkannya kepada calon

    persendirian, calon bawah Kementerian Dalam Negeri dan calon bawah

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

    5.3 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    i. Menerima akses Aplikasi PT3

    ii. Memastikan sekolah menghantar markah melalui Aplikasi PT3, mencetak

    pelaporan PT3 dan menyerahkannya kepada calon sekolah.

    iii. Membantu JPN menghantar markah calon persendirian, calon bawah

    Kementerian Dalam Negeri dan calon bawah Kementerian Pembangunan

    Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Aplikasi PT3.

    5.4 PENGETUA

    i. Menerima akses Aplikasi PT3. Mempengerusikan Jawatankuasa

    Verifikasi Skor (JVS) bagi membuat verifikasi skor calon berdasarkan

    Borang Keseluruhan Skor Calon.

  • 15

    ii. Memastikan Setiausaha Peperiksaan menghantar markah melalui

    Aplikasi PT3 mengikut panduan kemasukan markah dan jadual kerja ujian

    bertulis PT3. Markah yang telah dihantar ke Lembaga Peperiksaan tidak

    boleh diubah lagi.

    iii. Memastikan Setiausaha Peperiksaan mencetak pelaporan PT3 dan

    menyerahkannya kepada guru tingkatan.

    5.5 SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    i. Mencetak Borang Keseluruhan Skor Calon dan menyerahkan kepada

    Jawatankuasa Verifikasi Skor.

    ii. Memuktamadkan skor calon bagi setiap mata pelajaran seperti yang

    disahkan oleh JVS dengan menekan butang HANTAR pada

    Aplikasi PT3.

    iii. Catatan: Markah yang telah dihantar ke lembaga peperiksaan tidak boleh

    diubah lagi.

    iv. Mencetak pelaporan PT3 dan menyerahkannya kepada guru tingkatan.

    v. Menyimpan satu salinan cetakan borang skor calon yang telah diverifikasi

    oleh Pengetua.

    5.6 GURU MATA PELAJARAN

    i. Merekodkan skor calon dalam Aplikasi PT3.

    ii. Mencetak Borang Skor Calon mengikut kelas dan mata pelajaran bagi

    membolehkan semakan teknikal dibuat untuk memastikan skor calon

    pada skrip jawapan calon sama seperti skor calon yang telah direkodkan

    dalam Aplikasi PT3.

    5.7 GURU TINGKATAN

    i. Menerima pelaporan PT3 daripada Setiausaha Peperiksaan dan

    menyerahkan kepada calon.