4 pelan bilik darjah (done)

Upload: wong-wen-quen

Post on 06-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 4 Pelan Bilik Darjah (DONE)

    1/3

    2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

    Nama Guru : Cik Tan Poh Suan

    Bilangan Murid : 47 orang

    Kelas : Tahun 4

    Tarikh : 7 September 2011

    Masa : 9.30am 10.00am

    Petunjuk

    Pintu Meja Guru

    Papan Hitam Rak Buku

    Meja Murid-murid Papan Kenyataan

  • 8/3/2019 4 Pelan Bilik Darjah (DONE)

    2/3

    2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran-pembelajaran

    dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

    Saya telah membuat pemerhatian di kelas Tahun 4M semasa PBS di SJKC

    Yok Poon. Tujuan pemerhatian adalah untuk mengetahui cara bagaimana proses

    pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru kelas, apa alat bantu mengajar

    yang digunakan dan penggunaan setiap bahan dalam kelas.

    Menurut pemerhatian, saya mendapati bahawa guru mempamerkan bahan

    dan sumber pelajaran konkrit di tempat yang sesuai agar murid-murid dapat

    menerima mesej yang ingin disampaikan oleh guru dengan mudah.

    Kad perkataan merupakan bahan biasanya digunakan oleh kebanyakan guru.

    Ini adalah kerana bahan-bahan ini mudah dibawa dan mudah disediakan. Selain kad

    perkataan, hasil murid-murid juga dipamerkan di papan kenyataan untuk

    meningkatkan motivasi pelajar.

    2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran-pembelajaran yang mudah

    digunakan.

    Kad perkataan merupakan bahan yang paling biasa digunakan oleh guru

    dalam kelas. Ia adalah bahan bantu mengajar yang paling tradisional dan ia mudah

    dibawa dan mudah disediakan.

    2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembeiajaran yang

    berasaskan ICT?

    Setakat ini, SJKC Yok Poon belum mencapai tahap memuaskan dalam

    menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian,

    murid Tahun 3 ke atas diberi peluang untuk menghadiri kelas komputer. Mereka

    diberi masa dua jam untuk mempelajari kemahiran asas menggunakan komputer.

  • 8/3/2019 4 Pelan Bilik Darjah (DONE)

    3/3

    2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam

    setiap aktiviti pembelajaran?

    Menurut pemerhatian, murid akan melibatkan dengan aktif dalam aktiviti

    pembelajaran sekirnya aktiviti yang disediakan menarik minat mereka.

    Aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru haruslah berkaitan dengan apa yang

    diajar. Dalam setiap aktiviti, guru hendaklah menjalankan aktiviti yang kreatif untuk

    menarik perhatian pelajar. Biasanya, aktiviti yang dirancang ialah lakonan, soal

    jawab, perbincangan dan lain-lain.

    Selepas pengajaran, guru harus mengemukan soalan untuk mengetahui

    sejauh banyak murid telah menguasai kemahiran tersebut.

    2.6 Kenalpasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpuian

    tertentu.

    Saya telah menjalankan pemerhatian kelas di kelas Tahun 4. Tujuan

    pemerhatian ini dijalankan adalah untuk mengetahui cara pembahagian murid-murid

    dalam kumpulan apabila sesuatu aktiviti dijalankan bagi mengukuhkan pengetahuan

    murid-murid. Kelas ini mempunyai 47 orang murid. Biasanya guru akan

    membahagikan mereka kepada 12 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 4

    orang murid.

    Guru membahagikan murid-murid mengikut tahap pencapaian akademik

    mereka. Murid-murid yang lebih cerdik akan ditempatkan dengan murid-murid yang

    lebih lemah. Dengan ini, murid yang lebih cerdik dapat membimbing murid yang

    lebih lemah dalam kumpulan. Jika semua murid yang lemah ditempatkan dalam

    kumpulan yang sama, mereka akan kekurangan pandangan dan akhirnya tiada hasil

    yang dihasilkan.

    Bagi kedudukan murid dalam kelas pula, guru akan mengaturkan murid yang

    lebih rendah duduk di barisan depan. Murid yang lebih tinggi akan diatur duduk di

    belakang supaya tidak menghalang penglihatan murid yang lebih rendah.