4. ciri-ciri keistimewaan islam (tassawur islam)

8
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

Upload: alhadith1

Post on 04-Aug-2015

440 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

Page 2: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

Antara Ciri-ciri Keistimewaan Islam

@Tassawur Islam

Rabbani

Thabat wa al-Murunah

Waqiyyah

Tawazzun dan Wasatiyyah

Syumul

Alamiyyah

Page 3: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

RABBANI

Islam sebagai agama Allah mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat padaagama ciptaan manusia.Rabbani bermaksud ketuhanan iaitu dari segi penciptaandan pengabdian kepadaTuhan yang satu iaitu Allah S.W.T. Islam itu datang dariZat yang MahaTinggi.

la bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialahWahyu Allah swt. Wahyuini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertamawahyu dalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quran dan keduanya dalam bentukmaknanya sahaja iaitu al-Sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang dicipta atau dilhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.

Ciri Islam juga berasaskan ketuhanan kerana segala sesuatu diciptakan oleh Allah S.W.T yang maha sempurna dan tidak sesuatu yang dapat menandinginya. Semua makhluk ciptaanNya akan kembali menemuinya di akhirat nantisebagaimana yang telah dijanjikan.

Page 4: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

SYUMUL DAN LENGKAP

Syariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia merangkumi

hubungan manusia dengan Pencipta, sesama manusia dan juga hubungan

dengan makhluk lain. Cara hidup Islam juga memenuhi segala

kepentingan manusia samada dalam bentuk daruriyyat, hajiyyat dan juga

tahsiniyyat.

Manakala agama ciptaan manusia tidak memiliki ciri-ciri ini kerana

agama tersebut tidak menentukkan peraturan yang bersangkutan dengan

akidah, ibadah serta akhlak dan memisahkan agama dalam kontek

kehidupan politik, ekonomi, sosial, sains dan teknologi untuk mencapai

ketamadunan dan kegemilangan dalam kehidupan.

Page 5: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

SEIMBANG & SEDERHANA (Tawazzun & Wasatiyyah)

Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar seimbang dan sederhana. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Kehidupan manusiatidak lengkap sekiranya mementingkan pembangunan fizikal semata-mata. Hakikatkejadian manusia daripada unsur fizikal dan rohani memerlukan pembangunan yang seimbang dari segi rohani dan fizikal.

Oleh itu syariah ini perlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia, bukansebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentusahaja dan meninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, serta pincanglah kehidupan masyarakat dan negara.

Keseimbangan dan kesederhanaan dapat dilihat dalam tuntutan aqidah, ibadah danjuga akhlak yang dituntut oleh Islam. Sistem Islam ini bukan sahaja dalam aspekhukum hakam bahkan juga dalam semua ciptaan Allah termasuklah penciptaan langitdan bumi serta peredaran bulan, bintang dan matahari. Tuntutan membayar zakat , bersedekah & haramnya riba mengajar manusia supaya hidup bersederhana danmemikirkan tentang mereka yang kurang mampu di dalam masyarakat.

Page 6: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

THABAT WAL-MURUNAH(TETAP & ANJAL)

Tetap dan anjal(fleksibel) bermaksud tuntutan dan peraturan

Islam adalah tetap kepada sesiapa pun dan sehingga hari

akhirat. Islam menentukan kewajipan yang sama walau di

mana manusia berada dan ketetapan itu boleh menjadi

fleksibel dalam keadaan-keadaan yang tertentu dengan tujuan

tidak menyusahkan penganutnya. Contohnya sembahyang 5

waktu wajib ditunaikan tetapi fleksibel dilakukan samada di

rumah, padang, hutan dll. Dalam keadaan sakit juga

sembahyang diberikan cara yang fleksibel iaitu dengan cara

duduk/baring/niat dalam hati.

Page 7: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

PRAKTIKAL (Waqiyyah)

Islam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepadapersoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepadapertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana Islam adalah agama yang mencakupiseluruh kejadian manusia dan peraturan yang mengatur hidup mereka supayabahagia selama-lamanya.

Dalam kontek ini seluruh sistem Islam samada yang berbentuk teori dan praktikaladalah amat sesuai dengan keadaan, suasana dan rupa bentuk kehidupan manusiayang tidak statik tetapi sebaliknya praktis.

Cara hidup Islam sesuai diamalkan oleh semua bangsa dan tempat dan tidak adasesuatu yang dituntut dalam Islam melanggar fitrah manusia. Secara praktikalnyamanusia memerlukan pegangan(aqidah), manusia juga boleh melakukan ibadahdalam bermacam keadaan dan secara praktikalnya masyarakat dan negara perlumengamalkan akhlak Islam untuk mencapai keharmonian dan kedamaian.

Page 8: 4. Ciri-ciri Keistimewaan Islam (Tassawur Islam)

UNIVERSAL (Alamiyyah)

Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi-semua tempat dan masa. Tiada batas geografi yang dapatmengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka beradadiplanet Marikh sekalipun. Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekalian manusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua". {Al-Araf: 158 }

Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampumenjamin kebahagiaan manusia tidak kira warna kulit danketurunan serta segala keperluan mereka sepanjang zaman dantempat.