4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

19
32 Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012 5.0 Seni Bina India 5.1 Pengenalan Gaya seni bina India berakar pada sejarah, budaya dan agamanya. Gaya seni bina India berkembang dengan masa dan mengasimilasikan banyak pengaruh yang datang disebabkan syarahan global India dengan rantau-rantau lain di dunia melalui masa silam tua milenianya. Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar dan iklim. Agama, agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain, Buddha dan Islam. Sementara, pengaruh luar adalah dari Yunani, Rom, Parsi, dan Inggeris. Pengaruh cuaca menentukan jenis-jenis bangunan yang didirikan di seluruh India. Cuaca panas bahagian selatan menyebabkan dibina jendela bersisi untuk menggelakkan pancaran cahaya dan bumbungnya bersifat rata.Kaedah gaya seni bina diamalkan di India adalah suatu sebab pemeriksaan dan implementasi tradisi bangunan dan interaksi budaya di luar. Walaupun tua, tradisi Timur ini telah menginkoporasikan nilai-nilai moden dengan India untuk menjadikannya sebuah negara yang moden. Pembaharuan ekonomi 1991 menyokong melanjutkan gaya seni bina India dengan negara ini menjadi lebih berintegrasi dengan ekonomi dunia. Vastu Shastra tradisional menjadi berpengaruh pada gaya seni bina India sewaktu era sezaman. Tradisi seni bina India yang terawal terdapat pada petempatan di lembah Sungai Indus seperti Mohenjo-Daro, Harappa, Chanhu Daro, Kot Diji,

Upload: png-fei-mun

Post on 31-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

5.0 Seni Bina India

5.1 Pengenalan

Gaya seni bina India berakar pada sejarah, budaya dan agamanya. Gaya seni bina

India berkembang dengan masa dan mengasimilasikan banyak pengaruh yang datang

disebabkan syarahan global India dengan rantau-rantau lain di dunia melalui masa

silam tua milenianya. Seni bina India banyak dipengaruhi oleh agama, pengaruh luar

dan iklim. Agama, agama yang mempengaruhi seni bina India ialah Hindu, Jain,

Buddha dan Islam. Sementara, pengaruh luar adalah dari Yunani, Rom, Parsi, dan

Inggeris. Pengaruh cuaca menentukan jenis-jenis bangunan yang didirikan di seluruh

India. Cuaca panas bahagian selatan menyebabkan dibina jendela bersisi untuk

menggelakkan pancaran cahaya dan bumbungnya bersifat rata.Kaedah gaya seni bina

diamalkan di India adalah suatu sebab pemeriksaan dan implementasi tradisi bangunan

dan interaksi budaya di luar.

Walaupun tua, tradisi Timur ini telah menginkoporasikan nilai-nilai moden

dengan India untuk menjadikannya sebuah negara yang moden. Pembaharuan

ekonomi 1991 menyokong melanjutkan gaya seni bina India dengan negara ini menjadi

lebih berintegrasi dengan ekonomi dunia. Vastu Shastra tradisional menjadi

berpengaruh pada gaya seni bina India sewaktu era sezaman. Tradisi seni bina India

yang terawal terdapat pada petempatan di lembah Sungai Indus seperti Mohenjo-Daro,

Harappa, Chanhu Daro, Kot Diji, Kalibangan dan Lothul. Petempatan ini menunjukkan

kemajuan dalam bidang perancangan bandar serta pembinaan bangunan-bangunan

monument seperti Great Bath (Kolam Mandi Besar), Jelapang (Granary), kubu dan

dewan perhimpunan.

30

Mohenjo-Daro

Harappa

Kot Diji

Page 2: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Bandar-bandar ini mempunyai rumah-rumah kediaman yang padat. Di bahagian

barat, terdapat kubu pertahanan yang dikelilingi oleh tembok. Kubu-kubu ini dilengkapi

dengan menara-menara berbentuk empat segi dan benteng. Di dalam kubu tersebut

terdapat banyak bangunan awam yang didirikan atas podium yang dibina daripada batu

tanah liat. Rumah-rumah penduduk di bandar Harappa didirikan dalam satu deretan

yang selari menghala utara ke selatan dan timur ke barat dalam blok-blok berbentuk

segi empat yang dipisahkan oleh jalan-jalan raya. Terdapat juga sistem pembekalan air

dan sistem pembentungan yang disediakan untuk rumah-rumah persendirian dan

tempat-tempat mandi umum.

Selain rumah kedai, terdapat juga rumah satu tingkat dan dua tingkat yang

lengkap dengan serambi dan bumbung yang berbentuk rata. Kajian arkeologi

menunjukkan bahawa petempatan-petempatan di Mehrgarh didirikan lebih awal

daripada petempatan Lembah Indus. Bangunan-bangunan di Mehrgarh yang terletak di

Baluchistan merupakan pelopor tradisi seni bina di Lembah Indus. Rumah-rumah di

Mehrgarh pada tahap awal berbentuk segi empat tepat dengan keluasan 8 meter x 4

meter serta mempunyai 6 hingga 8 bilik dan sebuah koridor di tengah-tengahnya.pada

tahap-tahap akhir, plan-plan rumah menjadi lebih kompleks dan terdapat rumah-rumah

dua tingkat.

Kolam Mandi Besar (Great Bath) di Mohenjo-Daro berukuran 12 meter x 7 meter

dan sederhana 2.5 meter. Terdapat tangga di kedua-dua belah kolam. Di sekeliling

kolam tersebut terdapat bilik-bilik kecil ini mempunyai tandas. Keunikan kolam mandi ini

adalah air kolamnya boleh dikosongkan dan diisi semula. Jelapang bijirin (Granary) di

Mohenjo-Daro merupakan bangunan kayu yang dibina di atas podium batu. Bahagian

atas terdapat 27 blok yang dilengkapi dengan saluran perudaraan. Bangunan-

bangunan lain adalah sebuah dewan perhimpunan dan pejabat rasmi paderi yang

berukuran 70 meter x 24 meter. Jelapang di Harappa didirikan di atas podium setinggi 1

meter. Terdapat 12 Jelapang yang berukuran 10 meter x 6 meter dan didirikan dalam

dua baris yang dipisahkan oleh laluan di tengah-tengahnya. Bata yang digunakan di

31

Page 3: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Harappa terdiri daripada bata bakar yang mempunyai saiz standard, iatu 280 milimeter

x 140 milimeter x 70 milimeter. Bahagian atas bangunan-bangunan di Harappa dibina

daripada struktur kayu.

5.2 Pengaruh Agama Lain Terhadap Seni Bina India

5.2.1 Seni Bina Buddhisme

Tradisi seni bina Buddhisme bermula sejak abad ke-3 S.M. bilangan tokong-

tokong Buddha yang dibina selepas itu mula meningkat. Sami-sami Buddha

mengasaskan Vihara, yakni komuniti-komuniti keagamaan untuk menyebarkan

pengetahuan tentang agama kepada rakyat jelata. Vihara-vihara mengandungi

rumah sami-sami Buddha dan Dewan khutbah yang dikenali sebagai chaitya.

Seni bina Buddha jelas kelihatan semasa pemerintahan Raja Asoka.

Jenis-jenis seni bina Buddha ialah seperti di bawah:

32

Page 4: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Stupa Buddha (bentuk separuh bulat yang diukir kata pada batu) dan

didirikan di persimpanganb jalan.

Stambhas (bentuk tiang diukir dengan ayat-ayat suci Buddha) dan

didirikan sebagai monumen.

Seni bina gua iaitu dindingnya dihiasi ukiran yang menggambarkan

kehidupan Buddha.

Vedika Batu atau pagar yang mengelilingi Stupa Buddha yang juga

diukir dengan sejarah kehidupan Buddha.

Torana Buddha atau pintu gerbang yang diperbuat daripada batu juga

diukir hikayat Buddha pada permukaan.

Bangunan-bangunan lain yang digunakan untuk tujuan meditasi dan

penyembahan adalah stupa, tokong-tokong pohon Bodhi (Bo-tree shrines),

33

Maha Buddha Stupa, Lalitpur Stupa Buddha, Borobudur

Kirti StambhaVijay Stambha Stambha di Ellora

Vedika Batu Torana Buddha

Page 5: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

image houses dan chapter houses. Terdapat juga bangunan-bangunan yang

didirikan untuk mengumpulkan pemberian daripada para penunjung serta

mengadakan upacara-upacara tahunan. Bangunan-bangunan seperti dewan

makan dan kolam mandi didirikan berhampiran pintu masuk. Monastri-monastri

yang lebih besar yang menempatkan lebih daripada 1000 sami Buddha,

lazimnyan mengandungi bangunan-bangunan yang lebih besar.

Stupa merupakan monument Buddhisme yang penting. Pada zaman

Vedik, stupa-stupa berfungsi sebagai makam bagi golongan bangsawan dan

para alim. Institusi stupa menjadi popular pada zaman Asoka. Barang-barang

peninggalan Buddha disimpan dalam stupa. Stupa-stupa terdiri daripada bentuk

seperti kubah, silinder, parabola, serta loceng dan pasu bunga. Terdapat juga

pagar yang telah dibina di sekeliling stupa. Pagar-pagar ini pada asalnya terdiri

daripada pagar kayu yang kemudiannya digantikan dengan batu yang

mengandungi hiasan menarik. Terdapat empat pintu masuk utama dibina di

sekeliling stupa yang mengandungi ukiran-ukiran cantik. Stupa yang terkenal

ialah stupa di Sanchi yang berbentuk kubah dan didirikan pada abad pertama

S.M. Stupa-stupa lain yang terkenal terdapat di Bahut, Sarnath dan Amarawati.

Tokong-tokong pohon Bodhi (Bo-tree shrines) merupakan satu lagi contoh seni

bina Buddhisme yang terdapat di Ibdia dan Sri Lanka.

34

Bo-tree shrines (Kanda Ibbagamuwa)Stupa Borobudur

Page 6: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

5.2.2 Seni Bina Hindu

Keunikan seni bina Hindu dapat dilihat daripada tradisi pembinaan kuil. Tradisi

seni bina kuil Hindu ditentukan oleh pertaturan, perancangan, pemilihan tapak,

mitologi dan astronomi. Kuil-kuil Hindu dibina daripada batu-batu besar. Seni

binanya terdapat dalam dua buah bentuk iaitu bulat dan empat segi. Bentuk

empat segi lebih kukuh berbanding dengan bentuk bulat. Kuil merupakan tempat

ibadat, tempat suci dan pusatmenghimpunkan rakyat dari aneka lapisan. Struktur

penting dalam seni binja Hindu ialah Shihkara (berbentuk kereta kuda), Vimana

(menara pyramid), Ratha (bentuk binatang atau burung) dan Gopuram (pintu

masuk kuil). Umpamanya, setiap daripada lima buah pancha rathas yang

terdapat di Mahabalipuram dibina daripada sebuah batu (monolitik) yang besar.

Pancha rathas adalah sebahagian daripada struktur yang paling mengejutkan

bukan sahaja di Mahabalipuram tetapi di seluruh India Selatan pada abad ke-7.

Lima rathas tersebut adalah seperti yang berikut :

Di antara lima rathas tersebut, terdapat tiga arca yang besar, iaitu:

Singa

Stupa Chaukhandi, Sarnath

Stupa di Sanchi Stupa di Amarawati

Stupa di Bharhut

35

Draupadi Ratha

Arjuna Ratha

Nakula Sahadeva Ratha

Dharmaraja Ratha

Bhima Ratha

Page 7: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Gajah

Nandi lembu jantan

36

Pancha Rathas di Mahabalipuram

Arca Singa

Arca Gajah

Arca Nandi Lembu Jantan

Bhima Ratha

Draupadi Ratha Nakula Shadeva Ratha

Dharmaraja Ratha

Arjuna Ratha

Page 8: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Di Ellora terdapat sebuah kuil yang

termasyhur, iaitu Kuil Kailasanatha yang dibina

pada abad ke-8 M dengan memotong batu-

batu di lereng-lereng bukit. Kuil-kuil berbentuk

kiub adalah bangunan-bangunan batu yang

awal didirikan menjelang akhir zaman

Gupta( abad ke-3 M hingga 5 M) di Nachna,

Sanchi dan Tigawa. Kuil Siva di Deogarh yang dibina pada zaman Gupta

berbentuk kuib dengan menara berupa pyramid. Mulai abad ke-8 M, penekanan

diberikan kepada pembinaan sikhara (menara) di atas ruang suci kuil dan

pembinaan dewan di depan kuil.

Kuil-kuil yang besar didirikan dan banyak ukiran-ukiran patung menghiasi

bahagian dalam dan luar kuil. Antara kuil Hindu yang melambangkan keunikan

seni bina Hindu ialah kuil Rajarana dan Lingaraja di Bhubaneshwar, kuil

Sasbahu di Gwalior, kuil Kandariya dan Mahadewa di Khajuraho dan kuil Suria

(Sun Temple) di Konarak.

37

The great Lingaraja at Bhubhaneswar

Kuil Kailasantha,Ellora

Page 9: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

38

Kuil Sasbahu di Gwalior

The Glory of Khajuraho

The Sun Temple, Konark

Page 10: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Kesemua kuil di atas melambangkan gaya seni bina Hindu India Utara. Gaya

seni bina Hindu yang berlainan muncul di bahagian selatan India pada abad ke-7

M dan tradisi seni bina ini berlanjutan hingga abad ke-18 M. kuil-kuil yang

terkenal didirikan pada abad ke-8 M termasuk kuil pinggir pantai di

Mahabalipuram dan Kuil Kailasanatha di Kanchipuram. Banyak kuil dibina

semasa pemerintahan Dinasti Chola. Antaranya ialah kuil Brihadeihvara di

Tanjovur dan Gangaikondacholapuram dan kuil Nataraja di Chidambaram. Di

Karnataka, raja-raja dari Dinasti Hoysala (abad ke-12-13M) membina kuil-kuil

yang mempunyai seni bina yang berlainan di Belur, Halebid dan Somnathpur.

Pada abad ke-15 M, raja-raja Hindu kerajaan Vijayanagara membina kuil-kuil

yang besar dengan menara yang tinggi dikenali sebagai Gopura di Vellore,

Kanchipuram dan Srirangam. Menjelang abad ke-17 M, tradisi pembinaan kuil-

kuil diteruskan di Madurai. Antara ciri utama dalam pembinaan kuil adalah :

mandapa (dewan),

garbhagriha (ruang suci) dan;

sikhara (menara)

Kuil-kuil Hindu mempunyai struktur menara dan bumbung yang

berlainan. Berdasarkan struktur menara dan bumbung, kuil-kuil Hindu

dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu:

Kuil bermenara melengkung

Kuil bermenara kon

39

SikharaMandapa

Page 11: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Kuil bermenara piramid bertingkat

Kuil bermenara kubah

Kuil berbumbung apsidal (mihrab)

Kuil berbumbung kayu

Kuil berbentuk pagoda

5.2.3 Seni Bina Jainisme

Kuil-kuil Jaina didirikan dengan memotong batu-batu di lereng bukit. Kuil Jaina

yang terkenal ialah kuil Kailasanatha yang dibina pada abad ke-8 M di Ellora.

Orang Jaina membina kuil-kuil dalam bentuk temple cities yang terdiri daripada

berates-ratus rumah berhala kecil yang didirikan oleh individu.

Kebanyakan kuil-kuil Jaina didirikan dari akhir abad ke-10 M hingga ke-17

M. Terdapat banyak kuil-kuil Jaina di Palitana dan Girnar. Bandar kuil Jain di

40

The Gebang Temple di Yogyakarta berbentuk kon

Tanjavur Temple berbentuk piramid

Kuil berbentuk Khubah

Kuil berbentuk kayu

Kuil berbentuk lengkung

Kuil berbentuk apsidal

Kuil berbentuk pagoda

Page 12: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Mount Abu, Rajasthan terdiri daripada bangunan-bangunan yang dibina dari

abad ke-10 M hingga ke-17 M. kompleks kuil Jaina di Palitana mengandungi

banyak kuil yang besar dan mengandungi ukiran yang indah. Kuil Jaina yang

terbesar di Palitana ialah Kharataravasi Tuk yang merupakan bangunan dua

tingkat dan mempunyai sikhara (menara) setinggi 29 meter.

5.2.4 Seni Bina Islam

Penaklukan orang Muslim ke atas benua kecil India

bermula pada abad ke-8 M dan menyaksikan

perkembangan seni bina Islam di India. Seni bina

Islam membawa dimensi baru dalam tamadun India.

Seni bina ini adalah hasil gabungan seni bina Arab,

Parsi dan Tempatan. Menurut Asirbadi Lal Srivastava

dalam Medieval India Cultrure, seni bina yang dihasilkan oleh pemerintah-

pemerintah Islam menggabungkan ciri-ciri seni bina Hindu dan Islam. Beliau

menamakannya sebagai seni bina Indo-Islam. Seni bina Indo-Islamdibahagikan

kepada dua fasa yang berbeza, iaitu zaman Kesultanan Delhi (1206-1526 M)

dan zaman Moghul (1526-1803 M). Bangunan-bangunan melambangkan seni

bina Islam didirikan semenjak pengasasan Kesultanan Delhi pada tahun 1193 M.

Masjid Quwwat-ul-islam adalah lambang seni bina Delhi yang terawal.

41

 Bukit dengan tinggi 591 meter ini memiliki 863 kuil marmer Jain

Masjid Quwwat-ul-islam

Page 13: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1195 M dan disiapkan pada tahun

1199 M. Masjid ini diberikan oleh pemerintah-pemerintah seterusnya, iaitu

Iltutmish (1230 M) dan Alauddin khilji (1296-1316 M).

Sebuah lagi bangunan penting ialah Kutub Minar. Menara besar, Qutb-

Minar ditulis dengan ayat-ayat suci pada bahagian hadapan. Satu contoh yang

diiktiraf dunia sehingga hari ini dan menjadi bukti kecemerlangan seni bina Islam

ialah Taj Mahal yang terletak di Agra. Pembinaan menara ini dimulakan oleh

Qutbuddin Aibak dan disiapkan oleh Iltutmish. Menara ini pada awalnya

mempunyai ketinggian 75 meter, tetapi menjadi 80 meter semasa pemerintahan

Firoz Tughlug. Semasa pemerintahan Alauddin Khilji, bidang seni bina

mengalami perkembangan pesat. Sumbangan beliau adalah pembinaan Alai

Darwuza, sebuah dewan berbentuk segi empat sama yang mempunyai kubah

dan dibina batu pasir berwarna merah. Selain itu, Ghiyasuddin Tughluq

mendirikan bandar yang dikenali sebagai Tughluqabad. Muhammad bin Tughluq

mendirikan beberapa bangunan seperti kubu di Adilabad, membina bandar

Jahanpanah di Delhi dan Daulatabad di Deccan. Satu lagi bangunan yang

penting pada zaman Tughluq ialah makam Kabiruddin Auliya yang dikenali

sebagai Lal Gumbad didirikan semasa pemerintahan Nasiruddin Mahmud Syah.

42

Tughluqabad

Qutbuddin Aibak

Bandar Jahanpanah

Daulatabad di Deccan

Page 14: 4-0senibinaindia-120521001416-phpapp01

Pengenalan Pendidikan Seni Visual 2012

Seni bina pada zaman Mughal mencapai kemuncak pada zaman Akhbar.

Baginda menjadi penaung kepada perkembangan seni bina di India. Seni bina

yang lahir pada zaman Akhbar adalah gabungan antara seni bina Hindu dengan

Muslim. Shah Jahan merupakan maharaja Mughal yang amat meminati bidang

seni bina. Pada zaman pemerintahannya bidang seni bina mencapai

perkembangan yang kemuncak. Taj mahal (1630-1653 M) yang dibina atas

arahan Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya, Mumtaz Mahal

merupakan salah satu keajaiban dunia. Shah Jahan dikebumikan di dalam Taj

Mahal selepas kematiannya pada tahun 1658 M. bangunan ini berbentuk

oktagen dan dibina atas podium atau pentas batu marmar putih. Ia mempunyai

empat menara di empat penjuru podium. Bangunan ini juga mempunyai bilik

yang terbahagi kepada lapan bahagian dengan ukiran marmar kaca pada

makam Shah Jahan dan isterinya.

Pembinaan bangunan ini melibatkan 20 000 orang dan kebanyakan

daripada mereka adalah orang Asia. Bangunan ini didirikan oleh arkitek dari

Parsi, Ustad Isa Khan Effendi dan anak muridnya Ahmad Ustad. Kubah

bangunan ini direka bentuk oleh Ismail Khan. Di samping Taj Mahal, semasa

pemerintahan Shah Jahan, banyak bangunan seperti dewan dan pavilion

didirikan di Red Fort, Delhi. Masjid Jami yang merupakan masjid terbesar di India

yang telah dibina antara tahun 1644-1658 M.

43

Taj Mahal, Agra Makam Shah Jahan & isterinya

Pavilion, Red Fort

Masjid Jame