3het rujukkkk

19
3.3 Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kepada sektor-sektor swasta.Dasar tersebut adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan iaitu satu prosese yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan hal ini dalam ucapan perasmian persidanganThe Securities Indusrty in Malaysia pada 28 April 1984. Tujuan utama,kerajaan telah membelanjakan ribuan jutaan ringgit dalam sektor kesihatan,pertahanan,air,elektrik,jalan,kereta api,pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya.Perbalanjaan tersebut meningkat daripada semasa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah sangat rendah.Dengan menjalankan dasar ini,kerajaan dapat menguangkan beban kewangan dan pelaburan dan pentadbiran kerajaan. Tujuan kedua pula berkaitan dengan pencapaian perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan pemonopolian dan menikmati pelbagai sokongan daripada pihak kerajaan. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan, kepakaran yang ada dapat nieningkatkan kecekap.an, pencapaian dan kualiti perkhidmatan. Dalam konteks tujuan yang ketiga pula, harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara dengan cekap dan sepepuhnya. Melalui Dasar Penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat diwujudkan dan secara tidak |angsung dapat

Upload: loh-chia-pei

Post on 18-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

about hubungan etnik

TRANSCRIPT

3.3Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan EtnikKerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperkenalkan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. Dasar Penswastaan melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan kepada sektor-sektor swasta.Dasar tersebut adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan iaitu satu prosese yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan hal ini dalam ucapan perasmian persidanganThe Securities Indusrty inMalaysiapada 28 April 1984.Tujuan utama,kerajaan telah membelanjakan ribuan jutaan ringgit dalam sektor kesihatan,pertahanan,air,elektrik,jalan,kereta api,pelabuhan, lapangan terbang dan sebagainya.Perbalanjaan tersebut meningkat daripada semasa ke semasa dan kadar pulangan balik kepada kerajaan adalah sangatrendah.Dengan menjalankan dasar ini,kerajaan dapat menguangkan beban kewangan dan pelaburan dan pentadbiran kerajaan.Tujuan kedua pula berkaitan dengan pencapaian perusahaanawam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan pemonopolian dan menikmati pelbagai sokongan daripada pihak kerajaan. Dengan menswastakan beberapa perkhidmatan kerajaan, kepakaran yang ada dapat nieningkatkan kecekap.an, pencapaian dan kualiti perkhidmatan.Dalam konteks tujuan yang ketiga pula, harta atau kekayaan yang dimiliki oleh negara masih belum diusahakan sepenuhnya. Halangan-halangan yang terdapat dalam sektor awam tidak menggalakkan penggunaan sumber-sumber kekayaan negara dengan cekap dan sepepuhnya. Melalui Dasar Penswastaan, lebih banyak syarikat swasta dapat diwujudkan dan secara tidak |angsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara, Di samping itu, kerajaan juga dapat mengecap nikmat bersama dengan mengutip cukai pendapatan daripada syarikat-syarika berkenaan.Tujuan keempat, iaitu mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam ditentukan berdasarkan pertimbangan bahawa lebih banyak penglibatan kerajaandalam ekonomi bermakna lebih banyak penguasaan kerajaan terhadap sumber-sumber negara.Keputusan-keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan juga biasanya tidak berasaskanpertimbangan ekonomi pasaran. Sebahagian besar daripada barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak mencerminkan nilai pasaran. Harga barangan tersebut berasaskan subsidi dan sumber yang ada tidak dapat diagihkan dengan cekap. Subsidi dan pengekalan sikap yang mengutamakan kebajikan akan menggalakkan rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Keadaan tersebut tidak sesuai dengan kepentingan jangka panjang perseorangan dan negara keseluruhannya.Dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, tujuan kelima cukup penting untukdiperhatikan. Melalui proses penswastaan, kerajaan .dapat menggalakkan lebih banyak penyertaansyarikat swasta Bumiputera atau bilangan pengurus-pengurus Bumiputera bagi memenuhi kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru. Golongan Bumiputera juga akan lebih berpeluang untuk terlibat dalam sektor perlndustrian. Tidak sedikit pihak yang bimbang terhadap pelaksanaan Dasar Penswastaan. Misalnya, terdapat pihak yang bimbang akan wujud keadaan monopoli akibatpemindahan hak milik national monopoli daripada sektor awam kepada syarikat swasta. Perpindahan hak milik tersebut itu juga dikhuatiri boleh menyebabkan kenaikan kos, harga dan agihan pendapatan yang tidak sama rata disebabkan oleh pemonopolian tersebut, Namun demikian, sehingga kini Dasar Penswastaantelah menunjukkan hasil yang positif sebagaimana yang digariskan dalam tujuan pelaksanaan dasar tersebut.3.2Industri Automobil Nasional dan Penglibatan EtnikPada awal tahun 1980-an, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program Industri Automobil Nasional .Program Ini dilaksakanmelalui usaha sama dengan syarikat permotoran Jepun, iaitu Mitsubishi,programini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat pemindahan teknologi moden,pada masa yang sama industri automobil nasional merupakan sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara yang betujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara. Namun demikian secara tersirat industri automobil nasionaldiharapkandapat menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektorperindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobilkhususnya Program Industri Automobil Nasional dimulakan dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) pada 7 Mel 1983 dengan modal berbayar sebanyak RMI50 juta.Bermula dari tarikh tersebut PROTON merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya bertujuan untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) yang menjadi pemegang saham utama (70 peratus), serta rakan-rakan usaha sama, Iaitu Mitsubishi Motors Corporation, Japan (15 peratus) dan Mitsubishi Corporation, Japan (15 peratus).Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komerslal model kereta nasional yang pertama, iaitu Proton Saga dllancarkan.Bagi memastikan kejayaan program industri automobil nasional, kerajaan mengamalkan dasar melindungi industri automotif negara melalui beberapa mekanisme termasuk duti eksais. Setelah 20 tahun berlalu, kini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global, Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pengguna. Secara khusus Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa matlamat,iaitu:i. Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan,khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasionalii.Menjadikan Malaysia sebagal hub automotif serantauiii Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestikiv. Meningkatkanjumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran antarabangsav. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotiftempatanvi.Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segl nilai wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan.Apa yang jelas ialah Dasar Automotif Negara telah menyatakan keinginan untuk meningkatkan penglibatan Bumlputera dalam sektor autonriotlf. Namun tidak dapat dipastlkan dengan terperinci sejauhmana pencapaian golongan Bumiputera dalamindustri automotif. Walau bagaimanapun kita dapat mengandaikan bahawa penglibatan golongan Bumiputera dalam sektor automotif cukup menggalakkan. Andaian tersebut cukup berasas memandangkan PROTON telah mewujudkan sejumlah rangkaian perkhldmatan yang menyokongnya. Dilaporkan bahawa terdapat 24 pemegang francais dan 350 pembuat komponen kenderaan. Menurut catatan rekod, lebih kurang 250 syarikat vendor diwujudkan .melalui PROTON, PROTON sendiri telah melaburkan hampir RM8 bilion dalam pasaran tempatan dan menggajikan seramai 9,500 orang. Dianggarkan 100,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan oleh PROTON, yang termasuk vendor, pekerja luar negara, dan mereka yang bekerja di sektor Industri sampingan. Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa sektor industri automotif negara telah menjadi wadah kepada penglibatan golongan bumiputera yang lebih luas dalam sektor industri.3.3Dasar Ekonomi Baru (DEB)Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu kejuruteraan sosial(social engineering)yang digubal bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum dan wilayah. Dalam proses tersebut, kadar kemiskinan dan ketidakseimbangan yang ketara dalam pendapatan, gunatenaga dan pemilikan modal saham di kalangan kaum dapat dikurangkan dan seterusnya membantu merapatkan jurang antara kaum di negara ini. Falsafah asas DEB adalah pembangunan dengan pengagihan saksama yang merangkumi matlamat pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. la bertindak sebagai satu dasar kejuruteraan sosial untuk memperbaiki ketidakseimbangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dalam usaha merealisasikan matlamat 'serampang dua mata dalam DEB,pelbagai rancangan dan pembangunan diimplimentasikan oleh kerajaan ke arah melahirkan golongan usahawan di kalanganbumiputera Melayu sebagai citra dan ikon kepada golongan'Malay middle class'setanding dengan masyarakat bukan Melayu yang telah lama menguasai sektor perdagangan dan perindustrian negara. Halini penring dalam usaha kerajaan untuk merealisasikan perpaduankaum dari sudut ekonomi dan sekali gus mengurangkan jurangekonomi antara kaum.DEB dan matlamatnya adalah berasaskan kepada prinsip perpaduan negara. Ini jelas sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diperjelaskan lagi dalam Rukunegara iaitu satu ideologi negara yang telah diterima secara sepakat dalam Majlis Perundingan Negara - sebuah badan yang diwakili oleh pelbagai kumpulan masyarakat yang ditubuhkan berikutan rusuhan kaum pada tahun 1969. la bertujuan membincangkan masalah-masalah perpaduan negara serta mencari jalan ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu padu. Rukunegara, yang menekankan penghayatan bersama objektif-objektif dan nilai-nilai murni negara oleh semua rakyat, juga menetapkan prinsip-prinsip asas untuk membimbing rakyat dan negara ke arah tanggungjawab membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang progresif, adil dari segi ekonomi dan sosial, liberal dan bersatu padu.DEB adalah satu pendekatan baru atau formula dalam rancangan lima tahun yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan kawasan di wilayah yang sama. Tempoh 20 tahun dijadikan tempoh perancangan DEB dalam mencapai matlamat menjelang tahun 1990 (Mohamad Idris Saleh,Che Su Mustaffa dan Fauziah Shaffie (1994). Berikut merupakan rancangan pembangunan yang telah diadakan sejak selepas kemerdekaan dicapai:[1] 1956-1960Rancangan Malaya Pertama[2J 1961-1965Rancangan Malaya Kedua[3] 1966-1970Rancangan Malaysia Pertama[4] 1971-1975Rancangan Malaysia Kedua[5] 1976-1980Rancangan Malaysia Ketiga[6] 1981-1985Rancangan Malaysia Keempat[7] 1986-1990Rancangan Malaysia Kelima[8] 1991-1995Rancangan Malaysia Keenam[9] 1991-1995Rancangan Malaysia Ketujuh

3.4Membasmi KemiskinanMenurut Zakry Abadi (1992) kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya digalakkan menanam tanaman untuk keperluan mereka sedangkan bangsa asing digalakkan membuka ladang-ladang,perlombongan, dan perniagaan di bandar-bandar besar. Inilah antara sebab kebanyakan penduduk luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang Melayu pula adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkatpersekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris. Begitu juga dengan pasukan polis dan angkatan tentera di mana orangbukan Melayu tidak tertarik untuk menyertainya.Just Faaland (1991) diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu jugadilakukan oleh golongan perdagangan dan industri yang dikawal olehorang bukan Melayu dan dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk. Dalam bidang perniagaan, bank Inggeris dan bank Cina enggan melayan orang Melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai. Dalam bidang pekerjaan swasta pula, orangMelayu disekat oleh keatamaan dan halangan suku kaum, bahasa dan budaya. Pekerjaan di bandar yang bukan merupakan jawatan kerajaan seperti pekerjaan buruh kasar yang paling rendah sahaja ditawarkan kepada orang Melayu . Dari segi sejarah, walaupun terdapat desakan dan tekanan dalam susunan ekonomi dan sosial namun orang Melayu dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap perubahan serta menyerap pengaruh asing ke dalam masyarakatnya. Orang Melayu tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan pada masa yang sama mereka tetap mengekalkan identiti diri sendiri. Namun demikian, kebanjiran kaum pendatang yang mengambil tempat orang Melayu menyebabkan orang Melayu sendiri berundur jauh dari pekan dan pusat bandar.Hal ini menyebabkan orang Melayu mula berasa bimbang terhadap penyertaan kaum pendatang.Kemiskinan adalah salah satu sebab utama yang membangkitkan rasa tidak puas hati antara kaum. Keadaan kemiskinan terdapat di semua kawasan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar dan melibatkan semua kumpulan tanpa mengira kaum.Menurut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) oleh sebab kemiskinan boleh menghancurkan perpaduan negara, maka pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum merupakan matlamat DEB Dalam Rancangan Malaysia Ketiga dinyatakan bahawa punca utama kemiskinan adalah disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan yang produktif. Ini telah mengakibatkan berlakunya pengangguran dan gunatenaga tidak penuh kerana kekurangan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan keusahawanan. Kemiskinan di kampung pula berpunca daripada tanah yang tidak subur, tidak sesuai dan kekurangan kaedah cara moden.Beberapa program telah dilaksanakan oleh kerajaan untukmembasmi kemiskinan dan meningkatkan daya pengeluaran serta pendapatan petani, pekebun-pekebun kecil getah, kelapa sawitdan kelapa,nelayan dan pekerja ladang.Antara usaha yang dijalankan adalah:(a)Meninggikan tingkat pendapatan dan produktiviti bagi mereka yang terlibat dalam pekerjaan produktiviti rendah sama ada di bandar dan luar bandar dengan memperbanyakkan peluang bagi mereka mendapatkan latihan dan kemahiran, tanah dan modal yang perlu untuk membasmi pengangguran.(b) Mewujudkan peluang pekerjaan yang secukupnya untukmengurangkan paraspengangguran dan seterusnya mencapaitingkat gunatenga penuh.(c)Merapatkan jurang ketidaksetaraan agihan pendapatan dan harta antara kumpulan etnik(d)Memodenkan kehidupan dan meningkatkan taraf hidupgolongan miskin di luar bandar dan bandar melalui pembekalan perkhidmatan ekonomi dan sosial, misalnya penyediaan tempat kediaman, kemudahan tenaga elektrik dan air, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan rekreasi.(e)Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan masyarakat Melayu dan bumiputera yang lain dengan matlamat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah aktiviti perdagangan dan perindustrian negara.(f)Menstruktur pola guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan dalam berbagai-bagai sektor ekonomi supaya mencerminkan komposisi kaum (Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991).

3.4Penyusunan Semula MasyarakatSalah satu strategi serampang dua mata yang dilaksanakan oleh DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi dan kedudukan kawasan dapat dihapuskan. Matlamat DEB untuk menyusun semula masyarakat biasanya merujuk kepada aspek-aspek seperti agihan milik saham syarikat, gunatenaga dan pembangunan wilayah. Tujuan DEB yang lebih positif lagi dalam usaha menyusun semula masyarakat adalah untuk meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan.Sejarah telah memperlihatkan bagaimana pihak British melaksanakan 'Dasar Pecah dan Perintah' ke atas Tanah Melayu semasa penjajahannya.Menurut Khadijah Muhamed dan Halimah Awang (1991) dasar ini bertujuan untuk memecahbelahkan kaum yang terdapat di Tanah Melayu bagi tujuan untuk menguatkan dan mengekalkan pemerintahan mereka. Dasar ini telah membahagikan kaum di Tanah Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing dan ditempatkan di kawasan yang berlainan. Interaksi antara kaum amat terhad. Sejak sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi, orang Melayu telah sedar tentang kedudukan ekonomi mereka dan telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kaum Cina yang dibenarkan oleh kerajaan menguasai ekonomi luar bandar dengan mengavval pengangkutan luar bandar dan pengilangan beras dan .Beberapa usaha dan program telah dilaksanakan untuk menyusun semula masyarakat. Menurut Tengku Anuar (1991) usaha-usaha yang dijalankan serentak dengan program-program membasmi kemiskinan terutama sekali di kawasan luar bandar dan Bandar.Program menyusun semula masyarakat dalam tempoh DEB telah dirangka seperti berikut:(a)Meninggikan daya pengeluaran dan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui permodenan kawasan luar bandar;(b)Mengurangkan keadaan tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang secara berperingkat-peringkat melalui pertumbuhan ekonomi, supaya guna tenaga dalam berbagai-bagai sektor ekonomi dan peringkat pekerjaan mencerminkan susunan penduduk mengikut kaum di negara ini;(c)Menambahkan dengan lebih cepat lagi melalui perkembangan ekonomi, bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif dalam ekonomi termasuk saham sektor syarikat berdasarkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya.(b)Perhatian berat akan ditumpukan kepada kaum bumiputera yang pada masa ini memiliki bahagian modal yang terlalu kecil berbanding dengan bilangan mereka dalam jumlah penduduk;(d)Memastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera supaya dalam tempoh satu generasi, mereka akan memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kegiatan perdagangan dan perindustrian negara dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi serta menjadi rakan seperjuangan penuh dalam kegiatan ekonomi negara.Menurut Ishak b Saat (2005) dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia mengatakan kerajaan telah berusaha menyusun semula hak milik sektor syarikat secara berperingkat-peringkat supaya pada keseluruhannya rakyat Malaysia akan memiliki dan menguasai sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah modal saham dengan kaum bumiputera menjelang tahun 1990. Walau bagaimanapun, matlamat DEB untuk orang Melayu mencapai 30% pemilikan ekuiti selepas 20 tahun, iaitu pada tahun 1990 tidak tercapai sepenuhnya. Peratusan ini turun naik sekitar 20% sahaja. Bahkan pada tahun 2002, pegangan ekuiti orang Melayu hanya berjumlah 18.7%. Apabila dipecahkan hanya segelintir sahaja menjadi hak milik pemodal Melayu atau bumiputera.Berhubung dengan penyusunan semula masyarakat, usaha-usaha akan dilaksanakan bagi meningkatkan ekuiti bumiputera dalam perniagaan. Pada masa ini, bumiputera hanya memiliki 19.1% daripada ekuiti korporat.Matlamatnya adalah untuk meningkatkan bahagian pemilikan mereka kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010. Dalam penentuan pemilikan ekuiti oleh bukan bumiputera, bahagian bagi keturunan India akan diberi perhatian. Memandangkan syarikat bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka perlulah mempelbagaikan kegiatan dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi terutama sektor pembuatan, perkhidmatan dan runcit. Persekitaran yang boleh membantu mereka akan diwujudkan, termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi membantu bumiputera memperolehi teknologi yang sesuai serta kepakaran pengurusan. Di samping itu, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan bumiputera di peringkat korporat.3.5Dasar Ekonomi Baru Penting Ke Arab Perpaduan Kaum Dari Aspek EkonomiSebenarnya, pihak kerajaan telah menjangka keciciran ekonomi Melayu jika sebarang tindakan tidak dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Tindakan yang diambil o!eh kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas Mei 1969 adalah berdasarkan keperluan untuk berkompromi di dalam politik yang akhirnya telah mendorong kepada pembentukan DEB sebagai lambang ekonomi politik. Dua strategi utama dalam DEB ke arah pembentukan perpaduan nasional ialah;1.Pembasmian kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan terhadap seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini dapat dicapai melalui program -program yang dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti.Perkembangan peluang-peluang antara sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebihtinggi di samping peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial telah dirangka untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah.2. Menurut Ahmad Idris (1988) penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurangkan dan mengetepikan pengenalan kaum melalui fungsi ekonomi. Program-program tersebut termasuklah pemodenan kehidupan luar bandar, pembangunan aktiviti Bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat pertumbuhan yang baru dan pengwujudan Masyarakat Industri dan Komersial Melayu di semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek ekonomi negara.Dasar-dasar yang dirangka dan cuba dilaksanakan oleh kerajaan mencerminkan komitmen serta kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat Melayu yang bersedia ke arah membentuk aktiviti-aktiviti perniagaan dan kegiatan keusahawanan.Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992)relevannya, DEB yang mempunyai agenda 'serampang dua mata' bukan setakat menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang pentingnya ia menandakan satu titik permulaan baru orang-orang Melayu mula bergiat dalam bidang perdagangan, perindustrian serta kegiatan keusahawanan. Hakikatnya, konsep keusahawanan telah wujud sejak dua ratus tahun dahulu dan ia lebih tertumpu di Britain dan Jepun. Pada awalnya,usahawan telah diwakiii oleh golongan saudagar yang dianggap kelas bawahan tetapi akhirnya ia berubah kepada satu golongan yang berpengaruh berteraskan industri dan komersil. Oleh hal demikian, untuk memajukan satu masyarakat yang berteraskan industri dan komersil, pengertian konsep keusahawanan adalah satu syarat mutlakDalam menyusuri sejarah perkembangan usahawan Melayu dapat dirumuskan bahawa pencapaian mereka adalah kurang berjaya. Keadaan ini sekali gus mencerminkan kegagalan untuk mencapai 30% sasaran penguasaan golongan bumiputera dalam bidang perniagaan dan perindustrian di kawasan kajian sebagaimana yang dicatatkan dalam Rancangan-rancangan Malaysia. Secara makronya; pengwujudan 30% Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam Rancangan-rancangan Malaysia hanyalah sekadar teori kerana sepanjangtempohpelaksanaan DEB (1970-1990) masih menggambarkan bahawa pencapaian penyertaan orang-orang Melayu dalam bidang perdagangan dan perindustrian masih berada di tahap yang kurang membanggakan. Keadaan ini membawa kepada permasalahan pencapaian pemilikan modal antara syarikat-syarikat bumiputera Melayu dan bukan Melayu khususnya syarikat milik Cina.Apa yang menjadi persoalan adalah pemilikan modal Cina telah meningkat selepas tamatnya DEB pada tahun 1990 sebaliknya sasaran kerajaan untuk memiliki 30% pemilikan saham tidak kesampaian walaupun bantuan, galakan dan insentif kerajaan lebih menjurus kepada usahawan Melayu.Ditinjau pada dimensi yang lain pula, orang-orang Melayu masih ketinggalan dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) yang sedang rancak digiatkan sejajar dengan usaha kerajaan merealisasikan matlamat mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dalam DEB mahupun DPN. Meninjau kepada perspektii kegagalan pencapaian pengusaha-pengusaha kaum bumiputeraMelayu, antara yang dominan adalah kurangnya komitmen mewujudkan satu budaya niaga(business culture)di kalangan orang-orang Melayu. la secara tidak langsung menyumbang ke arah iinplikasi yang negatif dalam usaha membentuk satu MPBB yang berwibawa. Program untuk membangunkan MPPB lebih memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ramai usahawan bumiputera yang berdikari, yang berdaya tahan dan yang bertaraf dunia yang mampu bersaing secara berkesan dalam perniagaan tempatan dan antarabangsa. Usahawan bumiputera perlu menerap nilai dan etika perniagaan yang baik supaya mereka lebih berjaya dan mampu berdikari.Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3 (1992) bagi memajukan lebih ramai usahawan bumiputera, program pembangunanvendordanfrancaissedia ada akan diperkukuh serta diperluaskan.Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan DEB (1970-90), kerajaan memberi tumpuan utama dalam memajukan profesion bumiputera terutama orang-orang Melayu dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, peguam dan akauntan. Di samping itu, usaha peningkatan kerjaya profesional diperhebatkan serta meletakkan profesion usahawan sebagai kerjaya yang mencabar dan menguntungkan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan bagi menggantikan DEB pada tahun 1990 yang pada asasnya meneruskan matlamat untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan adil yang cuba dicapai sejak DEB. Sementara DPN pula menetapkan 'Pembangunan Seimbang' sebagai falsafah pembangunan dengan menekankan pencapaian matlamat-matlamat pertumbuhan, pengagihan, pembangunan mapan dan pertumbuhan sektor-sektor utama seperti perindustrian, pertanian dan perkhidmatan. Strategi DPN secara terperinci terangkum dalam rancanganpembangunan lima tahun Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Menurut Supian Ali & Mohd. Zainudin Saleh (1994) Pelancaran Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) (1996-2000) menunjukkan bahawa ekonomi negara memasukifasa kedua selepas Rangka Rancangan Malaysia Keenam (RME) 1991-1995, maka penyediaan RMT adalah berasaskan kejayaan pelaksanaan RME dan bertujuan untuk membawa negara ke abad ke-21 dengan lebih berkesan.Walau bagaimanapun, teras pembangunan dalam tempoh RMT adalah berlandaskan konsep pembangunan seimbang sebagaimana yang termaktub dalam pembentukan DPN. la memberi perhatian khusus terhadap dasar dan strategi untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan di samping mencari hasil pertumbuhan ekonomi negara untuk diagihkan secara saksama di kalangan rakyat semua kaum, negeri, bandar dan luar bandar. Berdasarkan matlamat tersebut, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM162.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan keseluruhan sektor awam bagi tempoh 1996-2000. Hakikatnya, masyarakat Melayu telah lama mengenal perubahan dari segi sejarahnya hasil dari pertemuan dengan unsur kebudayaan, ekonomi, agama, penjajahan mahupun kemerdekaan.Menerusi perspektif tersebut, masyarakat Melayu kini mula terasa bahawa mereka ketinggalan berbanding negara-negara yang mencapai pembangunan ekonomi yang pesat dan berada di peringkat pemodenan yang tinggi untuk menaikkan taraf hidup mereka. Hasil dari keinsafan ini beberapa iangkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengubah nasib orang Melayu dengan melaksanakan DEB mahupun rancangan- rancangan pembangunan Malaysia. Sepanjang pelaksanaan DEB, secara tidak langsung mempengaruhi struktur dan sosioekonomi orang Melayu. Antara faktor yang menentukan aliran ini adalah perkembangan peluang pelajaran tinggi dan kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan tinggi, perkembangan peluang untuk menambah hak milik di bidang perusahaan, perniagaan dan pertanian serta pemindahan penduduk desa ke bandar.Di samping itu, terdapat satu perkembangan yang penting dalam menilai pencapaian orang-orang Melayu dalam pelaksanaan DEB iaitu lahirnya golongan Melayu menengah. Kedudukan mereka dianggap 'istimewa' sebagai wakil kaum Melayu menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan DEB. Mereka mengambil bahagian yang cergas dalam bidang perniagaan dan perusahaan serta menikmati kemudahan yang diberikan seperti lesen dan pinjaman perniagaan.Golongan menengah Melayu secara kumpulannya, meningkat dari segi kenaikan pangkat dan pendapatan yang cepat. Sebagai wakil kaum Melayu mereka ini sedang mengalami proses konsolidasi untuk mempertahankan dan memperbaiki kedudukan mereka secara persendirian mahupun secara kumpulan. Perkembangan ini mewujudkan kuasa kewangan di kalangan mereka dan ia dapat menentukan pendidikan generasi masa hadapan.Menurut Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) sementara golongan Melayu ini berperanan di dalam perniagaan dan perusahaan, pada penghujung tahun 60-an, bandar-bandar besar Malaysia mula membangun dan aliran pembangunan yang pesat mula dikesan. Tidak lama selepas pelancaran DEB, bandar-bandar terutamanya Kuala Lumpur telah menghadapi 'property boom' dan menarik ramai golongan Melayu di bandar terhadap peluang kekayaan melalui pemilikan dan spekulasi tanah bandar. Apakah keadaan ini dapat melahirkan golongan usahawan di kalangan orang-orang Melayu berpandukan kelebihan pemilikan tanah atau mereka hanya berfungsi sebagai masyarakat 'statik' dengan memberi laluan kepada kaum asing mengembangkan perekonomian negara? Oleh hal demikian, masyarakat Melayu menonjolkan diri dalam bidang keusahawanan serta membentuk satu masyarakat perdagangan dan perindustrian seterusnya memenuhi matlamat DEB yakni menyusun semula masyarakat. Antara rancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-70) lalah mewujudkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggunjawabkan untuk mencapai matlamat mempertingkatkan kedudukan kaum Melayu dari segi kedudukan ekonomi.Tugas pertama MARA ialah memberikan pendidikan dan latihan, bantuan teknik dan kewangan, menubuhkan perusahaan baru dan memberi khidmat pengurusan. Kedua, MARA berperanan aktif dalam projek perniagaan dan perindustrian secara bersendirian atau usahasama dengan modal tempatan dan asing. Penyertaan ini bertujuan untuk memindahkan hak milik kepada golongan usahawan Melayu.Rasionalnya; pelaksanaan DEB memperkuatkan lagi matlamat pemerintah untuk melahirkan golongan usahawan Melayu dan menjamin agar ekonomi Melayu cidak ketinggalan. MenurutAnuwar Ali &C Rajah Rasiah, 1996: 82, kejayaan DEB dan usaha membangunkan ekonomi Melayu sebenarnya bergantung penuh pada bangsa Melayu itu sendiri.Masalah Dan Prospek Ekonomi Bumiputera (1978) tegasnya, orang-orang Melayu tidak seharusnya menggunakan 'hak-hak istimewa' Melayu berlandaskan undang-undang mahupun akta-akta yang memihak kepada bangsa Melayu sehingga tidak mampu mengembangkan potensi ekonomi. Kebanyakan kemajuan yang dicapai oleh orang-orang Melayu masih menggambarkan jurang yang besar. Umpamanya; daripada bilangan lesen yang dikeluarkan pada tahun 1976, hanya 14.9% dimiliki oleh kaum bumiputera. Kelebihan yang diberikan oleh kerajaan harus digunakan sepenuhnya oleh masyarakat Melayu yang ingin mempertingkatkan graf pencapaian dalam perekonomian setanding dengan kaum-kaum asing di negara ini.Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa pelaksanaan DEB dapat menyusun semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu dalam kegiatan ekonomi moden yang bertapak di bandar dan ia meningkat dalam sektor ekonomi moden seperti perkilangan dan perkhidmatan di bandar. Penyertaan golongan pemodal Melayu dalam sektor perindustrian amat kurang, kerana sebelum tahun 1957 pihak penjajah tidak memberikan sebarang sokongan institusi yang berkesan kepada orang Melayu untuk bergiat dalam perniagaan apatah lagi dalam sektor perindustrian.Apa yang wujud hanyalah perniagaan dan perindustrian bersifat kecil-kecilan dan tidak mampu melahirkan golongan usahawan Melayu yang bersifat korporat.Terdapat pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dengan harapan dapat menambah penyertaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Dari aspek perindustrian, strategi terpenting adalah meningkatkan peranan IKS terutama melahirkan golongan usahawan Melayu yang benar-benar tulen dan dinamis.Sejajar dengan itu, beberapa kementerian terutamanya Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Awara menyokong pengembangan industri kecil-kecilan terutama yang ditubuhkan oleh pemodal Melayu mahupun bumiputera. Kegiatan mereka merangkumi berbagai-bagai bidang, antaranya bantuan kewangan, teknologi,perkhidmatan dan pengurusan.Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digubal memberikan tumpuan kepada pembentukan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).Menurut Laporan Kongres Ekonomi Bumiputera Ke-3, 1992: 251, DPN menjelaskan bahawa pemilikan ekuiti tidak mencukupi untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Oleh hal demikian, penekanan perlu dialihkan kepada penyusunan semula dan segi gunatenaga dan pengurusan.. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah orangorang Melayu masih menghadapi masalah yang agak kritikal dalam usaha menempatkan diri mereka dalam kelompok usahawan yang berjaya. Perubahan paradigma ke arah mewujudkan satu MPPB akan memberi nafas baru kepada orang-orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka serta memberi sumbangan positif ke arah pembangunan negara.