document3

2
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Dalam proses melaksanakan aktiviti, guru boleh memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid. Situasi yang pelbagai dan boleh diberikan kepada murid supaya murid dapat berkomunikasi menggunakan bahasa mengikut konteks yang sesuai. Selepas itu, murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang diberikan oleh guru. Perbincangan ini boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun secara individu tetapi melibatkan proses komunikasi. Semasa proses perbincangan itu juga murid digalakkan untuk bertanya dan berbincang dengan guru. Seterusnya, murid menjalankan wawancara di hadapan bilik darjah dimana murid tersebut membentangkan hasil perbincangannya bersama rakan-rakan dan juga guru. Akhir sekali, guru memberikan pandangan dan saranan untuk penambahbaikan. Penambahbaikan penting kerana ia membantu murid-murid dalam meningkatkan prestasi dan kualiti komunikasi selain memantapkan kemahiran bertutur murid tersebut. Selain itu, pendekatan proses juga penting dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan. Kajian Dreher (1990) terhadap sikap guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan. Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Semasa penilaian rakan sebaya

Upload: aisyah-nazifah

Post on 15-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

part 3

TRANSCRIPT

menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Dalam proses melaksanakan aktiviti, guru boleh memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid. Situasi yang pelbagai dan boleh diberikan kepada murid supaya murid dapat berkomunikasi menggunakan bahasa mengikut konteks yang sesuai. Selepas itu, murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang diberikan oleh guru. Perbincangan ini boleh dijalankan secara berkumpulan mahupun secara individu tetapi melibatkan proses komunikasi. Semasa proses perbincangan itu juga murid digalakkan untuk bertanya dan berbincang dengan guru. Seterusnya, murid menjalankan wawancara di hadapan bilik darjah dimana murid tersebut membentangkan hasil perbincangannya bersama rakan-rakan dan juga guru. Akhir sekali, guru memberikan pandangan dan saranan untuk penambahbaikan. Penambahbaikan penting kerana ia membantu murid-murid dalam meningkatkan prestasi dan kualiti komunikasi selain memantapkan kemahiran bertutur murid tersebut.Selain itu, pendekatan proses juga penting dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan. Kajian Dreher (1990) terhadap sikap guru-guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses mendapati bahawa Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam pengajaran penulisan. Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas dan pelajar diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Semasa penilaian rakan sebaya pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan sahaja. Contohnya apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama penulis?Dalam peringkat menulis draf kedua, pelajar digalakkan membuat perubahan pada kandungan karangan. Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada pelajar seperti memberi definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap draf sebanyak tiga kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan. Bacaan kedua untuk memberi komen dan cadangan dan bacaan ketiga untuk menandakan kesalahan mereka.Sesi perbincangan guru dan murid adalah sesi di mana guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas perbincangan isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota dan lampiran.