33768

7
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBMS4203 MUZIK TRADISIONAL SEMESTER MEI 2015 ______________________________________________________________________ __ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: adang30

Post on 16-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

TUGASAN________________________________________________________________________

HBMS4203MUZIK TRADISIONALSEMESTER MEI 2015________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 10hb - 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4. Serahan selepas 12hb Julai 2015 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

8. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Bil.Kadar PertindihanPotongan Markah

1.0 300

2.30.01 505

3.50.01 70 10

4.70.01 - 100100

SOALAN TUGASAN

Anda dikehendaki memilih sebuah Ensembel Muzik Tradisional yang popular dalam masyarakat Melayu dan sediakan satu Folio tugasan bertulis dengan huraian yang jelas berdasarkan kepada aspek-aspek yang disenaraikan dibawah:(a) Sejarah, asal usul dan perkembangan ensembel tersebut(b) Alat-alat muzik serta fungsinya dalam persembahan ensembel(c) Struktur persembahan(d) Langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel traditional itu.(e) Sertakan contoh audio-visual persembahan muzik ensembel tradisional pilihan anda dalam bentuk CD (dari Youtube, internet ataupun persembahan yang dirakamkan secara langsung)(f) Menulis Refleksi pada bahagian akhir tugasan tentang apa yang telah anda pelajari melalui penghasilan tugasan ini.(g) Sertakan bahan-bahan rujukan yang anda gunakan untuk tugasan ini dalam format APA.

[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan:1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai untuk tugasan.2. Buat pencarian di internet berkaitan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.3. Membincangkan dengan guru pendidikan muzik sekolah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran.4. Anda dikehendaki melampirkan alamat laman web yang dirujuk serta rujukan-rujukan lain yang digunakan berdasarkan format APA.

PANDUAN TUTOR1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan tugasan2. Mencadangkan format yang sesuai bagi penyediaan folio, mencari bahan-bahan untuk audio-visual berkaitan dengan tugasan.3. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut bidang.4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Tuliskan alamat laman web yang digunakan dalam bahagian rujukan tugasan.5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.

RUBRIK TUGASANKriteria

Markah/ WajaranLemahMenepati Sebahagian PiawaiMenepati PiawaiMelebihi PiawaiMarkah Penuh

01234

PengenalanPenerangan secara asas mengenai ensembel muzik yang berkaitan.1Tidak ada penerangan mengenai ensembel muzik pilihan.penerangan yang tidak ada kaitan mengenai ensembel muzik pilihan.Membuat penerangan mengenai ensemble muzik pilihan secara umum dan ringkas.Penerangan mengenai ensembel muzik pilihan jelas dan baik.Penerangan mengenai ensembel muzik pilihan amat baik dan jelas. Memberi contoh yang sesuai.4

Menyediakan satu folio dengan gambar alat-alat muzik tersebut dan berserta dengan huraian berdasarkan kepada aspek-aspek berikut :i)Sejarah dan asal usul ensembel muzik tradisional pilihanii)Alat-alat muzik ensembel tersebut dan fungsinya dalam persembahaniii)Struktur persembahan ensembel muzik tersebut

4Tidak ada menyediakan folio dengan gambar alat-alat muzik tersebut dan berserta dengan huraian berdasarkan kepada aspek-aspek yang dikehendaki.Menyediakan satu folio dengan gambar alat-alat muzik tersebut dan berserta dengan huraian secara ringkas dan umum.Menyediakan satu folio dengan gambar alat-alat muzik tersebut dan berserta dengan huraian yang ringkas dan tidak teratur berdasarkan kepada aspek-aspek berikut : i)Sejarah dan asal usul ensembel muzik tradisional pilihanii)Alat-alat muzik ensembel tersebut dan fungsinya dalam persembahaniii)Struktur persembahan ensembel muzik tersebut

Menyediakan folio dengan gambar alat-alat muzik tersebut dan berserta dengan huraian yang baik berdasarkan kepada aspek-aspek yang dikehendaki seperti:i)Sejarah dan asal usul ensembel muzik tradisional pilihanii)Alat-alat muzik ensembel tersebut dan fungsinya dalam persembahaniii)Struktur persembahan ensembel muzik tersebut

Menyediakan folio dengan gambar alat-alat muzik tersebut dan berserta dengan huraian yang baik, jelas dan teratur berdasarkan kepada aspek-aspek yang dikehendaki seperti:i)Sejarah dan asal usul ensembel muzik tradisional pilihanii)Alat-alat muzik ensembel tersebut dan fungsinya dalam persembahaniii)Struktur persembahan ensembel muzik tersebut

16

Membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel tradisional itu.3Tidak ada perbincangan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel tradisional yang dipilih.Perbincangan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel tradisional yang dipilih kurang jelas dan tidak memuaskan.Perbincangan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel tradisional yang dipilih sangat ringkas.Perbincangan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel tradisional yang dipilih jelasdifahami dan baik.Perbincangan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melestarikan kesenian muzik ensembel tradisional yang dipilih jelas difahami dan member contoh yang relevan.12

Contoh audio-visual persembahan muzik ensembel traditional pilihan dalam bentuk CD(dari Youtube, internet ataupun persembahan yang dirakamkan secara langsung).

1Tidak ada rakaman audio-visual ensembel muzik tradisional.rakaman audio-visual ensemble muzik tradisional yang kurang jelas dan tidak menepati kehendak tugasan.rakaman audio-visual ensemble muzik tradisional yang berkaitan tetapi kuang jelas dari segi audio dan visualnya.rakaman audio-visual ensembel muzik tradisional yang jelas dan menepati kehendak tugasan. rakaman audio-visual ensembele muzik tradisional yang menepati kehendak tugasan. Jelas dan memuaskan dari segi audio dan visualnya.4

Menulis Refleksi pada tentang apa yang telah anda pelajari melalui penghasilan tugasan ini.Bahan-bahan rujukan yang anda gunakan untuk tugasan ini dalam format APA.1Tidak menulis refleksi dan tiada rujukan format APA.Menulis refleksi rengkas dan tiada rujukan format APA.Menulis refleksi dan rujukan tidak mengikut format APA.Menulis refleksi dan rujukan kurang mengikut mengikut format APA. Menulis refleksi dan rujukan mengikut format APA yang betul dan tepat.4

JUMLAH MARKAH40