3 sistem-otot-tingkatan-4
TRANSCRIPT
SISTEM OTOT RANGKA
ANATOMI &
FISIOLOGI
Sistem Otot Rangka
• Manusia direka untuk bergerak.
• Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot.
• Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.
Gambarajah Otot
Komponen Otot Rangka
• Fiber Otot– Merupakan sel-sel otot– Sel-sel otot berbentuk panjang,
silinder dan banyak nuklues.– Berjalur dan bersaiz besar.– Diameter diantara 10-100 µm– Panjang sehingga 40cm.
Fiber Otot
a. Tisu Penghubung
Epimisium
Perimisium
Endomisium
• meliputi bahagian luar otot
•Tendon terbina drpd unjuran epimisium
• terdiri drpd fasikel-fasikel
•Setiap fasikel dilitupi perimisium
• dalam fasikel terdapat fiber otot
• Fiber otot ini dilitupi perimisium
• terletak di kedua-dua hujung otot
• tendon terdiri daripada serat kolagen
• tidak kenyal tetapi boleh meregang dengan baik
• tendon yg lebar di panggil aponeurosis
b. Tendon
tendon
tendon
FUNGSI OTOT
Menghasilkan
pergerakan
men
geka
lkan
pos
tur
menstabilkan sendi
men
ghas
ilkan
hab
a
• pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot
• contoh: berjalan, berenang, bertindak dengan pantas, melakukan ekspresi muka
• kombinasi tindakan otot rangka boleh kekalkan postur badan
• cth: berdiri, duduk, tunduk kepala
• berlaku pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi• cth: dalam memanah
• tenaga digunakan semasa penguncupan otot
Jenis-jenis Otot
Ciri-ciri Otot Rangka Otot Licin Otot Kardiak
Lokasi
Melekat pada tulang atau kulit
Dinding organ viseral spt perut, pundi kencing dan saluran jantung.
Dinding jantung
Bentuk Sel
Tunggal, panjang dan berjalur
Tunggal dan tidak berjalur
Berangkai dan berjalur
Kekerapan Kontraksi
Terkawal. Dikawal oleh sistem saraf
Luar kawal.Dikawal oleh sistem saraf, hormon, bahan kimis dan regangan.
Luar kawal.Dikawal oleh perentak jantung.
Rentak kontraksi
TiadaAda pada otot-otot tertentu sahaja
Ada
Kelajuan Kontraksi
Perlahan ke cepat
Sangat perlahan
Perlahan
Ciri-ciri Otot
Ciri-ciri Huraian
Kebolehujaan• kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.
Kebolehkucupan
• keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.
Kebolehanjalan• keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.
Kebolehpanjangan• keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.• fiber otot memendek (menguncup) dan memanjang (relaks)
Otot-Otot Rangka Utama
Bahagian kepala (hadapan)
Sternokleidomastoid
Pektoralis Major
Bahagian badan (hadapan)
Biseps
Biseps
Karpiradial
Rektal
abdomen
Eksternal
oblik
Sartorius
KuadrasepsAduktor longus
Bahagian kaki (hadapan)
Anterior
tibia
Peroneus
longus
Bahagian atas badan (belakang)
trapezius
deltoid
Bahagian badan (belakang)
Latisimus
dorsi
Karpi
ulnaris
Ekstensor
karpiradial
Triseps
Gluteus
maksimus
Aduktor
Bahagian bawah (belakang)
Soleus
hamstring
Gastroknemius
Tendon
akiles
Latihan
• Dalam masa 10 minit, hafal seberapa banyak nama otot-otot rangka yang terdapat pada bahagian tubuh badan anda.
Lekatan Otot• Setiap otot melekat pada tulang atau
tisu-tisu penghubung yang lain.• Terdapat dua tempat lekatan otot
iaitu:– Proksimal
•Bermaksud lekatan otot pada tulang/tisu yang hampir dengan tubuh badan.
•Dikenali sebagai origin
– Distal•Bermaksud lekatan otot pada tulang/tisu
yang jauh dari tubuh badan.•Dikenali sebagai insertion.
Rujuk jadual m/s 98
Rajah Lekatan Otot
Biseps
Klavikel
Skapula
Radius
Ulna
Interaksi Otot-otot dalam Pergerakan Rangka
• Saling tindakan otot-otot– Bermaksud otot-otot dalam tubuh badan
saling bertindak/bekerjasama dalam melakukan suatu pergerakan. Otot-otot akan bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan:•Agonis•Antagonis•Sinergis
Rajah Fleksi Lengan
Peranan:• Agonis
– Sebagai penggerak utama dalam sesuatu pergerakan.– Contoh: biseps brakii dan brakialis
• Antagonis– Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan
otot penggerak utama.– Apabila agonis menguncup, antagonis akan
mengendur/relaks.– Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan
pergerakan yang dilakukan oleh agonis.– Contoh: triseps brakii
• Sinergis– Otot yang membantu otot penggerak utama
(agonis)
– Berfungsi:•menambahkan daya untuk melakukan pergerakan.
•Menstabilkan sendi
– Contoh: Pergerakan fleksi lengan• biseps brakii dan brakialis adalah penggerak utama
dalam fleksi lengan. Triseps brakii bertindak sebagai antagonis dan brakioradialis bertindak sebagai pembantu dalam pergerakan tersebut.
Penguncupan Otot Rangka
• Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka:– Penguncupan Isometrik– Penguncupan Isokinetik– Penguncupan Isotonik
Penguncupan Isometrik
• Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi menghasilkan daya.
• Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.
• Contoh:– Aktiviti menolak dinding dengan siku
bengkok.– Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps
brakii menguncup dan menghasilkan daya.
Penguncupan Isokinetik
• Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan.
• Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.
• Contoh:– Peralatan khusus di gimnasium.
Penguncupan Isotonik
• Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang pergerakan.
• Penguncupan ini akan menghasilkan pergerakan dan menyebabkan perubahan pada panjang otot.
• Terbahagi kepada dua jenis:– Penguncupan konsentrik
• Pemendekkan otot
– Penguncupan esentrik • Pemanjangan otot
• Contoh:– Aktiviti menaiki tangga– Semasa lutut bengkok, otot kuadraseps menguncup
secara esentrik dan semasa lurus, kuadrasepa menguncup secara konsentrik.
Halaju Penguncupan
• Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot.
• Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan.
• Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu:– Fiber sentak cepat– Fiber sentak lambat
• Peratusan fiber sentak cepat dan lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu.
Fiber sentak cepat
• Dikenali sebagai fiber jenis II.
• Saiz lebih besar dan berwarna putih.• Mempunyai keupayaan anaerobik yang
tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek.
• Contoh: lari pecut.
• Fiber inimenyebabkan atlet mudah menjadi lesu.
Fiber sentak lambat
• Dikenali sebagai fiber jenis I.• Saiz lebih kecil dan berwarna merah.• Mempunyai keupayaan aerobik yang
tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.
• Contoh: jogathon.• Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh
menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.