281 integration2010 proceedings

8
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 281 E-DAGANG: KAJIAN ANALISIS MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG DAN KEKANGAN DALAM PERLAKSANAAN E-DAGANG MENURUT PERSEPSI DAN PENERIMAAN SYARIAH ISLAM Rafiza Binti Kasbun Kuala Lumpur International University College [email protected] Abstrak Kertas kerja ini membentangkan tentang kajian atau analisis yang dijalankan terhadap model perniagaan atas talian (e-dagang) dan kekangan perlaksanaan e-dagang menurut persepsi dan penerimaan dalam syariah Islam. Internet merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi perniagaan pada hari ini. Kepelbagaian model perniagaan e-dagang hari ini menyebabkan ramai pelanggan pada hari ini lebih selesa untuk melakukan pembelian produk barangan, perkhidmatan dan pelaburan melalui Internet. Para pelanggan dan peniaga di Malaysia khususnya telah bertumpu lebih masa pada capaian Internet berbanding media tradisional seperti suratkhabar, televisyen, brosur, radio dan lain-lain Walau bagaimanapun, sejauh mana seseorang individu samada peniaga atau pelanggan sedar dengan setiap transaksi pembelian dan jualan yang dilakukan itu adalah sah samada halal, harus, makruh atau haram dari segi undang-undang Islam menjadi tujuan utama kajian ini diketengahkan. Kajian ini tertumpu kepada isu model perniagaan e-dagang, transaksi e-dagang, ciri-ciri perniagaan e-dagang, dan kesahihan e-dagang pada pandangan undang-undang Islam. Isu e-dagang dalam perspektif Islam ini agak terhad di seluruh dunia menyebabkan kajian analisis ini cuba diperkembangkan lagi mungkin dengan pendekatan yang lebih agresif pada masa akan datang. Pengenalan Jelas sekali, pada masa kini dan akan datang, teknologi makin menguasai manusia samada dari segi keperluan mahupun kehendak. IT antara teknologi yang sememangnya diperlukan oleh hampir setiap individu untuk melaksanakan urusan harian dengan mudah dan menjimatkan. Semestinya juga umat Islam tidak tertinggal dalam menerajui dan terlibat dalam penggunaan IT di mana ia telah mengubah ke satu transisi masyarakat berdasarkan Internet. Internet telah mengubah cara manusia bersosial, berniaga, bekerja dan lain-lain. Kesan yang paling besar adalah pada cara manusia berniaga di Internet iaitu yang lebih dikenali sebagai Elektronik Dagang (E-dagang). E-dagang secara umumnya bermaksud aktiviti pembelian, jualan, pertukaran samada barang dagangan, perkhidmatan dan maklumat melalui media elektronik. E-dagang pula terbahagi kepada beberapa klasifikasi perniagaan berdasarkan bentuk transaksi yang dilaksanakan seperti B2B, B2C, B2B2C, C2B, C2C, M-dagang, L- dagang, B2E, C-dagang, E-kerajaan,dan E2E. Namun dalam kajian ini, analisis hanya tertumpu kepada klasifikasi B2C, C2C, dan C2B sahaja. Walaupun e-dagang telah berkembang sepenuhnya di seluruh dunia, namun ramai di antara umat Islam yang tidak peka dan tidak tahu tentang status transaksi yang dilakukan menurut perspektif dan undang-undang Islam. Di Malaysia khususnya, hanya terdapat beberapa jurnal atau penulisan berkaitan isu perdagangan elektronik ini yang diketengahkan. Kajian terhadap

Upload: khirulnizam-abd-rahman

Post on 16-Apr-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 281

E-DAGANG: KAJIAN ANALISIS MODEL PERNIAGAAN E-DAGANG DAN

KEKANGAN DALAM PERLAKSANAAN E-DAGANG MENURUT PERSEPSI DAN

PENERIMAAN SYARIAH ISLAM

Rafiza Binti Kasbun

Kuala Lumpur International University College

[email protected]

Abstrak

Kertas kerja ini membentangkan tentang kajian atau analisis yang dijalankan terhadap model

perniagaan atas talian (e-dagang) dan kekangan perlaksanaan e-dagang menurut persepsi dan

penerimaan dalam syariah Islam. Internet merupakan satu alat untuk memperkembangkan

lagi perniagaan pada hari ini. Kepelbagaian model perniagaan e-dagang hari ini menyebabkan

ramai pelanggan pada hari ini lebih selesa untuk melakukan pembelian produk barangan,

perkhidmatan dan pelaburan melalui Internet. Para pelanggan dan peniaga di Malaysia

khususnya telah bertumpu lebih masa pada capaian Internet berbanding media tradisional

seperti suratkhabar, televisyen, brosur, radio dan lain-lain Walau bagaimanapun, sejauh mana

seseorang individu samada peniaga atau pelanggan sedar dengan setiap transaksi pembelian

dan jualan yang dilakukan itu adalah sah samada halal, harus, makruh atau haram dari segi

undang-undang Islam menjadi tujuan utama kajian ini diketengahkan. Kajian ini tertumpu

kepada isu model perniagaan e-dagang, transaksi e-dagang, ciri-ciri perniagaan e-dagang, dan

kesahihan e-dagang pada pandangan undang-undang Islam. Isu e-dagang dalam perspektif

Islam ini agak terhad di seluruh dunia menyebabkan kajian analisis ini cuba

diperkembangkan lagi mungkin dengan pendekatan yang lebih agresif pada masa akan

datang.

Pengenalan

Jelas sekali, pada masa kini dan akan datang, teknologi makin menguasai manusia samada

dari segi keperluan mahupun kehendak. IT antara teknologi yang sememangnya diperlukan

oleh hampir setiap individu untuk melaksanakan urusan harian dengan mudah dan

menjimatkan. Semestinya juga umat Islam tidak tertinggal dalam menerajui dan terlibat

dalam penggunaan IT di mana ia telah mengubah ke satu transisi masyarakat berdasarkan

Internet.

Internet telah mengubah cara manusia bersosial, berniaga, bekerja dan lain-lain. Kesan yang

paling besar adalah pada cara manusia berniaga di Internet iaitu yang lebih dikenali sebagai

Elektronik Dagang (E-dagang). E-dagang secara umumnya bermaksud aktiviti pembelian,

jualan, pertukaran samada barang dagangan, perkhidmatan dan maklumat melalui media

elektronik. E-dagang pula terbahagi kepada beberapa klasifikasi perniagaan berdasarkan

bentuk transaksi yang dilaksanakan seperti B2B, B2C, B2B2C, C2B, C2C, M-dagang, L-

dagang, B2E, C-dagang, E-kerajaan,dan E2E. Namun dalam kajian ini, analisis hanya

tertumpu kepada klasifikasi B2C, C2C, dan C2B sahaja.

Walaupun e-dagang telah berkembang sepenuhnya di seluruh dunia, namun ramai di antara

umat Islam yang tidak peka dan tidak tahu tentang status transaksi yang dilakukan menurut

perspektif dan undang-undang Islam. Di Malaysia khususnya, hanya terdapat beberapa jurnal

atau penulisan berkaitan isu perdagangan elektronik ini yang diketengahkan. Kajian terhadap

Page 2: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 282

perniagaan elektronik sememangnya amat diperlukan (Amin, 2008). Kebanyakan kajian

dijalankan adalah berdasarkan penerimaan terhadap perbankan elektronik berbanding kajian

terhadap perdagangan elektronik menurut perspektif Islam (Polatoglu & Ekin, 2001; Al-

Ashban & Burney, 2001; Howcroft et al., 2002; Sureshchandar et al., 2003). Di Malaysia

pula kajian hanya banyak tertumpu kepada perdagangan elektronik dari perspektif perbankan

(Guriting & Ndubisi, 2006; Sulaiman et al., 2005; Ramayah et al., 2003; Guru et al., 2000).

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kajian terhadap elektronik dagang menurut perspektif

Islam masih samar-samar dan tiada keperincian.

Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mendalami isu e-dagang dalam memenuhi syariah

Islam. Pengkhususan kajian adalah pada jenis model perniagaan yang boleh dan tidak

dibenarkan dalam Islam, jenis transaksi yang dilakukan, dan juga peranan pembeli dan

penjual dalam perlaksanaan e-dagang. Kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan semua

umat Islam di dunia khususnya di Malaysia dalam memastikan transaksi perniagaan e-dagang

benar-benar memenuhi syariat Islam agar kehidupan sentiasa dalam keberkatanNya.

Bahagian 2 kertas kerja ini khusus membincangkan jenis model perdagangan Internet yang

ada pada hari ini, transaksi e-dagang yang digunakan, dan peranan pembeli dan peniaga e-

dagang di Malaysia. Bahagian 3 merumuskan permasalahan dalam pengimplementasian e-

dagang menurut perundangan Islam. Persoalan Kajian pula dibincangkan dalam bahagian 4.

Bahagian ke 5 pula membincangkan tentang metodologi kajian. Bahagian 6 menjelaskan

jadual perlaksanaan kajian. Manakala bahagian terakhir merumuskan keseluruhan hasil kertas

kerja, implikasi kajian dan diikuti dengan senarai rujukan untuk kajian ini.

Perkembangan Elektronik Dagang di Malaysia

Malaysia tidak terkecuali dalam menggunakan sepenuhnya kemudahan Internet dalam

memperkembangkan perniagaan sesebuah syarikat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri,

Koperasi & Kepenggunaan iaitu YB Dato‘ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan

bahawa beberapa perubahan akan dilakukan kepada Akta E-Dagang Malaysia di dalam

pembentangannya pada bulan Mac tahun 2010 ini. Malaysia mempunyai satu akta yang

digunapakai untuk melindungi hak pengguna yang melakukan transaksi secara atas talian di

Malaysia dikenali sebagai Akta E-Dagang. Sebelum ini, terdapat beberapa kekurangan di

dalam akta tersebut yang menyebabkan hak pengguna yang telah membeli barangan

elektronik secara atas talian tidak terjamin. Oleh itu, perubahan baru ini akan membantu

melindungi hak pembeli dan penjual yang melakukan transaksi secara elektronik. Terutama

sekali untuk penjualan dan pembelian produk-produk elektronik.

Menurut YB Dato‘ Seri Ismail, ada perubahan di dalam akta tersebut yang memerlukan

penjual yang menjual secara atas talian memiliki syarikat perniagaan yang sah dan berdaftar.

Beliau tidak menyatakan sama ada pendaftaran perniagaan ini melibatkan semua pihak yang

menjual secara atas talian tanpa mengira jenis barangan atau hanya tertumpu kepada penjual

yang menjual produk-produk elektronik sahaja. Perubahan baru ini akan memberikan kesan

yang besar kepada semua penjual yang menjual secara atas talian di laman web sendiri,

laman blog, eBay atau pun Lelong.com.my. Belum ada lagi maklumat sama ada penjual-

penjual yang menjual produk elektronik di Lelong atau eBay akan terpaksa menuruti akta

terbaru ini (Eruwan, 2009). Ini jelas menyatakan bahawa elektronik dagang di Malaysia

berkembang dengan amat pesat dan pantas memandangkan Akta E-Dagang senantiasa

Page 3: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 283

memerlukan perubahan dan penelitian. Usaha ini semestinya untuk menjamin kesejahteraan

peniaga dan pembeli.

Peningkatan golongan intelek muda yang taksub dan sentiasa memerlukan capaian Internet

menyebabkan mereka antara sasaran paling tepat dalam pemasaran Internet.

Hanudin (2008) dalam hasil penulisannya menyatakan ada tiga sebab Internet menjadi satu

keperluan dalam masyarakat iaitu yang pertama Internet merupakan perpustakaan

mendapatkan apa jenis maklumat skelaipun. Kedua pula Internet menyediakan transaksi yang

interaktif seperti pembelajaran dan pengajaran. Manakala yang ketiga pula ialah teknologi

perkomputeran membantu dalam memperkembangkan perdagangan elektronik dalam

muamalah Islam itu sendiri.

Jadual 4: Pengguna Internet (setiap 1,000 orang) di Malaysia

Tahun 2001 2002 2003 2004 2005 2006

Number 27 32 35 39 43 43

Sumber: World Bank

Namun dalam keghairahan Internet dan e-dagang ini, manusia amnya dan umat Islam

khususnya sering lupa akan garis halal dan haram dalam muamalat Islam. Irfan Khairi (2008)

dalam penulisannya menyatakan bahawa Dr. Hj. Fadzilah Kamsah pernah mengeluarkan

kenyataan bahawa umat Islam sememangnya disarankan hidup bersederhana di mana konsep

sederhana itu adalah bermaksud seimbang samada hal duniawi mahupun akhirat. Jika

kekayaan yang dicari dengan cara yang bersungguh-sungguh dan menepati garis panduan

Islam, seseorang itu layak menerima kekayaan tersebut dengan syarat ia mempertimbangkan

kesemua elemen sekeliling seperti kebajikan keluarga, masyarakat, dan agama. Oleh itu,

tidak salah jika Internet digunapakai sebagai satu peralatan atau media menjana kekayaan

iaitu melalui perniagaan atas talian selagi ia tidak melampaui batas syariah Islam.

2.1 Penjanaan Wang Di Internet

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah membuat duit atau erti kata lain kekayaan di

Internet di Malaysia khususnya, iaitu perniagaan Internet, program Internet, dan pelaburan

Internet. Konsep perniagaan Internet tidak jauh bezanya dengan konsep perniagaan

konvensional. Perniagaan Internet diklasifikasikan kepada 2 bentuk iaitu produk atau

perkhidmatan. Apa yang berbeza hanyalah pada konsep pembayaran iaitu melalui transaksi

atas talian dan penyerahan barang dalam bentuk ‗muat turun‘ atau pengeposan. Transaksi

pula samada melalui auto debit akaun bank, kad kredit mahupun pihak ketiga seperti Paypal,

e-cash dan sebagainya. Perniagaan Internet selalunya memang wujud dan benar (tiada

penipuan). Jika ada yang menipu sekalipun, jumlahnya minimum (Wangcyber, 2007). Walau

bagaimanapun, perniagaan Internet memerlukan usaha dalam kaedah pemasaran Internet,

kaedah dapatan trafik dan lain-lain lagi.

Program Internet pula lebih mudah dilakukan berbanding perniagaan Internet. Ia boleh

dikategorikan kepada beberapa jenis seperti program pengiklanan, program affiliate, Internet

MLM, Get Paid To Program, Randomizer, Em-Pay dan Forced Matrix. Pelaburan Internet

merupakan antara kaedah membuat duit yang paling digemari rakyat Malaysia. Terdapat 3

jenis yang diketahui iaitu High Yield Investment Program (HYIP), pelaburan Forex dan

Swiss Cash dan pelaburan sahan di Bursa Malaysia menerusi Internet. Konsep letak duit

kemudian dapat duit berganda inilah yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa

Page 4: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 284

Kebangsaan pada April 2007. Konsep ini dikenali sebagai Skim Cepat Kaya Alaf Baru. HYIP

adalah yang paling berbahaya dari segi hukum syariah kerana tiada ketelusan urusniaga.

Forex dan Swiss Cash pula berisiko tinggi kerana banyak laman web broker adalah Scam dan

tidak berlesen. Tetapi bagi pelaburan saham di Bursa Malaysia boleh dikatakan selamat untuk

melabur kerana urusniaganya diiktiraf Bank Negara Malaysia.

Pernyataan Masalah

Setelah melihat secara menyeluruh jenis model perdagangan Internet di bahagian 2.1,

terdapat beberapa masalah yang boleh diketengahkan jika ianya dikaitkan dengan etika

perniagaan dalam Islam. Ia merangkumi aspek penjualan, pembelian, pelaburan, pembayaran,

penghantaran dan penerimaan barang, dan juga hak peniaga dan pembeli.

Jika dilihat dari sudut syariah Islam, Islam menganjurkan beberapa panduan atau tatacara

dalam perniagaan. Kebenaran, keikhlasan, dan kejujuran merupakan nilai etika utama dalam

perniagaan Islam (Norazlina, Fauziah, Siti Hartini, 2004). Memandangkan E-dagang

dilaksanakan menggunakan komputer dan rangkaian, beberapa keadaan perlu diperhatikan

untuk mengesahkan kesahihannya dalam Islam. Pertama, ketelusan dalam komunikasi dan

produk yang ditawarkan, manakala yang kedua, pihak peniaga dan pembeli mesti mencapai

persetujuan yang sama. Ketiga, pula ialah komunikasi berterusan samada dalam penghantaran

mesej atau khidmat nasihat antara kedua pihak tersebut (Mustafa, 2004). Berdasarkan

syariah, e-dagang hanya sah jika ia memenuhi 4 asas kontrak perniagaan dalam Islam (Al-

Ta‘aqut) iaitu tawaran dan penerimaan, pihak pembeli dan peniaga, hal berkaitan perniagaan

(kewujudan dan cara penghantaran), dan mod ekspresi semasa penjualan dan pembelian.

Selain itu, Mustafa (2004) menyatakan selain Al-Ta‘aqut terdapat 4 lagi perkara yang perlu

dititikberatkan dalam perniagaan e-dagang, iaitu, Sihha, Nafath, Ilzham, dan penghantaran.

Sihha (Pengesahan) perniagaan perlu bebas dari elemen Riba‘, Gharar (ketidakpastian),

penipuan, paksaan, dan Maisir (perjudian). Dalam Nafath (Pengimplementasian) pula,2

perkara perlu dipastikan iaitu peniaga yang menawarkan produk adalah pemilik barangan

tersebut dan produk tersebut bebas dari sebarang liabiliti. Illzham (Keterikatan)

menitikberatkan persetujuan 2 pihak dalam sebuah kontrak perniagaan. Ini kerana

kebanyakan laman web wujud tetapi realitinya sejauh mana mereka itu benar-benar wujud

dan bagaimana cara membuktikan persetujuan yang telah dicapai dalam kontrak tersebut.

Akhir sekali, penyerahan atau ‗state of exchange‘ juga kritikal kerana ia melibatkan mod

pembayaran dan polisi penerimaan dan pemulangan barang. Mod bayaran dalam bentuk

kredit kad konvensional adalah haram dalam Islam kerana ia melibatkan riba‘ setelah lewat

membuat pembayaran. Alternatif yang lain mungkin kad kredit Islam yang menggunakan

konsep Murabahah dan pembayaran melalui bank (kad debit).

Masalah seperti tidak peka dan tidak peduli masyarakat Islam dalam transaksi hari ini agak

membimbangkan Polisi penerimaan dan pemulangan barang pula adakah jelas atau samar-

samar dalam memelihara hak pembeli setelah menerima produk tersebut. Persoalan seperti

adakah pembeli boleh memulangkan barang dan mendapat semula bayaran yang telah dibuat

sekiranya barang rosak, tidak menepati spesifikasi, dan lain-lain turut penting dalam

memastikan suatu perniagaan itu benar-benar diberkatiNya.

Lagi permasalahan yang didapati adalah seperti produk yang dijual samada ia untuk

memenuhi keperluan dan kehendak atau membantu kepada perbuatan maksiat turut menjadi

Page 5: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 285

perdebatan dalam e-dagang hari ini. Perniagaan berunsurkan eksploitasi, pemerasan, dan

penganiayaan satu pihak juga wujud pada masa kini di Internet. Walaupun tidak secara

jelasnya berbentuk penganiayaan dan pemerasan berlaku, namun semestinya timbul rasa

sesal, geram dan kecewa pada pihak pembeli seperti contoh dalam pembelian tiket tambang

murah Air Asia di mana jika pembatalan dibuat, duit tidak akan dipulangkan langsung dan

penggantian tarikh, penumpang, dan masa penerbangan juga tidak dibenarkan. Perniagaan

MLM contohnya perlu diselidik sedalamnya sebelum seseorang individu itu menceburkan

diri dalam perkara syubhah. Masih ramai umat Islam di Malaysia sendiri yang tidak faham

akan konsep Riba‘ Nasiah dan Riba Al-Fadl (konsep perniagaan tertumpu kepada berapa

banyak ‗downline‘ yang diperolehi berbanding jualan produk syarikat (Zaharuddin, 2007).

Majlis fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi telah mengharamkan konsep perniagaan

seperti ini. Selain itu, konsep ―shafqatayn fi shafqah‖ (dua aqad jual beli dalam satu aqad)

juga masih tidak difahami oleh masyarakat kita di Malaysia. ―Rasulullah SAW melarang dari

membuat 2 belian dalam satu aqad‖ (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar; Al-Haithami, 4/84).

Dari huraian di atas, didapati banyak perkara atau isu yang boleh dibangkitkan daripada cara

pengendalian perniagaan atas talian. Walau bagaimanapun, selagi perniagaan tersebut tidak

terlibat dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang Islam, maka

perniagaan itu dianggap sah dan halal menurut syarak. Ini dijelaskan di dalam al-Qur‘an

(Surah al Baqarah: 275), bermaksud:

―Sesungguhnya Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba‖. Internet hanyalah

merupakan satu alat untuk menjalankan perniagaan tetapi terpulang kepada individu untuk

memahami dan mendalami transaksi yang dilakukan itu sah di sisi prinsip muamalah Islam.

Persoalan Kajian

Secara umumnya, tujuan kajian dan analisis ini dijalankan adalah untuk mengetahui samada

sesebuah jenis perniagaan atas talian atau model perniagaan e-dagang pada hari ini benar-

benar mengikut garis panduan undang-undang Islam bagi membolehkan peniaga dan pembeli

terlibat dalam satu transaksi yang sah dan halal di Malaysia.

Manakala, secara khususnya pula, persoalan terhadap kajian ini adalah untuk mengetahui:-

a) jenis perniagaan, program dan pelaburan Internet bagaimana yang dibenarkan dalam

syarak?

b) masalah atau kekangan umat Islam dalam mengimplementasi e-dagang di Malaysia

berpandukan undang-undang perdagangan Islam.

Dengan persoalan kajian di atas, satu garis panduan yang lebih jelas mungkin dapat

diketengahkan untuk kepentingan tatapan dan pengetahuan umum masyarakat khususnya

umat Islam di Malaysia dalam menjalankan transaksi perniagaan dan pembelian di Internet.

Page 6: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 286

Metodologi Kajian

Beberapa kaedah kajian digunakan dalam menjayakan kajian ini, iaitu:-

5.1 Kaedah Tinjauan

Dalam kaedah ini, tinjauan dilakukan hanya pada pengimplementasian e-dagang di kalangan

masyarakat Malaysia amnya dan umat Islam Malaysia khususnya. Tinjauan dilakukan

menerusi laman web, blog, laman web rangkaian sosial, forum, laman iklan, dan lain-lain

berkaitan. Tinjauan memfokus kepada jenis perniagaan atau model perniagaan e-dagang yang

diminati rakyat Malaysia dan bagaimana konsep pendekatan perniagaan ini dalam mencapai

kepercayaan para pelanggannya. Ini kerana pertambahan penggunaan Internet di Malaysia

secara tidak langsung mengarah kepada peningkatan penggunaan e-dagang juga.

5.2 Kaedah Soal-selidik dan Temubual

Dalam kaedah soal-selidik dan temubual, seramai lebih 800 orang (masyarakat Islam) di

seluruh Malaysia menjadi responden dalam kajian ini. Pemilihan sample pula berdasarkan

kepada ‗stratified random sampling‘, di mana ia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu

kumpulan pembeli dan kumpulan peniaga Internet. Bahagian ini melihat dengan lebih

terperinci pengalaman responden yang pernah membuat transaksi melalui Internet dan

pengalaman peniaga Internet. Kajian ini menjurus kepada kesedaran mereka terhadap

transaksi Internet menerusi skop perundangan perniagaan Islam.

5.3 Kaedah Temubual

Kerjasama daripada beberapa ahli ilmuwan atau orang berpengalaman dalam bidang

perniagaan Internet dan juga muamalah Islam di Malaysia dirasakan antara yang paling perlu

dalam mendapatkan maklumat yang jelas tentang sistem perniagaan yang dituntut syarak.

Gabungan dua bidang ini dapat membuka skop yang lebih luas tentang e-dagang menurut

persepsi undang-undang Islam.

5.4 Kaedah Pengumpulan Data

Data primer dan data sekunder diperlukan dalam kajian analisis ini. Data primer diperolehi

daripada kaedah soal-selidik, dan temubual. Manakala data sekunder pula merupakan

maklumat-maklumat daripada bahan bacaan dan rujukan samada di perpustakaan, laman web,

akhbar, majalah dan sebagainya. Ia melibatkan kajian-kajian teks, dokumen, kertas kerja,

mikro filem, media massa, dan lain-lain lagi. Dalam contoh mengkaji konsep muamalah

Islam, data yang diperolehi hasil temubual dan soal-selidik adalah data primer. Data yang

diperolehi melalui bacaan ilmiah pula dianggap sebagai data sekunder.

Page 7: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 287

Jadual Perlaksanaan

Kajian ini akan dilaksanakan selama satu tahun (12 bulan) dengan perincian seperti berikut:-

Bil Aktiviti Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

1 Persediaan tajuk √

2 Pembelajaran berkaitan topik √ √

3 Perincian topik √ √ √

4 Pengumpulan data sekunder √ √ √ √

5 Pengumpulan data primer √ √ √ √

6 Penganalisian data primer dan

sekunder

√ √ √

7 Penyusunan draf laporan

pertama

√ √

8 Pembentangan laporan pertama √

9 Penyusunan draf laporan kedua √ √

10 Pembentangan laporan kedua √

11 Penyusunan draf akhir √ √

Rumusan

Hasil kajian analisis ini diharapkan dapat memandu kepada satu garis panduan yang jelas dan

tepat berkenaan perlaksanaan e-dagang mengikut hukum syarak Islam. Isu-isu berkaitan

kesahihan transaksi dalam e-dagang, masalah dan kekangan pengimplemantasian e-dagang,

keselamatan dan privasi, dan perundangan sivil secara amnya menjadi topik hangat e-dagang

hari ini. Namun, sebagai peniaga Islam dan pembeli Islam, seseorang perlu mempunyai ilmu

pengetahuan tentang hukum dan undang-undang perjanjian jual beli yang halal dan bersih.

Kajian juga berharap dapat mengupas lebih mendalam segala jenis kekangan bagi pembeli

amnya dan peniaga khususnya untuk melaksanakan transaksi e-dagang supaya ianya seiring

dengan kehendak syarak.

Implikasi dari kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:-

1. Dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, hasil analisis kajian ini dapat memberi

satu pendedahan baru berkaitan aspek perundangan Islam dalam perlaksanaan e-

dagang, sekaligus membolehkan ia menjadi titik rujukan untuk kajian pada masa akan

datang. Ia juga menyumbangkan beberapa fakta atau rujukan kepada mana-mana

badan atau organisasi yang berkenaan untuk menjalankan mungkin kajian yang lebih

mendalam dan terperinci tentang topik ini khususnya di Malaysia. Ini kerana kajian

berkaitan topik ini amat terhad didapati di seluruh dunia khususnya negara Islam.

2. Dalm bidang praktikal dan pengimplemantasian pula, hasil kajian dapat membuka

mata para peniaga dan usahawan Islam untuk lebih memahami konsep transaksi dan

muamalah Islam dalam e-dagang. Dengan ini, diharapkan para usahawan Islam di

dalam dunia siber lebih peka dan kreatif dalam mewujudkan satu perniagaan yang

bersih, telus dan halal sepenuhnya di sisi Islam. Perniagaan berkonsepkan muamalah

Islam diakui lebih digemari kerana ketelusan dan kesahihan transaksinya oleh bukan

Islam sekalipun. Maka, semestinya konsep e-dagang mengikut perundangan Islan

Page 8: 281 Integration2010 Proceedings

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 288

turut menjadi konsep yang lebih digemari pada masa kini dan akan datang di seluruh

dunia.

Akhir kata, hasil analisis kajian ini dapat memperkenalkan atau mengetengahkan betapa peri

pentingnya mengimplementasi perniagaan atas talian yang bersih lagi jelas menurut hukum

syarak untuk semua umat Islam di dunia amnya dan Malaysia khasnya. Ia juga dapat

memberi panduan untuk mereka yang mencari keredhaan Allah swt dalam aktiviti seharian

samada dalam pencarian rezeki dan sebagainya.

Rujukan

Norazlina Z., Fauziah O., Siti Hartini M.,(2004) E-Commerce From An Islamic Perspective.

Electronic Commerce Research and Applications 3 (2004) 280-293.

Hanudin A., (2008) E-business From Islamic Perspectives: Prospects and Challenges.

Journal of Internet Banking and Commerce, December 2008, vol. 13, no.3.

Hussin, Dr. Husnayati, (2002) E-Commerce: Exploring Some Issues From the Islamic

Perspectives.

Azhar M., (2009) Transaksi E-Commerce Dalam Tinjauan Hukum Islam. Lembaga

Penelitian Universitas Muhammadiyah Malang.

Dr. Nik Rahim NW., (2009) E-Dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah, Institut

Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.

Nasrul Hisham NM., (2008) Aplikasi Sains Dan Teknologi Dalam Transaksi Muamalah

Islam: Rujukan Kepada Rukun-Rukun Akad Mengikut Perspektif Undang-Undang

Kontrak Islam. Jurnal Teknologi, UTM 49 (E) Dis. 2008: 81-91.

Zaharuddin AR., (2004) Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM. Capaian pada 10 Januari

2010, dari World Wide Web: http://www.zaharuddin.net

Ahmad A.F., (2008) Perniagaan Dalam Internet. Capaian pada 10 Januari 2010, dari World

Wide Web: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/06/mlm-yang-halal-dan-yang-

haram.html.

Abdulrahman A., (2007) The Islamic Concept of Meeting Place and It‘s Application in E-

Commerce. Masaryk University, Journal of Law and Technology, Vol. 1, No.1, 2007,

ISSN 1802-5943.

Najahudin L., (2009) Sistem Muamalat Islam Patut Jadi Panduan Cari Kekayaan Bukan

Konvensional. Berita Harian, 27 Julai 2009.

Dr. Setiawan B.U., (2009) Hukum Electronic Commerce (E-Commerce). Ekonomi Syari‘ah,

Fiqih Kontemporer.

Zaharuddin A.R., (2009) EM-Pay: Pelaburan Halal Atau Haram? Capaian pada 10 Januari

2010, dari World Wide Web: http://www.zaharuddin.net.

Wangcyber.com., (Mei 2007) Laporan Khas, Kempen ―Celik Duit Internet‖. Capaian pada

10 Januari 2010, dari World Wide Web: http://www.wangcyber.com.

Ibrahim Ali A., (2006) E-Commerce And It‘s Ruling On The Scale Of Sharia And Jurist

Rules. Islamic Economics Collection, International Islamic University Malaysia, October

2006, Doc 5240, Issue 306, Page 13-18.